!! BUJANG SUSAH !! |
| Posted: 09 Jun 2010 01:00 PM PDT بسم الله الرحمن الرحيم 'Air Mata Plastik' dari Isteri seorang Perdana Menteri.. ![]() Air Mata Plastik ialah satu istilah yang pernah digunakan dalam filem yang berjudul 'Kembara Seniman Jalanan' yang pernah ditayangkan dipawagam pada sekitar penghujung 80an kalau tak silap aku.. Maksudnya ialah seperti Bunga Plastik, ianya kelihatan seperti bunga sebenar walaupun ianya adalah palsu, begitulah juga dengan Air Mata Plastik ini, kelihatan seperti benar hakikatnya ianya adalah palsu. Ianya terhasil dari lakonan.. Air mata Plastik.. Itulah jenis air mata yang boleh dikatakan yang mengalir keluar dari mata Bini Najib, Rosmah Mansor yang kononnya sangat tersentuh naluri keibuannya bila membicarakan tentang sembilan orang rakyat Turki yang terbunuh akibat kekejaman Regim Zionis. Beliau dirakamkan mengesat air mata oleh jurugambar dari Bernama yang berada di rumah Duta Turki ke Malaysia Serap Attay di Langgak Duta dimana Rosmah Mansor menyampaikan sumbangan rakyat Malaysia sebanyak AS$45,000 (RM149,709) kepada keluarga sembilan rakyat Turki yang dibunuh tentera Israel dalam insiden kapal 'Mavi Marmara' minggu lepas. Rosmah Mansor seorang isteri Perdana Menteri yang penuh penuh dengan naluri keibuan menangis bila mengenangkan nasib para sukarelawan yang terbunuh ditangan Komando Israel itu. Beliau dikatakan penuh dengan naluri seorang ibu walaupun beliau tidak datang menjenguk cucu sendiri yang baru dilahirkan.. Menangis konon… tak perlu nak berpura-pura simpati terhadap mangsa yang terbunuh tu.. Jangan jadi HIPOKRIT!! Kematian orang yang berada nun jauh di Turki yang dia sendiri tidak pernah kenal dia tangisi.. mereka yang dibunuh berada beribu-ribu batu dari Malaysia. Mereka yang dibunuh bukanlah mereka yang mengenali Rosmah dari kecil lagi.. Yang mengenali Rosmah sejak dari kecil lagi ialah Ibu Saudaranya sendiri iaitu Allahyarhamah Sofiah Katas, kematiannya akibat dibunuh secara kejam sewajarnya ditangisi Rosmah.. Tetapi kematian Ibu Saudaranya itu yang dibunuh dengan secara kejam bersama tiga yang lain bukan saja tidak ditangisi malah untuk menjenguk jenazah merekapun dia tidak sudi.. sedangkan jarak dari Kuala Lumpur ke Kampung Batang Rokan, Gemenceh, Negeri Sembilan itu tak sampaipun 200 Batu rasanya.. Demi meraih populariti Rosmah Mengalirkan Air Mata Plastik dihadapan kamera.. - darisungaiderhaka UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM.. |
| Posted: 09 Jun 2010 07:27 AM PDT بسم الله الرحمن الرحيم Bahan-bahan : ![]() 1 peket mi kuning 10 ekor udang 3 biji bawang merah ½ inci belacan 3 ulas bawang putih 2 sudu cili kering Sedikit sos cili Sedikit sos tomato Sawi Tauge Daun bawang Minyak secukupnya Cara membuat: 1. Panaskan minyak kemudian tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar sehingga naik bau. 2. Selepas itu masukkan air rebusan udang. 3. Masukkan sos cili, sos tomato, garam dan serbuk perasa. 4. Setelah sebati masukkan mi kuning dan udang. Kacau seketika. 5. Akhir sekali, angkat dan boleh hiaskan dengan sawi, tauge dan hirisan daun bawang. UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM.. |
| NASIB BAIKLAH BUAH KORANG TU MELEKAT Posted: 09 Jun 2010 04:54 AM PDT بسم الله الرحمن الرحيم Hisham: Polis hilang 62 senjata api sejak 2001Pihak polis telah kehilangan 62 senjata api sejak tahun 2001, kata menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein hari ini. Dalam jawapan bertulisnya kepada Tian Chua (PKR-Batu), beliua mendedahkan bahawa polis telah kehilangan 36 pucuk pistol semi-automatik, 51 revolver dan dua sub-machine gun sejak 2001. "Bagaimanapun , 28 unit daripadanya - empat pucuk pistol semi-automatik dan 24 revolver telah dijumpai semula," kata Hishamuddin. Chua membuat permohonan bertulis meminta Menteri Dalam Negeri menjelaskan jumlah kes kehilangan peralatan logistik milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak 2001 hingga kini. Beliau juga ingin mengetahui jumlah peruntukan bagi meningkatkan kelenfgkapan PDRM sejak tahun 2005 hingga kini. Dalam jawapannya, Hishamuddin menyenaraikan 58 kes kehilangan kenderaan PDRM yang membabitkan 49 motosikal, tiga kereta dan sebuah kenderaan pacuan empat roda. UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM.. |
| You are subscribed to email updates from !! BUJANG SUSAH !! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |



Tiada ulasan:
Catat Ulasan