dollah yankee |
| Khir Toyo 'frust' & Khalid yang 'cool' Posted: 25 Jun 2010 05:51 PM PDT Khir Toya dengan Micheal Jackson tak ada beza, dua-dua tak boleh kena cahaya kepanasan yang berlebihan, cuma Khir Toya dia tak tidur dalam balang macam Michael Jackson ![]() Lama menghilang dan lama tak dengar cerita Mamat ni, tau-tau keluar kalam yang lebih merupakan luahan 'frust'nya. Dia sendiri tidak menafikan yang Selangor di bawah PKR/Pakatan Rakyat dengan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar telah melakukan banyak perubahan dan perkara-perkara yang baik. Khir Toyo juga mengakui peluang untuk umno kembali semula ke Selangor dengan Menteri Besar yang baru dari umno terlalu sukar, 1/10. Sokongan kepada Khalid terlalu kuat dan cukup solid. Laporan mengatakan yang ada sekumpuan 15 orang Ahli-ahli Parlimen dari PKR sedang berkumpul dan membentuk satu geng untuk menyingkirkan Khalid Ibrahim ada lah hanyalah merupakan satu spekulasi semata-mata. Bermacam-macam cara dan jalan dicari untuk menunjukan ketidakupayaan Khalid memimpin Selangor dan PKR negeri termasuklah pada masa ini Khalid sedang diasak hebat berhubung dengan dakwaan kegiatan perlombongan pasir secara haram di negeri Selangor, namun ia langsung tidak menjadi kudis dan Khalid Ibrahim tetap 'cool'. Khir Toyo pun cuba juga untuk mengucar-ngacirkan Khalid dan PKR Selangor dengan mengapi-apikan rakyat negeri Selangor bila dia kata yang PKR di Selangor sekarang sudah ada 2 kumpulan, 1 kumpulan yang menyokong Khalid dan 1 lagi kumpulan yang hendak menyingkirkan Khalid. Khir yang sangat-sangat kecewa sekarang juga cuba mengapi-apikan hubungan diantara Azmin Ali dengan Khalid dan juga pemimpin-pemimpin parti yang dibawah. Kata lah, buat lah kenyataan apa pun, umno Selangor yang merupakan parti pembangkang disana sekarang ini tersangat lemah. dollah yankee - Susah kalau dah jadi orang gila nie...gila kuasa! |
| Posted: 25 Jun 2010 12:34 AM PDT ![]() Gurkah-gurkah politik di'port' pagi ini tersangat bimbang sebab dengan perkembangan terkini pembinaan hospital Shah Alam yang bernilai 483 juta itu sedang tersangkut dimana setakat ini hanya siap sekadar 20% sejak dari tahun 2007 dan berharap yang ianya tidak akan runtuh seperti yang berlaku di beberapa projek di Terengganu apabila ia siap sepenuhnya nanti. Ini kerana sub-kontraktor yang membina hospital itu GM Healthcare dengan kontraktor utama Sunshine Fleet yang dapat tawaran untuk membina hospital itu dari kementerian kewangan secara direct tanpa tender sedang bergaduh besar sehingga membantutkan pembinaan hospital itu. Semuanya kerana duit. 'Baba' kata yang JKR setakat ini dah bayar 123 juta dekat 'Ali' tetapi 'Ali' sudah buat-buat lupa dan masih belum lagi 'haria' dekat 'Baba' sikit pun. 'Baba' kata 'vitamin M' tak ada macam nak buat kerja? Tak larat nak tanggung simen, tak larat nak angkut pasir dan kren tak boleh bergerak sebab tak ada minyak. Nota: Ricky punya ricky rupa-rupanya Sunshine Fleet ni kepunyaan anak perempuan seorang raja. dollah yankee - 483 juta? Kalau ali minta 10% dekat baba, senang-senang ali dapat 48 juta tak payah buat apa-apa pun. |
| You are subscribed to email updates from dollah yankee To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |


Tiada ulasan:
Catat Ulasan