Isnin, 28 Jun 2010

SharpShooter

SharpShooter


Azmin dan Khalid...sampai bila boleh bertahan

Posted: 28 Jun 2010 01:23 AM PDT

Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN yang berakhir petang tadi mengumumkan rombakan barisan pimpinan parti yang membabit beberapa pimpinan di peringkat negeri termasuk Naib Presiden, Azmin Ali yang kini dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Selangor menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Tempat Azmin di ganti oleh Ahli Majlis Pimpinan Pusat, Datuk Zaid Ibrahim yang dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Wilayah Persekutuan yang baru.

Seorang lagi Ahli Majlis Pimpinan Pusat, Dr Badrulamin Bahron dilantik menjadi Pengarah Penerangan di Pejabat Menteri Besar Selangor.

Semasa mengumumkan perubahan pada barisan pimpinan Selangor dan Wiyajah Persekutuan, Presiden, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata rombakan ini dibuat bagi memberi ruang kepada Abdul Khalid menumpukan perhatiannya kepada pembangunan Selangor

"Tan Sri Khalid sendiri memohon perubahan ini dibuat suoaya beliau boleh menumpukan perhatian dan tenaganya untuk disalurkan dalam pentadbiran Selangor," kata Dr Wan Azizah.

Sementara itu Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula berkata perubahan yang dibuat adalah bagi mengukuh serta memantapkan struktur organisasi dan pentadbiran parti menjelang PRU-13.

"Rombakan terbaru ini adalah bagi melicinkan pentadbiran kerajaan negeri Selangor dan memantapkan persediaan parti bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 kelak," kata Anwar yang mempengerusikan mesyuarat MPP setelah berakhirnya program pemukiman KEADILAN petang tadi.

Program Temu Rapat dan Bengkel Jawatankuasa Pilihan Raya Pusat sepanjang dua hari yang berakhir dengan Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN dipengerusikan oleh Anwar.

Dalam sidang media, Anwar berkata perubahan seperti ini akan berlaku dari semasa ke semasa, secara berperingkat dan akan melibatkan keseluruhan kepimpinan di peringkat negeri dan cabang.

Sehubungan itu Abdul Khalid berkata Setiausaha Politik Menteri Besar yang baru, Faekah Husin akan mengangkat sumpah pada hari Selasa depan manakala dua pegawai khas akan dilantik bagi membantu Dr Badrulamin.

Sharpshooter :- Masakan pokok bergoyang jika tidak ada angin yang bertiup...atau pun pokok bergoyang kerana ada yang goncang...atau pun pokok tu memang wajib ditebang...

Ibarat kapal dua nakhoda....satu ke timur satu ke barat...ke mana akhirnya...

Cakap salah tak cakap salah....jadi semua serba salah...


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

ADAKAH NAJIB DIUGUT UNTUK TERIMA KEPUTUSAN RUNDINGAN MALAYSIA – SINGAPURA YANG MERUGIKAN ?

Posted: 28 Jun 2010 01:08 AM PDT

Kenyataan Media
25 June 2010


Ogos 1965, regim pemerintah Negara telah menyerahkan Singapura. Kelemahan regim ini ditutup dengan perbagai sentiment. Rakyat yang terbakar dengan perbagai sentimen pada waktu itu melupakan kelemahan regim sehingga tergadai hak dan kedaulatan Negara. Semenjak itulah perbagai isu hubungan dua negara ini muncul dan tidak selesai.

Antara isu yang tidak diselesaikan dan berpanjangan sejak dulu antaranya ialah isu pembangunan tanah milik KTMB dan sekitar tambak Johor. Walau apa pun tuduhan terhadap Perdana Menteri sebelum ini namun jelas mereka mempertahankan kedaulatan Negara dan tidak mahu menerima tawaran rundingan Singapura yang jelas berat sebelah.

Namun baru – baru ini hasil pertemuan tertutup Datuk Seri Najib Tun Razak dengan rakan sejawat di Singapura. Kononya telah menyelesaikan beberapa isu tertangguh sekian lama. Dilaporkan di media Malaysia bersetuju memindahkan stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Tanjong Pagar di Singapura ke Pusat Pemeriksaan Kereta Api Woodlands (WTCP) menjelang 1 Julai 2011.

Dilaporkan juga Najib turut menyatakan, 271 hektar tanah milik KTMB di Tanjung Pagar, Kranji dan Woodlands serta tiga keping tanah di Bukit Timah kini diserahkan kepada sebuah syarikat yang belum lagi ditubuhkan.


Syarikat usaha sama Malaysia-Singapura yang dikenali sebagai M-S Pte Ltd, akan ditubuhkan sebelum 31 Disember tahun ini di mana Khazanah Nasional memegang 60% kepentingan dan Temasek Holdings Limited akan memegang baki 40%.

Ini, bermakna dari jumlah 271 hektar tanah milik KTMB, 40% kini sudah sah menjadi milik Singapura melalui perkongsian pelaburan.

Walaupun belum ada kepastian mengenai status pemilikan tanah, tetapi projek sistem transit laju (RTS) menghubungkan Tanjung Puteri, Johor dengan stesen di Woodlands yang dijadual beroperasi pada 2018 melalui projek usaha sama ini, kini dibahagi dua kepada Singapura.

Najib juga, gagal memberikan penjelasan terperinci tentang cadangan memindahkan Stesen KTMB di Tanjong Pagar ke Pusat Pemeriksaan Kereta Api Woodlands (WTCP) milik Singapura menjelang 1 Julai 2011.

Tanah milik KTMB di Tanjung Pagar, Kranji dan Woodlands serta tiga keping tanah tambahan di Bukit Timah, yang kesemuanya berjumlah 271 hektar akan diserahkan kepada syarikat usaha sama Malaysia-Singapura yang dikenali sebagai M-S Pte
Ltd, yang akan ditubuhkan sebelum 31 Disember tahun ini.

Malaysia juga dikatakan bakal memindahkan kemudahan
kastam, imigresen dan kuarantin (CIQ) kereta api di WTCP.

Hampir pasti bahawa kos operasi KTMB pasti akan meningkat dan bayaran penyewaan WTCP milik Singapura akan membebankan pada masa akan datang.

Maka KTMB bakal menyertai senarai syarikat milik kerajaan yang rugi seperti Pos Malaysia Berhad dan Sime Darby Berhad yang juga dibawah perlaburan Khazanah Nasional.

Apa yang berlaku ialah kita bakal membentuk satu lagi perjanjian seperti perjanjian air dengan Singapura yang jelas amat berat sebelah dan menggadaikan kedaulatan Negara.

Semua ini mengarut dan tak masuk akal. Selepas pengumuman di Singapura , banyak bantahan kedengaran di Malaysia. Namun Perdana Menteri Singapura hadir pula ke Kuala Lumpur seolah 'mengingatkan' Najib mengenai sesuatu agar Najib terus mempertegaskan persetujuan Malaysia dengan keputusan berat sebelah yang dipersetujui di Singapura.

Seolah seperti ada sesuatu yang mengikat Najib untuk akur walaupun ia jelas merugikan Negara. Dari aspek politik juga Najib jelas akan rugi kerana suara bantahan yang keras sudah mula kedengaran. Namun Najib seolah terpaksa meneruskan.

Adakah Najib diugut dalam mempersetujui perjanjian ini ?

Berdasarkan kenyataan bersumpah yang di ikrarkan oleh Balasubramanian pada 1 Julai 2008 menyatakan Antara dakwaan Bala dalam surat akuan itu ialah, Najib telah memperkenalkan Altantuya yang dikenali sebagai 'Aminah' kepada Razak di Pameran Berlian di Singapura. Maknanya Najib pernah berada di Singapura bersama Altantuya.

Adakah 'perisik' Singapura telah mengumpulkan rekod tersebut ? Adakah rekod tersebut digunakan untuk mengugut Najib dalam akur dan bersetuju dalam satu lagi penggadaian hak dan kedaulatan Negara ?

Najib perlu tampil dan berterus terang depan rakyat Malaysia. Jika benar dia diugut rakyat Malaysia seharusnya bangkit bersatu bersama Najib yang sedang menghadapi ugutan melalui rekod maklumat risikan Singapura ini.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) melihat isu ini sebagai isu besar kedaulatan, maruah dan masadepan Negara. Untuk itu 2 Julai ini Solidariti Anak Muda Malaysia akan menghantar surat terbuka kepada Perdana Menteri Malaysia mengenai isu ini dan surat terbuka ini akan dicetak sekurang – kurangnya 20,000 naskah akan diedar seluruh Negara bagi mempertingkatkan pemahaman rakyat agar bangkit mempertahankan kedaulatan Negara.


BADRUL HISHAM SHAHARIN a.k.a che'GuBard
Penyelaras
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Ulama Muda terperangkap...

Posted: 28 Jun 2010 12:53 AM PDT

Walaupun begitu gah Umno mencanangkan di media massa bahawa seramai 40 orang ulama muda telah menyertai parti itu kelmarin, namun maklumat yang diperolehi hanya sebahagian sahaja yang benar-benar berbuat demikian.

Sebaliknya pula, ada sebahagian daripada mereka yang berada di dalam majlis tersebut telah terpedaya dengan mainan politik bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Menurut Ketua Pemuda PAS Perlis, Ustaz Ya'akub Abu Seman, ada beberapa orang yang datang dari Perlis untuk berjumpa dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk tujuan yang lain, sebaliknya telah terperangkap dengan sandiwara politik mainan Shahidan.

"Shahidan telah mengambil kesempatan dengan kehadiran mereka untuk tujuan politiknya. Mereka mewakili Persatuan Al-Islah Perlis yang pergi untuk berjumpa Najib bagi membersihkan nama persatuan mereka yang turut dikaitkan dengan isu terkini iaitu Jemaah Islamiah (JI) dan keganasan.

"Salah seorang mereka adalah tenaga pengajar di sekolah kita di Jejawi, Ustaz Wahab Abdullah. Dia bukan pergi serah borang Umno, tapi untuk membersihkan nama persatuannya dari dilabel sebagai pengganas. Maklumat yang kita dapat bukan sampai 40 orang pun yang menyertai Umno," jelasnya dalam majlis ceramah di Markas Tarbiah PAS Padang Besar di Santan dekat sini malam tadi.

Ustaz Wahab adalah tenaga pengajar di Al-Madrasah Ad-Dinniah Al-Islamiyah (MADI), salah sebuah sekolah kelolaan PAS Perlis.

Harakahdaily/-

Sementara itu tukar tiub melaporkan...


INI USTAZ MOBARAK

INI CERITA DARI GUA BATU KASSIM BABA

Terkejut sungguh aku. Tak sangka dalam 40 orang Ulama muda yang dicanang UMNO menyertai mrk baru2 ini rupanya dipermainkan oleh UMNO. Komen Ustaz Mobarak , salah seorang yang dikatakan memasuki UMNO :

"Kami dibawa masuk melalui bangunan sebelah Mall, naik escala...tor, pusing-pusing tiba-tiba sudah berada di dalam Bangunan Umno di PWTC, diminta beratur menyambut Najib datang dan bersalaman, ketika itu gambar diambil bertalu-talu.

"Kemudian diumumkan kepada media bahawa inilah 40 ulama muda yang menyertai Umno, benar ada yang menyertai Umno tetapi ramai yang tertipu melihat kepada reaksi mereka yang asyik menunduk sahaja,".

"Saya dan tiga lagi sahabat lepasan Jordan, Mohd Fakhruzzaman, 37, dari Shah Alam, Mohd Akram An-Nazilin, 27, (Putrajaya) dan Mohd Jalaluddin Tahir, 26 (Sungai Petani) menafikan kami berbuat demikian sebaliknya Umno yang menipu," tegasnya.

Aduh, penipuan apa ini wahai Datuk Seri Najib Tun Razak? Penipuan apa ini wahai Datuk Seri Shahidan Kassim? Penipuan apa ini wahai UMNO Cawangan Dataran Merdeka? Jeliknya permainan politik kamu.

( e-mail dari ustaz mobarak)


KAH KAH KAH…

woit… MEMANG PELIK… PELIK LAGI MELIK….kah kah kah…

kah kah kah…UMNO CAWANGAN DATARAN MERDEKA!!!... kah kah kah..

woit… DIMANA RUMAH AHLI AHLI UMNO INI ?.... kah kah kah..

woit… RUMAH DALAM SELANGOR KELAB KE?.... kah kah kah..

woit… RUMAH TEPI WARONG TEBING KE?.... kah kah kah..

woit… ATAU RUMAH DI BAWAH TEMPAT LETAK KERETA KE?.... kah kah kah…

kah kah kah... MACAM MACAM NAK TIPU ORANG MELAYU.... kah kah kah..

woit... NAK TIPU BUAT LAAAA BETUL BETUL...kah kah kah..

woit... JADIKAN MEREKA AHLI UMNO JLAN CHU CHENG KAY.... kah kah kah

kah kah kah... ATAU AHLI UMNO FLAT SAM MANSION... kah kah kah..

woit.... BARU SELURUH MALAYSIA PERCAYA.
... kah kah kah..

Sharpshooter :- Mula nak sangka baik..tapi akhirnya ini pula jadinya....adakah pemimpin umno dari dulu kini dan selamanya pembohong....

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

PAS kagum tindakan Guan Eng

Posted: 28 Jun 2010 12:34 AM PDT

Pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membatalkan lesen judi bola membuktikan apa yang diputuskan oleh Pulau Pinang betul apabila mengarahkan semua pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak mengeluarkan lesen premis judi itu.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, keputusan kerajaan negeri jelas menjaga nama baik negara sebagai 'negara Islam' yang dilaungkan oleh pemimpin Barisan Nasional (BN) walaupun mendapat kritikan hebat kepimpinan BN termasuk mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Namun selain kritikan, beliau juga menerima pujian daripada kalangan pemimpin Pakatan Rakyat serta sebahagian daripada komponen BN yang tidak sebulu dengan kenyataan Mahathir yang mendakwa masyarakat Cina suka berjudi.


"Sah apa yang dibuat oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang benar apabila mengarahkan semua PBT tidak keluarkan lesen premis judi dan sesuai sebagai langkah menentang sebarang bentuk perjudian yang merugikan masyarakat," ujarnya di Dewan Audiotorium F, Aras 5, Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) ketika meraikan rombongan Pasti Negeri Sembilan petang semalam.

Perjudian, kata beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Air Putih bukan amalan masyarakat Cina sebaliknya kesukaan pemimpin BN kerana hasil perjudian boleh diambil untuk membina negara.

Menurutnya, langkah drastik beliau mengarahkan semua PBT di Pulau Pinang pada mulanya menimbulkan keraguan di kalangan pemimpin Pakatan Rakyat terutamanya PAS.

"Pemimpin PAS ada yang terkejut dan menghubungi saya beberapa kali untuk mendapatkan kesahihan betulkan apa yang saya dah buat. Saya kata memang betul kerana judi merupakan amalan yang tidak baik dan merosakan kebahagiaan sesebuah keluarga serta negara," tambahnya.

Katanya, ramai yang terkejut kerana kerajaan pimpinan DAP sanggup melakukan tindakan yang tidak pernah terjadi sebelum ini.

Rombongan Pasti Negeri Sembilan seramai 90 orang itu diketuai oleh pengarahnya, Ustaz Nazri Zainuddin. Turut mengiringi rombongan ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Rosidi Hussain dan Penyelaras Dun Sungai Dua, Fahmi Abdul Wahab.

Harakahdaily/-


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Tiada ulasan: