RAKYAT MARHAEN |
- PM bentang RMK10
- Johor tarik balik gelaran Datuk Chua Jui Meng
- PAS akui semakin selesa di Pakatan, jauhi idea ‘UG’
- Nik Aziz: Jadikan PAS alternatif efektif bagi Muslim Melayu
- Muktamar PAS Lakar Sejarah ; DHPP Hantar Perwakilan
- Perasmian tiga sayap PAS cetus sejarah tersendiri!
- Usaha Umno takut-takutkan PAS sebagai 'hantu' gagal - Mursyidul Am
- Tahalluf siyasi PAS mengorak lebih perubahan massa
- Ascot Sports beroperasi tidak lama lagi
- Judi bukan budaya masyarakat Cina dan India
- KEADILAN Nafi Laporan Media Milik Umno Mengenai Rombakan
- Politik masjid di Kelantan
- Gaza: Mahfuz sifatkan Najib sebagai 'munafik politik'
- Dilema
- APA TUJUAN ADUN PKR BERTEMU SECARA SULIT DENGAN SD JOHARI..!!!
- Ahli majlis dibelasah, NGO Melayu dipersalah
- Majlis perasmian muktamar Ulamak, Pemuda dan Muslimat.
- Pengarah Apco tak jadi beri keterangan
- PDRM Diresapi Agen Zionis, UMNO Tetap Guna APCO
- Gaduh Di Dewan Rakyat Malaysia - Video
- Lagi tindakan Jais terhadap Dr Asri?
- Muktamar: Usah terperangkap agenda media arus perdana....
- Umno-BN Kecam Istael Tapi Benarkan Kapal Zionis Berlabuh Di Malaysia
- Pekida, Perkasa join Selayang land protest
- PAS iktiraf ibu cemerlang
| Posted: 09 Jun 2010 09:27 PM PDT
Tema pembentangan hari ini ialah Rancangan Kemakmuran Ekonomi dan Keadilan Sosial. RMK10 (2011-2015) amat kritikal bagi meneruskan kesinambungan prakarsa nasional ke arah merealisasikan Wawasan 2020 menjadi sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi. Intipati RMK10: * RMK9 (2006-2010): 4.2 peratus setahun perkembangan ekonomi; Pendapatan negara kasar per kapita RM26,420 (US$8,260) tahun 2010; Inflasi 3.6 peratus tahun 2010; Defisit fiskal kerajaan pusat mengecil kepada 5.3 peratus tahun 2010 berbanding 7 peratus kepada KDNK 2009.
* Anggaran pertumbuhan ekonomi 6 peratus tahun 2010. * RMK10 sasar pendapatan negara kasar per kapita meningkat kepada RM38,850 (US$12,140) pada tahun 2015; memerlukan KDNK 6 peratus setahun. *Pertumbuhan diterajui sektor perkhidmatan dan pembuatan, menggiatkan semula sektor pertanian yang bernilai tambah tinggi dan penyerapan kaedah ICT, bioteknologi serta pelantar teknologi yang berkaitan. * Cabaran besar memangkin pelaburan swasta berkembang 12.8 peratus atau RM115 bilion setahun. * Kerajaan komited untuk mengurangkan defisit fiskal daripada 5.3 peratus KDNK dalam tahun 2010 kepada kurang daripada 3 peratus pada tahun 2015. * RMK10: 10 PREMIS UTAMA * Peruntukan RMK10 bagi infrastruktur bukan fizikal meningkat kepada 40 peratus, berbanding 21.8 peratus dalam RMK9, tumpuan diberikan kepada program pembangunan kemahiran, aktiviti R&D dan modal teroka.Pertama:- Memacu ekonomi domestik dengan kepekaan persekitaran luar negara. Kedua: Memanfaatkan dan menuas faktor kepelbagaian etnik sebagai satu elemen kejayaan di arena antarabangsa. Ketiga: Mentransformasi negara ke arah pendapatan tinggi menerusi pengkhususan. Keempat: Menjayakan pertumbuhan diterajui oleh produktiviti dan inovasi. Kelima: Memupuk, menarik dan mengekalkan modal insan unggul. Keenam: Memastikan peluang yang saksama dan melindungi golongan mudah terjejas. Ketujuh: Pertumbuhan bertumpu, pembangunan inklusif. Kelapan: Menyokong perkongsian pintar yang efektif. Kesembilan: Menghargai khazanah alam sekitar. Kesepuluh: Kerajaan umpama syarikat yang berdaya saing. *RMK10: 5 TERAS STRATEGIK Pertama: Menggubah falsafah dan pendekatan kerajaan ke arah mentransformasikan Malaysia dengan metodologi NKRA. Kedua: Mewujudkan persekitaran kondusif bagi menggerakkan pertumbuhan ekonomi. Ketiga: Menuju ke arah pembangunan sosioekonomi secara inklusif. Keempat: Membangun dan mengekalkan modal insan bertaraf dunia. Kelima: Mewujudkan persekitaran kondusif ke arah mempertingkatkan kualiti hidup. * Sebuah institusi perkhidmatan awam bertaraf dunia akan diwujudkan untuk meningkatkan kompetensi penjawat awam. * Tumpuan kepada 12 bidang ekonomi utama negara (NKEA) akan diumumkan Oktober nanti: (i) Minyak dan gas (ii) Minyak sawit dan produk berkaitan (iii) Perkhidmatan kewangan (iv) Pemborongan dan peruncitan (v) Pelancongan (vi) Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) (vii) Perkhidmatan Pendidikan (viii) Elektrik dan elektronik (ix) Perkhidmatan perniagaan (x) Penjagaan kesihatan swasta (xi) Pertanian (xii) Greater Kuala Lumpur | |||||||
| Johor tarik balik gelaran Datuk Chua Jui Meng Posted: 09 Jun 2010 09:19 PM PDT Anggota Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Datuk Chua Jui Meng telah diarahkan memulangkan dua darjah kebesaran negeri Johor yang masing-masing membawa gelaran Datuk dan Datuk Seri.
Dua darjah kebesaran yang ditarik balik itu ialah "Dato Paduka Makhota Johor" dan "Dato Seri Makhota Johor". | |||||||
| PAS akui semakin selesa di Pakatan, jauhi idea ‘UG’ Posted: 09 Jun 2010 09:18 PM PDT ANALISIS, 10 Jun — Beberapa pemimpin PAS yang ditemui sebelum dan selepas majlis perasmian ketiga-tiga sayap parti itu di Kota Baru malam tadi memberikan pendirian yang sama — fokus kali ini mereka ialah memperkukuh dan memantapkan kerjasama dalam Pakatan Rakyat.Bagaimana dengan kerajaan perpaduan atau UG (unity government) dengan Umno-BN? Tidak, demikian rumsuan mereka. Pendirian ini semakin jelas berbanding dengan senario setahun lalu. Malah lebih jelas selepas pilihan raya umum ke-12 Mac lalu. Susulan pertemuan di Ipoh dan Shah Alam, pada malam tadi Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan tegas menekankan bahawa parti Islam ini sudah tidak lagi berminat dengan idea kerajaan perpaduan bersama Umno-BN. Dimaksudkan lebih awal berbanding tahun lalu kerana Menteri Besar dalam ucapan perasmian muktamar ketiga-tiga sayapnya PAS di Kota Baru menekankan bahawa beliau sudah pahit dengan pengalaman empat dekad lalu. Jika pada muktamar lalu, Nik Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan menyatakan pendirian tidak memihak kepada idea kerajaan perpaduan ketika sedang berlangsungnya muktamar PAS Pusat, tetapi kali ini beliau menekankan pendirian beliau dengan jelas secara langsung tanpa menyebut perkataan "UG" ataupun "kerajaan perpaduan". Sebagaimana dalam pertemuan dengan The Malaysian Insider di pejabatnya pagi semalam, Nik Aziz memulakan ucapan perasmian beliau dengan mengimbas apa yang berlaku di Kelantan empat dekad lalu. Pengalaman di Terengganu juga dikongsi. Pendirian beliau dinyatakan kepada kesemua sayap PAS serentak. Rata-rata mereka yang menghadiri majlis perasmian malam tadi merupakan mereka yang bakal mewarisi kepimpinan PAS pada masa-masa mendatang. Sama seperti pengalaman dilalui oleh Nik Aziz empat lalu. Dalam ucapannya kira-kira 30 minit, kata Nik Aziz, PAS memilih untuk berjuang melalui medan siasah iaitu medan yang ditutup rapat pada zaman penjajah. "Itulah penjajah Inggeris di Tanah Melayu, Belanda di Indonesia, Inggeris dan Perancis di Timur Tengah. Siasah PAS adalah politik-dakwah. Maka, kita bergerak sebagai parti politik dan kita berdakwah (berkempen) ketika bertanding dalam pilihan raya dan selepasnya demi mencapai cita-cita untuk mempersembahkan Islam yang sebenar kepada masyarakat. "Dalam perjuangan inilah, PAS telah melalui sejarah panjang yang dipenuhi dengan peristiwa jatuh bangun di dalam arena politik-dakwah. "Kesemua pengalaman pahit manis ini merupakan khazanah PAS yang berharga dalam mendepani cabaran pada masa akan datang," katanya. ![]() Ketua Wanita Dewan Himpunan Penyokong PAS Pusat R. Kumutha (dua, kanan) ketika hadir pada majlis perasmian Muktamar Dewan Ulama, Muslimat dan Pemuda di Pengkalan Chepa malam tadi. — Gambar Bernama "Sekalipun berdepan dengan parti gabungan Perikatan pada masa itu, namun kita berjaya mentadbir Kelantan dan Terengganu dengan baik. Sejarah juga mencatit bagaimana PAS telah diajak masuk bergabung ke dalam Barisan Nasional oleh Allahyarham Tun Abdul Razak. "Kita menyertai Barisan Nasional demi perpaduan, namun kesannya amat parah kepada PAS khususnya di Kelantan, PAS sendiri telah berpecah empat — selain PAS, munculnya Bebas Bersatu, Hamim dan Berjasa," katanya. Kata Nik Aziz, PAS hampir-hampir ranap akibat perpecahan tersebut. "Ia ditambah lagi dengan peristiwa PAS ditendang daripada Barisan Nasional dan akhirnya kehilangan kerajaan di Kelantan pada tahun 1978," katanya. "Inilah sejarah jatuh bangun PAS di dalam politik negara. Saya rakamkan semula di sini bukan untuk mengungkit luka lama agar berdarah kembali, jauh sekali mahu melemparkan bara dendam untuk dimarakkan, tetapi untuk menjadi pengajaran kepada kita semua dalam menongkah perjuangan," kata Nik Aziz dengan mengulas lanjut bahawa "ingin saya peringatkan, lembaran sejarah mencatit Umno dan Barisan Nasional ialah rakan yang tidak setia, tangan kanan menghulur salam, tangan kiri melipat senjata." Dengan membawa ahli-ahlinya melihat sejarah, Nik Aziz berkata PAS juga akan tetap bersama dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam menghadapi pilihan raya nanti kerana pakatan itu "semacam" pertolongan daripada Tuhan. Beliau juga melihat Pakatan Rakyat menjadi alternatif kepada Barisan Nasional. Nik Aziz berkata melalui Pakatan Rakyat, ia membuka pintu lebih luas untuk PAS dalam berdakwah menyebarkan Islam kepada bukan Islam. "Selama ini Islam diajar untuk orang Melayu sahaja di pondok dan tidak kepada bukan Islam," katanya. Beliau juga mengulangi pendiriannya agar PAS tidak bergabung dengan Umno yang pernah mengkhianati parti pada 1978 sehingga parti itu terjejas teruk. Pandangan-pandangan pemimpin spiritual ini turut dikongsi oleh pemimpin lapisan kedua parti Islam ini. Naib Ketua Dewan Ulama Datuk Ahmad Yakob berkata pertemuan kali ini akan lebih menjurus kepada usaha memantapkan PAS dengan mengeratkan kerjasama bersama Pakatan Rakyat. "Kita akan lebih kepada soal ini," kata beliau yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan apabila ditanya sama muktamar kali ini khususnya Dewan Ulama akan turut menyentuh isu kerajaan perpaduan. Sebagaimana dikatakan oleh Nik Aziz, PAS pernah bertanding pilihan raya secara persendirian. Kemudian ia bergabung dengan Barisan Nasional, keluar dan bertanding dalam pilihan raya tanpa gandingan dengan mana-mana pihak. Pada 1990 PAS turun gelanggang bersama Semangat 46 dan kemudian dengan kerjasama Barisan Alternatif sembilan tahun kemudian. Yang dimaksudkan usaha itu membolehkannya menawan satu negeri, kemudian dua negeri pada 1999 dan lima negeri bersama Pakatan Rakyat. Kejayaan PAS ini bukan bersama Umno tetapi bersama parti-parti bukan Umno. Apakah ini memberi nilai tambah kepada PAS sehingga mereka mahu menjauhi daripada idea kerajaan perpaduan Umno-BN? Dua tahun lalu PAS-DAP-PKR membentuk Pakatan Rakyat susulan pilihan raya umum ke-12. Timbalan Pesuruhjaya III PAS Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah. Pertemuan kali ini akan digunakan untuk mencari jalan memperkukuhkan ketiga-tiga komponen dalam Pakatan Rakyat yang kini memerintah empat buah negeri. Perak telah beralih tangan awal tahun lalu ekoran tindakan tiga Adun Pakatan Rakyat - masing-masing dua PKR dan seorang DAP keluar parti. "Kami hendak memperkukuhkan Pakatan tetapi apakah pendekatan kita?" kata Nik Mohd Amar yang cuba menjelaskan pendirian PAS. "Perlu ada pemahaman... sikap bagi dan terima. PAS boleh menerajui, sebagai contoh dengan urus tadbir yang baik, agar komponen PR boleh menjadikannya sebagai contoh," kata beliau. Nik Mohd Amar memberitahu The Malaysian Insider bahawa PAS kini berada dalam kedudukan yang baik memandangkan ahli-ahlinya "lebih terbuka kepada realiti politik semasa." "Dalam usaha memperkukuhkan PAS, kami akan meminta ahli-ahli menerima realiti politik semasa," kata beliau sambil mengakui ia sebagai satu cabaran bagi mengajak ahli-ahli PAS menerima kehadiran DAP dan PKR bersama Pakatan Rakyat. "Kami mahu memberi tumpuan untuk membuat persiapan menghadapi pilihan raya umum akan datang," kata beliau sambil menambah, respons kepada PAS mengalami pertumbuhan baik. "Kelab Penyokong PAS, mereka menerima idea negara Islam," Nik Mohd Amar yang juga Exco Kerajaan Negeri Kelantan. Sambil menekankan keperluan kerjasama dalam Pakatan Rakyat dan melupakan idea kerajaan perpaduan, Setiausaha Dewan Pemuda PAS Kamaruzzaman Mohamad berkata sayap PAS itu akan membincangkan usaha-usaha untuk menghalang budaya melompat dalam parti. Ketika ditemui di Kota Baru malam kelmarin, Kamaruzzaman memberitahu The Malaysian Insider, muktamar kali ini akan membangkitkan syor-syor kepada Pakatan Rakyat tentang cara untuk memilih calon. "Kami menggunakan kaedah yang ketat dalam memilih calon. Calon yang dipilih melalui pelbagai tahap, mereka yang betul-betul mempunyai perwatakan moral yang baik dan juga komitmen kepada parti," kata beliau dengan mengaitkan sejauh mana pentingnya kerjasama dalam Pakatan Rakyat dan sejauh mana seriusnya PAS dalam meneruskan kerjasama ini. "Ini sebabnya mengapa kerajaan negeri Kelantan walaupun dengan beza satu kerusi boleh kekal antara tahun 2004 dan 2008," kata beliau lagi. Dua komponen Pakatan Rakyat — DAP dan PKR kehilagan lebih 10 wakil rakyat sepanjang dua tahun ini. Ketika ditemui selepas majlis perasmian, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali menegaskan, pihaknya akan meneruskan perjuangan mereka bersama Pakatan Rakyat. "Tidak, tidak. Bab lama (ini) sudah ditutup. Kita akan bersama Pakatan, ini sudah diputuskan," kata beliau sambil menambah, Umno lazimnya akan cuba untuk menghidupkan semula isu ini. "Umno boleh bawa, kami kekal dengan keputusan yang sudah dibuat... tumpuan kali ini ialah memantapkan PAS bersama Pakatan," kata beliau. Selepas dua tahun PAS semakin tegas dalam pendirian mereka berhubung isu idea kerajaan perpaduan. PAS kelihatan melihat masa depannya lebih cerah bersama Pakatan Rakyat. PAS mahu memujuk ahli-ahlinya agar menggunakan peluang terbaik ini untuk menuju Putrajaya bersama DAP-PKR. Cabaran PAS: mengukuhkan kedudukan, memantapkan Pakatan Rakyat dan menjauhi idea kerajaan perpaduan serta tidak mahu mengulangi pengalaman pahit 1970-an. | |||||||
| Nik Aziz: Jadikan PAS alternatif efektif bagi Muslim Melayu Posted: 09 Jun 2010 09:16 PM PDT KOTA BARU, 10 Jun — PAS, rakan komponen Pakatan Rakyat, perlu mempunyai daya penarik yang efektif kepada kaum Melayu dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13, kata Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat malam tadi.Sehubungan itu Menteri Besar Kelantan berkata, PAS perlu mendapat sokongan Melayu dengan kadar yang lebih banyak bagi memastikan kemenangan parti itu, sekali gus menggantikan Umno. "Kita mahu menjadikan PAS sebagai parti yang menarik kepada Muslim Melayu. "Semoga dengan jumlah 110 kerusi parlimen yang majoritinya Muslim, akan berlaku suatu pendekatan terbaik bagi menjamin kemenangan Islam setidak-tidaknya kesemua kerusi yang PAS bertanding," kata Nik Aziz. "Pilihan raya umum yang ke-12 dan siri pilihan raya kecil yang berlaku selepasnya, termasuklah terbaru di Hulu Selangor dan Sibu, jelas sekali bagaimana Barisan Nasional telah ditolak secara total oleh pengundi bukan Melayu. "Hari ini, tidak dinafikan bahawa yang menjadi tongkat Barisan Nasional ialah pengundi Melayu. "Saya suka mengingatkan agar memerhati perkembangan ini dengan serius," katanya. Nik Aziz berkata demikian semasa berucap merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Ulama, Pemuda dan Muslimat serentak di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan, Pengkalan Chepa dekat sini malam tadi. Dengan mengambil kira perkembangan sepanjang dua tahun lalu, tegas Nik Aziz, PAS perlu bergerak cergas mulai sekarang bagi mendapatkan sokongan orang Melayu dengan membawa Islam sebagai ideologi perjuangan parti. ![]() Nik Aziz berbual dengan Ketua Dewan Muslimat Nuridah Mohd Salleh (kanan) selepas merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Pemuda, Muslimat dan Ulama serentak di Kota Baru malam tadi. — Gambar Choo Choy May Nik Aziz menambah, orang-orang Melayu perlu diingatkan bahawa kris yang dijulang oleh pemimpin Umno "bukannya untuk memperjuangkan Melayu tetapi hanyalah untuk merobek perpaduan kaum dan menikam bangsa sendiri yang tidak sehaluan dengan mereka." "Buktinya, Kelantan sebagai negeri yang majoritinya Melayu dinafikan hak untuk mendapatkan royalti minyak daripada buminya sendiri. "Projek-projek pembangunan daripada pusat semuanya diserahkan kepada jabatan mereka sendiri. Semacam kerajaan Kelantan sekarang tidak sah dan pegawai-pegawai tidak berpelajaran, lemah dan korup," kata Nik Aziz yang menerajui Kelantan sejak 1990. Secara kebetulan muktamar tahunan PAS termasuk ketiga-tiga sayapnya diadakan di Kota Baru memperingati dua dekad pemerintahan PAS di Kelantan. Dalam ucapannya, beliau juga meminta ketiga-tiga sayap PAS membuat satu panduan terperinci dalam mendapatkan kepercayaan orang Melayu untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang. Ini kali pertama muktamar tahunan ketiga-tiga sayap dirasmikan secara serentak. Nik Aziz menambah, demi memastikan orang-orang Melayu turut bersama PAS dalam pelayaran bahtera perubahan ini, "PAS perlu bergerak dengan lebih efektif agar dterima rakyat." "Jika ditanya Kelantan apakah formulanya, saya suka menjawab bahawa formulanya ialah mendidik jiwa rakyat dengan agama, suburkan sanubari mereka dengan taqwa kepada Allah agar hati mereka tidak mati, tidak keras untuk menerima siraman hujan kebenaran," katanya. Nik Aziz menambah, usaha ini perlu dilakukan setiap masa, bukan lima tahun sekali tatkala menjelang pilihan raya. "Bahkan perlulah sentiasa memilih antara laluan fujuraha (maksiat) dan laluan taqwaha (ketaqwaan). "Inilah beza antara jemaah Islam dan sekular. Pada sudut inilah, saya meletak harapan besar kepada Dewan Ulama, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat agar meletakkan keutamaan menguasai sasaran lebih besar pengundi Muslim Melayu," katanya. | |||||||
| Muktamar PAS Lakar Sejarah ; DHPP Hantar Perwakilan Posted: 09 Jun 2010 04:11 PM PDT KOTA BHARU – Muktamar Tahunan PAS mencipta sejarah apabila buat pertama kalinya selepas 65 tahun perjuangan PAS, orang bukan Islam akan menjadi perwakilan.(Gambar - Perarakan masuk Dewan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Aziz) Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali berkata demikian dalam ucapannya selaku Pengerusi Panitia Muktamar Tahunan PAS Kali Ke 56 di Majlis Perasmian Muktamar Tahunan Dewan-dewan tersebut di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (Putik), di Pengkalan Chepa dekat sini, semalam. Menurutnya, Muktamar kali ke 56 tahun ini juga akan melihat satu perkembangan baru dalam PAS dimana ia akan turut dihadiri oleh perwakilan dari Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP). "Secara rasminya, Dewan Himpunan Penyokong PAS yang baru ditubuhkan pada 23 Mei lalu.akan menjadi peserta Muktamar PAS,"ujarnya. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada Dewan-dewan Ulamak, Pemuda dan Muslimat PAS kerana turut melakar sejarah baru dalam perjuangan PAS sepanjang 56 tahun. Buat kali pertamanya, kata beliau, ketiga-tiga Dewan yang menjadi sayap utama PAS itu menempa sejarah apabila ia dirasmikan sekaligus, secara serentak oleh Mursyidul Am PAS, merangkap Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat. Selain itu, menurutnya, Dewan-dewan Ulamak, Pemuda dan Muslimat juga mencipta sejarah apabila buat kali pertamanya dihadiri oleh para perwakilan bukan dari negeri-negeri tetapi mewakili kawasan-kawasan dari seluruh Negara. "Belum pernah sebelum ini, ketiga-tiga Dewan, dirasmikan secara serentak, sekaligus, (dalam satu majlis), "dewan-dewan Ulamak, Pemuda dan Muslimat juga mencipta sejarah pada kali ini, buat kali pertamanya perwakilan bagi dewan-dewan tidak mewakili negeri-negeri, tetapi mewakili kawasan-kawasan,"jelasnya. Dengan kehadiran para perwakilan dari kawasan-kawasan tersebut, Dato' Mustafa berkata, ia akan memberikan ruang dan peluang yang lebih luas kepada ahli-ahli menyuarakan pandangan mereka. | |||||||
| Perasmian tiga sayap PAS cetus sejarah tersendiri! Posted: 09 Jun 2010 03:36 PM PDT KOTA BHARU, 9 Jun - Buat julung kalinya, PAS menempa sejarah tersendiri apabila Muktamar tahunan ketiga-tiga sayap parti itu, Dewan Pemuda, Ulama dan Muslimat dirasmikan secara serentak oleh Mursidul Am, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat. Perasmian muktamar ketiga-tiga dewan dilangsungkan di Pusat Tarbiyyah Islam Kelantan 9Putik) dekat sini dimulakan dengan pemeriksaan perbarisan Unit Amal dan Nisa oleh Tok Guru Nik Aziz. Beliau diiringi Setiausaha Agung, Dato' Mustafa Ali, Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi, Timbalan Ketua Ulama, Dato' Ahmad Yaakob dan Ketua Dewan Muslimat, Ustazah Nuridah salleh. Turut hadir, Naib Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man; saf kepimpinan pemuda, ulama dan muslimat, pemerhati dan NGO-NGO serta jemputan. Tepat jam 9.00 malam, barisan kepimpinan tiga dewan mengambil tempat berbaris dihadapan perkarangan Putik bagi menanti kehadiran Tok Guru Nik Aziz. Jam 9.35 malam, Tok Guru dan ketua-ketua dewan memasuki dewan persidangan Putik dengan diiringi selawat dan hadirin yang berdiri bagi memberi penghormatan kepada tetamu VIP. Perasmian dimulakan dengan nyanyian lagu negaraku dan lagu tema PAS, seusai nyanyian, perwakilan diperdengarkan dengan bacaan ayat suci al-Quran oleh Qariah jemputan, Abdul Bari Abdullah. Majlis diteruskan dengan ucapan aluan setiausaha Agung yang juga pengerusi pengelola Muktamar PAS ke-56 yang akan berlangsung hingga ahad ini. Berbaju melayu gelap, bersongkok bekas Ahli Parlimen Dungun memberikan penghargaan kepada jawatankuasa panitia dan Kelantan sebagai tuan rumah kepada muktamar kali ini. Mustafa mengalu-alukan kehadiran Tok Guru yang sudi merasmikan muktamar dewan-dewan yang mencipta sejarahnya tersendiri.Himpunan Tiga dewan ini kata Mustafa belum pernah dibuat sekali sebagaimana malam ini. "Ia kali pertama perwakilan dari seluruh dewan tidak lagi wakili negeri-negeri tetapi kawasan-kawasan yang bererti lebih ramai perwakilan dari ulama, pemuda dan muslimat, ini ruang yang berikan suatu pendedahan dan peluang sama-sama berikan pandangan mereka," katanya. Walaupun pada tahun 1982 pemuda buat muktamar berasingan dari muktamar penuh PAS, tetapi hasilnya ia pencetus kepada wujudnya konsep kepimpinan ulama yang memandu kepimpinan PAS hari ini, katanya. Seterusnya perwakilan dari seluruh negara akan ambil bahagian dan esok, ketua-ketua dewan sampaikan ucapan mereka kepada dewan masing-masing, katanya. Kali ini juga sejarah tercipta dengan Dewan Himpunan Penyokong PAS menghadiri muktamar secara rasmi menjadi peserta dan pemerhati rasmi, katanya. "Ini idea 50 tahun lalu oleh Ustaz Zulkifli Mohammad bagi menjadikan bukan Islam mewakili dan menyertai PAs," katanya. Mustafa berkongsi kisah-kisah lalu mengenai perjuangan PAS dengan dewan-dewan sebagai tunjangnya dan sumber tenaga penggerak perjuangan. Beliau juga menyatakan bahawa Umno hari ini sudah menuju hari tuanya, sementara PAS pula melalui proses kemudaannya. Mustafa sekali lagi melahirkan rasa syukur dengan perasmian yang berjalan lancar dan memberikan penghargaannya kepada Tok Guru selaku Menteri Besar yang berjaya mempertahankan pemerintahan selama 20 tahun sejak 1990. Beliau mengharapkan muktamar kali ini diselesaikan dengan jayanya. Seusai ucapan Setiausaha Agung, Tok Guru pula mengambil tempatnya untuk merasmikan muktamar dengan diiringi laungan takbir oleh perwakilan dan pemerhati. Tepat jam 10.06 malam, Tok Guru memulakan ucapannya dengan sepotong ayat al-Quran mengenai persoalan keadilan dalam melaksanakan hukuman dan kebertanggungjawaban terhadap amanah. Beliau mengalu-alukan kehadiran ketua-ketua dewan dan saf kepimpinannya, selain perwakilan yang turur serta dalam perasmian muktamar dewan-dewan. Dalam ucapannya, Tok Guru mengingatkan amanah tugas sebagai seorang manusia kepada Allah dengan memetik beberapa potong ayat al-Quran. Beliau turut mengingatkan bahawa perjuangan PAS adalah warisan para ambia sejak dahulu, dan perjuangan ini akan diteruskan kepada waris kemudian. Tok Guru Nik Aziz berkata, PAS sebagai sebuah parti politik yang berdakwah, masuk bertanding dalam pilihan raya, dan berdakwah untuk menegakkan syiar Islam. Dalam menyertai pilihan raya, PAS pernah bersendirian sementara pernah juga masuk bergabung dengan Perikatan pada tahun 1973 melalui kerajaan perpaduan, katanya. "Rupanya ia adalah perangkap kepada PAS, kita sertai BN kerana perpaduan tetapi oleh kerana itu PAS hampir-hampir ranap dan kehilangan Kelantan pada tahun 1979, saya rakam bukan ungkit luka lama berdarah kembali tetapi ia pengajaran kepada perjuangan, Umno/BN rakan yang tak setia,"katanya. Selepas keluar BN, PAS sendirian, dan berkat kegigihan dengan kepimpinan Ulamanya dengan tarbiyah yang mengukuhkan kepimpinan seluruh entiti dalam PAS, dan pakatan dengan semnagat 46 akhirnya menang di Kelantan semula pada tahun 1990, sementara 1999 dengan Barisan Alternatif berjaya dengan merampas Terengganu. Sementara tahun 2008, PAS kuat dengan kerjasama dengan DAP dan KeADILan yang menguatkan kembali akhirnya beberapa negeri berjaya dirampas dari Umno/BN. "Pakatan itu bersama tugas dakwah, rakan kita madhu kita" katanya. Beliau juga menamsilkan kebobrokan kepimpinan Umno/BN, sementara solusinya ialah Pakatan Rakyat untuk mentadbir negara pada pilihan raya umum ke-13 dengan aspirasi kemenangan pada 2008. Beliau juga mahu PAS bergerak aktif dengan menyuburkan sanubari rakyat dengan iman dan takwa agar hati rakyat tidak mati. | |||||||
| Usaha Umno takut-takutkan PAS sebagai 'hantu' gagal - Mursyidul Am Posted: 09 Jun 2010 03:34 PM PDT KOTA BHARU, 10 JUN - PAS selama ini telah ditakut-takutkan sebagai "hantu" kepada rakyat di negara ini dan parti-parti pembangkang lain khususnya DAP. Atas nama Pakatan Rakyat, Parlimen Sibu boleh dimenangi hasil pakatan dan kerjasama erat PAS, DAP dan PKR, tegas Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika berucap merasmikan secara serentak muktamar ketiga-tiga sayap PAS di Putik, malam tadi. Mood rakyat hari ini, tegasnya menyokong PAS dan Pakatan Rakyat. Laluan ke Putrajaya sudah dibuka luas. Rakyat akan mengiringi Pakatan Rakyat ke sana (Putrajaya). Persoalannya, lontar Tok Guru Nik Aziz, sejauh manakah PAS menangani strategi menuju ke Putrajaya untuk membentuk pemerintahan baru menggantikan BN? PAS mesti mengikut mood rakyat dan jangan sesekali silap kerana padahnya amat teruk, ujar beliau. "Ulama jangan berehat, teruskan membaja ummat dengan dasar-dasar Islam. Gigih lahirkan ulama muda sebagai pelapis. Pemuda pula mesti wala dan teruskan perjuangan dan memasakan keyakinan, mengembelingkan tenaga untuk menegakkan keadilan dalam sebuah perjuangan yang sarat dengan suka duka, halangan dan rintangan. "Begitu juga Muslimat. Muslimat kukuhkan jamaah mendekati golongan pengundi wanita. Lebih kehadapan, menampilkan kepimpinan di tengah-tengah masyarakat. Turun terus kepada massa," tegas beliau. Selesai berucap, Mursyidul Am turut menyampaikan anugerah Tokoh Pemuda PAS kepada Ustaz Haji Hassan Shukri yang mempunyai pelbagai sejarah pembabitan dalam PAS sejak mudanya hingga kini. Pernah memikul amanah Setiausaha Agung PAS, Naib Presiden PAS dan jawatan terakhir beliau, Timbalan Presiden PAS. Ustaz Hassan kini Ahli majlis Syura Ulama PAS dan pernah dilantik menjadi Senator. Sementara Tokoh Muslimat PAS dianugerahkan kepada Ustazah Jamilah Ibrahim, bekas Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat dan pernah juga dilantik Senator oleh PAS. Hadiah dan cenderahati disampaikan oleh Tok Guru Nik Aziz sebaik usai tayangan slidea berkenaan tokoh muslimat itu dipancarkan pada skrin besar dewan. | |||||||
| Tahalluf siyasi PAS mengorak lebih perubahan massa Posted: 09 Jun 2010 03:32 PM PDT KOTA BHARU, 10 JUN - MURSYIDUL AM PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tanpa Islam yang diperjuangan PAS umpama badan tanpa jasad dan perjuangan yang dipacu oleh PAS ini telah dimulakan oleh Nabi-nabi dan Rasul-rasul terdahulu dan PAS bergerak hari ini hanya sebagai mata rantai dalam memperjuangan Islam di Malaysia. Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan secara serentak Muktamar sayap Pemuda, Ulama dan Muslimat di Putik, Pangkalan Chepa malam tadi. Perjuangan pahit manis dalam perjuangan ini, tegasnya, menjadi khazanah parti yang tiada nilainya. PAS pernah bertanding seorang diri, bergabung dengan BN dan Semangat 46. Kini bergabung dengan PKR dan DAP. Namun penyertaan ke dalam BN ibarat perangkap yang sengaja dipasang untuk menjatuhkan PAS. "PAS hampir-hampir ranap setelah ditendang oleh BN dari komponen itu. Penyertaan PAS ke dalam BN telah memberi pukulan teruk kepada parti Islam terbesar di Malaysia ini. PAS berpecah empat. Hinggalah PAS muncul dengan imej baru yang lebih mantap, "kepimpinan ulama" awal tahun 1980-an bagi menarik semula keyakinan rakyat terhadapnya," ujarnya. setelah itu katanya, PAS bergabung dan mengadakan tahaluf siasi dengan Semangat 46 pada tahun 1990 dan hasilnya, Kelantan jatuh ke tangan PAS. Kemudian bergabung dengan Barisan Alternatif - PKN dan DAP, banyak kerusi yang dimenangi dan pada pilihan raya umum 1999, PAS berjaya membentuk kerajaan di Terengganu. "Tahaluf siasi diteruskan bersama Pakatan Rakyat, dulunya Barisan Alternatif pada pilihan raya umum ke-12 yang lalu. Maka rakyat memberi sokongan padu hingga Pakatan memerintah Selangor, Perak, Kedah dan Pulau Pinang," ujarnya lagi. | |||||||
| Ascot Sports beroperasi tidak lama lagi Posted: 09 Jun 2010 12:32 PM PDT Para analisa berkata, kelulusan untuk pengeluaran semula lesen telah diberi dan sebarang kelewatan adalah ekoran dari isu ini telah dipolitikkan dan langkah melicinkan kaedah operasinya. Keyakinan bahawa kelulusan ini telah diberi diperkuatkan lagi dengan komen daripada wakil Ascot Sports yang dimuatkan di akhbar harian berbahasa Inggeris dan dihantar kepada Starbiz semalam. Wakil tersebut menyatakan bahawa berdasarkan surat kelulusan, syarikat (Ascot Sports) kini sedang berbincang dengan kementerian (Kementerian Kewangan) untuk mencapai persetujuan tentang butiran lanjut operasinya. Isu percukaian "Ini termasuklah isu percukaian untuk memastikan kelebihan pada tempahan melalui perjudian haram dapat dikurangkan dan supaya Ascot Sports dapat membantu kerajaan mengurangkan aktiviti judi haram," kata wakil itu. Seorang penganalisa dari sebuah bank pelaburan tempatan berkata "akhirnya kelulusan ini akan diberi walaupun maklum balas dari orang ramai dalam seminggu terus dijalankan." Beliau merujuk kepada komen daripada Donald Lim, timbalan menteri kewangan yang baru dilantik hari Isnin bahawa kementeriannya sedang mengumpul maklum balas dan akan membuat keputusan pada minggu depan. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, dalam jawapan bertulis beliau kepada Ahli Parlimen PKR Batu, Tian Chua di Dewan Rakyat Isnin lalu berkata, kerajaan masih dalam proses mendapatkan maklum balas dari pelbagai golongan mengenai cadangan lesen judi itu yang bertujuan untuk mengurang dan akhirnya menghapuskan aktiviti judi haram. Penganalisa itu berkata, kerajaan sedang menggubal dasar yang lebih telus supaya tidak memberi gambaran yang salah sepertimana yang difahamkan selama ini. Beliau berkata, isu ini tidak memberi imej yang baik kepada kerajaan kerana kelulusan telah diberi tetapi maklum balas dan pandangan dari pelagai pihak akan dikumpulkan sebelum lesen dikeluarkan semula. Seorang lagi penganalisa berkata, tindakan berhati-hati kerajaan setakat ini lebih dilihat sebagai langkah Najib untuk melihat respon daripada rakyat kerana penentangan terhadap isu ini semakin kuat. Kutipan hasil judi ini boleh mencecah RM6 bilion setahun dan sekiranya kerajaan mengenakan cukai sebanyak 8% sahaja maka hasilnya berjumlah RM480 milion, kata seorang penganalisa. | |||||||
| Judi bukan budaya masyarakat Cina dan India Posted: 09 Jun 2010 12:26 PM PDT Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) merasa sangat berbangga dengan sokongan secara terbuka Dr. Toh Kin Woon, Presiden Pusat Pembangunan Kebudayaan Lim Lian Geok (LLG) terhadap kempen pemansuhan judi sukan yang telah dilaksanakan oleh GMJ. Malah beliau sendiri mengajak semua masyarakat menyertai himpunan 100 Ribu Memansuh Judi Sukan di Kuala Lumpur pada 3hb Julai 2010. Kenyataan beliau boleh diperolehi dalam laman web pusat berkenaan di url http://llgcultural.com/bm/index.php?option=com_content&view=article&id=61:llg-membantah-kerajaan-meluluskan-lesen-judi-bola-sepak&catid=34:kenyataan-media-2010&Itemid=55. Orang Islam di Malaysia mungkin telah diberi gambaran yang salah oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab yang menyatakan bahawa judi merupakan budaya orang cina dan india. Dr. Toh Kin Woon yang juga bekas exco kerajaan Negeri Pulau Pinang zaman Barisan Nasional memerintah, mempertegaskan bahawa judi bukanlah budaya orang cina malah persepsi salah ini boleh merosakan hubungan antara muslim dan bukan muslim dinegara ini. Beliau mempertegaskan bahawa kerajaan tidak patut memperkudakan bukan muslim sebagai alasan meluluskan lesen judi bola sepak. Beberapa pertubuhan orang Cina katanya telah menyuarakan ketidaksetujuaan terhadap pemberian lesen tersebut. Dr. Toh Kin Woon juga menyatakan bahawa asas pemberian lesen judi bola sepak, tidak dapat membendung perjudian haram bola sepak, kegagalan membendung perjudian haram adalah berpunca daripada kelonggoran penguatkuasaan dan rasuah. Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG yang telah didaftarkan pada tahun 1995 merupakan pertubuhan yang ke 55 menyatakan sokongan terhadap Kempen Mansuh Judi Sukan anjuran GMJ. Sebelum ini Ikatan Perpaduan Rakyat Malaysia pimpinan Sdr. Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil telah menyatakan sokongan terhadap kempen terbabit. GMJ terus membuka peluang kerjasama semua NGOs dan parti politik dalam Kempen Memansuhkan Judi Sukan. Segala maklumat GMJ boleh layari menerusi http://bantahjudi.wordpress.com Suhaizan Bin Kaiat, Setiausaha, Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ). | |||||||
| KEADILAN Nafi Laporan Media Milik Umno Mengenai Rombakan Posted: 09 Jun 2010 12:24 PM PDT Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Penerangan, Latheefa Koya, KEADILAN menolak laporan media yang disiarkan dalam Malay Mail bertarikh 7 Jun 2010 yang mengatakan akan berlaku rombakan besar dalam parti termasuk membabitkan jawatan Setiausaha Agung. "KEADILAN ingin menyatakan dengan jelas tidak ada sebarang rombakan jawatan kanan dan Saifuddin Nasution Ismail tetap kekal sebagai Setiausaha Agung parti. "Parti juga ingin menekankan bahawa ia sedang dalam proses penyediaan menghadapi pemilihan parti di mana ahli parti akan mengundi secara terus bagi memilih majlis pimpinan pusat termasuk jawatan Presiden, Timbalan Presiden dan Naib Presiden," kata Latheefa. Latheefa juga berkata pemimpin parti sentiasa boleh dihubungi untuk mendapatkan sebarang komen atau penjelasan mengenai apa-apa perubahan di dalam parti tanpa terpaksa menggunakan sumber ketiga atau sumber yang tidak disahkan. | |||||||
| Posted: 09 Jun 2010 12:23 PM PDT ![]() Menerusi tulisan saya sebelum ini bertajuk "Politik hendaklah selari dengan Islam" adalah sarat dengan realiti politik Islam dan sebenarnya berlaku dalam masjid. Maka, berani saya hujahkan bahawa salah satu ciri politik Islam ialah wujudnya politik masjid. Ia cukup berbeza dengan politik sekular yang tidak menerima amalan politik berlaku di gereja. Oleh sebab itu, tiada sebab bagi umat Islam meniru-niru cara-cara politik sekular yang memakai prinsip politik suku, agama suku. Maka, PAS sebagai parti Islam adalah bersih dari saki-baki amalan politik sekular. Melainkan parti Umno yang masih pekat-berdene (kejap melekat) dengan lendir-lendir sekular-kebangsaan-pragmatik (SKP) warisan penjajah Inggeris! Politik masjid berlaku di Kelantan Adakah masih kental fahaman Umno di Kelantan, sedangkan telah 20 tahun rakyat Kelantan dibayangi dengan politik Islam acuan PAS? Menjawab persoalan ini, memang ada sebahagian kelompok Melayu yang berfahaman politik SKP terlekat pada puak Umno Kelantan. Maka ia dilihat masih pekat melekat dengan lendir itu. Justeru itu, kalangan kelompok itu masih berlaku isu penolakan politik masjid, meskipun seketika lalu lendir SKP agak jumud dan beku. Persoalannya, kerana apa baru sekarang muncul pula isu politik masjid di Kelantan? Sehingga sanggup mengupah seorang yang mendakwa pengasas pondok menghujahkan (Mingguan Malaysia, 16 Mei 2010) tiada wujud politik dalam Islam (termasuk di masjid). Sebenarnya, ia ada hubungannya dengan kepentingan politik Umno Kelantan sendiri. Tidak lain, melainkan 'katak berbunyi (berkokok) bila nak hujan' dan mungkin ada kaitannya dengan peruntukan wang ehsan RM20 juta pihak kerajaan Pusat kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan atau Umno Kelantan! Kononnya mereka (pemimpin Umno) akan berlaku adil untuk mengagihkan peruntukan itu tanpa sentimen politik. Soalnya, adilkah wang itu disalur kepada pihak yang tidak sah? Kerana pihak yang sah ialah Kerajaan Negeri Kelantan bukannya Perhubungan Umno Kelantan. Jelas sekali, dalam bab wang ehsan mereka tidak menghayati tuntutan dalam ceramah (khutbah) Jumaat, iaitu 'perintah Allah agar berlaku adil di dalam berbuat kebaikan' sesama Islam. Itulah balanya memisahkan politik dari masjid. Mereka (puak Umno) sudah tidak lagi memakai perintah ceramah Jumaat dalam tindak-tanduk politik mereka. Benarlah dakwaan umum, sesungguhnya mereka itu pengamal politik suku agama suku! Membangun Bersama Islam Dalam perkembangan politik tanah air, parti PAS pernah menyertai BN pada tahun 1974 sehinggalah PAS ditendang keluar tahun 1977. Hasil daripada itu, PAS bengah dan maju ke depan membina acuan baru bertegas dengan politik Islam. Berkatnya, PAS telah meraih semula keyakinan rakyat Kelantan dengan memenangi pilihan raya 1990 dan kembali semula memerintah negeri. Bertolak dari tahun 1990 hingga sekarang, PAS di Kelantan telah meletakkan dasar Membangun Bersama Islam sehingga berjaya mentadbir dan menguruskan pembangunan negeri. Teras Membangun Bersama Islam adalah ubudiah, masuliah dan itqan (UMI). Teras ubudiah adalah mendidik rakyat Kelantan memahami peranannya sebagai hamba Allah yang diciptakan semata-mata untuk memperhambakan diri kepadaNya. Teras masuliah pula adalah mengajar rakyat Kelantan komited dengan tanggungjawab (akauntabiliti) yang dipikul dan melaksakan tanggungjawab itu kerana Allah SWT dan meyakini setiap tanggungjawab itu akan dipersoalkan oleh Allah SWT di akhirat kelak. Sementara teras itqan adalah menuntut semua rakyat Kelantan diingatkan agar melakukan tugas secara berkualiti melalui budaya ketekunan, komitmen dan kesungguhan serta fokus dalam bekerja, tanpa penyelewangan atau sikap sambil lewa. Kesemua teras UMI ini telah dipacu dengan baik menerusi pelbagai program kerajaan Negeri Kelantan. Salah satunya adalah menerusi masjid dan surau yang merupakan medan ilmu lokal para guru agama dan pendakwah menyampaikan kefahaman politik dan cara hidup Islam. Kesan UMI Kesan yang jelas amalan UMI iailah berlaku keluhuran PAS mengamalkan pentadbiran berteras agama (UMI) dibuktikan dengan tindakan kerajaan Negeri Kelantan menarik akaun kerajaan dari bank riba kepada Bank Islam dan mewujud perhotelan Islam yang tanpa alkohol, menutup semua premis judi yang dilesenkan oleh pemimpin Umno, mempamerkan syiar agama dengan peraturan wanita menutup aurat dan memberi hak kepada semua kaum termasuk Orang Asal. Berikutnya, melaksanakan asas-asas perumahan Islamik mengandungi tiga bilik, mengutamakan kebajikan warga emas bagi semua kaum melalui skim kifalah, merakyatkan ekonomi negeri melalui skim Ladang Rakyat dan bantuan pembangunan kepada usahawan wanita. Mengawal hiburan agar selari dengan batasan agama dengan memperkenalkan enakmen kawalan hiburan, menyediakan hiburan nasyid alternatif dan memajukan pembinaan budaya hiburan Islamik sehingga melahirkan dikir barat dakwah, dikir hijrah dan dikir halaqat. Sebenarnya, kekuasaan politik atas nama politik Islam telah membolehkan banyak program pembangunan Islam yang memberi kesan kebaikan untuk semua kaum di Kelantan. Misalnya, dengan pembinaan Masjid Keputeraan Sultan Ismail Petra di Rantau Panjang bercirikan seni bina masjid Cina di Beijing turut mendekatkan hubungan kaum di Kelantan. Malah mengingatkan pula kepada kegemilangan betapa umat Islam di Cina adalah umat yang lebih awal menerima seruan Islam berbanding orang Melayu. Ia adalah untuk menobatkan kehebatan Islam. Mendekatkan Islam dengan DAP Paling menarik di sebalik kesan politik Islam dibawa oleh PAS di Kelantan, ia telah berjaya menghapuskan salah fahaman dan Islamfobia DAP kepada Islam dan politik Islam. Meskipun, seketika awal-awal mendekati DAP, PAS diserang dan Islam dihina oleh pemimpin DAP. Sehingga ada kalangan pemimpin mereka yang menentang hangit model Negara Islam, hukum hudud dan terlalu prejudis dengan keadilan pentadbiran Islam di Kelantan. Sekarang, salah faham dan Islamfobia hampir tiada kedengaran lagi, malah tidak kurang pula kalangan pemimpin dan wakil rakyat DAP sudah pandai berkalimah Arab, menghafal al-Quran, menyebut kalimah al-Quran dan mengiktiraf kehebatan sejarah Islam di dalam ceramah-ceramah mereka. Hinggakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Encik Lim Guan Eng selaku Setiausaha Agung DAP (di negeri majoriti pengundi Cina) telah berani mengisytiharkan model kepimpinan Umar Abdul Aziz sebagai ikutan pentadbirannya. Sehingga Lim turut melontarkan persoalan kepada pihak Umno yang tidak mahu menerima realiti, bahawa pentadbiran Islam mempunyai kebaikan yang boleh ditiru dan diamalkan oleh sesiapa sahaja. Paling terbalik-kot pula, Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz selaku Mursyidul Am PAS seorang tokoh Islam yang nazari (seorang yang teguh pendirian agama – fundamental agama) sering dinanti-nantikan oleh masyarakat Cina dan India agar dapat hadir di dalam majlis ceramah mereka. Malah setiap kali kehadiran Tuan Guru Nik Abdul Aziz akan disambut dengan standing ovation (sambutan berdiri dengan iringan tepukan hormat) oleh hadirin kaum Cina dan India. Sedangkan kehadiran beliau bukan untuk dinner, sebaliknya menyampaikan ucapan penyatuan rohani dengan selalu mengingatkan kepada titik penyatuan manusia bermula dari satu keturunan, yakni Nabi Adam AS lalu membaca ayat al-Quran (surah An-Nisa'3:1) bermaksud, "Wahai sekalian manusia, bertakwalah kepada tuhan kamu, yang telah menciptakan kamu dari seorang manusia (bernama Adam). Dan daripadanya Allah menciptakan isterinya (bernama Hawa'), Allah memperkembang biakkan (keturunan dari jenis) laki-laki dan perempuan yang ramai. Dan bertakwalah kepada Allah, yang dengan (mempergunakan) namanya, kamu saling meminta satu sama lain. Dan (peliharalah) hubungan persaudaraan dan kasih sayang (di antara sesama kamu). Sesungguhnya Allah selalu memantau dan mengawasi (segala tindak tanduk dan aktiviti hidup) kamu." Apakah senario ini semua bermakna PAS telah menggadai maruah dan meninggalkan pinsip Islam di tepi longkang? Natijahnya, penerimaan tersebut sudah tentu memberi untung kepada politik Islam, tatkala sebahagian masyarakat Cina dan India serta Siam sudah berani mendekati PAS melalui penubuhan Kelab Penyokong PAS. Sekarang kelab itu (dilancarkan pada 23 Mei lalu) telah diiktiraf sebagai sayap parti dan bertaraf Dewan Himpunan Penyokong PAS (selesa disebut Dewan Penyokong). Ia menguatkan lagi sayap PAS kepada empat sayap. Sesungguhnya, amat seni politik Islam ini. Kebaikannya telah menarafkan peranan Dewan Penyokong bersama-sama Dewan Ulamak, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat memikul tugas politik Islam. Maka, pendekatan PAS selama ini (bermula dengan kepimpinan arwah Ustaz Datuk Fadhil Nor dan sejak dipakai tema PAS untuk Semua), sebenarnya PAS telah sedia bertoleransi, bertegas dan mesra kepada semua kaum adalah suatu pendekatan berpandukan kejayaan Nabi Muhammad SAW tatkala mendikrikan Sulh Hudaibiah dan mengikat perpaduan menerusi al-Dustur al-Madinah. Apakah pendekatan ini melayakkan PAS menjadi boneka kepada DAP atau KeADILan? Sesungguhnya, PAS terus maju dengan misi politik-dakwah dan kental menghadapi segala cabaran. PAS di Kelantan yang memerintah sejak dua dekad lalu terus istiqamah menjadikan institusi masjid, rumah Allah sebagai pusat paling sesuai menyampaikan mesej pembangunan politik-dakwah. Hasilnya, rakyat Kelantan menerimanya tanpa prejudis lagi. Demikianlah senario politik masjid di Kelantan. Hanya Allah SWT maha mengetahui setiap apa yang diciptakan-Nya dan Dia maha bijak merencana, dan segala pengetahuan dan perencanaan-Nya adalah mengatasi pengetahuan dan perencanaan manusia. | |||||||
| Gaza: Mahfuz sifatkan Najib sebagai 'munafik politik' Posted: 09 Jun 2010 12:21 PM PDT KUALA LUMPUR, 9 Mei: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai munafik politik walaupun Perdana Menteri itu kelmarin telahpun membentangkan usul khas di Dewan Rakyat mengecam tindakan Zionis-Israel menghalang armada kemanusiaan masuk ke Gaza minggu lepas. Kecaman Mahfuz itu gara-gara sebuah kapal misteri bernama Zim Genova milik Zim Israel Nevigation Company dilaporkan berlabuh di Perlabuhan Klang sejak semalam, sebagaimana dipetik dari akhbar Utusan Malaysia hari ini. "Usul Perdana Menteri di Dewan Rakyat menunjukkan kemunafikan politik Najib kerana semalam Najib bersama-sama Ahli Parlimen Umno BN mengecam keganasan Israel tetapi, pada masa yang sama menjalinkan perdagangan komersial dengan negara haram itu. "Dia (Najib) bersikap munafik dengan agamanya (Islam), munafik dengan bangsanya (Melayu) dan munafik seluruh rakyat dunia dan Malaysia," kata beliau dalam satu kenyataan media di Lobi Parlimen. Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, pendedahah tersebut sekaligus hampir menjawab pendedahannya semalam di Dewan Rakyat, iaitu kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) didakwa masih menjalinkan perdagangan komersial secara rahsia dengan negara haram Israel sebagaimana yang diperkenalkan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohammed sejak 20 Mac 1996 lalu. Ekoran kapal misteri itu juga, menurut beliau sekaligus hampir menjawab dua dakwaannya sebelum ini, iaitu kerajaan Malaysia terbabit membekalkan bahan kimia dan minyak kelapa sawit ke negara haram tersebut sejak Mac lepas. Dari segi yang lain, beliau mendesak kerajaan mendedahkan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang terbabit yang membekalkan komiditi tempatan pada Israel. "Saya cabar Najib jelaskan di Parlimen berhubung siapa pembekal minyak sawit negara kepada negara haram itu kerana hanya Sime Darby dan Felda sahaja terbabit dalam perladangan komersial itu." "Dua-dua (Sime Darby dan Felda) adalah GLC, Najib tak perlu bermunafik dengan saya," sindir beliau. Dalam pada itu, beliau berkata, sifat munafik Najib sudah tentu mengguris para peneroka dalam kedua-dua GLC tersebut sekiranya para peneroka terbabit tahu realiti sebenar sifat munafik Najib, Umno dan BN. Dalam perkara berkaitan, beliau turut mempersoal peranan kerajaan dalam memelihara kedaulatan dan keselamatan tanah air. "Takkan radar kapal selam Najib tak boleh kesal kapal milikan Israel ini sedangkan kapal ini bukan ada di dasar laut, wartawan Utusan pun boleh kesan," sindir beliau lagi. Tuntas dari itu, beliau meminta Najib membentangkan semula usul mengecam zionis Israel dalam masa terdekat tanpa berwajah munafik seperti sekarang. ![]() | |||||||
| Posted: 09 Jun 2010 12:20 PM PDT Dua tahun yang lalu, Sharif (nama samaran) meninggalkan kampungnya di Bangladesh untuk mencari rezeki di luar negara. Sharif membayar kepada sebuah syarikat agen untuk membawanya ke Malaysia. Setibanya Sharif di Malaysia, pasportnya telah dirampas oleh seorang pegawai, dan dikurungnya di dalam sebuah bilik yang mempunyai kira-kira 60 orang migran. Sepanjang tempoh penahanan, makanan yang dibekalkan tidak mencukupi. Selepas seminggu, Sharif diberitahu bahawa beliau boleh meninggalkan tempat itu. Sharif perlu membayar untuk mendapatkan balik pasportnya, malah perlu mencari kerjanya sendiri.Kira-kira setahun kemudian, Sharif ditangkap atas alasan bahawa tempat kerjanya tidak tersenarai dalam permit kerjanya. Beliau ditahan di Depot Tahanan Imigresen Lenggeng, salah sebuah pusat tahanan yang paling teruk keadaannya di Malaysia. Jutaan manusia dari seluruh pelusuk dunia yang terjerat ke dalam kitaran migran, eksploitasi dan tahanan. Peperangan, kemiskinan, diskriminasi dan kekurangan peluang hanyalah beberapa sebab yang memaksa orang ini bermigrasi. Mereka melepaskan semua yang ada dalam tangan, termasuk tempat kediaman, ahli keluarga dan kawan. Malah, ada yang sanggup menanggung risiko kehilangan nyawa. Ramai migran mendapat kebenaran undang-undang ketika bertolak, tetapi berakhir sebagai migran haram, lantaran kegagalan memperolehi kebenaran untuk menetap atau bekerja di negara destinasinya. Dalam sesetengah kes, situasi ini berlaku kerana majikan mereka tidak memperbarui permit mereka setelah tarikh luput, atau memberi permit palsu kepada mereka. Semakin banyak negara dalam dunia yang menggunakan "penahanan" sebagai cara untuk menakut-nakut dan mencegah migran haram. Ramai migran yang gagal mendapat permit akhirnya ditahan ke dalam pusat penahanan, atau kem tentera dan penjara. Menurut undang-undang antarabangsa, dalam kes migran, penahanan hanyalah cara yang terakhir dalam kes pengecualian, kesahannya dan keperluannya harus dikaji secara beransur-ansur. Malah, tempoh penahanan harus disingkatkan. Jadi, penahanan yang dijalankan di banyak negara bercanggah dengan undang-undang antarabangsa. Pencabulan hak asasi Migran haram dan ahli keluarganya mudah dicabul hak asasinya. Mereka sering dieksploitasi oleh penyeludup manusia dan majikan yang tidak berperikemanusiaan, dan terpaksa bekerja dalam situasi yang memeras. Mereka dipinggirkan, malah ditolak oleh komuniti tempat tinggal mereka. Lebih-lebih lagi, mereka ditangkap dan ditahan sewenang-wenangnya oleh pihak yang berkuasa. Setelah dikurung ke dalam pusat tahanan, biasanya mereka akan berdepan dengan sel yang kotor dan sesak, juga penjaga yang menghina mereka sesuka hati. Kadang-kala, sekeluarga diasingkan kepada pusat tahanan yang berlainan. Kebanyakan mereka tidak tahu bila akan dibebaskan, mahupun dihantar pulang ke negara asal mereka.Pihak berkuasa di Malaysia sering menangkap dan menahan migran sebegini. Pada Julai 2009, Amnesty International (AI) buat pertama kali dibenarkan untuk melawat tiga buah pusat tahanan di Malaysia. Ketiga-tiganya telah dipenuhi orang, malah kekurangan faktor keadaan kebersihan yang asas. Di Depot Tahanan Imigresen Lenggeng, wakil AI menemui Syarif. "Keadaan di sini sangat teruk," Sharif memberitahu AI, "Makanan kurang. Waktu pagi hanya diberi sedikit roti dan teh. Jamuan tengah hari dan petang hanya semangkuk kecil nasi dan secebis ikan kering, tiada sayur-sayuran dan buah-buahan. Tak pernah saya kenyang. Digigit nyamuk dari pagi sampai malam, bukan saja gatal pada kulit, malah senang dijangkit penyakit." "Air minuman juga sangat kotor, dengan cebisan karat dalamnya. Pegawai di sini juga sangatlah ganas." Depot Tahanan Imigresen Lenggeng terletak di selatan Kuala Lumpur. Lokap tanpa bumbung dipenuhi ratusan migran lelaki. Satu lagi pusat tahanan yang berdekatan dengan KLIA juga dipenuhi dengan migran. Ramai yang ditahan di sini berbulan-bulan, tanpa perubatan yang sesuai, makanan yang mencukupi, air minuman yang bersih dan bantuan guaman. Keadaan yang teruk ini mengakibatkan penyakit, malah kematian. Undang-undang tidak mengehadkan tempoh tahanan, orang kena tahan juga tidak boleh mempertikaikan kesahan tahanannya di mahkamah. Libya ialah kawasan yang mesti dilalui jika menuju ke Eropah dari Sahara Afrika, tetapi ramai yang tidak sampai ke destinasi. Ada yang dihantar balik oleh negara Eropah seperti Itali, ada pula ditangkap di Libya, dan dikurung dalam pusat tahanan tempatan. Ada kalanya mereka ditahan tanpa had masa, dan kesahan penahanan tidak boleh dipertikaikan. Pada Mei 2009, AI menziarahi pusat tahanan di Misratah, 200 km dari ibu negeri, Tripoli. Kira-kira 600 hingga 700 orang tahanan dari Eritrea, Somalia, Sudan, Nigeria dan lain-lain negara terkurung sesak dalam pusat tahanan yang direka hanya boleh menampung separuh dari bilangan ini. Siasatan mengejut terhadap migran adalah strategi yang digunakan oleh kerajaan Korea Selatan untuk mengendalikan migran haram. Jadi, ribuan yang ditangkap, ditahan dan kemudian diusir keluar setiap bulan. Operasi secara besar-besaran ini telah menyebabkan pusat tahanan gagal menampung bilangan tahanan, lantas mengakibatkan masalah kesesakan, keadaan yang teruk dan ketidaksampaian rawatan perubatan. Ada yang menjadikan bangunan kerajaan sebagai pusat tahanan buat sementara agar menampung lebih ramai migran haram, tetapi cara ini tidak sesuai. Ini kerana pengaliran udara yang tidak baik di tempat ini, malah ada yang tidak mempunyai tingkap yang menghala ke luar, dan tiada ruang riadah. Di Greece, kanak-kanak yang tidak diiringi ibu bapa ditahan dalam pusat tahanan yang sesak lagi kotor, malah ada yang ditahan lebih daripada dua bulan. Ada pula kanak-kanak tanpa diiringi ibu bapa ditahan bersama dewasa lain, atau ditahan di pusat tahanan yang berbeza dengan ibu bapanya. Menurut undang-undang yang baru diluluskan pada Jun 2009, kerajaan Greece boleh melanjutkan tempoh tahanan migran asing dari tiga bulan ke enam bulan, malah 12 bulan jikalau keadaan memerlukan. Perlindungan peraturan antarabangsa Menurut peraturan antarabangsa, mereka yang ditahan oleh pihak kastam perlu dibenarkan untuk mendapatkan bantuan perubatan, malah dibenarkan kunjungan ahli keluarga. Syarat tahanan perlu mematuhi UN Standard Minimum Rules for the Treatment of Prisoners, UN Body of Principles for the Protection of All Persons under Any Form of Detention or Imprisonment dan piawaian hak asasi lain. Setiap negara perlu menghormati kebebasan bergerak seseorang, dan mengambil langkah yang berkesan selain penahanan. Penahanan seharuslah kes pengecualian tetapi bukan prinsip. Malah penahanan haruslah dijadikan pilihan yang terakhir, bahkan jika dilaksanakan, perlu dihadkan dalam jangka yang tersingkat. International Convention on the Protection of the Rights of All Migrant Workers and Members of Their Families telah diluluskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 18 Disember 1990. Seksyen 16 konvensyen tersebut memperuntukkan jaminan kebebasan dan keselamatan buruh migran dan ahli keluarga, maka harus dielakkan penangkapan dan penahanan sewenang-wenangnya. Hak asasi yang lain termasuklah perkhidmatan sosial dan perubatan, tiada buruh paksaan dan sebagainya. Setakat ini, konvensyen ini hanya diluluskan 42 buah negara. Apa yang menyesalkan, negara utama yang menerima migran belum meluluskan konvensyen ini. Pada 18 Disember 2009, Hari Migran Antarabangsa, selain menghargai sumbangan migran terhadap negara berkenaan, AI menyeru agar negara yang belum menandatangani konvensyen tersebut agar berbuat demikian. Negara yang sudah menandatangani juga harus memastikan agar prinsipnya telah diterapkan ke dalam undang-undang dan telah dilaksanakan. AI menggesa agar kerajaan setiap negara menggantikan tahanan dengan langkah yang selari dengan kayu ukur hak asasi antarabangsa. *Artikel asal disiarkan di WIRE Amnesty International, diterjemah oleh Lim Hong Siang. | |||||||
| APA TUJUAN ADUN PKR BERTEMU SECARA SULIT DENGAN SD JOHARI..!!! Posted: 09 Jun 2010 12:11 PM PDT | |||||||
| Ahli majlis dibelasah, NGO Melayu dipersalah Posted: 09 Jun 2010 11:50 AM PDT
"Mereka memakai baju dengan logo PERKASA yang boleh dilihat dengan jelas," katanya ketika dihubungi. Pada kejadian 11.30 pagi ini, Lim, dan pembantunya, Zuhudi Ahmad mengalami kecederaan. Kelopak mata Lim dan bibirnya koyak dan lehernya lebam akibat disepak berulang-kali manakala Zahudi pula ditendang sekurang-kurangnya dua kali di bahagian perutnya. Lim berkata beliau bergegas ke lokasi tapak pembinaan sebuah dewan yang dimiliki oleh pertubuhan Cina apabila diberitahu bahawa sekumpulan lelaki sedang menanggalkan papan tanda projek berkenaan di Jalan TIB 1, Taman Bolton di Batu Caves. Sebaik tiba, Lim dan Zuhudi mendapati individu berkenaan dalam proses meruntuhkan papan tanda berkenaan. "Saya tanya mengapa mereka berbuat demikian tetapi lebih kurang 20 daripada mereka mula memukul kami," katanya. Walaupun memperkenalkan dirinya sebagai ahli majlis kerajaan tempatan Selayang, rayuan Lim supaya mereka tidak dipukul terus tidak dihiraukan. "Ini Tanah Melayu, ini tanah kita bukan tanah orang Cina, kita tak takut," kata Lim yang mengulangi apa yang diperkatakan oleh kumpulan berkenaan. Ketika kejadian, Lim mendakwa dua anggota polis berada di lokasi bagi memantau keadaan tetapi kumpulan berkenaan tidak mempedulikan mereka. "Saya tak faham mengapa OCPD hanya menghantar dua pegawai polis bagi memantau keadaan, sedangkan terdapat antara 50 hingga 60 ahli PERKASA dan Pekida," katanya.
Dalam pada itu, presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali yang dihubungi berkata beliau tidak mengetahui mengenai kejadian itu yang membabitkan ahlinya. "Saya di parlimen, Saya tidak tahu...Saya akan kumpulkan maklumat dahulu untuk menentukan sama ada ini benar atau tidak. "Ini tidak kena-mengena dengan PERKASA, ia bukan polis kita untuk mengganas. Hanya kerana mereka memakai baju PERKASA tidak bermakna mereka ahli PERKASA," katanya. | |||||||
| Majlis perasmian muktamar Ulamak, Pemuda dan Muslimat. Posted: 09 Jun 2010 11:46 AM PDT PENGKALAN CHEPA, 9 Jun: Majlis perasmian muktamar tahunan bagi Dewan Ulamak, Pemuda dan Muslimat berlangsung serentak malam ini. Perasmian akan disempurnakan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. 9:15 pm: Para prwakilan dan pemerhati sedang menunggu ketibaan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Tuan Guru Nik Aziz telah pun tiba jam 9 tadi. 9:45 pm: Tok Guru Nik Aziz selesai memeriksa perbarisan unit amal dan majlis perasmian baru bermula. Pimpinan utama berada di atas pentas. 10:00 pm: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali sedang berucap. Beliau dlm ucapannya sebentar tadi berkata muktamar kali ini mencipta sejarah apabila pertama kali merasmikan ketiga-tiga dewan secara serentak dan perwakilan bukan sahaja mewakili negeri tapi mewakili kawasan dan akan ada perwakilan dari dewan himpunan penyokong PAS. 10:15 pm: Mursyidul am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dlm ucpn perasmian menyeru ketiga-tiga dewan agar menyediakan plan strategik dlm langkah menuju ke Putrajaya. Tuan guru nik aziz juga menyeru dewan ulama menyediakan pelapis muda sebagai persediaan memantapkan parti.ini kerana ujarnya pas menjadikan golongan ulama sbg rujukan,berbeza dgn umno yg menggunakan golongan ulama untuk meraih sokongan. 10:50 pm: Majlis perasmian berakhir selepas acara penyampaian anugerah dan akan bersambung dengan muktamar ketiga-tiga dewan esok pagi. | |||||||
| Pengarah Apco tak jadi beri keterangan Posted: 09 Jun 2010 11:43 AM PDT Ia berikuta
"Mereka (jawatankuasa itu) sedang membincangkan sesuatu...Saya tidak tahu apa yang dibincangkan itu," katanya selepas menunggu kira-kira 90 minit untuk dipanggil. "Saya tunggu tetapi tidak dipanggil bagi memberi keterangan. Saya kemudiannya dimaklumkan oleh setiausaha Dewan Rakyat bahawa mesyuarat ditangguhkan sehingga diberitahu kelak." Staples juga dilaporkan kecewa kerana prosiding berkenaan ditangguhkan. "Kami ingin tahu bila sesi pendengaran ini akan diadakan," katanya kepada Bernama. Pada mesyuarat jawatankuasa ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan diminta mengemukakan bukti-buktinya yang mengaitkan 1Malaysia dengan konsep One Israel.
Berikutan itu, pada 22 April lalu, Dewan Rakyat memutuskan melalui undian suara untuk merujuk Anwar kepada jawatankuasa tersebut. Selain Karpal Singh dan R Sivarasa yang mewakili Pakatan Rakyat, anggota parlimen lain yang menganggotai jawatankuasa itu ialah Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Ronald Kiandee, Datuk Seri Fong Chan Onn (BN-Alor Gajah), Datuk Razali Ibrahim (BN-Muar) dan Nancy Shukri (BN-Batang Sadong). Ia dipengerusi oleh Tan Sri Pandikar Amin Mulia, yang juga Yang Dipertua Dewan Rakyat. | |||||||
| PDRM Diresapi Agen Zionis, UMNO Tetap Guna APCO Posted: 09 Jun 2010 11:40 AM PDT Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Umno-Barisan Nasional berusaha menghalang beliau daripada terus bersuara mengenai firma pro-Zionis, Apco Worldwide di parlimen dan cuba menggantung keanggotaan beliau sebagai ahli parlimen dengan menghadapkan beliau ke Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan.Malah ketika dipanggil oleh jawatankuasa itu semalam beliau tidak dibenarkan oleh pengerusi untuk mendapatkan nasihat peguamnya semasa sesi pendengaran. "Saya telah mengemukakan bukti di parlimen kenapa kita harus menolak langsung penglibatan Apco Worldwide dalam mana-mana institusi di negara ini. Di parlimen, saya mendedahkan perjanjian antara Apco dengan Israel pada tahun 1991, dan kemudian perjanjian antara kerajaan Umno-BN dengan Apco pada tahun 2009. "Perjanjian ini jelas membuktikan kaitan Apco yang amat rapat dengan Isreal, dan walaupun begitu, kerajaan Umno-BN meneruskan juga perjanjian dengan Apco," tegas Anwar. Ketika berucap dihadapan lebih 3,000 penyokong pada ceramah 'Yahudi dan Judi' di Stadium Majlis Perbandaran Selayang semalam, Anwar berkata beliau mahu dihukum kerana mendedahkan kaitan Apco dengan rejim Zionis Israel tetapi pada masa yang sama Umno-BN sendiri bertindak secara tidak langsung menyokong Israel dan tidak ada apa-apa tindakan diambil. "Kerajaan Israel melancarkan One Israel pada tahun 1999, mungkin mengikuti nasihat Apco dan pada tahun 2009, kerajaan Umno-BN pimpinan Datuk Seri Najib Razak melancarkan 1 Malaysia. Tepat 10 tahun, kita anggap kebetulan sahajalah. "Saya juga mempunyai bukti menyatakan terdapat dua pegawai perisikan Israel yang pernah berada di ibu pejabat Bukit Aman yang bekerja memnbangunkan sistem pelaporan polis. Mereke ini bekerja untuk Asiasoft, sebuah syarikat IT dengan pejabatnya di Singapura. "Tetapi, ibupejabat Asiasoft terletak di Israel. Bayangkan betapa banyak rahsia negara yang telahpun di bawa keluar daripada ibu pejabat polis, dengan memberikan perisik Israel ini akses penuh kepada semua komputer? "Ini juga satu daripada nasihat Apco untuk membawa Asiasoft. Jelas perancangan Apco sejajar dengan Israel, apa jawpan kerajaan Umno-BN terhadap fakta ini?" tegas beliau lagi. | |||||||
| Gaduh Di Dewan Rakyat Malaysia - Video Posted: 09 Jun 2010 11:35 AM PDT |
![]() |
![]() |
Lagi tindakan Jais terhadap Dr Asri?
Posted: 09 Jun 2010 11:24 AM PDT
Pengarah Jais Datuk Muhammad Khusrin Munawi berkata tindakan tegas akan diambil ke atas mereka yang sengaja memberikan maklumat, keterangan atau pengakuan palsu sebagai langkah menjaga kesucian agama Islam.
"Tindakan ke atas mereka yang sengaja atau cuba memberikan maklumat, keterangan atau pengakuan palsu (boleh) diambil sebagai langkah bagi mengelakkan masyarakat daripada menimbulkan fitnah terhadap umat Islam itu sendiri demi menjaga kesucian agama Islam," kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Selain itu, kata beliau, Jais berharap laporan yang dibuat oleh masyarakat perlulah mempunyai bukti yang cukup supaya tidak berlaku kekeliruan dalam masyarakat serta menyukarkan pihak penguat kuasa Jais untuk mengambil tindakan terhadap aduan yang dibuat.
"Ingin saya tegaskan di sini bahawa Jais melalui Seksyen 211 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Selangor 2003 boleh mengambil tindakan ke atas mana-mana pihak yang memberi keterangan atau pengakuan palsu.
"Jadi di bawah akta ini jelas mengatakan bahawa sesiapa yang memberikan maklumat ataupun keterangan palsu dan jika disabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau dipenjara tidak
melebihi satu tahun atau kedua-duanya," kata pengarah Jais itu.
Beliau juga berkata menyifatkan tindakan Asri yang ingin menukar kenyataan berhubung isu "air ludah ustaz" sebagai tidak bertanggungjawab.
"Saya nak tanya kepada beliau (Asri) mengapa baru kini mahu menukar kenyataan setelah pihak Jais mengeluarkan kenyataan berhubung dakwaan yang dibuat beliau sebelum ini?
"Ini jelas menunjukkan sikap yang tidak bertanggungjawab terhadap kenyataan asal yang dibuat," katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Mohd Asri yang ingin 'merombak' istilah "air liur ustaz" yang ditulis dalam artikelnya kepada istilah yang lebih sesuai iaitu "bekas mulut".
"Saya menulis sebegitu kerana mendapat maklumat daripada sumber-sumber yang diyakini tapi kini saya bersedia untuk merombak semula artikel itu dengan menggunakan istilah yang lebih sesuai.
"Saya percaya istilah telan air liur ustaz itu tafsiran yang dibuat orang ramai tetapi asas daripada artikel itu adalah sama iaitu ketaksuban kepada guru.
"Saya akan merombak semula artikel saya dengan menggunakan istilah bekas mulut, mungkin ia lebih sesuai," kata Asri.
Mengenai dakwaan yang dibuat Asri sebelum ini, Khusrin berkata, siasatan awal mendapati upacara tersebut tidak berlaku sebaliknya ia hanya air zam-zam yang dikongsi secara bersama.
"Air yang dikongsi minum secara bersama ini sepatutnya tidak menjadi isu kerana ketika di zaman Nabi Muhammad S.A.W, para sahabat telah mengamalkannya dengan meminum susu secara bergilir-gilir dan diakhiri oleh Nabi Muhammad S.A.W sendiri.
"Di sini ingin saya katakan bahawa tidak semestinya ketaksuban itu berlaku dengan meminum segelas air yang dikongsi bersama," katanya.
Asri kini berhadapan dengan tindakan undang-undang kerana mengajar agama Islam tanpa tauliah, tahun lepas.
Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam menetapkan 24 Jun ini untuk sebutan semula kes bekas mufti Perlis itu.
Pada 18 Nov lalu, Asri, 38, mengaku tidak bersalah atas tuduhan mengajar agama Islam tanpa tauliah di sebuah kediaman di Lorong 2C, Taman Sri Ukay, Ampang, antara pukul 8.10 malam dan 9.45 malam, 1 Nov tahun lepas.
Beliau didakwa mengikut Seksyen 119 (1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Muktamar: Usah terperangkap agenda media arus perdana....
Posted: 09 Jun 2010 11:21 AM PDT
DENGAN nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Bersyukur ke hadrat Ilahi, kita dipanjangkan usia dan pada kesempatan singkat ini dapat memuzakarahkan satu dua perkara penting menjelang Muktamar Tahunan PAS ke-56 di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik), Kota Bharu pada 11-13 Jun ini.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Muktamar Tahunan PAS mendapat perhatian hebat media massa tempatan. Perkembangan ini menggambarkan betapa semakin berpengaruhnya PAS, lantas mencetuskan rasa bersyukur bagi pihak tertentu dan tidak kurang pula pihak melihatnya dengan rasa cemas; bimbang kedudukan mereka tergugat lantas diusahakan pelbagai kaedah untuk mencantasnya berdasarkan bidang dan kemampuan masing- masing.
Berdasarkan pengalaman lalu, sesetengah media massa ini sudah menyiapkan agenda masing-masing. Misalnya pada tahun lalu, sebelum pun muktamar bermula, sebuah akhbar harian sudah mengusahakan agenda kerajaan perpaduan dan perkara inilah dimainkannya sehingga mencetuskan pelbagai masalah termasuk yang bersangkutan parti lain dalam Pakatan Rakyat.
Kita tidaklah hendak menaruh sebarang prasangka tetapi tidak wajar untuk kita jatuh dalam satu lubang banyak kali. Pengalaman lalu sewajarnya mematangkan diri menghadapi sepak terajang pelbagai pihak termasuklah media massa. Perlu disedari bahawa media massa mempunyai peranan tersangat hebat dalam masyarakat sehingga ia digelar 'the fourth estate' dalam hieraki kuasa.
Oleh yang demikian, adalah penting untuk setiap anggota jemaah memahami serangan jahat ini, lantas bersiap sedia menangkis atau mengelakkannya daripada berulang.
Jika tahun lalu, isu kerajaan perpaduan menjadi bahan serangan, kita percaya antara perkara yang akan dianggap bola tanggung oleh media massa arus perdana adalah penubuhan satu lagi sayap baru PAS iaitu Dewan Himpunan Penyokong PAS.
Belum pun identiti baru itu dilancarkan, sesetengah media massa telah melakukan serangan dengan mempersoalkan bagaimana PAS sebagai sebuah parti Islam yang mahu menegakkan sebuah Negara Islam kononnya telah meninggalkan perjuangan Islam sebaliknya memberi laluan kepada orang bukan Islam dalam parti, termasuk membolehkan mereka menjadi calon dalam pilihan raya.
Mereka juga menimbulkan keraguan di kalangan orang bukan Islam dengan mendakwa seorang pemimpin DAP pernah mencabar langkah mayatnya dulu jika PAS mahu menegakkan Negara Islam. Media massa ini cuba menanamkan rasa curiga mencurigai antara PAS dan sekutunya dalam Pakatan Rakyat, terutama membabitkan ahli atau penyokong bukan Islam. Demikianlah serangan yang telah dilakukan oleh media massa ini dan jika tidak berhati-hati, kelangsungannya akan disaksikan pada Muktamar Tahunan ke-56 ini.
Lagi satu isu yang dijangka hangat di kalangan media massa adalah usul melantik Muslimat sebagai salah seorang daripada Naib Presiden. Apabila perkara ini diketengahkan dan jika usul itu ditolak, dikhuatiri media massa ini akan menjaja sandiwara kononnya PAS menganak-tirikan wanita.
Berdasarkan pengalaman lalu, media massa ini bermain kotor dalam membuat liputan. Sesetengahnya kurang melaporkan apa yang berlangsung dalam dewan perhimpunan sebaliknya 'menangkap' satu dua perkara sensasi dan kemudian mengutarakannya kepada pemimpin Umno-Barisan Nasional untuk diulas secara berat sebelah. Mereka pandai atau sengaja mencari isu bagi 'membelasah' parti dan pimpinannya.
Media massa ini juga menjadi juara dalam melagakan pemimpin tertentu kononnya wujud puak-puak tertentu. Perkara ini ketara pada muktamar tahun lalu ketika berlaku pemilihan pucuk pimpinan parti. Mereka secara bijak menyebut secara ketara kumpulan Erdogan atau Pro- Perpaduan sedangkan hakikatnya tidak begitu.
Sesungguhnya, permainan media massa ini sangat bahaya, mereka yang diajar oleh tok-tok guru komunikasi dan strategi, berusaha menyerang parti daripada segenap ruang yang ada, jadi mahukah kita terperosok buat sekian kali dalam lubang yang sama. Penuhkan ruang-ruang kosong, biarlah saf kita kali ini jitu sekali. Selamat bermuktamar!
Umno-BN Kecam Istael Tapi Benarkan Kapal Zionis Berlabuh Di Malaysia
Posted: 09 Jun 2010 11:16 AM PDT
KUALA LUMPUR 9 Jun - Ketika kemarahan rakyat Malaysia memuncak terhadap serangan tentera rejim Zionis Israel ke atas kapal misi bantuan kemanusiaan dan dihalang membantu rakyat Palestin yang terkepung di Semenanjung Gaza minggu lalu, kerajaan Umno-Barisan Nasional tanpa moral dan perasaan malu membenarkan sebuah kapal dagang Israel berlabuh di perairan negara Isnin lalu.
Sikap hipokrit dan kedurjanaan Umno-BN ini amat terserlah kerana pada hari yang sama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membentabng usul 15 perkara mengutuk tindakan ketenteraan rejim Zionis itu.
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar dengan tegas menempelak usul 'hipokrit' yang di bawa Najib sedangkan pada masa yang sama Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) menjalankan perdagangan secara rahsia dan sulit dengan kerajaan haram Israel yang sejak tahun 1948 menindas dan membunuh rakyat palestin secara terancang.
"Hari ini, media melaporkan sebuah kapal dagang Zim Genova yang mengibarkan bendera negara haram Israel berlabuh di Pelabuhan Klang. Ini membuktikan memang terdapat urusan perdagangan di antara Malaysia dan Israel.
"Miti telah meluluskan permohonan syarikat di negara kita ini untuk membekalkan minyak sawit dan bahan kimia ke Israel dan eksport minyak sawit yang terakhir pada akhir Mei tahun ini manakala pada April, Malaysia telah menghantar bahan kimia ke Israel," ujar Mahfuz
Menurut beliau, dalam minit mesyuarat kabinet 20 Mac 1996 yang dipengerusikan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamed telah meluluskan usul membenarkan import eksport dengan negara haram Israel ini secara rahsia dan sulit dan diteruskan sehingga ke hari ini.
"Apa maknanya usul yang dibentangkan Najib pada Isnin lalu. Saya rasa ini adalah usul hipokrit dan Najib hanya mencari kepentingan politik beliau dalam isu rejim Zionis-Israel yang menyerang kapal Mavi Marmara hakikatnya Malaysia membenarkan kapal dagang rejim Zionis-Israel itu dibenarkan berlabuh di sini," tegasnya.
Pekida, Perkasa join Selayang land protest
Posted: 09 Jun 2010 11:13 AM PDT
The land was originally said to have been given to bumiputera construction company Dynasty Symphony Sdn under temporary occupation licence (TOL) by the Selayang Muncipal Council (MPS) to build five foodstall lots and a car wash.
Dynasty Symphony's managing director Husaini Sulaiman told Bernama that the TOL was valid from 2005 till 2008, and was renewed by MPS two months ago.
However, earlier this year, MPS was alleged to have given the land to a MPS council member only known as Lim to build a religious-based welfare home.
Unhappy with the development, some 300 residents from the outlying villages of Kg Nakhoda, Kg Laksamana and Kg Bahtera together with members of right wing non-governmental organisations Pekida and Perkasa held a peaceful demonstration in the area from 11am till 1pm before being dispersed by police.
Husaini said he and Lim had lodged separate police reports on the overlapping claims at the Batu Caves police station at 1.30pm.
He also expressed disappointment with MPS over the alleged debacle, saying h he had spent RM280,000 just on documentation for the land.
Meanwhile, MPS president Datuk Zainal Abidin Azim, when contacted by Bernama, said the council would be calling a meeting as soon as possible to get to the bottom of the matter. — Bernama
Posted: 09 Jun 2010 11:09 AM PDT
KOTA BHARU, 9 Jun - Hasrat membentuk keluarga yang cemerlang tidak akan tercapai tanpa peranan seorang wanita yang bergelar ibu. Ibulah yang melahir, mengasuh, mendidik dan mendokong rumahtangga agar sentiasa sejahtera.Malahan, para ibu yang sibuk menguruskan rumah tangga seharian tidak membantutkan bakti mereka di dalam menyebarkan dakwah Islamiah dalam lapangan politik ini.
Justeru, Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakat Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) dengan kerjasama Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan serta Pertubuhan Amal Khadijah Malaysia (PERAMAH) mengiktiraf peranan mereka ini dalam satu Majlis Hi-Tea dan Anugerah Ibu.
Antara yang menarik di dalam majlis penghargaan ini adalah bicara santai Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak, isteri Menteri Besar Negeri Kelantan.
Majlis yang diadakan di Dewan Duyung 3, Perdana Resort ini menampilkan 3 anugerah yang terdiri dari kategori Ibu Bekerjaya, kategori Ibu Suri Rumah dan Ibu Pengasuh Orang Kurang Upaya (OKU).

Majlis dimeriahkan dengan kehadiran Ketua Dewan MUslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Salleh, ahli jawatankuasa DMPP dan tokoh-tokoh ibu terpilih seluruh Malaysia.
Turut sama dalam majlis tersebut, Ketua Dewan Muslimat PAS Kelantan, Siti Zailah Md Yusoff, Wan Ubaidah Omar, Rohani Ibrahim, isteri-isteri Yang Berhormat Negeri Kelantan (PURNAMA) dan ahli jawatankuasa DMPNK.
| You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |




ANALISIS, 10 Jun — Beberapa pemimpin PAS yang ditemui sebelum dan selepas majlis perasmian ketiga-tiga sayap parti itu di Kota Baru malam tadi memberikan pendirian yang sama — fokus kali ini mereka ialah memperkukuh dan memantapkan kerjasama dalam Pakatan Rakyat.





Sepanjang tempoh penahanan, makanan yang dibekalkan tidak mencukupi. Selepas seminggu, Sharif diberitahu bahawa beliau boleh meninggalkan tempat itu. Sharif perlu membayar untuk mendapatkan balik pasportnya, malah perlu mencari kerjanya sendiri.
Setelah dikurung ke dalam pusat tahanan, biasanya mereka akan berdepan dengan sel yang kotor dan sesak, juga penjaga yang menghina mereka sesuka hati. Kadang-kala, sekeluarga diasingkan kepada pusat tahanan yang berlainan. Kebanyakan mereka tidak tahu bila akan dibebaskan, mahupun dihantar pulang ke negara asal mereka.












Tiada ulasan:
Catat Ulasan