Jumaat, 18 Jun 2010

Justice For All

Justice For All


PKR Bersedia Hadapi PRK Batu

Posted: 18 Jun 2010 09:00 PM PDT

PKR sedia hadapi pilihan raya kecil: Syed Husin

SHAH ALAM - Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersedia menghadapi pilihan raya kecil sekiranya kerusi Parlimen Batu dikosongkan berikutan penyandangnya, Tian Chua yang dikenakan denda hukuman sebanyak RM3,000 sebelum dikurangkan kepada RM2,000 selepas didapati bersalah mendatangkan kecederaan kepada seorang anggota polis.

Timbalan Presidennya, Dr Syed Husin Ali berkata, parti akan meletakkan calon yang bersesuaian dalam menghadapi pilihan raya kali ini sekiranya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan kerusi berkenaan perlu dikosongkan berikutan hukuman tersebut.

"Kita langsung tidak ketandusan mencari calon bagi mengisi kekosongan kerusi itu jika perkara ini berlaku.

"Parti bukan seperti dahulu (Pilihan Raya Umum 2008) sukar mencari calon bersesuaian," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, kepitusan mahkamah dibuat mengikut interpretasi hakim yang kemungkinan membuat keputusan tidak ke arah melaksanakan pilihan raya semula, sebab itu hakim mengurangkan hukuman kepada RM2,000.

"Kita mengharapkan tafsiran itulah yang menyebabkan hakim membuat keputusan dan mengelak pilihan raya kecil," katanya.

Nik Aziz Minta Najib Beri Notis 3 Bulan Sebelum PRU

Posted: 18 Jun 2010 08:15 PM PDT

Hari ini akhbar melaporkan bahawa Datuk Nik Aziz Nik Mat meminta kerajaan BN memberi notis tiga bulan untuk mengadakan pilihan raya umum bagi membolehkan parti bertanding membuat persiapan.

Beliau telah meminta kerajaan menunaikan tempoh itu berdasarkan kepada sebuah kerajaan demokrasi, yang seharusnya menyediakan ruang serta peluang kepada kesemua parti bersiap sedia untuk mengadapi pilihan raya umum nanti.

"Malaysia adalah sebuah negara demokrasi dan kerajaan tidak boleh mengadakan pilihan raya secara mengejut, mereka tidak boleh buat lagu tu (macam itu),," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah mingguannya, di Dataran Ilmu, di sini, semalam.

Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak Khamis lalu, yang mengatakan Pilihan Raya Umum ke-13 nanti biarlah menjadi kejutan.

Jelas bahawa Nik Aziz berpegang kepada konsep keadilan sebenar menurut islam. Padan permainan perlulah diratakan dan pilihanraya perlu dijalankan setelas notis yang cukup diberikan. Orang yang nak kena saman pun diberi notis berbulan-bulan untuk selesaikan saman, inikan pula pilihanraya, untuk menentukan pemerintahan negara.

Ini ada beberapa contoh negara yang mengamalkan demokrasi sebenar, dalam penentuan sesebuah tarikh pilihanraya.

Jordan : Bubar parlimen : 16 Jun 2010

Pilihanraya : 9 November 2010

Tempoh : Hampir 2 Bulan Lebih

Itali : Bubar parlimen : 6 Februari 2008

Pilihanraya : 14 April 2008

Tempoh : Hampir 2 Bulan Lebih

Malaysia : Bubar parlimen : 13 Februari 2008

Pilihanraya : 8 Mac 2008

Tempoh : Tak sampai pun sebulan

Kalau Najib masih berkeras, PR perlu laksanakan cadangan Husam Musa, agar Najib menari ikut rentak PR, bukannya sesuka hati najib nak tentukan bila pilihanraya..tindakan najib merupakan kerja zalim..tak patut wujud dalam negara bertamadun hari ini.

GAS Macam Bunyi Wisel, Bukannya Vuvuzela

Posted: 18 Jun 2010 07:45 PM PDT

Gas ni masih hidup lagi ke? Ingatkan dah mati..rupa-rupanya dah boleh lagi bersuara. Memang gas ni sebijik macam bunyi wisel pengadil, bukannya bunyi vuvuzela (trompet world cup)..sekejap ada, sekejap tiada. Mesti orang MIC dah bosan dengan GAS ni..

GAS diteruskan

SHAH ALAM: – Bekas Timbalan Pemuda MIC V. Mugilan menegaskan Gerakan Anti-Samy (GAS) akan tetap diteruskan walaupun terpaksa dilakukan dari luar MIC.

Mugilan berkata, sekiranya rayuan pemecatannya dari parti tidak berjaya, GAS tetap akan dijalankan bagi memastikan Presiden Parti Datuk Seri S Samy Vellu meletak jawatan.

"Parti telah tangguh keputusan untuk bincang isu ini (rayuan), mereka takut untuk hadapi kami (GAS).

"Namun, saya difahamkan perkara ini akan dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) yang akan datang, bagaimanapun kita akan tetap teruskan Gas walaupun dari luar parti," katanya ketika dihubungi :Sinar Harian:, semalam.

Hosni Mubarak Penipu Macam Najib..Mesir Tak Pernah Buka Sempadan

Posted: 18 Jun 2010 07:10 PM PDT

Penipu betul Hosni Mubarak yahudi ni..sebijik macam Najib yang suka menipu (isu jambatan) & (isu indeks ekonomi)

Misi Gaza Yayasan Amal Terkandas, Mesir Tidak Pernah Buka Sempadan!

MARANG – Misi Gaza Yayasan Amal untuk menghantar bantuan kemanusiaan melalui jalan Refah, menghadapi jalan sukar untuk masuk ke Semenanjung itu apabila mendapat maklumat sebenarnya yang berlaku di sana.

Misi tersebut menjadi buntu kini, apabila hakikat sebenarnya, kerajaan Mesir yang dipimpim oleh HosniMubarak, tidak pernah membuka sempadan Gaza di Refah.

Setiausaha Misi, Mohd Fauzi Abu Samah ketika dihubungi Buletinonline berkata, misi Yayasan Amal masih berada di Kaherah dan belum boleh memasuki Gaza.

"Sebenarnya Mesir tak buka pun SEMPADAN, sekadar gimmik sahaja.....Takut Dunia marah dan salahkan dia....hakikatnya...., Memang tak buka , bahkan semakin sukar utk masuk dgn peraturan2 baru pulak,"kata Fauzi melalui hubungan Internet dengan Buletinonline jam 8.24 malam tadi,

Sehubungan itu, beliau meminta supaya sampaikan salam kepada seluruh rakyat Malaysia dan mohon dihebahkan pada ceramah Palestin yang di adakan di perkarangan Masjid Rusila, pada malam tadi. -BO

Ini berita penipuan Mubarak ini...

ARKIB : 02/06/2010

Mesir buka sempadan Rafah

KAHERAH 1 Jun - Presiden Mesir, Hosni Mubarak hari ini mengarahkan pembukaan sempadan lintasan Rafah bagi membolehkan bantuan kemanusiaan dihantar ke Genting Gaza, lapor agensi berita MENA.

Arahan itu dibuat sehari selepas serangan oleh komando Israel terhadap flotila yang membawa bekalan bantuan ke Gaza, yang berhadapan sekatan rejim Zionis sejak 2007.

Serangan itu mengakibatkan sekurang-kurangnya 19 maut sementara 30 yang lain cedera.

"Presiden telah mengeluarkan arahan pembukaan sempadan lintasan Rafah bagi membenarkan bantuan kemanusiaan dan bekalan perubatan dibawa masuk ke Genting Gaza, begitu juga dengan kes-kes perubatan yang memerlukan akses ke Mesir.

"Langkah itu dibuat sebagai sebahagian tindakan Mesir untuk melegakan penderitaan rakyat Palestin di Genting Gaza," lapor MENA.

Menurut sumber keselamatan Mesir di Rafah, sempadan tersebut dibuka hari ini pada pukul 1.30 tengah hari waktu tempatan (6.30 petang ini waktu Malaysia), tetapi kerajaan Mesir tidak menyatakan masa penutupannya.

Kawasan lintasan Rafah, satu-satunya pintu masuk ke Israel yang diawasi Mesir sepanjang masa. Kaherah membenarkan pembukaan sempadan itu dua hari seminggu bagi kes-kes kemanusiaan.

Mesir turut berhadapan kritikan hebat kerana menutup sempadan tersebut.

Israel mengenakan sekatan terhadap Gaza pada 2007 selepas pejuang Hamas menumpaskan tentera Fatah yang setia kepada Presiden Mahmoud Abbas, setahun selepas Hamas memenangi pilihan raya. - AFP (sumber)

Padan Muka Orang Melayu..Percaya Sangat Kat Bomoh

Posted: 18 Jun 2010 06:35 PM PDT

Orang melayu memang mudah percaya kat bomoh..apa kata bomoh, macam kata malaikat..dituruti satu persatu. Sedangkan islam dah ajar, kalau sakit terkena buatan orang, ubatilah dengan islam. Darus Syifa ka banyak..kenapa pergi ke bomoh juga..bomoh ni sebijik macam paderi kristian. Suka ambil kesempatan apabila mangsa percaya kat mereka. Ini beritanya

Janda muda dakwa dicabul bomoh ketika 'mandi bunga'

2010/06/19

KUANTAN: Seorang janda muda mendakwa dicabul seorang bomoh ketika upacara mandi bunga bagi mengubati penyakit dihidapinya, di Felda Sungai Panching Utara, di sini, Rabu lalu.

Difahamkan dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam, mangsa berusia 21 tahun itu dikatakan sering teringatkan bekas suaminya sebelum neneknya yang berusia lingkungan 50-an mencadangkan supaya mendapatkan bantuan seorang pengamal perubatan tradisional dari Felda Bukit Sagu, dekat sini.

Pegawai Turus Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Superintendan Noor Asyikin Shamsuri, berkata lelaki terbabit yang berusia lingkungan 50-an tiba di rumah nenek mangsa sebelum dimaklumkan wanita terbabit mengenai penyakit yang dideritai cucunya itu.

Beliau berkata, mendengar penjelasan nenek mangsa, bomoh berkenaan serta- merta mengatakan mangsa terkena buatan orang dan perlu diubati segera.

Katanya, lelaki terbabit kemudian meminta janda muda itu masuk ke bilik mandi bagi menjalani upacara mandi bunga.

"Sebaik berada di bilik air, lelaki berkenaan meminta mangsa menanggalkan pakaian dan hanya berkemban sebelum memandikan mangsa dengan air bunga.

"Lelaki terbabit mula mengambil kesempatan dengan meraba bahagian sulit mangsa," katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini, semalam.

Noor Asyikin berkata, mangsa yang terkejut kemudian berang dan memarahi pengamal perubatan tradisional itu.

"Namun beliau memaklumkan kepada mangsa bahawa perlu berbuat demikian kerana ia adalah cara perubatannya bagi membuang segala 'benda' buruk yang ada pada tubuh badan wanita berkenaan.

"Mangsa yang enggan percaya dengan alasan berkenaan kemudian berterusan memarahi suspek menyebabkan lelaki terbabit melarikan diri meninggalkan mangsa keseorangan di dalam bilik air," katanya.

Beliau berkata, mangsa yang tidak berpuas hati dengan kejadian menimpanya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, kira-kira jam 9 malam, Khamis lalu.

Katanya, susulan laporan dibuat mangsa, polis menahan suspek beberapa jam kemudian di rumahnya bagi membantu siasatan.

Semakin Ramai Aktivis Ke Gaza, Termasuk NGO Wanita..Mereka Langsung Tak Pedulikan Amar Israel

Posted: 18 Jun 2010 06:00 PM PDT

Semakin ramai NGO yang ke Gaza. Semata-mata untuk bantu penduduk Gaza. Sampaikan ada yang diugut oleh Isreal untuk serang aktivis NGO ini. Termasuk NGO Wanita..

Israel sedia serang aktivis wanita Lebanon

BAITULMAQDIS - Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak memberi amaran kepada Lebanon bahawa negara Islam itu akan bertanggungjawab ke atas sebarang 'keganasan dan pertembungan bahaya' terhadap aktivisnya yang dijadual ke Gaza.

"Saya cakap secara jelas kepada kerajaan Lebanon: Anda bertanggungjawab terhadap kapal yang meninggalkan pelabuhan anda kerana jelas mereka cuba memecahkan sekatan ke atas Gaza," katanya, kelmarin.

Menurutnya, kerajaan Lebanon bertanggungjawab menghalang penghantaran senjata, peluru dan bahan letupan yang boleh menyebabkan pertembungan ganas dengan tentera rejim jika kapal itu enggan ke Pelabuhan Ashdod, di Israel.

Sekumpulan aktivis wanita Lebanon mengumumkan akan menghantar ubat-ubatan dan makanan bayi ke Gaza dalam cubaan terbaru memecahkan sekatan tidak berperikemanusiaan rejim itu ke atas penduduk Palestin, awal minggu ini.

Bagaimanapun, kumpulan itu tidak mengumumkan tarikh sebenar konvoi bantuan itu akan berlepas.

Dan ini pula rombongan masyarakat antarabangsa

Masyarakat antarabangsa 'serang' sekatan Israel

TEL AVIV - Kapal bantuan kemanusiaan daripada beberapa negara telah berlayar atau merancang untuk berlayar ke Genting Gaza bagi memecahkan sekatan Israel ke atas wilayah Palestin itu.

Penghantaran konvoi secara besar-besaran itu muncul selepas serangan ganas tentera rejim ke atas konvoi kemanusiaan ke Gaza, 31 Mei lalu.

Menurut pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Israel, sebuah kapal dari Iran dalam perjalanan ke Gaza selepas berlayar pada 12 Jun lalu dan dua lagi kapal Iran dijadual berlepas dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada tentera laut Iran, yang dilapor bersedia mengiringi kapal bantuan ke Gaza, turut serta dalam konvoi itu.

Selain itu, pertubuhan Wartawan Tanpa Sempadan dan Free Palestine dari Lebanon akan menghantar bantuan yang disertai sekurang-kurangnya 50 wartawan dan 25 sukarelawan Eropah ke Gaza.

Kapal Mariam yang disertai aktivis wanita dari Lebanon akan menghantar kapal membawa bantuan perubatan, dan pertubuhan Yahudi Jerman merancang menghantar kapal dengan 14 aktivis, pertengahan bulan ini.

Yayasan Hak Asasi Manusia dan Bantuan Kemanusiaan (IHH) yang menganjur konvoi Freedom Flotilla sebelum ini, merancang menghantar enam lagi kapal ke Gaza, Julai depan.

Pertubuhan Free Gaza dan NGO berpusat di Britain, Viva Palestina dijadual menghantar 10 hingga 15 kapal ke wilayah Palestin itu, Oktober depan.

Tiada Lagi Katak PR Melompat Di Perak - Datuk Seri Nizar

Posted: 18 Jun 2010 05:28 PM PDT

Tiada lagi ADUN Pakatan Rakyat Perak lompat parti: Nizar

KUALA TERENGGANU: - Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin yakin tidak berlaku lompat parti dalam kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Rakyat (PR) di Perak selepas ini.:

Beliau mendakwa, apa yang berlaku sebelum ini berkemungkinan tindakan pihak tertentu mempunyai maklumat mengenai kelemahan ADUN Pakatan Rakyat (PR) sehingga bijak 'memerangkap' mereka.

Beliau turut percaya apa yang berlaku terhadap ADUN Malim Nawar, K Keshvinder Singh akibat diperangkap dan terpaksa mengisytiharkan diri wakil Bebas dan menyokong UMNO.

"Memanglah kita sebagai PR kita tidak diberi kemudahan untuk membantu rakyat maka kita terpaksa menggunakan wang daripada kocek-kocek ahli-ahli kami dan parti, jadi perkara itu dijadikan sebagai alasan, sepatutnya awal-awal lagi," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Ceramah Perdana 'UMNO Pengkhianat Melayu' di Pasar Chabang Tiga, semalam.

Nizar berkata, beliau tidak menolak ia berkemungkinan Keshvinder diperangkap berhubung wang RM45,000 yang dikatakan telah digelapkan oleh kakitangan di firma guamannya.

Menurutnya, kenyataan Kesh vinder berhubung pengisytiharan keluar DAP mungkin bukan alasan sebenar.

"Yang itu mungkin dia telah disediakan skrip untuk dibaca dalam sidang akhbar, itu (keadaannya) agak menggigil sebab dia baca dan apa yang dikatakan itu kita nafikanlah," katanya.

Sementara itu, pihaknya juga telah mengadakan perjumpaan bagi membincangkan perkara itu dengan pimpinan PR di Perak untuk diperjelaskan kepada rakyat selain turut mengadakan perjumpaan setiap bulan dalam mengukuhkan parti.

Justice4all : Kesian Datuk Seri Nizar, terpaksa mencuci keaiban Katak-katak yang termakan pujuk rayu UMNO. Memang dahsyat politik Perak, lompat parti macam tukar pakaian je..apapun, rakyat dah muak dengan BN. Tunggulah PRU 13, kita ajar BN dan katak-katak ini.

Kuala Lumpur Bakal Menjadi Kota Bangkok Ke-2???

Posted: 18 Jun 2010 04:50 PM PDT

SEBAHAGIAN wanita warga asing yang ditahan dalam serbuan rumah urut di sekitar Putrajaya.

Pelanggan dikenakan bayaran tambahan RM50 untuk seks

PUTRAJAYA: Pasukan Penguat Kuasa Jabatan Imigresen ibu pejabat di sini membongkar kegiatan tiga rumah urut 'macam-macam ada' yang menggunakan gadis warga asing untuk melayan pelanggan masing-masing termasuk memberi khidmat urutan khas 'badan ke badan' dalam Ops Sayang di sekitar ibu kota yang berakhir jam 8 malam kelmarin.

Selain urutan biasa, tiga rumah urut di Damansara, Danau Desa dan Hartamas juga menyediakan khidmat urutan batin dan pelacuran.

Ketua Unit Tindakan Imigresen Putrajaya, Mohd Azmi Mohd Isa, berkata seramai 21 wanita warga asing ditahan dalam operasi bermula jam 5 petang itu yang bekerja sebagai tukang urut di premis terbabit.

Wanita berusia antara 20 hingga 30 tahun itu masing-masing 11 dari China, lima dari Thailand, dua dari Vietnam dan masing-masing seorang dari Indonesia, Filipina dan Laos.

Imigresen turut menahan tiga lelaki tempatan yang menjadi pengusaha kepada pusat urut berkenaan.

Ketika serbuan, seorang daripada wanita terbabit didapati sedang leka melayan pelanggan dengan memberi khidmat 'urutan badan ke badan' dalam keadaan kedua-duanya berbogel di sebuah premis. Urutan jenis ini memerlukan tukang urut wanita menggesel badannya ke badan pelanggan.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati pengusaha premis urut terbabit mengenakan caj RM150 hingga RM200 bagi satu sesi 'urutan badan ke badan' dan tambahan RM50 bagi perkhidmatan tambahan termasuk seks.

Katanya, pihaknya turut menemui sejumlah kondom belum digunakan, minyak urut, ubat rangsangan seks dan buku catatan pelanggan di tiga premis terbabit yang dirampas sebagai bukti.

Semua warga asing terbabit dibawa ke ibu pejabat Imigresen di sini untuk diambil keterangan sebelum dikenakan tindakan lanjut.

"Ketiga-tiga lelaki tempatan yang ditahan dipercayai menggunakan wanita warga asing untuk menjalankan kegiatan tidak bermoral dengan berselindung di sebalik perniagaan mengurut," katanya.

Beliau berkata, operasi yang disertai 20 anggota imigresen itu dilancarkan berikutan aduan orang ramai mengenai kegiatan tidak bermoral di premis yang membabitkan warga asing.

"Sebahagian daripada wanita warga asing itu dipercayai menyalahgunakan pas lawatan sosial ke negara ini untuk bekerja sebagai tukang urut dan masuk secara haram," katanya.

Azmi berkata, hasil pemeriksaan, seorang wanita warga Thailand yang ditahan di Hartamas melakukan kesalahan kali kedua, menyebabkan dia akan didakwa dan disenarai hitam daripada memasuki negara ini selepas ini.

Beliau berkata, imigresen akan terus meningkatkan usaha membanteras kebanjiran warga asing dan perbuatan tidak bermoral yang dijalankan di negara ini.

Sementara itu, katanya, pada jam 2 petang kelmarin, sepasukan pegawai imigresen ibu pejabat Putrajaya turut melakukan 'Ops Mahir' di Taman Industri Selaman, Bangi dan menahan 27 lelaki warga asing pekerja kilang terdiri dari warga Bangladesh, Myanmar dan Pakistan.

Dalam operasi yang dilakukan di sebuah kilang kosmetik itu, pihak imigresen turut menahan dua majikan warga tempatan bagi menjalankan siasatan.

Semua warga asing yang ditahan itu boleh didakwa mengikut Seksyen 39(b) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 61C akta sama, manakala pemilik premis pula boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 56(1)(d) dan 55 (b) Akta Imigresen kerana memberi perlindungan kepada warga asing terbabit.

Warga asing yang ditahan itu ditempatkan di Depoh Tahanan Imigresen Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum dibicarakan di mahkamah.

Edisi Sentral pada Selasa lalu mendedahkan mengenai kewujudan pusat urut kesihatan yang beroperasi di sepanjang Jalan Bukit Bintang dan Jalan Alor yang didapati bukan saja menawarkan urut biasa tetapi 'urutan istimewa' menggunakan wanita cantik dan seksi sebagai umpan.

Pusat urut terbabit hampir semuanya menggunakan wanita warga asing sebagai tukang urut terutama dari China.

Puluhan tukang urut wanita yang kebanyakan pekerja asing terutama gadis muda dari China berpakaian seksi didapati memujuk orang ramai yang lalu lalang di kawasan itu dengan menunjukkan menu perkhidmatan dengan tawaran refleksologi serendah RM25 untuk setengah jam.

Justice4all : Saya pernah menyuarakan kebimbangan tentang Kuala Lumpur bakal menjadi Kota Bangkok kedua or Little Bangkok beberapa tahun lagi. Ini berikutan kegiatan pelacuran yang berselindung aktiviti rumah urut kian berleluasa. begitu juga warga-warga asing yang seolah-olah mudah untuk mendapatkan khidmat sex secara percuma dari warga Malaysia. pengalaman di depan mata memberi banyak maklumat dan pengetahuan tentang hal ini.

Nama Aminah & Ziana Tentu Sesuai Untuk Kucing Najib

Posted: 18 Jun 2010 04:18 PM PDT

Si Kecil.. Makhluk yang sedap dipeluk - Najib

Setelah membeli seekor kucing parsi dengan harga RM650, Najib berkata "Bila saya mengangkat si kecil ini, saya terus terpaut kepada makhluk yang sedap dipeluk ini.

Sikecil..makhluk yang sedap dipeluk??? Mungkinkah ini...

 

Oh tidak..ini sudah jadi hantu..

Hanya bahasa C4 sahaja boleh menutup mulut wanita ini..

Ini bukan sikecil makhluk yang sedap dipeluk.. tapi bantal busuk yang maha big size

Najib Alu-Alukan Cadangan Nama Bagi Anak Kucing Parsi

COMEL... Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak melihat anak kucing jenis kacukan Persian yang berumur tiga bulan yang dibelinya dengan harga RM650 semasa melawat gerai produk makanan kucing tempatan Vita Cat ketika melawat Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia 2010 di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak mengalu-alukan cadangan nama bagi anak kucing yang dibelinya semalam.

"Saya dan keluarga saya dalam proses memilih nama baginya, tapi saya mengalu-alukan cadangan daripada anda," kata Najib dalam laman blognya www.1malaysia.com.my hari ini.

Perdana Menteri berkata beliau pernah membela kucing sebagai binatang manjaan.

"Bila saya mengangkat si kecil ini, saya terus terpaut kepada makhluk yang sedap dipeluk ini.

"Saya pasti anak perempuan saya akan gembira bertemu dengannya bila pulang ke rumah nanti," katanya.

Najib berkata semasa berada di majlis pelancaran kempen 'Beli Barangan Malaysia', beliau berkesempatan membeli beberapa barangan peribadi dan antaranya ialah pembelian tanpa dirancang: seekor anak kucing Parsi berbulu jingga dan putih. -

BERNAMA

Siapa nak bagi nama, sila beritahu cepat-cepat kat Najib..takut-takut Najib pilih nama Aminah atau ziana pula..ye lah, terkenakan kekasih gelap lama..mmesti kesian kucing ni ya..jatuh ke tangan orang jahat..

Piala Dunia (21) : England Berputih Mata Seri 1-1 Dengan Algeria

Posted: 18 Jun 2010 03:43 PM PDT

England dan Algeria seri 0-0

England gagal menepati ramalan untuk menang mudah ke atas Algeria apabila diikat 0-0 di Stadium Green Point awal pagi ini.

Keputusan itu bermakna England berada di tangga ketiga Kumpulan C di belakang Slovenia dan Amerika Syarikat dengan hanya mengutip dua mata setelah menempuhi dua perlawanan

Tian Chua Tetap Tak Nak Rayu..PRK Batu Hampir Pasti???

Posted: 18 Jun 2010 10:14 AM PDT

Tian Chua tak mahu merayu, AG belum pasti

KUALA LUMPUR, 18 Jun – Pengarah Strategi Pilihan Raya PKR, Tian Chua tidak akan mengemukakan rayuan terhadap hukuman denda yang telah dikurangkan RM1,000, tetapi masih dilihat berhadapan dengan risiko hilang kerusi Parlimen Batu.

"Saya tidak akan membuat rayuan," kata wakil rakyat Batu itu dengan tegas ketika dihubungi The Malaysian Insider petang ini.

"Tiada apa yang perlu dibincangkan. Saya sangat jelas tentang apa yang telah berlaku dan apa yang akan berlaku dan tiada apa-apa masalah," kata beliau lagi.

"Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak perlu bersusah payah, saya tidak akan membuat rayuan, timbalan pendakwa raya tidak akan merayu ... jadi tiada isu di sini," kata beliau mengulas statusnya sebagai anggota Dewan Rakyat.

Meskipun Tian Chua menganggap kerusinya "selamat", komponen Pakatan Rakyat berpandangan sebaliknya.

Pengerusi DAP Karpal Singh memberitahu The Malaysian Insider bahawa undang-undang adalah jelas berhubung keputusan Mahkamah Tinggi semalam yang mengenakan denda ke atas wakil rakyat, kurang RM1,000 berbanding hukuman sebelum ini.

Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata kerusi wakil rakyat Batu itu secara automatik menjadi kosong ekoran keputusan Mahkamah Tinggi semalam, sekali gus membuka laluan kepada pilihan raya kecil.

"Jika denda RM2,000 (beliau) habis. Kerusi menjadi kosong. Perlembagaan Persekutuan dengan jelas mengatakan bahawa RM2,000 atau lebih, anda sudah hilang kelayakan.

"Tiada hujah lagi dalam soal ini," kata Karpal.

Dengan merujuk kepada Ahli Parlimen Menglembu Fan Yew Ting pada 1975 sebagai kes rujukan, Karpal memberitahu Speaker Dewan Rakyat telah mengisytiharkan kerusi itu kosong selepas beliau didenda RM2,000 ekoran kesalahan di bawah Akta Hasutan.

Karpal memberitahu, undang-undang itu telah dipinda selepas kes Fan yang membolehken kelucutan secara automatik apabila seseorang Ahli Parlimen didapati bersalah tanpa perlu melalui Dewan Rakyat.

Penasihat DAP Lim Kit Siang juga menyokong pendirian Karpal itu.

SPR merupakan badan betul untuk memutuskan kekosongan kerusi itu, kata Presiden Majlis Peguam Ragunath Kesavan kepada The Malaysian Insider.

Dalam pada itu, Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan Jabatan Peguam Negara, Datuk Kamaludin Md. Said berkata, Tian Chua masih mempunyai masa untuk membuat rayuan dalam tempoh 14 hari.

"Setakat ini tidak ada lagi, yang lain saya tidak mahu komen.

"Ini kerana laporan penuh mengenai kes ini masih belum siap lagi," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Tian Chua, 47, atau nama sebenarnya, Chua Tian Chang didakwa mencederakan konstabel Mohd Rosyaidi Anuar, 22, ketika anggota polis itu sedang menjalankan tugasnya dalam satu perhimpunan di Parlimen, 11 Dis 2007.

Almarhum Ustaz Hassan Shukri Yang Mencipta Bendera PAS

Posted: 18 Jun 2010 09:32 AM PDT

Bendera PAS adalah Hasil Idea Allahyarham Ustaz Hasan Syukri

Almarhum Ustadz Hassan Shukri diberi tanggungjawab mencipta bendera PAS.

Sambil memerah fikiran serta mencari idea,.

Almarhum mengangkat tudung dakwat atas kertas dan terlihat bagaimana bulatan atas kertas tersebut, lantas memberi idea kepada beliau untuk membuat bendera PAS dengan bulatan putih berlatarbelakangkan warna hijau.

Kata Almarhum, senang kalau macam tu.

Sapa jugak nak buat bendera PAS, hanya perlu buat bulat putih.

Nak melintang pun boleh, nak menegak pun boleh,

"Dan bendera PAS takkan terbalik sebab bulat macam mane pun letak tetap bulat.

Itulah sejarah bagaimana bendera PAS tercipta" -Almarhum Ustadz Hassan Shukri.

Manakala namanya pula…berdasarkan pada tulisan jawi;

Pa, Alif, Sin jadilah PAS.

Piala Dunia (20) : Jerman Tewas 1 -0 Kepada Serbia, Slovenia Seri 2-2 Dengan USA

Posted: 18 Jun 2010 09:10 AM PDT

Piala Dunia: Slovenia 2, AS 2

JOHANNESBURG, Afrika Selatan: Slovenia dan Amerika Syarikat seri 2-2 pada perlawanan Kumpulan C, Piala Dunia 2010, di Stadium Ellis Park sebentar tadi.

Slovenia mendahului menerusi jaringan Valter Birsa pada minit ke-13 dan Zlatan Ljubijankic pada minit ke-42.

AS merapat jurang gol menerusi jaringan Landon Donovan pada minit ke-48 sebelum Michael Bradley menyamakan kedudukan pada minit ke-82.

Piala Dunia: Jerman 0, Serbia 1

PORT ELIZABETH, Afrika Selatan: Serbia menewaskan Jerman 1-0 pada perlawanan Kumpulan D, Piala Dunia 2010, di Stadium Nelson Mandela Bay, sebentar tadi.

Gol dijaringkan Milan Jovanovic pada minit ke-38, seminit selepas pemain Jerman, Miroslav Klose dibuang padang.

Jerman mensia-siakan peluang untuk menyamakan kedudukan apabila Lukas Podolski gagal menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-60.

Piala Dunia (19) : Saya memilih Jerman, USA & England Menang Malam ni

Posted: 18 Jun 2010 04:04 AM PDT

Ini jadual malam kelapan...

Kumpulan D

21. Jerman lwn. Serbia (7.30 mlm)

Kumpulan C

22. Slovenia lwn. USA (10 mlm)

23. England lwn. Algeria (2.30 pagi)

Saya telah memilih pasukan Jerman, USA dan England menang perlawanan malam ini

Gara-Gara Pendakwaraya Main Kotor, Anwar Terpaksa Merayu Ke Mahkamah Rayuan

Posted: 18 Jun 2010 03:20 AM PDT

Itulah padahnya tak nak bagi dokumen. Kan dah kena rayu ke Mahkamah Rayuan pulak..apalah punya pendakwaraya..nak menang tapi main kotor

Rayuan Anwar berhubung kenyataan Mohd. Saiful diperdengar 25 Jun

18/06/2010 4:45pm

PUTRAJAYA 18 Jun - Rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung akses kepada kenyataan Mohd. Saiful Bukhari Azlan, ditetapkan pendengarannya di Mahkamah Rayuan, Jumaat depan.

Seorang daripada peguam Anwar, S.N.Nair ketika dihubungi, berkata mereka dimaklumkan mengenai tarikh pendengaran itu oleh Pendaftar Mahkamah Rayuan, semalam.

Anwar, 62, membuat rayuan kepada Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 12 Mei menolak permohonannya mendapatkan kenyataan Mohd Saiful.

Beliau mahu pendakwaan memberikan kenyataan saksi Mohd Saiful, kerana beliau mendakwa bahawa terdapat perbezaan antara testimoni Mohd Saiful dan tuduhan liwat yang dibuat terhadap Anwar.

Pembelaan berpendapat bahawa Mohd Saiful telah menyebut bahawa dakwaan liwat berlaku tanpa kerelaan tetapi Anwar didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan, hubungan seksual atas kerelaan.

Perbicaraan itu akan bersambung semula pada 14 Julai.

Anwar, 63, didakwa meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.

Dia menghadapi hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika disabitkan. - Bernama

Rais Kena 'Tembak' Balik Oleh Badan Kebebasan Antarabangsa

Posted: 18 Jun 2010 02:30 AM PDT

Kan dak kena tembak balik..terima jelah hakikatnya wahai kerajaan Malaysia. Kebebasan bersuara kat sini jauh lebih buruk dari negara Afrika. Dulu masa senarai IPT kita jatuh, dikatakannya penarafan tu tak betul..sekarang ni macam sama je skil kerajaan nak pertahankan benda tak betul..

Laporan kerusi selesa: Freedom House bidas Rais

Freedom House yang berpangkalan di Amerika Syarikat kurang senang dengan kenyataan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim bahawa senarai kebebasan media negara-negara yang dikumpulkannya itu hanyalah satu "laporan kerusi selesa".

Pengarah urusannya, Karin Karlekar meminta Rais untuk menjelaskan secara khusus berhubung perkara yang tidak disenangi atau yang tidak dipersetujui mengenai kajian berkenaan.

Karlekar menjelaskan bahawa persekitaran undang-undang Malaysia dilihat sebagai mengongkong media menurut kaca mata antarabangsa.

"Malaysia juga menghadkan keupayaan blogger dan media online daripada beroperasi," katanya kepada Malaysiakini, malam semalam.

Beliau mengulas kenyataan Rais di parlimen semalam bahawa Malaysia yang menduduki tangga 141 senarai kebebasan media di dunia ini yang dilakukan oleh Freedom House sebagai "tidak tepat".

Rais berkata demikian dalam jawapan bertulisnya kepada Teng Boon Soon (BN-Tebrau) yang ingin tahu sama ada kebebasan media massa di negara ini masih terhad seperti yang dilaporkan oleh kajian Freedom House.

Rais menafikan perkara berkenaan dan sebaliknya berkata kebebasan media di Malaysia semakin bercambah.

Katanya, kewujudan dua juta blogger di negara ini membuktikan media massa di Malaysia bebas menyiarkan pendapat dan kritikan masing-masing dan piawaian yang digunakan tidak mengikut budaya rakyat negara ini.

Karlekar sebaliknya, menjelaskan bahawa metodologi atau kaedah yang dijalankan oleh Freedom House adalah berdasarkan piawaian yang diterima-pakai oleh negara-negara di seluruh dunia mengenai apa yang ditakrifkan sebagai kebebasan bersuara dan kebebasan media.

Katanya, piawaian itu dijamin oleh beberapa perjanjian antarabangsa yang Malaysia juga adalah antara negara yang memeterainya.

Najib Tipu Lagi..Kalini Pasal Kos Jambatan Pula

Posted: 18 Jun 2010 02:02 AM PDT

Najib..najib..memang layak digelar bapa pembohong..suka sangat menipu. Haritu tipu pasal judi, pastu indeks ekonomi..sekarang tipu pasal kos jambatan??

Liew: Kos jambatan kedua, jawapan PM tak benar

Ahli parlimen Bukit Bendera, Liew Ching Tong mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberikan jawapan yang tidak benar berhubung soalannya berkenaan kos pembinaan projek jambatan kedua Pulau Pinang.

"Saya telah meminta Perdana Menteri menyatakan sebab jumlah kos pembinaan telah dinaikkan kepada RM 4.5 bilion dan adakah jumlah ini termasuk kos membina "casting yard".

"Perdana Menteri menjawab bahawa kos pembinaan projek adalah tidak berubah dan kekal sebanyak RM4,500 juta, termasuk kos membina 'casting yard' oleh kedua-dua kontraktor iaitu CHEC Construction (M) Sdn Bhd dan UEM Builders Berhad," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut Liew, maklumat berkenaan tidak benar kerana kos yang disebutkan selama ini dalam media massa dan juga di kalangan kerajaan adalah RM4.3 billion dan kos pembinaan 'casting yard' tidak patut dimasuk ke dalam kos keseluruhan.

"Isu kos pembinaan amat penting memandangkan pengguna jalan raya Pulau Pinang pada masa akan datang terpaksa menanggung kos ini dengan kadar tol yang tinggi.

"Contohnya, menurut perdana menteri, kadar tol untuk kereta peribadi yang menggunakan Jambatan Pertama dan Kedua akan diselaraskan kepada RM9.40 dalam masa tiga tahun lagi berbanding kadar selarang iaitu RM7, selepas pembinaan Jambatan Kedua," katanya.

Menurut Liew, beliau merujuk kepada satu laporan bertajuk "Proposed Penang Second Bridge Crossing Independent Review: Costing Review" oleh firma perunding Zaidun-Leeng yang mencadangkan bahawa harga yang wajar atau 'fair price' untuk jambatan kedua adalah RM 4.3 bilion.

"Laporan tersebut disediakan pada bulan Julai 2008 semasa harga minyak dan harga bahan bina sedunia memuncak ke tahap yang tidak pernah dialami sebelum ini. Kos pembinaan sekarang seharusnya berkurangan," katanya.

Liew berkata laporan firma perunding Zidun-Leeng juga menyoal kos UEM yang didakwa terlalu tinggi.

Katanya, kos UEM yang tinggi itu disebabkan oleh amalan korporat yang tidak jimat cermat.

"Contohnya, UEM mencadangkan untuk membiayai RM20 juta untuk majlis keraian. Apa yang diraikan sebelum jambatan itu dibina dan kenapa diperlukanRM 20 juta?" soal Liew.

Kata MP Bukit Bendera dari DAP itu lagi, UEM juga meminta 'HQ overhead and support' sebanyak RM63.51 juta yang didakwanya agak terlampau.

"Saya tidak faham kenapa pembinaan jambatan memerlukan kos penyeliaan ibu pejabat yang begitu tinggi."

Justeru, Liew berkata kerajaan pusat perlu mengkaji semula syarat-syarat yang tidak munasabah supaya rakyat Pulau Pinang tidak dibebankan.

Isu Negeri PR Bubar Dun : Kita Semua Perlu Sokong Cadangan Bernas Husam Musa

Posted: 18 Jun 2010 12:58 AM PDT

Bijak betul pemimpin seorang ini. Tengoklah cadangan bernas beliau..

Husam : Negeri PR Disaran Tentukan Tarikh Pilihanraya Negeri Sendiri

Kerajaan negeri Pakatan Rakyat disarankan supaya mengumumkan tarikh pilihan raya negeri lebih awal untuk "menghapuskan monopoli penentuan tarikh pilihan raya" dan "ia merupakan tindakan demokratik untuk kesaksamaan kepada semua pihak".

"Sebelum (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) membubarkan Parlimen, kita mengumumkan tarikh pilihan raya kita sekarang," tulis exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Muda dalam blognya.

"Ini bermakna, tarikh pilihan raya DUN di empat negeri itu berbeza dari tarikh pilihanraya Parlimen jika sekiranya Najib memilih mengadakan pilihanraya berbeza dari tarikh yang telah kita umumkan.

"Mereka bubarkan Parlimen tetapi kita tidak bubarkan DUN sampai tarikh yang telah kita isytiharkan," tulis Husam yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat.

Beliau mengulas kenyataan Najib kelmarin bahawa kerajaan tidak akan membubarkan Parlimen berdasarkan pendapat rakyat yang menyokong beliau dan tarikhnya "akan mengejutkan semua pihak".

Mengulas lanjut, Husam berkata, pilihanraya DUN dan Parlimen tidak akan berjalan serentak, kecuali kerajaan pusat menjadualkan sama dengan jadual di negeri Pakatan Rakyat.

"Ada dua kemungkinan, pertama, mereka ikut tarikh kita atau mereka berunding bersama untuk menetukan tarikh lebih awal dan terbuka seperti yang selama ini kita kehendaki. Ini bermakna, tarikh pilihanraya bukan lagi teka-teki dan memberikan kelebihan kepada mereka semata-mata.

"Atau, mereka terus berdegil dan membubarkan Parlimen tak bersamaan tarikh dengan kita," tulisnya dalam blog yang ditulis semalam.

"Namun, kita telah mulakan satu precedent (duluan) baru iaitu tarikh pilihan raya ditetapkan secara terbuka. Bukan bermisteri dengannya. Bukan pula dijadikan senjata yang menguntungkan parti pemerintah semata-mata".

Husam yang juga ADUN Salor berkata pilihan tarikh pilihan raya boleh dibuat "atas berbagai asas".

"Jika nak genapkan lima tahun, bermakna DUN empat negeri Pakatan hanya akan dibubarkan awal 2013. Jika empat tahun nak digunakan sebagai asas, DUN boleh dibubarkan pada awal 2012.

"Akhir 2012 boleh juga dipilih untuk memberikan masa yang cukup untuk negeri ini ditadbir tanpa terlalu banyak politiking pilihanraya.

"Paling penting, Najib perlu tahu, mengejut atau tidak, bukan beliau seorang sahaja berhak untuk tentukan," katanya.

~MK~

Justice4all : Nah Najib..terkejut beruk ko. Ko ingat ko tuhan, boleh tentukan segala-galanya...tapi boleh ke negeri yang tentukan tarikh pilihanraya sendiri..

Jawapannya adalah boleh..Najib hanya boleh bubarkan Parlimen sahaja..Dun Negeri yang boleh bubarkan negeri. Ini termaktub dalam Perlembagaan kita.

Memanggil, memprorog dan membubarkan Parlimen

55. (1) .....

(2) Yang di-Pertuan Agong boleh memprorog atau membubarkan Parlimen.

(3) Melainkan jika dibubarkan terlebih dahulu, Parlimen hendaklah terus berjalan selama lima tahun dari tarikh mesyuarat pertamanya dan selepas itu adalah terbubar.

(4) Apabila Parlimen bubar suatu pilihan raya umum hendaklah diadakan dalam tempoh enam puluh hari dari tarikh ia bubar dan Parlimen hendaklah dipanggil bermesyuarat pada suatu tarikh yang tidak lewat daripada satu ratus dua puluh hari dari tarikh itu. (sini)

Dan negeri PR boleh untuk bubarkan Dun dan tidak ikut Parlimen. Macam negeri Sarawak. Ini sudah termaktub dalam Undang-undang tubuh negeri..sama ada negeri PR atau BN. Ini contoh peruntukan undang-undang negeri Kelantan dan Selangor

UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN NEGERI KELANTAN

46. (1) ...

(2) Kebawah Duli Yang Maha Mulia boleh memberhenti atau membubarkan Dewan Negeri

(3) Dewan Negeri, dikecuali dibubarkan terlebih dahulu, hendaklah berjalan kuasa selama lima tahun daripada tarikh persidangannya yang pertama dan hendaklah kemudian daripada itu terbubar sendiri.

(4) Apabila Dewan Negeri itu telah dibubarkan, maka hendaklah diadakan satu pilihan raya dalam tempoh enam puluh hari dari tarikh pembubaran itu dan Dewan Negeri yang baru itu hendaklah dipanggil bersidang pada suatu tarikh tidak lewat dari sembilan puluh hari daripada tarikh itu. (sini)

UNDANG-UNDANG TUBUH KERJAAN NEGERI SELANGOR

LXX. (1) ....

(2) Duli Yang Maha Mulia boleh memprorogkan atau membubarkan Dewan Negeri.

(3) Melainkan jika dibubarkan terlebih dahulu, Dewan Negeri hendaklah terus berjalan selama 5 tahun dari tarikh persidangan pertamanya dan selepas itu adalah terbubar.

(4) Bilamana Dewan Negeri menjadi bubar suatu pilihan raya umum hendaklah diadakan dalam masa 60 hari dari tarikh ia menjadi bubar itu dan Dewan Negeri yang baru hendaklah dipanggil bermesyuarat pada suatu tarikh yang tidak lewat daripada 90 hari dari tarikh itu. (sini)

Nah PR..cadangan Husam amat bagus dan bijak sekali. 4 negeri PR boleh buat pilihanraya awal dan ini akan membuka mata untuk rakyat negeri lain lihat PR kekal menang di Dun itu. Pada masa yang sama jentera PR di empat-empat negeri boleh membantu negeri lain yang dikuasai BN.

Tengah mood rakyat yang masih panas lagi ini, eloklah bubar dun negeri PR sekarang, biar Najib terkejut beruk. Katak-katak yang lompat pula akan terpekik terlolong kerana jangka hayat mereka dah luput. Jadi bola sekarang berada di tangan PR, sama ada nak sumbat gol atau tidak..

Rasanya baik bubarkan Dun 4 negeri PR cepat jika yakin PR dapat menang sekali lagi di 4 negeri itu. Banyak kelebihannya dan berbanding kelemahannya. Dan sudah pasti akan ada alasan bodoh SPR bahawa tindakan bubar dun awal membazir..itu hujah budak tadika permata roswah kerana SPR lagi berjimat kerana hantar jentera SPR ke 4 negeri je..lagipun daripada diorang duduk rileks berbulan-bulan tak buat apa-apa, baik bekerja untuk rakyat. Kerana rakyat yang bayar gaji mereka. Bukannya ahli UMNO Yahudi yang bayar tiap-tiap bulan.

Macam-Macam Zaman Najib Montel : Golongan Gay, Lesbian Tuntut Hak

Posted: 18 Jun 2010 12:30 AM PDT

Gay, lesbian dakwa dianiaya

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) akan meneliti memorandum dihantar golongan lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) yang mendakwa hak mereka dicabul selepas beberapa artikel membabitkan kegiatan mereka didedahkan media.

Pengerusinya, Tan Sri Hasmy Agam berkata, memorandum mengenai diskriminasi golongan LGBT itu diserahkan kepada pihaknya, Khamis lalu.

"Bagaimanapun, kami tidak dapat membuat keputusan segera kerana kajian teliti perlu dijalankan dan ia akan mengambil masa yang lama.

"Ini kerana Suhakam menekankan kedudukan Islam sebagai agama rasmi, kepekaan moral dan budaya masyarakat juga harus dititik berat sebelum keputusan dibuat bagi menentukan hak golongan LGBT," katanya ketika sidang media selepas mengadakan mesyuarat pertama selepas dilantik di pejabatnya, di sini, semalam.

Dalam majlis itu, beliau turut memperkenalkan tujuh pesuruhjaya baru untuk sesi 2010-2013 di pejabatnya, di sini, semalam.

Beliau berkata, ia tidak bermakna Suhakam tidak mengambil perhatian dan tetap meneliti hal berkenaan.

"Suhakam akan terus melindungi hak semua individu tanpa mendiskriminasi mana-mana pihak," katanya.

Sebelum ini, golongan LGBT tidak berpuas hati apabila pelbagai media banyak memaparkan mengenai golongan itu yang semakin berleluasa di beberapa tempat di negara ini.

Dalam memorandum itu, golongan berkenaan marah dengan penggunaan ayat seperti songsang, lucah dan jijik dalam artikel dikeluarkan media dan mendakwa melanggar hak mereka.

Justice4all : Oooh marah ya orang kata sonsang, lucah dan jijik..woii golongan kaum lut, ko tak marah ke Allah kata laknat kat spesis kamu..macam-macam zaman Najib..memang takde langsung keberkatan..

Prk Batu : PR Sudah Bersedia..Sokong Dr Chua Jui Meng Sebagai Calon

Posted: 17 Jun 2010 11:33 PM PDT

PAKATAN : Kami sudah bersedia mempertahankan Batu 

KUALA LUMPUR, 18 Jun — Komponen Pakatan Rakyat (PR) sudah memulakan langkah persiapan menghadapi kemungkinan pilihan raya kecil di Batu — pilihan raya kecil pertama di Wilayah Persekutuan selepas Mac 2008.

Kerusi itu kemungkinan besar akan diisytiharkan kosong ekoran hukuman denda RM2,000 dikenakan ke atas Ahli Parlimen Tian Chua oleh Mahkamah Tinggi selepas menolak rayuannya semalam.

Hukuman denda RM2,000 sudah cukup memadai untuk menganggap kerusi itu kosong.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedang meneliti implikasi hukuman semalam.

Tian Chua wakil rakyat penggal pertama memenangi kerusi itu pada 8 Mac 2008.

Meskipun Hakim Datuk Ghazali Cha mengurangkan denda bagi mengelakkan pilihan raya kecil, tetapi peguam veteran Karpal Singh berkata, Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan adalah jelas kerusi Batu telah kosong.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, partinya akan menyokong pilihan PKR untuk menurunkan calon mereka di kawasan yang mempunyai 80,000 pengundi.

Batu merupakan salah satu daripada 10 kerusi dimenangi calon PR pada pilihan raya umum lalu.

Wilayah Persekutuan memperuntukkan 11 kerusi.

"Kami sedang bersiap sedia untuk kemungkinan pilihan raya kecil di Batu dan akan menyokong pilihan PKR jika ia diputuskan," kata Ketua Menteri Pulau Pinang kepada The Malaysian Insider hari ini.

Mengenai kemungkinan calon yang berwibawa untuk diturunkan, Lim berkata, PKR mempunyai beberapa calon tetapi Datuk Zaid Ibrahim yang tewas di Hulu Selangor April lalu merupakan wakil PR untuk kerusi kawasan bandar ini.

"Itu terserah kepada PKR tetapi Zaid adalah calon yang sesuai," katanya.

Lim juga berkata, DAP Wilayah Persekutuan akan mengadakan mesyuaratnya tidak lama lagi untuk membincangkan strategi PKR mengekalkan kerusi berkenaan.

Pengarah Pilihan Raya PKR Fuziah Salleh berkata partinya belum membuat sebarang keputusan konkrit berhubung kemungkinan tersebut.

Bagaimanapun katanya, sama ada SPR akan memanggil pilihan raya kecil atau tidak kemungkinan besar bergantung pada kehendak Barisan Nasional (BN).

"Lebih-lebih lagi mereka bertanggungjawab kepada Jabatan Perdana Menteri," katanya.

Fuziah memberitahu, jika benar hakim mahkamah mahu menjaga kepentingan rakyat dengan mengelakkan pilihan raya kecil, maka beliau harus meneliti semula penghakimannya mengenakan denda RM2,000.

Oleh itu kata Fuziah, nasib Tian Chua hari ini berdasarkan "penghakiman satu sen."

"Ia persoalan penghakiman satu sen. Jika denda yang dikenakan RM1,999.99 (kurang satu sen), beliau sudah terlepas daripada implikasi (hilang kerusi)," katanya.

"Hakim seharusnya menggunakan kuasa yang ada padanya untuk mengkaji semula denda dikenakan.

"Dan, kini ia antara satu sen dan beribu atau berjuta ringgit yang akan dibelanjakan dalam pilihan raya kecil," katanya.

Pun begitu, Ahli Parlimen Kuantan ini berkata, jika pilihan raya kecil diadakan PKR yakin akan mempertahankan kerusi tersebut atas faktor sumbangan Tian Chua selama ini.

"Saya tidak mahu kata apa yang akan berlaku kemudian hari, tetapi saya tahu bahawa dalam dua tahun sejak menjadi Ahli Parlimen, Tian Chua telah bekerja kuat, sangat kuat.

"Saya yakin dalam pilihan raya akan datang, jenteranya sudah bersiap sedia dan akan bersedia (untuk turun gelanggang," katanya.

Ahli jawatankuasa pusat PAS Dr Dzulkefly Ahmad ketika dihubungi juga berkata, pihaknya mula bersiap sedia untuk menghadapi kemungkinan pilihan raya kecil di Batu.

"Dalam pilihan raya dipanggil, walaupun ia sesuatu yang malang, kami akan menggerakkan sokongan untuk menyokong calon Pakatan Rakyat," kata Ahli Parlimen Kuala Selangor ini.

Bagaimanapun beliau menekankan seorang calon yang kredibel harus dipilih untuk mengisi tempat Tian Chua.

Tian Chua memenangi kerusi itu dengan menewaskan calon BN dari Gerakan, Lim Si Pin dengan majoriti 9,445 undi pada 8 Mac lalu. — Reuters

Justice4all : Biar terduduk BN kali ini. Sokong Datuk Seri Dr Chua Jui Meng sebagai calon prk Batu..

NGO Kafirun Lebih Berani Dari Najib Mu**fi**n

Posted: 17 Jun 2010 09:58 PM PDT

Malaysia bila lagi nak bersuara macam Ambesty bukan islamn nih??? Kapal Israel berlabuh di Malaysia pun tak boleh halang, apatah lagi nak minta geng sendiri, si yahudi hapuskan sekatan..malu betul ada Perdana Menteri yang dahla penakut, duduk bawah ketiak Israel pula tu..

Amnesty mahu Israel hapuskan sekatan ke atas Gaza

18/06/2010 4:10am

LONDON, 18 Jun - Amnesty International semalam berkata, langkah rejim zionis Israel mengurangkan sedikit sekatan nya ke atas Genting Gaza tidak cukup, malah kesal kerana terus menghalang kemasukan bahan makanan.

Pertubuhan hak asasi manusia yang berpangkalan di London itu sebaliknya mengesa rejim zionis menghapuskan sekatan ke atas wilayah yang diperintah oleh Hamas itu secara mutlak.

"Pengumuman itu jelas menunjukkan bahwa rejim zionis Israel tidak akan mena

matkan tindakan kejam mereka ke atas penduduk awam Gaza, sebaliknya hanya membuat helah bagi meredakan tekanan semasa. Itu tidak cukup," tegas pengarah Amnesty Asia barat, Malcolm Smart.

"Apa juga langkah untuk menghapuskan krisis kemanusiaan di Gaza sangat dialu-alukan, tetapi Israel terlebih dahulu mesti menghapuskan sekatan kemasukan, terutama terhadap barangan penting terbaik bagi menghidupkan ekonomi Gaza," katanya. - AFP

Tiada ulasan: