Isnin, 14 Jun 2010

shalehudin

shalehudin


Banyak Melayu yang tak dan bangkit

Posted: 14 Jun 2010 07:45 AM PDT

Dr Mahathir dok kesal tak habih habih lagi...

Dr Mahathir kesal ''Melayu Bangkit' dikatakan rasis tapi kini masih ramai Melayu Malaysia yang tak bangkit bangkit lagi.

Dr Mahathir kesal Melayu Singapura terbongkok bongkok depan orang lain tapi kini ramai Melayu Malaysia yang masih tak bangkit bangkit lagi.

Dr Mahathir kesal majoriti Melayu membantah kelulusan judi sukan oleh kerajaan tapi kini ramai Melayu Malaysia yang tak bangkit bangkit lagi.

1,000 orang ka ni, nampak macam 600 orang saja...

Rupa rupanya banyak Melayu yang tak bangkit bangkit lagi kerana yang hadir hanya kira-kira 1,000 orang awam dan aktivis saja di program "Melayu Bangkit" ni.

Piala Dunia: Belanda 2 - 0 Denmark

Posted: 14 Jun 2010 07:07 AM PDT

BELANDA 2-0 DENMARK... Pemain Denmark (jersi putih) mengucapkan tahniah kepada pemain Belanda selepas perlawanan Piala Dunia kumpulan E itu yang berlangsung di Stadium Soccer City, Soweto, Johannesburg, berakhir. - Foto AFP

Kita jangan dok heran, buat tak tau saja

Posted: 14 Jun 2010 04:45 AM PDT

Jangan tangkap, ini bukan orang Islam... ini orang melayu...

Kita jangan heran kalau Dr Mahathir setuju usaha kerajaan meluluskan lesen judi sukan di negara ini kerana benda ni bukan asing di masa zaman pemerintahannya. Inilah antara punca utama kerajaan BN dapat duit dan gunakannya bagi mempertahankan kewujudan BN itu sendiri.

Sebab tu bila Dr Mahathir Mohamad setuju, jangan ada sesapa yang buat buat terkejut. Orang yang terkejut adalah orang yang buta sejarah Umno. Orang orang yang terkejut adalah orang yang berpura pura melihat Umno itu suci.

Malah Dr. Mahathir melihat beberapa siri bantahan oleh Pakatan pembangkang terhadap usaha meluluskan lesen judi sukan di negara ini bukanlah disebabkan ajaran agama, tetapi demi kepentingan politik semata-mata.

Apa perlu Pakatan buat?

Buat tak tau saja kat orang jenih ni. Bila lagi kita dok layan lagi menjadi dan bertambah tambah lagi merapunya dia. Hangpa ingat laku lagi ka cakap dia dikalangan rakyat? Tak laku dah, dalam Umno kot la, tapi bagi rakyat kebanyakan, sori la...

Al-Fatihah, Sdr Hassan Shukri meninggal dunia

Posted: 14 Jun 2010 04:30 AM PDT

NONE
Al-fatihah...

Bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Hassan Shukri meninggal dunia di Hospital Selayang kira-kira jam 2 petang tadi. Beliau yang dimasukkan ke hospital Selayang pagi ini, baru sahaja pulang dari Kota Bharu jam 10.30 malam tadi selepas menyertai Muktamar PAS ke-56 di sana.

Dari DIA kita datang dan kepada DIA kita kembali...

Anwar jangan dok main gempaq, dedah saja kalau betoi

Posted: 14 Jun 2010 03:17 AM PDT

Oi Anwar, bosan hang tau dak bosan... dedah aje...

RM2 juta: Bekas MP PKR cabar Anwar dedah bukti


Oleh Clara Chooi
Semua bekas MP PKR yang sekarang ahli blok bebas (Zahrain, duduk di tengah). - Gambar oleh Choo Choy MayKUALA LUMPUR, 14 Jun — Ahli-ahli Parlimen yang keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini mencabar bekas ketua mereka Datuk Seri Anwar Ibrahim agar mendedahkan bukti menerima ganjaran RM2 juta dan kontrak lumayan daripada pihak tertentu.

Dengan diketuai wakil rakyat Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Hashim mengecam kenyataan Anwar yang dibuat ketika membahaskan usul berkaitan dengan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) di Dewan Rakyat hari ini.

Anwar buat pertama kali mendedahkan wakil-wakil rakyat terbabit dibayar ganjaran menerusi satu kenyataan sehari sebelum Kongres Nasional PKR di Kota Baru dua minggu lalu.

"Secara jujur, kami bosan dan sudah jemu dengan tuduhan-tuduhan beliau. Jika beliau boleh, tunjukkan bukti bahawa kami menerima ganjaran," katanya.

"Jika beliau tiada bukti, biar tutup mulut... tutup mulut dan bertindak sebagai Ketua Pembangkang Parlimen yang berwibawa," kata Zahrain pada sidang media di lobi bangunan Parlimen hari ini.

Terdahulu Zahrain, bekas ketua PKR Pulau Pinang mencelah ucapan Anwar di Dewan Rakyat dengan menggesa Penasihat PKR itu akan mengemukakan bukti dokumen yang didakwanya ada pada beliau.

Bagaimanapun Anwar menjawab cabaran itu dengan berkata, beliau ada dokumen yang dimaksudkan tetapi hanya akan mendedahkan pada masa yang sesuai.

"Saya sudah pun memberitahu di luar (Dewan Rakyat), tidak perlu bagi saya untuk mendedahkan di Parlimen," katanya.

"Saya sudah menjelaskan sebelum ini bahawa apabila tiba masanya, saya akan mendedahkan maklumat tentang orang tengah yang menyediakan berjuta ringgit kepada mereka yang melompat (keluar dari PKR). Saya memberitahu Parlimen bahawa saya akan mendedahkan kemudian," kata Anwar.

Kenyataan itu mencetuskan pertikaman lidah dengan Zahrain bertegas meminta Anwar mengemukakan bukti.

"Saya mahukan bukti. Bukti anda kemungkinan sama seperti yang anda mendakwa ketika 16 September (pelan mahu mengambil alih kerajaan pusat tetapi tidak jadi)," kata Zahrain lagi.

Kemudian Anwar dengan berseloroh mengucapkan terima kasih kepada Speaker kerana membenarkannya meneruskan perbahasan sambil berkata: "Terima kasih Yang Dipertua. Dan, tahniah... (kepada Zahrain) kerana (ada) kereta baru dan rumah," kata Anwar dengan disusuli gelak ketawa kalangan anggota Dewan Rakyat.

Zahrain kemudian membidas Anwar kerana gagal membuktikan dakwaannya.

"Apakah masa yang terbaik untuk menunjukkan bukti selain di Parlimen?

"Anwar amalkan politik kebudak-budakkan. Jika beliau ada bukti, saya mencabar agar mendedahkannya... saya mahu lihat (bukti itu)," katanya lagi.

Anwar, Ketua Umum Pakatan Rakyat, mendakwa pihaknya mempunyai bukti kukuh menunjukkan wakil-wakil rakyat yang meninggalkan PKR ditawar RM2 juta dan kontrak lumayan sebagai ganjaran.

"Kini kita telah memperoleh keterangan kukuh bahawa ahli Parlimen ditawar RM2 juta dan ada juga yang mendapat kontrak kerajaan berjuta ringgit nilainya," kata beliau.

Kata Anwar, selama ini acapkali "kita mendakwa wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat yang "melompat" dan bersekongkol dengan Umno-BN di atas nama 'wakil bebas mesra BN' diberikan ganjaran wang dan kontrak."

Sejak awal tahun 2009, 10 orang masing-masing lima Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) telah keluar PKR dan bertindak sebagai wakil rakyat Bebas.

PKR buat dah perangai kebuloq depa

Posted: 13 Jun 2010 08:50 PM PDT

Sumber: Pak Long

Salam semua...

Dalam Pak Long berpimpin tangan ngan Mak Long hang, melenggang lenggok balik dari kenduri, tetiba saja kami disapa Haji Karim. Dia pun tak bukak kedai hari ni, kenduri banyak katanya.

Haji Karim ni kira kira macam informer la dalam kampung kami. Tapi kadang kadang Pak Long meluat jugak ngan dia ni, besa la orang kuat PKR ni yang kadang kadang lebih laju dari lajak... hihi...

Dia buat buat kalut, kadang kadang tu nampak macam muka Hishamuddin terkejut kat Saifuddin pun ada gak. Berpeluh peluh dan bersungguh punya cerita, ada tiga wakil Umno nak lompat parti di Perak. Depa nak buat sidang media di Ipoh esok.

Pak Long nak sidai dia pun rasa kesian, Mak Long nak seligi pun rasa tak gamak. Kami angguk ja la dan kata kita tunggu cerita tu bagi habih dulu.

Awat yang kita ni kebuloq sampai macam tu sangat. Kita kena konsisten sikit pegangan kita. Lompat parti tu tak bermoral tak kira dari Utara ke Selatan ka atau dari Timur ke Barat ka. Lompat parti tak bermoral dalam erti kata khianat undi rakyat. Tak bermoral adalah tetap tak bermoral. Takkan tak bermoral untuk orang tapi okey untuk kita? Pakai akai la sikit.

Kalau Mak Long hang senang saja, hangpa letak semua jawatan termasuk Adun dulu kemudian baru boleh aku terima jadi ahli parti aku. Hangpa masuk mai tanpa ada tawar menawar. Jangan dok bawa kerusi hangpa sebagai tiket untuk ranggi dalam rumah aku.

Wassalam...

Tak baik sindir Rosmah, kesian Najib

Posted: 13 Jun 2010 06:00 PM PDT

Nik Aziz tegur perwakilan PAS sindir Najib, Rosmah

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat menegur sikap perwakilan dalam muktamar parti itu yang menyindir Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai isteri kepada Rosmah Mansur.

Katanya, tindakan itu boleh menyakitkan hati orang lain dan menyebabkan perasaan dendam.

"Hendak suka bolehlah, tetapi menyakitkan hati. Bila sakitkan hati apa jadi?

"Hanya (mewujudkan) dendam sahaja akhirnya," katanya yang juga menteri besar Kelantan.

Semalam, ketika sesi perbahasan usul di muktamar PAS ke-56 di Pengkalan Chepa, seorang perwakilannya memperli Najib sebagai isteri kepada Rosmah.

Di kalangan penyokong pembangkang, perkara tersebut sering menjadi bahan gurauan, dipercayai ekoran penampilan Rosmah dilihat lebih 'agresif' berbanding isteri perdana menteri lain sebelumnya.

Menyampaikan ucapan penangguhannya tengah hari ini, Nik Aziz menjelaskan Islam mengajar umatnya memanggil seseorang itu dengan gelaran yang paling disukai dan amat disenanginya.

"Bila hendak sebut nama orang, kita (mesti) sebut nama yang paling disukainya, (misalnya) pakcik, ayah haji, yang amat berhormat.

"(Kesimpulannya) katalah pekataan yang amat disenangi," katanya.

Menurut menteri besar lagi, perkara itu selari dengan landasan hikmah dan dasar kesederhaan dalam Islam.

PAS : Selangor dan Kedah akan jatuh jika ...

Posted: 13 Jun 2010 04:30 PM PDT

13 June 2010 : KOTA BARU : Selangor dan Kedah diberi ingatan "tegas" oleh pucuk kepimpinan PAS, kedua-dua kerajaan negeri itu berada di "ambang keruntuhan" jika tidak mempergiatkan pendaftaran pengundi baru dalam jumlah yang besar.

Peringatan itu diberikan oleh Ketua Lajnah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Abdul Hamid Abdul Abdul Rahman ketika menggulung perbahasan Muktamar Tahunan PAS Ke-56 di sini hari ini.

Dengan mengambil kira prestasi Pakatan Rakyat ketika pilihan raya kecil kerusi Parlimen Selangor, Abdul Hamid berkata, PAS perlu mempergiatkan usaha mendaftar pengundi-pengundi baru.

"Berdasarkan (prestasi ketika) pilihan raya kecil Hulu Selangor, saya hendak ingatkan pesuruhjaya PAS dan Yang Dipertua PAS kawasan di Selangor, kita kena tingkatkan pendaftaran pemilih... di Hulu Selangor kita kehilangan enam peratus pengundi Melayu dan 10 peratus pengundi India.

"Kalau kita tidak daftar pengundi muda yang baru, Selangor di ambang keruntuhan. PAS 'out', cuma (boleh dapat kerusi)," katanya.

Pakatan Rakyat menurunkan calon dari Parti Keadilan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim.

"Kedah pun kena tambah pengundi-pengundi baru, kalau tidak Kedah pun di ambang kejatuhan," kata beliau hari ini.

Semalam PAS meluluskan pelan tindakan 15 strategi bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Salah satu strategi ialah mendapatkan sejuta pengundi baru.

Strategi itu diluluskan bersama usul persediaan menghadapi pilihan raya yang diterima oleh Muktamar Tahunan PAS Ke-56 semalam.

Muktamar yang berakhir hari ini banyak memberi tumpuan ke arah persediaan parti itu menghadapi pilihan raya umum ke-13 bersama Pakatan Rakyat.

Dalam ucapan dasarnya Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menekankan bahawa secara umumnya, semua organisasi parti termasuklah jentera pilihan rayanya perlulah diperkemaskan di semua lapisan peringkat untuk berhadapan dengan pilihan raya umum ke-13. Dengan pendaftaran pengundi yang menyeluruh, kata PAS, tumpuan serius dan sistematik perlu diberikan termasuk melancarkan gerak kerja khas pendaftaran pemilih, terutama pemilih baru, secara besar-besaran.

"Sasaran minimum ialah satu juta pendaftaran baru di seluruh negara," kata PAS dalam laporan itu yang diperoleh The Malaysian Insider.

Ketua Dewan Pemdua PAS menyasarkan untuk memberi tumpuan ke atas 2.2 juta pengundi muda.

Masih ada lebih empat juta pengundi yang layak tetapi belum mendaftar sebagai pemilih.

Abdul Hamid juga menyentuh prestasi PAS mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Manek Urai, Kelantan dengan majoriti tipis.

Menurut beliau, di Manek Urai PAS kemerosotan undi sebanyak 6.3 peratus ketika pilihan raya kecil tahun lalu.

"Dengan mengambil kira tiada tsunami politik (2008 berulang) dan kita menurunkan anggaran undi diperoleh lima peratus, kita merosot 6.3 peratus undi di Manek Urai, di Kelantan kita boleh mengekalkan dengan memperoleh 24 kerusi," katanya.

Sehubungan itu kata beliau, kerajaan-kerajaan negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat perlu membantu parti-parti politik ikatan tersebut.

Katanya, PAS meneruskan prestasi di Kelantan disebabkan sokongan kepimpinan kerajaan negeri kepada jentera parti-parti politik.

"Kekuatan menghadapi pilihan raya di Selangor dan Kedah, tidak sama dengan kekuatan menghadapi pilihan raya di Kelantan," katanya.

"Ini satu ingatan... diharap PAS pusat akan membuat panduan untuk membantuk menghadapi pilihan raya umum ke-13," kata beliau - TMI

Tiada ulasan: