™ kaasii peecaahhh laaa...® |
Piala yang sedang menunggu pemenang Pertandingan Futsal Sempena World Cup 2010 Posted: 18 Jun 2010 12:30 AM PDT Buat peminat Fusal... cepat mendaftar.... Ini Piala yang akan dimenangi oleh Juara Pertandingan Futsal Sempena World Cup 2010 yang akan berlangsung 25 dan 26 jun ini.di Pusat Futsal Batu Maung......Tarikh: 25-26 hb Jun 2010 Masa: 6.00ptg - 2.00pg Tempat: Gelanggang Futsal Batu Maung Nota: Cabutan perlawanan akan dijalankan 23hb Jun 2010. Daftar Sekarang! 32 Pasukan sahaja. Hubungi: Zulfazdli 018-466 4576 Kumaresan 014-945 9221 Haniff 017 563 9245 Victor: 019-443 2088 Aidil: 012-4304423 HADIAH HADIAH KESELURUHAN BERJUMLAH..RM4300 CEPAT JANGAN KETINGGALAN........ | |||
Kos jambatan kedua: Najis berbohong Posted: 18 Jun 2010 12:08 AM PDT Ahli parlimen Bukit Bendera, Liew Ching Tong mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberikan jawapan yang tidak benar berhubung soalannya berkenaan kos pembinaan projek jambatan kedua Pulau Pinang. "Perdana Menteri menjawab bahawa kos pembinaan projek adalah tidak berubah dan kekal sebanyak RM4,500 juta, termasuk kos membina 'casting yard' oleh kedua-dua kontraktor iaitu CHEC Construction (M) Sdn Bhd dan UEM Builders Berhad," katanya dalam satu kenyataan media hari ini. Menurut Liew, maklumat berkenaan tidak benar kerana kos yang disebutkan selama ini dalam media massa dan juga di kalangan kerajaan adalah RM4.3 billion dan kos pembinaan 'casting yard' tidak patut dimasuk ke dalam kos keseluruhan. "Isu kos pembinaan amat penting memandangkan pengguna jalan raya Pulau Pinang pada masa akan datang terpaksa menanggung kos ini dengan kadar tol yang tinggi. "Con Menurut Liew, beliau merujuk kepada satu laporan bertajuk "Proposed Penang Second Bridge Crossing Independent Review: Costing Review" oleh firma perunding Zaidun-Leeng yang mencadangkan bahawa harga yang wajar atau 'fair price' untuk jambatan kedua adalah RM 4.3 bilion. "Laporan tersebut disediakan pada bulan Julai 2008 semasa harga minyak dan harga bahan bina sedunia memuncak ke tahap yang tidak pernah dialami sebelum ini. Kos pembinaan sekarang seharusnya berkurangan," katanya. Liew berkata laporan firma perunding Zidun-Leeng juga menyoal kos UEM yang didakwa terlalu tinggi. Kat "Contohnya, UEM mencadangkan untuk membiayai RM20 juta untuk majlis keraian. Apa yang diraikan sebelum jambatan itu dibina dan kenapa diperlukanRM 20 juta?" soal Liew. Kata MP Bukit Bendera dari DAP itu lagi, UEM juga meminta 'HQ overhead and support' sebanyak RM63.51 juta yang didakwanya agak terlampau. "Saya tidak faham kenapa pembinaan jambatan memerlukan kos penyeliaan ibu pejabat yang begitu tinggi." Justeru, Liew berkata kerajaan pusat perlu mengkaji semula syarat-syarat yang tidak munasabah supaya rakyat Pulau Pinang tidak dibebankan. |
You are subscribed to email updates from ™ kaasii peecaahhh laaa...® To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan