:: RUANG BICARA PRIA MALAYA :: |
| 'Ulamak' muda masuk Umno: 10 Perkara yang anda perlu tahu... Posted: 25 Jun 2010 11:18 AM PDT ![]() Oleh: Pria Malaya 1. Pertama2 kalinya, tidak salah utk penulis mengucapkan tahniah kepada ulamak/ustaz2 muda ini atas cubaan utk menyertai Umno..tahniah penulis ucapkan..(korang memang 'berani'..=) 2. Utk pengetahuan semua, sebenarnya bukan semua yg dikatakan menyertai Umno semalam adalah 'ulamak' sepertimana yg kita faham hari ini..mungkin gelaran ustaz lebih tepat..( Sbb dari kalangan mereka adalah sama baya dengan penulis, dan bidang pengajian yg sama..mungkin jika rakan penulis tadi sudah boleh digelar ulamak, maka penulis juga sudah dikira seorang ulamak..=) 3. Dikatakan, sebahagian besar dari ulamak2/ustaz2 muda ini terdiri dari golongan agamawan yang beraliran salafi..wallahua'lam.. 4. Jangan terkejut jika penulis mengatakan dikalangan ulamak/ustaz yang 'menyertai' Umno hari ini adalah terdiri dari 'orang' PAS, dan ahli keluarganya adalah orang kuat PAS...=) 5. Hampir majoriti dari mereka yg dilaporkan menyertai Umno ini adalah orang Kelantan..umum mengetahui, orang Kelantan khususnya yg 'berjiwa agama', jiwanya lebih condong ke arah mana, 'hijau' atau 'biru'...=) 6. Dari sumber2 yang rapat dengan penulis menyatakan, hampir keseluruhan yang menyertai Umno semalam bukanlah disebabkan tertarik dgn perjuangan dan dasar Umno, ataupun kecewa dengan PAS, tidak sama sekali..tetapi mereka sertai dengan niat mahu mengubah Umno, selain mahu mencuba ruang dan misi dakwah dalam suasana yg berbeza (mahu beri sokongan kepada gerakan dakwah dan penyatuan umat).. 7. Yang paling penting korang perlu tahu, walaupun mereka menyertai Umno, tetapi mereka tidak akan sesekali mengambil pendekatan bermusuh dengan PAS, kerana mereka arif dan maklum, siapa itu Parti Islam Semalaysia (PAS), apatah lagi jika hendak dibandingkan dengan Umno.. Jadi, jika ada penyokong Umno beranggapan penyertaan mereka akan menyemarakkan kempen utk menjatuhkan PAS, penyertaan mereka bakal menguatkan Umno utk berhadapan dan berperang dengan PAS, percayalah andaian mereka adalah silap..sebaliknya mereka (ust muda ini) akan gerakkan 'misi' Umno VS Islam, bukan Umno VS PAS....=) "kami masuk Umno bukan untuk berpolitik walaupun Umno adalah sebuah parti politik" -Ustaz Fadlan Mohd Othman8. Alhamdulillah, berita ini sedikit pun tidak menggusarkan penulis dan rakan2, malah memberi semangat utk terus berjuang pd landasan ini..maka, rasanya tidak perlulah korang terkejut, atau lemah semangat, atau yg lain2nya, kerana peristiwa ini sebenarnya akan membawa hikmah yg baik utk gerakan Islam di masa hadapan, khususnya di Malaysia..insyaAllah, seperti kata TG Nik Aziz, jika Umno benar2 berubah (ke arah Islam), maka PAS sedia dibubarkan, semuanya kerana dan demi Islam..insyaAllah.. 9. Utk yang terakhirnya, suka utk penulis ingatkan di sini, jangan kita segera melemparkan tuduhan/fitnah yg bukan2 terhadap mereka...cuba bersangka baik sesama kita..bagi penulis sendri, penulis tidak kata penulis setuju dgn langkah mereka, dlm masa yg sama penulis tidak kata penulis membantah tindakan mereka..bahkan, penulis cuba bagi peluang kpd mereka buktikan 'keupayaan' mereka, dan kita akan lihat tidak lama lagi apakah benar2 berjaya, atau hanya sekadar menjadi/senasib dgn ust Firdaus, ust Masyitah, Ust Nakhae dan seangkatan dgnnya..=) Utk pengetahuan korang, kebiasaannya penuntut2 universiti (terutama dikalangan pensyarah) cuba utk menunjukkan mereka adalah 'bebas' dan profesional dgn alasan 'org akademik', sedangkan hakikatnya mereka telah pun mempunyai kecenderungan terhadap satu2 pihak..(apa pun penulis tidak boleh menolak tanggapan ada dikalangan mereka 'sertai' atas niat dan tujuan perlindungan politik (kes salafi-wahabi), atau demi mengejar jawatan tertentu (pangkat/jawatan segera)..wallahua'lam.) 10. Dan satu pesanan akhir penulis..isu ini sebenarnya satu 'jerangkap samar' bagi umno..jika mereka 'gagal' berhadapan dengan golongan agamawan ini sebaiknya, percayalah isu ini akan 'memakan diri' mereka sendiri, malah bakal membawa bencana besar kepada perjuangan mereka(Umno)...penulis bagi klu.."kami golongan agamawan terpaksa keluar dari Umno kerana ruang dakwah di dalam Umno ternyata sempit/ umno sukar berubah/ kami disisihkan/ nasihat kami ditolak/ Umno ternyata memisahkan agama dan politik...." dan lain2...sama2 kita tunggu..=) Penutup Apakah ustaz2 muda ini berjaya dlm misinya mengubah parti asobiyah/perkauman/kebangsaan/sukular yang sudah menjangkau usia 60 tahun lebih ini?..sama2 kita saksikan..bak kata rakan penulis, jika ingin membersihkan tong najis, bersihkan dari luar, jika tidak kita juga akan bergelumang dgn najis..berani 'cuba', berani 'tanggung'..=)... p/s: Maklumat drpd sumber2 tertentu...dan diolah berdasarkan pandangan peribadi penulis...wallahua'lam.. |
| You are subscribed to email updates from :: RUANG BICARA PRIA MALAYA :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan