SharpShooter |
- 40 ulama muda sertai umno
- Suara Keadilan disaman peluang besar bongkar isu Felda
- Akhirnya Najib tunduk dengan desakan rakyat...
- Zaid mengelak lagi..
- Senatak sesumpah meracau lagi....
| Posted: 25 Jun 2010 09:06 PM PDT Anak bekas mufti Perlis - Fathul Bari Mat Jahaya adalah antara 40 ulama muda yang menyertai umno malam ini, tanpa bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin. Bor
Fadlan merupakan pensyarah fakulti pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Seramai 16 daripada mereka hadir malam ini. Manakala dalam sidang media yang diadakan selepas penyerahan borang tersebut, ahli MT Umno, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidi , yang diura-urakan akan menyertai parti itu akan berbuat demikian "bila sampai masanya". "(Kemasukan dalam Umno) ini berperingkat-peringkat. Dalam Umno ini ada ahli Umno, dan ada penyokong Umno... Melihat dari aspek tersebut, saya rasa (Asri) tak ada masalah. Ini peringkat pertama. "Beliau (Asri) akan masuk dalam kumpulan yang kedua," katanya dalam sidang media itu.
Katanya kebanyakkan ulama muda yang hadir pada malam ini adalah berasal daripada Kelantan. Tambahnya, kebanyakan mereka mempunyai sekurang-kurangnya ijazah sarjana dan PhD dari universiti dalam dan luar negara. "Mereka tidak mengancam mana-mana pihak, sebaliknya menunaikan tanggungjawab menyebarkan agama yang murni dan menyeru perpaduan," katanya. Menurut Shahidan lagi, kemasukan ulama muda ini ke dalam Umno bukan untuk merebut jawatan tetapi bagi membina pemuda yang positif dan mempunyai kerohanian yang mantap. Sharpshooter :- Nabi ajar kita bersangka baik...kita sangka baiklah...paling tidak judi sukan sudah ditarik balik.... KIta tunggu dan lihat....jangan jadi ulama kangkong sudahlah... Mungkin selepas ini bib mama pun berubah...pakai purdah... * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * | ||
| Suara Keadilan disaman peluang besar bongkar isu Felda Posted: 25 Jun 2010 09:00 PM PDT Tindakan Lembaga Tanah Persekutuan (Felda) untuk mengemukakan saman ke atas akhbar rasmi KEADILAN, Suara Keadilan dan juga beberapa pemimpin KEADILAN termasuk permimpin PAS dilihat sebagai satu peluang besar membongkarkan segala penyelewengan yang berlaku di dalam Felda. Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi KEADILAN, Datuk Zaid Ibrahim yang dihubungi memberitahu beliau mengetahu kenyataan tersebut dan sekarang hanya menunggu saman yang dikemukakan oleh Felda. "Saya tahu dan kita menunggu saman tersebut, apa yang pasti tindakan saman yang dikemukakan oleh Felda itu sebenarnya memberi peluang yang besar kepada kita untuk mendedahkan apa yang telah berlaku di dalam Felda. Bagi saya ini tidak mengejutkan saya dan kita bersedia untuk menghadapi saman tersebut," jelasnya. Sementara itu, Timbalan Pengerusi Biro Perhubungan Antarabangsa KEADILAN, Datuk Dr Tan Kee Kwong juga memberitahu tindakan saman Felda itu merupakan langkah untuk kita melakukan pendedahan di dalam Felda. "Kita sudah pasti menganggap ini sebagai peluang untuk membongkar apa yang telah berlaku di dalam Felda, kenyatan saya pada sidang media di parlimen juga meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjelaskan kenapa kedudukan tunai Felda boleh merosot dalam tempoh lima tahun. "Selain itu juga alasan yang munasabah terhadap pembinaan bangunan baru Felda di kawasan yang kos tanah yang tinggi sedangkan Felda mempunyai tanah sendiri di Jalan Semarak. Perkara ini yang kita ingin penjelasan, dengan saman tersebut kita pasti kesemua persoalan dapat dibongkarkan," katanya. Pengerusi Biro Felda dan Orang Asal KEADILAN Pahang, Suhaimi Said yang turut dihubungi memberitahu kenyataan yang kita keluarkan di dalam akhbar Suara Keadilan adalah berhubung dengan apa yang telah diperkatakan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan semasa di Parlimen. "Kita mengeluarkan kenyataan tentang apa yang telah diperkatakan oleh Ahmad Maslan di parlimen iaitu berkaitan dengan penyusutan kedudukan tunai Felda dalam tempoh lima tahun hampir RM3 bilion. "Jika melihat pada senario sekarang sudah pasti dalam tempoh yang terdekat Felda akan bankrap, apa yang hendak kita mahu ialah perjalanan Felda itu perlu mengikut kepada matlamat asal penubuhan Felda. "Jawapan Menteri yang menyatakan Felda mempunyai aset yang banyak, bagi saya itu bukan boleh diukur sebagai kedudukan tunai kerana aset tidak boleh di tukarkan kepada tunai bila kita memerlukan. Kedudukan sebuah syarikat bergantung kepada kedudukan tunai ataupun simpanan. "Tanpa kedudukan tunai yang kukuh boleh membawa sebuah syarikat itu mengalami masalah mewangan yang amat terus sehinggakan membawa kepada berlakunya pinjaman dengan bank, jika bermulanya pinjaman bank dengan sendirinya Felda akan terus terikat dengan peraturan-peraturan intitusi kewangan. "Secara jelas kedudukan tunai amat mengerunkan Felda di masa hadapan," kata Suhaimi. Selain pemimpin KEADILAN, Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Abdul Wahid Endut juga disebut terlibat dalam saman tersebut dan beliau juga memberitahu kenyataan yang dikeluarkan itu mengikut fakta yang tepat dan ia juga terkandung dalam soalannya di parlimen. Jika Felda mengambil tindakan saman beliau akan mencabar saman tersebut dan mendedahkan segala fakta yang berada padanya. Felda yang mengeluarkan kenyataan tersebut pada satu sidang medianya di Anjung Felda, Jalan Semarak pagi tadi. Sidang media itu turut dihadiri Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan. Selain pemilik permit, pihaknya akan turut menamakan Ketua Pengarang akhbar itu, wartawan-wartawan terbabit dan pemimpin KEADILAN Suhaimi Said serta seorang pemimpin PAS, Mohd Abdul Wahid Endut. * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ | ||
| Akhirnya Najib tunduk dengan desakan rakyat... Posted: 25 Jun 2010 08:55 PM PDT Kerajaan tidak akan mengeluarkan lesen judi sukan atas pertimbangan agama dan juga kesan politik, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak malam ini.Katanya, perkara itu dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno malam ini, dan keputusan tersebut disokong sebulat suara. Menurut Najib, di peringkat awalnya, terdapat perbezaan pendapat mengenai perkara itu, tetapi selepas itu, semuanya akur dengan keputusan berkenaan. Ditanya mengenai parti-parti komponen BN yang menyokong pemberian lesen judi sukan itu, Najib berkata: "Saya percaya mereka terima kerana ini keputusan kerajaan. Kerajaan memikirkan sebaik-baiknya kepentingan masyarakat pada keseluruhannya." Menjawab soalan, perdana menteri berkata, Ascot Sports Sdn Bhd telah dimaklumkan mengenai keputusan tersebut. Perdana menteri turut ditanya sama ada kerajaan perlu membayar sebarang pampasan ekoran keputusannya untuk tidak mengeluarkan lesen berkenaan. Menurutnya, kerajaan tidak perlu berbuat demikian kerana mengikut akta, menteri kewangan ada kuasa untuk menarik balik pada bila-bila masa. Ditanya sama ada keputusan itu dibuat kerana kesan sosial dan pertimbangan ekonomi, perdana menteri berkata ia dibuat atas pertimbangan dari segi agama dan kesan politik. Perdana menteri mengumumkan keputusan tersebut dalam satu sidang akhbar selepas mempengerusi mesyuarat MT di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam ini. Najib berkata, sebenarnya lesen tersebut telahpun bermula pada tahun 1989 tetapi syarikat berkenaan mengalami kerugiaan besar pada tahun 1990. Sejak tarikh tersebut, katanya, syarikat berkenaan beberapa kali cuba untuk memperbaharui lesen itu. Baru-baru ini, katanya, kerajaan telah mengeluarkan kelulusan pada dasarnya kepada Ascot Sports dengan syarat-syarat tertentu yang perlu dipenuhi oleh syarikat berkenaan. Selain itu, tegasnya lagi, kerajaan pada masa yang sama, turut mendapatkan pandangan umum sebelum lesen tersebut dikeluarkan. "Ini kerana memandangkan masyarakat Malaysia berbilang kaum dan mempunyai pandangan mereka tersendiri dalam melihat kewajaran pemberian lesen tersebut dari sudut agama, ekonomi dan sosial," tambahnya. Katanya, daripada tinjaun yang dilakukan, ada pihak yang menyokong dan menentangnya dan "kita ambil kira semua pandangan ini". "Jelas pada kerajaan bahawa sebilangan besar mereka tidak bersetuju dengan pemberian lesen judi sukan kepada Ascot Sports. "Oleh itu, kerajaan mengambil keputusan bahawa lesen berkenaan tidak akan dikeluarkan kepada syarikat tersebut," tegas perdana menteri. Menurut beliau, keputusan tersebut disokong penuh oleh MT dalam perbahasan dan perbincangan dalam mesyuarat malam ini kerana masing-masing telah mengambil kira pandangan masyarakat. Selain pembangkang dan NGO, pemberian lesen judi sukan tersebut turut dibantah oleh Umno Johor, Kedah, Perak dan Pemuda Umno. Malah, Gabungan Mansuhkan Judi (GMJ) akan mengadakan perhimpunan membantah pemberian lesen tersebut pada 3 Julai ini.
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ | ||
| Posted: 25 Jun 2010 08:46 PM PDT Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengelak menamakan dua buah syarikat yang membida projek untuk membangunkan Lapangan Terbang Tentera Udara DiRaja Malaysia di Sungai Besi apabila diasak oleh Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali dalam parlimen semalam.Ketika penggulungan perbahasan Azmin meminta Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan kepada Dewan mengapa pengambilalihan lapangan terbang TUDM Sungai Besi tidak dibuat secara tender terbuka. Beliau mempertikaikan jawapan menteri dengan ambil merujuk kepada kenyataan Perdana Menteri yang berulangkali mengatakan projek penswastaan khususnya dalam penjualan aset negara dan penjualan tanah yang strategik akan dibuat secara tender terbuka. "Mengapa dalam kes lapangan terbang Sungai Besi perkara ini tidak dilakukan. Jika ini dilakukan pastinya rakyat akan mengetahui berapa pendapatan kerajaan dalam urus niaga daripada ketelusan seperti ini. Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamruddin Jaafar kemudiannya bangun mencelah meminta kepastian daripada menteri berhubung kedudukan sebenar lapangan terbang tersebut. Beliau memetik laporan media pada bulan April lepas yang memetik Ahmad Zahid sebagai berkata tiada cadangan bangunkan tanah lapangan terbang itu sebagai hub komersial. "Panglima Tentera Udara Di Raja Malaysia mengatakan pihaknya sedia mengosongkan kem Sungai Besi dan yang terkini pada 11 Jun, menteri mengumumkan kepada media bahawa lapangan terbang akan ditutup. Menteri dalam penjelasannya kepada soalan yang dibangkitkan dalam ahli parlimen Pakatan Rakyat berkata cadangan untuk membangunkan tanah lapangan terbang itu telah di bawa oleh 1Malaysia Development Berhad bersama Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) di samping cadangan dua lagi syarikat lain yang dikemukakan kepada kabinet. Azmin kemudiannya mencelah meminta menteri menamakan dua lagi syarikat yang membida projek tersebut tetapi Ahmad Zahid berkata beliau tidak mempunyai maklumat berhubung dua lagi pembida projek itu dan akan memberikan jawapan secara bertulis kepada beliau. Beliau membidas jawapan menteri tersebut di mana Menteri dan Timbalan Menteri turut menggelak untuk menjawab atau pun beliau tidak mahu menjawab. "Ada satu lagi kategori hari ini apabila menteri menjawab tidak ingat, saya rasa sebagai Menteri Pertahanan, Naib Presiden Umno yang paling kanan, mustahil beliau tidak ingat. "Ini bukanlah perkara baru dan saya telah bangkitkan dalam perbahasan sebelum ini, saya telah membangkitkan siapakah pembida yang menyertai pembangunan ini. "Sudah pastilah Kementerian menyediakan jawapan untuk menteri menjawab dan saya juga mahu tahu mengapa pegawai di kementerian tidak menyenaraikan dua lagi nama syarikat yang membida projek ini," soal Azmin lagi. Azmi turut mempersoalkan apakah pengalaman 1Malaysia Development Berhad sebagai pemaju hartanah yang mempunyai pengalaman membangunkan tanah yang begitu strategik dan mahal. Apabila ditanya berhubung penglibatan tiga individu iaitu bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin, Datuk Desmond dan Datin Cindy berhubung projek tersebut, Ahmad Zahid berkata beliau tidak dapat memastikan sama ada individu yang disebut Ahli Parlimen Gombak terlibat atau tidak. Timbalan Speaker, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar kemudiannya menghentikan perbahasan usul selepas mendapati menteri yang diasak dengan soalan berhubung isu tanah lapangan terbang Sungai Besi TUDM oleh ahli parlimen Pakatan Rakyat tidak dapat memberikan jawapan dengan jelas. * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ | ||
| Senatak sesumpah meracau lagi.... Posted: 25 Jun 2010 08:39 PM PDT AKHBAR Sinar semalam menyiarkan kenyataan Senatak Ezam sesumpah yang mengulas tentang rombakan yang bakal dilakukan terhadap pimpinan di dalam PKR.Ezam sesumpah menyatakan rombakan itu adalah helah DS Anwar untuk mengalih perhatian rakyat dari kes liwat yang dihadapi oleh Ketua Pembangkang dan juga terhadap isu lompat parti di kalangan Wakil Rakyat dari PKR. Nampaknya Senatak Ezam tidak mudah untuk melupakan nama DS Anwar. Apa jua kaitan dengan parti di dalam PKR mahupun di dalam PR, bagi Ezam sesumpah kesemuanya adalah helah DS Anwar. Isu injin klip video Linggam, Altantuya, kehilangan injin pesawat, kapal salam, Apco, judi bola dan berbagai lagi yang DS Anwar berjaya dedahkan kesemuanya helah DS Anwar. Ezam tidak pernah mahu menjawab hujah bekas bosnya itu kerana kita tahu Ezam sesumpah bukan seperti Ezam yang kita kenal dulu. Ezam sesumpah kini telah dimakan sumpahnya sendiri. Dendam kesumat terhadap DS Anwar tidak akan padam selagi beliau tidak padam. Bukan Ezam tidak tahu kredibiliti kesemua Wakil Rakyat dari PKR yang melompat itu. Dia tahu benar, kesemua mereka tidak akan menjadi katak sepertinya jika tiada apa-apa. Bukankah Ezam sesumpah pernah berkata, "mana ada orang yang masuk Umno itu ikhlas?". Sebab itu, Ezam sesumpah semenjak tidor sebantal dengan Umno, beliau sering bermimpi perkara-perkara yang menakutkannya terutamanya bayangan DS Anwar. Sewaktu beliau meninggalkan perjuangan menuntut reform, beliau menyangka pengikutnya seperti beliau yang amat lemah bila berhadapan dengan umpan keduniaan. Berapa orang yang mengikut Ezam waktu itu? Tidak hairanlah sekarang, di mana jua Ezam sesumpah menyalak kita akan lihat kehadiran yang mendengar cerita karutnya hanyalah beberapa kerat orang sahaja. Jumlahnya jauh jika dibandingkan sewaktu beliau berjuang bersama rakyat dahulu. Ezam sesumpah menyedari betapa hinanya beliau di sisi rakyat sekarang, tetapi beliau tidak kisah kerana beliau dipandang mulia oleh Najib sehinggakan mendapat Senatak. Tetapi belum tentu beliau disukai oleh penyokong-penyokong Umno yang lain. Kita bakal melihat Ezam sesumpah akan bertarung pula sesama puak-puak mereka. Kita berharap Ezam sesumpah akan menemui apa yang dicarinya di dalam Umno. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Oleh: WFAUZDIN NS * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
| You are subscribed to email updates from SharpShooter To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |






Tiada ulasan:
Catat Ulasan