PRO REFORM |
| Anwar Gagal Peroleh Keterangan Polis Saiful Posted: 25 Jun 2010 02:46 AM PDT Mahkamah Rayuan hari ini menolak permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapatkan keterangan polis penuduh kes konspirasi dua, Saiful Bukhari Azlan. (TVS)Panel tiga hakim Datuk Sulong Metjeraie, Datuk Ramly Ali dan Datuk Zaharah Ibrahim sebulat suara menolak permohonan Anwar dengan alasan Mahkamah Rayuan tidak mempunyai kuasa untuk mendengar rayuan beliau. Hakim Datuk Sulong ketika menolak permohonan Anwar bagaimanapun enggan menjelaskan asas kepada keputusan tersebut. Keterangan polis Saiful Bukhari Azlan ini penting kerana ia dikatakan boleh membantu pasukan peguambela membebaskan Anwar Ibrahim dari pertuduhan liwat. Anwar didakwa dibawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan atas tuduhan seks luar tabii secara sukarela namun keterangan Saiful menuduh Anwar telah memperkosa dirinya, kesalahan yang sepatutnya didakwa di bawah 377C kanun yang sama. Peguam Karpal Singh berkata testimoni penuduh di mahkamah boleh dipatahkan sekiranya pasukan peguambela berjaya mendapatkan keterangan berkenaan. "Mahkamah harus berbuat sesuatu. Kita tidak boleh mendakwa mana-mana orang dengan tuduhan melakukan kesalahan secara sukarela, sedangkan penuduh nampaknya mendakwa dirinya diperkosa," kata Karpal. "Apa sahaja pendakwaan harus dibuat berdasarkan kepada keterangan penuduh. Keterangan penuduh sepatutnya mendakwa hubungan sukarela. Jika bukti penuduh berjaya digugurkan, mahkamah tidak boleh meneruskan perbicaraan ini," Peguamcara 2 Datuk Yusof Zainal Abiden bagaimanapun mendakwa pihak pendakwaraya dengan sengaja mendakwa Anwar dibawah pendakwaan 377B yang membawa hukuman yang lebih ringan berbanding 377C. Perbicaraan konspirasi dua ditetapkan pada 14 Julai depan. " Ya Allah berilah Hidayat, Hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda. Bantulah baginda. Begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya Allah selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya Allah bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang " |
| Posted: 25 Jun 2010 02:30 AM PDT Semua video/foto imej misteri paling terkini adalah 100% hasil kerja PRO REFORM dengan tujuan untuk berkongsi bersama pembaca agar kita tidak terlalai dan sentiasa berwaspada dalam menempuh era FITNAH dan SIHIR DAJJAL. INGATLAH..!!! mereka yang tergolong dalam GOLONGAN DAJJAL ini akan sentiasa berusaha dengan menggunakan apa cara sekalipun semata-mata untuk MELALAIKAN KITA, apatah lagi sekarang, di mana kita sudah pun berada pada ZON KRITIKAL dalam menghadapi kedatangan HARI KIAMAT. |
| Posted: 24 Jun 2010 06:30 PM PDT Semua video/foto imej misteri paling terkini adalah 100% hasil kerja PRO REFORM dengan tujuan untuk berkongsi bersama pembaca agar kita tidak terlalai dan sentiasa berwaspada dalam menempuh era FITNAH dan SIHIR DAJJAL. INGATLAH..!!! mereka yang tergolong dalam GOLONGAN DAJJAL ini akan sentiasa berusaha dengan menggunakan apa cara sekalipun semata-mata untuk MELALAIKAN KITA, apatah lagi sekarang, di mana kita sudah pun berada pada ZON KRITIKAL dalam menghadapi kedatangan HARI KIAMAT. |
| You are subscribed to email updates from PRO REFORM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan