PERAKITE |
| Zambry nafi tiga Adun Umno akan sertai Pakatan Posted: 13 Jun 2010 05:58 AM PDT Angin tiada, apapun tiada tetapi tiba-tiba pokok bergoyang.. begitulah ibaratnya khabar kononnya tiga Adun Umno akan menyertai Pakatan. Itulah khabar yang didakwa oleh Ketua Penerangan PKR Perak Zulkifli Ibrahim tetapi langsung dinafikan oleh DS Dr Zambry Abdul Kadir yang turut menyifatkannya sebagai satu pembohongan. Khabar angin memang tidak boleh diterima tetapi di Malaysia, ia kerapkali juga menjadi kebenaran, pada akhirnya. Sambil menafikan dakwaan itu, MB Perak itu menyifatkannya sebagai bertujuan memecah-belahkan perpaduan di dalam Umno yang kini semakin kukuh. " "Mereka (pembangkang) cuba mereka-reka isu. Ini adalah satu taktik alih pandang kerana mereka menyaksikan satu demi satu pemimpin mereka meninggalkan parti itu," katanya. Zulkifli memberitahu sidang media di Ipoh bahawa tiga Adun Umno akan menyertai PKR dalam masa terdekat. Zulkifli berkata mereka tidak berpuas hati dengan layanan Zambry yang lebih mengutamakan bekas Adun PKR, yang melompat menjadi anggota bebas dan menyokong UBN. Katanya, nama tiga ADUN Umno itu akan diumum pucuk pimpinan tertinggi parti tidak lama lagi. Zambry yang juga pengerusi badan perhubungan Umno negeri turut menyangkal dakwaan pembangkang bahawa rakyat Perak tidak berpuas hati dengan pentadbiran BN di negeri itu kerana polisi yang tidak stabil. "Ini bukan strategi baru pada ketika BN dan rakyat di Perak berada dalam keadaan tenteram dan kerajaan yang diterajui oleh BN bekerja seperti biasa," katanya. |
| KISAH DUKA KELUARGA SEMBILAN ANAK Posted: 12 Jun 2010 08:12 PM PDT GURUN:Sepasang suami isteri dan sembilan anaknya dihalau keluar dari rumah sewanya ekoran tidak mampu menjelaskan bayaran pendahuluan elektrik RM40, di Kampung Bukit Kuang, Padang Lembu dekat sini. Namun kesempitan hidup Shahrul Abdul Rahman, 37, dan keluarganya itu tidak berpanjangan kerana ia mula mendapat perhatian Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) yang menghulurkan bantuan. Pengerusi GPMS cawangan Kedah, Zuraidi Rahim berkata pihaknya akan turut membantu perbelanjaan empat anak Shahrul berusia antara 8 dan 12 tahun serta akan memindahkan keluarga tersebut ke Sungai Petani bagi memudahkan urusan pekerjaan isterinya. P Zuraidi Rahim (tiga, kanan) menyampaikan sumbangan kepada Shahrul"GPMS akan mendapatkan tempat tinggal untuk mereka di Sungai Petani kerana isteri Shahrul, bekerja di kilang di Sungai Petani," katanya. Shahrul berkata beliau tidak mempunyai wang untuk menjelaskan wang cagaran bayaran elektrik yang mungkin menyebabkan pemilik rumah telah menghalau mereka tiga minggu lepas. "Pada malam itu kami menumpang tidur di kaki lima sebuah bengkel kosong di kampung ini. Esoknya kami didatangi pemilik bengkel dan membenarkan kami tinggal di bengkel hingga hari ini," katanya. Shahrul bersama-sama sembilan anaknya hidup serba kedaifan di sebuah bengkel motosikal.Menurutnya mereka baru sebulan menyewa rumah di kampung itu dengan kadar RM100 sebulan sejak berpindah dari Kuala Lipis, Pahang pada April lepas. "Saya melakukan kerja sambilan dan memperolehi kira-kira RM200 sebulan," kata Shahrul, manakala isterinya memperoleh kira-kira RM500 sebulan. Orang ramai yang igin menghulur wang kepada keluarga tersebut boleh berbuat demikian menerusi akaun Maybank Shahrul bernombor 156114191576. |
| You are subscribed to email updates from PERAKITE To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |


Tiada ulasan:
Catat Ulasan