Isnin, 14 Jun 2010

PENYAPU SIAL

PENYAPU SIAL


JJ : Dasar Malaysia berhubung Israel SAMA dengan Amerika....aik...kalau camtu dasar meraba wanita tempatan samalah juga meraba wanita amerika /yahudi....!!!!

Posted: 14 Jun 2010 07:54 AM PDT




ALANGKAH SADIS, syahdu dan sedih jika benar kata Duta Malaysia ke Amerika, Datuk Jamaluddin Jarjis bahawa dasar Malaysia ke atas Israel SAMA dengan dasar Amerika. Aik! Takkan Najib kamceng dengan APCO, syarikat Zionis maka terus dasar luar Malaysia yang selama ini tak mengiktiraf Israel jadi serupa dengan Amerika selaku PEMBELA ISRAEL NO.1?

Malaysia-AS kongsi pendirian mengenai kekejaman Israel

ROMPIN: Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) berkongsi berhubung isu kekejaman tentera Israel terhadap misi bantuan kemanusiaan ke Gaza yang membabitkan sukarelawan dari negara ini baru-baru ini.

Duta Malaysia ke AS, Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis, berkata sehubungan itu, hubungan Malaysia-AS tidak terjejas di mana kedua-dua negara mengutuk keras tindakan kejam rejim Zionis itu..

Menurutnya perkara itu jelas membuktikan Presiden AS itu mahu melihat perdamaian di antara kedua-dua negara berkenaan walaupun akur Israel juga  mempunyai dasar luarnya sendiri yang tidak mudah untuk dicampuri oleh  pentadbiran AS. - BERNAMA "


Cantek sangatlah tu. Dengan Amerika punyalah nak mengampu, dengan rakyat sendiri khususnya yang Pakatan, dilanyak habis-habisan. Kelantan dan negeri Pakatan ditindas habis-habisan. Title dan pangkat pun ditarik balik.

GUNA la kepala hotak tu ...jangan bior terperuk kat kepala lutut. Rata-rata pembuat dasar Amerika dipengaruhi oleh lobi Yahudi yang sangat kuat. Nak harapkan Amerika settle kan isu Palestin tu samalah macam nak harapkan serigala jaga kambing....


Wakil penduduk Palestin iaitu HAMAS yang diundi oleh warga Palestin pun ditolak mentah-mentah oleh UMNO yang hanya mengiktiraf Fatah dan APCO...



penyapu sial


apa nak di herankan...bangsa melayu dah lama di yahudikan....bila yang bercakap tu orang melayu loghat yahudi....hanya orang melayu UMNO aje berbangsakan YAHUDI...tu pasal perangai menindas bangsa sendiri  pun tiru perangai yahudi....cuma yahudi yang asli....dia tak sanggup bunuh bangsa sendiri....mana lagi teruk....????

PM peliwat 1 Malaysia rupa kuat menipu....!!!!!

Posted: 14 Jun 2010 07:42 AM PDT

PM 1Malaysia kata indeks kompetitif global Malaysia telah meningkat ke tangga 10 daripada 18. Siap berkata Anwar dan Pakatan Rakyat jangan perlekehkan kemampuan BN mentadbir Malaysia. Nah dengan kenaikan indek kompetitif global Najib berkata Malaysia lebih baik daripada Japan. Mak aih berlagak benor.

So aku ambik inisiatif untuk menge"check" apa yang dikatakan PM 1Malaysia nih. Bukan nak kata dia bohong tapi aku rasa macam ada yang tak kene dengan mende yang dicakap.

Aku tak sure kat Agensi maner yang buat indek tu tapi bila aku google keyword "global competitiveness", website ini yang keluar memula...

http://www.weforum.org/en/initiatives/gcp/Global%20Competitiveness%20Report/index.htm

Read more: http://biaqpila.blogspot.com/2010/06/siapa-buat-teks-ucapan-najib.html#ixzz0qq2IaYfa






jadi aku download pdf file dan aku aku cari Malaysia nih duk kat maner... Sah menipu... Malaysia duduk ditangga ke 24. Tahun lepas tangga 21. So kalau korang ambik math dalam PPSMI sekali pun aku rasa itu menurun bukan menaik. Aku tak puas hati. Aku google pulak guna keyword "global competitiveness malaysia". Nah sekali report yang dibuat oleh MITI sendiri. tak caya bukak link ini.

http://www.miti.gov.my/cms/genArticlePdf?id=com.tms.cms.article.Article_a6b32071-c0a81573-3a2f3a2f-91738c87




Jadinya sekarang siapa yang pandai menipu rakyat. Dah lah bagi ucapan kat Bukit Jalil. Kalau kat Batang Ai takpe jugak. Capaian internet sangatlah mengecewakan.

Ha nih, saya bukan ahli politik BN atau Pakatan Rakyat dan saya anak muda. Saya nak pesan kepada semua anak muda yang ada kat Facebook nih. BN sebenarnya sudah tidak relevan. Kalau dibiarkan lagi mereka memerintah, memang betul tahun 2019 kita akan bangkrap. Jangan terpedaya dengan kata-kata yang kita jangan lupa dengan jaya yang BN buat. Jangan begitu kerana apa yang mereka dah buat adalah tanggungjawab sebagai kerajaan.

Konsep itu sama dengan seorang ayah memberikan makan kepada anaknya. Kalau ayah kita tak berikan makanan dah tentu dia jadi ayah yang tidak bertanggungjawab. Maka itu adalah perkara wajib bagi seorang ayah. Tak kira dia ayah kandung, ayah tiri atau ayah angkat.

Sama seperti kerajaan. Walaupun kerajaan itu diperintah oleh BN atau Pakatan Rakyat, tanggungjawab mereka tetap sama. Apa yang dipertanggungjawab mereka harus buat.

Cuma apa yang akan berbeza nanti adalah, mungkin ayah kandung kita akan berikan kita nasi daripada beras BASHMATI. Mungkin ayah tiri kita cuma berikan nasi daripada Beras TESCO. Qualiti yang berbeza tetapi tetap nasi dan beras.

Dalam konsep kerajaan pun sama. Kualiti prasarana pula diberikan pula menjadi tahap pengukur. Mahukan anda dengan kerajaan yang bina stadium dah sampai setahun runtuh. Mahukan anda kerajaan yang nak jalan cukai GST sedangkan hasil bumi Malaysia nih cukup untuk berikan RM18,000 seorang setiap tahun dan Malaysia masih ada untung daripada itu. Mahukan anda bayar harga minyak petrol dengan harga yang tinggi sedangkan kita adalah pengeluar minyak petroluem terbaik di dunia.

Oleh yang demikian, pilihlah perubahan. Pilih lah pembaharuan. Pilih kerajaan yang lebih teratur. Jabatan Audit Negara dah meletakkan pengurusan kerajaan negeri di Pakatan Rakyat ditahap 3 dan 4 bintang. Sedangkan pengurusan negara dibawah par disebab ketirisan yang melampau.

Anda penentu kepada kerajaan masa hadapan. Jangan biarkan anak-anak anda menjadi mangsa kepada kesilapan anda memilih kerajaan.



Sumber: anje-online.blogspot.com

APA NAK HERAN PAS ANAKTIRIKAN BLOGGER PR....JADI MACAM WA...CARI PELUANG HANTAM AJE PAS....BIAQ KASI TERSUNGKUR....DULU WA PAS SEKARANG PKR....!!!!

Posted: 14 Jun 2010 07:21 AM PDT

WAKAKA...PADAN MUKA BLOGGER ?




Cerita setahun yang lalu. Cerita Muktamar. Cerita blogger.

"..Sumbangan media baru khususnya media siber termasuk portal berita dan blog memainkan peranan untuk menyediakan maklumat alternatif kepada rakyat yang selama ini di cengkam oleh media arus perdana yang dikuasai kerajaan UMNO BN telah berjaya mencelikkan rakyat sehingga memilih Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kecil yang diadakan selepas pilihanraya umum lalu, " kata Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang.

Sebenarnya, walaupun tiada majlis penghargaan khusus untuk para blogger dan wartawan internet pada majlis muktamar pada tahun ini. Namun pengiktirafan yang diberikan oleh Presiden PAS itu telah lama ditunggu oleh para blogger sekalian yang telah bertungkus-lumus selama ini memperjuangkan kebenaran dan keadilan melalui alam siber membantu Pakatan Rakyat mencapai kemenangan.

Moga-moga ibadah dan perjuangan kita ini dapat membantu kita berhadapan dengan ALLAH SWT di akhirat kelak. Tapi betul ker pimpinan atas menghargai bloggers ni..tapi hakikatnya blogger tetap dipandang sebagai 'nobody'...kalau benar seperti yang TGHH sebut..blogger ini diiktiraf, kenapa bila kita nak mintak pas media dari urusetia tak dilayan.

''kami tak berikan pas media kepada blogger..hanya media perdana sahaja diberi pas media muktamar''..alasan mereka,"kalau beri kat sorang blogger nanti semua blogger nak.." susah sangat ke kalau berikan untuk 2 @ 3 orang blogger pas media..? blogger bukan nak mintak keistimewaan apa sangat..dapat masuk semasa PC pun dah cukup la.

Kalau kita dengar ucapan dari perwkilan negeri Melaka disebut bagaimana media perdana ini mensensasikan akhbar mereka dengan memburukkan pimpinan PAS..tapi mereka2 ini juga la yang diiktiraf..blogger2 yang membawakan liputan yang benar tak diberi keistimewaan seperti media perdana..apa ni ? Bila saya tanya ada wifi ke? pakai password ke..?..."ha'ah ada password..hanya unit IT aje yang boleh guna line wifi ni..orang lain tak boleh. "hangin tol saya bila dia jawab macam tu...tapi sebagai muslim kita telah ditarbiyyah supaya bersabar...takpa lah saya tetap ucapkan terima kasih...bukan kebuluq sangat pun, pasal saya ada bawak broadband sendiri..cuma saya saja tanya tapi jawapan memang menghanginkan hatiku.

Saya telah mengikuti 2 program besar oleh 2 parti..satu semasa Kongres PKR di tempat yang sama Stadium Melawati Shah Alam...dan yang terkini Muktamar Tahunan PAS ke 55...2 parti yang besar. Saya sebagai ahli PAS tapi tidak menjangka ini cara pengurusan PAS, berbanding dengan PKR..kami blogger mendapat tempat bersama media perdana.

Memang saya kecewa dengan pengurusan PAS..untuk mendapat pas media kami telah ditolak mentah2 apatah lagi untuk mendapat liputan di dalam sidang media ... kami memang tak dapat..nak mintak letak recorder pun tak kasi..hina sungguh blogger ni rupanya.

Saya tunjuk kad media yang saya dapat dari kerajaan Pakatan Rakyat Perak oleh DS Nizar sendiri..tapi tetap tak diiktiraf. "akak ni ada pas media.., tapi pas yang bukan dari media perdana.." kata petugas. "Ini pas dari kerajaan PR Perak. DS Nizar yang iktiraf blogger sebagai media kerajaan PR" "kami tak kisah siapa yang beri..Nizar ke siapa ke..tapi akak bukan dari mana2 yang boleh kami beri pas media" Padan muka aku, aduiii hangat hati betul la dengar ayat tu...kalau nak bukak cerita dalam kain PAS ni memang banyak sungguh..tapi disebabkan sayangkan jemaah ummi tak sanggup nak bukak buruk parti sendiri..seperti bukak pekung di dada la pulak.

Tapi ummi luahkan ketidakpuasan hati ummi kerana perkara in tak sepatutnya berlaku terhadap blogger jemaah sendiri, kerana pimpinan sendiri telah memberi pengiktirafan kepada blogger kerana sumber berita yang kita sampaikan tidak seperti media arus perdana yang bermuka2. Bak kata MSK sapa suruh gatai jadi blogger...sendiri tanggung la...kalau Topeng Perak pulak cakap..blogger ni dapat apa..dapat maki aje..kalau Cenangau kata pulak..blogger ni macam daun kari, untuk menyedapkan bau masakan hang buh la..masa nak makan hang daun tu kena tolak ketepi dan buang terus ke longkang.

Saya mengharapkan agar perkara ini diberi ruang sedikit untuk dipertimbangkan..permintaan blogger tidaklah besar sangat..tidak minta dilayan seperti media perdana pun sekurang2nya beri sedikit ruang untuk kami blogger berdiri dibelakang para media perdana pun tak apalah..jangan dihalau terus jauh2.

Sebelum para blogger rasa bosan dengan layanan yang begini harap ada sedikit perubahan minda dalam pengurusan pada majlis besar yang akan datang. Wallahualam.

(sumber asal dipetik dari tulisan UmmiAnni blog)




penyapu sial


kalau begini lah cara pimpinana tertinggi PAS mentarbiah ahli yang mempunyai sedikit kuasa ...tanpa menghargai jerih perit blogger yang turut menyumbang secara tidak lansung kearah kebangkitan PAS di persada politik negara sejak PRU 2008...jangan salah blogger bila di PRU 13 nanti ...PAS hanya bertapak di kelantan aje ( kalau bernasib baik )....

dan rakyat yang dah celik mata akan memandang serong kepada PAS....bagi contoh yang kecik mcm tu pun di pandang remeh....dan tak boleh nak jadikan tauladan ...jangan haraplah yang lebih besar lagi ...bukan nak apa apa ke istmewaan pun.... setakat pas media no hal punya...tapi mangkuk mangkuk banggang ada yang nak tunjuk ego pulak....pooodah...haramjadah....!!!!

mangkuk mangkuk dalam PAS nie lebih memanjakakan  media arus perdana  dari para blogger ....hina sangatkah  para blogger jika di banding media arus perdana atau pun anjing anjing perpaduan UMNO dalam PAS tu....wooi....PAS...bangkit lah....lu sibuk pasal melayu bangkit...tapi lu sendiri nak cari jalan  pi bungkus buat apa...!!!!!

dasar kuku besi pengampu....sibuk bila PAS bermuktamar.

Posted: 14 Jun 2010 06:48 AM PDT

Semakin hari semakin pelik media tempatan, bila UMNO bermesyuarat agong pemimpin-pemimpin BN akan ditemuramah untuk beri pandangan dan pemimpin-pemimpin pembangkang langsung tidak diberi peluang untuk mengulas. Bila PAS bermuktamar sekali lagi media tempatan mendapatkan ulasan dari pemimpin-pemimpin BN tidak pula diberi peluang kepada pemimpin-pemimpin PAS atau pun PR untuk memberi ulasan.

Memang pelik sepatutnya ulasan yang lebih tepat datang dari mana-mana parti yang sedang bermesyuarat bukan dari parti yang menentang. Apa yang boleh dilihat media di Malaysia merupakan media yang cukup ketinggalan zaman dan pengecut. Mereka hanya mampu mengampu dan taat pada pemerintah. Mungkin suatu hari nanti media tempatan akan dipandang sinis oleh masyarakat. Masyarakat akan meninggalkan media tempatan dan mempercayai media luar. Ini akan merugikan negara dan semangat patriotik akan hilang.

Inilah keadaan sekarang, Malaysia dibelenggu oleh mentaliti kapitalis dan kuku besi. Mereka mengawal dan menyekat penyebaran berita yang benar. Mereka takut dengan kebangkitan rakyat yang benci dengan kongkongan berita yang berat sebelah. Jika Malaysia ingin dihormati oleh rakyatnya dan masyarakat dunia, perubahan dasar penyiaran perlu dibuat untuk menentukan berita yang disampaikan lebih adil dan saksama.

Janganlah kita maju sekadar dalam berita Utusan, Berita Harian, RTM, TV3 dan lain-lain media Malaysia sahaja tetapi akikatnya Malaysia mundur di sudut mata masyarakatnya sendiri dan masyarakat dunia. Berubahlah untuk menuju kemajuan sebenar bukan sekadar hiasan dalam tajuk-tajuk utama berita sahaja.


farzu
"

Otak Raja Nong Chik di kepala lutut......bila bercakap dengan lidah biawak yang bercabang...!!!!!!

Posted: 13 Jun 2010 10:29 PM PDT

"Selepas ditekan hebat oleh penduduk Kampung Baru dan rakyat 1Malaysia samada melalui media milik kerajaan dan lebih2 lagi melalui media alternatif akhirnya menteri yang dipertanggungjawabkan untuk memujuk hatta memaksa pemilik tanah menyerahkannya , terpaksa mengendurkan pressure , memperlahankan suara , melunakkan bahasa dan berundur selangkah ke belakang.

Tetapi , peliknya bagaimana beliau boleh mengubah pelan , misi , visi dan objektif untuk memiliki tanah – tanah bernilai tinggi kepada untuk memajukannya sahaja.

Dalam kenyataannya yang terbaru , Kerajaan tidak bercadang untuk menjual walau seinci pun tanah di Kampung Baru di sini kepada kaum atau bangsa lain.

Kerajaan akan memastikan setiap pemilik tanah mendapat pulangan masing-masing apabila tanah mereka diserahkan untuk tujuan pembangunan.

"Seperti yang saya jelaskan, nisbah 60:40 hanyalah satu cadangan daripada pihak kerajaan dan ia sebenarnya bukan bermaksud menjual tanah sedia ada kepada bukan bumiputera atau pelabur asing mengikut nisbah tersebut.

Lagi berbelit – belit katanya, cadangan nisbah itu hanya akan diguna pakai apabila keseluruhan kawasan kampung berkenaan dibangunkan dengan pelbagai bangunan pencakar langit dengan mendapat persetujuan pemilik tanah.

Mungkin boleh sesiapa tolong check samada lidah beliau ni bercabang macam lidah biawak kot ?

Atau adakah beliau berfikir tahap pemikiran penduduk Kampung Baru ni sama taraf dengan akal orang – orang asli kat Long Pasia kot ? Malah kemajuan dan IQ penduduk asli Sabah dan Sarawak jauh lebih matang dan maju , seperti mana orang – orang Melayu Melanau di Sibu , berbanding Raja Nong Chik ni walaupun beliau orang metropolitan.

Atau adakah otak beliau ni berada di luar kepala ? Kalau begitu tak mengapa lah , malah selayaknya beliau bercakap demikian. Sekiranya begitu otaknya terdedah kepada jangkitan kuman. Otaknya sensitif kepada tawaran habuan dari tokeh – tokeh Cina yang berkeliaran mengejarnya kini. Otaknya pantang melihat pulus. Otaknya tidak menjadi matang kerana faktor luar yang begitu menggoda.

Tetapi , yang pastinya beliau tidak pernah menggunakan otaknya untuk berfikir di luar kotak !!! Sebab itu hujahannya tumpul. Wawasannya bercelaru.

Pemikirannya flip flop , sekejap itu sekejap ini. Inilah contoh seorang menteri yang boleh dibeli. Kita faham , sesiapa pun pasti tergoda , lagikan YB Zulkifli Nordin & Geng boleh dibeli dengan hanya harga serendah RM2juta , habis dibuang kopiah islamnya , inikan pulak satu projek yang katanya terbesar di dunia. Huh huh huh !!!!

Otaknya kini cuba diperah semaksima mungkin , setiap detik , saat dan ketika memikirkan bagaimana penduduk Kampung Baru nak ditipu , dipengaruhi , dikecek , diperdaya , dihasut , ditawan dan diperbodohkan.



sumber..ulitmayang

mulut dan punggong UMNO sama kelentong bila bercakap....!!!!

Posted: 13 Jun 2010 10:21 PM PDT




Sekarang ini musim cuti sekolah. Banyak kenduri diadakan. Banyak pula cerita-cerita politik boleh kedengaran di majlis-majlis tersebut.

Berpeluang ke kawasan parlimen Kubang Pasu kelmarin. Ramai yang bercerita tentang pro dan kontra kenapa Najib Tun Razak Perdana Menteri kesayangan Tun Mahathir Mohamed begitu beria-ia mahu judi sukan dihalalkan.
Ada yang memberitahu, Pengerusi Berjaya Group Vincent Tan mendakwa lesen tersebut telahpun diluluskan kepadanya melalui pegangan di syarikatnya Ascot Sports Sdn Bhd.

Namun sejak adanya bantahan seluruh negara, Menteri Kewangan pertama Malaysia menafikan telah mengeluarkan lesen sedemikian kepada Vincent.

Sepupu Najib, Hishamuddin Tun Hussein Menteri Dalam Negeri Malaysia pula tidak terlepas dalam perbincangan tersebut.

Seorang daripada mereka bertanya, adakah seorang menteri tidak tahu bagaimana Jabatan Imigresen boleh memadamkan rekod kemasukan Altantunya ke Malaysia. Tentu ada puaka disebalik arahan ini kata mereka.

Penyokong kuat Johari Baharom pula menyampok, "anak Mahathir masih menjadi ahli lembaga pengarah syarikat arak terbesar di Filipina itu lagikah ?"

Salah seorang dari bekas G7 Kubang Pasu mencelah, "pemimpin Umno sekarang bukan macam dulu. Pungkok depa pun boleh bercakap. Sama naik dengan mulut depa".

Saya terkejut bila ramai ahli Umno sudah boleh bercakap seperti mereka yang berminda kelas pertama. Mungkin fikiran sudah terbuka, boleh mendengar pandangan orang lain, banyak membaca, anak-anak balik bercerita, sudah dipatuk ular berkali-kali dalam lubang yang sama dan seumpamanya.

Atau adakah setelah meminta sesuatu, tidak dapat dan mulalah berbunyi.

Biar apa pun. Bercakap sahaja tidak memberikan faedah. Bangun dan buang mereka. Itu baru jantan namanya pak cik !


http://alkerohi.blogspot.com/

UMNO sanggup buat apa saja...halal halal depa tibai....demi yahudi pulak sanggup depa duduk celah jubor....!!!!

Posted: 13 Jun 2010 10:11 PM PDT




Kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) sanggup membelakangkan apa sahaja termasuk menghalalkan anasir judi mahupun mengadakan hubungan dengan Israel bagi memperoleh sumber kewangan.

Pimpinan negara juga tergamak memperkenal cukai baru hingga membebankan rakyat semata-mata bagi mencapai matlamat itu.

Jadi apa yang kita  lihat pemimpin yang ada pada hari ini merasakan zaman pemerintahan mereka sudah hampir berakhir. Mereka yakin kebenaran suasana ini, maka mereka menganggap ini adalah peluang terakhir bagi mempersiapkan diri mereka, kroni mereka, keluarga, syarikat untuk ada dana mencukupi untuk akan datang barangkali

Malaysia adalah negara yang memiliki sumber alam, malah pernah mempunyai simpanan rizab luar negara lebih tinggi dari Hong Kong dan negara Asean lain.

Kita pernah mencapai satu tahap rizab tertinggi dalam kedudukan kewangan dan dana negara kita mengatasi negara-negara Asean dan kita pernah mempunyai simpanan dana rizab asing yang melebihi negara seperti Hong Kong dan Taiwan

Malangnya,  kerajaan Malaysia kini kehilangan pelbagai kelebihan itu sehingga terpaksa memperkenal pelbagai cara bagi mencari sumber kewangan termasuk melalui cukai hasil judi.

Ini dikatakan mendorong kerajaan memperkenal judi sukan di negara ini walaupun cuba menafikannya sedangkan ia diakui sendiri Kumpulan Berjaya

Kerajaan sanggup menggunakan perjudian sebagai asas untuk meraih dana. Tidak cukup dengan dana setiap tahun sebanyak RM2 bilion dalam bentuk cukai yang dibayar Genting World Resort.

Tetapi ini pun  tidak mencukupi. Dia masukkan pula satu elemen baru perjudian bola sepak,

Kita juga turut  mempersoal kerjasama kerajaan Malaysia dengan Apco Worldwide, sebuah firma perunding yang didalangi pimpinan Israel-Zionis.

Lebih-lebih lagi, kerajaan pemerintah sanggup membayar RM77 juta setahun sedangkan kita mendapati negara lain yang menggunakan khidmat Apco cuma membayar sekitar USD2 juta.

Kenapa kerajaan Malaysia membayar lebih untuk fungsi yang sama sedangkan negara lain membayar kurang dari USD2? Ini persoalan besar..?????

MRT....PROJEK MENGENYANGKAN KRONI UMNO-BN-APCO

Posted: 13 Jun 2010 04:29 PM PDT

Projek sistem pengangkutan gerak cepat (MRT) yang dicadangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sepatutnya dibina lebih awal lagi dan bukannya menunggu pembentangan Rancangan Malaysia Ke-10.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian berkata projek itu sepatutnya diumumkan lebih awal kerana ia akan menyelesaikan masalah pengangkutan awam yang dialami warga kota terutamanya yang tinggal di Lembah Kelang.

"Kita khuatir dengan cadangan kerajaan untuk menyumber luar pengangkutan awam kepada pihak swasta menunjukkan ada perancangan pihak tertentu memberikan projek itu kepada kroni mereka.

"Sepatutnya kerajaan harus bertanggungjawab dan bukannya menyerahkan bulat-bulat kepada pihak swasta untuk menguruskannya yang mungkin akan membebankan rakyat selepas itu.

Katanya lagi, jika penswastaan ini diteruskan, perbelanjaan kerajaan akan meningkat dan akhirnya rakyat akan menderita menanggung kos tersebut.

"Kerajaan sepatutnya mempertahankan tanggungjawab sosial yang diberikan kepada rakyat dan bukannya menyerahkan kepada pihak swasta untuk menguruskannya," kata Loy Sian.

Tambah Loy Sian, banyak projek yang diswastakan sebelum ini menemui kegagalan dan sepatutnya dijadikan iktibar sebelum kerajaan bertindak menswastakan apa-apa projek yang mempunyai kepentingan rakyat. -SK

Candu Wala’ Dimain Lagi Dalam Muktamar PAS.....

Posted: 13 Jun 2010 04:25 PM PDT

Ianya disentuh dalam Ucapan Dasar Presiden. Presiden dilaporkan berkata:

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mahu semua anggotanya memberikan ketaatan dan wala' (kesetiaan) kepada parti dan pemimpinnya yang "menjalankan tugas sepanjang masa, bukannya bermusim".

Katanya, kesemua pemimpin tersebut - yang terdiri daripada pelbagai latarbelakang termasuk ulama dan profesional - dipilih sendiri oleh ahli-ahli dalam muktamarnya tahun lalu.

"Adunan ini jugalah yang memperkasakan PAS untuk memimpin negara, dengan menolak jahiliyah sekularisma yang meminggirkan Islam dan memisahkan urusan dunia daripada Islam," katanya.



Malahan perwakilan dari Kedah, Ahmad Izzat Shauqi dilaporkan berkata:

Sambil menekankan sudah wujudnya elemen-elemen mempertikaikan pendirian kepimpinan Hadi khususnya pandangan menerusi blog, Ahmad Izzat Shauki berkata, beliau memberikan peringatan ini sebelum keadaan menjadi serius nanti.
"Ada yang menyerang presiden menggunakan blog-blog... kita kena wala'," katanya lagi.



Soalan saya pula, apabila para perwakilan PAS telah menolak Ucapan Dasar YDP Agung PAS, Dato Asri Haji Muda pada Muktamar PAS 1978, adakah itu satu petanda yang perwakilan PAS tidak wala'?

Bukankah Presiden PAS yang ada sekarang ini antara yang terlibat mahu menjatuhkan Dato Asri sebelum peristiwa 1978 bersama-sama Nakhaie, Mustafa Ali dsbnya?
Bukankah tindakan Mustafa Ali memimpin segerombolan perwakilan mem boo Dato Asri satu masa dahulu satu bentuk tindakan yang tidak wala'?

Dari kenyataan di atas, jelas baik Ucapan Dasar mahupun ucapan Ahmad Izzat Shauqi, mahu meletakkan taraf "maksum" pada Presiden dan kepimpinan parti.

Soalan saya yang lagi satu adalah, sebelum pilihanraya 2004, semua di dalam PAS telah wala' kepada Presiden PAS dan tidak menentang Presiden melalui blog-blog. Mengapa PAS kalah begitu teruk sekali dalam Pilihanraya 2004?

Mungkin perwakilan Kedah, Ahmad Izzat Shauqi boleh memberi jawapan. Mungkinkah Ahmad Izzat Shauqi boleh bercakap terus dengan Allah SWT dan mengetahui dengan jitu betapa Allah SWT akan menurunkan kemenangan sekiranya kita wala' pada kepimpinan. Oleh sebab itu, seharusnya kita telah menang pilihanraya 2004 kerana kita telah wala' sepenuhnya pada kepimpinan dan menyokong keluarkan "Dokumen Negara Islam".

Bukankah dahulu pernah cakap Mursyidul Am melarang berjumpa UMNO dalam gelap telah tidak dilayan. Bukankah itu juga satu tindakan tidak wala' kepada pimpinan juga?

Bagi saya, kita kembali pada aqidah islamiyyah yakni tiada siapa yang maksum kecuali Nabi SAW. Lain dari Nabi, mereka tidak maksum. Sesiapa sahaja boleh menegur, tidak kira dia ahli biasa atau kepimpinan

Bagi saya, cakap-cakap dari Ahmad Izzat Shauqi ini mengandungi unsur-unsur syirk kerana dalam akidah Ahlus Sunnah, hanya Nabi SAW sahaja yang maksum. Lain dari Nabi SAW boleh ditegur dan boleh diperbetulkan.

Bukankah Imam Malik sendiri pernah berkata:

Pendapat aku dan pendapat sesiapa sahaja boleh sahaja betul atau boleh sahaja salah kecuali yang datang dari tuan kubur ini (sambil Imam Malik menunding kepada kubur Nabi SAW)



Adakah Ahmad Izzat Shauqi mahu mengatakan kepimpinan PAS sekarang ini lebih hebat dari Imam Malik?

Kita wala' kepada pimpinan selagi pimpinan berada di jalan yang betul. Apabila pimpinan tersesat, wajib kita tegur pimpinan. Kalau tidak, hasilnya yang akan menanggung bala dan kesusahan adalah jemaah sendiri.

Budaya PAS Terengganu hendak diterap dalam PAS dan platform Ucapan Dasar digunakan untuk membawa budaya PAS Terengganu yang telah menggagalkan PAS Terengganu selama ini.

Tulang Besi

ps. Masa Suyuti guna akhbar Siasah untuk memfitnah Husam Musa, tiada siapa pun yang bercakap pasal Wala'. Malahan, Suyuti tetap dibayar gaji dengan menggunakan duit PAS.
Ini semua candu yang sedang diberi kepada perwakilan PAS supaya perwakilan PAS jadi mamai dan tidak berani menegur segala kesilapan dan kemungkaran yang dilakukan oleh kepimpinan PAS.

Memang inilah sebenarnya budaya PAS Terengganu. Atas sebab inilah mereka terus menerus menghadapi kekalahan.

Boikot Israel Biarlah Dari Akar Umbi

Posted: 13 Jun 2010 04:15 PM PDT

KAPAL kargo milik Israel yang dibenarkan untuk berlabuh di Pelabuhan Klang bagi tujuan perdagangan telah menimbulkan kemarahan dan rasa tidak puas hati banyak pihak berikutan kekejaman rejim Zionis itu terhadap misi bantuan kemanusiaan ke Gaza pada 31 Mei lalu.

Perkara mengenai kapal-kapal itu didedahkan baru-baru ini, malah disahkan oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha.

Keadaan itu mengimbas kembali peristiwa kapal-kapal konvoi Flotila Pembebasan yang membawa bantuan makanan, ubat-ubatan dan bahan-bahan binaan telah ditawan oleh tentera Israel.

Pertama, serangan terhadap kapal milik Turki, Mavi Marmara yang mengorbankan banyak nyawa.

Kedua, Kapal MV Rachel Corrie yang menyertai konvoi yang sama turut ditawan tentera Israel.

Kedua-dua kapal itu membawa sukarelawan dari beberapa negara dunia termasuk 12 sukarelawan Malaysia (Mavi Marmara) dan enam sukarelawan (Rachel Corrie).

Tragedi serangan itu disifatkan sebagai tindakan sengaja tentera Israel bagi menggagalkan misi bantuan kemanusian untuk rakyat Palestin di Gaza.

Rentetan kejadian tragik itu, banyak pihak termasuk beberapa badan bukan kerajaan (NGO) mendesak kerajaan supaya membatalkan segera permit yang membenarkan kapal kargo milik Israel untuk memasuki pelabuhan di negara ini.

Desakan itu bertujuan untuk menyekat sebarang bentuk hubungan dagangan dengan rejim Tel Aviv ekoran kekejaman yang dilakukan rejim Zionis itu terhadap rakyat Palestin serta misi bantuan ke Gaza pada 31 Mei lalu.

Tidakkah kita terfikir bahawa pihak Israel sendiri 'memboikot' kunjungan kita bersama sukarelawan daripada beberapa negara dunia yang membawa misi bantuan kemanusiaan ke Gaza?

Sekatan yang berlaku di kawasan perairan antarabangsa itu dikecam hebat oleh tentera rejim zionis itu yang kononnya konvoi misi bantuan kemanusiaan itu mahu belayar ke Israel.

Malah, sukarelawan Malaysia dianggap Israel sebagai melakukan satu konspirasi lantaran Malaysia tidak mempunyai sebarang hubungan diplomatik dengan negara itu.

Sikap tidak berperikemanusiaan itu mencetuskan kemarahan seluruh dunia.

Ini termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri membentangkan usul yang mengutuk sekeras-kerasnya terhadap serangan tentera rejim Israel berkenaan.

Persidangan di Dewan Rakyat, Parlimen itu telah sebulat suara meluluskan usul tersebut.

Usul yang mempunyai 15 ketetapan itu antaranya menzahirkan sokongan padu rakyat Malaysia kepada perjuangan rakyat Palestin ke arah pembentukan sebuah negara yang bebas, merdeka dan berdaulat.

Apa yang disuarakan rakyat Malaysia sebenarnya merupakan satu bentuk sokongan padu kepada perjuangan rakyat Palestin yang terus-menerus dizalimi rejim zionis.

Pemerhati politik, Profesor Dr. Abdul Aziz Bari berkata, kerajaan perlu telus mempertimbangkan cadangan untuk membatalkan segera permit yang membenarkan kapal kargo milik Israel untuk memasuki pelabuhan di negara ini.

"Mereka (kerajaan) perlu memastikan sama ada kapal-kapal daripada Israel itu benar-benar mempunyai kaitan dengan rejim zionis itu.

"Bukan semua Yahudi itu menyokong atau bersekongkol dengan Israel, malah mengecam kezaliman yang dilakukan terhadap Palestin," katanya.

Beliau yang juga Pensyarah Undang-Undang, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berkata, kerajaan mungkin dilema kerana sukar untuk membuat keputusan berikutan sekatan perdagangan dengan Israel itu bakal mencampur-adukkan antara ekonomi dan politik negara.

"Apapun yang diharapkan kepada kerajaan supaya menyelaraskan cadangan yang disuarakan itu dengan usul khas yang mengutuk sekeras-kerasnya tindakan rejim zionis itu," ujar Abdul Aziz.

Perdana Menteri sebelum ini pernah berkata, pengguna mempunyai hak sama ada mahu memboikot barangan utama Amerika Syarikat sebagai tanda protes terhadap negara itu yang menyokong sekutunya Israel.

Kita mempunyai pilihan untuk memboikot, maka kita juga mempunyai pilihan untuk memikirkan apa cara sekalipun bagi memastikan usaha memboikot Israel sehingga ke peringkat akar umbi.

Halangan perdagangan dengan Israel itu sebenarnya bersifat 'serangan mesra' kerana tiada sebarang senjata yang diperlukan atau menjadikan nyawa sebagai taruhan.

Namun, tindakan ini masih tegas dalam menyuarakan amaran kepada Israel supaya menghentikan penindasan dan kezaliman terhadap rakyat Palestin.

Tindakan itu adalah wajar bagi Malaysia sebagai sebuah negara yang aman jika dibandingkan dengan kezaliman Israel sehingga mengorbankan banyak nyawa tidak berdosa.

Ini sebenarnya memberi tekanan kepada Israel yang ketika ini seluruh dunia mengutuk sekeras-sekerasnya terhadap kekejaman rejim zionis itu.

Kita tidak mahu dikatakan sebagai 'talam dua muka' apabila berusaha untuk membawa bantuan kemanusian kepada rakyat Palestin yang dizalimi Israel.

Namun, pada masa yang sama kita memberi peluang kepada pihak Israel memasuki Malaysia menerusi hubungan perdagangan.

Membakar bendera Israel dan patung pemimpinnya, Benjamin Netanyahu mungkin sekadar penunjuk perasaan marah rakyat dunia terhadap kekejaman itu.

Sekatan terhadap hubungan perdagangan itu sebenarnya memperlihatkan bantahan lebih jelas dalam menambahkan tekanan kepada Israel supaya menghentikan kezaliman.

Bagaimanapun, apa saja tindakan atau desakan yang dilakukan sebagai memberi amaran Israel terhadap kekejaman rejim zionis itu, ia perlu diteliti sewajarnya.

Kajian yang menyeluruh perlu dipertimbangkan mengenai kesannya terhadap negara terutama ekonomi, politik dan keamanan.

Ini kerana serangan yang dilakukan terhadap Palestin termasuk kapal konvoi flotila sudah cukup membuktikan rejim Yahudi sanggup melakukan apa saja demi kepuasan dan kepentingan mereka.



IWAN SHU-ASWAD SHUAIB

Dua kerja banggang dan merapu.....sia sia aje....!!!!

Posted: 13 Jun 2010 04:11 PM PDT

ADA dua peristiwa yang menjadi berita hari ini yang pada aku  sia-sia saja. Berita pertama mengenai dakwaan PKR tiga orang Adun Umno akan menyertai parti berkenaan di Perak. Menurut orang yang membuat kenyataan seperti mana dipetik, ketiga-tiga Adun berkenaan akan mengumumkan tindakan mereka itu bila sampai masanya sesuai berbuat demikian.

Kununnya Kata jurucakap mengenai perkara itu, Adun berkenaan telah berjumpa dengan pihak PKR. Mungkin membincangkan proses kemasukan itu? Bersama tindakan itu juga 12 ketua bahagian Umno akan mengambil tindakan sama. Alasannya kerana mereka tidak senang dengan Menteri Besar, Zambry Abdul Kadir.

Apa yang dinamakan Gerakan Anti Zamri (GAZ) juga dilancarkan.Aku  rasa GAZ ini adalah ilham dari Gerakan Anti Samy Vellu (GAS).

Aku  tidak fikir apa yang didakwa itu benar melainkan ianya satu gimik politik murahan saja. Dakwaaan itu ada strategi orang tidak ada kerja atau kekeringan modal untuk membinasakan kerajaan UBN Perak.

Mungkin selepas usaha menerusi mahkamah dan gangguan di Dun Perak gagal maka PKR - Pakatan Rakyat mencari helah dan gimik demikian.

Rasanya dari bermain denghan gimik begitu lebih baik PKR menumpukan usahanya untuk menambah ahli serta mengatur strategi bagaimana untuk merampas Perak dalam pilihan raya umum akan datang. Daripada membuat gimik elok kalau PKR mencari kaedah bagaimana untuk menambahkan undi Melayu di Perak. Atau pun kerja mendaftar pemilih baru dirasakan lebih afada dari membuat gimik begitu.

Ada bahayanya juga gimik berkenaan. Kalau ia tidak menjadi menyebabkan orang ramai tidak akan mempercayai lagi kepada dakwaan atau kenyataan-kenyataan dari PKR. Ia menjadikan orang ramai akan serik dengan apa diperkatakan. Sepatutnya kegagalan menumbangkan kerajaan dengan projek 16 September dijadikan iktibar.

Dalam sifir politik tidak ada sebab untuk tiga Adun BN hendak menyertai PKR. Tidak ada apa-apa kelebihan kepada PKR Perak waktu ini. Kalaulah atas alasan mereka tidak akan dipilih semula menjadi calon dalam pilihan raya akan datang, alasan itu dangkal dan meletakkan betapa rendahnya perjuangan dan politik tiga Adun berkenaan.

Dengan Umno menguasai kerajaan di Perak hari ini mereka akan mendapat apa saja imbuhan yang mereka inginkan. Pengalaman yang menimpa dua Adun PKR, seorang Adun DAP dan Umno yang masuk PKR beberapa hari kemudian keluar semula cukup untuk memberi pengajaran terhadap apa yang didakwa itu. Rasanya orang ramai juga tahu tidak semudah itu Adun Umno untuk meninggalkan parti mereka.

Berita kedua yang aku  rasa tidak ada manfaat ialah mengenai perhimpunan apa dinamakan Gertak - Melayu Bangkit yang akan diadakan di Terengganu 17 Jun ini. Untuk apakah himpunan berkenaan? Apabila ia menamakan himpunan Melayu bangkit ini bermakna Melayu sudah lama tidur dan lemah?

Apa yang hendak dibangktikan? Apakah himpunan yang dipelopori 20 NGO itu hendak menggerak perjuangan Melayu yang dirasakan lemah dan kurang bermaya hari ini. Begitukah? Kalau itulah tujuannya ia tidak akan membawa apa-apa erti. Himpunan itu sia-sia saja dan tidak kurang juga sebagai gimik saja. Kalau ia bertujuan memberi isyarat kepada mana-mana pihak isyarat itu tidak akan kesampaian.

Aku yakin himpunan itu untuk kepentingan parti Umno. Bukankan perjuangan Melayu digerakkan oleh Umno? Kalau Melayu lemah dan tidur sebelum ini, salahnya Umno sendiri. Dengan senario itu bagaimana untuk himpunan itu dapat membantu Umno kerana Umno sendiri yang mendodoaikan orang Melayu supaya tidur dan lena dalam retoriknya?

Inilah  katakan ianya sia-sia saja. Sebaliknya himpunan itu akan memberi keburukan kepada Umno. Himpunan itu yang pada mulanya hendak diadakan pada 13 Mei dilihat sebagai untuk meniup semangat orang Melayu. Anihnya perjuangan Umno sudah nipis waja Melayunya tiba-tia ada pihak yang ingin membangkitkan semangat Melayu. Pelik.

Aku  tidak tahu apakah penganjur Melayu Bangkit itu pihak yang menentang semangat 1 Malaysia, ataupun mereka tidak faham maksud Najib di sebalik slogan berkenaan. Jangan hendaknya tindakan Gertak itu sebagai sokong membawa rebah kepada Umno. Dan ingatlah perjuangan atau apa-apa himpunan yang bersifat perkauman sudah tidak menjadi penting lagi dalam saat orang Melayu Pas, Umno dan PKR tergilakan kepada kuasa untuk jadi pemerintah

Tiada ulasan: