Suhaizan Kayat |
| Posted: 13 Jun 2010 09:15 PM PDT Saya mengucapkan tahiah kepada Y.A.B Dato Abdul Ghani Othman Menteri Besar Johor yang juga Ketua Perhubungan UMNO Johor yang telah sama-sama membantah judi sukan yang telah diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan. Setakat ini sudah 5 buah negeri membantah judi sukan ini iaitu Johor, Selangor, Kelantan, Pulau Pinang dan Kedah. Seperti juga isu PPSMI(Pembelajaran & Pengajaran Sains & Matematik dalam Bahasa Inggeris), ini adalah kali kedua UMNO Johor membantah keputusan yang telah dibuat oleh Kerajaan Persekutuan. Bantahan UMNO Johor terhadap PPSMI juga sedikit sebanyak telah memberi tekanan kepada Kerajaan Persekutuan untuk memansuhkan PPSMI bermula 2011. Tahniah kepada UMNO dan Kerajaan Johor. Saya merasakan tindakan UMNO Johor belum cukup kuat lagi selagi tidak membawa bersama rakan-rakan mereka diperingkat Perhubungan UMNO negeri-negeri lain. Perhubungan UMNO Negeri-negeri juga perlu bersama untuk membantah judi sukan. Ini suatu pendidikan yang baik untuk semua rakyat Malaysia. Saya juga penuh berharap agar Dato Abdul Ghani Bin Othman Menteri Besar bersama-sama dengan Dato Seri Khalid Ibrahim Menteri Besar Selangor, En Lim Guang Eng Ketua Menteri Pulau Pinang, Dato Tuan Guru Nik Abdul Azizi Bin Nik Mat Menteri Besar Kelantan dan Dato Seri Azizan Razak Menteri Besar Kedah untuk sama-sama Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) menyerahkan memorandum kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong pada sabtu 3 hb Julai 2010 jam 2 petang di Kuala Lumpur. Kehadiran semua Y.A.B sangat-sangat memberi kesan kepada sikap rakyat Malaysia yang membenci judi. Mansuh Judi Sukan!!! Rakyat Bahagian Tampa Judi. Suhaizan Bin Kaiat S/U Gerakan Rakyat Membantah Judi. |
| You are subscribed to email updates from Suhaizan Kayat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan