Pahang Daily Online |
- Panas: Menyaman Suara Keadilan Serta Pemimpin Pembangkang, Nyata Si Ahmad Maslan Sengaja Mahu Membuka Pekong Felda Sebenarnya
- Panas: Pengakuan Ikhlas Ezam, Tiada Yang Akan Menyertai UMNO Jika Tiada Habuan..Video Yang Wajib Ditonton Penyokong Senator Cap Ayam Ini!
- Ezam Senator Cap Ayam, Kasihan Benar Melihat Puak-Puak UMNO Serta Para Bloggernya Di Tipu Oleh Pengkhianat Rakyat Sepanjang Zaman Itu!
- Kes Liwat: Anwar Terus Jadi Mangsa, Mahkamah Rayuan Pula Tolak Rayuannya Bagi Mendapatkan Keterangan Bersumpah Si Saiful Bukhari Azlan !!
- Panas: Panggilan Misteri 012-3013454 Mengamuk Serta Marah Terhadap Cucumatkilau Dan Semua Rakyat Yang Sokong Datuk Seri Anwar Ibrahim !!
- Piala Dunia: Jepun Layak Ke Pusingan Kedua !!
| Posted: 25 Jun 2010 04:24 AM PDT Seolah-olah mahu menutup segala kelemahan dan kepincangan yang ada, maka hari ini Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) bertindak menyaman akhbar Suara Keadilan serta beberapa pemimpin Pakatan Rakyat. Alasan yang diberikan kononnya pihak terbabit menyiarkan artikel berunsur fitnah terhadap organisasi terbabit pada minggu lepas. Dalam satu kenyataannya, Menteri UMNO yang menjaga Felda iaitu Ahmad Maslan (foto) berkata saman itu akan difailkan dalam masa terdekat melalui barisan peguam handalan yang akan dilantik (jangan guna Karpal Singh sudahlah). Antara pimpinan Pakatan Rakyat yang disaman ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri dan yang lainnya terdiri daripada Zaid Ibrahim (Ahli Majlis Tertinggi PKR), Suhaimi Said (Pengerusi Biro Felda), Dr.Tan Kee Keong (Pengerusi Biro Antarabangsa PKR) dan Wahid Endut (Ahli Parlimen K.Terengganu). Turut bakal disaman ialah pemilik permit dan Ketua Pengarang akhbar Suara Keadilan. Saman itu dikeluarkan berikutan satu artikel muka depan akhbar terbabit yang bertajuk "Felda Bangkrap" dan empat lagi artikel keluaran sama. Malah, Ahmad Maslan juga menegaskan bahawa kononnya pembangkan dengki dengan kejayaan Felda yang baginya merupakan projek pembangunan tanah bersepadu yang paling berjaya di dunia. beliau juga menegaskan Felda memilik ladang terbesar didunia dan menghasilkan keuntungan bersih purata RM1.1 bilion setahun dalam tempoh enam tahun lepas.[Apa yang pasti tindakan saman ini sememangnya amat dinantikan oleh kesemua yang terbabit. Ini kerana, banyak pendedahan dan bukti-bukti kukuh tentang "lingkupnya Felda" bakal dapat didedahkan secara lebih teratur lagi di mahkamah nanti. Tindakan saman ini sudah pasti akan membuka "pekong Felda" sebenarnya. Justeru itu, Ahmad Maslan harus berhati-hati biarpun beliau kini terdesak untuk mempertahankan agensi tersebut. Malah, kerugian Felda sehingga mencecah RM3 bilion seperti yang didedahkan oleh kementerian terbabit di parlimen baru-baru ini juga amatlah mengejut serta mengecewakan kita sebenarnya. Banyak lagi rahsia besar pasti akan didedahkan selepas ini. Dalang yang terlibat disebalik masalah yang melanda agensi itu perlulah dibawa ke muka pengadilan sebenarnya]. |
| Posted: 25 Jun 2010 12:46 AM PDT Bagi tidak mengecewakan para peminat Senator Ezam Md Noor, tentang siapakah beliau yang sebenarnya dan apakah beliau layak menjadi seorang pejuang rakyat sekarang ini maka disini kami paparkan dua buah video eksklusif Ezam ketika bersama kita dulu. Paparan ini untuk membolehkan puak-puak UMNO terutama barisan pemudanya bersedia dengan kelibat Ezam selepas ini. Juga supaya bersedia dengan strategi untuk memerangkap Ezam, kerana manusia seperti ini dia akan lakukan apa saja asalkan untuk kepentingan dirinya sendiri. Ini bukti jelas bahawa "kelentong Ezam" memang tidak boleh dipakai apatah lagi mahu dipercayai. Paparan ini juga bagi menjawab komen dari blogger UMNO Pahang iaitu warisan@pahang berkenaan kehadiran Ezam dalam ceramah umum "membongkar rahsia" yang dibuat di Kuantan pada 16 Jun yang lalu. Setidak-tidaknya mereka dapat membezakan Ezam ini siapa sebenarnya. Semoga video ini dapat disebarkan kepada semua ahli Pemuda UMNO supaya mereka berhati-hati dengan "jelmaan Ezam" kali ini. Beliau bercita-cita besar untuk merebut salah satu jawatan tertinggi dalam parti itu sebenarnya, dan amat berharap untuk menjadi "orang besar" dalam kabinet BN dalam pilihanraya umum akan datang (jika pakatan karat itu masih menang). Buat masa ini, Ezam khabarnya sedang memunggah seberapa ramai juaknya dalam PKR dulu untuk menjadi "khadam" yang akan digunakan bagi memenangkannya dalam pemilihan calon tertinggi parti itu pada masa akan datang. Selayaknya Ezam digelar "raja sesumpah" kerana telah banyak kali dia bersumpah tidak akan masuk UMNO, tapi akhirnya dia lakukan juga dek kerana tidak tahan dengan habuan yang dijanjikan. Tahniah dan syabas kita ucapkan atas keihklasan Ezam memperakui bahawa tidak ada mana-mana pemimpin PKR yang akan masuk UMNO jika tidak ada habuan itu sebenarnya. [Semoga video ini menjadi panduan kepada penyokong Ezam Md Noor yang kononnya menyanjung tinggi dan percaya dengan kelentong Ezam dalam ceramah-ceramahnya di seluruh negara. Apakah manusia seperti ini layak dilantik sebagai senator agaknya?. Bukankah beliau merupakan manusia yang tidak boleh dipercayai... munafik dan merupakan "sesumpah" yang tidak mempunyai masa depan. Mungkin Ezam seronok sejak menjadi senator sekarang ini agaknya. Malah, bolehkah kita percaya dengan orang yang pernah kata tak mungkin masuk UMNO tiba-tiba sekarang ini cukup seronok pula bercakap bagi pihak mereka. Semoga pendedahan video ini memberi kesan kepada pemuda UMNO supaya berhati-hati dengan cakap-cakap Ezam ini. Apa yang pasti beliau tidak layak menjadi pejuang untuk membela rakyat kerana dia "sesumpah dua alam" yang menunggu masa untuk dipupuskan!!]. |
| Posted: 25 Jun 2010 12:00 AM PDT Geli-geleman dibuatnya tatkala membaca tulisan blogger warisan@pahang tentang ceramah "petualang rakyat" si Ezam Md Noor di Balok Kuantan pada 16 Jun baru-baru ini. Beliau yang marah gara-gara "nama glamer" yang kami berikan kepada Ezam, mengatakan Ezam kini 'diserang lumat' oleh pembangkang, bukan lagi seperti 'menjolok sarang terbuan malah tebuannya dibakar hidup-hidup'. Tiada siapa yang mahu menyerang Ezam sebenarnya, namun "senator cap ayam" itu tidak layak untuk buat ceramah dan menjadi "tok dalang" dalam wayang kulit "membongkar rahsia" kepada rakyat. Apa yang mahu dibongkar oleh Ezam sebenarnya, sedangkan banyak rahsia-rahsia yang disimpan selama ini tidak pernah dibongkarkan pun. Mana perginya rahsia rasuah dan penyelewengan yang pernah dia mahu dedahkan dulu?. Sekarang bila sudah masuk UMNO dan jadi Senator maka cakapnya cukup hebat. Banyak rahsia Anwar mahu didedahkan. Bukankah itu sudah menjadi kelaziman orang yang jadi "pengkhianat", mereka sanggup lakukan apa saja untuk membuktikan ketaatannya kepada "imam baru" mereka. Inilah yang terjadi kepada Ezam. Anehnya warisan@pahang boleh percaya bulat-bulat cakap Ezam baru-baru ini. Dalam ceramahnya itu Ezam menceritakan pertemuan beliau dengan Saiful di Plaza Tol Rawang, kononnya Saiful kecewa Najib Razak tidak mahu membantunya selepas dia mengaku diliwat Anwar. Dalam pertemuan sulit itu Ezam mengatakaan bahawa Saiful mengakui diliwat Anwar dan mahu dia menolong budak itu. Kononnya Saiful yang dalam keadaan tertekan meluahkan perasaan kecewanya kerana Najib (TPM pada masa itu) enggan membantunya sebaliknya suruh Saiful buat laporan Polis. Begitu juga dengan seorang Polis yang ditemuinya, tidak mahu masuk campur dan minta saiful buat laporan Polis. Jadi Saiful merasakan Ezam sahaja seorang yang berani lawan Anwar dan tempat dia mencurahkan perasaannya. Najib tidak mahu masuk campur bukan tidak mahu membantu tetapi tidak mahu dikaitkan dengan isu ini kerana isu ini adalah isu peribadi antara Saiful dan Anwar walaupun Anwar adalah musuh politik Najib. Sedap bunyinya bila dengar ceramah Ezam itu. Namun nyata ianya hanya penglipur lara semata-mata.Harap-harap moga puak-puak UMNO dan blogger warisan@pahang dapat [Namun, tahukah warisan@pahang bahawa Ezam ini memang pandai bermain kata-kata sejak dulu lagi. Beliau umpama "burung kakak tua" yang hanya pandai berkata-kata tetapi tidak tahu apa yang diucapkannya. Rujuk klik video diatas, Ezam dengan lantangnya mengatakan dia tak akan masuk UMNO walau apa jua cara sekali pun. Dia berani bersumpah akan terus bersama rakyat untuk berjuang menegakkan keadilan dan menghapuskan penyelewangan yang berlaku. Namun, apa yang terjadi sekarang. Cakapnya dulu hanyalah omongan kosong dan retorik politik semata-mata. Maka, apakah pemuda UMNO termasuk warisan@pahang boleh percaya dengan kata-kata Ezam ini agaknya?. Harapan kita janganlah pemuda UMNO termakan dengan kata-kata Ezam ini lagi. Beliau tidak layak untuk berceramah dan mengeluarkan kenyataan, kerana beliau memang pengkhianat rakyat serta senator cap ayam sebenarnya].tatap video ni puas-puas dan mengerti siapakah Ezam yang sebenarnya |
| Posted: 24 Jun 2010 11:15 PM PDT ![]() Seperti yang telah dijangka, maka Mahkamah Rayuan melengkap skrip terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwatnya dengan Saiful Bukhari Azlan. Mahkamah hari ini menolak rayuan Anwar untuk mendapatkan keterangan bersumpah Saiful. Dengan keputusan ini bermakna sekali lagi hak Anwar untuk membela dirinya semakin "samar" sekarang ini. Bahkan, jelas dapat dilihat kelebihan kini berpihak kepada Saiful. Kemungkinan besar Saiful akan menang kes ini dengan pukulan TKO terhadap Anwar. Apa tidaknya, Anwar kni berhadapan dengan kesnya tanpa segala bahan serta dokumen penting untuk membela dirinya. Anwar tidak tahu, siapakah saksi-saksi yang bakal dikemukakan oleh pendakwaraya di Mahkamah Tinggi selepas ini. Sama ada saksi tersebut relevan atau saksi yang telah dibeli dan dipaksa untuk membuat keterangan palsu di mahkamah. Malah Anwar juga dinafikan hak untuk mendapatkan segala dokumen termasuk laporan polis terhadap dirnya, laporan perubatan oleh Hospital Kuala Lumpur serta lain-lain bahan bukti penting kes itu. Bermakna, kini pendakwaraya bebas mengemukan apa jua bahan bukti untuk menguatkan lagi hujjah mereka bahawa Anwar memang meliwat Saiful. Biarpun kes ini dilihat amat "pincang sama sekali", namun dek kerana kuasa dan dendam kesumat pihak-pihak tertentu terhadap Anwar makanya beliau pasti akan berhadapan dengan laluan sukar kali ini. Lebih sukar lagi apabila kesemua bahan-bahan bukti digunakan sepenuhnya. Ramai yang bertanggapan bahawa kemungkinan besar Anwar pasti akan terpenjara sekali lagi atas kes ini. Namun, ada juga yang percaya Anwar akan menang besar selepas Najib sendiri "takut" berhadapan dengan risiko kiranya mantan TPM itu dipenjarakan sekali lagi. Gelombang kebangkitan rakyat pasti akan bersemarak sekali lagi kiranya Anwar terpenjara. Malah, harapan besar untuk melihat kerajaan UMNO BN tumbang dalam Pilihanraya Umum akan datang pasti terlaksana kiranya ia benar-benar berlaku. Mahu atau tidak, mereka akan sedaya upaya memastikan rakyat percaya yang Anwar itu memang mempunyai akhlak terkeji dan perlu dinyahkan. Sama-sama kita nantikan adengan seterusnya "sandiwara liwat II" ini nanti. [Apapun yang terjadi, sama-samalah kita berdoa agar akhirnya kebenaran itu akan tertegak jua. Semua orang meluat dan kecewa dengan kes liwat ini sebenarnya. Memang kita akui bahawa puak-puak UMNO mahu Anwar mengaku dia peliwat. Malah mereka masih lagi menjaja isu "sumpah mubahalah" itu sebagai bukti kononnya Anwar bersalah gara-gara takut untuk bersumpah. Mereka juga percaya Saiful dan yang lainnya memang menjadi mangsa kerakusan Anwar Ibrahim sejak dulu kini dan selamanya. Kita juga boleh percaya jika perjalanan kes ini ditangani dengan betul dan secara bijaksana. Misalnya kes liwat I dulu, "tilam diusung" ke sana ke mari, siap dengan tompokan air mani. Akhirnya dibuang kes begitu sahaja dan Anwar dipenjara kerana dikatakan merasuah polis supaya tidak menyiasat kes itu. Kemudian Anwar dipukul dipenjara, kerajaan kata Anwar pukul diri sendiri. Akhirnya bila Suruhanjaya Siasatan DiRaja ditubuhkan maka barulah kita tau dia dipukul oleh Rahim Noor. Kemudian, berbagai lagi adengan yang cukup memalukan dan memualkan terjadi satu demi satu. Bukankah ini membuktikan yang perjalanan kes ini agak kucar kacir dan bercelaru. Maka, bagaimana rakyat mahu percaya kepada kerajaan bahawa Anwar memang peliwat. Begitu juga dalam kes terbaru ini, tidak pernah terjadi dalam sejarah seseorang tertuduh dinafikan semua haknya untuk membela diri. Hinggakan laporan polis yang sepatutnya boleh dibeli dengan harga RM2 itu pun tidak dibenarkan berada ditangan Anwar. Maknanya perbicaraan yang bakal dijalankan itu sekadar "trick semata-mata" sedangkan skripnya sudah ditetapkan bahawa Anwar Ibrahim perlu dihantar kembali ke Penjara Sg.Buloh buat selama-lamanya]. |
| Posted: 24 Jun 2010 08:16 PM PDT ![]() Malam tadi, seorang bekas Editor Panas PDO iaitu Blogger Cucumatkilau mengatakan bahawa beliau telah dihubungi oleh satu panggilan misteri yang tidak diketahui dari mana. Panggilan yang pada mula berkisarkan soalan untuk menempah iklan di PDO berakhir dengan satu trick yang telah diketahui hakikatnya. Pemanggil antara lain mahukan nombor telefon PDO, kononnya untuk dihubungi bagi langganan iklan. Namun CMK menyuruh beliau hanya menghantar email ke pahangdaily@yahoo.com atas alasan beliau sendiri tidak tahu nombor telefon PDO. Mungkin kecewa dengan kenyataan tersebut maka pemanggil mula membebel dan menyerlahkan apakah tujuan sebenar beliau. Antara lain beliau mahu PDO menarik balik beberapa buah artikel yang dikatakan berunsur fitnah dalam blog ini. Malah beliau juga menegaskan bahawa semua orang yang percaya Anwar Ibrahim tidak meliwat Saiful adalah "orang bodoh" termasuk juga ulamak tesohor Yususf Qardawi. Menurutnya beliau yakin memang Anwar liwat kerana telah menghubungi ibu dan kakak kepada Naib Presiden PKR iaitu Azmin Ali. Malah katanya, beliau banyak mengetahui tentang sifat sebenar Anwar dan pernah menghubungi mantan TPM itu sendiri sebelum ini. Beliau mengesahkan bahawa memang Anwar kaki liwat dan sebagainya. Biar pun berbagai alasan yang diberikan namun beliau tetap dengan keputusannya bahawa kes yang berlaku terhadap Anwar adalah benar belaka dan tidak ada yang tidak benar. Menurut CMK lagi, pemanggil emosi dan mengatakan bahawa jika tidak percaya kenyataannya sila hubungi ibu dan kakak Azmin untuk mendapat kepastian cerita sebenar tentang kes yang melibatkan Anwar Ibrahim itu. Beliau juga tidak mahu PDO mengeluarkan kenyataan yang berbentuk spekulasi atau kontroversi. [Agak lama juga pemanggil mengamuk dan mengutuk pembangkang dengan berbagai alasan, kononnya Anwar kini sudah sendirian apabila semua orang kanan dan orang kuat PKR telah meninggalkan parti itu. Malah beberapa kali beliau mengatakan semua orang yang percaya cakap Anwar adalah orang yang bodoh dan tidak ada akal. Kami tidak mahu melayan komen pemanggil tersebut cuma berharap kiranya ada pembaca yang ingin memberi pandangan kepada beliau atau berbicara tentang kes ini dengan pemanggil misteri terbabit silalah hubungi talian berikut 012-3013454 (Namanya tidak diketahui). Harapan kami agar pemilik nombor terbabit tidak menutupkan taliannya untuk memudahkan beliau berhujjah dengan orang yang dikatakan bodoh kerana mempercayai Anwar Ibrahim]. |
| Piala Dunia: Jepun Layak Ke Pusingan Kedua !! Posted: 24 Jun 2010 02:45 PM PDT ![]() RUSTENBURG: Jepun menjadi wakil Asia kedua melangkah ke pusingan kedua apabila mengejutkan Denmark 3-1 dalam perlawanan terakhir Kumpulan E di Stadium Royal Bafokeng, awal pagi tadi. Jepun mengiring Belanda selaku juara kumpulan yang mudah menewaskan Cameroon 2-1. Sebelum ini, Korea Selatan menjadi wakil Asia pertama layak ke pusingan kalan mati. Gol Jepun disumbangkan Keisuke Honda pada minit ke-17 dikuti Yasuhito Endo pada minit ke-30. Shinji Okazaki melengkapkan kemenangan pasukan Negara Matahari Terbit itu dengan gol minit ke-87 manaka Denmark memperoleh gol saguhati melalui Jon Dahl Tomasson pada minit ke-81. Pasukan Jepun akan berhadapan dengan Paraguay di pusingan kedua pada 29 Jun ini |
| You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |





Tiada ulasan:
Catat Ulasan