RAKYAT MARHAEN |
- Cerita Lawak Enjin F-51... Sudah Bermula.
- Selangor sesuaikan RMK10 dalam pembangunannya
- Tolak Prejudis dan diskriminasi terhadap wanita
- PTPTN sekat pinjaman 1,500 pelajar baru KUIS?
- Status Tian Chua: Peguam jumpa hakim
- Bom Jangka dalam UMNO – Perubahan yang ditagih ..kah..kah...!!!
- Awas!! UMNO Selangor bakal bangkit selepas rombakan besar-besaran !!!
- 62 % Pengundi Belia Atas Pagar..Pemuda PR Janganlah Duduk Diam Sahaja...
- Perkasa-Gertak; Lebih sudu dari kuah..UMNO nak campak mana..
- Selangor to adapt 10MP for growth
- 'Petunjuk' yang paling tepat PRU13?
- Tian Chua Gigit Tangan Polis, Hilang Kelayakan Sebagai MP, Polis Tembak Dan Bunuh Orang Awam Terlepas
- Hutang Kerajaan Separuh Dari Saiz Ekonomi Negara- Khalid
- RMK10: Untungkan Pemodal Konglomerat Swasta, Sisihkan Ekonomi Rakyat- DSAI
- Status Tian Chua: SPR sedang kaji keputusan mahkamah
- Jangan jadikan Dewan Negara ‘pusat buang sampah’
- Nazri: Perkasa, Gertak akan lenyap tanpa Dr M..ha.ha..kah.kah..apa sudah jadi..!!!
- Kelantan Fiesta: UMNO Tetap UMNO... Derhaka Pada Sultan
- Armada Kebebasan Ke 2 (Fleet of Freedom 2) Siap Sedia Belayar Ke Gaza
- Bank Negara keluarkan 5 lesen perbankan komersial
- Empayar hartanah keluarga Taib di Kanada?
- Hidung Zahrain Dicucuk Patuh Setiap Arahan Umno-BN
- Mengapa Hakim Pula Yang Menyatakan PRK Libatkan Dana Yang Besar?
- Kelantan Fiesta: Pemuda PAS kecam sikap Umno
- RMK10: PAS minta Najib jelas status EPU
| Cerita Lawak Enjin F-51... Sudah Bermula. Posted: 17 Jun 2010 08:32 PM PDT Kalau kita bersembang dengan orang sakit jiwa atau pun orang gila, dan kita ceritakan pada mereka bahawa Enjin Jet F-51 kepunyaan TUDM telah hilang dan yang mencurinya pula adalah pegawai yang berpangkat Sarjan...., gua yakin orang gila ni pun akan gelakkan lu orang dan mengatakan apa punya lawak bodoh yang TUDM dan Kementerian Pertahanan cuba mainkan... Takan lah Enjin Jet Pejuang yang bernilai ratusan atau jutaan Ringgit Malaysia boleh hilang..., dan orang2 gila ni akan ketawakan lagi sambil mengatakan... "apa lu ingat enjin tu macam kotak mancis ke... boleh rembat masuk poket dan terlepas dari pemeriksaan... dah tentulah ada orang2 yang berkepentingan yang terlibat sama". jadi untuk melepaskan diri... sumbatkanlah dua ekor kambing hitam... sama macam kes Altantuya... Sekarang ni... dua ekor kambing hitam tu dah bersuara... tak tahan kena belasah dan beritanya di sini. Gua lansung tak terkejut dengan permainan kotor orang2 atasan dan keparat korporat yang terlibat, ini semua tak mustahil terjadi dalam pemerintahan serba kotor puak2 umnoapco/bn yahudi laknatullah... dan sememangnya ianya di adaptasi dari filem dan cerita Tamil... sebijik sama jalan ceritanya. Di Malaysia ini... nak cari kambing hitam berlambak2... dari Jabatan Polis hingga ke peringkat Tentera dan Risikan, belasah hingga tiga suku nyawa... paksa orang mengaku bersalah... kemudian tutup kes. Bapak2 Jerung yang ngap sampai tak bersisa terlepas macam tu saja.... Bagi rakyat yang berakal, yang mengikuti kronologi kehilangan enjin jet pejuang F-51 ini, pasti menggeleng kepala dan ketawa terguling-guling dengan tahap kelakar kenyataan2 yang di keluarkan oleh Menteri dan pihak yang bertanggung-jawab. Semua kenyataan mereka bersifat memperbodohkan RAKYAT dan menutup kecuaian dan kelemahan mereka dalam memikul amanah RAKYAT. Justeru itu, eloklah pihak peguam kambing2 hitam tersebut, membongkar semua kebobrokkan anjing2 bangsat yang berselindung di sebalik gelaran dan pangkat besar mereka, heret mereka ke muka penggadilan... walaupun ianya akan berakhir seperti kisah Altantuya, VK Lingam, PKFZ, AP, Perwaja Steel dan banyak lagi... Sekurang2nya rakyat buka mata... dan tahu betapa dashyatnya dan keji sebuah pemerintahan yang berusia 53 tahun dari gerombolan puak umnoapco/bn yahudi laknatullah. Dan sudah tiba masanya buat RAKYAT menghumbankan Kera..jaan yang serba kotor ini dalam PRU-13 nanti, masanya sudah hampir... untuk mentalkinkan puak2 zionis yahudi yang beraja di mata bersultan di hati.. untuk tembolok dan kroni2 mereka. Mampus umnoapco Mampus barisan nasional yahudi laknatullah.... IkutSukaAku. | |||||||||
| Selangor sesuaikan RMK10 dalam pembangunannya Posted: 17 Jun 2010 08:29 PM PDT Beliau berkata RMK10 sangat penting untuk pembangunan negeri dan akan berusaha untuk menyesuaikan pembangunan negeri dengan rancangan pembangunan lima tahun itu. Bercakap kepada pemberita selepas mengadakan perbincangan awam mengenai RMK10 di sini semalam, katanya pembangunann ekonomi di negara ini juga adalah dimajukan sektor swasta dan kliennya tidak mengenal sempadan di mana barang dan perkhidmatan boleh bergerak keluar masuk dari Selangor ke negeri-negeri lain. Sehubungan itu, menurutnya Selangor tidak merasa dipinggirkan walaupun negeri ini tidak banyak disebut berbanding dengan "Greater Kuala Lumpur" semasa RMK10 dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat pada 10 Jun lepas. Ditanya mengenai harapannya dalam RMK10 katanya:"Wawasan itu mungkin boleh dikongsi tetapi persoalannya ada ruang di mana pelaksanaan mestilah jangan dengan kaedah dan cara yang sama seperti Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9)." Abdul Khalid juga berkata kerajaan persekutuan hendaklah menggunakan tender terbuka untuk mendapatkan harga yang terbaik untuk membina infrastruktur seperti jalan dan menswastakannya kepada mereka yang boleh menguruskannya dengan cekap dan menjana pendapatan daripada projek itu. Dalam perkembangan lain, Abdul Khalid berkata beliau akan menemui penduduk Kampung Baru di Kuala Lumpur dalam masa sebulan ini untuk menyediakan mereka dengan cadangan alternatif untuk pembangunan semula penempatan orang Melayu di tengah-tengah bandar raya itu. Pertemuan itu akan menerangkan agar mereka memastikan tanah tersebut masih lagi miliknya dan memperoleh hasil daripada pembangunan tanah itu mengikut nilai pasaran, kata beliau. - Bernama | |||||||||
| Tolak Prejudis dan diskriminasi terhadap wanita Posted: 17 Jun 2010 08:26 PM PDT Beliau merujuk kepada kenyataan berbaur diskriminasi dan prejudis terhadap peribadi beliau oleh Datuk Seri Zahrain Hashim dan Wee Choo Keong, dua bekas ahli parlimen Parti Keadilan Rakyat (PRK) yang berpaling tadah di Parlimen semalam. Dalam satu kenyataan media semalam, Wong berkata, "saya kesal perkara ini timbul kembali ketika saya berusaha membantu para pelajar cemerlang, tanpa mengira warna kulit, mendapatkan bantuan dari kerajaan negeri untuk melanjutkan pelajaran." Bagaimanapun, beliau tidak hairan kerja jahat ini datang dari Barisan Nasional yang sentiasa mengasak dan menceroboh kehidupan peribadi beliau. Namun beliau telah bertekad untuk terus berkhidmat kepada para pengundi di kawasannya walaupun menerima ancaman dan asakan dalam usaha untuk menjatuhkan beliau. Wong yang juga ahli exco kerajaan negeri Selangor menegaskan, "walaupun saya menghadapi masa yang sukar, saya terus berkhidmat untuk membuktikan dasar dan amalan politik Pakatan Rakyat ialah untuk membina kehidupan yang lebih baik. "Dalam menghadapi isu yang timbul semula ini, saya bernasib baik kerana mendapat sokongan daripada Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. "Oleh itu, saya menyeru supaya semua lapisan masyarakat menolak diskriminasi dan prejudis terhadap wanita-wanita yang menjadi mangsa," ujarnya. | |||||||||
| PTPTN sekat pinjaman 1,500 pelajar baru KUIS? Posted: 17 Jun 2010 08:25 PM PDT KUALA LUMPUR: Nasib lebih 1,500 pelajar baru Kolej Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) kemasukan Mei sesi 2010/2011 untuk mendapatkan pinjaman kewangan daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Pelajar Nasional Malaysia (PTPTN) dizalimi apabila permohonan mereka kini dibekukan. Malah lebih malang lagi apabila tindakan PTPTN dibuat atas arahan Menteri Pengajian Tinggi, Khalid Nordin. Ahli Parlimen PAS-Padang Terap Mohd Nasir Zakaria berkata, selaras dengan arahan daripada Menteri Pengajian Tinggi, pihak PTPTN melalui Pemangku Ketua Eksekutifnya, Wan Ahmad Wan Yusoff mengeluarkan satu surat tunjuk sebab kepada pihak pengurusan KUIS dan memaklumkan tindakannya untuk menahan permohonan pinjaman pelajar baru sehingga penjelasan yang memuaskan diperoleh. Katanya, tindakan itu dipercayai rentetan daripada penglibatan seorang mahasiswa tahun tiga KUIS, Ahmad Shukri Kamarudin dalam kempen pilihanraya Hulu Selangor yang lepas berdasarkan maklumat daripada Pegawai Khas dari Kementerian Pengajian Tinggi kepada pihak PTPTN . Tindakan zalim terhadap mahasiswa "Tindakan ini merupakan satu bukti ugutan dan penganiayaan terhadap Institusi Pengajuan Tinggi Swasta (IPTS) dan kepada mahasiswa khususnya bahkan ia juga dilihat sebagai satu tindakan zalim terhadap mahasiswa. "Tindakan Kementerian Pengajian Tinggi dan PTPTN itu juga semata-mata hanya disebabkan seorang mahasiswa KUIS yang didapati terlibat dalam kempen pilihanraya kecil Hulu Selangor yang lepas tanpa mendapatkan penjelasan yang penuh daripada mahasiswa itu terlebih dahulu juga amat tidak wajar," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini. Berikutan itu, Nasir berjanji akan membawa perkara itu segera ke dalam Dewan Rakyat untuk dibahaskan. "Isu besarnya kementerian kena buktikan kalau dia (Shukri) buat kesalahan, kenapa pelajar lain perlu tanggung? Kementerian kena jawab isu ini. "Ini juga merupakan satu daripada beberapa tekanan daripada pihak kerajaan terhadap kebebasan mahasiswa sejak kebelakangan ini. "Jika kerajaan bercakap mengenai Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) untuk membangunkan modal insan, kenapa mereka sekat proses pembelajaran mahasiswa," katanya. Shukri, pelajar Diploma Syariah, ditahan bersama empat pelajar jurusan Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan aktivis lain pada 23 April lalu dalam sekatan jalan raya sekitar pukul 10 malam. Shukri dilepaskan daripada sebarang tindakan oleh pihak KUIS, manakala empat pelajar UKM itu kini membawa kes itu ke Mahkamah Tinggi bagi mencabar Seksyen 15(d)(A) Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) 1971 yang bercanggah dengan Artikel 10, Perlembagaan Negara mengenai hak kebebasan bersuara. | |||||||||
| Status Tian Chua: Peguam jumpa hakim Posted: 17 Jun 2010 08:21 PM PDT
Pegu
Ini kerana sesetengah peguam berpendapat MP Batu itu yang nama sebenarnya Chua Tian Chang telah hilang kelayakkannya berikutan hukuman berkenaan. Status kerusinya masih tidak jelas memandangkan beliau telah melangsaikan denda RM2,000 itu dan tidak memohon supaya hukuman ditangguhkan. Kontroversi timbul petang semalam apabila Mahkamah Tinggi menolak rayuan tetapi mengurangkan denda kepada RM2,000 atau penjara dua bulan. M
Peguam tersohor negara yang juga ahli parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh memaklumkan Malaysiakini bahawa Tian mungkin hilang kerusinya. "Jika denda adalah RM2,000, dia akan hilang kerusinya jika beliau membayar denda itu." Dalam kes - Fan Yew Teng lawan Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (1975) - Fan seorang ahli politik DAP yang didenda RM2,000 atau penjara enam bulan, terpaksa mengosongkan kerusi parlimen Menglembu. Menurut timbalan pendakwa raya, Ishak Mohd Yusoff, Tian Chua terpaksa menyerahkan kerusi Batu kerana dia didenda RM2,000. Ba
"Apabila terdapat kesangsian dalam banyak kes, kelebihan kesangsian itu diberikan kepada tertuduh," katanya. "Justeru, Tian Chua tidak sepatutnya hilang kerusinya. Lagipun, hakim telah berkata beliau ingin mengelakkan pilihan raya. Pada 22 Oktober lalu, Mahkamah Majistret Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman enam bulan penjara dan denda RM3,000 ke atas Tian Chua, selepas mendapatinya bersalah. Ma
Tian Chua, 46, didakwa mencederakan konstabel Rosyaidi Anuar, 21, di depan bangunan Parlimen pada jam 10.45 pagi 11 Disember 2007. Rosyaidi bertugas dengan Bahagian Narkotik Ibupejabat Kontijen Polis Kuala Lumpur. | |||||||||
| Bom Jangka dalam UMNO – Perubahan yang ditagih ..kah..kah...!!! Posted: 17 Jun 2010 08:18 PM PDT Umno Reform
| |||||||||
| Awas!! UMNO Selangor bakal bangkit selepas rombakan besar-besaran !!! Posted: 17 Jun 2010 08:10 PM PDT by MB Warrior MELAYU UMNO SELANGOR NI PEJUANG BANGSA !!! Aku belum pernah lagi jumpa mana-mana nasionalis Melayu yang setulen mereka. Ada yang berbangga kalau mereka digelar Melayu-Ultra. Melayu-Ultra ? Ini apa ni ? Ini Ultraman ke ? Ini 10 bukti UMNO Selangor ini sewajarnya diangkat sebagai Pejuang Melayu di Selangor : UMNO SELANGOR INI ADALAH SEGEROMBOLAN MELAYU YANG LUPA DIRI ! ASAL USULNYA RAKYAT MARHAEN JUGA !!! ASAL USULNYA DARI GOLONGAN BAWAHAN JUGA !!! ASAL USULNYA ANAK PETANI MISKIN JUGA !!! TAPI BARU SAHAJA TUHAN BERI SEDIKIT KUASA !!! ANGKUH DAN SOMBONG TAK TERKIRA !!! INILAH MELAYU LUPA DIRI !!! BARU PANDU KERETA MEWAH SEDIKIT, DAH LUPA DIRI !! BARU DIPANGGIL TUAN SIKIT , DAH LUPA DIRI !!! BARU JADI KETUA BAHAGIAN SIKIT , DAH LUPA DIRI !! BARU DAPAT SURAT SOKONGAN NAJIB SIKIT , DAH LUPA DIRI !! BARU JADI KETUA CAWANGAN PON NAK LUPA DIRI !!! KAH KAH KAH INI LAH MELAYU LUPA DIRI !! UMNO INI MELAYU LUPA DIRI !!! UMNO INI MELAYU LUPA DIRI !!! UMNO INI MELAYU LUPA DIRI !!! LUPA DIRI KERANA KUASA !! LUPA DIRI KERANA HARTA !! LUPA DIRI KERANA BINI ADA SAMPAI TIGA !!! KAH KAH KAH 1.CUKONG CINA MALAON MCA SAMUN TANAH MELAYU DI PELABUHAN KELANG PKFZ !!! KAMU MELAYU LUPA DIRI !! KAMU KATA " TAKPA TOWKAY , MELAYU SENANG LUPA ! " 2.CUKONG CINA MALAON MCA SAMUN 10 JUTA DALAM KOTAK OREN !!! KAMU MELAYU LUPA DIRI !! KAMU KATA " TAKPA TOWKAY , MELAYU TAK MARAH PUNYA ! " 3.CUKONG CINA MALAON MCA SAMUN PASIR !!! KAMU MELAYU LUPA DIRI !! KAMU KATA " UNTUK SAYA BERAPA ? " 4.CUKONG CINA MALAON MCA SAMUN BALAK !! KAMU MELAYU LUPA DIRI !! KAMU KATA " TAKPA TOWKAY , INI MALAY RIZAB PUNYA ! " 5.CUKONG CINA MALAON MCA NAK TANAH ! KAMU MELAYU LUPA DIRI !! KAMU KATA " APA PASAL , YOU TAKDA CAKAP , INI RIZAB MELAYU ADA! " 6.CUKONG CINA MALAON MCA SAMUN BERIBU JUTA DUIT NEGARA !! KAMU MELAYU LUPA DIRI !! KAMU KATA " ITU TAKPA , WANG RAKYAT JUGA !!! " 7.CUKONG CINA MALAON MCA NAIKKAN HARGA BARANG!! KAMU MELAYU LUPA DIRI !! KAMU KATA " ITU TAKPA , KITA UNTUNG SAMA-SAMA " 8.CUKONG CINA MALAON MCA NAK LESEN JUDI !! KAMU MELAYU LUPA DIRI !! KAMU KATA " ITU TAKPA , BERAPA UNTUNG UNTUK SEMUA ? " 9.CUKONG CINA MALAON MCA PKFZ MASIH BEBAS ! KAMU MELAYU LUPA DIRI !! KAMU KATA " ITU TAKPA , SPRM BOLEH KAUTIM PUNYA ! " 10.CUKONG CINA MALAON MCA KANTOI BEROMEN ! KAMU MELAYU LUPA DIRI !! KAMU KATA " TAKPA , MAT DANGDUT PUN ADA ROMEN ! " KAH KAH KAH BILA PAKATAN RAKYAT NAK MENGHUKUM PENYAMUN MELAYU DAN SEKUTU CUKONG CINA MALAON MCA NYA ! KAMU KATA " WEI MELAYU PAKATAN , KAMU NI MELAYU LUPA DIRI.... " PAKATAN RAKYAT GELAK TAWA !!! KAMI KATA " MELAYU UMNO NI DAH GILAAAAAA ...............!!!!" PANGKAH PAKATAN RAKYAT !!! RAKYAT SELAMAT !! PANGKAH SATIM DIMAN !!! JAGA-JAGA !! DIA NI ULTRAMAN !!! | |||||||||
| 62 % Pengundi Belia Atas Pagar..Pemuda PR Janganlah Duduk Diam Sahaja... Posted: 17 Jun 2010 08:06 PM PDT ![]() Buat pimpinan Pemuda PAS, DAP dan PKR, sila ambil cakna kajian ini yang dijalankan oleh Khairy. Walaupun boleh dipertikai, tapi ianya tetap memberi amaran bahawa pengundi muda akan menjadi pencatur utama politik negara.
Antara cara yang boleh menambat hati orang muda atas pagar ialah : 1. Gunakan semaksimun mungkin media baru seperti facebook, twitter dan blog untuk sampaikan ilmu politik secara santai. 2. Perbanyakkan aktiviti orang muda yang berbentuk non partisan dan bercorak semasa seperti futsal, paintball, bowling dll 3. Serapkan golongan muda yang berpelajaran tinggi dan rendah ke dalam jawatan parti terutamanya di peringkat rendah mengikut kesesuaian masing-masing agar mereka faham perjuangan parti dan terikat dengan parti. 4. Bina manifesto pilihanraya yang penuhi citarasa orang muda mengikut kelas masing-masing seperti orang muda baru kahwin yang kesempitan hidup, orang muda sukakan cabaran, orang muda yang suka sukan. Sebagai contoh, jika PR memerintah, bagaimanakah cara PR nak pastikan pasukan bola sepak negara kita layak ke Sukan Olimpik atau Piala Dunia. Berikan sesuatu pengharapan yang segar kepada golongan muda ini. 5. PR perlu buat pe'nyegaran' semula pemuda mereka dengan mewujudkan pimpinan pemuda yang benar-benar pemuda. Bukannya pimpinan pemuda yang lanjut usia. Langkah PKR hadkan anggota AMK kepada umur 30 tahun, sesuatu yang baik dan akan memberikan kesan langsung kepada parti itu. Walaupun orang muda kurang berpengalaman, tapi mereka ada idealis yang sukar ada pada pemimpin tua. Jadi fikirlah alternatif terbaik untuk tonjolkan pemimpin pemuda bersikap 'orang yang selalu bergelumang dengan anak muda', bukannya sibuk bicarakan soal antarabangsa yang sukar difahami golongan muda. Inilah cetusan idea saya untuk menarik orang muda sokong PR berdasarkan pemerhatian dan pengalaman. Bagi golongan mahasiswa, mereka jelas 70 peratus sokong PR disebabkan mereka bijak menganalisis sesuatu isu. Cabaran besar buat PR ialah anak muda di kampung-kampung dan di bandar yang hanya berpendidikan rendah. Untuk masa terdekat, satu retreat perlu diadakan dalam kalangan pemuda PR untuk bincangkan isu ini dan juga bertukar-tukar pandangan antara ketiga-tiga parti ini. Janganlah tunggu dekat PRU baru nak buat, kerana ia hanya membazir masa sahaja. Ingatlah sebelah kaki PR sudah masuk ke Putrajaya, cuma sebelah kaki sahaja tak masuk. Mungkinkah sebelah kaki lagi itu diberatkan dengan undi orang muda?? Sama-samalah kita fikirkannya. Dan MIC walaupun sibuk duduk sembur GAS, tapi mereka masih fikirkan soal pengundi muda..
| |||||||||
| Perkasa-Gertak; Lebih sudu dari kuah..UMNO nak campak mana.. Posted: 17 Jun 2010 08:05 PM PDT Nazri: Perkasa, Gertak akan lenyap tanpa Dr M MalaysianInsider KUALA LUMPUR 18 Jun — Datuk Seri Nazri Aziz percaya Perkasa dan Gertak yang kedua-dua program utama yang berkontroversi dirasmikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini akan "lenyap" tanpa sokongan bekas perdana menteri itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata kedua-dua pertubuhan bukan kerajaan yang mendakwa membela hak orang-orang Melayu kelihatan menonjol sebab bekas perdana menteri memperakui pendirian mereka menentang pentadbiran Datuk Seri Najib Razak. usinkata; Aku mmg setuju bangat dengan Nazri Aziz nie..aku ingatkan dh pupus Hang Jebat dlm UMNO rupanya ada terselit juga..oklah daripada xada langsung.. Tapi suma org tau mmg Nazri ni langsung xsebulu dgn Dr M..entahlah apala yg sangat xsama angin depa dua nie.. Aku setuju sebab NGO yg berstatus Veteran nie xda tulang belakang..keluar pon macam katak selepas hujan..entah mimpi apa pon xtau sudah beriya-iya hendak menandingi UMNO dr membela Melayu-UMNO.. Hati busuk aku nie suka nk dok mengata..mungkin Dr M xmau berdepan secara langsung dengan Bik Mumy..maka dicarinya Sang Katak Berpasir Mascelup utk mewujudkan PerkakasPerkosa dan seterusnya melahirkan Gertak Tarian ...dicanangnya keduanya utk "Sindir Isteri Pukul Mumy".. Cerita ceriti yg lahir dr keduanya NGOk ini agendanya lebih terarah utk memastikan "si isteri" sedar dari bayangan Mumy...pukul tubi sepak terajang kepada Pakatan Rakyat hanya utk sesedapkan hati Mumy seketika..bukan apa..takut terlanjur cakap nanti disumpahnya pula..xpasal jadi tugu baru kat Pasir Mas..jadi maskot "Katak Batu".. Kemungkinan Nazri sedar apa agenda yg tersemat dikepala sang-sang veteran@tua yg menghuni rumah org tua Perkakas ini..dn utk melayakan dirinya sentiasa dipandang oleh Mumy maka amat bijak tindakan yg dilakukan utk memastikan "si isteri" sentiasa terbela dan terjaga.. Mungkih ada salasilah atau darah keturunan Hang Tuah yg setia mengalir ditubuh Nazri.. *..satu repek dipagi hari...terkata oleh usinwafer yg sedang kepedihan mata menahan ngantuk.. | |||||||||
| Selangor to adapt 10MP for growth Posted: 17 Jun 2010 07:48 PM PDT SHAH ALAM – Selangor does not feel left out during the tabling of the 10th Malaysia Plan (10MP) but will adapt the plan into its strategy for growth. Mentri Besar Abdul Khalid Ibrahim said the economic development in the country was private sector-driven and their clients were borderless where goods and services could move in and out from Selangor to other states in Malaysia. Crucial policy Therefore, he said, Selangor did not feel slighted even though the state's name was less mentioned compared to "Greater Kuala Lumpur" during the tabling of the plan in Parliament last Thursday. He hailed the 10MP as the most important policy to the development of Pakatan Rakyat-ruled Selangor. When asked whether the 10MP was inclusive enough, Abdul Khalid said: "The vision may be shared but the question is there are areas where implementation must not be the in same way as what had been done in the previous plans." Tthe Federal Government should adopt an open tender system to get the best cost to build infrastructure like roads and privatise them so that they could be managed efficiently and generate more revenue, he was quoted by Bernama as saying after a public discussion on the latest national five-year development plan here yesterday. Offering Kampung Baru an alternative On the Kampung Baru redevelopment in Kuala Lumpur, the PKR leader said he would be meeting the residents in a month's time to offer them an alternative proposal. Abdul Khalid said he would brief them on how to ensure their land would still belong to them yet reap maximum returns from redevelopment based on market value. | |||||||||
| 'Petunjuk' yang paling tepat PRU13? Posted: 17 Jun 2010 07:45 PM PDT Presiden Umno mungkin teruja dengan tinjauan Merdeka Centre yang mendapati 72 peratus rakyat Malaysia berpuas hati dengan perkhidmatannya. Kalau nak diukur dengan kestabilan politik, sampai bila pun tak stabil, ingat senang ke nak dapatkan 'perfect 10'. Kalau nak diukur dengan pemulihan ekonomi, amat jelas dan terang, tak perlu bersuluh lagi keadaannya. Tetapi Umno/BN perlukan PRU untuk merampas balik 2/3 majoriti untuk memastikan kuasa Umno/BN betul-betul berkuasa untuk mematahkan tuntutan rakyat Kelantan dalam isu royalti yang tidak berkesudahan. Walau apapun seseorang pemimpin amat memerlukan populariti untuk mengekalkan kuasa, diikuti kestabilan parti-parti komponen. Penunjuk ekonomi tidak membantu sangat dalam membuat keputusan, kerana ia boleh di'make-up' untuk nampak cantik. Tetapi jikalau petunjuk ekonomi sudah terlampau parah, sudah tak berdaya lagi di'make-up', maka dengan sendiri populariti akan menurun. Presiden Umno seboleh2nya tidak mahu melepas peluang keemasan ini, bagi seorang 'striker', 'half-chance' yang diperolehi akan menjelma menjadi gol. Dengan mencongak secara kasar, tidak mungkin dalam waktu terdekat, dengan mengambil kira bulan puasa, bulan haji dan banjir menanti di separuh terakhir tahun 2010, maka tahun 2011 memerlukan Pakatan Rakyat memanaskan badan lebih awal. al-brangi: Petunjuk yang paling tepat ialah apabila kita popular selain dari manusia ialah di kalangan kucing-kucing. ![]() | |||||||||
| Posted: 17 Jun 2010 07:44 PM PDT Denda RM2,000 memadai Tian Chua gugur status MPKUALA LUMPUR, 18 Jun — Ahli Parlimen Batu dari PKR, Tian Chua dilihat sudah hilang kelayakan untuk menyandang kerusinya walaupun mahkamah yang mendengar rayuannya semalam telah mengurangkan denda daripada RM3,000 kepada RM2,000. Melainkan keputusan semalam diubah oleh Mahkamah Rayuan selepas ini, jika rayuan peringkat kedua dibuat, dan menerima pengampunan diraja, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu mengadakan pilihan raya kecil. Seorang bekas pegawai kanan SPR memberitahu The Malaysian Insider, undang-undang sedia ada dengan jelas memperuntukkan bahawa jika dikenakan denda RM2,000 dan ke atas boleh menyebabkan wakil rakyat terbabit hilang kerusi disandangnya. "Perkara ini dengan jelas dinyatakan dalam Perkara 48(1) Perlembagaan Persekutuan," kata beliau. "Dalam kes ini, mahkamah telah menjatuhkan hukuman RM2,000, bukannya kurang daripada itu... oleh itu jelas bahawa dalam kes ini, Ahli Parlimen (Batu) sudah hilang kelayakan memegang kerusinya. "Melainkan Ahli Parlimen berkenaan (Tian Chua) membuat rayuan (di Mahkamah Rayuan) dan jika rayuan ditolak, kemudian memohon pengampunan (jika mahu)," kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider. Mengenai pandangan hakim bahawa keputusannya akan membolehkan pilihan raya kecil dapat dielakkan dan menjimatkan kos, bekas pegawai SPR itu memberitahu, mahkamah tidak seharusnya menyentuh perkara-perkara di luar perlembagaan. "Hakim tidak boleh mengetepikan peruntukan Perlembagaan Persekutuan," katanya. Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan menyebut bahawa seseorang anggota Dewan Rakyat boleh hilang kerusi dimenanginya jika dihukum penjara tidak kurang daripada satu tahun atau denda tidak kurang RM2,000 dan ia tidak mendapat pengampunan. Dalam buku bertajuk "Penjalanan Pilihan Raya Malaysia", bekas setiausaha dan pengerusi SPR Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman berkata, "kehilangan kelayakan di bawah Artikel 48 Perlembagaan Persekutuan, jika timbul keraguan perlu diputuskan oleh Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri di bawah Perkara 53(1) Perlembagaan Persekutuan dan perkara yang sama dalam Perlembagaan Negeri." Sebagai contoh katanya, dalam kes Ahli Parlimen DAP kerusi Menglembu Fan Yew Teng mengemukakan kes saman ke atas setiausaha Dewan Rakyat pada 1975. Pada 13 Jan 1975 Fan telah didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi atas kesalahan di bawah Akta Hasutan dan telah didenda RM2,000 atau enam bulan penjara. Pada hari yang sama, beliau telah membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan. Bagaimanapun setelah diberitahu oleh Dewan Rakyat bahawa Fan telah hilang kelayakan di bawah Perkara 48(1) Perlembagaan Persekutuan dan sesuai dengan Perkara 50(1), kerusinya telah menjadi kosong dan dengan demikian SPR telah mengambil tindakan yang sesuai untuk mengadakan pilihan raya kecil. Fan telah membawa kes ini untuk ditentukan oleh mahkamah dan mahkamah mendapati bahawa sungguhpun beliau telah didenda, menyebabkannya hilang kelayakan, tetapi berhak menggunakan hak perundangan sepenuhnya. Hak itu diakui oleh mahkamah dan dengan demikian pendapat mahkamah ialah bahawa pilihan raya kecil itu tidak boleh diadakan sehingga rayuannya selesai dibicarakan. Dalam kes yang berkaitan juga iaitu Fan melawan kerajaan Malaysia, di mana beliau telah memohon pengisytiharan mahkamah mengenai keahliannya dalam Parlimen yang telah terlucut disebabkan oleh kesalahan tersebut, mahkamah antara lain telah memutuskan bahawa dalam kes yang dirujukkan ini, keputusan yang telah dibuat oleh Dewan Rakyat bahawa ahli berkenaan hilang kelayakannya berasaskan Perkara 53 Perlembagaan Persekutuan adalah muktamad dan tidak boleh disoal di mahkamah. Semalam, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengetepikan hukuman penjara enam bulan dan denda RM3,000 terhadap Tian Chua atau nama sebenarnya, Chua Tian Chang dengan menggantikannya kepada hukuman denda RM2,000 atau dua bulan penjara kerana mencederakan seorang anggota polis pada 2007. Bagimanapun Hakim Datuk Ghazali Cha menolak rayuan Tian Chua terhadap sabitan atas tuduhan itu setelah mendengar hujahan daripada kedua-dua pihak. Ghazali berkata, penghakiman Majistret pada 22 Oktober lalu yang berdasarkan penemuan fakta adalah betul dan pemakaian undang-undang juga adalah tepat dan tidak perlu lagi diganggu. Ghazali berkata, soal hukuman merupakan budi bicara sepenuhnya hakim perbicaraan berkenaan kecuali yang melibatkan hukuman mati. "Dalam kes ini perayu adalah pesalah pertama. Tidak dapat dinafikan juga bahawa tiada keistimewaan patut diberikan kepada beliau sebagai Ahli Parlimen," katanya. Bagaimanapun, katanya jika hukuman yang dijatuhkan boleh menjadikan Tian Chua, 47, tidak layak menjadi seorang Ahli Parlimen, satu pilihan raya kecil terpaksa diadakan. "Seperti yang diketahui pilihan raya kecil ini memerlukan perbelanjaan yang besar dan memberi kesan kepada keseluruhan rakyat negara ini begitu juga kesejahteraan dan keharmonian di antara berbagai-bagai bangsa. "Di atas alasan ini, saya berpendapat suatu hukuman yang setimpal yang tidak melibatkan banyak pihak adalah merupakan suatu hukuman yang adil. "Hukuman yang dijatuhkan oleh Majistret diketepi dan digantikan dengan hukuman denda RM2,000 atau dua bulan penjara," katanya. Tian Chua didakwa sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Konstabel Rosyaidi Anuar, 22, dari Bahagian Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di jalan masuk ke Bangunan Parlimen. Beliau didakwa mengikut Seksyen 332 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusoff berkata pihak pendakwaan masih belum memutuskan sama ada merayu keputusan itu. -TMI Ulasan GB Tu dia! Tian Chua baru sekadar gigit tangan seorang anggota polis dikenakan hukuman sedemikian rupa sehingga hilang kelayakan sebagai seorang ahli parlimen. Sedangkan di dalam banyak kes di mana anggota polis mencederakan orang awam, malah sehingga menyebabkan kematian, tidak pula diambil tindakan. | |||||||||
| Hutang Kerajaan Separuh Dari Saiz Ekonomi Negara- Khalid Posted: 17 Jun 2010 07:40 PM PDT Rancangan Malaysia Ke- 10 tidak mengemukakan rancangan ampuh untuk menangani perbelanjaan pemerintah yang melebihi keluaran dalam negara.Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata perbelanjaan kerajaan secara konsisten melebihi hasil negara, bahkan berlipat sekali ganda dalam masa sesingkat enam tahun sahaja. Tan Sri Khalid mengesyaki perbelanjaan negara meningkat ekoran pembesaran unit- unit tertentu dalam jabatan perdana menteri yang akhirnya terbukti tidak berkesan. Bercakap di Pembentangan Rancangan Malaysia Ke- 10 di Shah Alam hari ini, Tan Sri Khalid berkata perbelanjaan kerajaan UMNO-BN mencatatkan perningkatan purata 8 peratus setiap tahun, dari RM113.5 bilion pada tahun 2003 kepada RM220 bilion ringgit tahun lalu. Tan Sri Khalid berkata bagi tahun ini sahaja, hutang kerajaan memakan lebih separuh, atau 52.9 peratus dari seluruh saiz ekonomi negara. Salahurus pentadbiran UMNO-BN dijangka menyebabkan hutang negara naik 60 peratus dari RM 362.4 bilion ringgit penghujung tahun lalu kepada RM593.9 bilion ringgit menjelang 2015. Petualang hutang membengkak ini adalah peningkatan belanja operasi kerajaan, yang naik RM100.8 bilion ringgit dalam masa hanya sembilan tahun sahaja. "Perbelanjaan sepatutnya diguna untuk pembangunan. Apa yang berlaku di Malaysia ialah peningkatan belanja operasi. Contohnya, kira-kira 40 peratus belanjawan negara diguna untuk pembangunan pada tahun 2003, tetapi dikurangkan kepad sekitar 30 peratus pada tahun 2008. Belanja operasi meningkat daripada RM53.3 bilion pada tahun 2000 kepada RM154.2 bilion pada tahun 2009," kata Khalid. Tan Sri Khalid mengesyaki sikap paranoia terhadap Pakatan Rakyat mendorong Umno-BN memusatkan kuasa di tangan kerajaan pusat. "Jabatan Perdana Menteri kian dibesarkan dan nanti akan menjadi kerajaan sendiri. Ia menempatkan terlalu banyak unit pentadbiran dan RMK10 memperkenalkan lebih banyak tambahan lagi. Kini terdapat ICU, PMU, Pemandu, EPU dan EU. Mengapa perlu ada terlalu banyak unit untuk memantau dan menyelaras ?," soal Khalid. | |||||||||
| RMK10: Untungkan Pemodal Konglomerat Swasta, Sisihkan Ekonomi Rakyat- DSAI Posted: 17 Jun 2010 07:39 PM PDT Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan taklimat mengenai RMK 10 kepada pemimpin dan pegawai tertinggi kerajaan negeri serta wartawan.Penasihat Ekonomi Selangor itu melahirkan dukacita kerana Rancangan Malaysia ke-10 mengutamakan kepentingan pemodal dan konglomerat swasta dan meminggirkan keperluan rakyat. Anwar berkata RMK-10 berpaksikan gelombang penswastaan besar-besaran, tetapi mengenepikan matlamat untuk mengangkat kemampuan ekonomi rakyat jelata. Datuk Seri Anwar berkata rumusan ekonomi negara tidak boleh menafikan sebahagian besar rakyat Malaysia masih dihimpit kemiskinan dan beban kos yang tinggi. RMK-10 disifatkan sebagai gagal kerana Perdana Menteri Najib Abdul Razak enggan memperkenalkan dasar basmi kemiskinan merentasi garis perkauman. Keikhlasan pemerintah mengatasi isu kemiskinan turut teruji dengan keengganan Kabinet menyelaras garis paras kemiskinan mengikut situasi semasa. Bahkan, Anwar turut membidas sikap kerajaan yang berdedikasi menghapuskan bantuan kepada rakyat termiskin tetapi mempertahankan subsidi kepada syarikat-syarikat besar. Anwar dalam ucapannya berkata RMK-10 sepatutnya melihat semula prestasi lemah di projek-projek koridor serata negara. Penasihat Ekonomi Selangor ini menyarankan Kabinet menghentikan segera amalan pemberian tender secara runding terus bagi mengalakkan persaingan dan menarik pelaburan asing ke koridor-koridor berkenaan. Negeri-Negeri Pakatan Rakyat disebut sebagai antara negeri yang paling berprestasi dan berpotensi di Malaysia, dengan Selangor dan Pulau Pinang terutamanya menjadi nadi industri negara. Anwar mencadangkan supaya keseluruhan pendekatan perancangan ekonomi disemak semula, kerana rumusan RMK-10 masih lagi terperangkap dalam kerangka politik sempit. | |||||||||
| Status Tian Chua: SPR sedang kaji keputusan mahkamah Posted: 17 Jun 2010 07:36 PM PDT ![]() Tian Chua dikenakan denda RM2,000 semalam. — gambar fail KUALA LUMPUR, 18 Jun — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedang meneliti implikasi keputusan Mahkamah Tinggi semalam yang mengurangkan denda ke atas Ahli Parlimen Batu Tian Chua daripada RM3,000 kepada RM2,000 yang sekali gus menimbulkan pelbagai persoalan. "Penasihat undang-undang kami sedang mengkaji tafsiran keputusan... had denda RM2,000 sama ada termasuk atau tidak termasuk (dalam menentukan status kerusi Tian Chua)," kata Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar ketika dihubungi The Malaysian Insider sebentar tadi. Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan menyebut bahawa seseorang anggota Dewan Rakyat boleh hilang kerusi dimenanginya jika dihukum penjara tidak kurang daripada satu tahun atau denda tidak kurang RM2,000 dan ia tidak mendapat pengampunan. The Malaysian Insider difahamkan denda RM2,000 sudah cukup untuk Tian Chua hilang kerusi yang dimenangninya pada 8 Mac 2008. | |||||||||
| Jangan jadikan Dewan Negara ‘pusat buang sampah’ Posted: 17 Jun 2010 07:32 PM PDT KUALA LUMPUR, 18 Jun: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub (gambar) mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya tidak menjadikan Dewan Negara sebagai 'pusat pembuangan sisa pepejal dan sampah' yang tidak berguna dari kilang Umno BN. Desakan itu berikutan tindakan Najib melantik Timbalan Presiden MIC, Datuk G. Palanivel menjadi senator dan Timbalan Menteri di Dewan Negara walaupun veteran MIC itu telahpun ditolak sendiri oleh kepemimpinan parti perkauman India untuk menjadi calon BN dalam pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor yang lalu."Bagaimana Najib boleh bertindak sedemikian dengan melantik Palanivel jadi senator dan Timbalan Menteri walhal masyarakat India dalam MIC sendiri tolak timbalan presiden itu di Hulu Selangor. "Takkan Najib nak jadikan Dewan Negara ini sebagai tempat longgokan sampah sarap dan sisa-sisa dari kilang BN," ujar beliau yang juga Ahli parlimen Kubang Kerian lewat petang semalam di lobi Parlimen. Pun begitu, beliau menyuarakan penghargaan kepada para senator Pakatan Rakyat kerana masing-masing berperanan memartabatkan Dewan Negara sebagai dewan yang mulia. Beliau mendakwa pelantikan Palanivel menyertai kebinet baru Najib bukanlah berasaskan pada kebolehupayaan serta merit pemimpin pro Presiden MIC, Datuk Seri S.Samy Vellu. Sebaliknya, katabeliau perlantikan itu sebagai 'pampasan politik' kepada MIC disebabkan kesediaan Samy menerima calon kesukaan Najib, iaitu P. Kamalanathan. "Perlantikan ini sekadar pampasan politik buat MIC walaupun Najib memberitahu rakyat bahawa kebinetnya menggunakan KPI (aras tanda utama) dan pelbagai sistem merit yang lain," tambah beliau. Sehubungan itu, tindakan Najib menurut beliau, mencerminkan bahawa jawatan senator serta jawatan menteri/timbalan menteri dalam kebinet semata-mata untuk menangani konflik kepentingan dalam parti-parti komponen BN semata-mata. Tindakan Najib, menurut beliau, sekaligus langsung tidak mencerminkan wawasan Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Dalam pada itu, tindakan Najib mengetepikan Kamalanathan walaupun pemimpin MIC itu telahpun menjadi Ahli Parlimen Hulu Selangor seakan memberi isyarat bahawa Kamalanathan adalah calon proksi Najib. "Kalau tidak, tentu dia (Kamalanathan) dilantik mengisi mana-mana jawatan menteri atau timbalan Menteri, mungkin dia calon proksi Najib atau Najib sendiri mungkin tidak yakin dengan dia untuk menyertai kabinetnya," ujarnya lagi. Pada 1 Jun lalu, Palanivel dilantik menjadi Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi ekoran cadangan tidak langsung Samy kepada Perdana Menteri. Perlantikan itu dibuat ekoran Samy sendiri bercadang untuk tidak bergiat aktif dalam kebinet demi memulihara tanggapan masyarakat India terhadap MIC yang dilihat kian terhakis sejak tsunami politik pada Pilihan Raya Umum ke-12 lalu. | |||||||||
| Nazri: Perkasa, Gertak akan lenyap tanpa Dr M..ha.ha..kah.kah..apa sudah jadi..!!! Posted: 17 Jun 2010 07:32 PM PDT KUALA LUMPUR, 18 Jun — Datuk Seri Nazri Aziz percaya Perkasa dan Gertak, yang kedua-dua program utama yang berkontroversi dirasmikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini, akan "lenyap" tanpa sokongan bekas perdana menteri itu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata kedua-dua pertubuhan bukan kerajaan yang mendakwa membela hak orang-orang Melayu kelihatan menonjol sebab bekas perdana menteri memperakui pendirian mereka menentang pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.Pandangan keras ini merupakan yang kedua datang daripada pemimpin Umno dalam tempoh dua minggu ini. Dua minggu lalu bekas menteri Kabinet dan bekas ketua Wanita Umno Tan Sri Rafidah Aziz juga melahirkan pandangan yang hampir serupa mengecam Perkasa. Rafidah dan Nazri merupakan ahli Parlimen dari Perak. "Beliau (Dr Mahathir) adalah ikon mereka. Kumpulan macam Perkasa, Gertak akan mati tanpa kehadiran Dr Mahathir," kata Nazri kepada The Malaysian Insider dalam satu temu bual khas minggu ini. Nazri menekankan, sebahagian kecil pengikut kedua-dua kumpulan ini mendakwa Dr Mahathir mempunyai sokongan kumpulan minoriti orang Melayu. "(Tetapi) masih ada ramai orang Melayu yang percaya dengan apa yang dilakukan oleh Datuk Seri Najib Razak (selaku perdana menteri dan presiden Umno). Kumpulan-kumpulan macam ini hanya elemen pinggiran (dalam politik negara)," kata Nazri yang ditanya mengenai respons kepada program Gertak di Kuala Terengganu Isnin lalu. Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said turut hadir pada majlis yang disertai kira-kira 1,000 orang. Bagaimanapun Nazri mempertahankan kehadiran Ahmad atas alasan ia bertujuan menghormati Dr Mahathir yang pernah menjadi perdana menteri dan presiden Umno selama 22 tahun. "Orang Melayu lazimnya akan menghormati pemimpin-pemimpin lama mereka... satu-satunya yang tidak pergi ialah saya," kata Nazri dengan berseloroh. Nazri dilihat sebagai antara pemimpin Umno yang 'bertegang leher' dengan Dr Mahathir dalam banyak isu termasuk ketika beliau mengecam kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Dr Mahathir merasmikan perhimpunan tahunan pertama Perkasa, pertubuhan bukan kerajaan Melayu terbesar di negara ini, Mac lalu. Awal minggu ini, beliau berucap pada program kontroversi "Bangkit Melayu", yang sepatutnya diadakan 13 Mei lalu bagi mengembalikan semangat orang Melayu dengan mempelajari peristiwa 13 Mei 1969. Pada majlis itu beliau memuji kerajaan pusat telah membetulkan kesilapan dalam Model Baru Ekonomi menerusi Rancangan Malaysia Dr Mahathir berkata, RMK-10 mengenal pasti masalah-masalah menyentuh kepentingan orang Melayu dan Bumiputera, yang telah diketepikan dalam syor MBE. "Beliau adalah perdana menteri terbaik negara pernah miliki. Isu saya, selepas beliau berhenti jadi perdana menteri, beliau menyusahkan kita. "Dr Mahathir perlu ingat bahawa perdana menteri sekarang ialah Najib. Beliau harus membantu kami, tetapi apa yang beliau lakukan sekarang ialah membantu pembangkang," kata Nazri. Menteri undang-undang dan bertanggungjawab terhadap hal ehwal Parlimen ini memberikan contoh bagaimana pada awal 1990-an Dr Mahathir ketika menjadi presiden Umno ketika itu telah menasihatkannya supaya tidak mengecam kepimpinan ketua Pemuda Umno Tan Sri Rahim Tambi Chik. Ketika itu Nazri merupakan naib ketua dan kemudian dilantik sebagai pembangku selepas Rahim meletakkan jawatan. "Sejak itu, Dr Mahathir memberitahu bahawa jika ada apa-apa isu, saya harus menyelesaikan dalam empat dinding ini... beliau memberitahu, saya boleh jumpa dengannya (jika ada bantahan). "Tetapi kini (saya merasakan) beliau harus menerima nasihat beliau sendiri," katanya. Wakil rakyat Padang Rengas ini menambah, Dr Mahathir dengan sendiri "memusnahkan legasinya", dengan menyerang kerajaan Barisan Nasional semasa. "Beliau menghasilkan kami semua... saya adalah hasilan beliau, Najib juga hasilan beliau. Jangan bunuh hasilan anda sendiri," katanya. Dalam satu temu bual dengan The Malaysian Insider dua minggu lalu, Rafidah menggesa kaum Bumiputera supaya memfokus terhadap aspek pertumbuhan dalam MBE tanpa hanya cuba mengetengahkan agenda peribadi sendiri. Beliau menyifatkan mereka yang menentang inisiatif MBE sebagai tindakan yang boleh mengakibatkan kesan buruk dan golongan berfikiran sempit. "Kumpulan-kumpulan seperti Perkasa, mereka hanya melihat MBE menerusi satu perspektif. Mereka menganggap ia sebagai hak mereka untuk meletakkan (pandangan) dua sen (dalamnya) tetapi ini boleh menyebabkan kesan berlawanan," kata Rafidah. "Saya juga seorang Bumiputera tetapi yang pertama dan paling penting sekali, saya percaya kita perlu mencapai pertumbuhan terlebih dahulu sebelum kita mengetengahkan agenda Bumiputera," kata bekas ketua Pergerakan Wanita Umno ini. Malah menurut Rafidah, tentangan hebat yang datang daripada kumpulan seperti Perkasa tidak menggambarkan pandangan keseluruhan orang Melayu negara ini. | |||||||||
| Kelantan Fiesta: UMNO Tetap UMNO... Derhaka Pada Sultan Posted: 17 Jun 2010 07:29 PM PDT Semalam di Kota Bharu, Kelantan... tercatat 1 sejarah yang tak mungkin dilupakan oleh mana-mana pihak baik Kerajaan Pusat, Kerajaan Negeri, para pemerhati politik malahan mungkin dunia juga tak ketinggalan.Majlis Gilang-Gemilang anjuran Parti UMNO yang sekian lama diwar-warkan terhebat di Kelantan bertukar menjadi sejarah pahit buat semua yang menjadi saksi. sebaik sahaja matahari terbenam, selesai solat Maghrib, hujan turun mencurah-curah, angin kencang hampir saja menerbangkan gerai-gerai peniaga ditapak Kelantan Fiesta dan kilat sabung-menyabung. "Sesungguhnya benarlah Ya Allah... hanya perancangan Engkau sahaja yang berjaya, wamakaru wamakarallah wallahu khairulmakirin - "Mereka merancang, Allah juga merancang, sesungguhnya sebaik-sebaik perancang ialah Allah". Masalah datang bertimpa-timpa sejak awal, sudahlah dibasahi hujan, penonton yang dijangka akan hadir seramai lebih 15,000 orang tak sampai 10% yang hadir, itupun nasib baik awal-awal dah diangkut pelajar-pelajar sekolah, kalau tidak, mungkin tak sampai 100 orang penonton hadir. Masalah bekalan elektrik menjadi klimaks bagi acara gilang-gemilang. mungkin ini pertama kali dalam sejarah negara Malaysia sebuah acara gilang-gemilang dirasmikan dengan hanya menggunakan "Loud Hailer" yang biasa pendemonstasi gunakan dijalanan dan majlis penyampaian cenderamata pula berlangsung dalam suasana "romantika"... kelam-kelam dibawah cahaya neon. mujur ada ramai jurufoto, cerahlah sedikit dek lampu "flash"... kalau tidak mungkin hanya cahaya lampu "enpon" atau "lighter' menjadi penyelamat. Yang ni nak kena ambil sebagai 1 pengajaran buat UMNO dan jugak Pakatan Rakyat. lain kali jangan dok kurang ajar kalau masuk rumah orang lain. cuba belajar hormat tuan rumah walaupun tuan rumah tu dari parti lain. jangan dok ingat korang hebat sangat. kalau rasa hebat sangat, bungkus kain baju, pergi lawan Zionis. Kurang ajar pertama yang UMNO buat semalam ialah mengeluarkan nama Tengku Mahkota Kelantan sebagai Perasmi Kelantan Fiesta padahal perkara tersebut telah dipersetujui oleh ke 2-2 pihak dan Pemangku Raja juga telah menyatakan persetujuannya untuk hadir dalam 1 surat bertulis yang bertarikh 14hb. Jun, 2010. Kurang ajar kedua ialah menafikan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat memberikan ucapannya dalam majlis tersebut dan perkara ini juga telah dipersetujui dan ianya adalah antara syarat-syarat penting yang dipersetujui oleh ke 2-2 pihak. UMNO Derhaka Pada Institusi Raja Kurang ajar pertama bolehlah disifatkan sebagai "Derhaka" kepada instistusi Raja-Raja Melayu. bila Dato' Seri Ir Nizar mohon "Sembah Derhaka" pada Tuanku Sultan Perak, beruk-beruk UMNO menjerit-jerit dan melompat-lompat dari pokok ke pokok mengkhabarkan bahawa "Nizar Derhaka pada Sultan". Nak salahkan UMNO memang tak berapa boleh sebab dalam dunia beruk, tak ada sistem beRaja. beruk yang tak ada Raja tak akan faham istilah "Mohon Sembah Derhaka". sebab itu beruk tak perlu maklumkan kepada Pemangku Raja bahawa jadual asal telah diubah untuk memberi laluan kepada Perdana Menteri Beruk merasmikan majlis yang sepatutnya dirasmikan oleh Tuanku Pemangku Raja. "Memalatkan Perjanjian" yang telah dipersetujui dengan Pemangku Raja tidaklah diklasifikasikan sebagai "Menderhaka kepada Sultan" sebab yang memalatkan perjanjian tersebut ialah UMNO. UMNO ialah Parti Beruk dan Beruk tidak ada Raja. Rajah Brooke bukan Raja Beruk. Kalau Pakatan Rakyat buat apa yang UMNO buat pada Pemangku Raja Kelantan semalam, dah tentu semboyan "Derhaka" akan dimainkan sampai angin sangkakala bertiup. benar kata Dato' Paduka Haji Husam Musa dalam artikelnya semalam "UMNO tetap UMNO". Mana pernah UMNO jujur dalam semua hal..? perjanjian bagi UMNO adalah taik palat. boleh diabaikan begitu sahaja bila perlu, bila dah "stim" (maaf agak kasar). ini yang berlaku semalam dan ini jugak yang sering berlaku sejak lama dulu. tak perlu nak ulas panjang sebab tau baik orang UMNO atau bukan UMNO akui kebenaran yang ini. Perjanjian Royalti Minyak dan Gas antara Kerajaan Negeri Terengganu dengan Petronas (baca KERAjaan Pusat) pernah dipalatkan oleh UMNO pada tahun 2005, tarikh kenaikan harga minyak pernah dipalatkan oleh UMNO pada tahun 2007, kerjasama antara PAS dengan UMNO pernah dipalatkan oleh UMNO pada zaman dato' Asri dulu, Royalti Minyak dan Gas Negeri Kelantan juga telah dipalatkan oleh UMNO sejak beberapa tahun dulu. Banyak lagi contoh kebangsatan UMNO dalam memalatkan perjanjian. kalau nak disenaraikan, mungkin akan habis dakwat laptop ni. Itu adalah salah 1 dari sebab kukuh Mursyidul Am PAS sangat-sangat menentang idea "Kerajaan Perpaduan" apabila ianya diilhamkan oleh beberapa Pimpinan PAS selepas PRU-12 dahulu. mereka yang ingat pada sejarah, tidak akan lupa pada sejarah dan tidak akan tergamak untuk mengulangi perkara yang salah buat kali yang seterusnya. Jangan Ulang Sejarah 14hb. Jun, 2010 lebih kurang jam 2:00 petang, kita kehilangan seorang pejuang Islam yang sejati iaitu Ustaz Hassan Shukri (Al-Fatihah). 14hb. Jun, 2010 sebelah malamnya pulak, aku bergegas ke Taman Melewar untuk hadir majlis pengkebumian Allahyarham. Sebaik sampai ke Taman Melewar lebih kurang jam 7:00 pagi, orang ramai dah penuh di perkarangan rumah Allahyarham. baca sejarah kehidupan Allahyarham disini. tak hairan kalau ribuan sahabat handai memenuhi perkarangan rumah beliau. Mursyidul Am PAS turut hadir bersama lain-lain Pimpinan PAS dan juga Pakatan Rakyat. sebaik tiba, TGNA terus dibawa kedalam rumah Allahyarham untuk memberikan penghormatan yang terakhir. baru saja beberapa hari lepas TGNA menyampaikan Anugerah dari Pemuda PAS kepada Allahyarham Ustaz Hassan Shukri ketika Muktamar PAS Kali ke-56 di Kota Bharu. ![]() Aku yang dari tadi asyik dok perhatikan TGNA sempat mengambil beberapa keping gambar TGNA yang bagi aku menyimpan 1,001 makna tersirat. ![]() Aku dapat rasa, airmata TGNA tumpah apabila mengenangkan susah payah beliau bersama rakan-rakan seperjuangan berjuang membawa agama Allah dan PAS sehingga ketahap ini. sehingga ketahap dimana yang bukan Islam dapat menerima sistem pemerintahan yang berpaksikan kepada Al-Qur'an dan Sunnah. Bukan setahun 2 para syuhada ini berjuang bersama-sama mereka yang masih bersama-sama dengan kita malah bertahun-tahun. mungkin juga TGNA teringatkan sahabat-sahabat yang lari meninggalkan perjuangan kerana lebih berminat dengan syurga dunia. Ingat Pengorbanan Mereka-Mereka Yang Telah Tiada Kita-kita yang masih hidup, sihat tubuh badan, sempurna akal fikiran elok renung kembali perjuangan para Pimpinan kita tak kira apa bangsa dan agamanya. yang beragama Islam pasti telah berusaha sebaik mungkin memperjuangkan apa yang diperintahkan dalam Al-Qur'an dan Sunnah. Yang bukan Islam pula ada antara mereka pernah berkorban untuk membela rakan yang bukan seagama dan juga bukan sebangsa tapi atas dasar "Keadilan" dan "Kemanusian". itu juga yang dianjurkan oleh agama kita. Elok juga kalau kita ambil iktibar dari 2 peristiwa diatas. peristiwa dalam bahagian atas artikel ini ialah "simbol kemunafikan" dan pada bahagian pertengahan pula membawa kepada "simbol perjuangan" manakala pada bahagian bawah adalah untuk direnung-renungkan. Pada yang berhasrat untuk meninggalkan medan perjuangan dan bercita-cita untuk bersama dengan Parti UMNO baik secara langsung, tidak langsung, lompat jadi bebas atau Kerajaan Perpaduan dengan UMNO elok fikir balik sedalam-dalamnya. Berbaloikah usaha korang mengkhianati perjuangan yang bukan sehari 2 diusahakan oleh para syuhada dan veteran-veteran politik Pakatan Rakyat..? berbaloikah memalingkan muka korang dari rakyat kepada diri sendiri..? berbaloikah untuk korang bersahabat dengan UMNO..? Yang mana masih kekal istiqamah dalam perjuangan yang kita warisi dari mereka-mereka yang telah pergi, jangan sesekali putus asa. ada antara mereka-mereka sebelum kita, berjuang sehingga ke akhir hayat mereka tanpa sempat mereka nikmati labanya didunia padahal kita yang masih mentah, menikmati walau tak banyak, sedikit pasti ada hasil yang baik dari perjuangan mereka-mereka yang telah pergi. Bersahabat, bersekongkol, berpakat atau apa-apa sahaja perbuatan yang melibatkan UMNO WAJIB dijauhi sebab UMNO tetap UMNO. Ingatlah pengorbanan mereka-mereka yang terdahulu sebelum kita... jangan khianat, jangan khianat, jangan khianat, jangan khianat dan jangan khianat pada perjuangan. | |||||||||
| Armada Kebebasan Ke 2 (Fleet of Freedom 2) Siap Sedia Belayar Ke Gaza Posted: 17 Jun 2010 07:27 PM PDT - Rombongan Misi Gaza Yayasan Amal Peroleh Senarai Keperluan Perubatan KritikalAktivis hak asasi manusia di Eropah merancang untuk menghantar armada bantuan baru ke Jaluran Gaza dalam usaha lain untuk memecahkan pengepungan rejim Israel ke atas wilayah miskin itu. Kempen Eropah untuk Menamatkan Pengepungan terhadap Gaza (European Campaign to End the Siege on Gaza) memberitahu enam buah kapal telah bersiap sedia untuk dihantar ke Gaza. Keputusan itu datang ketika Parlimen Eropah menemui jalan buntu dalam perundingan tentang bagaimana seharusnya respons dibuat atas serangan kejam Israel mematikan ke atas armada Kebebasan (Freedom Flotilla) Jurucakap rejim Israel mengatakan mereka masih belum membuat sebarang keputusan bagaimana menghadapi kapal-kapal sekiranya mereka menghampiri perairan Gaza pada masa depan. "Kami mempunyai enam kapal yang siap sedia meninggalkan Eropah, kami berharap untuk berlepas pada bulan depan, dalam dua minggu akhir Julai,"kata Mazen Kahel, jurucakap Kempen Eropah untuk Akhiri Pengepungan terhadap Gaza, kepada wartawan, Rabu di Parlimen Eropah. "Pada hari ketika Parlimen Eropah berdebat bagaimana Eropah harus menanggapi serangan Israel, sangat penting bahawa kita mendengar suara mereka di atas kapal tersebut, serta menegaskan bahawa tidak ada pilihan lain kecuali untuk menamatkan kepungan,"kata Ahli Parlimen Inggeris Richard Howitt sebagaimana dipetik AFP. kumpulan Pro-Palestin, seperti gerakan 'Free Gaza', Jawatankuasa Antarabangsa untuk Melepaskan Pengepungan di Gaza, dan Turki, Greek, serta LSM Sweden, dijangka menyokong konvoi kedua kapal, yang dipanggil Armada Kebebasan 2 (Fleet of Freedom 2). Tentera Israel menyerang armada 'Freedom Flotilla' di perairan antarabangsa di Laut Mediterranean pada Mei 31, membunuh sembilan warga Turki di atas kapal MV Mavi Marmara dan mencerakan sekitar 50 orang lain, sebahagiannya dari pasukan di enam-kapal konvoi tersebut. Israel juga menangkap dan kemudian membebaskan hampir 700 aktivis dari 42 negara yang berada di dalam kapal-kapal dari armada 'Freedom Flotilla', yang berusaha memecahkan pengepungan Gaza dalam rangka untuk memberikan 10.000 ton bantuan kemanusiaan kepada orang-orang yang menderita dari wilayah Gaza . Sementara itu, rombongan Misi Gaza, Yayasan Amal Malaysia yang berada di Kaherah, Mesir, mengadakan perbincangan dengan beberapa pihak bagi memudahkan usaha menghantar bantuan melalui Rafah. Menurut Setiausaha Misi tersebut, Mohd Fauzi Abu Samah, perjumpaan dengan Pemangku Duta Malaysia di Mesir, Encik Saiful, berlangsung dengan baik. Katanya, pihak kedutaan berjanji akan cuba berusaha membantu pihak Yayasan Amal Malaysia untuk masuk ke Gaza. Menurutnya lagi, kunjungan ke pejabat Persatuan Bulan Sabit (PBSM) Palestin di Al Thawra St Heliopolis memberikan kami beberapa maklumat berkenaan peraltan bantuan yang amat diperlukan oleh penduduk Gaza. "Kami telah di beri taklimat oleh 'Deputy Secretary General', Tarek Arafat. kami dimaklumkan antara keperluan yang kritikal yang diperlukan dari segi perubatan adalah peralatan seperti mesin dialisis dan lain-lain. "Kami juga dibekalkan dengan senarai ubat-ubatan dan keperluan kritikal di Gaza,"jelas Fauzi yang dipetik dari laman blognya. | |||||||||
| Bank Negara keluarkan 5 lesen perbankan komersial Posted: 17 Jun 2010 09:27 AM PDT Bank Negara Malaysia (BNM) berkata hari ini lesen perbankan komersial akan dikeluarkan kepada lima bank asing dalam langkah untuk melonggarkan lagi sektor perkhidmatan kewangan. Lesen i
Dalam menilai permohonan, bank pusat itu berkata ia mengambil kira kekuatan kewangan, rekod pencapaian, kepakaran, rancangan perniagaan dan potensi sumbangan bank-bank itu kepada pembangunan sektor kewangan Malaysia. "Bank-bank ini dijangka menambah kepelbagaian industri perkhidmatan kewangan, menyokong bidang-bidang pertumbuhan baharu termasuk teknologi hijau dan mempermudah transformasi ekonomi Malaysia ke arah mencapai nilai tokok yang tinggi dan status ekonomi berpendapatan tinggi. "Kehadiran bank-bank ini akan juga memperkukuh hubungan antarabangsa Malaysia dengan mempermudah perdagangan antarabangsa dan aliran pelaburan antara Malaysia dengan neagra-negara lain di dunia," katanya. - Bernama | |||||||||
| Empayar hartanah keluarga Taib di Kanada? Posted: 17 Jun 2010 09:24 AM PDT Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud dan anggota keluarganya didakwa memiliki hartanah bernilai lebih C$100 juta (RM320 juta) di Kanada, lapor sebuah laman anti-Taib - Sarawak Report.
Menurutnya, dengan menempatkan ruang pejabat syarikat multinasional seperti Xerox, Adobe dan Sun Life, projek tersebut menyediakan sumber kewangan tambahan daripada kutipan sewaan, kepada keluarga Taib.
Sakto mempunyai senarai portfolio puluhan lagi bangunan pejabat dan kawasan perumahan mewah di Kanada.
dikendalikan oleh menantu Taib - Sean Murray - seorang rakyat Kanada yang berkahwin dengan Jamilah (kiri). Murray dan Jamilah memiliki kediaman kedua termahal di Ottawa - bernilai RM28 juta - yang terletak di kawasan ekslusif Taman Rockcliffe di ibunegara Kanada (kanan). | |||||||||
| Hidung Zahrain Dicucuk Patuh Setiap Arahan Umno-BN Posted: 17 Jun 2010 09:22 AM PDT Oleh Faizal Ezzany KUALA LUMPUR 17 Jun - Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Lanjan, Elizabeth Wong menyifatkan kenyataan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim berhubung dakwaan video lucah membabitkan beliau sebagai mengambarkan taraf rendah moral seorang pemimpin yang tunduk kepada arahan pihak tertentu demi kepentingan politik Umno-Barisan Nasional. Elizabeth dalam satu kenyataannya hari ini berkata beliau menjadi mangsa kepada Zahrain tanpa ada peluang untuk membela diri secara berdepan bagi menjelaskan keadaan yang sebenar. Jelas beliau lagi tempoh yang dilaluinya adalah satu yang sukar dan tidak sama dengan keadaan yang beliau lalui selama ini. "Saya mula kembali bertugas hampir setahun dua bulan, tindakan yang diambil ini adalah satu keputusan yang amat sukar sekali. Ia tidak semudah yang kita lalui sebelum ini. "Walaupun terpaksa berdepan dengan pelbagai cemuhan puak Umno-Barisan Nasional seperti yang berlaku di parlimen semalam, saya menguatkan diri ini demi tanggungjawab terhadap kawasan yang diwakili, negeri Selangor dan juga negara ini. Kenyataan tersebut adalah umpama isyarat kepada saya untuk terus berjuang serta tidak mengalah kepada mangsa keadaan. "Saya tidak hairan apabila Umno-BN menggunakan saya sebagai sasaran mereka untuk mencemuh selain menjadi serangan politik mereka. Kita tahu itulah sikap Umno-BN mereka akan terus menyerang peribadi seseorang jika mendapat tahu ia boleh menjadi resepi politik kotor mereka. "Dalam masa yang sama Zahrain bersama konconya bergelumang dalam politik Umno yang merupakan politik terakhir mereka, saya bersama dengan Exco Kerajaan Negeri Selangor duduk bersama dalam mencari jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah negara. Masih ramai pelajar yang memerlukan bantuan kita dalam meneruskan pendidikan mereka agar menjadi pelajar yang berprestasi tinggi, usaha meningkatkan pemikiran yang etnik atau luas bukan pemikiran sempit seperti Umno-BN," jelasnya dalam kenyataan tersebut. Beliau juga memberitahu, dasar perjuangan yang jelas di amalkan oleh Pakatan Rakyat jauh bezanya dengan sikap Umno-BN dalam politik mereka. "Pakatan Rakyat mengamalkan dasar politik yang adil dan telus dalam perjuangannya tanpa mengira soal peribadi yang menjadi mangsa kepada keadaan, inilah sebab utama kenapa saya terus berada dalam kelompok perjuang dalam membela nasib rakyat megeri Selangor dan negara ini. "Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan juga Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim telah banyak memberi sokongan kepada saya ketika saya berada dalam tekanan," sambungnya lagi. Beliau juga menyeru kepada wanita yang menjadi mangsa kepada keadaan dan cemuhan pihak tertentu bangkit untuk menentang diskriminasi yang bersifat tidak mempunyai moral yang tinggi itu demi keadilan yang sebenar. | |||||||||
| Mengapa Hakim Pula Yang Menyatakan PRK Libatkan Dana Yang Besar? Posted: 17 Jun 2010 09:19 AM PDT Kes Gigit Polis: Tian Chua "kekal" MP BatuMahkamah Tinggi hari ini menolak rayuan ahli parlimen Batu, Tian Chua kerana menghalang tugas polis dengan menggigit seorang anggotanya di luar bangunan parlimen tiga tahun lalu. Namun mahkamah mengurangkan denda kepada RM2,000 atau penjara dua bulan. Ekoran keputusan tersebut, Tian yang nama sebenarnya Chua Tian Chang, 47, akan kekal sebagai ahli parlimen Batu kerana hukuman yang dijatuhkan tidak mempengaruhi kedudukannya sebagai ahli parlimen. Hakim Ghazali Cha ketika membacakan penghakimannya berkata pihaknya tidak akan mengubah keputusan bersalah yang dijatuhkan oleh Mahkamah Masjistret. "Walaupun hukuman ditentukan oleh majistret, namun ini adalah kesalahan pertama. "Membiarkan beliau hilang kelayakan akan menyebabkan satu lagi pilihan raya kecil dan ini akan membabitkan dana yang besar." Tian yang baru tiba dari Paris pagi ini hadir di mahkamah bersama kira-kira 20 penyokongnya termasuk ahli parlimen Segambut, Lim Lip Eng. Beliau diwakili oleh peguam Ranjit Singh, Amer Hamzah Arshad dan Razlan Hadri Zulkifli. Pihak pendakwaan yang diketuai oleh timbalan pendakwaraya Hanafiah Zakaria dan Ishak Mohd Yusof, sebelum itu berhujah bahawa keputusan sepatutnya dikekalkan. Pada 22 Oktober lalu, Mahkamah Majistret Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman enam bulan penjara dan denda RM3,000 ke atas Tian Chua, selepas mendapatinya bersalah. Mahkamah bagaimanapun membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman tersebut untuk membolehkan Tian Chua membuat rayuan. Tian Chua didakwa mencederakan konstabel Rosyaidi Anuar, 21, di depan bangunan Parlimen pada jam 10.45 pagi 11 Disember 2007. Rosyaidi bertugas dengan Bahagian Narkotik Ibupejabat Kontijen Polis Kuala Lumpur. Ulasan GB Umum sudah mengetahui bahawa sistem kehakiman di Malaysia adalah bobrok. Kes siasatan video VK Lingam adalah bukti wujudnya hakim khianat yang tidak berpegang kepada kebenaran dan keadilan, sebaliknya membaca sahaja keputusan yang telah disediakan oleh peguam yang terlibat di dalam kes yang dibicarakan. Justeru itu tidak dapat dinafikan perspektif bahawa keputusan-keputusan hakim di negara ini menunggu "lampu hijau" pihak tertentu, setentunya dari UMNO BN, sebelum keputusan diumumkan terhadap sesetua kes. Di dalam kes Tian Chua nampaknya UMNO BN pengecut dan penakut. Sekalipun pada awalnya mereka merasa yakin untuk merampas Parlimen Batu dari Pakatan Rakyat dengan mengheret Tian Chua untuk disabitkan kesalahan yang boleh menggugurkannya sebagai ahli parlimen Batu, namun setelah UMNO BN tewas di Sibu, mereka sudah tidak berupaya untuk menanggung risiko dimalukan. Apa tah lagi, di dalam PRU yang lalu Tian Chua memenangi kerusi Parlimen Batu dengan majoriti 9,455 mengalahkan calon BN, Lim Si Pin.Di dalam negara dimana institusi kehakiman telah disundalkan seperti yang GB utarakan di atas, di dalam kes Tian Chua ini, hakim memberi alasan seperti seorang pengarah SPR lagaknya: "Membiarkan beliau hilang kelayakan akan menyebabkan satu lagi pilihan raya kecil dan ini akan membabitkan dana yang besar." Mengapa hakim pula yang berkata demikian? Soal kebenaran dan keadilan bukan soal dana kecil atau besar! Jika berani, Tuan Hakim, silalah buat keputusan berpihak kepada UMNO BN supaya pilihanraya kecil di adakan. Kita tengok siapa yang bakal terkangkang. GB menghina mahkamah? Tidak! Hakim-hakim yang telah menghina insntitusi kehakiman negara! | |||||||||
| Kelantan Fiesta: Pemuda PAS kecam sikap Umno Posted: 17 Jun 2010 09:15 AM PDT KOTA BHARU, 17 Jun: Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) kesal dan mengecam sikap yang ditunjukkan oleh Umno negeri di bawah kepimpinan Datuk Seri Mustapa Mohamed yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menjelang majlis perasmian Kelantan Fiesta 2010 malam tadi. Ketuanya, Abdul Latif Abdul Rahman berkata, pihaknya mendapat maklumat yang diyakini bahawa Umno Kelantanlah yang bertanggungjawab untuk tidak membenarkan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk menyampaikan ucapan pada majlis tersebut. Katanya, ini telah melanggar persetujuan yang dibuat melalui rundingan lebih awal bahawa Menteri Besar Kelantan selaku tuan rumah akan menyampaikan ucapan di majlis yang akan disempurnakan oleh Yang Maha Mulia Pemangku Raja itu. Selain itu, ujarnya sikap penganjur Red Carpet yang mengambil sikap menggantung sepanduk menguar-uarkan kempen 1Malaysia dan Perdana Menteri secara tidak langsung membelakangkan Pemangku Raja. Ekoran daripada sikap Umno dan penganjur Kelantan Fiesta 2010 itu, beliau yang juga Adun Mengkebang berkata, Menteri Besar Kelantan membatalkan hasrat untuk hadir dan kerajaan negeri menarik diri daripada menjadi penganjur. Beliau menambah, di dalam masa yang sama Pemangku Raja juga memaklumkan tidak dapat hadir dan akhirnya Perdana Menteri sendiri membatalkan hasrat untuk hadir dan bergegas pulang ke Kuala Lumpur jam 10.30 malam. "DPPNK hairan dengan sikap Umno yang begitu takut dengan ucapan yang akan disampaikan oleh Menteri Besar Kelantan," ujarnya dalam satu kenyataan. Beliau mempersoalkan atas sebab apakah mereka terlalu bimbang untuk mendengar ucapan tersebut atau adakah Umno bimbang kerana mereka sedar mereka telah melakukan banyak kesalahan termasuklah melesenkan judi sukan dan menafikan royalti minyak sebagai hak rakyat Kelantan. Tambahnya, DPPNK difahamkan jumlah kehadiran penonton sangat mengecewakan pada malam tersebut. "Ini sepatutnya menjadi pengajaran kepada Umno bahawa rakyat Kelantan masih teguh bersama kepimpinan YAB Menteri Besar dan menolak sikap politiking keterlaluan sehingga tidak menghormati Kerajaan Negeri Kelantan selaku tuan rumah," katanya lagi. Justeru, tambahnya DPPNK berpandangan perlunya sikap berhati-hati dalam menjalinkan sebarang kerjasama dengan kerajaan Pusat di dalam apa jua penganjuran program agar insiden seperti itu tidak berulang. | |||||||||
| RMK10: PAS minta Najib jelas status EPU Posted: 17 Jun 2010 09:13 AM PDT KUALA LUMPUR, 17 Jun: Ekoran tiga firma perunding ekonomi, Boston Consulting Group, McKinsey & Co dan Ethos Consulting disyaki bertanggungjawab menyusun kerangka Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10), Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan status Unit Perunding Ekonomi (EPU) dalam menentukan hala tuju urus tadbir ekonomi negara. "Apakah dalam penyusunan RMK10 ini, seperti ada unsur-unsur bahawa ketika-tiga konsultan ini yang menyusun RMK10, bukannya dirangka oleh EPU (dan) kerajaan sendiri," soal beliau petang ini iketika membahaskan RMK10 di Dewan Rakyat.Menurut beliau, pertanyaan di atas adalah wajar memandangkan pada fizikal buku data RMK10 tercatat bahawa EPU seolah-oleh hanya sebagai penerbit sahaja. "Seperti input-inputnya diberikan oleh ketiga-tiga firma ini dan dalam buku ini disebut bahawa diterbit oleh Unit Perancang Ekonomi, seolah-olah disusun dan dirancang oleh pihak lain dan EPU ini hanya menjadi penerbit pada buku ini," ujar beliau. Sekiranya anggapan tersebut adalah sahih, beliau berkata, sekaligus mencerminkan bahawa kerajaan seolah-olah tidak yakin dengan kemampuan para tenaga pakar ekonomi yang mengisi jawatan strategik dalam EPU. Dari segi yang lain, beliau menyifatkan inti-inti utama dalam kerangka RMK10 tidak ubah seperti resepi tomyam thai yang sedap didengar disebabkan oleh perisa ajinomoto. "Tiada apa yang baru walaupun kita mula mendengar bahawa Najib mahu memacu ekonomi berprestasi tinggi kerana yang menyusun RMK ini adalah tukang masak yang sama, menggunakan bahan yang sama dan masakan tomyam thai dengan cara yang lama di dapur yang ada tikus dan kucing busuk. "Itulah gambaran ekonomi yang Najib mahu pacu, bukan RMK10, tapi (ekonomi) tomyam thai Satu Malaysia yang boros, tiris, korupsi serta tiada persaingan yang meyakinkan," jelas beliau. Mewakili PAS, beliau mencadangkan Najib melakukan suatu tranformasi ekonomi nasional daripada menjadi pengguna teknologi pada pengeksport teknologi. "Sepatutnya kita mempunyai jenama Samsung kita sendiri, NEC kita sendiri, Sony kita sendiri kerana NKEA turut memberi fokus pada bidang elektrik dan elektronik, tetapi kalau kita lihat pada RMK10 yang dibekalkan kepada kita, tidak ada langsung dijelaskan bagaimana untuk menjadikan Malaysia sebagai pengeksport teknologi, bukan pengguna saja," kata beliau. Dari segi yang lain, beliau berpendapat bahawa kerajaan tidak sepatutnya terlalu bergantung pada sumber mentah seperti gas, petroleum dan minyak sawit sebagaimana yang masih disenaraikan dalam Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA), RMK10 sekarang. "Sampai bila ekonomi negara perlu bergantung pada minyak dan gas kerana 48 peratus Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) negara hasil dari bahan mentah tersebut bagi saya langsung tidak mencerminkan ekonomi berprestasi tinggi," ujarnya. Ini kerana, menurut beliau, sepatutnya Malaysia sudah mula mengikut negara-negara pengeluar minyak yang lain dengan menyimpan rizab minyaknya sendiri sebagai dana pelaburan untuk membina generasi masa depan negara. Menurut beliau, sepatutnya Malaysia sudah meneroka sumber tenaga yang diperbaharui di samping memperkasa sektor perkhidmatan sebagai sumber pendapatan negara. "Bila dunia bincang biodeisel, kerajaan Malaysia pun bincang biodeisel sedangkang hampas sawit kita yang bernilai murah boleh diperbaharui menjadi tenaga bioethanol semacam yang saya bangkitkan sebelum ini bagi mengelakkan tarif elektrik seblum ini," ujar beliau. Tuntas dari melihat cara Najib merangka ekonomi melalui RMK10, beliau meragui kemampuan Najib dalam memacu ekonomi negara. "Kalau tanya Najib tentang RMK10 sekarang, dia tahukah atau tidak apa yang dia ucapkan di Dewan Rakyat Khamis lalu," sindir Mahfuz. | |||||||||
| You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |






Sebelum ini beberapa penulisan dalam 











Desakan itu berikutan tindakan Najib melantik Timbalan Presiden MIC, Datuk G. Palanivel menjadi senator dan Timbalan Menteri di Dewan Negara walaupun veteran MIC itu telahpun ditolak sendiri oleh kepemimpinan parti perkauman India untuk menjadi calon BN dalam pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor yang lalu.
KUALA LUMPUR, 18 Jun — Datuk Seri Nazri Aziz percaya Perkasa dan Gertak, yang kedua-dua program utama yang berkontroversi dirasmikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini, akan "lenyap" tanpa sokongan bekas perdana menteri itu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata kedua-dua pertubuhan bukan kerajaan yang mendakwa membela hak orang-orang Melayu kelihatan menonjol sebab bekas perdana menteri memperakui pendirian mereka menentang pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.










"Apakah dalam penyusunan RMK10 ini, seperti ada unsur-unsur bahawa ketika-tiga konsultan ini yang menyusun RMK10, bukannya dirangka oleh EPU (dan) kerajaan sendiri," soal beliau petang ini iketika membahaskan RMK10 di Dewan Rakyat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan