shalehudin |
- Apa hal lu ni Apek?
- Macam biasa, cuti sekolah ayam naik harga
- Orang Melayu lebih takut kat Pas dari bangsa Cina?
- Lain sakit, lain diubat - Radhi Mat Din
- Jauh lagi ka Pas nak ganti Umno
- Mulut hang jelabaih sangat kot
- Lagu Kerajaan Perpaduan bunyi lagi
- Piala Dunia: England 1 - 1 Amerika Syarikat - Terima kasih Robert Green
| Posted: 13 Jun 2010 08:58 AM PDT Dadah: Saiful Apek ditahan Polis ![]() Saiful Apek PETALING JAYA: Pelakon komedi terkenal, Mohd Saifulazam Mohammad Yusoff, 41, atau lebih dikenali sebagai Saiful Apek ditahan bersama lima rakannya ekoran dakwaan memiliki 40 gram dadah dipercayai ganja. Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar berkata, mereka ditahan di rumah Saiful di Jalan PJS7 Subang Jaya di sini kira-kira pukul 10 malam semalam. Katanya, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 39A(1), Seksyen 6 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. "Kesemua suspek akan direman selama empat hari bermula hari ini," katanya kepada mStar Onlinesewaktu dihubungi di sini hari ini. Apek terkenal dengan filem-filem lakonannya seperti Senario Lagi (2000), Senario The Movie(1999), Nana Tanjung 2 (2007) dan Cicak Man (2006). |
| Macam biasa, cuti sekolah ayam naik harga Posted: 13 Jun 2010 05:30 AM PDT Harga ayam naik mendadak Oleh ZULKIFLI MANZOR dan JUNHAIRI ALYASA ![]() KUALA LUMPUR - Bagai sudah menjadi lumrah apabila setiap kali tiba musim cuti persekolahan, harga runcit ayam di seluruh negara akan naik dengan mendadak. Kenaikan harga itu sekali gus menimbulkan keresahan di kalangan orang ramai terutamanya mereka yang mahu mengadakan kenduri perkahwinan serta pengusaha kedai makan kerana menambah kos untuk tujuan itu. Peliknya, pihak-pihak di sebalik industri ayam masing-masing memberikan alasan klise apabila ditanya punca masalah kenaikan harga tersebut Para pemborong mendakwa, harga ayam telah dinaikkan di peringkat ladang atas alasan kenaikan kos makanan menternak ayam manakala penternak pula memberikan alasan lain termasuk kos pengangkutan yang meningkat. Persoalannya, mengapa harga ayam tiba-tiba pada musim cuti persekolahan sedangkan kos penternakan ayam pada waktu lain tidak banyak bezanya. Tinjauan Kosmo! Ahad di ibu negara dan beberapa bandar utama di seluruh negara mendapati harga ayam naik di antara 30 sen hingga RM1.50 sekilogram sejak sekolah mula bercuti pada 5 Jun lalu. Harga ayam di Pasar Chow Kit dan Pasar Pudu, Kuala Lumpur didapati naik sebanyak 30 sen daripada RM6.70 menjadi RM7 sekilogram ekoran tindakan pembekal menaikkan harga borong sehingga RM6.20 sekilogram. Seorang peniaga, Anwar Manik, 37, memberitahu, pembekal telah menaikkan harga ayam beberapa sen sejak dua minggu lalu dan 30 sen lagi sejak seminggu lalu menyebabkan dia terpaksa menaikkan harga jualan bagi mengelak kerugian. Dia difahamkan kenaikan harga ayam berpunca daripada permintaan tinggi sejak musim cuti sekolah bermula ekoran majlis-majlis kenduri perkahwinan. Seorang lagi peniaga, Karyadi Kadok, 39, pula berkata, jualan ayam di kedainya kini terjejas ekoran kenaikan harga tersebut selain tidak menerima banyak bekalan seperti sebelum musim cuti persekolahan bermula. "Sejak beberapa minggu lalu harga ayam naik sebanyak dua kali dan apabila pembekal naikkan harga, peniaga pun terpaksa naikkan harga jualan untuk tampung kos," jelasnya. |
| Orang Melayu lebih takut kat Pas dari bangsa Cina? Posted: 13 Jun 2010 04:00 AM PDT Siapa kata orang Melayu lari dari PAS? Hamba Allah Aku cukup setuju dengan perwakilan Shah Alam, Khalid Samad. Siapa kata orang melayu beralih dari sokong PAS. Memang sebenarnya orang melayu tak pernah sokong PAS. Pasainya selama ini yang sokong PAS adalah orang Islam yang nakkan kepada Islam. Realitinya, kata YB Khaild Samad, sokongan orang melayu kepada PAS meningkat hampir 300% dari orang melayu. Memang sebenarnya pun sokongan orang melayu kepada PAS sebelum ni pun tak banyak mana. Yang pernah dapat banyak pun mungkin lebih sikit masa PRU tahun 99, tapi tu pun diragui sebagai sokongan padu kepada PAS. Realitinya, PRU sebelum-sebellum ni, PAS biasa sangat kalau hilang wang pertaruhan terutama sekali di sebelah negeri Johor. Ramai yang kata orang melayu lari dari PAs sebenarnya cuma persepsi yang timbul bila sokongan orang bukan Islam kepada PAS tiba-tiba meningkat dengan cukup mendadak sampai PAS berjaya menubuhkan Dean Himpunan Penyokong Pas yang dinaik taraf dari Kelab Penyokong PAS. Persepsi tu nampak lagi jelas bila keadaan di Perak dan Penang dijadikan contoh. Di Perak PAS cuma berjaya menang 6 kerusi Dun dan 2 kerusi Parlimen. Yang lainnya calon PAS kalah kepada calon Umno BN. Di Penang pulak calon PAS kalah di semua kerusi kecuali kerusi Dun Permatang Pasir. Walau apa pun. Pas memang amat-amat memerlukan peningkatan sokongan orang melayu untuk menang lebih banyak kerusi Parlimen dan Dun. Sebabnya memang kebanyakkan kerusi yang calon Pas bertanding adalah kerusi majoriti melayu. Bukan takat majoriti tapi peratus pengundi melayu melebihi 70%. Kalau kerusi tu 80% pengundi melayu, maknanya PAS kena dapat sokongan hampir 50% untuk mejamin kemenangan calon Pas. Jadinya, aku sangat mengharapkan semua pihak dalam Pas meningkatkan lagi gerakerja untuk menarik sokongan orang Melayu. Tambah-tambah lagi aku mengharapkan Dewan Ulama' memulakan geerakerja berperancangan untuk pastikan sokongan orang Melayu Islam beralih dari menyokong Umno BN kepada menyokong PAS Pakatan Rakyat. Bukan maksud aku Dewan Ulama' tak buat apa-apa tapi aku cuma nak bagitau aku tak nampak apa yang Dewan Ulama' buat selama ni. Dan aku rasa tak salah kalau kita letakkan tanggungjawab yang paling utama kepada Dewan Ulama' untuk tarik sokongan orang Islam sendiri kepada Pas. |
| Lain sakit, lain diubat - Radhi Mat Din Posted: 13 Jun 2010 02:00 AM PDT Gerakan Membantah Judi atau GMJ telah menerima anjakan sokongan yang besar apabila bekas pemain bola sepak kebangsaan era 1990-an, Mohd Radhi Mat Din turut menyertai kempen GMJ sekaligus menyokong kempen yang diadakan untuk membantah lesen judi bola. Penolong jurulatih pasukan bola sepak Kedah itu menyatakan pendiriannya pada ceramah yang diadakan sempena Muktamar Tahunan PAS Ke-56 di Pengkalan Chepa dekat sini. "Bola ini tiada kaitan langsung dengan judi," kata beliau sambil menambah, "malangnya sekarang sukan bola sudah dipalitkan dengan judi yang haram di sisi semua agama di dunia ini." Mohd Radhi berkata, "ini umpama lain yang sakit, lain pulak yang di ubatnya." |
| Jauh lagi ka Pas nak ganti Umno Posted: 12 Jun 2010 11:00 PM PDT PAS Nak Ke Putrajaya Tetapi Mutu Perbahasan Hambar ![]() Hasrat PAS menggunung tinggi. Nak ke Putrajaya selepas ini katanya. Tetapi dari pemerhatian GB, mutu perbahasan perwakilan Muktamar setakat ini terlalu rendah. Dari semalam hingga waktu GB menulis ini (perwakilan Perlis), belum ada yang dapat diberikan markah lulus, jauh sekali cemerlang. Kesemuanya setakat ini menyokong ucapan dasar Tuan Presiden. Play safe. Mengampu dan membodek supaya Presiden jadi kembang. Itu tak kisah sebab di dalam perbahasan, boleh menyokong boleh membangkang. Tetapi kalau sokong berilah hujjah-hujjah yang mantap dan meyakinkan. "Subject matter" yang diketengahkan tidak mencukupi untuk sebuah perbahasan yang berkualiti. GB ingin mengambil satu contoh yang GB petik dari satu laporan akhbar Online dimana seorang YB dari Kedah membahas menyokong ucapan dasar presiden. **************************************** KOTA BARU, 11 Jun — Exco Dewan Pemuda PAS Kedah menggesa kepimpinan pertengahan dan bawahan parti agar menunjukkan kesetiaan kepada Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang jika mahu komponen Pakatan Rakyat itu meneruskan kejayaan dalam pilihan raya umum ke-13. Sambil menekankan sudah wujudnya elemen-elemen mempertikaikan pendirian kepimpinan Hadi khususnya pandangan menerusi blog, Ahmad Izzat Shauki berkata, beliau memberikan peringatan ini sebelum keadaan menjadi serius nanti. "Ada yang menyerang presiden menggunakan blog-blog... kita kena wala'," katanya lagi. Kata beliau, walaupun seseorang itu tidak bersetuju ataupun menerima pandangan atau keputusan presiden, mereka harus memperlihatkan "kesetiaan kepada pucuk kepimpinan." "Kita perlu wala' atau menunjukkan kesetiaan kepada presiden walaupun kita tidak bersetuju dengan sesuatu keputusan ataupun pandangan," kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider lewat petang ini. Terdahulu Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri itu mewakili Badan Perhubungan Negeri Kedah mengambil bahagian dalam perbahasan ke atas ucapan dasar presiden pada Muktamar Tahunan PAS Ke-56 di Putik, Pengkalan Chepa dekat sini. "Kesetiaan kepada pemimpin adalah syarat untuk mencapai kemenangan... kita patut patuh dan taat setia kepada pemimpin kita (presiden). "Walaupun kita tidak suka dengan sesuatu pandangan atau ia bertentangan dengan kita, kita kena terima (setia)... itu rahsia setiap perjuangan gerakan Islam," katanya. Ketika ditanya sama ada beliau merujuk kepada mana-mana pemimpin atau peringkat, Izzat berkata, beliau hanya memberikan pandangan itu sebagai "satu peringatan." "Ia belum sampai ke tahap serius, cuma ingatan sahaja... ia belum membara lagi," kata Izzat yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri kerusi Bukit Lada.-TMI **************************************** Begitu teruk sekali mentaliti perwakilan Muktamar sehingga ke tahap menyeru ahli supaya taat dan wala' kepada pemimpin TANPA SYARAT. Perwakilan itu seorang YB pula. Itu sajakah darjat ilmu seorang YB PAS? Baru semalam GB keluarkan tulisan yang PAS selama ini berpresidenkan Presiden yang ada telah mengabaikan blogger, malah Tuan Presiden seorang yang tidak membaca blog. Di sini, GB ingin ungkapkan sebuah kisah kanak-kanak bertajuk Sang Kancil Dengan Buaya yang boleh dijadikan pengajaran. Sang Kancil merupakan binatang yang paling cerdik di dalam hutan dan cerita ini mengisahkan bagaimana dia telah memperdayakan buaya. Sang Kancil berhasrat untuk memakan buah-buahan di seberang sungai. Dia mengkhabarkan kepada buaya bahawa dia telah diperintahkan oleh Raja Sulaiman untuk menghitung jumlah buaya yang terdapat di dalam sungai ini kerana beliau ingin memberi hadiah kepada mereka semua. Sang Kancil mengarahkan supaya semua buaya beratur, merentasi sungai bermula daripada tebing sebelah sini sehingga ke tebing sebelah sana. Setelah itu, Sang Kancil terus melompat ke atas buaya-buaya itu satu persatu, dengan menyebut "Satu dua tiga lekuk, jantan betina aku ketuk" sambil mengetuk kepala buaya begitulah sehingga kancil berjaya menyeberangi sungai. Apabila sampai ditebing sana kancil terus melompat ke atas tebing sungai sambil bersorak kegembiraan dan berkata" Hai buaya-buaya sekalian, tahukah kamu bahawa aku telah menipu kamu semua dan tidak ada hadiah yang akan diberikan oleh Nabi Sulaiman". Demikian adanya. Ditipunya buaya supaya patuh kepada perintah Nabi Sulaiman, ditipunya blogger supaya patuh dan wala kepada pimpinan, dan diketuknya kepala sang blogger satu demi satu sehinggalah dia menjadi YB. Selepas itu dia mengejek para blogger dengan pelbagai gelaran, jauh sekali untuk menghargai jasa-jasa mereka yang telah menyediakan jembatan untuknya bergelar YB. Soal tanzim hendaklah diperdalami bukan sekadar menyuruh kita wala membabi buta. Pemimpin ada hak ke atas ahli, tetapi ahli juga ada haknya ke atas pemimpin. Apabila pemimpin melupakan tugas dan tanggungjawabnya terhadap ahli apatah lagi blogger yang telah membantu mereka, sewajibnya pemimpin itu ditegur dan dihukum. Jika GB nanti ditanya di padang masyar, mengapa engkau wahai GB tidak wala dan tidak mendoakan kejayaan pemimpinmu menang di dalam pilihanraya itu, maka GB akan menjawab: "Wahai Tuhanku, dahulu kami bekerja untuk mereka, kemudian mereka melupakan dan mengabaikan kami. Bukankah seorang mukmin itu tidak terjatuh di dalam lubuk biawak dua kali seperti disabdakan Nabi kami mohd s.a.w.? Kuberikan peringatan berkali-kali, namun tiada siapa di kalangan mereka yang ambil peduli." Sumber: GB |
| Mulut hang jelabaih sangat kot Posted: 12 Jun 2010 08:50 PM PDT Wakil Temerloh Dakwa PAS Ciplak Perlembagaan Umno Oleh ARIFFUDDIN ISHAK KOTA BARU: Gara-gara terlalu lantang mengkritik parti, perwakilan PAS Temerloh, Amirruslan Manaf terpaksa menarik balik kenyataannya yang mendakwa Perlembagaan PAS yang ada semalam diciplak daripada Perlembagaan Umno. Dakwaannya bahawa PAS hanya melakukan penambahbaikan daripada apa yang dilakukan Umno mengikut kesesuaian parti tidak disenangi para perwakilan. Bagaimanapun, dia menarik balik kenyataannya itu apabila diminta oleh Timbalan Pengerusi Tetap, Hussin Ismail kerana wujudnya gesaan daripada para perwakilan yang mempersoalkan kesahihan dakwaan yang dianggap tidak berasas. Ketika membahaskan usul memperkasakan parti yang dikemukakan Dewan Ulama PAS, Amirruslan berkata, asas kepada dakwaannya itu dapat dilihat apabila beberapa dasar yang diamalkan PAS seperti memberi sepenuh kuasa kepada Presiden parti sama seperti apa yang diamalkan Umno. "Konsep ini diciplak, maka tidak dinafikan Perlembagaan PAS kita diciplak dari Umno, cuma kita tambah perkataan 'Islam'," katanya di sini hari semalam. Malah beliau yang tidak bersetuju dengan cadangan Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar agar jumlah jawatan Naib Presiden ditambah kepada lima dengan memberi kuasa kepada Presiden untuk melantik dua kerusi bagi jawatan itu dengan berkata, PAS adalah sebuah parti yang tidak mengikut perubahan rakyat. Sebaliknya beliau menyifatkan Umno lebih kehadapan dalam soal perubahan apabila memberi peluang kepada kira-kira 380,000 ahlinya untuk memilih Presiden, Timbalan Presiden dan Naib Presiden parti. "Idea Datuk Mahfuz seolah-olah memberikan kuasa penuh kepada Presiden dan jawatankuasa PAS Pusat, ini sesuatu yang tidak mengikut perubahan rakyat. "Kita mestilah menerima perubahan yang berlaku supaya parti bergerak dengan kehendak ahli, bukannya dengan kuasa 'orang-orang Presiden'," katanya. |
| Lagu Kerajaan Perpaduan bunyi lagi Posted: 12 Jun 2010 06:34 PM PDT Jangan Terperangkap Dengan Idea Kerajaan Perpaduan - Perwakilan Kubang Pasu ![]() Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad menolak tanggapan mendakwa PAS sudah mula kehilangan sokongan pengundi-pengundi Melayu hanya kerana menjalin kerjasama dengan komponen Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum lalu. Ketika beberapa perwakilan menimbulkan kebimbangan bahawa PAS kemungkinan akan kemerosotan sokongan pengundi Melayu Islam disebabkan kerjasama dengan Pakatan Rakyat dan pembentukan Dewan Himpunan Penyokong PAS, Khalid berkata, hakikatnya undi diterima parti itu terus mengalami peningkatan. "Ketika kita hendak menggantikan Umno... tanggapan undi Melayu lari daripada PAS kerana bersama Pakatan Rakyat, itu (saya rasa) tanggapan yang meleset," kata beliau ketika membahaskan usul persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-13 pada Muktamar Tahunan PAS Ke-56 di sini petang ini. Sambil memetik hasil kajian badan pemikir Insap, Khalid berkata, maklumat menunjukkan jumlah undi yang diterima oleh PAS sepanjang tiga pilihan raya umum yang lalu terus meningkat. Kata beliau, hasil kajian itu mendapati PAS menerima 367,000 undi pada pilihan raya umum 1999 dan ia meningkat kepada 1.1 juta undi dua tahun yang lalu. "Bermakna undi kepada PAS meningkat tiga kali ganda," kata beliau yang juga Yang Dipertua PAS Shah Alam. Khalid juga berkata, "kita sibuk kata orang Melayu berkata tak perlu sokong PAS sebab Umno memerintah." "(Sebenarnya) orang Melayu tak sokong, yang sokong ialah orang Melayu Islam yang mendukung nilai-nilai pentadbiran Islam yang dibawa oleh PAS. "Jangan makan propaganda Umno-BN," katanya. Selain merujuk kepada hasil kajian badan pemikir itu tambah Khalid, kejayaan PAS menembusi Johor menunjukkan sokongan kepada parti itu meningkat kebelakangan ini. "Kita pernah tanding di Johor tetapi sampai hilang deposit. Tetapi sekarang benda itu sudah tidak berlaku. "Apa yang berlaku ialah anjakan dalam di mana orang-orang Melayu bergerak kepada PAS kerana kita amalkan dasar politik yang baru... yang memenuhi keperluan masyarakat majmuk dan ia boleh dilakukan dan kita sudah mampu dilakukan, di negeri-negeri yang Pakatan perintah sekarang," katanya lagi. Pada pilihan raya umum lalu PAS menang di kerusi Dewan Undangan Negeri Sungai Abong dan Maharani. "Kalau dengan semangat kebangkitan yang sama, dengan kerjasama PAS dalam Pakatan Rakyat, kita boleh menggantikan dengan Umno. "Kaedah Islam adalah kaedah yang diinginkan oleh kita. "Jadi dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13, kita jangan pandang kiri, jangan pandang kanan... kita ada landasan yang betul," kata Khalid. Usul itu dibawa oleh kawasan Kubang Kerian, Pokok Sena, Kubang Pasu, Jerantut dan Bandar Tun Razak mahu PAS pusat memenangi seberapa banyak kerusi Parlimen bagi menggantikan kedudukan Umno sebagai teras utama politik negara dengn membongkor kepalsuan perjuangan Umno khususnya kepada pengundi Melayu di pedalaman dan merangka strategi gerak kerja pilihan raya dari sudut daftar pemilih, kewangan, latihan kepimpinan jentera pilihan raya secara profesional. Selain itu usul tersebut juga meminta PAS pusat mencadangkan kepada Majlis Pimpinan Pusat Pakatan Rakyat mewujudkan polisi pemilihan calon yang ketat, munasabah dan relevan bagi mengelakkan gejala lompat parti dan sekali gus mempamerkan wibawa serta keupayaan calon pada pandangan pengundi. Dalam pada Taib Ahmad, perwakilan daripada Kubang Pasu berkata, PAS akan kehilangan kerusi-kerusi yang dimenangninya jika terperangkap dengan idea kerajaan perpaduan. "PAS kini berada di landasan yang betul dan perlu memantapkan kerjasama dalam Pakatan Rakyat. "Jika PAS terperangkap dengan kerajaan perpaduan, yang sedang cuba dibawa oleh sesetengah pihak, kita akan kalah di keseluruhan kawasan yang kita menang," katanya. "Kita kena yakin dengan kedudukan bersama Pakatan Rakyat dan perlu memantapkan terus Pakatan Rakyat supaya matlamat ," kata Taib beliau sambil berkata usaha untuk "pecah dan perintah" masih berterusan. -TMI |
| Piala Dunia: England 1 - 1 Amerika Syarikat - Terima kasih Robert Green Posted: 12 Jun 2010 05:07 PM PDT Perlawanan dalam kumpulan C Piala Dunia 2010 FIFA di Stadium Royal Bafokeng, Afrika Selatan, menyaksikan England terpaksa berkongsi mata, terikat 1 - 1 dengan Amerika Syarikat akibat dari kesilapan penjaga gol England, Robert Green. Cubaan pemain Amerika Syarikat, Clint Dempsey pada minit ke-40 yang menuju terus ke penjaga gol England gagal ditangkap kemas penjaga gol itu. England yang kerap mengasak kubu Amerika Syarikat selepas gol penyamaan itu bagaimanapun gagal membolosi gawang lawan dan memaksa perlawanan berakhir dengan keputusan seri 1-1. Gol England disumbangkan oleh pemain tengah England, Steven Gerrard selepas cubaannya pada minit keempat permainan menghasilkan gol pertama pasukannya. Nampak macam England nak kena balik awai lagi tahun ni. |
| You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |







Tiada ulasan:
Catat Ulasan