Justice For All |
- Piala Dunia (18) : Kem Perancis Huru Hara Selepas Tewas 0-2 Kepada Mexico
- Berani Ke SPR Nak Buat Prk Batu, Sesudah BN Kalah Teruk Majoriti 9 Ribu Lebih Dalam Pru lalu
- Kes Fitnah II : Mahkamah Susahkan Anwar, Semata-mata Nak Menangkan Sayfoooooool & Najib
- Apabila Kangkung Bercakap...
- DAP Kata Ada Surat, Adun Katak Jelapang Kata Takde Surat..Mana Satu Ni??
- 62 % Pengundi Belia Atas Pagar..Pemuda PR Janganlah Duduk Diam Sahaja...
- Gara-gara SPRM Kuda UMNO, Datuk Norza Terlepas Hukuman Politik Wang
- Partai Keadilan Sejahtera, Indonesia Turuti Jejak PAS
- Piala Dunia (18): Mexico Kejutkan Perancis 2 - 0
- Piala Dunia (17) : Greece Menang 2 -1 Ke Atas Nigeria.. Kemenangan Pertama Greece Dalam Sejarah Piala Dunia
- Kalau Tak Boleh Rayu, Jelas Bahawa Tian Chua Perlu Kosongkan Kerusi Parlimen Batu
- Orang Tua Tendang Wartawan..1st Half Wcup : Nigeria Seri 1 -1 Dengan Greece
- Piala Dunia (17) : Argentina Belasah Korea 4 - 1
- Sukma Melaka Dahla Takde Sambutan, Tapi Turut Dicemari Dengan Politik Kotor UMNO
- Piala Dunia (16) : Pasukan Asia Membanggakan Di Piala Dunia. 1 st Half World Cup : Argentina 2, Korea Selatan 1
- Piala Dunia (15) : Malam Ni Saya Memilih Pasukan Korea Selatan, Nigeria Dan Mexico
- Taikon Tua Mahmud Taib Ada Harta Berjuta-Juta Di Kanada
- 4 Kisah Berita Yang Memualkan..Semuanya Salah UMNO
- Tian Chua Didenda 2 Ribu..PRK Bakal Diadakan Di Parlimen Batu???
- 2 Juta Blogger Di Malaysia..PR Layanlah Mereka Secara Manusiawi
- Saiful Apek Dibebaskan Dengan Ikat Jamin Hari Ini
- Ada 8 Contengan Tentang Roswah Di UM
- Nenek Ada 11 Cucu Pun Kena Tangkap Khalwat
| Piala Dunia (18) : Kem Perancis Huru Hara Selepas Tewas 0-2 Kepada Mexico Posted: 17 Jun 2010 09:37 PM PDT Kem Perancis semakin berkecamuk. Akibat kalah 2 - 0 kepada Mexico, menyebabkan ramai mengkritik pasukan ini, termasuk bekas bintang mereka, Zinidine Zidane.. 'Kebodohan' Domenech sebabkan Perancis hampir tersingkir: Zidane MEXICO: Lagenda bola sepak Perancis, Zinedine Zidane meletakkan kesalahan total kepada jurulatih negara itu, Raymond Domenech selepas juara Piala Dunia 1998 itu hampir tersingkir awal daripada saingan Piala Dunia Afrika Selatan. Zidane, yang menjadi tonggak kemenangan Perancis mendakap Piala Dunia 12 tahun lalu percaya, Domenech melakukan kesilapan dalam memilih pemain selepas dikejutkan Mexico 2-0 dalam perlawanan kedua peringkat kumpulan, awal pagi tadi. Zidane berkata, kebodohan Domenech dengan meletakkan Yoann Gourcuff di bangku simpanan sedangkan pemain itu berupaya membawa corak permainan kreatif amat sukar untuk dipercayai. "Jurulatih itu yang membuat keputusan dan saya tidak setuju dengannya," kata Zidane kepada stesen televisyen Mexico, Televisa. "Saya amat kecewa kerana Perancis langsung tiada satupun percubaan memburu jaringan dan tiada apa untuk diletakkan harapan. Oleh itu, malam ini pasukan yang terbaik memenanginya. "Perancis tidak bermain dengan baik dan mereka pula berdepan pasukan yang terbaik. Mexico lebih hebat daripada Perancis dari segi fizikal," katanya. - AFP "Kami memerlukan keajaiban", kata Domenech
PEMAIN Mexico meraikan kejayaan menewaskan Perancis pada perlawanan Kumpulan A, Piala Dunia 2010 FIFA, Perancis bertemu Mexico di Stadium Peter Mokaba, Polokwane, Afrika Selatan, awal pagi tadi. - Foto AFP POLOKWANE: Jurulatih Perancis, Raymond Domenech yang bintangnya semakin malap dengan krisis dalaman melanda pasukan memgakui laluan Perancis untuk layak di peringkat Kumpulan A memerlukan satu "keajaiban". Selepas tumbang dengan Mexico 2-0 pada perlawanan kedua peringkat kumpulan awal pagi tadi, juara Piala Dunia 1998 dan naib juara pada 2006 itu kini hanya memperoleh satu mata saja selepas dua perlawanan. Perancis kini di belakang Uruguay dan Mexico dan memerlukan kemenangan apabila bertemu tuan rumah, Afrika Selatan pada perlawanan terakhir kumpulan Selasa ini. Domenech yang akan berundur dan digantikan Laurent Blanc selepas tamat Piala Dunia, dijangka sukar untuk meletakkan harapan yang tinggi bagi melangkah ke pusingan kedua nanti. "Kami memerlukan keajaiban," akui Domenech. "Kami perlu lebih kuat untuk sekurang-kurangnya bermain demi menjaga imej kita. "Sekurang-kurangnya kita mahu mempamerkan sesuatu pada perlawanan terakhir kita," katanya. Mengenai kekalahan itu, Domenech berkata: "Saya tidak mempunyai kata-kata untuk diucapkan. Ia amat mengecewakan kepada semua orang dan kepada mereka yang mempercayai kami." Kapten pasukan, Patrice Evra juga mengakui pasukannya pada perlawanan itu kurang menyerlah. "Kami bukan pasukan yang terbaik," katanya pemain Manchester United itu. "Apabila kamu tersingkir pada pusingan pertama di Piala Eropah dan kamu juga berpotensi untuk tersingkir awal di Piala Dunia, akhirnya kamu tidak mahu berfikir mengenai bola sepak lagi," katanya. - AFP |
| Berani Ke SPR Nak Buat Prk Batu, Sesudah BN Kalah Teruk Majoriti 9 Ribu Lebih Dalam Pru lalu Posted: 17 Jun 2010 08:50 PM PDT
Status Tian Chua: SPR sedang kaji keputusan mahkamah
Tian Chua dikenakan denda RM2,000 semalam. — gambar fail KUALA LUMPUR, 18 Jun — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedang meneliti implikasi keputusan Mahkamah Tinggi semalam yang mengurangkan denda ke atas Ahli Parlimen Batu Tian Chua daripada RM3,000 kepada RM2,000 yang sekali gus menimbulkan pelbagai persoalan sekarang. The Malaysian Insider difahamkan penelitian itu termasuklah kemungkinan perlu diisytiharkan wujudnya kekosongan dan sekali gus mengadakan pilihan raya kecil di kawasan tersebut. "Penasihat undang-undang kami sedang mengkaji tafsiran keputusan... had denda RM2,000 sama ada termasuk atau tidak termasuk (dalam menentukan status kerusi Tian Chua)," kata Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar ketika dihubungi The Malaysian Insider sebentar tadi. Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan menyebut bahawa seseorang anggota Dewan Rakyat boleh hilang kerusi dimenanginya jika dihukum penjara tidak kurang daripada satu tahun atau denda tidak kurang RM2,000 dan ia tidak mendapat pengampunan. The Malaysian Insider difahamkan denda RM2,000 sudah cukup untuk Tian Chua hilang kerusi yang dimenangninya pada 8 Mac 2008. Ada pandangan yang merumuskan wakil rakyat dari Parti Keadilan Rakyat itu sudah hilang kelayakan untuk menyandang kerusinya walaupun mahkamah yang mendengar rayuannya semalam telah mengurangkan denda daripada RM3,000 kepada RM2,000. Melainkan keputusan semalam diubah oleh Mahkamah Rayuan selepas ini, jika rayuan peringkat kedua dibuat, dan menerima pengampunan diraja, SPR tidak perlu mengadakan pilihan raya kecil. Bagaimanapun Wan Ahmad enggan mengulas apabila ditanya sama ada pihaknya juga akan mengkaji kemungkinan diadakan pilihan raya kecil di kawasan tersebut. "Biar kami kaji dulu tafsiran keputusan semalam. Kami akan mengkaji pengertian itu dan akan membuat keputusan sewajarnya... bermakna bila (undang-undang mengatakan) tidak kurang daripada RM2,000 bermaksud boleh dibaca sudah mengatasi had RM2,000," kata Wan Ahmad lagi. Laporan The Malaysian Insider awal pagi ini memetik seorang bekas pegawai kanan SPR menyebut, undang-undang sedia ada dengan jelas memperuntukkan bahawa jika dikenakan denda RM2,000 dan ke atas, boleh menyebabkan wakil rakyat terbabit hilang kerusi disandangnya. "Perkara ini dengan jelas dinyatakan dalam Perkara 48(1) Perlembagaan Persekutuan," kata beliau. "Dalam kes ini, mahkamah telah menjatuhkan hukuman RM2,000, bukannya kurang daripada itu... oleh itu jelas bahawa dalam kes ini, Ahli Parlimen (Batu) sudah hilang kelayakan memegang kerusinya," kata beliau. Tian Chua sudah pun membayar denda RM2,000 semalam. Dalam buku bertajuk "Penjalanan Pilihan Raya Malaysia", bekas setiausaha dan pengerusi SPR Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman berkata, "kehilangan kelayakan di bawah Artikel 48 Perlembagaan Persekutuan, jika timbul keraguan perlu diputuskan oleh Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri di bawah Perkara 53(1) Perlembagaan Persekutuan dan perkara yang sama dalam Perlembagaan Negeri." Ia jelas dalam kes Ahli Parlimen DAP kerusi Menglembu Fan Yew Teng mengemukakan kes saman ke atas setiausaha Dewan Rakyat pada 1975 dan juga kes Lim Kit Siang (kini Penasihat DAP) apabila Tun Abdul Razak (perdana menteri ketika itu) pada 1969 mengemukakan usul bahawa wakil rakyat tersebut tidak layak kekal sebagai Ahli Parlimen. Semalam, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengetepikan hukuman penjara enam bulan dan denda RM3,000 terhadap Tian Chua atau nama sebenarnya, Chua Tian Chang dengan menggantikannya kepada hukuman denda RM2,000 atau dua bulan penjara kerana mencederakan seorang anggota polis pada 2007. Bagimanapun Hakim Datuk Ghazali Cha menolak rayuan Tian Chua terhadap sabitan atas tuduhan itu setelah mendengar hujahan daripada kedua-dua pihak. Ghazali berkata, soal hukuman merupakan budi bicara sepenuhnya hakim perbicaraan berkenaan kecuali yang melibatkan hukuman mati. "Dalam kes ini perayu adalah pesalah pertama. Tidak dapat dinafikan juga bahawa tiada keistimewaan patut diberikan kepada beliau sebagai Ahli Parlimen," katanya. Bagaimanapun, katanya jika hukuman yang dijatuhkan boleh menjadikan Tian Chua, 47, tidak layak menjadi seorang Ahli Parlimen, satu pilihan raya kecil terpaksa diadakan. "Seperti yang diketahui pilihan raya kecil ini memerlukan perbelanjaan yang besar dan memberi kesan kepada keseluruhan rakyat negara ini begitu juga kesejahteraan dan keharmonian di antara berbagai-bagai bangsa. "Di atas alasan ini, saya berpendapat suatu hukuman yang setimpal yang tidak melibatkan banyak pihak adalah merupakan suatu hukuman yang adil. "Hukuman yang dijatuhkan oleh Majistret diketepi dan digantikan dengan hukuman denda RM2,000 atau dua bulan penjara," katanya. Tian Chua didakwa sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Konstabel Rosyaidi Anuar, 22, dari Bahagian Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di jalan masuk ke Bangunan Parlimen. Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusoff berkata pihak pendakwaan masih belum memutuskan sama ada merayu keputusan itu. Justice4all : Mana satu betul ni..Dr Shad Salem Faruqi kata jawatan Tian Chua sebagai ahli Parlimen sudah terlucut tak kisah berapa kena denda. SPR kata memang Tian Chua dah perlu kosongkan kerusi, tapi kena tengok keputusan Speaker Dewan..pining kepala macam ni.. SPR ni seboleh-bolehnya nak elak ada prk di Parlimen Batu yang dimenangi PKR dengan majoriti 9 ribu lebih. Ini kerana nak jaga imej BN dan mood BN sebelum hadapi Pru 13. Dah memang sah yang Tian Chua dah digugurkan sebagai ahli Parlimen. Cuma ada satu langkah lagi iaitu tunggu pengesahan dari mahkamah rayuan. Tapi jika PR rasakan PRK Parlimen Batu perlu diadakan dan beri kesan positif terhadap pengundian pru 13, maka Tian Chua tak perlu rayu..biar ada PRK di Parlimen dan untung-untung, BN tak berani masuk macam prk Dun Penanti. Ia akan jejaskan imej BN dan percepatkan tsunami politik pada PRU 13. Apapun sama ada Tian Chua hilang kelayakan atau tak, kedua-duanya datangkan bala untuk BN dan kasi pining itu sama Murujib... |
| Kes Fitnah II : Mahkamah Susahkan Anwar, Semata-mata Nak Menangkan Sayfoooooool & Najib Posted: 17 Jun 2010 08:03 PM PDT Liwat II: Mahkamah dengar permohonan untuk bukti Jun 18, 10 10:14am Kes kontroversial liwat II membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersambung hari ini dengan Mahkamah Tinggi memndengar permohonan ketua pembangkang itu bagi mendapatkan semua laporan perubatan yang disediakan oleh tiga doktor Hospital Kuala Lumpur yang terlibat. Permohonan itu dikemukakan oleh peguam Anwar pada 4 Jun lalu yang menuntut agar pihak pembelaan dibenar melihat semua nota klinikal, laporan, bahan, spesismen dan perkara lain yang berkaitan yang disediakan oleh ketiga-tiga doktor berkenaan. Mereka juga mendesak supaya sejarah perubatan yang lengkap pengadu kes itu, Mohd Saiful Bukhari Azlan ketika pemeriksaan di HKL dibekalkan kepada pihak pembelaan. Selain itu, peguam-peguam Anwar juga mahu pihak pendakwaan menyerahkan peralatan yang lazim digunakan semasa ujian untuk serangan seksual diberikan kepada mereka. Pihak pembelaan juga ingin mendapatkan maklumat berhubung kelayakan dan pengalaman ketiga-tiga doktor berkenaan yang merawat Saiful - Dr Khairul Nizam Hassan, Dr Mohd Razali Ibrahim dan Dr Siew Sheue Feng. Seorang pakar forensik yang didatangkan khas dari Australia oleh pihak pembelaan, Dr David Wells, sebelum ini mengadu bahawa beliau tidak dapat menjalankan tugasnya jika dokumen Profesor dari Victoria Institute of Forensic Medicine itu berkata peranannya sebagai penasihat pihak pembelaan akan terjejas tanpa dokumen berkenaan. Prosedur lazim bagi kes jenayah adalah bagi pihak pendakwaan membekalkan semua dokumen berkaitan kepada pihak pembelaan sebelum permulaan perbicaraan. Bagaimanapun, Mahkamah Persekutuan memutuskan tidak perlu untuk berbuat demikian kerana pihak pembelaan boleh mengemukakan supaya bukti-bukti iyu diserahkan semasa perbicaraan. Justice4all : Mahkamah kat Malaysia ni dah jadi macam tong sampah..penuh kebusukan. Tugas mahkamah mencari keadilan, bukannya menyusahkan seseorang untuk mendapatkan keadilan. Kalau dokumen tak nak bagi, buat apa nak bicara di mahkamah. Apa, nak biarkan pihak pembelaan terkapai-kapai bila pihak Sayfooooooool beri dokumen..ini semua perangai yahudi..semuanya berkomplot untuk kenakan Anwar..memang jakun duduk di negara ini. |
| Posted: 17 Jun 2010 07:10 PM PDT Apabila kangkung-kangkung bercakap... PRU boleh diadakan jika ekonomi, politik stabil KUALA LUMPUR 17 Jun - Ekonomi yang pulih sepenuhnya dan politik yang stabil merupakan dua faktor utama untuk kerajaan Barisan Nasional (BN) boleh mengadakan pilihan raya umum. Pensyarah Kanan Kolej Undang-Undang Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Mohd. Azizuddin Mohd. Sani berkata, faktor tersebut perlu benar-benar berlaku untuk membolehkan BN mencatatkan kemenangan majoriti. Bagaimanapun, beliau berkata, kerajaan tidak perlu tergesa-gesa untuk mengadakan pilihan raya umum dalam masa terdekat kerana bimbang fokus kerajaan untuk membawa rakyat dan negara ke arah yang lebih maju akan tersasar. "Kita tidak boleh bersandarkan pada tinjauan semata-mata kerana tinjauan tersebut mungkin hanya untuk tempoh dan atas alasan-alasan tertentu sahaja, bukan dilihat secara keseluruhan. "Tambahan, untuk menang besar, kerajaan BN memerlukan jaminan sokongan daripada rakyat serta memerlukan dua pertiga kerusi Dewan Rakyat,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. Beliau awal mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang memaklumkan kerajaan tidak akan membubarkan Parlimen bagi mengadakan pilihan raya umum akan datang semata-semata berdasarkan pendapat bahawa tahap kepuasan rakyat terhadap kepimpinannya semakin meningkat ketika ini. Mohd. Azizuddin berkata, berhubung nilai kejutan di sebalik tarikh pilihan raya itu, jika Perdana Menteri mengumumkan tarikh pilihan raya dalam masa terdekat pun sudah cukup untuk memberi kejutan kepada pihak pembangkang. Namun katanya, dalam suasana politik hari ini pembangkang sentiasa berada dalam keadaan bersedia untuk berhadapan dengan sebarang kemungkinan oleh kerajaan BN. "Perkara itu harus dibimbangi oleh semua parti komponen BN kerana itu adalah kekangan untuk BN menang. "Kecuali BN merasakan ada isu-isu tertentu yang membolehkan mereka menarik sokongan semua kaum dalam negara, itu tidak mustahil,'' ujar beliau. Sementara itu, Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Sivamurugam Pandian turut berpendapat dua faktor utama itu akan memainkan peranan penting untuk BN berjaya. Selain itu, kata beliau, kerajaan juga perlu mengambil kira kejayaan di sebalik dasar-dasar yang diumumkan dalam tempoh setahun ini. Ia termasuklah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10), Aktiviti Utama Ekonomi Negara (NKEA) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP). Kata beliau, sekiranya semua gagasan itu tercapai dengan jaya, tanpa perlu menunggu Perdana Menteri wajar mengemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin untuk pembubaran Parlimen. Menurut Sivamurugam, antara aspek yang perlu BN ambil perhatian ialah Perdana Menteri perlu yakin bahawa sahaja menerima beliau malah mereka perlu menerima BN secara keseluruhan. "Sehubungan itu BN perlu memperbaiki keserasian di antara mereka dan paling penting di kalangan komponen BN itu sendiri,'' jelas beliau. Jusrtice4all : Jelas bahawa 2 pensyarah kangkung ini penyokong tegar UMNO..mestu UMNO dah tulis 2 nama penyokong tegar mereka ini dan dinaikkan pangkat lepas ni. Apalah punya pensyarah, konsep keadilan pun tak tahu. Kalau diluar negara, tentu mereka dibooo ramai-ramai termasuk oleh mahasiswa sendiri. Cubalah ambil contoh negara maju sikit. Kalau rasa tak maju, cuba ikut negara Filipina.Tarikh pembubaran parlimen mereka diumumkan 5 bulan lebih awal. Tiada faktor tersembunyi. Bukannya tunggu mood BN baik, baru buat PRU..ini zalim namanya...lebih jahat dari yahudi..ini contoh pensyarah kangkung yang ada di negara ini..rugilah siapa yang duduk tadah ilmu kangkung ini..langsung tiada nilai akedemik.. |
| DAP Kata Ada Surat, Adun Katak Jelapang Kata Takde Surat..Mana Satu Ni?? Posted: 17 Jun 2010 06:25 PM PDT Mana satu yang betul ni..Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dalam Berita Harian menyebut bahawa perjanjian itu memang wujud dan ditandatangani oleh semua wakil rakyat DAP Perak. Bukannya sekadar kertas kosong yang sengaja direka bagi 'membalas dendam' terhadap wakil rakyat parti itu yang bertindak keluar DAP. "Saya boleh buktikan perjanjian itu memang wujud. Sudah tentulah ia bukan kertas kosong kerana ia adalah perjanjian. Saya boleh tunjukkan bila-bila masa kerana saya ada salinan perjanjian itu," katanya. Ditanya kelewatan penguatkuasaan perjanjian itu, jelas Koo Ham, ia harus dibuat bagi mengelakkan lebih ramai wakil rakyat parti tersebut yang belot dan mengaut keuntungan hasil daripada kemenangan pada pilihan raya lalu. Dakwanya, perjanjian itu bukan bertujuan mementingkan duit semata-mata, sebaliknya supaya semua wakil rakyat DAP Perak tidak belot dan berkhidmat dengan penuh adil kepada masyarakat. Alih-alih hari ini si Katak Betina jelapang nafikannya pula?? Apa tunggu lagi Datuk Ngeh, dedah je surat tu, baru padam muka kata-katak ni.. Buktikan dakwaan - Yit Foong pengarang@utusan.com.my IPOH 17 Jun - Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dicabar mengemukakan bukti wujud perjanjian yang mensyaratkan setiap wakil rakyatnya membayar ganti rugi RM5 juta jika bertindak keluar dari parti itu. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelapang, Datuk Hee Yit Foong yang menyangkal kewujudan perjanjian itu menegaskan, sekiranya dakwaan itu benar, Koo Ham perlu menunjukkan bukti terlebih dahulu. Tegas Yit Foong, dakwaan yang dibuat oleh Koo Ham itu adalah agenda terbaru pakatan pembangkang yang gentar dan mula terasa goyah dengan situasi parti mereka. "Beliau (Koo Ham) suka cakap kosong sahaja. Saya sendiri tidak jelas apa yang dicakapkannya (perjanjian). "Jika saya pun tidak tahu apa yang beliau cakap, jadi macam mana surat itu boleh wujud. Suruh beliau tunjukkan dulu surat perjanjian itu," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Koo Ham bahawa semua wakil rakyat DAP telah menandatangani perjanjian tersebut selepas Pilihan Raya Umum 2008 lalu. Sambil menyifatkan Koo Ham sebagai pemimpin yang suka mencari publisiti, tegas Yit Foong, beliau enggan mengulas lanjut dakwaan tersebut sebaliknya menyerahkan perkara itu kepada peguamnya. "Saya letihlah nak layan orang-orang macam ni. Suka sangat mengejar publisiti, bukannya hendak berkhidmat untuk rakyat. Biarlah beliau (Koo Ham) hendak cakap apa, saya malas nak layan. Yang penting pada saya sekarang ini adalah berkhidmat kepada masyarakat di kawasan saya," katanya. Tapi ada juga Adun bodoh UMNO Perak, yang pertikaikan konsep 'wala' DAP ini.. Kepercayaan tidak wujud dalam DAP
IPOH 17 Jun – Tindakan DAP meminta semua wakil rakyatnya menandatangani surat perjanjian ganti rugi RM5 juta jika keluar parti menunjukkan kepercayaan dan semangat kekeluargaan tidak wujud di dalam parti tersebut. Exco Kerajaan Negeri Perak, Datuk Hamidah Osman berkata, beliau juga difahamkan, DAP meminta semua wakil rakyatnya menandatangani surat perjanjian supaya semua elaun yang diterima dimasukkan ke dalam akaun parti terlebih dahulu sebelum diagih-agihkan kepada mereka. Katanya, ia menunjukkan DAP bukanlah sebuah parti yang bersikap terbuka tetapi suka mengawal dan menguasai segala-galanya sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan wakil rakyat mereka sendiri. ''Inilah cara DAP mengawal semua wakil-wakil rakyatnya dan ia merupakan salah satu punca kenapa wujudnya rasa tidak selesa di kalangan wakil rakyat mereka dengan tekanan-tekanan yang dibuat oleh pimpinan parti itu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. |
| 62 % Pengundi Belia Atas Pagar..Pemuda PR Janganlah Duduk Diam Sahaja... Posted: 17 Jun 2010 05:40 PM PDT ![]() Buat pimpinan Pemuda PAS, DAP dan PKR, sila ambil cakna kajian ini yang dijalankan oleh Khairy. Walaupun boleh dipertikai, tapi ianya tetap memberi amaran bahawa pengundi muda akan menjadi pencatur utama politik negara. 62% pengundi belia atas pagar – Khairy KUALA LUMPUR 17 Jun – Pemuda Barisan Nasional (BN) mendapati kira-kira 62 peratus golongan muda masih tidak membuat keputusan mengenai parti pilihan mereka untuk Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti. Pengerusinya, Khairy Jamaluddin berkata, keputusan itu dicapai ketika menjalankan kajian ke atas kira-kira 1,000 golongan muda dari seluruh negara dua bulan lalu. Menurutnya, beliau mendapati kebanyakan mereka khususnya dari kawasan pedalaman masih berada di atas pagar dan hanya akan membuat keputusan pada hari pilihan raya sahaja. "Bagi membanteras gejala ini, Pemuda BN sudah pun menjalankan beberapa aktiviti sejak "Setakat ini kami melihat sedikit peningkatan dalam sokongan yang diberikan oleh penduduk di negara ini terhadap kerajaan dan BN. Ia telah pun terbukti ketika menghadapi pilihan raya kecil di Kelantan dan Selangor baru-baru ini,'' katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Perhimpunan Agung Pemuda Parti Progresif Penduduk (PPP) di sini hari ini. Antara cara yang boleh menambat hati orang muda atas pagar ialah : 1. Gunakan semaksimun mungkin media baru seperti facebook, twitter dan blog untuk sampaikan ilmu politik secara santai. 2. Perbanyakkan aktiviti orang muda yang berbentuk non partisan dan bercorak semasa seperti futsal, paintball, bowling dll 3. Serapkan golongan muda yang berpelajaran tinggi dan rendah ke dalam jawatan parti terutamanya di peringkat rendah mengikut kesesuaian masing-masing agar mereka faham perjuangan parti dan terikat dengan parti. 4. Bina manifesto pilihanraya yang penuhi citarasa orang muda mengikut kelas masing-masing seperti orang muda baru kahwin yang kesempitan hidup, orang muda sukakan cabaran, orang muda yang suka sukan. Sebagai contoh, jika PR memerintah, bagaimanakah cara PR nak pastikan pasukan bola sepak negara kita layak ke Sukan Olimpik atau Piala Dunia. Berikan sesuatu pengharapan yang segar kepada golongan muda ini. 5. PR perlu buat pe'nyegaran' semula pemuda mereka dengan mewujudkan pimpinan pemuda yang benar-benar pemuda. Bukannya pimpinan pemuda yang lanjut usia. Langkah PKR hadkan anggota AMK kepada umur 30 tahun, sesuatu yang baik dan akan memberikan kesan langsung kepada parti itu. Walaupun orang muda kurang berpengalaman, tapi mereka ada idealis yang sukar ada pada pemimpin tua. Jadi fikirlah alternatif terbaik untuk tonjolkan pemimpin pemuda bersikap 'orang yang selalu bergelumang dengan anak muda', bukannya sibuk bicarakan soal antarabangsa yang sukar difahami golongan muda. Inilah cetusan idea saya untuk menarik orang muda sokong PR berdasarkan pemerhatian dan pengalaman. Bagi golongan mahasiswa, mereka jelas 70 peratus sokong PR disebabkan mereka bijak menganalisis sesuatu isu. Cabaran besar buat PR ialah anak muda di kampung-kampung dan di bandar yang hanya berpendidikan rendah. Untuk masa terdekat, satu retreat perlu diadakan dalam kalangan pemuda PR untuk bincangkan isu ini dan juga bertukar-tukar pandangan antara ketiga-tiga parti ini. Janganlah tunggu dekat PRU baru nak buat, kerana ia hanya membazir masa sahaja. Ingatlah sebelah kaki PR sudah masuk ke Putrajaya, cuma sebelah kaki sahaja tak masuk. Mungkinkah sebelah kaki lagi itu diberatkan dengan undi orang muda?? Sama-samalah kita fikirkannya. Dan MIC walaupun sibuk duduk sembur GAS, tapi mereka masih fikirkan soal pengundi muda.. MIC tubuh jawatankuasa mahu tarik pengundi baru KUALA LUMPUR: MIC akan menubuhkan jawatankuasa bertindak di setiap 147 bahagian parti dalam usaha menarik seramai 150,000 pengundi baru yang dikenal pasti, dalam tempoh tiga bulan akan datang. Presidennya, Datuk Seri S Samy Vellu, berkata menerusi tindakan jawatankuasa itu yang berfungsi untuk mendaftar pengundi baru dan melawat dari rumah ke rumah di bahagian masing-masing, pihaknya menjangka keahlian baru parti itu akan meningkat 600,000 orang. Beliau berkata, usaha itu dibuat sebagai persediaan untuk memperkuatkan jentera parti dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang. Buat masa ini, katanya, MIC mempunyai 430,000 pengundi berdaftar dari 555,000 keahlian di seluruh negara. "Kita sudah kenal pasti 150,000 pengundi baru, malah mempunyai butir diri dan alamat mereka. Senarai lengkap dengan alamat terbaru dan nombor telefon mereka akan disimpan. "Parti akan buat proses pendaftaran sehari dari pagi hingga petang, kalau dapat banyak, kita akan adakan banyak pendaftaran. Selain itu, jawatankuasa bertindak ini akan melaksanakan tugas kemasyarakatan di kawasan masing-masing tanpa mengira kaum bagi memperkuat konsep Barisan Nasional (BN) sebagai parti untuk semua kaum," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat MIC di sini, semalam. Turut hadir, Timbalan Presiden MIC, Datuk G Palanivel. |
| Gara-gara SPRM Kuda UMNO, Datuk Norza Terlepas Hukuman Politik Wang Posted: 17 Jun 2010 05:12 PM PDT SPRM tidak kemuka keterangan lanjut kerana saksi dianggap paling tadah TEMERLOH: Bekas Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Mohamad Norza Zakaria, 44, dan ejennya, Halimi Kamaruzzaman, 48, dilepas dan dibebaskan daripada dua tuduhan rasuah oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam. Hakim Azuar Che Yusof membuat keputusan itu selepas Ketua Unit Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Abdul Razak Musa memaklumkan pihaknya tidak akan mengemukakan keterangan lanjut kerana saksi dikemukakan mereka berpaling tadah. Terdahulu, Abdul Razak berhujah pihak pendakwaan sentiasa berharap saksi mereka bercakap benar bagi menegakkan keadilan. "Tanpa keterangan yang boleh dipercayai, usaha untuk menghapuskan rasuah dan penyelewengan tidak akan berjaya," katanya. Peguam Jahaberdeen Mohamed Yunoos yang mewakili Halimi kemudian memohon mahkamah menggunakan budi bicara untuk melepas dan membebaskan tertuduh mengikut Seksyen 254 Kanun Acara Jenayah. SPRM memanggil 18 saksi untuk memberi keterangan sejak perbicaraan bermula Mac tahun lalu dan sembilan daripada mereka dituduh di Mahkamah Majistret sama kerana memberi keterangan palsu mengikut Seksyen 193 Kanun Keseksaan. Norza yang bersut hitam berkemeja kuning dilihat menitiskan air mata selepas Azuar mengumumkan keputusan itu. Ketika ditemui selepas itu, Norza mengakui terkejut dengan keputusan berkenaan kerana beliau dan peguamnya menjangkakan perbicaraan akan diteruskan. "Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah. Saya gembira kerana akhirnya dapat membersihkan nama saya (daripada tuduhan kes rasuah). Saya harap ia juga dapat menamatkan semua spekulasi berhubung kredibiliti diri saya. "Saya agak sedih dengan apa yang berlaku, tetapi sekarang semuanya sudah berakhir... awan hitam sudah berlalu. "Saya berterima kasih kepada keluarga, rakan dan penyokong setia yang sentiasa memberi sokongan kepada saya," katanya. Mohamad Norza dan Halimi dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, pada 13 Mac tahun lalu atas dua tuduhan menyogok perwakilan UMNO bagi memenangi jawatan Majlis Tertinggi (MT) pada pemilihan parti itu, tahun lalu. Beliau yang juga bekas Ahli MT UMNO dituduh memberi suapan wang tunai RM1,500 kepada Khadri Musa menerusi Halimi sebagai dorongan untuk diagihkan kepada perwakilan bagi membantu mengundinya memenangi jawatan MT serta memberi suapan wang tunai RM1,900 kepada Mohammad Anuar Yunus menerusi Halimi bagi tujuan sama. Halimi, 47, dari Bandar Indera Mahkota, Kuantan, pula menghadapi dua pertuduhan memberikan suapan itu kepada Khadri dan Mohammad Anuar bagi pihak Mohamad Norza. Justice4all : Apalah punya alasan SPRM..saksi flip flop pun boleh tutup kes. Macamana nak jadi pendakwaraya sendiri seperti yang diminta mereka sebelum ini.Sedangkan sesuatu kes jenayah boleh digunakan keterangan lain..misalnya keterangan watak tertuduh ke..bukannya bergantung pada keterangan saksi je. Ini mesti konspirasi politik. Mentang-mentang tak nak pemimpin umno dihumban ke penjara, dan juga nak elak imej UMNO tercalar, maka diperkudakan SPRM ini. Kenapa tak teruskan kes sampai habis je. Biar hakim yang buat keputusan, bukannya pendakwaraya SPRM. Memang jelas SPRM dah jadi kuda kepang UMNO. Tengok kes Anwar, bukti dahla kata Sayfooooool tak diliwat, tapi yang bersungguh-sungguh nak dakwa ialah pendakwaraya, yang di belakangnya sudah tentu Najib Montel..semuanya kerana politik, bukannya soal keadilan. Kalau macam inilah sistem pendakwaan kita yang hanya memilih kes terpilih, maka alamat hancurlah sistem keadilan negara kita. |
| Partai Keadilan Sejahtera, Indonesia Turuti Jejak PAS Posted: 17 Jun 2010 04:39 PM PDT ![]() Parti Keadilan Sejahtera (PKS) di Indonesia akan pinda perlembagaan mereka untuk masukan bukan islam sebagai ahli parti. Tindakan ini selari dengan PAS yang baru-baru ini turut meminda perlembagaan untuk bukan islam menganggotai parti islam itu. Parti-parti Islam seluruh dunia sentiasa berijtihad dalam konteks siyasah islam terutamanya soal tahalluf siyasi. Bukannya mmacam UMNO Kiasu yang tak pernah berubah, terus kekal dengan melayu sambil menghunus keris kontot.. Ini beritanya Terima Nonmuslim, PKS Tetap Berasas Islam VIVAnews - Presiden Partai Keadilan Sejahtera, Luthfi Hasan Ishaaq, menyatakan partainya sejak awal membuka diri untuk kalangan nonmuslim. Meski terbuka, Luthfi menegaskan PKS tetap berasas Islam. "PKS memberikan apresiasi kepada para profesional anak bangsa," k Luthfi menjelaskan, para profesional begitu dihargai dan mendapat tempat terhormat dalam PKS. Profesionalisme terdapat di semua orang dari berbagai etnik dan agama. "Jadi apapun etniknya, apapun agamanya, apapun backgroundnya, sepanjang dia memiliki garis perjuangan yang sama dengan PKS dan mengedepankan profesionalisme serta memberikan apresiasi kepada profesionalitas, mau bersama dengan PKS untuk bersih dan peduli, maka dia akan dapat menjadi warga Partai Keadilan Sejahtera," kata Luthfi. Keterbukaan terhadap semua kalangan ini, tambah Luthfi, sebenarnya sudah dibuktikan sejak dulu oleh teladan umat Islam, yaitu Rasulullah Muhammad SAW. "Jadi memang hal ini bukanlah sesuatu yang baru. Begitulah ajaran Islam dan PKS melakukan hal yang sama dalam garis perjuangannya," kata Luthfi. Rencana membuka pintu untuk nonmuslim dalam Anggaran Dasar dan Anggaran Rumah Tangga PKS itu juga dipastikan Luthfi tidak mengubah fundamental PKS. Amandemen AD/ART tidak pada bab fundamental, hanya pada masalah mekanisme organisatoris. Prinsip dasar partai, kata Luthfi, akan tetap sama yakni PKS adalah partai Islam yang Pancasilais dan nasionalis. Dengan demikian, tambah Luthfi, prinsip dasar pola tidak berubah, karena yang berubah hanya pola organisasi partai. "Ini pengaturan ulang pola keorganisasian partai dalam rangka menyongsong target-target yang ingin dicapai oleh partai ke depan," kata Luthfi di sela-sela workshop kader PKS itu. Penerimaan nonmuslim itu, kata Luthfi, sebenarnya sudah dilakukan sejak awal berdiri dengan nama Partai Keadilan. "Hanya belum terekspos dengan baik di media masa bahwa di antara pengurus dan anggota dewan Partai Keadilan Sejahtera ada yang nonmuslim dan itu tidak ada masalah, terutama di daerah yang di sana Islam itu masih minoritas," kata Luthfi. Kemarin, Sekretaris Jenderal PKS Anis Matta menyatakan akan ada amandemen soal aturan enam jenjang kader di PKS. Amandemen ini untuk mengakomodasi nonmuslim supaya bisa didudukkan di posisi legislatif dan eksekutif. Selama ini, PKS baru mendudukkan anggota nonmuslim ini di legislatif yakni di sejumlah Dewan Perwakilan Rakyat Daerah di Papua dan Nusa Tenggara Timur. Inilah serba sedikit latar belakang PKS, parti islam di Indonesia Parti Keadilan Sejahtera (PKS) Parti Keadilan Sejahtera (Singkatannya PKS atau PK Sejahtera) adalah salah sebuah parti politik yang berasaskan Islam di Indonesia. PKS didirikan di Jakarta pada 9 Jamadil Awal 1423 H bertepatan dengan 20 April 2002. PKS merupakan kelangsungan dari Parti Keadilan (PK) yang didirikan di Jakarta pada 26 Rabi'ul Awwal 1419 H bertepatan dengan 20 Julai 1998. Pada 20 Julai 1998 PKS berdiri dengan nama awal Parti Keadilan (singkatnya PK) dalam sebuah konferens di Aula Masjid Al-Azhar, Kebayoran Baru, Jakarta. Presiden parti ini adalah Nurmahmudi Ismail. Pada 30 Mei 1999 lapan parti politik berasaskan Islam (PPP, Partai Keadilan, Partai Kebangkitan Ummat, Parti Ummat Islam, PPII Masyumi, PNU, PBB, dan PSII 1905) menyepakati penggabungan suara (stembus accoord) hasil Pemilu 1999. Pada 20 Oktober 1999 PK menerima tawaran kerusi Kementerian Kehutanan dan Perkebunan (Hutbun) dalam Kabinet Pemerintahan KH Abdurrahman Wahid, dan mencadangkan Nurmahmudi Ismail (ketika itu presiden parti) sebagai calon menteri. Nurmahmudi kemudian mengundurkan diri sebagai presiden parti dan digantikan pula oleh Hidayat Nur Wahid pada 21 Mei 2000. Pada 3 Ogos 2008 parti Islam (PPP, PBB, PK, Masyumi, PKU, PNU, PUI, dan PSII 1905) menganjurkan acara sarasehan dan silaturahmi parti-parti Islam di Masjid Al Azhar dan meminta Piagam Jakarta masuk dalam Amandemen UUD 1945. Pada 8 Jun 2002 PKS menjadi salah satu parti yang menandatangani MOU bersama 15 pimpinan parti lainnya yang menolak undang-undang Pemilu Nombor 3 Tahun 1999 tentang syarat berlakunya had minimum penyertaan parti politik pada pemilu selanjutnya (electoral threshold) dua peratus di Hotel Sahid, Jakarta. Dokumen bersama ini juga menuntut agar semua parti peserta Pemilu 1999 dibenarkan bertanding lagi dalam Pemilu 2004 walaupun ada parti yang sama sekali tidak mempunyai perolehan kerusi di DPR/DPRD. Pada bulan Mac hingga Jun 2003 tercatat aktiviti-aktiviti PK yang mendukung aksi-aksi PKS. Pada 2 Julai 2003 PKS menyelesaikan seluruh proses verifikasi Departemen Kehakiman dan HAM di tingkat Dewan Pimpinan Wilayah (setingkat Propinsi) dan Dewan Pimpinan Daerah (setingkat Kabupaten/Kota). Pada 3 Julai 2003 PK bergabung dengan PKS dan dengan penggabungan ini, seluruh hak milik PK menjadi milik PKS, termasuk anggota dewan dan para kadernya. Dengan penggabungan ini maka PK secara rasmi berubah nama menjadi PKS. Pada Pemilu 2004, PKS memperoleh suara sebanyak 7,34% (8.325.020) dari Sidang Majlis Syura I PKS pada 26-29 Mei 2005 di Jakarta memilih Tifatul Sembiring sebagai Presiden PKS sesi 2005-2010. Pada 9 Julai 2008 melalui pengundian nombor susunan parti yang diadakan secara rasmi oleh KPU, PKS memperolehi nombor 8 sebagai peserta Pemilu 2009. Pada PEMILU 2009 itu, PKS berjaya perolehi 57 kerusi (10%) di Dewan Parlimen Rakyat setelah mendapat sebanyak 8.206.955 undi (7.9%) daripada penduduk Indonesia. PKS menjadi satu-satunya partai - selain Demokrat - yang mengalami kenaikan jumlah peningkatan undi dalam Pemilu itu. |
| Piala Dunia (18): Mexico Kejutkan Perancis 2 - 0 Posted: 17 Jun 2010 03:56 PM PDT
Mexico kejutkan Perancis 2-0 di Piala Dunia Pemain simpanan, Javier Hernandez dan Cuauhtemoc Blanco masing-masing menjaringkan gol pada perlawanan yang menyaksikan Mexico mengejutkan juara Piala Dunia 1998, Perancis untuk menang bergaya 2-0 di Stadium Peter Mokaba, Polokwane, Afrika Selatan, awal pagi tadi. Hernandez yang menerima hantaran cantik daripada Rafael Marquez bijak memperdaya penjaga gol Perancis, Hugo Lloris sebelum menjaringkan gol pada minit ke-64. Ketika Perancis berusaha untuk bangkit semula, pemain Mexico, Blanco berjaya menjadikan kedudukan 2-0 selepas Mexico dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-74. Mexico kini mengumpul empat mata bersama-sama Uruguay manakala Perancis dan Afrika Selatan masing-masing satu mata tetapi masih berpeluang untuk ke peringkat seterusnya. Javier Hernandez, penyerang Mexico telah dipilih sebagai man of the match perlawanan ini. |
| Posted: 17 Jun 2010 09:08 AM PDT Piala Dunia: Greece 2, Nigeria 1 Greece menewaskan Nigeria 2-1 dalam perlawanan Kumpulan B, Piala Dunia 2010, di Stadium Free State sebentar tadi. Nigeria mendahului pada minit ke-16 menerusi gol Kalu Uche tetapi terpaksa beraksi dengan 10 pemain mulai minit ke-33 apabila Sani Kaita dilayangkan kad merah. Greece mengambil kesempatan daripada kelebihan itu untuk meningkat serangan dan Dimitris Salpingidis menyamakan kedudukan pada minit ke-44. Vassilis Torosidis menjadi wira Greece apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-71. Ia adalah kemenangan pertama Greece dalam kejohanan Piala Dunia. Vincent ENYEAMA (gambar kanan), penjaga gol Nigeria telah dipilih man of the match dalam perlawanan malam ini. ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
| Kalau Tak Boleh Rayu, Jelas Bahawa Tian Chua Perlu Kosongkan Kerusi Parlimen Batu Posted: 17 Jun 2010 08:35 AM PDT Denda RM2,000 : Adakah Tian Chua sudah selamat? KUALA LUMPUR, 17 Jun – Ahli Parlimen Batu dari PKR Tian Chua dan partinya boleh menarik nafas lega dengan keputusan mahkamah rayuan yang mengurangkan hukumannya kepada RM2,000 atau penjara dua bulan petang ini. Tetapi timbul persoalan sama ada Pengarah Strategi PKR itu boleh mengekalkan kerusinya. Tian Chua menerima ucapan tahniah daripada rakan-rakannya Bagaimanapun beberapa peguam yang dihubungi denda RM2,000 yang dikenakan sudah cukup kuat untuk menganggap Tian Chua sudah tidak layak untuk kekal sebagai wakil rakyat. Sebelum ini, Tian Chua dikenakan denda RM3,000 atau enam bulan penjara setelah disabitkan kesalahan berhubung tuduhan mencederakan seorang anggota polis dengan cara menggigit lengannya. Rayuannya didengar hari ini, di depan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ghazali Cha. Pakar undang-undang dari Universiti Teknologi Mara Datuk Dr Shad Saleem Faruqi mengakui denda RM2,000 sudah cukup untuk memutuskan Tian Chua tidak layak memegang kerusinya lagi. Ketika rayuan disebut pada 4 Mac lalu, Timbalan Pendakwa Raya, Lee Keng Fatt memaklumkan bahawa kedua-dua pihak baru menerima alasan penghakiman dan memerlukan masa untuk memfailkan petisyen rayuan. Tian Chua, 47, atau nama sebenarnya, Chua Tian Chang mengemukakan rayuan setelah tidak berpuas hati dengan sabitan dan hukuman bersalah mencederakan konstabel Mohd Rosyaidi Anuar, 22, ketika anggota polis itu sedang menjalankan tugasnya dalam satu perhimpunan di Parlimen, 11 Dis 2007. Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan menyebut bahawa seseorang anggota Dewan Rakyat boleh hilang kerusi dimenanginya jika dihukum penjara tidak kurang daripada satu tahun atau denda tidak kurang RM2,000 dan ia tidak mendapat pengampunan. "Ini boleh dianggap sebagai satu kemenangan," kata wakil rakyat itu kepada pemberita sebelum bergegas untuk menjelaskan denda sebelum kaunter ditutup pukul 4 petang. Jika tidak membayar denda beliau perlu berada di penjara. Dengan diiringi senyuman Chua berkata, beliau terkejut dengan keputusan itu dan menghargai pertimbangan hakim yang membolehkan pilihan raya kecil dielakkan, sekali gus mengelakkan kos kepada kerajaan. Negara telah menyaksikan 11 pilihan raya kecil sejak Mac 2008. Ghazali berkata soal hukuman merupakan budi bicara sepenuhnya hakim perbicaraan berkenaan kecuali yang melibatkan hukuman mati. "Dalam kes ini perayu adalah pesalah pertama. Tidak dapat dinafikan juga bahawa tiada keistimewaan patut diberikan kepada beliau sebagai ahli parlimen," katanya. Bagaimanapun, katanya jika hukuman yang dijatuhkan boleh menjadikan Tian Chua, 47, tidak layak menjadi seorang anggota Parlimen, satu pilihan raya kecil terpaksa diadakan. "Seperti yang diketahui pilihan raya kecil ini memerlukan perbelanjaan yang besar dan memberi kesan kepada keseluruhan rakyat negara ini begitu juga kesejahteraan dan keharmonian di antara berbagai-bagai bangsa. Di atas alasan ini, saya berpendapat suatu hukuman yang setimpal yang tidak melibatkan banyak pihak adalah merupakan suatu hukuman yang adil. Hukuman yang dijatuhkan oleh Majistret diketepi dan digantikan dengan hukuman denda RM2,000 atau dua bulan penjara," katanya. Beliau menasihatkan Chua supaya lebih berhati-hati dengan tindak tanduknya. "Seorang Ahli Parlimen merupakan pemimpin di kawasan diwakilinya dan teladan kepada rakyat," kata Hakim Ghazali. Chua mengulangi bahawa beliau tidak bersalah dengan tuduhan dikenakan tetapi tidak mengulas lanjut sama ada akan mengemuakkan rayuan di mahkamah lebih tinggi. Pendakwa raya boleh membuat rayuan dalam tempoh 14 hari. Justice4all : Ikut perlembagaan Perkara Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan, jelas menyebut bahawa ahli Parlimen boleh hilang kerusi dimenanginya jika dihukum penjara tidak kurang daripada satu tahun atau denda tidak kurang RM2,000 dan ia tidak mendapat pengampunan. Maknanya tak boleh langsung kena penjara atau denda. Walaupun denda seratus ringgit pun, tetap dilucut jawatan. Ini diakui oleh Datuk Dr Shad Saleem Faruqi. Jadi nak tak nak, Tian Chua boleh rayu ke mahkamah rayuan (tapi saya tak pasti boleh tak kes ini dirayu lagi, kena tengok penghakiman kes). Jika tak boleh, maka kerusi Parlimen Batu akan dikosongkan dan prk akan diadakan di kerusi itu. Apapun jika prk diadakan, sudah pasti PR sekali lagi memenangi kerusi itu berdasarkan mood rakyat dan juga majoriti sebelum ini, iaitu menang dengan majoriti 9,455 undi Ini keputusan Pru 12 Bagi Kerusi Parlimen Batu ini. P115 BATU Jumlah Pengundi: 70,544 Peratusan Kaum: M: 44.27% C: 40.77% I: 14.33% L: 0.63% 1. Chua Tian Chang (PKR) (29,785) 2. Lim Si Pin (BN) (20,330) Majoriti: 9,455 Jumlah undi: 50,729 Peratus mengundi: 71.91% Undi rosak: 614 Penyandang: Ng Lip Yong @ Ng Lip Sat (BN) (Majoriti: 11,517 undi) |
| Orang Tua Tendang Wartawan..1st Half Wcup : Nigeria Seri 1 -1 Dengan Greece Posted: 17 Jun 2010 08:05 AM PDT
Gambar menarik : Orang Tua tendang wartawan
Idris Mahat, 61, cuba menendang jurugambar selepas di jatuhi hukuman penjara 12 tahun kerana memiliki dadah seberat 16.92 gram (g) iaitu campuran 15.31g heroin dan 1.61g monoactylmorphines di Mahkamah Tinggi Seremban,semalam. Piala Dunia: Greece 1, Nigeria 1 (separuh masa pertama)
Greece dan Nigeria terikat 1-1 pada separuh masa pertama perlawanan Kumpulan B, Piala Dunia 2010, di Stadium Free State. Nigeria mendahului menerusi gol Kalu Uche pada minit ke-16 manakala Dimitrios Salpingidis menyamakan kedudukan untuk Greece pada minit ke-44. ![]() ![]() ![]() |
| Piala Dunia (17) : Argentina Belasah Korea 4 - 1 Posted: 17 Jun 2010 07:10 AM PDT Piala Dunia: Argentina 4, Korea Selatan 1 Argentina menewaskan Korea Selatan 4-1 dalam perlawanan Kumpulan B, Piala Dunia 2010, di Soccer City, sebentar tadi. Argentina mendahului menerusi gol sendiri Park Chu-young pada minit ke-17 sebelum Gonzalo Higuain menambah gol kedua pada minit ke-33. Lee Chung-yong merapatkan jurang menerusi gol pada masa kecederaan separuh masa pertama. Namun, Higuain mengembalikan kelebihan dua gol untuk Argentina menerusi jaringan pada minit ke-76. Empat minit kemudian, Higuain melengkapkan hatrik untuk Argentina menang selesa. ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
| Sukma Melaka Dahla Takde Sambutan, Tapi Turut Dicemari Dengan Politik Kotor UMNO Posted: 17 Jun 2010 06:01 AM PDT Ini 2 kisah berkaitan Sukma ini anjuran UMNO Melaka. Dahla kurang sambutan kerana pilih tarikh sama dengan Piala Dunia, bahkan turut ada permainan politik dalam penganjuran Sukma. Membazir duit rakyat je kerja Ali Rustam ni. Apapun jom kita aca 2 kisah ini : Kisah Pertama : UMNO Aniaya Rakyat Yang Meniaga Di Sukma 01:57 Dicatat oleh Krai Utara Setelah seminggu blog ini tidak dikemaskini maka hari bermula kisah mengenai kehidupan peniaga yang berniaga ditapak Stadium Hang Jebat dan MITC yang mana merupakan entiti besar kepada kejohanan SUKMA ke-13 kali ini. Bukan ini untuk menceritakan berapa jumlah pingat yang dikutip oleh kontijen Melaka sebalik mahu mendedahkan sikap orang UMNO dan PEKIDA yang menjadikan peniaga sebagai tempat mereka memeras ugut dan dijadikan sebagai mangsa keganasan samseng mereka. Hari ini saya dan pimpinan Pemuda Pakatan Rakyat Melaka sempat meninjau dan bertemu dengan beberapa pemilik gerai yang meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap samseng-samseng UMNO yang meminta bayaran tapak sewa dengan kadar harga yang tinggi dan melampau. Ada dikalangan peniaga wanita disepak terajang dan ditendang seperti aksi bola sepak. Mereka diperas ugut agar tidak melawan sebaliknya patuh dengan arahan yang diberikan oleh pengurusan. Tujuan utama pihak pengurusan berbuat demikian adalah untuk menutup mulut peniaga agar tidak bersuara mengenai kadar sewa tapak Stadium Hang Jebat. Tapak Stadium Hang Jebat diuruskan oleh sebuah syarikat dari Kuala Lumpur yang dikenali sebagai KL Downtown Night Market Sdn Bhd. Syarikat ini beroperasi di Ulu Klang, Ampang Selangor dan menjadi pengurusan sempena SUKMA ke-13 di Melaka. Cuba lihat dalam surat yang dikeluarkan oleh syarikat milik KL Downtown ini. Surat tersebut merujuk mengenai tapak sewa di Stadium Hang Jebat dan ada terma-terma yang merujuk ke arah bersifat ugutan. Harga bagi setiap gerai adalah RM1000 hingga RM2800 sedangkan saiz khemah dan tapak adalah sama. Pengurusan juga mengenakan kadar bayaran sewa harian mengikut kehendak mereka dan sehingga mencecah angka yang tinggi. Mereka mengenakan harga yang sesuka hati. Jika peniaga tidak dapat membayar sewa, mereka menyuruh peniaga meninggalkan tapak tersebut serta merta. Ada juga dikalangan peniaga dihalau dan diugut dengan pisau oleh samseng-samseng ini. Samseng-samseng ini memperkenalkan diri mereka dari PEKIDA dan mereka akan menikam sesiapa sahaja yang cuba melawan. Pada masa yang sama pihak polis hanya jadi tunggul kayu sambil memerhatikan tindakan samseng ini. Mereka bukan melindungi peniaga sebaliknya melindungi samseng-samseng dan geng-geng PEKIDA. Dikalangan peniaga ada yang membuat laporan polis tetapi pihak polis mengugut para peniaga agar tidak membuat rusuhan di balai sedangkan tindakan peniaga adalah untuk membuat laporan polis sebaliknya dituduh sebagai mengadakan rusuhan. Aggota polis tersebut menggugut peniaga jika tidak bersurai maka mereka akan memanggil FRU untuk meleraikan peniaga. Begitu jahil dan kejamnya anggota polis sehinggakan tidak dapat membezakan peniaga dan samseng. Kejadian ini berlaku di sebuah balai polis di sekitar Tangga Batu. Polis bagaikan telah dirasuah oleh samseng kerana tidak bertindak ke atas samseng sebaliknya bertindak ke atas peniaga. Seorang peniaga dari Utara menceritakan bagaimana dia tidak dapat tidur dengan nyeyak kerana bimbang barangan mereka akan dirosakkan oleh samseng-samseng UMNO dan PEKIDA ini. Pihak polis hanya berdiam seribu bahasa akan tidakan ganas samseng-samseng ini. Ramai peniaga ditapak rasa tertipu dengan pihak pengurusan sama ada di Staium Hang Jebat dan MITC. Di MITC keadaan tapak peniagaan telah dikosongkan kerana para peniaga bimbang akan tindakan ganas dari samseng akan berulang dan mereka telah beredar pulang ke destinasi masing-masing kecuali di tapak Stadium Hang Jebat masih didiami oleh peniaga. Rungutan daripada peniaga juga kedengaran ekoran jualan mereka merosot akibat tindakan zalim pihak pengurusan yang mengenakan kadar sewa yang tinggi dan tidak akan memulangkan deposit tapak sewa sekiranya penyewa tidak dapat berniaga sebaliknya memberi ugutan. Beginikah sikap polis Melaka? Adakah berdiam diri melhat samseng-samseng bermaharajalela. Samseng-samseng ini dikatakan berasal dari Melaka dan Kuala Lumpur. Tujuan samseng ini datang ke Melaka adalah untuk menjadi "Geng Kongsi Gelap". Ada peniaga dibelasah di dalam pejabat pengurusan sekiranya mereka membantah dengan kadar sewa. Ramai juga yang berdiam diri akan tindakan ganas samseng-samseng ini kerana bmbang akan diapa-apakan dengan senjata oleh samseng. Pihak berkuasa harus menyiasat kes ini agar pegawai keselamatan lebih telus dalam menangani kes-kes jenayah yang terang-terang berlaku didepan mata mereka. Kalau kes yang mahu berdemonstrasi secara aman, polis bertindak ganas tetapi dengan samseng-samseng ditapak peniagaan macam hilang telur. Ikuti kisah selanjutnya dalam post yang akan datang beserta dengan audio dari pihak peniaga dan juga surat sewa dari pihak pengurusan. Kisah Kedua : Exco Selangor YB Elizabeth Wong Dihalang Sampaikan Pingat
Exco Selangor YB Elizabeth Wong menceritakan petang tadi bagaimana seorang pegawai di Sukma yang sedang berlangsung di Melaka begitu marah apabila beliau diberi penghormatan untuk menyampaikan pingat-pingat untuk satu acara renang. Elizabeth berkata pegawai tersebut mempersoalkan kenapa beliau dibenarkan menyampaikan pingat-pingat itu. Akibat dari bantahan pegawai tersebut, Elizabeth berkata beliau telah hanya dijemput untuk menyampaikan pingat-pingat untuk satu acara sahaja walaupun pada mulanya beliau dijemput untuk dua acara. Bagi acara yang kedua, seorang Exco (Menteri) Sabah telah menggantikan beliau. Tahun lepas saya telah ke Kuala Terengganu untuk memberi sokongan kepada peserta-peserta Sukma negeri Selangor. Sempat menyaksikan perlawanan hoki. Tapi tahun ini setelah apa yang berlaku kepada Elizabeth, rasanya mungkin tidak ke Melaka. Nampaknya di Melaka, dalam sukan pun pilih-pilih parti. |
| Posted: 17 Jun 2010 05:28 AM PDT Aksi Asia hampir jangkau benua lain CAPE TOWN: Semua pasukan Asia mempamerkan permainan membanggakan rantau itu dalam pusingan pertama saingan Piala Dunia kecuali Australia yang tampil mengecewakan walaupun diramalkan menjadi pasukan harapan berjaya dalam kempen kali ini. Beratus juta orang sepanjang rantau itu menjadi saksi persembahan bertenaga dipamerkan Korea Selatan, Jepun, Korea Utara termasuk New Zealand yang mewakili Oceania. Korea Utara berpesta selepas berjaya meraikan gol pertama mereka di Piala Dunia dalam tempoh 44 tahun, Jepun mencatat kemenangan pertama di gelanggang luar manakala New Zealand mengutip mata pertama dalam sejarah penyertaan mereka. Bagaimanapun, Australia atau Socceroos yang menjadi pasukan terbaik rantau Asia di Piala Dunia empat tahun lalu, mempamerkan persembahan memalukan apabila dibelasah Jerman 4-0. Kejayaan Jepun mengejutkan Cameroon 1-0 dalam saingan Kumpulan E membakar semangat dan menambah keyakinan mengatasi pencapaian terbaik mara ke peringkat 16 pasukan terakhir di Piala Dunia 2002. "Kemenangan itu memberikan ruang tambahan kepada kami bernafas, menguatkan mental sebelum menghadapi baki dua perlawanan," kata bekas pemain tengah Arsenal, Junichi Inamoto. Mereka akan bertemu Belanda dalam perlawanan berikut dan jurulatih Takeshi Okada kekal dengan perspektifnya. "Dalam perlawanan berikutnya, kami akan menentang Belanda, jadi kami perlu selangkah ke depan," katanya. - AFP Piala Dunia: Argentina 2, Korea Selatan 1 Argentina mendahului Korea Selatan 2-1 pada separuh masa pertama perlawanan Kumpulan B, Piala Dunia 2010, di Soccer City. Park Chu-young menjaringkan gol sendiri pada minit ke-17 dan Gonzalo Higuain menambah gol kedua Argentina pada minit ke-33. Korea bagaimanapun bangkit menerusi Lee Chung-Yong pada minit tambahan 45+1. Mungkinkah Korea Selatan akan lakukan kejutan. Sama-samalah kita nantikannya. Ini barisan pemain kedua-dua pasukan hari ini. Korea Selatan 01 Lee Woon-Jae, 21 Kim Young-Kwang, 03 Hyung-ll Kim, 15 Kim Dong-Jin, 22 Cha Du-Ri , 23 Kang Min-Soo, 05 Kim Nam-Il, 06 Kim Bo-Kyung, 13 Kim Jae-Sung, 09 Ahn Jung-Hwan, 11 Lee Seung-Youl, 20 Lee Dong-Gook Argentina 01 Diego Pozo, 21 Mariano Andujar, 03 Rodriguez, 04 Burdisso, 12 Ariel Garce, 15 Otamendi, 05 Bolatti, 08 Veron, 23 Pastore, 16 Aguero, 18 Martin Palermo, 19 Milito ![]() ![]() |
| Piala Dunia (15) : Malam Ni Saya Memilih Pasukan Korea Selatan, Nigeria Dan Mexico Posted: 17 Jun 2010 04:19 AM PDT Malam ini ada 3 perlawanan yang dinanti-nantikan. Paling mencuri tumpuan tentulah perlawanan antara Argentina dan Korea Selatan serta Perancis bertemu Mexico. Inilah serba sedikit kisah di sebalik perlawanan mereka malam ini. Dan buat umat islam, jangan lalai dengan bola..jangan lupa solat magrib dan isya'. 1. Argentina vs. Korea Selatan (17 Jun 7:30pm (Malaysia) - Saya memilih pasukan Korea Selatan dan jangkakan keputusan seri. Maradona 'berentap' musuh lama 2010/06/17
JUNG-MOO dan kaptennya, Park Ji-Sung memerhatikan skuad Korea Selatan berlatih, semalam. Gambar kecil, Maradona Jurulatih Korea Selatan pernah ditugas merantai pergerakannya pada 1986 JOHANNESBURG: Jurulatih Argentina, Diego Maradona akan berdepan musuh lama apabila anak buahnya menentang Korea Selatan dalam perlawanan kedua Kumpulan B di Soccer City, hari ini. Jurulatih Korea Selatan, Huh Jung-moo adalah lelaki yang ditugaskan untuk merantai pergerakan Maradona semasa perlawanan pembukaan Piala Dunia Mexico 1986, perlawanan yang masih dikenang di Buenos Aires berikutan taktik permainan keras Korea terutama ke atas kapten pasukan mereka itu. "Saya memang mengingati Huh," kata Maradona selepas undian perlawanan yang menemukan kedua-dua pasukan dalam satu kumpulan Disember lalu. "Pada 1986, Korea bermain taekwondo dengan kami, bukannya bola sepak." Maradona turun untuk aksi di bandaraya itu ketika baru pulih daripada kecederaan panjang dan taktik yang digunakan Korea adalah melakukan apa saja asalkan mampu menyekat kemaraan penyerang lincah berkenaan. Bagaimanapun, mereka gagal kerana Maradona menerajui pasukan untuk aksi bertenaga dan meraih kemenangan 3-1, merintis jalan untuk pasukan itu ke final Piala Dunia dan menewaskan Jerman Barat. Argentina dan Korea Selatan - yang tidak pernah bertemu sejak Piala Dunia Mexico, akan turun untuk perlawanan hari ini dengan semangat tinggi selepas masing-masing meraih kemenangan pertama - Argentina menumpaskan Nigeria 1-0 dan Korea mengejutkan Greece 2-0. - Reuters 2. Greece vs. Nigeria (17 Jun 10:00pm (Malaysia)- Saya memilih pasukan Nigeria dan jangkakan Nigeria menang. Greece, Nigeria bagai di hujung tanduk 2010/06/17 Kalah bermakna mereka hampir pasti gagal melepasi pusingan pertama peringkat kumpulan BLOEMFONTEIN: Greece dan Nigeria sama-sama berada dalam keadaan sukar menjelang perlawanan Kumpulan B, Piala Dunia, hari ini kerana jika kalah mereka hampir pasti gagal melepasi pusingan pertama. Namun, barisan pemain Greece bimbingan Otto Rehhagel berada dalam keadaan lebih sukar. Nigeria hanya melepaskan satu gol dan hampir menjaringkan gol penyamaan pada perlawanan pembukaan ketika tewas 1-0 kepada Argentina, manakala Greece tewas kepada Korea Selatan 2-0. Rehhagel tanpa diduga berjaya menerajui Greece menjuarai Kejohanan Eropah 2004 dengan falsafah 'bertahan dulu' yang memerlukan pemainnya mematuhi taktik dirancang secara tepat, tidak memberi ruang kepada lawan dan mengambil peluang daripada set-piece serangan. Dan itu juga yang mereka tekankan sekali lagi. "Dalam bola sepak moden, pasukan perlu mempunyai keupayaan bertahan," kata penjaga gol, Michalis Sifakis. "Seluruh pasukan harus menutup ruang, ia bukan isu mengenai pemain secara individu atau pertahanan saja." Selepas kekalahan kepada Korea Selatan, yang mana Greece gagal bermain mengikut perancangan dan melepaskan gol awal yang penting apabila gagal mengeluarkan bola dari kawasan bahaya selepas sepakan percuma, Rehhagel mengingat pemain supaya mengikut arahan atau mereka akan dihantar pulang ke tanah air. Barisan pemainnya tampak patuh kepada ingatannya itu. Penyerang, Dimitris Salpingidis juga menguasai pemikiran 'bertahan dulu' itu dengan berkata: "pasukan bagus ditentukan oleh pertahanan mantap, tetapi mereka berupaya menjaringkan gol apabila peluang muncul. Itu yang kami perlu lakukan." - AP 3. Perancis vs. Mexico (18 Jun 2:30am (Malaysia)- Saya memilih pasukan Mexico dan jangkakan Mexico menang. Mexico yakin mampu mara pusingan ke-2
POLOKWANE: Pasukan Perancis yang berada dalam kacau-bilau akan berdepan barisan Mexico yang semakin meningkat keyakinan dalam Kumpulan A hari ini, pertembungan yang bakal menentukan siapa akan mara dalam Piala Dunia. Mexico menjaringkan gol penyamaan lewat dalam perlawanan pertama menentang Afrika Selatan, menjejaskan sambutan hari pembukaan bagi tuan rumah. Perancis pula membuka kempen selepas itu dengan menentang Uruguay tetapi tidak mencetuskan kegerunan kepada sesiapa kecuali pesaing dalam kumpulan. "Mereka memiliki nama mereka, kami memiliki nama kami. Tetapi nama tidak bermain, pemain yang akan beraksi," kata kapten Mexico, Gerardo Torrado. "Tiada selain daripada kemenangan akan membantu kami." Pertahanan Perancis, Eric Abidal berkata 'keadaan akan menjadi lebih sukar jika kami mendapat keputusan buruk' kerana Perancis kemudian perlu berdepan Afrika Selatan dalam perlawanan kumpulan terakhir di depan penyokong fanatik. - AP |
| Taikon Tua Mahmud Taib Ada Harta Berjuta-Juta Di Kanada Posted: 17 Jun 2010 03:30 AM PDT Empayar hartanah keluarga Taib di Kanada? Jun 17, 10 5:36pm Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud dan anggota keluarganya didakwa memiliki hartanah bernilai lebih C$100 juta (RM320 juta) di Kanada, lapor sebuah laman anti-Taib - Sarawak Report.
Lamanweb itu mendakwa, ia termasuk kompleks mewah - Preston Square (kanan) dengan menara kaca kembar yang menyediakan ruang pejabat dan kompleks membeli-belah mewah di wilayah komersial bernilai tinggi di pusat bandar Ottawa. Menurutnya, dengan menempatkan ruang pejabat syarikat multinasional seperti Xerox, Adobe dan Sun Life, projek tersebut menyediakan sumber kewangan tambahan daripada kutipan sewaan, kepada keluarga Taib. Projek pembangunan utama tersebut, dakwanya, merupakan 'permata' kepada syarikat pemaju hartanah Sakto Development Corporation, yang dimiliki oleh keluarga Taib. Sakto mempunyai senarai portfolio puluhan lagi bangunan pejabat dan kawasan perumahan mewah di Kanada. Ditubuhkan pada awal tahun 1980-an oleh anak-anak Taib - Mahmud Bekir Taib, Jamilah Taib dan adiknya Onn Mahmud, perniagaan keluarga itu dikendalikan oleh menantu Taib - Sean Murray - seorang rakyat Kanada yang berkahwin dengan Jamilah (kiri). Murray dan Jamilah memiliki kediaman kedua termahal di Ottawa - bernilai RM28 juta - yang terletak di kawasan ekslusif Taman Rockcliffe di ibunegara Kanada (kanan Justice4all : Si tua Taib Mahmud ni sebijik macam Wan Mokhtar. Memerintah negeri berpuluh tahun dan merompak harta rakyat (klik untuk tengok cara Taib Mahmud menjadi perompak). Rakyat dibiarkan menjadi papa kedana. Inilah sikap pemimpin BN. Wang didahulukan, rakyat disepak terajang. Buat rakyat Sarawak..insaflah dan sedarlah..BN pembawa bencana buat rakyat. Jom semua, bumiputera, cina, iban, dayak dll..kita tolak BN dalam pilihanraya negeri akan datang. Undi BN umpama Undi untuk kekayaan Taib Mahmud. Satu undi untuk PR, umpama undi untuk kekayaan rakyat.. |
| 4 Kisah Berita Yang Memualkan..Semuanya Salah UMNO Posted: 17 Jun 2010 02:57 AM PDT 4 Berita yang memualkan. Apa dah nak jadi dengan orang Malaysia ni..kerja rogol dan liwat semudah minum abc..kalau BN Yahudi masih butakan masalah ini, tunggulah peringatan yang benar dari Allah.. BERITA 1 Remaja lari dinodai kekasih 2010/06/17 KUALA LUMPUR: Seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun yang dikatakan merajuk dan melarikan diri dari rumahnya menerima padah atas perbuatannya apabila dia dinodai teman lelakinya. Difahamkan, sebelum kejadian mangsa bergaduh dengan kakak dan sering dimarahi ibunya kerana tidak pandai menjaga adik lelakinya yang baru berusia setahun. Mangsa yang tertekan kemudian meninggalkan rumahnya di Bandar Permaisuri, di sini, sebelum lari bersama teman lelakinya. Semuanya bermula Isnin lalu, kira-kira jam 5 petang, apabila mangsa dibawa teman lelakinya ke sebuah flet sebagai tempat untuk menyembunyikan pelajar itu daripada keluarganya. Menurut sumber, lelaki terbabit dikatakan menyewa sebuah bilik di kawasan perumahan itu sebelum berjanji akan menjaga keselamatan teman wanitanya. "Namun, kepercayaan mangsa lebur apabila dia dirogol teman lelakinya itu pada malam berkenaan," katanya. Sumber berkata, esoknya suspek meninggalkan mangsa namun berpesan supaya tidak meninggalkan rumah itu. BERITA 2 Tragedi hitam PORT DICKSON: Perjalanan jauh seorang remaja dari Shah Alam, Selangor ke bandar percutian ini untuk bertemu kekasih hati mengundang tragedi hitam apabila dirogol lelaki terbabit di sebuah rumah di Springhill, di sini. Malah, lebih menyedihkan apabila remaja berusia 15 tahun itu turut dirakam gambar manakala barang kemas dan telefon bimbitnya dirampas teman lelakinya yang berusia 25 tahun. Detik hitam remaja itu bermula apabila dia datang seorang diri ke bandar ini sebelum dijemput teman lelakinya pada 5 Jun lalu. Mereka kemudian ke sebuah rumah di Springhill. Ketua Polis Port Dickson, Superintendan Baljeet Singh, berkata mangsa kemudian dirogol di rumah berkenaan kira-kira jam 4.30 pagi keesokan harinya. "Selepas dirogol, suspek merampas barang kemas yang dipakai dan telefon bimbit mangsa sebelum menghantar gadis berkenaan ke stesen komuter Seremban pada keesokan harinya. "Gadis berkenaan kemudian membuat laporan polis mengenai kejadian yang dialaminya pada 9 Jun lalu," katanya BERITA 3 Lelaki langgan pondan cuba rasuah 2010/06/17 MELAKA: "Tuan, saya bagi RM300 dan angkat (ambil) sekali 'wallet' (dompet). Tolonglah lepaskan saya," kata seorang lelaki berusia 30 tahun yang dicekup sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) selepas dipercayai melanggan seorang pondan di Jalan Tun Ali, di sini, awal pagi semalam. Bagaimanapun, taktik murahan bagi menggelapkan mata pegawai penguat kuasa Jaim itu tidak menjadi dan dia ditahan serta diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri. Dalam kejadian jam 1.10 pagi itu, lelaki terbabit dicekup selepas ditemui bersama seorang pondan berusia 35 tahun di satu kawasan gelap di belakang deretan rumah kedai. Apabila anggota penguat kuasa tiba, lelaki terbabit membuat tawaran berkenaan sebagai imbuhan bagi melepaskan diri dari ditangkap. Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama Jaim, Rahimin Bani, berkata sebelum ditahan, lelaki bukan beragama Islam itu sudah menawarkan RM50 kepada anggotanya. Bagaimanapun, apabila datang pula seorang pegawai penguat kuasa yang mengetuai operasi itu, lelaki terbabit menggandakan pula tawarannya kepada RM100. "Lelaki terbabit kemudian menawarkan pula RM300 berserta dompetnya sebagai balasan untuk tidak diambil tindakan. "Tetapi, lelaki berkenaan terus digari dan dibawa ke dalam van sebelum laporan polis dibuat dan ditahan lalu diserahkan kepada SPRM pagi ini (semalam)," katanya. BERITA 4 Warga asing, pelacur ditahan dalam serbuan 2010/06/17 GEORGETOWN: Taktik warga asing menjadikan bangunan usang dan busuk sebagai rumah kediaman bagi mengelak daripada dicekup pihak berkuasa tidak menjadi selepas Jabatan Imigresen Pulau Pinang membongkar sarang persembunyian mereka, semalam. Hasil maklumat orang awam, 20 anggota jabatan itu melalui Ops Selera yang dijalankan bermula jam 8 malam hingga 4 pagi semalam, menyerbu tiga rumah di Jalan Siam, Jalan Chowrasta dan Pengkalan Weld, di sini. Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Negeri, Abdul Rahman Hassan, berkata, pihaknya menahan 46 warga asing di tiga lokasi membabitkan 24 lelaki warga Bangladesh dan India serta 22 wanita warga Thailand dan Indonesia. "Hasil siasatan mendapati ada wanita yang dijadikan pelacur untuk langganan warga Bangladesh di kawasan itu dan kami juga menemui sepasang warga asing dalam keadaan bogel ketika serbuan itu," katanya ketika ditemui selepas operasi, semalam. Katanya, warga asing yang beragama Islam dan bersekedudukan juga diserahkan kepada Majlis Agama Islam Pulau Pinang untuk tindakan selanjutnya. Katanya, mereka menghadapi kesukaran apabila ada penghuni enggan membuka pintu atau menguncinya dari luar untuk mengaburi mata pihaknya. |
| Tian Chua Didenda 2 Ribu..PRK Bakal Diadakan Di Parlimen Batu??? Posted: 17 Jun 2010 02:25 AM PDT Rayuan Tian Chua ditolak, hukuman dipinda KUALA LUMPUR 17 Jun - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak rayuan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua terhadap sabitan salah atas tuduhan mencederakan seorang anggota polis. Bagaimanapun, Hakim Datuk Ghazali Cha meminda hukuman sebelum ini iaitu daripada penjara enam bulan dan denda RM 3,000 kepada denda RM2,000 dan penjara dua bulan jika beliau gagal membayar denda. - Utusan Justice4all : Adakah ini bermakna satu prk akan diadakan di Parlimen Batu. Mungkin tidak lagi sebab keputusan itu boleh dirayu ke Mahkamah Rayuan. Apapun jika ada prk Parlimen Batu syok juga. Sebab sudah pasti BN aka dimalukan sekali lagi oleh pengundi cina seperti di Hulu Selangor dan Sibu |
| 2 Juta Blogger Di Malaysia..PR Layanlah Mereka Secara Manusiawi Posted: 17 Jun 2010 01:54 AM PDT 2 juta blogger di Malaysia - Rais Kewujudan dua juta blogger di negara ini membuktikan media massa di Malaysia bebas menyiarkan pendapat dan kritikan masing-masing, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim. Beliau memberitahu persidangan Dewan Rakyat hari ini bahawa dengan perkembangan teknologi maklumat, peluang untuk mana-mana pihak bersuara dan memberikan pandangan masing-masing tidak pernah disekat oleh kerajaan. "Kita boleh lihat sekarang, media massa terutamanya media alternatif, perkembangannya semakin rancak dengan adanya perkhidmatan jalur lebar. "Dilaporkan terdapat kira-kira dua juta blogger di negara ini yang bebas melaporkan pandangan mereka dan ini mencerminkan kebebasan media di negara ini," katanya menjawab soalan Teng Boon Soon (BN-Tebrau) yang ingin tahu sama ada kebebasan media massa di negara ini masih terhad seperti yang dilaporkan oleh kajian Freedom House dari Amerika Syarikat yang mendakwa media di Malaysia belum bebas. Rais berkata Malaysia kini mempunyai 76 akhbar harian termasuk milik pembangkang, 151 saluran televisyen satelit, sembilan saluran televisyen tidak berbayar (milik kerajaan dan swasta) dan 53 saluran radio. "Ini tidak termasuk IPTV (Internet Protocol Television) yang sedikit masa lagi akan menjadi lumrah di kalangan rakyat dengan adanya perkhidmatan jalur lebar," katanya. -- mkini Justice4all : Sudah terang lagi bersuluh, jumlah blogger di negara ini amat ramai..tak kisahlah blogger politik, sukan, masak, peribadi..yang penting mereka gunakan ruang kecil kebebasan bersuara ini. Dan buat pakatan rakyat, gunakan kelebihan yang ada ini dan layanlah blogger ini secara manusiawi. Kalau ada blogger yang mengkritik, biarkan dan ambil pengajaran. Jika ada blogger yang memfitnah, nasihatkanlah dan jadilah kawan kepada kepada blogger itu..bukannya lawan yang boleh menimbulkan huru hara lebih besar selepas ini. |
| Saiful Apek Dibebaskan Dengan Ikat Jamin Hari Ini Posted: 17 Jun 2010 12:29 AM PDT ![]() PETALING JAYA: Pelakon komedi terkenal, Mohd Saifulazam Mohammad Yusoff, 41, atau lebih dikenali sebagai Saiful Apek bersama lima rakannya yang direman kerana disyaki memiliki 40 gram ganja akan dibebaskan dengan ikat jamin polis. Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar ketika dihubungi mStar Online berkata, siasatan terhadap kes tersebut akan tetap diteruskan. Sehubungan itu, katanya, polis akan membuat keputusan kemudian sama ada akan mendakwa Saiful Apek dan rakan-rakannya ataupun tidak. "Pihak polis akan membuat keputusan selepas siasatan selesai sama ada mahu mendakwa mereka atau tidak," katanya. |
| Ada 8 Contengan Tentang Roswah Di UM Posted: 16 Jun 2010 10:58 PM PDT ![]() Padan muka roswah..8 contengan ditulis mengenainya..'Altantuya puaka', 'Altantuya bini puaka C4 pembunuh', 'bini puaka' dan 'C4' telah diconteng..memang benar roswah dibenci orang ramai, termasuk golongan terpelajar. 8 contengan hasutan KUALA LUMPUR: Seorang pegawai forensik memberitahu Mahkamah Sesyen semalam, dia ada melihat lapan contengan di dinding dewan dan empat permaidani merah di tempat kejadian di dewan Universiti Malaya (UM), tahun lalu. Deputi Superintendan Shaikh Zainal Abidin Shaikh Omar, 54, yang kini bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur berkata dia melihat tiga contengan di kiri dewan, tiga di kanan dewan dan dua di depan dewan yang tercatat perkataan berbaur hasutan. Katanya, antara perkataan dilihat tertera pada dinding dewan itu adalah 'Altantuya puaka', 'Altantuya bini puaka C4 pembunuh', 'bini puaka' dan 'C4' yang diconteng secara tidak tersusun. Mengenai soalan dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Aidatul Azura Zainal Abidin mengenai empat permaidani merah yang ditemui, dia menjawab bahawa ada bau minyak yang disyaki petrol. Dia berkata demikian ketika menjadi saksi kelapan pendakwaan bagi kes membabitkan lima mahasiswa UM yang didakwa melakukan khianat membakar, menceroboh dan menconteng Dewan Utama Fakulti Akademi Pengajian Islam UM, pada jam 4 pagi, 24 Jun 2009. Tertuduh terdiri Mohamad Izzudin Hilmi, Muhammad Syahrul Deen Ahmad Rosli, Mohd Aizat Rosle, Mohamad Saiful Jelani, Mohd Shazni Munir Mohd Ithin, masing masing berusia 22 tahun. Bagi pertuduhan pertama, mereka didakwa mengikut Sesyen 436/511 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda. Bagi tuduhan kedua dan ketiga, mereka didakwa mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda RM3,000 dan Seksyen 427 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. Sementara itu, saksi kelapan itu turut mengakui tidak melihat minyak di tangan suspek ketika menjalankan pemeriksaan sewaktu menjawab soalan dikemukakan peguam bela, Mohd Arfizi Mohd Ramli. "Ia prosedur biasa yang perlu kami jalankan untuk tentukan sama ada ada atau tidak kesan minyak pada tangan suspek," katanya. Saksi kesembilan pendakwaan kes, Sarjan L Thuraisingam, 50, pula berkata beliau ke pondok keselamatan selepas mendapat maklumat seorang suspek ditahan pengawal keselamatan pada jam 9.25 pagi, 24 Jun 2009. Menurutnya, beliau ke sana dan membuat tangkapan semula serta membawa suspek ke dewan terbabit untuk menyalin baju dan seluar suspek bagi dijadikan barang kes sebelum dibawa ke Balai Polis Pantai untuk siasatan lanjut. Perbicaraan dijalankan di hadapan Hakim Rozana Ali Yusoff bersambung 1 Julai ini. |
| Nenek Ada 11 Cucu Pun Kena Tangkap Khalwat Posted: 16 Jun 2010 10:10 PM PDT Nenek 11 cucu dicekup Wanita dari Medan ditahan khalwat dengan kekasih
Gambar hiasan ALOR SETAR: Seorang nenek sebelas cucu dicekup Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) kerana berkhalwat dengan pasangannya, warga Pakistan di sebuah hotel bajet di Jalan Seberang Perak, di sini, awal pagi semalam. Ketua Operasi JAIK, Salehudin Saudi, berkata nenek berusia 49 tahun itu berasal dari Medan, Indonesia, dicekup bersama pasangannya yang juga kakitangan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), kira-kira jam 1.10 pagi. Beliau berkata, pihaknya menahan pasangan itu selepas membuat serbuan di hotel bajet itu yang terletak bersebelahan Masjid Zahir, di sini, sebelum mendapati pintu sebuah bilik di tingkat bawah hotel itu berkunci daripada dalam. "Selepas mengetuk pintu dan memberi salam, seorang wanita membuka pintu bilik itu dan membenarkan anggota kami masuk membuat pemeriksaan. "Hasil pemeriksaan kami temui seorang lelaki warga Pakistan berada dalam bilik itu dan mengesyaki sesuatu mencurigakan selepas mereka gagal menunjukkan sebarang bukti mempunyai hubungan mahram atau suami isteri. "Pada masa sama, wanita itu memakai baju terbalik serta seluar jeans yang dipakainya tidak berzip menyebabkan timbul syak," katanya ketika ditemui di sini, semalam. Salehudin berkata, lelaki berusia 55 tahun itu ketika ditemui hanya memakai seluar panjang tanpa baju dan terkejut melihat kehadiran anggotanya membuat pemeriksaan. Beliau berkata, hasil soal siasat mendapati, wanita berkenaan mengaku sanggup datang ke negara ini semata-mata ingin bertemu 'kekasihnya'. "Wanita itu memberi alasan datang ke negara ini untuk berbincang mengenai hal perkahwinan dengan lelaki Pakistan itu yang sudah mempunyai isteri dan empat anak yang ditinggalkan di Pakistan selepas lima tahun berkhidmat di KTMB. "Wanita itu memberi alasan dia kesunyian dan sanggup datang ke sini kerana rindu pada kekasih yang dikenalinya sejak setahun lalu," katanya. Beliau berkata, pasangan itu ditahan mengikut Seksyen 9(1)(2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah 1988 kerana berkurung sehingga mendatangkan syak pada orang ramai dan sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau setahun penjara atau kedua-duanya sekali. Justice4all : Macam-macam kat Malaysia..nenek nak mamp*s ada 11 cucu pun berkhalwat. Apa nak jadi nih..inilah balanya hukum islam dipinggirkan oleh Najib dan BN. Dan buat kerajaan Kedah pimpinan PAS, gunakan semaksima mungkin ruang yang ada dalam undang-undang islam negeri..jalankan tindakan pendidikan dan penguatluasaan yang agresif. Jangan biarkan masalah ini mencemari imej PAS yang perjuangkan islam yang sebenar.. |
| You are subscribed to email updates from Justice For All To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
.jpg)






kebelakangan ini. Antaranya, jelajah 1Malaysia dan Rally 1Malaysia untuk mendampingi golongan muda bagi melahirkan sentimen BN di kalangan mereka.





















.jpg)
























Tiada ulasan:
Catat Ulasan