Jumaat, 18 Jun 2010

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Wanita disaran solat Jumaat

Posted: 18 Jun 2010 09:23 PM PDT

BACHOK, 19 Jun: Kompleks Masjid Daruttarbiyah bakal menyaksikan perubahan baru apabila kaum wanita disaran supaya menunaikan solat Jumaat seperti mana dilakukan kaum lelaki selepas siap pembinaannya kelak.
Saranan itu diutarakan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
"Sebenarnya sudah lama saya hendak tengok keadaan ini boleh dilakukan oleh wanita," katanya ketika berucap dalam Majlis Penyerahan dan Penerimaan Derma mengisi tabung kompleks masjid tersebut di Kampung Wakaf Zain, dekat sini, malam tadi.
Beliau berkata, keselesaan ruang masjid yang cukup luas mampu membawa kaum wanita untuk turut bersama menunaikan solat Jumaat.
"Saya cadangkan ruang bawah untuk orang perempuan dan di sebelah atas pula bagi orang lelaki masa sembahyang Jumaat," katanya.
Kompleks masjid tersebut mula dibina sejak Ogos tahun lalu di atas tapak seluas satu ekar yang dibeli dengan harga RM180,000 manakala pembinaannya menelan belanja sebanyak RM2 juta dan dijangka siap pada Ogos 2011.
Kos pembelian tapak serta binaan adalah daripada sumbangan orang ramai.
Masjid dua tingkat yang kini dalam 40 peratus pembinaan itu dibina secara bergotong royong melibatkan seluruh kepimpinan cawangan termasuk penghulu-penghulu mukim dan masyarakat tempatan.
Adun Tawang, Hassan Mahmood ketika ditemui selepas majlis berkenaan berkata, pembinaan kompleks masjid berkenaan dilengkapi dengan dewan mesyuarat dan seminar yang mampu menampung 200 peserta dan asrama.
"Kita berharap segala kemudahan yang melengkapi masjid ini seperti dewan dan sebagainya itu akan dimanfaatkan sepenuhnya terutama dalam menjana generasi masa depan yang bakal mewarisi perjuangan ulama," katanya.

Chua: Umno-BN akan dilayangkan kad merah

Posted: 18 Jun 2010 09:22 PM PDT

Kehilangan tiga darjah kebesaran negeri Johor yang ditarik balik oleh Sultan Johor bukannya satu pengorbanan besar dalam perjuangan menuntut perubahaan demi memastikan Malaysia yang adil untuk semua, kata Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Datuk Dr Chua Jui Meng.

"Ramai daripada rakan seperjuangan saya telah membuktikan keteguhan menuntut perubahaan sehingga terpaksa merengkok dalam penjara.

"Maknanya kehilangan tiga pingat bukanlah satu pengorbanan besar seperti pepatah yang berbunyi 'tanpa seurat benang aku dilahirkan, tanpa seurat benang jua aku akan kembali," kata Chua pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Justeru, katanya dia sebenarnya amat bertuah.

"Saya yakin Umno pastinya kesal dengan tindakan mereka untuk menggangu saya. Sebaik sahaja pengumuman penarikkan tersebut, sokongan rakyat terhadap saya datang mencurah-curah terhadap saya dan Keadilan."
Muflis idea

Sokongan itu menurut Chua membuktikan bahawa rakyat juga menolak politik kebencian yang selama ini menjadi sebahagian daripada kerajaan Umno.

"Mereka (rakyat) juga menzahirkan hasrat untuk menumbangkan kerajaan Umno-BN yang terbukti muflis idea untuk memacu negara ini ke hadapan," katanya.

Sehubungan itu, kata Chua, beliau akan memulang ketiga-tiga pingat yang dikurniakan oleh Almarhum Sultan Iskandar.

Ketiga-tiga pingat tersebut adalah Dato' Paduka Mahkota Johor, Seri Paduka Mahkota Johor dan Pingat Sultan Ismail.

Katanya, surat rasmi mengesahkah bahawa darjah kebesarannya itu ditarik balik diterimanya pada 15 Jun lalu dan tiada alasan berhubung penarikan berkenaan diberikan.

"Saya dengan berlapang dada akan menghantar balik (pingat itu) kepada istana," katanya.

Chua berkata tindakan berkenaan haanya memperkukuhkan iltizamnya untuk bersama Pakatan Rakyat dan berjuang untuk memastikan negara terus maju dan diselamatkan daripada gejala rasuah yang berleluasa sekarang ini.

"Sepertimana dalam permainan bolasepak, rakyat tahu siapa di antara pemain yang bermain secara jujur atau tidak. Manakala pada tahun 2008, rakyat melayangkan kad kuning, saya pasti pada tahun 2012, rakyat akan melayangkan kad merah kepada Umno-BN," katanya.
Masih bergelar 'Datuk'
Chua yang juga bekas menteri kesihatan pada awal bulan ini dihubungi setiausaha Istana Johor, Datuk Rahim Ramli supaya memulangkah semua darjah kebesaran negeri itu.

Beliau yang juga bekas ahli parlimen Bakri selama empat penggal merupakan naib presiden MCA sebelum meninggalkan parti itu pada 2008 apabila gagal merebut jawatan presiden. Beliau mengganggotai PKR pada 2009.

Chua bagaimanapun masih mengekalkan gelaran Datuk memandangkan beliau menerima dua lagi darjah kebesaran daripada Pahang dan Selangor, masing-masing pada tahun 2002 dan 2003 yang membawa gelaran tersebut.

Kesavan Nafi Keluar Parti, Tersentuh Sokongan Rakyat

Posted: 18 Jun 2010 08:40 PM PDT

1 Oleh Fazy Sahir
KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hutan Melintang S Kesavan hari ini menafikan sekeras-kerasnya berhubung desas-desus bahawa beliau akan melompat parti.
Ini sekaligus melenyapkan spekulasi bahawa beliau akan mengikut jejak langkah ADUN Malim Mawar Keshvinder Singh yang keluar DAP dan menjadi wakil rakyat bebas.

Sebaliknya Kesavan mendakwa wujud individu yang cuba mengada-adakan khabar angin itu untuk memberi gangguan kepadanya.
Malah spekulasi itu katanya bertambah hangat apabila dijadualkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bakal mengadakan lawatan seharinya ke Bagan Datok hujung minggu ini.
"Bila ADUN Malim Mawar keluar parti ia menghangatkan lagi spekulasi bahawa wujud wakil rakyat lain yang akan melompat parti.
"Isu ini bertambah hangat bersempena dengan lawatan oleh Perdana Menteri di Bagan Datok hujung minggu ini.
"Namun saya yakin mereka cuba mencipta isu ini dengan memfokuskan saya sebagai wakil rakyat yang bakal melompat selepas ini," katanya ketika dihubungi Free Malaysia Today, hari ini.
Kesetiaan Teruji
Tambahnya, beliau tetap setia bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR), walaupun mengalami pelbagai rintangan dan kesusahan sepanjang menjadi wakil rakyat di kawasan terbabit.
Menurut beliau tidak terlintas dalam fikirannya untuk keluar parti sebaliknya kekal setia bersama PKR.
"Saya langsung tidak terfikir untuk keluar parti. Saya akan tetap setia bersama PKR.
"Bagi saya parti sudah mengenali saya sebelum menjadi wakil rakyat. Parti beri peluang untuk bertanding sebagai wakil rakyat dan itu bukan atas usaha saya.
"Semalam saya terima panggilan daripada seorang pengundi India yang kata jika saya melompat dia akan bakar diri. Saya cukup tersentuh dengan hal itu dan ramai yang menasihatkan saya untuk kekal dengan PKR," katanya.
Dalam pada itu, Kesavan tidak menafikan beliau didatangi 'individu-individu' rapat yang mempengaruhinya untuk melompat parti ketika ini.
Namun beliau mengelak untuk terperangkap daripada 'ujian' tersebut kerana mengenangkan sokongan rakyat yang tidak putus-putus kepadanya.
"Saya tidak menafikan didatangi kawan-kawan rapat yang bawa mesej untuk saya keluar parti. Namun saya tidak ambil serius. Jika ia membabitkan mana-mana ejen daripada politik lain saya akan bongkarkan kepada semua.
"Saya sentiasa mengingatkan diri daripada terperangkap dengan perkara-perkara seperti ini," kata beliau.
Bercakap mengenai Keshvinder, beliau ternyata kecewa dengan tindakan rakan seangkatannya dalam Pakatan itu.
"Beliau (Kesh) mempunyai semangat yang kuat dalam perjuangan parti. Beliau ada cakap tiada peruntukan kewangan. Namun saya tidak sangka beliau keluar parti kerana tunduk dengan tekanan tersebut," katanya.

Buka semula fail pertukaran saham Sabah – Yong

Posted: 18 Jun 2010 08:39 PM PDT

225px-Yongtecklee Oleh Queville To
KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Menteri Sabah Yong Teck Lee mahu kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) menjelaskan bagaimana Sabah boleh kehilangan pelaburan sebanyak RM114 juta dalam satu perjanjian pertukaran saham 12 tahun lalu.
Yong berkata Menteri Sumber Pembangunan dan Teknologi Maklumat Dr Yee Moh Chai telah pun membangkitkan persoalan itu semasa beliau menjadi ahli Parlimen pembangkang pada tahun 1998.

KOTAKINABALU Dr Yee dalam soalannya membangkitkan mengenai perjanjian pertukaran Warisan Harta Sabah Sdn Bhd dengan North Borneo Timber Berhad.
Kontroversi perjanjian itu kini dibangkitkan kembali apabila Warisan Harta CEO Rahman Ghani mendedahkan pada Isnin lalu mengenai sayap pelaburan syarikat itu baru pulih dari bahana pelaburan yang membawa kerugian.
Yong, Presiden Parti Progresif Sabah (SAPP) yang juga Ketua Menteri yang bertanggungjawab menandatangani perjanjian pada waktu itu, mendesak Yee agar menjalankan siasatan semula terhadap isu pertukaran saham itu.
Di bawah undang-undang pencegahan rasuah, adalah satu kesalahan jika Yee menyembunyikan sesuatu bukti rasuah, tegas beliau.
Yee (kini menteri), perlu bertanggungjawab memberikan bukti kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Jika tidak, beliau melakukan satu kesalahan," katanya.
Yong juga berkata semasa kes mahkamah membabitkan isu NBT-Warisan Harta Sdn Bhd pada tahun 1998, Yee dan empat individu tidak dikenal pasti lain dikatakan mengganggu salah seorang pegawai syarikat itu dan satu laporan polis telah pun dibuat.
Yong menyalahkan Yee tidak berterus terang mengenai prosiding mahkamah yang melibatkan Yee dan individu lain telah terhenti tanpa alasan kukuh.
"Yee cuba membuatkannya seperti tiada apa-apa tentang pemberhentian prosiding itu kerana pihak satu lagi telah pun menarik balik dakwaan itu," katanya.
Nota prosiding penghakiman
Beliau mengeluarkan salinan nota prosiding penghakiman yang menjelaskan kedua-dua pihak bersetuju untuk tidak meneruskan prosiding itu.
"Pendakwaan mahkamah merupakan satu urusan yang merugikan, memakan waktu dan meletihkan. Ia sentiasa menjadi pilihan terakhir saya. Tetapi serangan peribadi Yee terhadap saya adalah ganas dan berniat jahat.
"Saya tiada pilihan melainkan mencari penyelesaian undang-undang untuk membersihkan nama saya dan mempertahankan reputasi saya," katanya.
Yong dan Yee, bekas sekutu dalam Parti Bersatu Sabah (PBS), mempunyai sejarah dalam insiden tuduh menuduh dan mendakwa satu sama lain.
Sekitar tahun 1998 dan 2000, tiga kes didengar di Mahkamah Tinggi. Kes pertama membabitkan Yong menyaman Yee dalam tuduhannya  terhadap isu penukaran saham pada tahun 1998.
Yong kemudiannya menyaman Yee sekali lagi kerana menuduhnya mempertahankan kehadiran pengundi hantu semasa pilihan raya dan mengedarkan risalah berbentuk karikatur yang menunjukkan Yong mengedarkan kad pengenalan palsu.
Pada Januari 1998, Badan Pencegah Rasuah (BPR) Sabah menjalankan siasatan membabitkan kerugian RM72 juta oleh Warisan Harta selepas syarikat itu membeli tiga juta saham North Borneo Timber Berhad.
Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Shahar Abdul Rahman mengesahkan Yee, dan Ali Parlimen Tanjung Aru (pada ketika itu) disoal siasat pihaknya mengenai kerugian itu.
"Kita akan meneliti perkara itu, dan akan mengambil tindakan sesuai tiak lama lagi," tambahnya.

Pelan Kg. Baru: Penduduk masih kabur

Posted: 18 Jun 2010 08:37 PM PDT

m_02kgbaru Oleh Muda Mohd Noor
KUALA LUMPUR: Pemilik tanah dan penduduk Kampung Baru di ibu negara masih kabur terhadap pelan pembangunan semula kampung itu seperti yang diumumkan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin baru-baru ini.
Mereka mendakwa pemilik tanah dan penduduk belum mendapat penerangan yang jelas mengenai pembangunan semula tersebut.
Seorang pemilik tanah, Rohilah Abdul Rahman memberitahu belum ada pihak yang tampil mengadakan perjumpaan dengan pemilik tanah.

"Sepatutnya MAS (Malay Agriculture Settlement) sebagai pentadbir tanah Kampung Baru mengadakan perjumpaan dan menerangkan perkara sebenar kerana isu pembangunan semula bukan perkara baru.
"Pada sekitar awal tahun 1990-an, kerajaan pusat telah mengumumkan pembangunan Kampung Baru akan dilaksanakan oleh Koperasi Kijang Emas Berhad, koperasi milik penuh Bumiputera.
Tiada hasil
"Tan Sri Isa Samad pula semasa menjadi Menteri Wilayah Persekutuan juga mengumumkan perkara yang sama tetapi tidak ada hasilnya.
"Jadi adakah pembangunan semula Kampung Baru akan menjadi kenyataan?," soal beliau.
Seorang penduduk Kampung Baru, Abdul Samad Ishak pula berkata, setakat ini penduduk hanya mengetahui perkara itu melalui media dan cakap-cakap orang politik sahaja.
Menurutnya, pemilik tanah ingin tahu berapa harga tanah mereka sekaki persegi kerana sebelum ini hanya bernilai RM100 sahaja.
"Kalau RM100 murah sangat kerana ia bersebelahan dengan Menara Berkembar Petronas (KLCC) yang dikatakan berharga RM1,200 sekaki persegi.
"Sebagai seorang penduduk pula, saya juga ingin tahu ke mana kami semua hendak dipindahkan selepas kampung ini diambil kerajaan.
"Ada tak pampasan yang dibayar atas kerugian kerana telah menghuni kampung ini sejak puluhan tahun lalu?," katanya.
Pemangku Timbalan Pengerusi MAS, Mashuti Mat Soom dilaporkan sebagai berkata, pihaknya tidak setuju dengan rancangan pembangunan semula Kampung Baru.
Katanya, ramai penduduk menyoal bila pula yang MAS setuju dengan cadangan pembangunan semula Kampung Baru.

Khairy: 30% Bumi equity just there for comfort

Posted: 18 Jun 2010 08:36 PM PDT

By Ken Vin Lek
KUALA LUMPUR: Umno Youth chief Khairy Jamaluddin today said that the 10th Malaysia Plan (10MP) was not much of a change from the previous five-year plans.
"What we see here is similar to the Ninth Malaysia Plan, which is that the private sector has to take over from the public sector in spurring the economy."
"The only difference here is in our affirmative action (programme). Right now, the government is adopting a reformist school of action where we recognise the need to restructure society and that old policies are simply not workable anymore for the Bumiputera community and Malaysia in general," he said.
Khairy was speaking at a forum on the 10MP at University College Sedaya International here. With him were PJ Utara MP Tony Pua, and CEO of IDEAS, a think-tank, Wan Saiful Wan Jan.
Khairy seemed optimistic that the 10MP is an innovative blueprint that can lead the country forward.
He said the 30% Bumiputera equity is simply not workable anymore in today's day and age.
"The 30% policy is just there for comfort. With the 10MP, we believe in a merit-based, market-friendly and fair system. You will see a real sustainable and competitive Bumiputera community from this plan," he added.
Under the 10MP, the target of achieving at least 30% Bumiputera corporate equity ownership at macro level will be maintained.
The focus, however, will be on promoting genuine economic participation, consistent with the objective of sustainable high growth rather than corporate equity allocation.
It is reported that the Bumiputera median household income of RM2,531 in 2009 is lower than the national median income of RM2,830 and Bumipuetra ownership of share capital (at par value) of limited companies had increased marginally from 18.9% in 2004 to 21.9% in 2008.
Khairy said the 10MP aims to help the bottom 40% regardless of ethnicity.
While he agrees that part of this affirmative action plan would allow the better-connected and educated Bumiputera to benefit substantially more than others, Khairy said the 10MP is different in that it is innovative and strives to be transparent.
"It's all about helping the country survive and for us to be competitive."
High-income society
Pua, who concurred with Khairy, said there is no problem giving the Bumiputera 30% of the wealth as they make up 60% of the population.
"It does not mean that when the Malays become richer, other races become poorer."
"However, it changes the dynamics of the affirmative action programme. When you go by race, those who are better- connected and better-educated will get more benefits from this programme; thus not all of society would be helped," Pua said.
Khairy said that while the private sector contributed to 2% growth on average in the past five years, the target of a 13% growth set in the 10MP is quite difficult to achieve.
"With such a plan, you start thinking where is this growth coming from. Of course, there are property development projects in Sungai Buloh, Sungai Besi, and the financial district in Jalan Tun Razak."
"The problem here is that they are all property developments. Who's going to buy them and where is the demand going to come from?"
Khairy proposed that a high-income society, driven by productivity and innovation, be created first before the government ventures into property development.
"If we are really interested in spurring private sector, we must invest in a value chain, which drives innovation. This is clear in the 10MP where the government intends to give incentives to companies which invest in people."
On Talent Corporation, a government-linked company formed recently to attract Malaysian graduates residing overseas, Khairy said, "The problem with attracting them back has nothing to do with the lack of incentives; instead it's because of the structural problems they will face when they return home."
"There is a wall of bureaucracy and red tape they will have to encounter," he added.
Khairy cited the "Returning Scientist" programme implemented in the 1990s where many of the talents recruited had difficulties in adapting to the local working environment.
Khairy, who said that previous five-year plans have failed to live up to expectations, believed that the problem lay in the details and executing them.
"The key feature in the 10MP is that it's now result-based rather than input-based. Key Performance Indicators have to be met and we realise the importance of getting value for money."
"In short, the prime minister wants us to go up the value chain and become a high-income nation: an economy driven by innovation where people are less dependent on subsidies," Khairy said.

Sikap Terbuka Terhadap DHPP

Posted: 18 Jun 2010 08:35 PM PDT

images Oleh Muda Mohd Noor
PETALING JAYA: Dua parti utama Pakatan Rakyat – DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) – menyifatkan penubuhan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) sebagai satu konsep keterbukaan dalam parti pembangkang.
Ahli Parlimen Kapar dari PKR, S Manikavasagam berkata, beliau tidak melihat DHPP sebagai satu ancaman kepada PKR.

"Ok lah mereka masuk Pakatan Rakyat juga, terpulang kepada kemahuan dan hak masing-masing.
"Yang penting mereka tidak sokong Barisan Nasional (BN), mereka tidak masuk MIC, Makhal Sakthi dan MIC. Mereka masih satu payung dengan kita (Pakatan Rakyat)," katanya ketika dihubungi hari ini.
Manikavasagam yang juga ahli majlis pimpinan pusat PKR berkata demikian ketika diminta mengulas penubuhan DHPP oleh PAS seperti yang diumumkan dalam Muktamar Tahunan ke 56 di Kota Baru, minggu lalu tetapi telah dilancarkan pada 23 Mei lalu di Klang.
Menurut ahli Parlimen Kapar itu, PKR dan DAP tidak berhak untuk menghalang orang India dan Cina daripada menyertai DHPP.
"Itu hak mereka, mungkin ideologi politik mereka tidak sama dengan kita, yang penting DHPP menyokong Pakatan Rakyat," katanya.
Ahli Parlimen DAP Kepong, Tan Seng Giaw pula berkata, tidak ada sebarang masalah2299513037_1dd190344a kepada DAP dan Pakatan Rakyat mengenai peranan DHPP.
Katanya, DHPP itu bukan baru, telah ada bertahun yang lalu, mungkin nama sahaja yang berbeza.
"DHPP ada program dia sendiri dan dia (DHPP) pula adalah sayap PAS yang ada prinsip Islam. Ini perkara biasa, tak ada masalah bagi kita (DAP)," katanya lagi.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan calon bukan Islam yang menganggotai DHPP dibenar menggunakan simbol parti dalam pilihan raya umum akan datang.
Katanya, DHPP juga akan dinaik taraf menjadi dewan sama seperti dewan pemuda, muslimat dan ulama'.

The way forward for PKR

Posted: 18 Jun 2010 08:32 PM PDT

By Stephanie Sta Maria
PETALING JAYA: PAS has just wrapped up a successful congress, while DAP recently basked in the afterglow of its Sibu by-election victory. PKR, on the other hand, is still fighting off attacks from former party colleagues and is considered to be the weakest link in the Pakatan Rakyat coalition.

The party elections in December, therefore, could well be a golden but final opportunity for PKR to pull itself together before the next general election. To gain an overview of the party's possible route forward, FMT spoke to one of its more vocal members, Zaid Ibrahim.
As PKR's central leadership council member, Zaid has consistently voiced his recommendations on rebuilding the party to the leadership. For this interview, however, he made it clear that he was not speaking on behalf of the party but only on the basis of his observations in the past one year.
"There are weaknesses in the PKR's system that could drag Pakatan down," he said. "One of them is Anwar Ibrahim's title of PKR de facto leader."
"He should be the party president in order to set in motion the transformation that we are talking about. Wan Azizah Wan Ismail (PKR's current president) is a wonderful lady but she is not a politician in the true sense."
Zaid explained that with Anwar as president, the party will be prompted to make the necessay changes, especially on what kind of leadership he wants and the issues that should take priority. According to him, the former is of great importance and should be PKR's focus for the future.
"PKR has to clearly decide what kind of leaders it wants, then pick the people who fit that mould and structure the organisation along those lines," he said. "There is currently a lack of strong party leaders at the ground level. The quality of an organisation depends very much on this."
"PKR needs to identify good people who possess the spirit of reformasi and who still believe in democracy and the ideals of a better government. These are the party's core principles."
Deep, meaningful roots
The Pakatan secretariat coordinator pointed out that a struggle has to have deep, meaningful roots and cannot be sustained solely by a set of intangible beliefs or historical circumstances.
"There must be hope that things are moving forward. If you want to revive that spirit, then you must have credible people at the state level to build the network that is crucial in an organisation. And this process has to begin now before the struggle becomes diluted. It's not that difficult, we just have to kick-start it."
Zaid also highlighted the advantages of practising democracy within the party, particularly when it involved the selection of candidates and suggested that the selection be made by the grassroots instead of the central leadership.
"PKR is a grassroots reformation party, so we have to be driven by the people. Our constitution currently dictates that the state chiefs are selected by the party's top people, which is very much in Umno style."
"If the state chiefs are handpicked by the grassroots, then there is a sense of check and balance and accountability. When you are responsible for making a decision, you tend to make sure that decision works better and you don't blame others for its failure. PKR is still very top down in its process and I think that has to change."
Zaid added that his yardstick for success is the day a group of party supporters take the initiative to mobilise themselves to get things done.
While he acknowledged the need for a charismatic, hardworking leader to helm the party, he also said meshing that with grassroots strength and better quality members would take PKR much further.
"Anwar still holds the fort in PKR but we cannot depend on him alone. PKR in itself has to be strong if we want the other two parties to respect us and work with us. We have to complement Anwar's strength with organisational strength."
'No room for decorum'
When asked about public uncertainty following the series of resignations within the party, Zaid brushed it off with a reminder that the country's new political landscape has left no room for decorum or etiquette.
"It's all about brute and buying power," he said. "But having said that, if we have a more committed set of leaders, this would not happen so easily. PAS has done very well. It's probably trained and prepared to expect this sort of attack, whereas PKR isn't."
"As long as there are incentives, there will be defections. This has exposed our vulnerability and a need for commitment to getting the right people. We need people with a track record of service and who have shown dedication. We cannot field candidates just because the media takes a shine to them."
"Many people in politics are in the news for the wrong reasons and we think they're popular when they are actually not. Take Ibrahim Ali. We must choose people who are consistent with our struggle and who believe in it."
Zaid noted that the party's fragility made it all the more important for the party elections to be managed well in terms of empowering the chosen leaders, taking tough actions against "state-level warlords" and being realistic about its political ambitions.
"Some state warlords have greatly troubled the party in the past two years but they cannot be dislodged without help from the top. So the top leadership must put its foot down and endorse a more positive member."
"We also need to be more realistic about our political ambitions by matching what we have with what we want. PKR wants to rule the country but do we have what it takes to do that? If we don't, then we may as well be realistic so we don't lose everything."
"If we do, then we must put the appropriate people in place and give them power to carry out their duties. For example, Chua Jui Meng is a very senior politician and should be the leader in Johor. It's a no-brainer. And if he becomes the leader, he must be given complete authority to save Johor. This is what I mean by 'managing it well'."
In a parting remark on the Pakatan coalition, Zaid said that it worked as a political party but not yet as a government.
"The three parties are getting closer but maintaining a distance in how they run their respective governments. Pakatan should be more cohesive in putting forth streamlined policies that are identical with those of our state governments. Only then can we gain more momentum and strength in moving forward."

Mesyuarat UMNO Selangor sebulat suara akan mencontohi UMNO Kelantan !!

Posted: 18 Jun 2010 08:30 PM PDT

by MB Warrior


UMNO Selangor sudah pun bermesyuarat semalam , kalaupun Satim Diman Ultraman tak hadir. Mungkin kerana sebok melawan raksaksa di padang golf KAH KAH KAH

Antara resolusi mesyuarat yang dicapai oleh UMNO Selangor adalah seperti berikut :


1.Akan terus menerus mengikut jejak UMNO Kelantan yang sudah lebih 20 tahun menjadi Pembangkang Kelantan ! KAH KAH KAH

Mereka lebih berpengalaman. Harus dijadikan pengajaran !!!

Bagaimana untuk menjadi Pembangkang yang walaupun dibenci rakyat tetapi tetap relax ! KAH KAH KAH

UMNO Kelantan akan dijadikan panduan UMNO Selangor untuk menghadapi tahun-tahun sukar dihadapan.

Bagaimana untuk membendung masalah kritikan dan asakan dari akar umbi UMNO Selangor sendiri.

Ini UMNO Kelantan dah lalui , bagaimana ramai ahli UMNO Kelantan yang dah fed-up dengan kepimpinan UMNO negeri , hujung-hujung tidak menyertai mana-mana parti politik tetapi menjadi duri dalam daging untuk UMNO Kelantan.

Ini juga patut dicontohi UMNO Selangor.

UMNO Kelantan adalah satu model dan pengajaran sejarah bagaimana naseb UMNO Selangor ini !

Suka untuk aku melihat mana kalangan pimpinan UMNO Selangor yang akan dapat bertahan sehingga 20 puluh tahun menjadi pembangkang di Selangor. KAH KAH KAH

UMNO Selangor ini akan pulih mungkin lagi 12 tahun(ini jangkaan dan bacaan politik aku) setelah 3 kali pilihanraya umum. KAH KAH KAH

Ini kerana setelah itu barulah di dalam UMNO Selangor akan lahir pemimpin-pemimpin muda yang kaliber dan masih suci dari palitan skandal dan samunan harta dan wang negeri.

Di waktu itu UMNO Selangor mungkin pulih.Aku sasarkan 12 tahun lagi.KAH KAH KAH

Sebab masa tu pemimpin UMNO Selangor yang gilakan harta dan kuasa ini akan lari bertempiaran dah , mungkin dah masuk PAS atau PKR . KAH KAH KAH

Masa itulah akan lahir Pemimpin Yang Fresh dan Vibrant untuk UMNO Selangor (macam iklan jus oren ! KAH KAH KAH)

Tetapi setelah 12 tahun pon , PAKATAN RAKYAT SELANGOR akan menjadi satu KUASA POLITIK yang ;

LEBIH KUKUH !!

LEBIH CEKAP !!

LEBIH BIJAK BERPOLITIK !!!

LEBIH BERKUASA !!

LEBIH RAMAI INTELEKTUAL YANG BERSAHSIAH !!

YANG AKAN MERATAH-RATAH UMNO SELANGOR (ini cerita lagi 12 tahun la kan) !! KAH KAH KAH


Ini resolusi pertama yang kedua pula adalah ;


2.Meletakkan sasaran untuk menawan Selangor pada PRU ke 16 !!!KAH KAH KAH


Ini adalah kerana proses untuk menambat semula hati rakyat Selangor bukanlah perkara yang mudah setelah dijanhanamkan dengan begitu teruk oleh Khir Toyo !

Maka sasaran realistik untuk menawan semula Selangor ini harus sejajar dengan sasaran Pasukan Bola Sepak Malaysia untuk masuk ke World Cup !! KAH KAH KAH

Perlukan latihan intensif bertahun-tahun.Kalau training untuk pasukan bola sepak Malaysia , mungkin 2 tahun ini , training stamina jek dulu !!!

Jangan lagi nak menyerang ke , set piece ke !! KAH KAH KAH

Begitu jugak dengan UMNO Selangor , elok kesemua Pemain Politik dihantar dulu seminar dan program muhasabah diri selama 2 tahun ni jek ! KAH KAH KAH

Kalau Khir Toyo aku syorkan program 5 tahun untuk Kesedaran Diri  ! KAH KAH KAH

Nanti bila dah masuk tahun ke 12 , baru la semua dah mantap dan sudah bersiap sedia mahu bermain politik dan bertempur dengan Pasukan Pakatan Rakyat !



UMNO SELANGOR !!!

JUMPA ANDA DI PRU KE 16 !!!

PERGI TRAINING DULU !! KAH KAH KAH


PANGKAH PAKATAN RAKYAT !!!

NEGERI SELANGOR MENDAPAT RAHMAT !!


PANGKAH UMNO SELANGOR !!!

DULU RAKYAT BISING TAK NAK DENGOR !!! KAH KAH KAH

Khalid to offer alternative plan to Kampung Baru folk

Posted: 18 Jun 2010 08:28 PM PDT

KUALA LUMPUR, June 19 — Kampung Baru residents are spoilt for choice as both the Federal and Selangor governments offer their own plans for developing the more than century-old Malay enclave in the capital.
Tan Sri Khalid Ibrahim said he would be meeting residents within a month to unveil the state's plan for redevelopment which would be better than what's been proposed by Putrajaya.
"We will explain how the Malay land can continue to be owned by them and how they can get good returns according to market rates," he said.
The Selangor mentri besar's offer comes a day after the Kampung Baru Malay Agriculture Settlement Administrative Board (MAS) denied a claim by Federal Territories Minister Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin that owners and beneficiaries have agreed to the federal government's redevelopment plans.MAS, which has been the de facto local council for the settlement since its inception 110 years ago, maintains that it wants control over the redevelopment of their own village.
The federal government has proposed that a Kampung Baru Development Corporation (PPKB) be set up to implement and supervise the redevelopment
There are also unresolved questions over Selangor's role in Kampung Baru's administration.
The land for the settlement was granted by the Selangor Ruler, and Kampung Baru was gazetted as a Malay settlement in 1900 by the British under the 1897 Land Enactment.
Although in Kuala Lumpur, Khalid contends that Selangor has administrative obligations to Kampung Baru.
He has pointed out that before Kuala Lumpur was made a Federal Territory, the Selangor Development Corporation (PKNS) was the entity responsible for developing Kampung Baru and the law stipulates that managerial rights still remained with the Selangor mentri besar.
During a visit on Aug 3, 2008, Khalid allocated RM50,000 for a study on the redevelopment of the settlement.
The settlement spans 153.35 hectares, with 91.41 hectares (59.6 per cent) under MAS ownership.
Efforts to develop the prime property, currently worth between RM500 and RM600 per sq foot for commercial properties, have hit roadblocks for the past three decades due to difficulties in getting consent from landowners and beneficiaries.
The problem is compounded by Muslim inheritance laws which split the land parcels into smaller plots.
Under normal circumstances, the parents will get 1/6, the wife or wives will together get 1/8, the sons will get two portions and the daughters one portion. That is the basic distribution of inheritance under Islam after the debts are paid.
When contacted, Titiwangsa MP Dr Lo'Lo' Mohamad Ghazali, whose constituency includes Kampung Baru, said residents had turned to Khalid for help because they distrusted the federal government's development plans.
She maintains that Khalid had both the legal and moral right to intervene on behalf of residents because the Malay Agricultural Settlement Enactment, which established the settlement and the Selangor mentri besar's authority over it, had not been repealed.

Pemuda PAS: Najib tak harus ‘rahsiakan’ tarikh bubar Parlimen

Posted: 18 Jun 2010 08:26 PM PDT

KUALA LUMPUR, 19 Jun — Walaupun menjadi hak mutlak perdana menteri membubarkan Parlimen, Pemuda PAS menegaskan, Datuk Seri Najib Razak tidak harus merahsiakan tarikh mahu memanggil pilihan raya sebagaimana pernah dilakukan oleh ketua-ketua kerajaan sebelum ini.
Pemangku Naib Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan Mohamad Suhaimi Abdul Aziz berkata, tindakan Najib merahsiakan tarikh pilihan raya umum akan memberi kelebihan kepada jentera Umno-BN yang boleh bersiap sedia dalam tempoh tersebut sedangkan pembangkang masih berteka-teki tanpa persediaan cukup.
"Selain itu, dengan merahsiakannya, mereka juga boleh mempersiapkan senarai daftar pemilih di kawasan yang mereka sasarkan untuk menang," kata beliau.
"Lihatlah tindakan bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi yang cukup berahsia dengan tarikh pilihan raya sehingga sanggup menipu rakyat.
"Sehari sebelum membubarkan Parlimen beliau berkeras menafikan Parlimen akan dibubarkan tetapi esoknya beliau sendiri yang menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi membubarkan Parlimen," kata beliau dalam satu kenyataan.
Rabu lalu, Najib mengatakan tarikh pilihan raya umum akan "mengejutkan semua pihak".
Beliau juga berkata kerajaan tidak akan membubarkan Parlimen untuk mengadakan pilihan raya umum akan datang semata-mata berdasarkan kepada satu pendapat bahawa semakin ramai rakyat menyokongnya.
Suhaimi berkata tindakan merahsiakan tarikh pilihan raya umum seperti membelakangkan hak rakyat untuk mengetahuinya.
"Seperti mana perdana menteri sebelum ini yang mempunyai hak untuk menjalankan pilihan raya mengikut sukahati mereka, Najib juga begitu.
"Sudah menjadi amalan sejak dulu, tarikh pilihan raya umum menjadi hak mutlak seorang perdana menteri dan tidak boleh dikongsikan dengan rakyat apatah lagi terhadap pembangkang.
"Ternyata sikap perdana menteri Malaysia selama ini bukanlah menunjukkan mereka seorang negarawan yang berjiwa besar," katanya.Beliau berkata sepatutnya perdana menteri perlu mengisytiharkan pilihan raya umum lebih awal, sekurang-kurangnya setahun sebelum itu.
"Ini kerana pilihan raya umum adalah perkara besar dan melibatkan banyak pihak termasuk kos yang sangat tinggi. Lagipun ia hanya diadakan setiap lima tahun.
"Di negara jiran seperti Thailand, Filipina, Indonesia sehinggalah kepada negara maju seperti Jepun, China, Britain dan Amerika Syarikat tarikh pilihan raya umum dimaklumkan sekurang-kurangnya setahun lebih awal supaya semua pihak dapat mempersiapkan diri dan jentera mereka.
"Ia lebih adil kepada parti-parti yang bertanding khususnya kepada pembangkang," katanya.
Selain itu, Suhaimi berkata kerajaan masih tidak sedar bahawa yang memberikan kemenangan kepada pembangkang adalah kuasa rakyat.
"Kuasa rakyat ibarat gelombang yang sukar disekat oleh apa-apa kuasa.
"Malah kuasa rakyat ini nanti akan terjemahkan hak mereka dalam pilihan raya umum nanti dan bakal menenggelamkan bahtera Umno-BN yang semakin reput," katanya.

UMNO BN Sekadar Megah Dengan Lambang-lambang

Posted: 18 Jun 2010 08:24 PM PDT


Tegakkan Keadilan, Demokrasi Dahulu Bukannya Pindahkan Parlimen

Tindakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz menggunakan kuasa eksekutif berhubung cadangan menggantikan bangunan parlimen dengan mengambilalih Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) bercanggah dengan peraturan Dewan Rakyat.

Perkara tersebut kata Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh telah membelakangkan Jawatankuasa Dewan yang dilantik oleh Parlimen.

"Tindakan itu bercanggah dengan peraturan Dewan yang mana kuasa eksekutif telah mengatasi legislatif.

Perkara ini tidak sepatutnya berlaku, Nazri sepatutnya tahu batas antara eksekutif dan legislatif.

"Jawatankuasa ini sudah lama tidak bermesyuarat sejak penggal sidang parlimen bermula awal tahun ini.

"Nazri sepatutnya memanggil kami untuk berbincang tetapi beliau menggunakan kuasa sebagai menteri memberikan pandangannya tanpa rundingan bersama ahli jawatan kuasa yang dilantik ini.

"Bangunan parlimen ini tidak sepatutnya ditinggalkan kerana ianya mempunyai nilai warisan yang sepatutnya dijaga kerana mempunyai sejarahnya yang tersendiri.

"Kalau di negara-negara lain di dunia dengan bangga ingin mengekalkan parlimen yang mempunyai sejarah, kerajaan Umno-Barisan Nasional pula dengan senang hati ingin menjadikan bangunan parlimen sebagai muzium untuk dilawati oleh pelancong," ujar beliau.

Katanya lagi, memang diakui dengan keadaan sekarang di mana bilangan ahli parlimen bertambah menyebabkan keadaan menjadi tidak selesa tetapi terdapat banyak tanah kosong di sekeliling parlimen dan jika ada cadangan untuk membina infrastruktur baru seperti kemudahan untuk ahli parlimen dan pegawai-pegawai khas mereka ianya boleh dibina di situ.

Tambah Fuziah, kerajaan tidak perlu menggunakan RM800 juta wang rakyat sedangkan banyak lagi perkara yang boleh dilakukan untuk membantu rakyat dengan dana tersebut.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar pula berkata rancangan tersebut adalah usaha untuk menyelamatkan PICC daripada menjadi satu lagi projek gajah putih yang terbukti merugikan rakyat dan negara.

"Kerajaan Umno-BN ini memang terkenal dengan dasar 'flip-flop' dalam membuat keputusan.

"Sebelum ini, saya sendiri telah menghadiri satu pameran Jabatan Kerja Raya berhubung pembinaan blok bangunan baru yang akan didirikan di belakang Dewan ini.

"Saya juga telah dimaklumkan bahawa Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia telah mempersetujui cadangan itu dengan kos anggaran yang akan menelan belanja RM200 juta.

"Secara tiba-tiba, sekarang ini apabila bangunan PICC tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh pihak pengurusannya, menteri berkenaan mengumumkan cadangan untuk memindahkan parlimen ke situ.

Apa yang penting kata Mahfuz bukannya bangunan baru tetapi hak dan kebebasan ahli dewan dan integriti Dewan itu sendiri.Menurutnya lagi, apa yang diperlukan adalah sistem demokrasi dan pilihan raya yang bersih.

Ahli Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him pula menyifatkan langkah tersebut merugikan negara kerana kerajaan telah banyak mengeluarkan kos untuk membaikpulih bangunan parlimen yang sedia ada. -SK

Ulasan GB

Saya bersetuju pandangan dengan YB Fuziah.

UMNO BN memang pesennya begitu. Ditegakkan dan diagongkan lambang-lanmbang sedangkan isinya hampas. Nak ditegakkan dan dimegahkan Parlimen baru di Putrajaya sedangkan nilai kebenaran, keadilan dan demokrasi telah runtuh dikerjakan mereka.

Sama seperti masjid-majid yang dibina dan didirikan secara besar-besaran dan indah-indah tetapi solat tidak didirikan.

Malah UMNO BN sanggup membina bangunan tertinggi di dunia (Menara Kembar Petronas) sadangkan isi di dalam kosong belaka.

Lagi NGO bantah Festival Ramadan..sebab UMNO@APCO memang suka bab pesta2 nie...!!!

Posted: 18 Jun 2010 08:21 PM PDT

Rancangan Kementerian Pelancongan untuk mengadakan Festival Ramadan bagi menarik pelancong Arab melawat Malaysia, terus mendapat bantahan.

Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Muhamad Razak Idris berkata, hasrat kerajaan mengadakan festival itu merupakan satu cadangan yang lari dari roh sebenar Ramadan.

Beliau berkata, dalam perspektif Islam, bulan Ramadan merupakan bulan untuk meningkatkan kualiti ibadah.

"(Bagaimanapun) kalau kementerian pelancongan membuat sedikit pengubahsuaian sejajar dengan falsafah sebenar Ramadan dan mendatangkan kebaikkan kepada semua orang, ia boleh diteruskan jika ia tidak mempunyai unsur bersuka-ria.

"Kementerian boleh mendapatkan pandangan dan rundingan daripada pertubuhan Islam bagi mendapatkan konsep yang wajar yang boleh mendatangkan kebaikkan kepada semua orang," katanya ketika dihubungi Malaysiakini semalam.

Presiden Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM), Zaid Kamaruddin pula berkata, pihaknya tidak bersetuju jika Ramadan dikomersialkan dengan penganjuran Festival Ramadan.

Bagaimanapun beliau berkata, jika acara itu bertujuan untuk menjalinkan hubungan antarabangsa dan mempunyai fungsi merapatkan ukhuwah untuk kebaikkan, maka ia wajar diadakan.

"Tetapi kalau festival ini untuk 'difestivalkan' maka saya tidak setuju," katanya.

Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) Muhammad Faisal Abdul Aziz juga membantah cadangan kementerian pelancongan itu jika majlis yang bakal dianjurkan tidak menghormati bulan Ramadan.

Muhammad Faisal berkata, perkara ini bukan kali pertama terjadi kerana tahun sebelum ini turut diadakan program sedemikian.

"Pada pandangan saya, program yang dianjurkan disifatkan (sebagai) tidak hormat (bulan Ramadan).

"(Festival) bukan baru (malahan) sudah dianjurkan pada tahun-tahun lepas, contohnya konsert yang seolah-olah tidak menjaga sensitiviti umat Islam," katanya.

Beliau berkata, menteri pelancongan seharusnya mempunyai satu panduan yang khusus dalam menjalankan sesuatu program walaupun menteri pelancongan bukan beragama Islam.

Dr M: ‘Jumlah orang Melayu tak penting tapi kuasa’..ayoo..sudah pusing cakap pulak...!!!

Posted: 18 Jun 2010 08:20 PM PDT

KUALA LUMPUR, 19 Jun — Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengulangi dakwaannya bahawa orang Melayu berisiko menjadi minoriti buat kali ketiga minggu ini dengan menegaskan, "bukan jumlah yang besar yang penting, tetapi keupayaan pasukan."
Dr Mahathir mengulangi bahawa secara efektif tidak ada lagi kuasa 60 peratus pada Melayu kerana permusuhan sesama mereka menjadikan mereka lemah.
"Kuasa mereka tidak lebih daripada jumlah mereka dalam parti-parti campuran yang mereka sertai iaitu hanya satu pertiga daripada 60 peratus iaitu hanya 20 peratus," kata beliau dalam blognya di bawah tajuk "Ke Mana Melayu 2".
Dr Mahathir menambah ia akan menjadikan mereka, dalam konteks kuasa mengundi demokratik sebagai puak minoriti, walaupun daripada jumlah bilangan mereka sebagai warganegara berjumlah 60 peratus.
"Kita mudah lupa. Bala tentera Sultan Melaka jauh lebih besar daripada pasukan Portugis yang menyerang Melaka. Tetapi bala tentera Melaka kalah.
"Bukan jumlah yang besar yang penting. Yang penting ialah keupayaan pasukan," kata bekas presiden Umno ini.
Beliau menambah, tidak kurang pentingnya kepada hasil pertempuran antara Melaka dan Portugis ialah peranan Kitol dan Raja Mendeliar.
"Di kalangan orang Melayu yang sudah terbahagi tiga terdapat ramai Kitol dan Raja Mendaliar.
"Jumlah semua 60 peratus. Tetapi kuasa bukan 60 peratus. Kuasa Melayu hanya kuasa minoriti. Aspek yang inilah yang dimaksudkan oleh saya yang kurang matang fikiran," katanya.
Dr Mahathir memberikan pandangan terbaru ini sebagai mengulas kenyataan Prof Madya Dr Azmi Sharom, pensyarah undang-undang Universiti Malaya bahawa "sebenarnya tidak ada apa-apa, itu hanya untuk menakutkan orang Melayu sahaja kerana tidak mungkin kaum terbesar di negara ini boleh menjadi minoriti di negara sendiri."
"Kalau kita lihat secara realistiknya, orang Melayu masih lagi menjadi majoriti dalam semua aspek jadi mustahil untuk menjadi minoriti," kata Azmi.
Beliau juga menyifatkan kenyataan Dr Mahathir itu sebagai terdesak dan tidak bertamadun.
"Hanya orang yang terdesak sahaja yang akan mengeluarkan kenyataan begitu dan ini menunjukkan beliau (Mahathir) masih belum matang dalam berfikir.
"Selain itu, ini hanya permainan politik yang dimainkan beliau untuk menakutkan orang Melayu dengan harapan mereka akan kembali kepada pembela negara iaitu Umno," katanya.
Pada hari pandangan itu dikeluarkan, Dr Mahathir mengulangi risiko orang Melayu akan jadi minoriti di negara ini menerusi tulisan blognya bertajuk "Ke Mana Melayu".
Beliau melahirkan pandangan itu ketika berucap pada majlis anjuran Gertak di Kuala Terengganu Isnin lalu.
Dengan kenyataan dalam nada menyindir, Dr Mahathir berkata beliau akui yang pemikirannya "belum matang seperti yang didakwa oleh Dr Azmi."
"Saya lupa bahawa 60 peratus daripada 100 peratus adalah majoriti. Dan, jumlah orang Melayu di Malaysia menjadikan mereka 60 peratus daripada 27 juta rakyat Malaysia. Mereka bukan minoriti," katanya.Bagaimanapun kata beliau, orang Melayu sekarang berpecah tiga menyebabkan setiap puak atau parti hanya mempunyai sokongan 20 peratus.
"Walaupun mungkin ada parti yang mendapat lebih ramai penyertaan, jumlah peratusan mereka tak mungkin 50 peratus atau lebih," katanya.
"Angka-angka sokongan kepada PAS sahaja dalam pilihan raya menunjukkan lebih 50 peratus daripada pengundi Melayu menyokongnya. Lima puluh peratus daripada 60 peratus (jumlah peratusan Melayu dalam negara) ialah 30 peratus.
"Yang baki 30 peratus terbahagi antara Umno dan PKR dengan Umno mungkin mendapat bahagian yang terbesar," kata beliau.
Beliau mengulangi bahawa dilihat dari segi keseluruhan penduduk negara, Melayu yang 60 peratus sudah terbahagi kepada tiga puak yang masing-masing mendapat peratusan kurang daripada 50 peratus penduduk iaitu kurang daripada majoriti.
"Puak-puak ini pula bermusuh sesama mereka sehingga ketiga-tiga menjadi lemah," katanya.

Judi: Kita juga kena jaga hak bukan Islam, kata Nazri..ha.ha..bila pula JUDI HALAL bagi bukan ISLAM..sebut agama mana..????

Posted: 18 Jun 2010 08:19 PM PDT



KUALA LUMPUR, 19 Jun — Langkah pentadbiran Najib baru-baru ini untuk meluluskan lesen pertaruhan sukan kepada syarikat milik jutawan Tan Sri Vincent Tan bertujuan "menghormati" hak-hak kaum bukan Islam negara ini, kata Datuk Seri Nazri Aziz.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata kerajaan perlu mengambil kira hak warganegara lain, bukan hanya golongan Islam yang merupakan majoriti penduduk negara ini.
"Anda kena ingat negara tidak hanya milik golongan Muslim semata-mata. Ada juga kaum bukan Islam, sebagai contoh (mereka terlibat dalam) perjudian... ia adalah budaya mereka, cara hidup mereka dan kita perlu menghormati budaya mereka.
"Jangan semua undang-undang berdasarkan keperluan orang Islam sahaja," kata Nazri (gambar) kepada The Malaysian Insider baru-baru ini.
Anggota Kabinet yang lazimnya lantang dalam pendirian beliau menjelaskan, terdapat salah faham bahawa tindakan menghalalkan lesen judi akan menyebabkan merosotnya undi Melayu Islam kepada Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum ke-13.
"Pergi dan tanya bukan Islam sama ada ia akan menjejaskan undi mereka, bukan sahaja pengundi Muslim.
"Kecenderungan kita ialah selalu berfikir dari sudut golongan Islam, seolah-olah bukan Islam bukan bahagian penting di negara ini.
"Kita tidak boleh begitu, kita perlu mempertimbangkan hak-hak mereka juga," kata Nazri.
Nazri juga mengecam Pakatan Rakayat yang menggunakan isu ini semata-mata untuk mendapatkan undi orang Melayu, yang lazimnya menjadi "simpanan tetap" bagi BN sejak lima dekad yang lalu.
Di sebalik pandangan ini, Nazri bersetuju dengan pandangan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamed bahawa tindak membangkang Pakatan Rakyat adalah disebabkan motif politik, bukannya kerana Islam.
"Ya, saya setuju dengan Tun, walaupun ia (pendirian saya ini) mungkin mengejutkan anda.
"DAP menentang perjudian sukan? Saya rasa ia cuma dipolitikkan kerana apa fokus kita (sebenarnya)? Undang-undang syariah dengan jelas mengatakan Muslim tidak boleh berjudi. Ini tidak boleh dipertikaikan (lagi kan)," katanya.
Nazri juga berkata, kerajaan akan menguatkuasakan satu sistem baru yang akan menghalang orang Islam daripada berjudi.
"Kita boleh mengadakan sistem yang akan menghalang orang Islam daripada berjudi, jadi kita akan mengadakannya.
"Jika anda mahu berjudi, anda mesti menunjukkan kad pengenalan, nama penuh. Jika anda seorang beragama Islam, anda tidak boleh mengambil bahagian dalam perjudian," katanya.
Bagaimanapun beliau tidak dapat memberi jaminan sistem itu seratus peratus bebas daripada kelemahan.
"Kita boleh menguatkuasakannya, menggunakan apa juga cara yang kita ada.
"Tetapi tiada seratus peratus jaminan yang kita boleh menghalang (orang Islam daripada berjudi)," kata wakil rakyat Padang Rengas ini.
Selasa lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menegaskan Kementerian Kewangan tidak mengeluarkan sebarang lesen pertaruhan kepada Ascot Sports, syarikat Kumpulan Berjaya yang dimiliki Tan.
Sehubungan itu Najib juga menegaskan beliau tidak akan membuat sebarang kenyataan tambahan berhubung isu judi sukan.
"Saya sudah pun membuat keputusan, tidak ada lagi kenyatan mengenai perkara ini.
"Tidak, lesen bukannya isu (sekarang)," kata Najib.

Naib presiden keempat: Muslimat belah bahagi

Posted: 18 Jun 2010 08:17 PM PDT

Walaupun Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS pusat 10 Jun lalu meluluskan usul agar diwujudkan satu jawatan naib presiden untuk disandang anggota wanita parti itu, namun usul berkenaan tidak mendapat sokongan menyeluruh.
"Muslimat tidak mahu menjadi perjuang padang jarak padang terkukur, belum berjuang sudah tersungkur," jelas exco Muslimat Pas Pusat Aiman Athirah Al-Jundi.
Katanya, cadangan supaya jawatan naib presiden keempat diwujudkan, tidak akan memberi apa-apa manfaat kerana sebelum ini ahli Dewan Muslimat pernah dicalonkan pada tahun 2005 sebagai Naib Presiden dan Pesuruhjaya Negeri tetapi kalah tipis dalam pertandingan jawatan tersebut.

Aiman berkata, ahli Dewan Muslimat boleh memegang mana-mana jawatan naib presiden sama ada satu,dua atau tiga, dan tidak semestinya timbul jawatan naib presiden yang keempat.
"Silap Muslimat, (apabila) tidak berusaha mencalonkan nama untuk jawatan Naib Presiden atau Timbalan Pesuruhjaya Negeri," katanya.

Selai
n itu, katanya, Dewan Muslimat juga telah mengaturkan strategi agar setiap ketuanya bertanggungjawab dalam memastikan ada ahlinya dicalonkan.

Malahan dalam strategi jangka panjang pula, Aiman berkata mereka sudah menubuhkan 'Gerakan Perubahan Minda Muslimat' yang telah diusulkan kepada Senator Mumtaz Mohd Nawi untuk tindakan susulan.

Gerakan ini ditubuhkan supaya pemimpin Dewan Muslimat yang berkaliber berpeluang memegang jawatan kanan yang bersesuaian dalam PAS.

"Apa saja tindakan diperingkat Muslimat dalam PAS secara langsung memaparkan kematangan Muslimat di peringkat Nasional.

"T
olak (membantah) naib presiden empat kerana nampak seperti menjatuhkan martabat kaum hawa," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Aiman menegaskan bahawa ahli Dewan Muslimat tidak mahu diberi kelebihan hanya kerana jantina, tetapi sebaliknya mereka mahu bertanding di padang secara sama rata.

Beliau turut memberi contoh seperti jawatan pengarah selalu dipegang oleh lelaki sahaja, walhal wanita juga mempunyai kemampuan yang jauh lebih baik daripada mereka.

"Muslimat mahu menjadikan (parti) hebat serta mempunyai kemampuan dan suatu masa akan berjaya lebih daripada Muslimin," katanya sambil ketawa.
Semas
a perbahasan usul itu pada 10 Jun lalu, wakil Selangor, Noraini Hussin, membuat bantahan kerana berpendapat bahawa selama inipun PAS tidak pernah meminggirkan muslimat dalam urusan parti.

"Saya bantah usul ini untuk diterima kerana selama ini PAS telah iktiraf kekuatan muslimat sama dengan naib presiden," katanya.

Noraini berkata kini terdapat 30 peratus penglibatan anggota wanita dalam urusan Pas termasuk dalam soal menggubal dasar parti.

"Malahan muslimat PAS juga terpilih untuk bertanding dalam pilihan raya sehingga menang dan dilantik sebagai ADUN dan juga ahli parlimen," katanya.

Najib Alu-Alukan Cadangan Nama Bagi Anak Kucing Parsi ......1Altantuya...??????????

Posted: 18 Jun 2010 04:50 PM PDT

COMEL... Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak melihat anak kucing jenis kacukan Persian yang berumur tiga bulan yang dibelinya dengan harga RM650 semasa melawat gerai produk makanan kucing tempatan Vita Cat ketika melawat Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia 2010 di Kuala Lumpur, semalam. - Foto THE STAR Oleh NORAFIFI EHSAN

Nama kucing ni Altantuya!

Posted: 18 Jun 2010 04:41 PM PDT


sapa setuju dengan teman? angkat tangann!!!


Kawe setuju wehh!!! - Osama


Saye juge setuju dengan syarat kembalikan royalti CD saye!


Im Agreed but can his wife not 'kawan-kawan' with my Michele? to avoid lemak-lemak tu berjangkit! wakakakak!


Sesungguhnya aku setuju dengan mama kucin itu.. ehh!! nama kucin itu!


Teman setuju dua belah tangan wehhh!!

Saya turut bursutuju dengan cadangan nama itu! terbaik!
ada banyak segar ladang ada mari !


Kami bersetuju!!! Hidup Melayu!!
eehhh!!!! halamak! silap!!

miss soru!
Sirul & Azilah - kami nak angkat tangan tapi nak tutup muka gak!

KAMI SOKONG!!! PUAKA MEMANG PUAKA POMPUAN GEMUK TUUUUUUUU!!


sunsnake 19062010

Kehkehkeh Projek Penjahanam Semula oleh Najib

Posted: 18 Jun 2010 04:38 PM PDT



oleh : tawanmalaysia (mb warrior)

BN setelah kalah teruk pada PRU 12 bertekad untuk proses Penjenamaan Semula BN atau 'rebranding'.

Ini merupakan satu langkah yang baik setelah BN dan Negara dijahanamkan oleh Pak Lah , Khairy dan sekutu mereka.

Cuma proses penjenamaan di bawah Najib itu apabila dimasukkan Samdol dan Malaon untuk menjayakannya akan menjadi Satu Projek 'Penjahanaman' Semula untuk UMNO BN !

Ini merupakan satu lagi rahmat untuk Pakatan Rakyat !!!

Ini 10 Bukti Projek Penjahanaman Semula BN yang aku lihat akan berjaya dengan cemerlang sekali pada suku ke 4 tahun ini !!! :


Susah untuk kita lihat mana-mana Projek BN yang berjaya dan boleh dimanfaatkan untuk rakyat terbanyak , kalaupun ada yang baik dan berjaya.

Tetapi peratusan yang gagal jauh lebih tinggi dan mudarat untuk Rakyat dari yang berjaya.

Cuma dalam Projek 'Penjahanaman' Semula BN ini , aku nampak ia menunjukkan tanda kemampanan dan berdaya saing untuk terus menerus memastikan Pakatan Rakyat ke Putrajaya !!!



1. Kelemahan Najib dalam memuktamadkan keputusan penting dalam menentu dasar dan polisi negara.

2.Persekongkolan dengan Cukong Cina Malaon MCA dalam melaksana kempen demi mendapat persetujuan rakyat dalam Lesen Judi Bola.Termasuk la kedangkalan Utusan Malaysia yang merendah akal dan fikrah wartawan untuk tunduk kepada telunjuk Cukong Cina. pttuuiihhhh. Wartawan Lacur !

3.Kegagalan berpuluh-puluh GLC di bawah Kerajaan Persekutuan BN yang melibatkan duit cukai rakyat beribu-ribu juta ringgit.Dari satu skandal ke skandal lain. Sime Darby sebagai contoh.

4.Persekongkolan dengan Syarikat APCO Yahudi Israel dalam Rundingan Komunikasi untuk Negara.Ini merupakan antara 'blunder' dan silly mistake yang shouldnt have occured , tapi disebabkan Najib ni selalu kena 'mandrem' dengan Bik Mama, dia boleh sign that 77 million deal with the American Jew Lobbyists !

5.Kegagalan menyekat pengaruh kuasa CU-CIM-CA atau Cukong Cina Malaon MCA dalam ikatan Barisan Nasional , Kepala Cu-Cim-Ca : Datuk Seri Porno tampak lebih berani dan offensive dalam membuat tuntutan berhubung kepentingan perniagaan beberapa kerat Cukong besar.

6.Persekongkolan dengan Amerika dalam beberapa isu global yang sewajarnya ditangani dengan baik , dari soal perang Anjuran Amerika di Afghanistan di atas nama untuk 'membebaskan terorisma di bumi Afghan oleh kelompok Taliban ' tetapi sebenarnya Amerika dan Cukong-cukong Anglo Saxon ini lebih berminat hasil bumi dan mineral di Afghanistan ini yang melibatkan Trillion Ringgit.

Malaysia sebenarnya mengimpikan Pemimpin Melayu yang mampu berpencak di Pentas Dunia dengan idealisma tinggi dan menunduk serakah Anglo Saxon dan Yahudi yang tidak berpenghujung.

Najib di pentas dunia?

"Yes Mr Barrack., yeah yeah we'll agreed to sanction against Iran , yeah yeah Malaysia support the campaign in Afghanistan. Yeah , the food is nice. "

Kepala Hotak kau la Najib !

7.Pembentangan RMK 10 yang bersifat 'illusional' atau pun retorik semata yang tidak bertampuk pada hakikat sebenar pelaksanaan RMK 10. RMK 9 sudah nyata cacat celanya , lagikan pula nak ditambah akronim baharu seperti MEB atau Model Ekonomi Baru. Tiada apa yang berubah. Ini seperti BPR ditukar nama pada SPRM. Susuknya masih Penjilat Pemain Politik.

8.Program Pendekatan terhadap Pengundi masih umpama Reza Shah Pahlavi berjumpa golongan kelas rendah di Esfahan. Pemimpin Angkuh begini (Bik Mama) akan ditumbangkan oleh Rakyat. Sejarah tidak menipu dalam hakikat rakyat dalam pembebasan demi perobahan.

9.Sistem itu kekal bobrok , cumanya Pemain nya sahaja yang berbeza. Tetap Samdol dan Malaun.

10.Najib ini maseh suka dahi licin KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH

ITU KAMU TAK BOLEH BOHONG !!! KAH KAH KAH KAH


TERIMA KASIH NAJIB KERANA MENJAYAKAN PROJEK INI !!!

PIHAK PAKATAN RAKYAT MENGALU-ALUKAN !!!

PROJEK PENJAHANAMAN SEMULA BN INI BAIK UNTUK RAKYAT !!!


KITA SUDAH SEMAKIN HAMPIR KE PUTRAJAYA !!!!!


PANGKAH PAKATAN RAKYAT !!!

PUTRAJAYA SEMAKIN DEKAT !!!


PANGKAH BARISAN !!!

BN DALAM PROSES PENJAHANAMAN !!!

Umno Titiwangsa: Penubuhan Perbadanan Pembangunan Kampung Baru Perlu Libatkan Penduduk Setempat

Posted: 18 Jun 2010 04:34 PM PDT


Ketua Pemuda Umno Bahagian Titiwangsa, Mohd Idham Yasser Dato Seri Sulaiman turut mengulangi gesaan Ahli Parlimen Dr Lo' Lo' Ghazali supaya penubuhan Perbadanan Pembangunan Kampung Baru (PPKB) melibatkan penduduk setempat.

 "Buat masa ini, saya rasa kita perlu tunggu dan lihat bagaimana konsep perbadanan yang hendak dibuat kerana kepentingan kami dan pemilik tanah Kampung Baru ini semua miliknya bumiputera dan juga Kuala Lumpur itu sendiri.

 "Orang awam itu perlu terlibatlah, jadi saya setujulah kerana ia berkaitan dengan kepentingan orang awam  kerana ia akan membawa mana-mana suara tetapi mana-mana badan yang ditubuhkan ia perlu objektif dan tidak boleh berat sebelah dan dipertimbangkan semua faktor untuk mendapat penyelesaian yang terbaik," katanya kepada TV Selangor ketika dihubungi.

Beliau berkata tindakan ini perlu bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diduga di kemudian hari sebelum ia dikuatkuasakan oleh kerajaan terhadap pemilik-pemilik geran tanah Kampung Baru.

Kerajaan Digesa Tubuh Badan Amanah Pantau Isu Hak Milik Tanah Penduduk Kampung Baru

Posted: 18 Jun 2010 04:33 PM PDT

Kerajaan digesa menubuhkan badan amanah yang dianggotai oleh Lembaga Pentadbiran Penyelesai Pertanian Melayu Kampung Baru sebelum menggerakkan sebarang keputusan merampas dan membangunkan tanah milik penduduk.

Ahli Parlimen Titiwangsa Dr Lo' Lo' Mohamad Ghazali berkata Penubuhan Perbadanan Pembangunan Kampung Baru yang akan diwujudkan sebagai penyelaras pembangunan tanah Kampung Baru sewajarnya membabitkan pihak lembaga yang mewakili suara penduduk secara langsung.

Perdana Menteri Najib Abdul Razak sebelum ini meminta penduduk Kampung Baru menyerahkan geran tanah sebelum projek pembangunan dapat dijalankan di tanah mereka.

Dalam pertemuan 6 Februari lalu, Najib bersetuju dengan tuntutan penduduk dan memberi jaminan mereka tidak perlu berpindah dari tanah warisan mereka. Namun 29 Mei lalu menyaksikan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata penduduk perlu keluar dari tanah mereka.

Dr Lo' Lo' berkata Kerajaan Umno-BN perlu memtimbangkan gesaan ini dengan serius kerana penduduk masih lagi samar dengan objektif dan mekanisma rancangan mega itu.

 "Saya melihat dalam keadaan tertentu agar ditubuhkan satu badan amanah yang akan memegang geran-geran dan hartanah orang kampung baru ini yang mereka ini di mana mereka ini di bawah MAS tetapi saya yakin orang kampung baru pun lebih percaya kerana geran mereka semuanya akan dipegang oleh MAS.

 "Perbadanan itu mungkin dari segi pengurusan, pengukuran itu sendiri tetapi dari segi pemilikan, pengekalan geran-geran hartanah itu mestilah dipegang oleh badan amanah yang diwakili oleh orang Kampung Baru sendiri," katanya.

Dr Lo' Lo' menjelaskan MAS yang dianggotai oleh tujuh ketua kampung di Kampung Baru mempunyai dokumen-dokumen penting sejarah perkampungan Melayu yang merentasi 110 tahun lalu.

Lantas, MAS mempunyai mandat yang jelas dari penduduk dan perlu dilibatkan dalam sebarang rundingan dan rancangan membangunkan Kampung Baru.

 "Dengan salinan-salinan dan dokumen-dokumen penting yang sudah berusia lebihd daripada 110 tahun semuanya bersama-sama MAS, jadi saya kira MAS satu badan yang selayaknya dinaiktarafkan juga sebagai badan amanah untuk memantau dari segi hak pemilikan orang Kampung Baru itu," katanya.

Dr Lo' Lo' melahirkan kebimbangan Kerajaan Pusat dan GLC yang dilantik untuk mengerakkan rancangan pembangunan Kampung Baru akan meminggirkan kepentingan penduduk dengan pelbagai terma-terma perundangan dan perjanjian yang samar.

"Kita memang amat risau dengan pengumuman daripada Menteri Wilayah Persekutuan ini dengan penubuhan Perbadanan Pembangunan Kampung Baru, bila saya tanya soalan siapakah yang akan jadi anggota Perbadanan ini, maka beliau menjawab tidak tahu lagi.

 "Jadi kita bimbang apabila  sudah dibawa ke parlimen nanti, memang pihak kerajaan akan menggunakan majoriti yang meraka ada untuk bina saja akta penubuhan perbadanan ini. Jadi ini yang kita bimbang dan menjadi bimbang kepada orang-orang Kampung Baru sendiri juga," katanya.

Legal sports betting ‘respects’ non-Muslims’ rights, says Nazri

Posted: 18 Jun 2010 04:31 PM PDT


KUALA LUMPUR, June 19 — Datuk Seri Nazri Aziz said the Najib administration's recent move to approve sports betting through tycoon Tan Sri Vincent Tan's Ascot Sports Sdn Bhd was a way to "respect" non-Muslim rights in the country.
The minister in the Prime Minister's Department said the government needed to take into consideration the rights of other citizens in the country and not just Muslims who form the majority.
"You must remember that the country does not belong to the Muslims. There are things that sometimes non-Muslims do, for example, gambling. It is their culture, their way of life and we have to respect their rights.
"Jangan semua undang-undang berdasarkan keperluan orang Islam sahaja (All laws in the country cannot be based on only the needs of Muslims)," Nazri (picture) told The Malaysian Insider this week.
The outspoken minister claimed that there was a general misconception that legitimising sports betting would earn the wrath of Malay-Muslim voters to vote against Barisan Nasional (BN) in the next general election.
"Go and ask the non-Muslims whether it will affect their votes, not just the Muslims. Our tendency is to always think from the Muslim point of view, as if non-Muslims are not an important part of the country. We cannot be like that, we have to consider their rights," said Nazri, who is also an Umno supreme council member.
The law minister slammed Pakatan Rakyat (PR) lawmakers for using the sports betting issue as a means to gain political points among Malay voters, who have traditionally been backing Umno and BN for decades.
Other BN parties such as the MCA and MIC have come out this past week to back the sports betting licence for Ascot Sports despite the government insisting that a licence has yet to be issued.
In a rare moment, Nazri agreed with former Prime Minister Tun Dr. Mahathir Mohamed's claims that opposition to licensed sports betting from PR was "politically motivated and not because of Islam".
"Yes, I agree with Tun, although it may come as a surprise to you. DAP against sports betting? I think its just politicking because what's our concern (here)? Syariah (law) states that Muslims should not gamble. I agree, (there are) no two ways about that," said the law minister.
He disclosed the government will execute a system which will prevent Muslims from betting.
"We can have a system that will prevent Muslims from betting, so we will install it. If you want to bet, you must give your IC, full name. If you are Muslim, then naturally you can't place a bet."
However the minister stopped short of expressing confidence that such a system would be fool-proof.
"We can enforce it using whatever we have. But there is no 100 per cent guarantee that we can stop it (Muslims from betting)," said the Padang Rengas MP.
Prime Minister Datuk Seri Najib Razak said this week that the Finance Ministry has not awarded a sports betting licence to Ascot Sports.
The finance minister has been elusive on the sports betting licence after it was reported that Berjaya Corporation had confirmed that the Treasury had approved the licence for Ascot Sports in its filing to Bursa Malaysia about its acquisition of the company.
"The Minister of Finance has given its approval for the re-issuance to Ascot of the licence to carry out sports betting operations upon certain terms and conditions," the announcement said.
However, the Treasury had earlier denied that the government awarded the betting licence to Ascot Sports.
The Finance Ministry told Parliament on June 7 that government has not yet concluded its discussions and terms regarding the legalisation of sports betting.
"The government has yet to issue a license to Ascot Sports Sdn Bhd for bookie operation in Malaysia.
"The government has also not concluded discussions on the terms and conditions for licensing to Ascot Sports for bookie operations in Malaysia," the ministry said in a written reply.
The ministry also said that it was still open to feedback from various parties.
Berjaya Corp reported that the government had last month re-issued the licence to Tan after the original licence was cancelled by the previous Abdullah administration. The tycoon's son — Datuk Robin Tan Yeong Ching — will retain his 30 per cent stake in the company.
Tan had first obtained the licence in 1987 but had "asked the government to take it back" when the venture was unsuccessful. But he has now obtained the right to get the licence back and was exercising it.
Berjaya Corp, a gaming, property and hospitality group, told Bursa Malaysia on May 12 that it plans to purchase a controlling stake in Ascot Sports, which has been re-issued a conditional sports betting licence by the Finance Ministry.
It said Tan has also agreed to guarantee that the company will make a cumulative net profit of at least RM375 million for the first three years of operation and had backed it by offering to deposit RM81.25 million worth of listed securities while Berjaya Corp will withhold RM125 million cash from the total purchase price.
Berjaya Corp said it will finance the initial consideration of RM400 million by undertaking a renounceable rights issue of up to RM614.46 million nominal value of 10-year eight per cent irredeemable convertible unsecured loan stocks (Iculs), done on the basis of one RM1 nominal value of Iculs for every eight Berjaya Corp shares owned.
It added that Tan has undertaken to subscribe to his and his private companies' entitlements in full, which would amount to at least RM400 million.
Ascot Sports, which is currently a dormant company, recorded net liabilities and net loss of RM11.2 million and RM4.6 million respectively for the financial year ended Dec 31, 2008.
Deputy Finance Minister Datuk Dr Awang Adek Hussein told reporters on May 6 that the government was considering issuing the licence to curb illegal gambling.

Nama-namanya...!!!

Posted: 18 Jun 2010 04:25 PM PDT

Ha.ha.ha..tukar hobi nampak...!!! Belaian manja untuk kucing...apa nama yerk...???

Zakir Naik banned from entering UK

Posted: 18 Jun 2010 04:23 PM PDT


(Reuters) - Britain on Friday banned from entering the country an Indian preacher who has expressed radical views about Islam, including some that appear to justify acts of terrorism.
Home Secretary Theresa May said she had barred Zakir Naik, a 44-year-old television preacher based in Mumbai, for inflammatory remarks he was known to have made in the past.
Naik had been due to give a series of lectures in London and the city of Sheffield in northern England.
"Numerous comments made by Dr Naik are evidence to me of his unacceptable behaviour," May said in a statement, without elaborating.
The Daily Telegraph on Friday reported Interior Ministry sources saying that 2006 website footage had shown Naik telling Muslims it was acceptable to embrace terrorism in certain instances.
According to the paper, Naik said Muslims should beware of people saying Osama bin Laden was right or wrong, adding: "If you ask my view, if given the truth, if he is fighting the enemies of Islam, I am for him.
"If he is terrorising the terrorists, if he is terrorising America the terrorist, the biggest terrorist, every Muslim should be a terrorist."
He is also reported by the paper to have suggested Western women make themselves "more susceptible to rape" by wearing revealing clothing.
"Western society has actually degraded (women) to the status of concubines, mistresses and social butterflies, who are mere tools in the hands of pleasure seekers and sex marketeers," the paper quoted him as saying.
May said: "Coming to the UK is a privilege not a right and I am not willing to allow those who might not be conducive to the public good to enter."
The minister made it clear she had not banned him simply because of his views, which is prohibited under the law.
A Home Office spokesman said the powers were used if an individual expressed views that "foment, justify or glorify terrorist violence in furtherance of particular beliefs" or "seek to provoke others to terrorist acts."
He declined to elaborate on the exact nature of his comments, or when they were made.

18SX : Bik Mama dah tak sedap dipeluk?

Posted: 18 Jun 2010 04:18 PM PDT



Bik Mama yang kuat senamrobik tapi masih Big. Kalau Bik Mama pakai baju warna jingga dan berseluar putih, mungkin ada harapan dipeluk lagi.. kah..kah..kah...

Berita Berkaitan : Najib Mahu Cadangan Nama Kucing

Tiada ulasan: