Sabtu, 26 Jun 2010

al-brangi

al-brangi


"Oh, ana tidak percaya pada mana-mana parti politik."

Posted: 26 Jun 2010 02:00 AM PDT

"Oh, ana tidak percaya pada mana-mana parti politik. Ana tidak ber'mazhab' pada mana-mana parti politik, sebagaimana ana tidak bermazhab pada mana-mana mazhab yang ada seperti Syafie, Maliki, Hambali dan Hanafi." tegasnya.

"Kalau begitu buatlah parti politik sendiri dan bermazhab sendiri, Syeikh." kataku.

"Manalah tahu satu hari nanti ada parti politik yang akan mintak fatawa dari anta," sambungku lagi.

"Sekarang ni pun, macam-macam fatawa dah dimintak. Ana pun bercadang begitu Syeikh," beliau memberitahu dengan yakin sekali.

"Anta bercadang masuk parti ana nanti?" tanya beliau.

"Oh, ana sudah ada mazhab pilihan ana sendiri," tegas ku menutup perbualan

Dialog di atas, tiada kena mengena dengan mana-mana individu atau pertubuhan politik yang ada.

al-brangi:

Petang ini amat mengantuk sekali, sebelum melelapkan mata, tiba-tiba terkeluar dialog tersebut

yang pernah didengar, tapi di mana ye?......dah lupa.....ke aku bermimpi di siang hari?.

......Di antara Syarat-syaratnya ialah.....

Posted: 25 Jun 2010 11:15 PM PDT

......maka pulanglah rombongan yang masuk meminang Tuan Puteri Pantai Mayang Pinang dengan membawa beberapa syarat untuk dipersembahkan kepada Tuan Putera Bukit Sireh Berkapur.

.....di antaranya se dulang hati nyamuk yang sudah men'denggi'kan manusia,

.....sealmari 'jersey' bola dari negara yang belum pernah jadi juara piala dunia.

......kepala gerabak keretapi yang terakhir bertolak dari Tanjung Kerawat Berduri ke Hujung Tanjung

......seribu tongkang berisi pasir mas setiap tahun

......seribu tongkang membawa air dari mata-air yang belum terdedah pada matahari

dan yang akhirnya.....

......Jambatan Bengkok dibina dari Pulau Bunga Rafelia ke Hujung Tanjung

Maka bercemperalah segala Bentara-Bentara dititah keluar mengembara mencari seperti dipintanya

Umno bukan membatal lesen judi......mengalah sementara?.....

Posted: 25 Jun 2010 09:01 PM PDT

Berakhirnya sebuah EGO.

Umno terpaksa tunduk dan mengalah kepada desakan rakyat pelbagai kaum, bukan kerana Agama seperti diperjelaskan tetapi semata-mata kerana survival politik Umno sendiri.

Yang peliknya, masih dikatakan pencapaian sebulat suara dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno, padahal umum semua tahu siapa pemuka, siapa pembodek, siapa penjilat.

Inilah typical Umno......flip-flop......'kluk-klek'......hipokrit......[sumber.]

al-brangi:

Awang Adik , Rais, Nazri, Mahathir dan yang sekufu dengannya.....tentu perasaannya bercampur-campur.....ala-ala rojak 1Malaysia.

"Selaksa tu berapa Cik Gu?"......nanti.....

Posted: 25 Jun 2010 09:13 AM PDT

Mari kita belajar ilmu hisab anak-anak.

Satu

Sepuluh

Seratus

Seribu

Sejuta

Selaksa

"Selaksa, tu berapa Cik Gu?" tanya anak Tadika

"Nanti Cik Gu tanya orang yang jaga Felda jawab ye" Cik Gu itu menjawab.

Tersipu-sipu malu kerana tak dapat menjawab soalan anak Tadika itu.

40 orang boleh dirikan Jumaat

Posted: 25 Jun 2010 06:50 AM PDT

Ya 40 0rang je dapat.

Bukan 400, 4000 atau 40,000 orang.

Kalau 40 orang je, itu sedang elok boleh dirikan solat Jumaat.

Baki 60 orang lagi akan menyusul kemudian, dikhabarkan sedang menghidap selsema, hingus berciciran.

Ada juga diberitakan sesetengahnya masih lagi dalam rawatan kerana masuk 'jawi' (orang Kuala Lumpur kata ber'sunat') kali kedua.

al-brangi:

Apakah kerja-kerja mem'bersih' 'tong-taik' hanya layak pada 'budak-budak' 'hingusan'?

Tiada ulasan: