Khamis, 10 Jun 2010

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


SAYA AKAN PUSING SELURUH MALAYSIA - ANWAR

Posted: 09 Jun 2010 10:06 AM PDT

Anwar: Kalau gugur MP, saya pusing satu negara

Salhan K Ahmad & Zulaikha Zulkifli
Jun 9, 10


Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ejen Israel kini memusuhinya disebabkan sokongannya terhadap Hamas - sebuah gerakan pembebasan Islam - di wilayah bergolak Gaza di Palestin.

Anwar berkata sebuah organisasi Yahudi sedunia kini giat melobi supaya negara Israel memutuskan hubungan dengannya.

"Badan Yahudi sedunia kata Anwar Ibrahim merupakan seorang musuh Yahudi utama, maka orang Israel mesti putuskan hubungan dengan dia," katanya.

Pada 3 Jun lalu pertubuhan pro-Israel tertua di dunia B'nai B'rith International mengisytiharkan Anwar sebagai ancaman kepada kaum Yahudi.

Berucap dalam ceramah 'Yahudi & Judi' di Selayang malam tadi, Anwar mengaitkan keganasan Yahudi dengan pengaruh Amerika Syarikat (AS).

"Israel tidak akan menjadi ganas dan zalim tanpa dokongan AS. Saya tidak ada masalah kalau berbaik dengan AS tetapi jangan tunduk dengan AS.

"Bila Israel tidak iktiraf (Hamas), AS pun tidak iktiraf. Bila AS tidak iktiraf, Umno pun tidak iktiraf," katanya disambut dengan gelak ketawa daripada hampir 2,000 orang yang hadir.

Terus kaitkan 1Malaysia dan One Israel

Seperti juga dalam siri ceramahnya sebelum ini, Anwar terus mengulangi Umno yang dipimpin Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membayar Apco Worldwide RM77 juta setahun.

Ketika berdepan dengan Jawatankuasa hak dan kebebasan Parlimen, Anwar terus mendakwa telah mengemukakan 'bukti' berhubung dakwaannya yang mengaitkan slogan 1Malaysia dengan One Israel.

Jelasnya, bukti tersebut merupakan perjanjian yang dimaterai antara negara Israel dengan firma perundingan Apco Worldwide pada "tahun 1991 (atau) 1992" serta perjanjian sama yang ditandatangani Malaysia dengan firma yang sama pada 2009.

"Pada t

ahun 1999 perdana menteri Israel lancarkan One Israel, pada 2009 pula Najib lancarkan 1Malaysia," katanya lagi.

Tambahnya, pegawai yang menguruskan Apco itu pernah bertugas di badan perisikan Israel yang berpengkalan di AS.

Katanya lagi, beliau tidak gentar sekiranya digugurkan daripada menganggotai Parlimen, berikutan pendedahannya itu.

"Kalau saya digugurkan selama enam bulan, saya selama enam bulan akan jelajah seluruh negara," katanya./Malaysiakini

BUKAN SENANG HENDAK BANTAH ISRAEL DI MALAYSIA, PEMIMPIN PAS DITAHAN

Posted: 09 Jun 2010 08:50 AM PDT

'Yahudi & Judi': Empat pemimpin PAS ditahan
Salhan K Ahmad
Jun 9, 10


Polis menahan Ketua Pemuda PAS Selangor Hasbullah Ridzwan dan tiga lagi pemimpin akar umbinya di tapak ceramah Pakatan Rakyat di Batu Caves, Selangor.

Haceramah Pakatan 'Yahudi & Judi'sbullah berkata beliau ditahan kerana enggan bersurai apabila polis mengarahkannya supaya berbuat demikian, ketika berkumpul bersama kira-kira 20 orang yang lain di perkarangan Dewan Kompleks Muhibbah di Taman Bolton.

Turut ditahan dalam kejadian pada kira-kira jam 8 malam tadi ialah ketua pemuda PAS bahagian Gombak Syarhan Humaizi Halim, setiausaha Damanhuri Dol dan ketua penerangannya Afyan Mat Rawi.

Ketiga-tiga orang tersebut ditahan kerana menghalang tugas polis, kata Hasbullah lagi ketika dihubungi lewat malam tadi.

Kesemua mereka dibawa ke ibu pejabat polis daerah Gombak dan dibebaskan pada kira-kira jam 11.50 malam dengan jaminan polis.

Hasbullah mendakwa, ceramah bertema kan 'Yahudi dan Judi' anjuran lajnah penerangan PAS itu pada awalnya dijadualkan diadakan di tempat berkenaan terpaksa dipindahkan ke Stadium Selayang, hampir 10 kilometer daripada tempat itu.

"Polis menutup tempat itu jadi kami terpaksa ambil tempat alternatif ke Stadium Selayang.

"(Polis) kata sebab penganjuran ceramah ini tidak ada permit, dan mereka kata (Dewan Kompleks Muhibbah) itu kawasan terbuka.

"Hakikatnya tempat itu berbumbung dan sememangnya berada dalam kawasan berpagar," kata Hasbullah lagi.

NONEDi stadium berkenaan, ceramah oleh pemimpin kanan Pakatan Rakyat, antaranya oleh Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang turut disertai peserta flotila pro-Palestin yang diserang tentera Israel baru-baru ini.

Walaupun berlaku pertukaran tempat di saat-saat akhir, hampir 2,000 orang menyertai ceramah tersebut.

Sementara itu menurut Harakahdaily ceramah malam ini dihalang pihak keselamatan dengan alasan dibuat di tempat terbuka.

Versi internet akhbar organ PAS itu melaporkan majlis itu tidak dapat diteruskan di situ kerana pihak penganjur tidak mendapat kuncinya./Malaysiakini

Tiada ulasan: