Jumaat, 18 Jun 2010

PENYAPU SIAL

PENYAPU SIAL


propaganda 2+1 ...mengalihkan isu sebenar dan mengekalkan si MUSA kekal sampai mampos sebagai KPN demi kepentingan politik UMNO-APCO-BN...!!!!

Posted: 18 Jun 2010 10:18 AM PDT



Isu ancaman kumpulan pengganas yang menjadikan Malaysia sebagai tapak kegiatan operasi mereka serta melibatkan mahasiswa tempatan hanyalah sebagai satu propaganda kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) untuk mengalih pandangan terhadap isu besar lain dalam negara. Isu itu merupakan satu lagi taktik baru Umno-BN untuk melarikan diri daripada menyelesaikan isu besar lain yang membabitkan rakyat


Wujud pelbagai tekanan daripada rakyat yang membabitkan isu lesen judi bola sepak, APCO, subsidi, penyerahan tanah warisan hak kaum Melayu kepada pihak swasta dalam masa yang singkat dan sehingga kini mereka gagal selesaikan.

Rakyat jangan terpedaya dengan helah Umno-BN untuk alih isu besar dan menakut-nakutkan rakyat.

Soal keselamatan negara ini merupakan satu isu besar. Mereka perlu gunakan saluran yang betul dan bentangkan maklumat itu di Parlimen, bukan hanya melalui kenyataan dalam media sahaja, ini tidak betul,

Apa yang dilihat hanyalah satu lagi kegagalan urus tadbir negara, dan kini tumpuan dialih agar sokongan rakyat terhadap kepimpinan kerajaan tidak hilang.

"ni tidak dibahas tapi cuma ditakut-takutkan. Kita berpendirian ancaman pengganas tidak boleh dipertahankan dan mesti diambil tindakan tegas tapi perlu mengikut undang-undang yang betul. Jadi dimana buktinya kegiatannya kalau masalah ini semakin serius, kalau betul kita sokong


kita  juga tidak menolak kemungkinan isu itu yang diumumkan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan merupakan satu percubaannya untuk mengekalkan jawatannya sedia ada.

Adakah ini satu percubaan untuk Musa kekalkan kedudukannya untuk buktikan kepada Perdana Menteri bahawa dia masih diperlukan untuk melindungi kepentingan politik Umno-BN?,"

Terdahulu, Musa sebelum ini dilaporkan berkata kumpulan Jemaah Islamiah (JI) warga asing dikesan cuba menghidupkan kembali perjuangan mereka dengan merekrut golongan remaja di negara ini termasuk pelajar IPT.

Perkara itu terbongkar ekoran penahanan 10 anggota JI sejak awal tahun ini dan mereka telahpun diusir.

Musa juga dilaporkan berkata bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan kehadiran beberapa pemimpin kanan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) yang cuba menjadikan negara ini sebagai tempat perlindungan dan pangkalan logistik mereka.

SKANDAL JUAL ENJIN JET....KERAJAAN UMNO KAMBING HITAMKAN LOW RANKING OFFICER...

Posted: 18 Jun 2010 10:07 AM PDT

ALANGKAH tak guna dan memalukan apabila Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan enggan letak jawatan sesudah terbongkar isu penjualan enjin jet pejuang negara. Di Jepun tentu dah harakiri..Sekiranya dalam KES ALTANTUYA, Najib Razak dan Razak Baginda boleh goyang kaki apabila 2 bodyguard yang tiada motif disabit dan dihukum mati, DALAM kes jual enjin jet pula seorang sarjan bawahan saja yang didakwa. SIAPAKAH pegawai tinggi disebalik penjualan jet ini? Adakah orang sama yang memanggil syarikat Zionis APCO untuk mengurus hal Malaysia? Artikel disertakan

Thursday, 17 June 2010 09:31am

The Malaysian Insider

by Neville Spykerman

KUALA LUMPUR, June 17 — Lawyers for the family of Sergeant N. Tharmendran, charged with stealing two jet engines, said they are going to "open a can worms" when they file a police report on behalf of the Royal Malaysian Air Force (RMAF) airman today over his treatment in remand.

Lawyer N. Surendran told The Malaysian Insider that his client has been made a "scapegoat" when he was charged with abetting the theft of the RMAF F5-E jet engines earlier this year and then remanded in Sungai Buloh prison.

"He is just a low-ranking air force personnel and we believe he was charged to protect others." Surendran told The Malaysian Insider.

The RMAF discovered that the jet engines and their maintenance records were missing on May 22, 2008 and a police report was lodged on Aug 4 the same year.

The engines, purchased in 1972 at a cost of RM303,570 and not RM50 million as initially reported when the story broke, are now reportedly in Uruguay.

The theft was a major embarrassment to the government, followed by reports later that the country's first submarine — the KD Tunku Abdul Rahman — could not dive in tropical waters. The Perdana Menteri-class submarine is one of two bought under a multi-billion ringgit deal.

Prime Minister Datuk Seri Najib Razak had vowed that there would be no cover-up over the engines' theft, which took place when he was defence minister, while current Defence Minister Datuk Seri Zahid Hamidi had said it was an inside job.

Surendran said his client was "made to confess" to the theft and they would reveal exactly what he was "subjected to" after his family lodges a police report at the Brickfields District Police Headquarters this morning.



The 42-year-old air force sergeant and company director K. Rajandran Prasad were jointly charged in the Petaling Jaya Sessions Court on Jan 6 in connection with the missing F5 jet engines.



Unlike his co-accused, Tharmendran was not able to raise the RM150,000 bail set by the Sessions Court and has been in prison for the last six months.

Surendran had filed an appeal at the High Court to reduce the bail amount but no date has been scheduled yet.

"At the most, bail for theft is usually fixed at between RM10,000 and RM20,000, not RM150,000 which is excessive."

But he claims the prosecution had refused to relent and had argued for the high bail amount to be maintained when the case was last mentioned on March 29.

The prosecution reportedly used "national security" as the basis for their argument.

"This is a miscarriage of justice and raises the question of whether there is a deliberate attempt to keep my client in jail to keep him from revealing what he knows," the lawyer said.

Tharmendran is accused of stealing the engines in Dec 2007 at the Subang RMAF air base.

He was also charged with conspiring in the theft with senior airman Mohamad Shukri Mohamad Yusop at the material processing shed at the Sungai Besi RMAF base.

He was arrested on Sept 1 last year, and if convicted, faces up to 10 years in jail and a fine.

Rajandran is accused of disposing off the engines on April 30, 2008.

Their trial has been scheduled for five days between July 19 and July 23."



JANGAN TERKEJUT sekiranya tentera kita didakwa menjual enjin jet pejuang kerana 2 telaga minyak bernilai RM 320 billion pun UMNO boleh serah gitu gitu saja kepada Brunei.

WANG ikat jamin sebanyak RM150 ribu memanglah sarjan tak mampu bayar. Adakah ini cubaan menutup mulutnya?. Menurut maklumat sulit, tertuduh dalam kes bunuh Altantuya pun diletak dalam jail di kawasan berasingan untuk elakkan mereka buat kenyataan bersama kaitkan Najib, kui kui.

Bak kata Tok Guru: PERGI JAHANAM DENGAN UMNO!!!!


dewa

Kerajaan Kelantan tarik balik 10 gelaran Datuk dan darjah kebesaran

Posted: 18 Jun 2010 04:31 AM PDT

Kerajaan Kelantan tarik balik 10 gelaran Datuk dan darjah kebesaranSetelah Istana Johor menarik balik gelaran Datuk empat individu, kerajaan negeri Kelantan pula menyenaraikan 10 individu yang ditarik balik gelaran Datuk serta darjah kebesaran yang lain. Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Aiseri Alias berkata sebanyak tujuh individu yang ditarik balik gelaran Datuk manakala tiga lagi merupakan penerima Jaksa Pendamai (JK).

Pengumuman dibuat bagi menjaga imej istana dan institusi diraja. Sesetengah penarikan gelaran Datuk dan darjah kebesaran berkuat kuasa sejak September tahun lalu. Antara individu yang ditarik balik gelaran ialah pemaju hartanah terkenal, Tan Huat @ Tan Liang Chong, bekas Pegawai Kewangan Negeri, Shkori Mohamed, bekas Ketua Jajahan, Ismail Ghani, dua ahli perniagaan, Ibrahim Abdul Kadir dan Wan Hassan Wan Zin, Mohd. Raihan Datuk Seri Dr. Eusuff Teh, Senator Ahmad Rusli Iberahim, Tengku Ahmad Zahari Tengku Abdul Kadir, kontraktor, Yusri Che Noh dan pegawai bank, Tengku Abu Bakar@Tengku Azman Tengku Ismail.

Mohd Aiseri tidak mendedahkan punca sebenar penarikan gelaran Datuk dan darjah kebesaran terbabit. Beliau menjelaskan bahawa penarikan itu dibuat mengikut hemah dan budi bicara baginda.



penyapu sial


DI ZAMAN SEJARAH LAMPAU GELARAN DATUK DIBERI KEPADA MEREKA YANG BERJASA KEPADA NEGARA/NEGERI TETAPI HARI INI GELARAN DATUK 'DIJUAL' KEPADA TAUKEY-TAUKEY KAYA. ENTAH APA YANG DISUMBANGKAN OLEH TAUKEY-TAUKEY TERSEBUT......

SEDANGKAN TAUKEY-TAUKEY INILAH PENGHISAP DARAH RAKYAT MISKIN. KALAU PIHAK ISTANATERDESAK SANGAT NAK KURNIAKAN GELARAN DATUK KEPADA MANA-MANA INDIVIDU (TANPA MENGIRA PARTI) PASTIKAN ORANG ITU BENAR-BENAR MEMBERI SUMBANGAN YANG BESAR KEPADA NAGARA/NEGERI
BUKAN HANYA KERANA DIA KUAT POLITIK ATAU PANDAI BERNIAGA.


Tapi kini rasa nya gelaran datuk lebih di berikan pada lanun, penjenayah, perompak yang merompak hasil negara ini dan kepada yang menindas rakyat... Apakah jasa mereka selama ini kepada rakyat selain dari menipu, menyeleweng dan merompak demi kepentingan diri dan kroni..

Kalau diberikan gelaran ini kepada atlet sukan yang mengharumkan nama negara masih boleh diterima oleh rakyat sebab menjunjung nama negara di pelusuk dunia tapi kepada yang bergelar datuk dan tidak berjasa langsung pada rakyat dan negara harus dilucutkan gelaran itu dengan serta merta.... Biar mereka hanya jadi datuk pada cucu mereka sahaja.

kes norza....Sarkas SPRM di mahkamah kanggaroo....!!!!

Posted: 18 Jun 2010 03:02 AM PDT




Mahkamah Sesyen di sini hari ini melepas dan membebaskan bekas Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Datuk Mohamad Norza Zakaria dan ejennya, Halimi Kamaruzzaman, daripada tuduhan rasuah.

Hakim Azuar Che Yusof membuat keputusan itu setelah Ketua Unit Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Datuk Abdul Razak Musa menyatakan pihaknya tidak akan mengemukakan keterangan lanjut selepas saksi-saksi yang dikemukakan sebelum ini berpaling tadah.

Terdahulu, Abdul Razak berhujah pihak pendakwaan sentiasa berharap saksi-saksi bercakap benar bagi menegakkan keadilan.

"Tanpa keterangan yang boleh dipercayai, usaha untuk menghapuskan rasuah dan penyelewengan tidak akan berjaya," katanya.

Peguam Jahaberdeen Mohamed Yunoos yang mewakili Halimi kemudian memohon mahkamah menggunakan budi bicara untuk melepas dan membebaskan tertuduh mengikut Seksyen 254 Kanun Acara Jenayah.

Katanya, pihak pendakwaan juga telahpun diberi peluang memanggil 18 saksi sepanjang perbicaraan itu yang sudah memakan masa lama.

Mahkamah kemudian menerima hujah itu.

Mohamad Norza, 43, yang juga bekas anggota Majlis Tertinggi Umno, dituduh memberi suapan RM1,500 kepada Khadri Musa menerusi Halimi untuk diagihkan kepada anggota perwakilan sebagai dorongan untuk mengundinya bagi jawatan MT pada Perhimpunan Agung Umno pada Mac tahun lepas.

Beliau juga menghadapi satu lagi pertuduhan memberi suapan RM1,900 kepada Mohammad Anuar Yunus menerusi Halimi bagi tujuan sama.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan pada 6.30 petang, 20 Jan tahun lepas di No 38, Pinggiran Tasik, Taman Bandar Temerloh di sini.

Halimi, 47, dari Bandar Indera Mahkota, Kuantan, pula menghadapi dua pertuduhan memberikan suapan itu kepada Khadri dan Mohammad Anuar bagi pihak

Mohamad Norza pada masa, tarikh dan tempat yang sama.

Sepanjang perbicaraan sejak Mac tahun lepas itu, sembilan saksi pendakwaan dituduh di Mahkamah Majistret Temerloh kerana memberi keterangan palsu.

Mohamad Norza, yang ditemui di luar mahkamah, melahirkan rasa syukur kerana dapat membersihkan namanya daripada tuduhan rasuah.

Katanya keputusan itu juga diharap dapat menamatkan spekulasi berhubung kredibilitinya.

"Saya adalah pemimpin Umno yang dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan rasuah oleh Lembaga Displin Parti dan juga mahkamah," katanya. -Bernama



penyapu sial


kononnya SPRM bebas dan berkecuali di dalam penahahan dan pendakwaan. Hakikatnya pesalah dari UMNO BN akan lepas bebas dengan pelbagai cara dan helah.

orang UMNO-APCO memang dah tak ada agama....ke tepikan agama....tapi fikirkan pulus masyukkk...!!!!!

Posted: 18 Jun 2010 02:32 AM PDT

UMNO & Judi Bola - Apa kata Agama letak tepi dulu.. mai kita bincang bab $$$$$$$...


Taajub, kaget, terkejut , itu saja yang ana boleh bagi ulasan bila melihat wakil BN dari UMNO Kota Belut semalam berucap dalam perbahasan RM 10 berhubung kait dengan lesen judi bolasepak piala dunia nih. Kata dia lebih kurang " kita letak dulu pasal agama tepi, kita bincang tentang kerugian 200 billion yang negara akan hilang oleh penjudi, along dan mnusia yang membawa duit itu berjudi diluar negara , kalau kita beri lesen, boleh pantau duit tu dan tak lari keluar ", begitu bunyi nya, ana minta maaf kalau 100% tak sama dengar ucapan dia, kerana yang tepat nanti kita ambil dari hansard Parlimen dan masukkan semula.

Heran hasil kami, wakilMCA, wakil MIC, wakil Gerakan yang bukan Islam tak sebut macam tu, tapi yang Islam bela judi sampai macam tu!!!!.

Apa yang nak sebut disini, itulah mentaliti pemimpin UMNO, duit, duit, dan duit, sampai orang bukan Islam pun naik marah bila bekas pemimpin UMNO kata depa ni taik judi, sampai bila nak lulus lesen, kerana orang Cina nakkan judi. Macam apa yang Tun Dr Mahathir kata kat program Bangkit di Trengganu tempoh hari dihadapan 600(0) orang hadirin.

Apa yang mereka fikir, hanya duit , apa yang Allah larang dan tegah bukan depa nak fikir. Dari segi barakah, nimat, bala dan azab yang bakal menimpa bukan mereka nampak, kalaulah sekali allah turun bala minyak kering, sedut tak keluar, petronas nak sedut apa lagi nak jual, kalau itu yang ada dalam mentaliti mereka.

Kita amat bimbang kalau inilah yang menjadi pegangan mereka yang memerintah negara, memang cepatlah nanti negara bengkrap, bukan pasal duit tak ada, tetapi pasal azab dan bala yang diturunkan menimpa kita. Wal iya zu billah, mopon janganlah lagi ya Allah.

DR HJ MOHD HAYATI HJ OTHMAN
MP Pendang, Kedah, Malaysia

lawak saiful apek vs lawak saiful liwat

Posted: 17 Jun 2010 04:37 PM PDT

Saiful Apek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis ....dan saiful liwat di bawah kawalan polis...




lawak saiful apek dengan ganja kena lokap dapat jaminan polis ...cukup bukti ke dalam lokap lah ia...atau pak polisi dan pihak mahkamah kanggaroo yang juga peminat lawak si saiful nie akan membebaskan dengan alasan tak cukup bukti....mana tau kan.....melawak la katakan ...si saiful boleh melawak tak kan mahkamah kanggaroo tak biase pulak buat lawak dari video korek korek zaman mahafiraun sampai lawak liwat 2 zaman najis altantuya


PETALING JAYA: Pelakon komedi terkenal, Mohd Saifulazam Mohammad Yusoff, 41, atau lebih dikenali sebagai Saiful Apek (gambar) bersama lima rakannya yang direman kerana disyaki memiliki 40 gram ganja akan dibebaskan dengan ikat jamin polis.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar ketika dihubungi mStar Online berkata, siasatan terhadap kes tersebut akan tetap diteruskan.

Sehubungan itu, katanya, polis akan membuat keputusan kemudian sama ada akan mendakwa Saiful Apek dan rakan-rakannya ataupun tidak.

"Pihak polis akan membuat keputusan selepas siasatan selesai sama ada mahu mendakwa mereka atau tidak," katanya.

Semalam, tempoh reman Saiful Apek bersama lima rakannya selama empat hari dilanjutkan sehari lagi sehingga hari ini.

Majistret Aishah Hijriah Arshad membenarkan tempoh reman terhadap semua suspek dilanjutkan.

Ia bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan di bawah Seksyen 39A(1) serta Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 atas sebab pemilikan dadah manakala Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 atas sebab penggunaan dadah.

Pada 12 Jun lalu, Saiful dan lima rakannya yang lain ditahan polis dalam satu serbuan di apartmennya di Jalan PJS7 Subang Jaya dekat sini kira-kira pukul 10 malam ketika sedang menyaksikan perlawanan bolasepak Piala Dunia di antara Argentina dan Nigeria.

Apek terkenal dengan lakonannya dalam filem seperti Senario Lagi (2000), Senario The Movie (1999), Nana Tanjung 2 (2007) dan Cicak Man (2006).

Dia juga seringkali muncul bersama kumpulan lawak Senario dalam siri komedi Senario di TV3.

Sementara itu Mohd Fadly Hashim yang merupakan peguam kepada Saiful Apek ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya berkata polis sepatutunya membuat pendakwaan hari ini.

Bagaimanapun katanya, pihak polis mendapat arahan untuk melepaskan mereka dengan jaminan polis sementara menunggu siasatan dijalankan.

"Mungkin arahan itu daripada pihak pendakwaanlah. Tentang berapa lama dan syarat-syarat jaminan, belum boleh didedahkan lagi kerana mereka masih belum dibebaskan (sedang dalam proses)," katanya yang ditemui kira-kira pukul 3 petang ini.

Mohd. Fadly memberitahu, semua dokumen ikat jamin telah ditandatangani dan sedang diproses.

Proses ikat jamin tergendala sementara waktu ekoran gangguan bekalan elektrik di kawasan itu.

Ditanya bagaimana perasaan ahli keluarga anak guamnya, kata Mohd. Fadly, mereka gembira tetapi akur ia masih dalam siasatan polis.

"Semuanya gembira, tetapi siasatan masih berjalan. Pendakwaan masih boleh dijalankan bergantung kepada siasatan polis," jelasnya.



lawak saiful liwat.....ha ha ha ...jantan muda nie lembik sangat ke....sampai boleh kena rogol dengan DSAI yang dah tua dan tak bertenaga...tak kan tak boleh bagi penyepak orang muda kat DSAI kalau betul betul berlaku....gerenti tumbang punya....

dah lah tu ...simpan kesan kena liwat 2 hari sampai menahan berak....perggg...silap haribulan dia ni kena buasir ...tak sembahyang lansung...kunun najis di juboqnya nak jadikan bahan bukti....las las sembahyang jumaat dalam keadaan berjuboq....apa punya lawak dan bengap la si sotong nie....mengaku ajer islam  tapi jahil nak mampus...


selanjutnya lawak si saiful liwat di sini



Misteri Saiful Liwat Ternoda, Kenapa Polis Begitu Mudah Terima Kenyataan Mulutnya Tanpa Rujuk Kepada Laporan Perubatan Hospital Yang Sah


Sungguh mengejutkan bila pihak polis menerima laporan "mulut" anak muda yang bernama Saiful Bukhari Azlan kononnya beliau diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim tanpa merujuk kepada Laporan Perubatan Hospital Pusrawi dan juga tiga doktoro pakar Hospital Kuala Lumpur (HKL). Inilah yang memusykilkan kita sebenarnya. Bayangkan, Saiful pergi sendiri ke hospital untuk memastikan dia disahkan "menjadi mangsa liwat" sedangkan kerja itu sepatutnya dilakukan oleh pihak polis selepas mana-mana laporan kes seperti ini dilaporkan kepada mereka. Jika benar pun Saiful mengatakan dirinya diliwat, kenapa kesemua laporan perubatan tersebut mengatakan dia "tidak diliwat". Kenyataan siapakah yang boleh diterima pakai, Saiful Bukhari Azlan seorang anak muda yang gagal menamatkan pengajiannya di universiti atau pakar perubatan yang sudah mempunyai pengalaman yang luas dalam kes-kes seperti itu.

Maka, jika kita amati betul-betul senario yang berlaku dalam mana-mana kes liwat, rogol, cabul atau jenayah seksual yang lain sebelum ini. Seseorang mangsa biasanya akan dibawa ke Balai Polis untuk membuat laporan. Biasanya mangsa tidak dapat berkata apa akibat malu dan trauma atas kejadian yang menimpa dirinya. Lantaran itulah, dalam banyak kes mangsa akan diiringi oleh orang yang dekat dengannya sama ada ibubapa, adik beradik, saudara mara dan sebagainya. Pihak polis pula akan menerima laporan berkenaan, dan sebelum mengesahkan dan membuat tangkapan mana-mana suspek biasanya mangsa akan dihantar untuk mendapatkan rawatan dan pemeriksaan doktor di mana-mana hospital yang berdekatan. Selepas dapat laporan perubatan doktor terbabit, barulah kes berkenaan akan disahkan dan operasi tangkapan ke atas suspek akan dilakukan. Mana mungkin polis boleh menerima kenyataan mulut tanpa merujuk kepada laporan perubatan klinikal yang sah dari mana-mana pakar perubatan hospital.....seterusnya

mak ooiii....ramainya blogger....mamat pembodek anak yatim nie mana dia dapat info nie....perggg main serkap jarang kot..... ....!!!!

Posted: 17 Jun 2010 04:19 PM PDT

Dua juta blogger bukti media massa tempatan bebas - Rais


KUALA LUMPUR 17 Jun — Kewujudan dua juta blogger di negara ini membuktikan media massa di sini bebas menyiarkan pendapat dan kritikan masing-masing, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Beliau memberitahu persidangan Dewan Rakyat hari ini bahawa dengan perkembangan teknologi maklumat, peluang untuk mana-mana pihak bersuara dan memberikan pandangan masing-masing tidak pernah disekat oleh kerajaan.

"Kita boleh lihat sekarang, media massa terutamanya media alternatif, perkembangannya semakin rancak dengan adanya perkhidmatan jalur lebar.

"Dilaporkan terdapat kira-kira dua juta blogger di negara ini yang bebas melaporkan pandangan mereka dan ini mencerminkan kebebasan media di negara ini," katanya menjawab soalan Teng Boon Soon (BN-Tebrau) yang ingin tahu sama ada kebebasan media massa di negara ini masih terhad seperti yang dilaporkan oleh kajian Freedom House dari Amerika Syarikat yang mendakwa media di Malaysia belum bebas.

Rais berkata Malaysia kini mempunyai 76 akhbar harian termasuk milik pembangkang, 151 saluran televisyen satelit, sembilan saluran televisyen tidak berbayar (milik kerajaan dan swasta) dan 53 saluran radio. - Bernama



penyapu sial

bebas kepala hotak hang....alasan aje tu....nak tunjuk kerajaan yang ada sekarang nie demokratik....kalau bebas ....kenapa jadi sebegitu ramai blogger....terutamanya dari puak pembangkang...kalau dah tv ,radio dan ceramah politik di sekat ....mereka semua salurkan ketidak puas hati terhadap kerajaan melalui internet la...atau hang nie nak plan mengawal bloger blogger tersebut melalui suruhan jaya multi media ( SKMM )...boleh tutp semua blog blog anti kerajaan barisan najis....!!!!

Tiada ulasan: