Khamis, 10 Jun 2010

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


UMNO tadbir Malaysia macam Tahi Judi Kemaruk Judi

Posted: 10 Jun 2010 01:19 AM PDT

Setelah mencuba berkali-kali, akhirnya terdedah juga hakikat sebenarnya. Bahawa hutang kerajaan Malaysia bawah UMNO berjumlah RM 378 billion ringgit. Maklumat ini saya dapat terus dari Laman Web Bank Negara yang boleh dibaca di sini.

Kita hairan, mengapa negara mesti berada dalam hutang yang sebegitu teruk memandangkan:

1.0 Kita ada sumber petroleum yang banyak. Mengikut maklumat dari Dr Mahathir sendiri, hasil petroleum di Malaysia berjumlah RM456 billion semenjak zaman Tun Hussein Onn.

2.0 Kita juga ada sumber-sumber kekayaan alam yang lain seperti kelapa sawit, getah dan sebagainya

3.0 Malaysia juga mempunyai industri perkilangan yang besar. Malahan, sektor perkilangan adalah komponen terbesar ekonomi Malaysia. Eksport barangan elektrik dan elektronik menjadi penyumbang terbesar kepada eksport negara. (48 billion suku pertama 2010)

4.0 Malaysia ada sumber pertanian, perikanan dan pembalakan yang besar berbanding negara lain. (RM 1.8 billion suku pertama 2010)


5.0 Selain itu, Malaysia juga ada sumber dari perlancongan dan perhotelan yang terbaik di Asia Tenggara. (RM 24 billion)

Pada waktu yang sama, rakyat Malaysia tidaklah mendapat banyak bantuan dari kerajaan pun:

1.0 Jalan semua kena tol. Jalan yang tiada tol, rakyat Malaysia perlu bayar cukai jalan.

2.0 Harga kereta mahal. Rakyat Malaysia kena bayar harga kereta 3 kali ganda harga pasaran. Misalnya, kalau di negara lain harga Honda City adalah RM25k, tapi di Malaysia ia jadi RM84k. Kalau kereta rosak, harga "spare parts" pun mahal. Hendak repair kereta pun sudah menjadi beban kewangan kepada rakyat Malaysia.

3.0 Harga minyak mahal dan pengangkutan awam adalah yang terburuk di rantau Asia Tenggara.

4.0 Gaji rakyat Malaysia adalah rendah dan tidak pernah naik mengikut kos hidup. Purata gaji siswazah tamat pengajian sekita RM1200 sahaja

5.0 Purata gaji pekerja kilang, mengikut statistik Bank Negara adalah RM2206 sebulan. Apa yang pekerja kilang boleh buat dengan RM2206 sebulan? Belanja makan sebulan pun dah dekat RM1500.

6.0 Harga barang makananan semakin mahal dan semakin menghimpit kehidupan rakyat jelata.

7.0 Harga rumah pun mahal. Bayaran rumah sebulan sahaja pun sudah memakan setengah dari gaji.

8.0 Ibu bapa terpaksa berkerja untuk mencari pendapatan yang cukup. Itupun, hanya cukup-cukup makan sahaja. Anak-anak terbiar dan terdedah kepada penyakit sosial.

9.0 Kalau rakyat Malaysia hilang pekerjaan, kerajaan tidak membantu dari segi memberi elaun sementara menanti pekerjaan baru, tidak seperti di negara-negara maju

10.0 Kos perubatan semakin lama semakin tinggi. Kualiti perubatan awam juga semakin buruk menyebabkan rakyat Malaysia terpaksa berbelanja tinggi untuk perubatan.

11.0 Tiada program kerajaan memberi makanan percuma pada orang miskin dan memerlukan.

Dengan kata lain, tiada apa sangat yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia untuk keselesaan hidup rakyat Malaysia.

Soalnya sekarang, dalam keadaan kerajaan Malaysia tidak memberi wang kepada rakyat, mereka masih berhutang RM378 billion? Ke mana kah kekayaan negara telah pergi selama ini sehingga UMNO terpaksa berhutang RM378 bilion?

Hutang ini adalah 54% dari seluruh hasil mashul negara. Ertinya, dari 1 ringgit hasil negara, 54 sen harus digunakan untuk membayar hutang.

Cara UMNO mentadbir Malaysia ni macam tahi judi. Seorang tahi judi tak boleh berhenti berjudi. Apa yang ada akan dijudikan dan dijual. Setelah sekian lama berjudi, tiba-tiba barulah tahi judi ni sedar bahawa semua wangnya telah habis, segala harta benda nya telah tergadai, kereta yang dia miliki pun telah habis dijual, pakaian tinggal sehelai sepinggang. Yang lebih menyedihkan setelah segalanya tergadai, tiba-tiba masih ada lagi hutang judi yang bertampung-tampung masih belum dibayar.

Itulah yang telah berlaku kepada Malaysia bawah pentadbiran UMNO. Segala kekayaan kita telah habis tergadai. Rakyat Malaysia hidup semakin terhimpit dan peluang pekerjaan semakin tiada. Pada waktu yang sama, hutang kerajaan Malaysia semakin bertampung-tampung.

Lepas ni bila negara dah bangkrap, rakyat Malaysia yang terpaksa menanggung kesusahan dan keperitan, bukan UMNO dan pemimpin-pemimpin UMNO.

UMNO tadbir Malaysia macam seorang tahi judi kemaruk judi. Patutlah gian sangat nak lulus lesen judi.

Tulang Besi

Sultan Umno Tarik Balik Gelaran Datuk

Posted: 10 Jun 2010 12:52 AM PDT

Anggota Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Datuk Chua Jui Meng telah diarahkan memulangkan dua darjah kebesaran negeri Johor yang masing-masing membawa gelaran Datuk dan Datuk Seri.

Chua yang juga bekas menteri kesihatan mengesahkan bahawa beliau telah dihubungi setiausaha Istana Johor, Datuk Rahim Ramli supaya memulangkah darjah kebesaran itu hari ini.

Dua darjah kebesaran yang ditarik balik itu ialah "Dato Paduka Makhota Johor" dan "Dato Seri Makhota Johor".

Timbalan Presiden Pas Hilang

Posted: 10 Jun 2010 12:42 AM PDT

"Mengapa tiada (langsung) gambar Timbalan Presiden PAS?"

Isu ini dibangkitkan oleh salah seorang perwakilan yang mendesak agar diberikan penjelasan sebab tiadanya gambar Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa pada kain rentang dan "backdrop" di dewan persidangan Muktamar Dewan Ulama PAS Pusat yang berlangsung di Markas Dewan Ulama (Madu) di sini hari ini.

Isu yang dibangkitkan ini menjadi perhatian ketika desas-desus berterusan bahawa kehadiran di Kelantan Nashrudin tidak dialu-alukan walaupun beliau adalah wakil rakyat dari negeri itu.

Nasharudin merupakan Ahli Parlimen Bachok, Kelantan.

Timbalan Presiden PAS itu menjadi tumpuan selepas dikaitkan dengan usaha memihak idea kerajaan perpaduan Umno-BN, yang secara peribadi dibantah oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.


Nasharudin juga merupakan antara pemimpin yang menjadi sasaran disyorkan oleh Nik Aziz agar ditukar dengan diadakan satu muktamar khas. Syor itu dikemukakan empat bulan selepas pemilihan pucuk kepimpinan parti tahun lalu dan ketika PAS menghadapi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Manek Urai, Kelantan.

Ketika itu timbul spekulasi Nasharudin tidak dibenarkan turun berkempen, tetapi beliau hadir selepas rawatan ringkas di hospital.

Kain-kain rentang dan "backdrop" hanya mempamerkan wajah Nik Aziz dan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Perwakilan dari Terengganu mendakwa Muktamar Tahunan PAS Pusat yang diadakan di Kelantan langsung tidak mempamerkan gambar Timbalan Presiden parti kecuali Nik Aziz bersama Hadi.

"Minta penjelasan daripada Dewan Ulama," kata perwakilan ketika membahaskan Laporan Tahunan Dewan Ulama PAS Pusat.

Menjawab pertanyaan itu, Pengerusi Lajnah Penerbitan Dewan Ulama Abdullah Abdul Razak berkata pihaknya bukan sengaja berbuat demikian kerana memadai jika meletakkan gambar Mursyidul Am dan Presiden selaku ketua.

"Mursyidul Am PAS dan Presiden adalah ketua dan menggambarkan keseluruhan parti. Sebab itu kita tidak meletakkan gambar timbalan presiden, bukan ada tujuan lain," kata beliau yang juga Setiausaha Dewan Ulama Kelantan.

Ditanya mengenai keadaan yang sama di Kota Baru dan kawasan muktamar di Putik, Pengkalan Chepa, Abdullah berkata, "saya tidak tahu yang itu."

Kain rentang dan "backdrop" Muktamar Dewan Ulama di sini memuatkan wajah pemimpin kananya iaitu Ketua Dewan Ulama Datuk Harun Taib, timbalannya Datuk Ahmad Yaakob dan naibnya Datuk Dr Mahfodz Mohamed.

"Wajah tiga orang diletakkan sebab ini majlis Dewan Ulama," katanya.

Cuti beranak - Umno lembab 20 tahun

Posted: 09 Jun 2010 08:43 PM PDT

Umno-BN merasa malu untuk mengikut tindakan yang diambil oleh Kerajaan Kelantan dan PR meskipun ianya mendatangkan kebaikan dan manfaat.

Setelah 20 tahun ianya dilaksanakan di Kelantan dan Terengganu 10 tahun barulah hari ini ia hendak dibentangkan ke Kabinet.

Mereka malu kalau dikatakan mengikut Pas. Atau memang kerana pemikiran UMNO-BN ini lembang?Cuti bersalin di negara ini pada asalnya hanya 40 hari. Tempoh itu diubah kepada 60 hari oleh kerajaan Kelantan selepas diperintah PAS pada 1990.

Di awal pelaksanaan dasar baru itu, kerajaan Kelantan dikritik hebat beberapa kalangan, terutama para pemimpin Barisan Nasional (BN). Ia difitnah seolah-olah menjejaskan produktiviti dan sebagainya.

Apabila Pas memerintah Terengganu, ia telah memperkenalkan Kemudahan Cuti Bersalin 90 hari kepada pegawai dan guru wanita. Serentak itu juga diperkenalkan Cuti Isteri Bersalin selama tujuh hari kepada suami terbabit. Berkuatkuasa 1 April 2000.


Bagi melaksanakan kemudahan itu, pegawai atau guru wanita diberi opsyen tambahan 30 hari cuti bersalin yang direkodkan sebagai Cuti Menjaga Anak (Cuti Tanpa Gaji). Bagaimana pun, kerajaan negeri bersetuju membayar gaji penuh 30 hari tambahan itu sebagai Elaun Khas Bersalin.

Ertinya, ia tetap menjadi cuti bergaji. Ia tetap juga dikritik oleh pimpinan UMNO-BN dengan menganggap tindakan itu mundur ke belakang, menjejaskan produktiviti dan menjadikan kakitangan malas untuk kembali bekerja.

Tetapi kini, apabila kerajaan Kelantan akan melaksanakan peraturan cuti bersalin bagi kakitangan wanita selama 90 hari, mulai tahun dan 10 untuk suami yang dijangkakan akan diikuti oleh semua negeri-negeri yang diperintah oleh PR. Tindakan ini disokong oleh pihak CUEPEC sendiri.

Bimbang tindakan politik yang akan memihak kepada PR dan perbezaan ketara yang akan menjadi buah mulut dikalangan kakitangan kerajaan menyebabkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan membentangkan kepada kabinet dalam masa terdekat cadangan pakej cuti bersalin dan kemudahan lain bagi mewujudkan iklim pekerjaan lebih mesra keluarga.

Menterinya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berkata pakej berkenaan termasuklah cadangan cuti bersalin selama 90 hari yang akan turut menyediakan kemudahan menarik kepada kaum bapa. Beliau memberi alasan dengan mengatakan hampir 80 peratus negara di dunia kini memberikan tempoh cuti bersalin selama 12 minggu atau lebih kepada wanita yang melahirkan anak.

Kajian Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) yang mendapati ramai pekerja wanita menamatkan perkhidmatan selepas melahirkan anak pertama. Beliau membangkitkan soal semakin ramai kakitangan wanita sektor awam memilih meletak jawatan selepas melahirkan anak dan ini merugikan Negara.

Beginilah pimpinan UMNO-BN. Pemikiran mereka lembab 20 tahun dari pemikiran pimpinan PAS. Selagi Negara Barat tak buat selagi itu mereka mengatakan tak releven dan apabila Negara barat mula melaksanakannya barulah mereka cuba melaksanakan. Malu sangat ke nak bagi kredit kepada kerajaan Pas Terengganu yang telah melaksanakannya 10 tahun dulu.

Menasabahkan UMNO-BN makin tidak releven. Tapi takpelah. yang penting meniru yang baik itukan kebaikan. Semoga pimpinan Pas dahulu akan mendapat pahala daripada pengamal yang mengikutinya. (sumber - ustaz saiful bahri )

Demi Maruah Umno, Keputusan Kawin Koboi Terpaksa Ditangguh

Posted: 09 Jun 2010 08:33 PM PDT

Keputusan pengesahan dan pendaftaran pernikahan ahli parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin dengan pasangannya pelakon Zizie Izette yang dijadualkan diumumkan hari ini, telah ditangguhkan.

azlanKumpulan petugas media menunggu di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur sejak awal pagi tetapi pasangan tersebut tidak muncul.

Malaysiakini kemudiannya menghubungi peguam mereka, Zulkifli Che Yong yang memaklumkan bahawa keputusan tersebut telah ditangguhkan.

Beliau berkata, pihaknya telah mengemukakan permohonan petang semalam supaya keputusan tersebut ditangguhkan.

Ditanya bila keputusan itu akan dibuat, Zulkifli berkata sehingga ini tarikh baru belum ditetapkan lagi.

Pasangan itu memfailkan permohonan bagi mendapatkan pengesahan dan pendaftaran pernikahan pada 4 Jun lalu.


Dalam permohonan itu, pasangan berkenaan juga memohon pernikahan tersebut diterima dan didaftarkan oleh Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk Wilayah Persekutuan selari dengan Seksyen 12(2) Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Zizie dan Bung bernikah pada 16 Disember tahun lalu di sebuah bumah banglo di Hulu Klang, Selangor Disember tahun lalu dengan mas kawin RM80 tunai dan hantar RM31,000.

Manakala pada 19 Mei lalu, Mahkamah Syariah menjatuhkan hukuman penjara selama sebulan ke atas ahli parlimen Kinabatangan itu kerana kesalahan poligami tanpa kebenaran mahkamah.

Bung Moktar juga didenda RM1,000 bagi satu lagi kesalahan bernikah tanpa kebenaran dan berhadapan dengan hukuman penjara enam bulan sekiranya gagal menjelaskan denda tersebut hari ini.

Isteri keduanya, Zizie Ezette Abd Samad pula didenda RM1,000 bagi setiap dua kesalahan.

Pelakon terkenal itu bersalah atas tuduhan bersubahat bagi kesalahan poligami tersebut dan juga kesalahan pernikahan tanpa kebenaran mahkamah.

MP Bergaduh Di Parlimen. Dah Macam Parlimen Taiwan Daa..

Posted: 09 Jun 2010 05:27 AM PDT

Satu usul dibentangkan mengikut peraturan Dewan Rakyat 26(1)(P) bagi menyiasat kekecohan yang berlaku di tempat rehat khas ahli parlimen ketika mereka mengadakan perbincangan mengenai kekurangan biasiswa kerajaan yang ditawarkan kepada pelajar bukan bumiputera.

Datuk Bung Moktar Radin dari Umno berkata beliau memfailkan usul itu selepas pertengkaran hangat antara wakil rakyat pembangkang dan kerajaan, termasuk dirinya ketika ke tempat rehat berkenaan.

Bung mendakwa 'orang luar' juga berada di tempat rehat itu dan terbabit dalam perbincangan berkenaan, justeru katanya "keselamatan ahli parlimen tergugat'.

Semasa perbincangan meja bulat, pertengkaran hangat dilaporkan antara Bung dan MP Tangga Batu (Umno) Idris Harun dengan pemimpin pembangkang.


Menurut Idris ketika menjejakkan kakinya di tempat rehat itu, beliau terdengar suara-suara yang memaki hamum Umno dan BN dan beliau cuba menegur mereka kerana tidakan berkenaan tidak berpatutan.

Mesyuarat diganggu

"Mereka memaki BN celaka, Umno celaka, jadi saya cuba menasihatkan mereka. Saya menyapa Kula (DAP Ipoh Barat) dan Kit Siang (DAP Ipoh Timur) dan memberitahu mereka bahawa saya ingin mendengar hujah mereka dan mengambil bahagian dalam perbincangan, tetapi ada di antara mereka mula memaki dan menghalau serta menolak saya," katanya kepada wartawan.

Menurut Idris, oleh kerana jumlah mereka lebih ramai, beliau mengambil keputusan untuk berundur.

Sementara itu, pemimpin DAP Perak, M Kulasegaran memberitahu wartawan bahawa perbincangan mereka yang sedang berlangsung diganggu oleh dua ahli parlimen kerajaan itu.

"Parlimen adalah tempat untuk rakyat datang dan menyuarakan pendapat mereka. Rakyat sepatutnya tidak dihalang ke mari," katanya sambil menambah kedua-dua MP Umno berkenaan tidak diundang menyertai perbincangan mereka.

MP Padang Serai N Gobalakrishnan mengesahkan perkara itu dan berkata Kulasegaran telah mendapatkan kebenaran daripada parlimen sebelum memulakan perbincangan mereka itu.

"Ini mesyuarat persendirian dan parlimen membenarkannya," katanya.

Pemimpin Pakatan Rakyat lain yang menyertai perbincangan itu adalah MP Puchong Gobind Singh Deo, Menteri Besar Perak yang disingkirkan yang juga MP Bukit Gantang Datuk Seri Nizar Jamaluddin, ADUN Sungkai Sivanesan, MP Kapar S Manickavasagam, MP Sungai Siput Xavier Jeyakumar, MP Bukit Mertajam Chong Eng, MP Teluk Intan M Manogaran dan MP Rasah Anthony Loke.

Seorang daripada tetamu berkenaan adalah Presiden Persekutuan Pertubuhan India Malaysia yang mendakwa kekurangan biasiswa untuk pelajar bukan bumiputera.

Kerajaan perpaduan Umno-PAS tidak boleh - TGNA

Posted: 09 Jun 2010 05:11 AM PDT

Isu idea kerajaan perpaduan yang mendominasi muktamar tahunan PAS lalu dua tahun berturut-turut kemungkinan besar tidak akan mendapat tempat kali sambil Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula menegaskan, pihaknya tiada minat langsung untuk menerokai usaha tersebut.

"Tidak," kata Nik Aziz dalam pertemuan dengan The Malaysian Insider di pejabatnya di sini hari ini.

Bagaimanapun menurut beliau, kebimbangan mengenai isu kerajaan perpaduan pernah wujud di peringkat awal selepas pilihan raya umum 2008 dan ketika Pakatan Rakyat dibentuk, tetapi kini tidak, di mana usaha ditumpukan untuk memperkukuhkan ikatan PAS-DAP-PKR itu.

Menteri Besar Kelantan mengulangi pengalaman PAS menyertai Barisan Nasional (BN) pada 1971 ekoran permintaan daripada Allahyarham Tun Razak ketika itu.

"Bila kami masuk BN, PAS Kelantan jadi empat. Bila Umno rasa gagah, tendang kami. ini Umno," katanya.


"Sekarang ini pilihan raya umum ke-12, (selepas) lima buah negeri jatuh, dia minta PAS masuk balik. Saya kata 'i know who are you', penipu kamu... tidak boleh," katanya.

Bagaimanapun tegas Nik Aziz, keputusan menolak menyertai kerajaan perpaduan bukan keputusan beliau seorang semata-mata.

"Ini jangan fikir saya (seorang yang membantah), ini keputusan muktamar di Ipoh (2008) dan di Shah Alam (2009). Ini keputusan muktamar. saya menyokong (sahaja)," kata beliau yang Mursyidul Am PAS yang selama ini dilihat sebagai "orang kuat" membantah idea sedemikian.

Dalam pertemuan dengan The Malaysian Insider kelmarin, Ketua Penerangan PAS Idris Awang juga berkata PAS menganggap isu kerajaan perpaduan yang dikaitkan dengan PAS dan Umno-BN sejak selepas pilihan raya umum 2008 sudah selesai dan tidak akan menjadi antara agenda utama pada muktamar tahunan di Kelantan minggu ini.

Sehubungan itu kata beliau, pucuk kepimpinan juga tidak akan menghalang jika ada mana-mana perwakilan yang mahu membangkitkan semula isu berkenaan pada muktamar kali ini.

Malah katanya, PAS juga tidak akan menapis kandungan topik perbahasan para perwakilan.

Idris berkata, pihaknya menganggap perkara itu sudah selesai selepas pemimpin-pemimpin menjawabnya ketika sesi penggulungan Muktamar Tahunan PAS di Shah Alam, Jun lalu.

Sesi penggulungan ketika muktamar lalu dilihat menjadi 'panas' dengan isu kerajaan perpaduan.

The Malaysian Insider difahamkan perkara itu menjadi perhatian semula sejak kebelakangan ini, sehingga kemungkinan dibangkitkan lagi dalam muktamar kali ini.

Ia antara lain ekoran penekanan semula Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa pada majlis pelancaran buku Natrah: Cinta, Rusuhan dan Air Mata Mac lalu.

Nasharudin dipetik berkata yakin usaha mewujudkan perpaduan di kalangan parti politik yang mewakili umat Islam boleh dicapai jika semua pihak berusaha bersungguh-sungguh ke arah itu.

Bagaimanapun dalam penjelasan kepada The Malaysian Insider, menurut Idris, Nasharudin telah menjelaskan kepada pucuk kepimpinan konteks dan maksud ucapannya itu pada majlis tersebut.

Ketika ditanya sama ada isu idea perpaduan boleh dibangkitkan lagi kali ini, Nik Aziz berkata, "kalau hendak bangkit boleh, tak mengapa."

"Tapi kita lawan hujah lah. Masuk ke dalam Umno untuk buat apa?" kata beliau lagi.

"Pertama Umno menipu, ada bukti yang tegas. Keduanya, dulu kita lawan Umno, sebelum BN kita lawan Umno, sebab apa Umno tolak Islam, Islam adalah daripada Allah.

"Kenapa kamu tolak, kalau cahaya matahari kamu tak tolak, udara daripada Allah kamu tak tolak, air hujan dari langit kami tak tolak, mengapa kamu tolak islam... ini kamu betul-betul boneka kepada Eropah, bila Eropah kata agama politk lain, kamu pun kata agama politik lain," katanya.

Nik Aziz juga menegaskan, Eropah bukan ajaran agama Nabi Muhammad S.A.W.

Dalam penjelasannya, Nik Aziz juga membandingkan isu idea kerajaan perpaduan dengan konsep ketuanan Melayu dan ketuanan Islam.

"Ini tidak betul. Kamu sebut ketuanan Melayu, saya sebut ketuanan Islam, kalau ketuanan Melayu, Cina marah, India marah, tetapi ketuanan Islam, Cina boleh fikir, kalau masuk tak apa, kalau tidak masuk Islam kamu bertanggungjawab, kamu boleh sokong PAS, tidak masuk islam tak mengapa," katanya.

Tambah Nik Aziz: "Antara ketuanan Melayu dan ketuanan Islam, saya pilih ketuanan Islam."

"Islam ini kita panggil titik persamaan, orang Melayu terima Islam, orang Cina terima Islam, orang India terima Islam tapi tidak semestinya masuk Islam. terima prinsip dan konsep, cukup," katanya.

Berhubung soalan sama ada idea kerajaan perpaduan masih wujud, Nik Aziz berkata, berdasarkan pengalaman beliau sudah tidak ada sekarang.

"Dulu-dulu ada lah... bimbang, tak percaya sebab ia perkara baru kan. Macam kahwin lah, malam pertama takut lah, lama-lama OK lah," katanya.

Tiada ulasan: