Isnin, 14 Jun 2010

Briged Al-Akhdor LR2

Briged Al-Akhdor LR2


"Dr Mahathir Sokong Pertaruhan Sukan ....

Posted: 14 Jun 2010 10:09 AM PDT


"Orang Cina memang suka berjudi. Jika tanpa lesen, tiada cara untuk tentukan aktiviti perjudian tidak terlalu berleluasa," katanya menyokong tindakan kerajaan yang bercadang mahu meluluskan pemberian lesen judi baru itu. - Dr Mahathir
edyes wrote:
Semua rakyat tahu hubungan antara Vincent Tan dengan Dr Mahathir! Hanya yang dungu sahaja buat tak tahu. Persoalan : Berapa share Dr M dalam BERJAYA Group ??


Sebab itu Dr M kita sokong judi sukan, walaupun dengan membelakangkan agama demi wang ringgit. BERJAYA akan berjaya mendapat keuntungan berbillion ringgit hasil dari kelulusan judi sukan, maka dari sinilah setiap share-holder itu menerima durian runtuh! Boleh buat lagi sebuah mansion di Nottingham Shire untuk cucu tersayang.

Kekayaan hasil penjualan tiket pertaruhan itu menjadikan mereka yang dibelakang tabir untung berlipatganda sedangkan pungutan tiket itu ialah dari duit rakyat-rakyatnya yang terpesong dengan ketelusan kerajaan melancarkan hiburan berbentuk judi sukan.

Ini disamakan dengan pelabur perusahaan babi. Secara tutup mata mereka melabur, babi yang kadar kelahirannya 3 kali setahun dan setiap kelahiran membawa kepada sedozen anak babi. Sebab itulah kita katakan tokey paling kaya ialah tokey babi! Tak kurang kayanya tokey judi!!

Kata Mahathir, pembangkang membantah judi bukan sebab agama tetapi sebab politik, bermakna jelas lagi nyata bahawa Mahathir telah mengamalkan politik suku dan agama suku di sepanjang 22tahun pemerintahan regim Mahathir. Dan legasi ini diteruskan oleh regim Najib-Rosmah.

Sehingga hari ini saya masih menanti sebarang komen dari Dr M berkenaan Tanjung Pagar yang tergadai dan cubaan untuk menukar hak milik Kg Baru. Namun tidak dapat saya temui jawapan dari seorang ultra-melayu! Maka adalah mungkin saya terlupa, hubungan antara dua legasi iaitu Mahathir dan Najib.

Ayuh kita bangkit dengan menunjukkan bantahan terhadap judi suka pada tanggal 3 Julai nanti. Perarakan dari Masjid Negara ke Istana Negara ! Jangan lupa tarikh itu, seluruh kekuatan pakatan rakyat dari setiap cabang dan bahagian, akan hadir menzahirkan bantahan!
sumber

Mereka sibuk bila PAS bermuktamar.

Posted: 13 Jun 2010 09:02 PM PDT


"Semakin hari semakin pelik media tempatan, bila UMNO bermesyuarat agong pemimpin-pemimpin BN akan ditemuramah untuk beri pandangan dan pemimpin-pemimpin pembangkang langsung tidak diberi peluang untuk mengulas. Bila PAS bermuktamar sekali lagi media tempatan mendapatkan ulasan dari pemimpin-pemimpin BN tidak pula diberi peluang kepada pemimpin-pemimpin PAS atau pun PR untuk memberi ulasan.

Memang pelik sepatutnya ulasan yang lebih tepat datang dari mana-mana parti yang sedang bermesyuarat bukan dari parti yang menentang. Apa yang boleh dilihat media di Malaysia merupakan media yang cukup ketinggalan zaman dan pengecut. Mereka hanya mampu mengampu dan taat pada pemerintah. Mungkin suatu hari nanti media tempatan akan dipandang sinis oleh masyarakat. Masyarakat akan meninggalkan media tempatan dan mempercayai media luar. Ini akan merugikan negara dan semangat patriotik akan hilang.

Inilah keadaan sekarang, Malaysia dibelenggu oleh mentaliti kapitalis dan kuku besi. Mereka mengawal dan menyekat penyebaran berita yang benar. Mereka takut dengan kebangkitan rakyat yang benci dengan kongkongan berita yang berat sebelah. Jika Malaysia ingin dihormati oleh rakyatnya dan masyarakat dunia, perubahan dasar penyiaran perlu dibuat untuk menentukan berita yang disampaikan lebih adil dan saksama.

Janganlah kita maju sekadar dalam berita Utusan, Berita Harian, RTM, TV3 dan lain-lain media Malaysia sahaja tetapi akikatnya Malaysia mundur di sudut mata masyarakatnya sendiri dan masyarakat dunia. Berubahlah untuk menuju kemajuan sebenar bukan sekadar hiasan dalam tajuk-tajuk utama berita sahaja.

Tiada ulasan: