Anak Cucu Nabi Adam |
- Ambil Yang Jernih Buang Yang Keruh
- Batal Lesen Judi Bila Diasak Rakyat
- TB Cabar Ulama Masuk UMNO Untuk Debat
- Baguslah Ada Ulama Yang Sertai UMNgOk
- Umno penipu jatuhkan reputasi ulama muda
- GERTAK anjur pula forum hak Melayu
- Parlimen kekal di lokasi lama
- Kes PKFZ masih jauh dari penyelesaian
- Tiada agenda tersembunyi
- Khalid masih 'berkuasa'
- Tiada ahli parlimen PKR cuba guling Khalid
- Kakitangan PERKESO tangguh piket
- Anak cabar Ahmad debat terbuka
- Aktivis FELDA cabar Ahmad Maslan debat
| Ambil Yang Jernih Buang Yang Keruh Posted: 28 Jun 2010 02:06 AM PDT Artikel panjang ini membincangkan kisah 10 lelaki terkaya di Malaysia dari Vincent Tan yang memiliki $1.6 billion sehinggalah kepada Robert Kuok yang memiliki $12 billion. Wow! Banyak duit tuh. Patutlah UMNO melutut di kaki tauke judi nih, kwah kwah.1. VINCENT TAN LELAKI KONTROVERSI dengan aset $1.6 billion ni berusia 58 tahun, sudah berkawin malah mempunyai 11 orang anak. Hebat juga. Biasanya orang Cina anak satu atau dua saja. BERJAYA GROUP miliknya menguruskan Starbucks, papa John's Pizza dan Wendy's, dan banyak lagi. Vincent ini memiliki banyak aset di Vietnam dan Jepun. Merupakan pemilik kepada Friendster.com. Selepas kecoh-kecoh dengan isu judi bola, Vincent telah menjual pegangannya dalam syarikat judi Ascot Sports, kepada syarikat Berjaya Sports, yang juga miliknya, kui kui. Kasih sayang yang kuat dan jitu antara UMNO dan beliau pastilah menyumbang kepada kejayaan tauke judi ini. Akhbar melaporkan bahawa beliau telah menyumbang dan menaja 11 pilihanraya kecil UMNO-BN yang terkini. Wow. 2. SYED MOKHTAR ALBUKHARI Umur sekitar 58, sebaya dengan Vincent Tan. Anak ada 5, kurang 6 orang banding dengan Vincent Tan. Takpe, teruskan berusaha. Bekas pedagang beras masyhur ini menjadi kaya khususnya melalui Malaysia Mining Corps (MMC). Terlibat menguruskan pelabuhan dan airport di Johor selain memiliki pegangan di Malakoff. Syarikat Tradewinds nya telah berjaya mengambil alih Padiberas Nasional. Turut memiliki Harrods. Antara sumbangan besar ialah Muzium Kesenian Islam Malaysia. Semoga Allah berkati perniagaanya dan sinari hatinya dengan sinar iman. 3. TIONG HIEW KING Umur sudah 75. Anak ada 4. Memiliki RIMBUNAN HIJAU yang menguruskan ladang kelapa sawit, pembalakan dan hartanah di New Zealand, Malaysia dan Papua New Guinea. Variasi sungguh. Turut memiliki Media Chinese International dan 6 akhbar serta 30 majalah di Amerika Utara, Asia Tenggara dan China. Sedang berusaha menjual pegangan di EON kepada Hong Leong. 4. YEOH TIONG LAY $2.5 billion. Sudah 80 tahun umurnya . Anak ada 7. Pengasas YTL Corp. Berjaya mengambil alih Macquarie Group (Australia) yang memiliki banyak hartanah di Malaysia dan Singapura. Turut memiliki PowerSeraya, power generator kedua terbesar di Singapura. Meskipun gitu, kebanyakan urusan dibuat oleh anak sulungnya Francis dalam 2 dekad kebelakangan ini. 5. TEH HONG POIW Umurnya sebaya dengan Yeoh Tiong Lay, 80 tahun . Asetnya dalam $3.8 billion. Bekas kerani bank ini telah mengasaskan Public Bank pada tahun 1966 hasil duit simpanan dan keuntungan dari jual beli hartanah. 6. QUEK LENG CHAN Junior dalam 10 tahun berbanding dengan Teh Hong Piow dan Yeoh. Umurnya dalam 69 tahun. Anak ada 3. Aset utamanya ialah Guoco Group di Hong Kong. memiliki Hong Leong Bank. 7. LEE KIM HUA Tidak ada kena mengena Kim Jong Ill di Korea Utara, kui kui. Umurnya 81 tahun. Ada 6 anak. Balu kepada Lim Goh Tong, pemilik casino Genting ini memiliki saham-saham Genting yang meningkat lebih 50% hasil sokongan padu UMNO kepada industri judi negara. 8. LEE SHIN CHENG ASET DALAM $4.6 BILLION. uMUR 71. aNAK 6. ketua IOI, pemilik rangkaian ladang kelapa sawit. 9. ANANDA KRISHNAN Aset dalam $8.1 billion. Umur 72. Anak 3. Bekas pedagang minyak yang memiliki Maxis. Turut memiliki Astro. Dengan sikap rakyat Malaysia yang paling suka berseronok-seronok dan berhibur, tak pelik jika beliau menjadi orang kaya nombor 1 nanti. 10. Robert Kuok Aset saja sudah $12 billion. Umur 86 tahun, anak baru lapan. Asetnya bertambah $3 billion baru-baru ini. Pemilik syarikat minyak kelapa sawit, Wilmar International. Baru baru ini menjual pegangan dalam syarikat gula, Jerneh Insurance dan tanah-tanahnya di KL. Kebanyakan masa diluang di Hong Kong, sama seperti penulis, kui kui. KEPADA PAS dan Pakatan, eloklah sekiranya PAS dan Pakatan berusaha melahirkan generasi pelapis yang kuat kewangan mereka agar boleh boleh membantu perjuangan Islam. Contohnya, di zaman Nabi, AbdulRahman Bin Aus dan Saidina Osman antara orang kaya yang sentiasa menyumbang kepada Islam. Pakatan sewajarnya mengadakan institusi untuk monitor dan membantu pedagang-pedagang Islam khususnya dengan mengadakan seminar seminar, mengajar kaedah berniaga yang betul, memberi bantuan sokongan atau support apabila mereka menghadapi masalah besar. Ini bukan soal mentaliti tongkat atau subsidi seperti yang dijaja oleh UMNO. Orang bukan Islam khususnya Cina mempunyai sejarah yang lama sebagai kaum peniaga. JANGAN LUPA, dalam karya sejarah Tome Pires, beliau menceritakan betapa kaum Melayu sewaktu zaman kesultanan Melaka merupakan pedagang dan peniaga yang sangat berjaya sehinggakan hampir setiap keluarga Melayu memiliki bot atau kapal mereka sendiri. SESUDAH dijajah selama 400 tahun lalu diperintah oleh UMNO, orang Melayu hilang budaya berniaga. Segelintir peniaga Melayu yang ada pun turut ditindas dengan teruk oleh UMNO sekiranya mereka menzahirkan bahawa mereka PAS atau Pakatan. Sokongan UMNO hanyalah untuk kroni-kroni mereka yang berniaga cara alibaba sahaja. |
| Batal Lesen Judi Bila Diasak Rakyat Posted: 28 Jun 2010 02:01 AM PDT Pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membatalkan lesen judi bola membuktikan apa yang diputuskan oleh Pulau Pinang betul apabila mengarahkan semua pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak mengeluarkan lesen premis judi itu.Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, keputusan kerajaan negeri jelas menjaga nama baik negara sebagai 'negara Islam' yang dilaungkan oleh pemimpin Barisan Nasional (BN) walaupun mendapat kritikan hebat kepimpinan BN termasuk mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Namun selain kritikan, beliau juga menerima pujian daripada kalangan pemimpin Pakatan Rakyat serta sebahagian daripada komponen BN yang tidak sebulu dengan kenyataan Mahathir yang mendakwa masyarakat Cina suka berjudi. "Sah apa yang dibuat oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang benar apabila mengarahkan semua PBT tidak keluarkan lesen premis judi dan sesuai sebagai langkah menentang sebarang bentuk perjudian yang merugikan masyarakat," ujarnya di Dewan Audiotorium F, Aras 5, Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) ketika meraikan rombongan Pasti Negeri Sembilan petang semalam. Perjudian, kata beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Air Putih bukan amalan masyarakat Cina sebaliknya kesukaan pemimpin BN kerana hasil perjudian boleh diambil untuk membina negara. Menurutnya, langkah drastik beliau mengarahkan semua PBT di Pulau Pinang pada mulanya menimbulkan keraguan di kalangan pemimpin Pakatan Rakyat terutamanya PAS. "Pemimpin PAS ada yang terkejut dan menghubungi saya beberapa kali untuk mendapatkan kesahihan betulkan apa yang saya dah buat. Saya kata memang betul kerana judi merupakan amalan yang tidak baik dan merosakan kebahagiaan sesebuah keluarga serta negara," tambahnya. Katanya, ramai yang terkejut kerana kerajaan pimpinan DAP sanggup melakukan tindakan yang tidak pernah terjadi sebelum ini. Rombongan Pasti Negeri Sembilan seramai 90 orang itu diketuai oleh pengarahnya, Ustaz Nazri Zainuddin. Turut mengiringi rombongan ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Rosidi Hussain dan Penyelaras Dun Sungai Dua, Fahmi Abdul Wahab. |
| TB Cabar Ulama Masuk UMNO Untuk Debat Posted: 28 Jun 2010 01:58 AM PDT Berita adanya 40 orang ulama Muuda yang baru menyertai UMNO membuat saya . Dengan ini, Tulang Besi ingin membuat cabaran terbuka kepada ulama2 muda yang baru sahaja masuk UMNO. Yakni, Tulang Besi mahu mencabar ulama-ulama muda tersebut berdebat secara terbuka dengan Tulang Besi. Tajuk yang dicadangkan Tulang Besi adalah: Perjuangan Islam Melalui UMNO: Realiti atau Fantasi Oleh kerana senarai penuh 40 "ulamak muda" itu tidak pernah dikeluarkan, maka saya meminta mereka menghubungi saya melalui email saya di malaysiawaves@rocketmail.com Tujuan Tulang Besi membuat cabaran ini adalah atas dasar hairan dan ingin tahu semata-mata. Tulang Besi benar-benar hairan bagaimana boleh wujud segolongan "agamawan" yang boleh mempercayai UMNO untuk mendaulatkan Islam. Secara pribadi, Tulang Besi tidak nampak satu hujjah yang nyata untuk sesiapa sahaja memasuki UMNO atas dasar mempertahankan Islam? Baik dari sudut sejarah, politik, ekonomi, sosial dsbnya, tiada satu asas pun untuk sesiapa sahaja untuk memperjuangkan Islam melalui UMNO. Maka, Tulang Besi berharap salah seorang dari 40 (ataupun 16) "ulama muda" yang memasuki UMNO tersebut untuk menyahut cabaran Tulang Besi ini. ~Tulang Besi~ |
| Baguslah Ada Ulama Yang Sertai UMNgOk Posted: 28 Jun 2010 01:57 AM PDT ~http://sentuhanrakyat.blogspot.com~ Alhamdulillah akhirnya 40 ulamak berfahaman wahabi (dengar ceritanya) sudah pun menyertai UMNO. Nampaknya UMNO bukanlah parti yang sekular sangat atau pun parti yang jahil sangat (Bongok sangat) tentang agama. 40 ulamak yang diberitakan berpendidikan Master dan PHD telah pun menyerahkan borang keahlian kepada Najib. Aku sangat teruja dengan perubahan UMNO kini. Oleh itu dengan rasa besar hati marilah kita menunggu ulamak-ulamak ini mengubah banyak perkara yang sesat dalam UMNO. Antaranya: 1) Sistem syariat Islam yang langsung tidak diterima oleh UMNO walaupun hudud telah pun dinyatakan dalam al-Quran dan Hadis. 2) Pusat judi, bukan sahaja judi bola malahan judi-judi lain samada berlesen atau tidak diharamkan terus. 3) Penjualan arak ditempat terbuka wajib di tentang apatah lagi budak-budak Islam yang membelinya. 4) Rasuah yang menjadi darah daging dalam UMNO wajib ulamak-ulamak ini tentang dan lawan supaya tiada lagi kes kehilangan berbillion ringgit duit rakyat tapi projek tak siap-siap macam projek bakun. 5) Kes pembunuhan yang masih belum selesai dan sangat mencurigakan seperti kes bunuh althantuya, dan lain-lain mesti dibongkar. 6) Ulamak-ulamak ini wajiblah menegur Isteri-isteri pemimpin UMNO yang tidak bertudung dan kain berbelah serta bersosial mengalahkan orang putih agar mengikut Islam sepenuhnya. 7) Undang-undang boleh murtad di Malaysia hanya dalam masa sehari mesti diubah segera. Inilah peranan ulamak dalam UMNO menegur UMNO haprak ini. 8) Ulamak-ulamak ini diharapkan mampu mengajar Harussana harussini mengenai Islam. Ini kerana beliau dilihat cakap suka berdolak dalik. Antaranya mula-mula kata sure heboh haram tapi kemudian benarkan sure heboh dibuat di LUMUT atas alasan Lumut jauh skit dari IPOH. 9) Ulamak ini semua wajib tegur salah guna kuasa UMNO terutama dalam pemberian dan pengagihan duit bantuan kepada rakyat. Jangan buat projek tapi kroni juga yang dapat. 10) Tolong tegur ROSMAH jangan berkaroake kat depan khalayak ramai. Dah le suara tak sedap, badan pun dah macam nangka dibalut. adalah lebih baik bertudung dan pakai baju besar bagi mengelakkan diri sendiri malu dan berdosa. Banyak sungguh kerja Ulamak UMNO ini. Aku akan menunggu adakah depa ni semua akan menjadi Ulamak atau ular dalam semak. Jangan pulak depa ni hanya jadi tempat duduk pemimpin UMNO untuk menghalalkan setiap benda haram yang depa buat. Tapi bagi pendapat aku, depa ni semua akan jadi bahan sampingan dalam UMNO. Letak le najis dalam makanan yang sedap, pasti takde sapa sanggup makan. Kalau ada yang sanggup makan, maka memang depa tu sewel gila. |
| Umno penipu jatuhkan reputasi ulama muda Posted: 28 Jun 2010 01:54 AM PDT Empat ulama muda nafi menyertai Umno Jumaat lepas seperti dihebohkan media arus perdana sebaliknya mereka dijemput hadir kerana dikatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ingin bertemu dengan lepasan Jordan.Salah seorang daripada mereka, Ustaz Hosni Mubarak Abdul Hamid, 27, dari Sungai Buloh berkata demikian ketika berucap menafikan perkara itu di majlis Pentas Pemuda Pakatan Rakyat anjuran Pemuda PAS Shah Alam di TTDI, dekat sini malam semalam. "Kami dibawa masuk melalui bangunan sebelah Mall, naik escalator, pusing-pusing tiba-tiba sudah berada di dalam Bangunan Umno di PWTC, diminta beratur menyambut Najib datang dan bersalaman, ketika itu gambar diambil bertalu-talu. "Kemudian diumumkan kepada media bahawa inilah 40 ulama muda yang menyertai Umno, benar ada yang menyertai Umno tetapi ramai yang tertipu melihat kepada reaksi mereka yang asyik menunduk sahaja," jelasnya ketika ditemui selepas berucap pada majlis itu. Hosni menamatkan pengajiannya di Markaz Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Negeri Selangor di Jugra pada 2003 dengan mendapat diploma dalam bidang itu. Bermula 2004, beliau belajar di Universiti Al-Albayt, Mafraq, Jordan dan 2009 mendapat Ijazah Sarjana Muda Fiqh dan Usul di Kuliah Syariah dan kini bersedia menyambung pengajian Master di sebuah universiti tempatan. Anak ketiga daripada empat beradik ini sangat kesal dengan kejadian menipu oleh Umno kerana masyarakat telah memandang serong dengan paparan media yang secara langsung menjatuhkan reputasinya sebagai pewaris ilmu. "Saya dan tiga lagi sahabat lepasan Jordan, Mohd Fakhruzzaman, 37, dari Shah Alam, Mohd Akram An-Nazilin, 27, (Putrajaya) dan Mohd Jalaluddin Tahir, 26 (Sungai Petani) menafikan kami berbuat demikian sebaliknya Umno yang menipu," tegasnya. Majlis tersebut turut disertai Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kayat, Ketua DAPSY, Anthony Look dan Exco Selangor, Dr Yaakob Sapari. Mengulas kejadian itu, Idris berkata, jika ulama pun Umno tipu, apatah lagi rakyat biasa sambil menegaskan PAS tidak gentar dengan penyertaan seberapa ramai ulama kerana rakyat lebih tahu sama ada PAS baik atau Umno sudah gelisah. ~harakah~ |
| GERTAK anjur pula forum hak Melayu Posted: 28 Jun 2010 01:53 AM PDT Gabungan NGO Melayu - Gerakan Kebangkitan Rakyat (GERTAK ) - akan mengadakan menganjurkan pula forum berhubung isu hak Melayu, dan berharap lebih ramai menghadirinya berbanding perhimpunan 'Melayu Bangkit' di Kuala Terengganu dua minggu lalu.GERTAK mengharapkan 5,000 orang menghadiri perhimpunan 'Melayu Bangkit' itu tetapi hanya 1,000 yang hadir. Berikutan itu, presiden Gertak, Razali Idris berkata, kali ini pihaknya mensasarkan kira-kira 500 orang menghadiri forum tersebut. Menurutnya, ramai yang berkata mereka takut menghadiri perhimpunan 'Melayu Bangkit' kerana laporan negatif pihak media mengenai rancangan awal Gertak untuk mengadakannya pada 13 Mei - tarikh berlakunya rusuhan kaum pada 1969. "Kita juga tidak beri sebarang insentif seperti duit minyak dan baju-T. Bahkan kami tidak sediakan makan tengahari. Mungkin itulah sebabnya orang tidak mahu datang," katanya kepada Malaysiakini. Razali berkata forum yang dijadual diadakan di Terengganu hujung bulan Oktober, akan membincangkan enam topik, iaitu agama, Raja-Raja Melayu, isu sosial, politik, pendidikan dan ekonomi. Forum ini juga dijangka membariskan ahli panel terkemuka termasuk bekas timbalan perdana menteri, Tun Musa Hitam; mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria; bekas presiden Bursa Malaysia, Datuk Muhammad Salleh Majid, dan Profesor Diraja Ungku Aziz. Selain itu, beberapa ahli panel lagi ialah kolumnis Utusan Malaysia dan pensyarah kanan di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Ridhuan Tee Abdullah (kanan). Tee dikritik oleh banyak pihak sebagai 'rasis' dan 'tidak sensitif' terhadap bukan Melayu. "Beliau seorang Cina, dan beliau juga seorang Muslim Mungkin beliau dapat memberi pemahaman mengenai kaum Cina. Kami juga ingin tahu mengapa, meskipun banyak kemajuan dan faedah diberikan kepada orang Melayu, kita masih mengalami sebahagian besar kes penyakit sosial," kata Razali. ~MK~ |
| Posted: 28 Jun 2010 01:52 AM PDT Menteri Kerja Raya Shaziman Abu Mansor hari ini mengumumkan di Dewan Rakyat bahawa kerajaan tidak berniat untuk memindahkan Parlimen ke bangunan baru di Putrajaya.Sebaliknya, kata beliau, kerajaan akan menaik taraf bangunan sekarang, dan dalam tempoh berkenaan, Parlimen akan bersidang di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). "Kerajaan mahupun kabinet tidak pernah mengatakan bahawa kita akan memindahkan Parlimen ke Putrajaya. Kita tidak pernah menyatakannya," kata beliau menjawab soalan tambahan Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) dalam ucapan penggulungan kementeriannya. Jawapan Shaziman itu jelas bercanggah dengan jawatan bertulis Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz pada 9 Jun lalu, yang menyatakan kabinet telah memutuskan untuk membina bangunan baru Parlimen dengan kos RM800 juta. Kenyataan Mohd Nazri itu telah mencetuskan bantahan orang ramai ekoran nilai sentimental bangunan sedia ada dan juga kerana menggunakan wang pembayar cukai ketika kerajaan sedang cuba meyakinkan mereka supaya menerima pemotongan subsidi. Shaziman berkata setakat ini, Jabatan Pekerjaan Umum (JKR) telah mencadangkan kepada kabinet supaya kerja pembaikan dijalankan ke atas bangunan sekarang dengan kos RM100 juta. Katanya, JKR hanya memberitahu kabinet bahawa bangunan Parlimen, 'yang hampir seusia beliau dan mungkin sedikit lebih muda daripada Pokok Sena Mahfuz Omar', perlu diperbaharui, kerana ada beberapa kecacatan struktur. Menurutnya, kerja menaik taraf yang dicadangkan itu akan memanjangkan usia bangunan Parlimen itu. "Sama seperti kita, ketika menunjukkan wajah keriput, kita pergi dan melakukan facial (rawatan muka)," kata Shaziman. Menurutnya, pemindahan sementara Parlimen adalah perlu kerana kerja menaik taraf yang membabitkan penggunaan jentera berat, serta bunyi bising. ~MK~ |
| Kes PKFZ masih jauh dari penyelesaian Posted: 28 Jun 2010 01:51 AM PDT Dalam bahagian pertama daripada tiga bahagian wawancara dengan bekas Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee.Walaupun bekas pengurus besar Lembaga Pelabuhan Klang (PKA), OC Phang dan tiga orang lagi, telah ditahan dan menunggu perbicaraan berhubung skandal tersebut, tetapi Ong yakin ada lagi yang belum terungkap. Ong yang digugurkan daripada kabinet Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam rombakan baru-baru ini - menegaskan beliau mempunyai maklumat mengenai mereka yang disebut dalam laporan audit PricewaterhouseCoopers (PwC), tetapi enggan memberitahu butiran terperinci mengenainya. "Dalam kedudukan saya sebagai menteri, sudah tentu saya tahu beberapa nama lagi yang disebutkan dalam laporan tersebut," katanya dalam wawancara eksklusif Malaysiakini. "Adakah tidak bersesuaian bagi saya mengumumkan nama-nama ini kerana penyiasatan masih boleh berjalan. Saya tidak dapat pastikan sama ada mereka yang disebut (dalam laporan itu) telah disiasat atau tidak." Ong, yang juga gagal mempertahankan jawatan presiden MCA dalam pemilihan parti itu Mac lalu, berkata pihak penyiasat mengambil masa yang lama untuk mengemaskini kemajuan (siasatan) mereka, dan rakyat sudah letih menunggu. Ong turut bertanya sama ada pasukan petugas khas sebelas anggota yang dilantik kerajaan untuk menyiasat skandal itu, telah menyerahkan laporannya. "Saya tidak yakin jika ada laporan seumpama itu... kini ia telah melebihi tempoh enam bulan (sejak siasatan bermula). Tetapi ianya terserah kepada budibicara mereka (untuk mengeluarkan laporan tersebut). "Apa yang orang ingin lihat ialah apa yang selanjutnya. Selain untuk melihat keadilan, mereka juga ingin tahu apa yang terjadi kepada wang rakyat, tindakan apa yang akan diambil jika betul-betul ada tuntutan palsu... semua ini adalah soalan yang sering diajukan," katanya. ~MK~ |
| Posted: 28 Jun 2010 01:50 AM PDT Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan bahawa tiada agenda tersembunyi di sebalik pelantikan naib presiden Mohamed Azmin Ali mengambil alih jawatan Ketua parti itu di Selangor daripada Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Anwar berkata pertukaran itu dilakukan ekoran beban tugas Khalid yang berat. "Pada mulanya saya tidak bersetuju tetapi selepas beberapa perbincangan, kami melihat bahawa beliau (Abdul Khalid) perlu berkongsi beban tugas berkenaan, beliau memerlukan program-program politik dikendalikan oleh orang lain," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini. Pertukaran itu diumumkan semalam oleh Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bersama dengan pelantikan Datuk Zaid Ibrahim sebagai Ketua PKR Wilayah Persekutuan berkuatkuasa serta merta. Mengenai spekulasi 15 Anggota Parlimen PKR mendesak Khalid meletak jawatan, Anwar berkata sebarang tindakan bagi mengetepikan Khalid perlu melaluinya terlebih dahulu. "Tidak pernah ada sebarang perbincangan mengenai perkara berkenaan pada mana-mana peringkat bagi menyuarakan permintaan itu, jika ada tindakan untuk mengetepikan (Abdul) Khalid ia perlu melalui saya terlebih dahulu kerana saya mempunyai pengaruh mengenai perkara itu, tetapi isu ini tidak pernah timbul," katanya. Sementara itu, Mohamed Azmin berkata perancangan baru itu akan lebih efektif bagi Selangor dan beliau menyokong Abdul Khalid sebagai MB. "Perhubungan kami adalah baik, tiada masalah. Saya bekerjasama erat dengan Tan Sri (Abdul) Khalid. Pendirian saya kekal bahawa beliau perlu terus kekal sebagai Menteri Besar dan saya akan memberi sokongan penuh kepada Tan Sri (Abdul) Khalid," katanya. Mohamed Azmin turut menghormati pelantikan Zaid sebagai Ketua PKR Wilayah Persekutuan. "Saya fikir beliau merupakan pemimpin yang layak menerajui Wilayah (Persekutuan)," katanya. ~Bernama~ |
| Posted: 28 Jun 2010 01:48 AM PDT Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim masih lagi "berkuasa" di Selangor walaupun jawatan pengerusi majlis pimpinan negeri kini diambil alih oleh Azmin Ali, kata bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo."Khalid masih ada kuasa dan dia masih lagi boleh bagi projek pada orang-orang dia," kata Dr Khir yang juga bekas menteri besar negeri itu. Menurutnya, Khalid masih lagi boleh bertahan menjadi Menteri Besar kerana beliau mendapat banyak sokongan daripada ADUN DAP di negeri itu berbanding Azmin. Semalam Azmin dilantik sebagai pengerusi majlis pimpinan negeri Selangor menggantikan Khalid berkuatkuasa serta merta. Perkara itu diumumkan oleh Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail selepas mempengerusikan mesyuarat pimpinan pusat parti itu di Shah Alam. Menurut Wan Azizah, rombakan itu dibuat bagi membolehkan Khalid menumpukan tugaskan kepada usaha pentadbiran kerajaan negeri. Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Khir berkata, kedudukan Azmin tidak mampu memberikan sebarang kesan terhadap Umno Selangor. "Dia (Azmin) hanya pegang jawatan pengerusi, tetapi Khalid masih lagi berkuasa kerana dia masih lagi menjadi menteri besar. "Apa guna memegang jawatan pengerusi majlis pimpinan (negeri) tanpa jawatan menteri besar?" soal Dr Khir yang kini menjadi ketua pemikir Umno negeri. ~MK~ |
| Tiada ahli parlimen PKR cuba guling Khalid Posted: 28 Jun 2010 01:47 AM PDT Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan pihak tertentu bahawa terdapat beberapa ahli parlimen parti itu cuba menggulingkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana tidak berpuas hati dengan cara pentadbirannya.Beliau berkata, perkara tersebut langsung tidak dimaklumkan kepada beliau untuk dibincangkan di peringkat tertinggi parti. "Kedudukan menteri besar memang tak berbangkt. Saya ikuti juga dalam media dan blog tapi saya tidak tahu mengenai perkara ini. Kalau betul-betul ada, takkanlah tidak dibawa kepada saya. "Kalau nak gugurkan menteri besar (Khalid) mesti dalam makluman saya kerana saya adalah sedikit pengaruh sama ada nak ganti atau tidak. Perkara ini tidak dibangkitkan sama sekali, yang dibangkitkan supaya program kita untuk merakyatkan ekonomi Selangor mencapai matlamat," katanya yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini. Menjelaskan mengenai perletakan jawatan Khalid sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Selangor, Anwar berkata ianya dibuat bagi membolehkan Khalid menumpukan tugasan kepada usaha pentadbiran kerajaan negeri. "Tan Sri Khalid terlalu banyak dibebani dengan tanggungjawab seperti menjaga soal pelaburan, diminta untuk menjaga Wilayah termasuk Kampung Baru. Jadi beliau minta untuk melepaskan tugas parti. "Setelah berbincang, kita minta YB Azmin jaga Selangor dan Datuk Zaid jaga Wilayah. "Sebab banyak tanggungjawab di negeri ini khususnya, banyak kerja yang dibuat jadi kita pertimbangkan keadaan tersebut dan bagi saya itu tidak ada masalah," katanya lagi. Semalam, Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan perkara berkenaan selepas mempengerusikan mesyuarat pimpinan pusat parti itu di Shah Alam. Azmin sebelum ini mengetuai PKR Wilayah Persekutuan dan kekosongan itu akan diambil alih oleh penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim. ~harakah~ |
| Kakitangan PERKESO tangguh piket Posted: 28 Jun 2010 01:47 AM PDT Kesatuan Kakitangan PERKESO menangguhkan rancangannya untuk berpiket hari ini berikutan kesediaan menteri sumber manusia untuk mengadakan rundingan berhubung tuntutan kesatuan tersebut esok. Keputusan untuk berpiket hari ini dibuat pada 14 Jun lalu, kerana PERKESO didakwa gagal melaksanakan persetujuan yang dicapai dalam rundingan antara kesatuan dan pihak pengurusan yang diwakili pengerusi lembaga dan ketua eksekutif pada 20 Mei lalu. Surat bertarikh 14 Jun yang dihantar kepada ahli kesatuan itu, menyebut bahawa piket akan diadakan hari ini selama 50 minit mulai jam 1.05 tengahari. Piket itu dirancang diadakan di hadapan Menara PERKESO di Jalan Ampang sehingga tuntutan kesatuan dapat diselesaikan. Ketika dihubungi Malaysiakini, setiausaha kesatuan itu, Rashidi Ismail mengesahkan piket hari ini ditangguhkan. Katanya keputusan sama ada untuk meneruskan piket tersebut bergantung kepada keputusan perjumpaan dengan menteri berkenaan, Datuk Dr S Subramaniam esok. "Perbincangan esok akan bermula jam 9 pagi esok. Kesatuan akan diwakili oleh jawatankuasa kesatuan untuk membincang beberapa tuntutan kami,'' katanya. Bagaimanapun, beliau tidak mahu menyatakan tuntutan tersebut kerana 'ia tidak pernah didedahkan kepada pihak media'. Ditanya prospek rundingan tersebut, Rashidi berkata: "Insya-Allah, (diharap tuntutan) dapat diselesaikan." ~MK~ |
| Anak cabar Ahmad debat terbuka Posted: 28 Jun 2010 01:45 AM PDT Pengerusi Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman mencabar Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan untuk berdebat secara terbuka berhubung isu kemerosotan rizab Felda.Dalam sidang media di Pejabat Agung PAS hari ini, Mazlan berkata, jawapan Ahmad di parlimen berhubung faktor kemerosotan tersebut adalah sangat meragukan dan banyak tanda tanya. "Saya cabar Datuk Ahmad Maslan buat debat intelektual tentang Felda, di mana-mana saya tak kisah. "Kalau dia rasa dia betul, kata pendedahan kita ni salah, kita buat debat," katanya. Turut serta dalam sidang media tersebut, bekas Timbalan Menteri Tanah dan Koperasi, Dr. Tan Kee Kwong. Ahmad sebelum ini mengakui rizab tunai Felda merosot daripada RM4.08 bilion pada tahun 2004 kepada hanya RM1.35 bilion pada 2009. Kemerosotan itu, jelasnya ekoran RM2 bilion digunakan untuk pembangunan tanam semula, termasuk sara hidup dan pendahuluan hasil, RM603 juta pinjaman pembesaran rumah peneroka, RM662 juta untuk bagunan baru Menara Felda. Bagaimanapun, Anak berpendapat banyak keraguan di sebalik penjelasan tersebut. Selain itu, Anak juga jelasnya akan membuat laporan polis berhubung keraguan mereka terhadap penjelasan kerajaan itu di seluruh negara sehingga hujung bulan ini dan sehingga kini tiga laporan polis telahpun dibuat iaitu di Temerloh, Kota Tinggi dan hari ini di Segamat. Jika tiada sebarang respons dari laporan-laporan tersebut, Mazlan berkata perkara tersebut akan di bawa ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). "Kita akan bawa semua wakil-wakil peneroka, anak-anak peneroka berhimpun beramai-ramai di hadapan pejabat SPRM. "Kita akan serahkan satu dokumen lengkap salah guna kuasa oleh kerajaan, minta SPRM siasat. Dalam pada itu, behubung RM2 bilion yang didakwa digunakan untuk tanam semula, Mazlan berkata Felda sepatutnya tidak mengalami kemerosotan, kerana mereka membuat pemotongan caruman RM40 setiap bulan bagi sejumlah 112,635 peneroka. Jika dikira sejak kali pertama Felda membuat pemotongan tersebut sehingga kini, dan dilaburkan, beliau memberitahu paling kurang Felda mendapat RM3 bilion daripada tanaman semula. "Ke mana pergi wang ini? Kita minta satu penjelasan dari Perdana Menteri," katanya lagi. Bagi pinjaman perumahan pula, Mazlan yang juga generasi kedua Felda berkata, seramai 18,406 telah membuat pinjaman dari Felda. Setiap peneroka, jelasnya diminta menandatangani satu borang serah kuasa dan dikehendaki membayar balik pinjaman dengan 2.5 peratus kos pengurusan. "Peneroka akan membayar balik pinjaman tersebut antara RM200 hingga RM300 sebulan. "Dia sebut Felda keluarkan RM603 juta, pada masa yang sama, berapa banyak kutipan telah dibuat oleh Felda atas skim pinjaman sejak 2005 hingga sekarang?" soalnya lagi. Beliau turut mempertikaikan kewajaran Felda memperuntukkan RM253 juta yang didakwa untuk tabung kemiskinan Sabah, sedangkan anak peneroka di Semenanjung ini pun tidak diberi apa-apa bentuk kebajikan. "Apa relevannya sebuah negeri seperti Sabah, yang mendapat geran setiap tahun, dalam bajet disalurkan peruntukan sekian banyak, tiba-tiba agensi seperti Felda yang mendapat peruntukan dari kerajaan awal dahulu untuk bantu rakyat, institusi ini pulak bantu kerajaan Sabah?" soalnya lagi. Keraguan juga timbul berhubung sejumlah RM662 juta yang didakwa diperuntukkan untuk bangunan baru Menara Felda. Menurut Mazlan, kenyataan Ahmad bahawa RM662 juta untuk bangunan baru tersebut juga bercanggah dengan kenyataan awal Datuk Seri Najib pada 2008. Najib pada waktu itu memberitahu kos untuk bangunan baru tersebut adalah RM640.77 juta dan akan siap dalam masa tiga tahun. ~MK~ |
| Aktivis FELDA cabar Ahmad Maslan debat Posted: 28 Jun 2010 01:43 AM PDT Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) mencabar Timbalan Menteri di Jabatan Perdana menteri Datuk Ahmad Maslan berdebat berhubung dakwaan kemerosotan rizab Lembaga Tanah Persekutuan (FELDA)."Sekiranya beliau (Ahmad) menganggap fakta beliau betul, dan kita memfitnah, kita boleh debat di mana-mana," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur pagi ini. Ditemui Malaysiakini selepas sesi itu, Mazlan berkata cabaran beliau untuk berdebat diputuskan selepas Ahmad berhasrat untuk menyaman akhbar Suara Keadilan - yang melaporkan 'Felda Bankrap'. Mazlan berkata tindakan undang-undang tersebut dilihat sebagai satu "cubaan untuk melindungi sesuatu". "Kita akan dedahkan fakta sebenar yang berlaku di FELDA (dalam debat itu)," katanya. Mazlan berkata, beliau bersedia bersemuka dengan Ahmad yang juga ahli parlimen Pontian pada bila-bila masa. ANAK sebelum ini turut dilaporkan membuat aduan polis berhubung kemerosotan rizab tunai FELDA itu. Pada 16 Jun lalu, Ahmad yang juga ketua penerangan Umno dilapor dilaporkan berkata dalam Parlimen bahawa status kewangan FELDA merosot sebanyak RM2.73 bilion dalam tempoh lima tahun. Susulan daripada pendedahan tersebut, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerima pelbagai kritikan, termasuk daripada penyelaras Pakatan Datuk Zaid Ibrahim yang mendesaknya agar "melepaskan cengkamannya" terhadap agensi itu. Jumaat lalu FELDA pula dilaporkan mahu menyaman Zaid, akhbar organ PKR Suara Keadilan dan beberapa pemimpin pembangkang kerana didakwa menyiarkan laporan "fitnah yang berniat jahat" dan "keterlaluan". Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Umno Kota Raja semalam menunjukkan perasaan tidak puas hati dengan laporan itu dengan membakar selonggok Suara Keadilan pada mesyuarat bahagian itu di Klang. ~MK~ |
| You are subscribed to email updates from Anak Cucu Nabi Adam To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |










Tiada ulasan:
Catat Ulasan