Selasa, 8 Jun 2010

PENYAPU SIAL

PENYAPU SIAL


Lesen judi masih belum dikeluarkan – Kementerian JUDI

Posted: 08 Jun 2010 09:09 AM PDT

Kementerian Kewangan memaklumkan lesen pertaruhan sukan masih belum dikeluarkan kerana kerajaan masih dalam proses mendapat maklum balas daripada rakyat. Kementerian tersebut menyatakan lesen kepada syarikat Ascot Sports Sdn Bhd masih belum dikeluarkan. "Kerajaan juga belum memuktamadkan perbincangan mengenai syarat-syarat dan terma-terma pelesenan dengan syarikat Ascot Sports bagi menjalankan operasi pertaruhan bookie di malaysia."

"Kerajaan masih mendapatkan maklumbalas/pandangan pelbagai pihak terhadap cadangan pelesenan pertaruhan bookie di Malaysia dengan hasrat untuk mengurang dan seterusnya menghapuskan perjudian tanpa lesen di Malaysia," kata kenyataan. Kenyataan tersebut dikeluarkan bagi menjawab pertanyaan Datuk Ibrahim Ali (Pasir Mas), Khalid Abdul Samad (Shah Alam), Tian Chua (Batu) dan Loke Siew Fook (Rasah).



penyapu sial


Bila dah banyak buat demo barulah Hisyam kata lesen belum lagi dikeluarkan, pandailah kau nak perbodohkan rakyat. Tak perlulah nak selindung lagi, ngaku je lah lesen dah bagi, buat apa nak cover sepupu laknat kau tu, bukankah awak pun ada juga bahagiannya ? Hidup didunia ni hanyalah sementara, balun je apa yang sempat selagi ada peluang depan mata. Islam pada nama sahaja tapi tingkah laku lebih dari kafir. Bertaubatlah selagi ada keinsafan wahai menteri beragama Islam....


itu Tan Sri Vincent Tan sudah bagi derma juta2 maa..
lesen judi belum dikeluarkan malulah ooo..
jika lesen judi ini dikeluarkan oleh kerajaan BN diterajui UMNO mengaku mereka ISLAM maka ini akan memakan diri mereka sendiri dan dapat persepsi buruk orang muslim lain dan bukan muslim.
saya rasa bukan semua orang bersetuju dengan cadangan ini..
tiada dalam islam JUDI HALAL...nama dah JUDI dah pasti HARAM.

TALAM DUA MUKA PEMIMPIN BABI 1 MALAYSIA BERKIBLATKAN YAHUDI....!!!!

Posted: 08 Jun 2010 09:03 AM PDT

Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri  di angap sebagai 'talam dua muka' dalam melayani protes rakyat serta pembangkang berhubung usul mengecam kezaliman zionis Israel menghalang bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Usul yang dibawa oleh Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin di Dewan Rakyat pagi tadi semata-mata untuk menonjolkan wajah positif Umno BN kononnya anti pada layanan zionis Israel ke atas umat Islam di Gaza.

Selain mahu dilihat positif oleh rakyat, , ucapan Najib dan Muhyiddin seakan mahu mengekalkan hubungan Malaysia dengan Amerika Syarikat yang nyata dilihat dunia sebagai proksi pada zionis Israel.

Kita berasa tidak ada yang berbeza kecuali Najib dan timbalannya (Muhyiddin) cuba serlahkan dua wajah masing-masing atau talam dua muka.

Pertama, Najib mahu rakyat melihat kerajaan Umno BN bersama-sama mereka dalam menentang zionis Israel.

Kedua,  Najib mahu Amerika Syarikat melihat Malaysia kelak setia menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara hegemoni tersebut.

Kalau anggapan itu tidak benar, Najib sudah tentu bersedia menyahut cabaran Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan usul khas, iaitu pendirian Malaysia berhubung dasar-dasar luar dengan negara hegemoni AS.

Anwar cabar dia (Najib) untuk menyatakan pendirian Malaysia dalam dasar-dasar luar seperti negara (Malaysia) dengan Amerika Syarikat juga merupakan sekutu kuat Israel zionis.

Sepatutnya Malaysia perlu menyatakan pendirian tegas terhadap hubungan tidak langsung Amerika Syarikat dan zionis Israel supaya tindakan negara itu mampu membantu dunia melemahkan zionis Israel di Gaza.

Zionis Israel mungkin lemah di Gaza kalau tidak dengan sokongan diplomatik (serta) ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan itu yang wajar Malaysia pertegaskan dalam usul pagi tadi

Sehubungan itu, kita mempersoal  saranan  Najib,supaya Turki digesa membawa zionis Israel ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).

Buat apa Najib minta Turki pula yang membawa isu keganasan Israel ini ke ICJ, sedangkan kita hanya boleh buat lebih dari itu bekerjasama dengan Turki mengepalai dunia untuk menentang keganasan zionis Israel sekarang.

Namun begitu Najib sehingga sekarang belum bersedia memutuskan hubungan korporatnya dengan firma perunding Antarabangsa APCO Worldwide (IAC) walaupun banyak pihak mendedahkan tentang keterlibatan agen zionis Israel dalam firma tersebut.

Kalau APCO pun, Najib tidak bersedia dengan satu wajah yang jujur, tidak sukar bagi Najib serta timbalannya (Muhyiddin) untuk mempunyai dua wajah asalkan rakyat terus sokong Umno BN (dan) pihak luar terbabit boleh tolong tunjuk ajar kepada kita apa yang terbaik untuk kita.

Siapa Yang Padam Rekod Perjalanan Altantuya.....orang itu sudah tentu terlibat membunuh ALTANTUYA....

Posted: 08 Jun 2010 08:21 AM PDT

Hishammuddin Terkedu Jawab Rekod Imigresen Altantuya Dipadamkan Di Hadapan Najib

Menteri Dalam Negeri terkedu apabila Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali mendesak Datuk Seri Hishammuddin Hussein memberi penjelasan bagaimana rekod perjalanan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu yang mati dibunuh dengan kejam pada 2006 telah di padam dari rekod Jabatan Imigresen.

Apatah lagi keadaan menjadi lebih gawat kepada Hishammuddin apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga sepupu beliau ketika itu berada di dalam Dewan Rakyat pada hari pertama sidang Penggal Kedua Parlimen Keduabelas.

Azmin berkata soalan beliau dan penjelasan Menteri amat penting kerana ia melibatkan soal jenayah dan juga faktor keselamatan.

"Saya mengambil kesempatan untuk bertanya kepada Hishammuddin tentang tanggungjawab Jabatan Imigresen untuk memantau pergerakan keluar masuk warga asing ke negara ini.

"Hishamuddin menjawab bahawa Jabatan Imigresen bertanggungjawab dalam memantau pergerakan berdasarkan aspek keselamatan dan ancaman kepada negara. Berdasarkan kepada jawapan yang diberikan itu sudah tentulah Jabatan Imigresen memerlukan satu pengkalan data bagi memastikan segala maklumat warga asing akan disimpan dengan baik, agar menyenangkan untuk mengambil sesuatu tindakan.

"Pada masa yang sama saya inginkan penjelasan dari kementerian apakah bidang kuasa Jabatan Imigresen untuk memadamkan dan menghilangkan rekod perjalanan warga negara asing khususnya Altantuya.

"Sekiranya rekod ini dipadamkan siapakan yang bertanggungjawab dan apakah tindakan yang telah diambil oleh kerajaan supaya perkara ini tidak berulang lagi.

"Kita melihat tindakkan memadam rekod pergerakkan warga asing adalah satu jenayah yang besar dan perlu diambil serius. Perkara ini perlu diatasi bukannya membiarkan begitu sahaja," jelas beliau kepada Suara Keadilan di lobi parlimen semalam.

Azmin juga merasa dukacita dengan tindakan Hishammuddin kerana cuba mengelak memberi jawapan kepada soalan beliau sehingga jawapan yang diberikan terdapat percanggahan.

"Saya dukacita dengan kenyataan yang diberikan oleh Hishammuddin terhadap soalan tersebut, beliau cuba untuk mengelak memberi jawapan. Saya dapat melihat dengan jelas beliau cuba mendapat isyarat dari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang kebetulan berada di dalam Dewan.

"Kenapa perlu tunggu isyarat dari Najib dan apa kaitannya dengan Najib, bukankah itu adalah tanggungjawab Jabatan Imigresen yang di bawah Kementerian Dalam Negeri. Reaksinya jelas tidak mahu memberi jawapan dan akhirnya beliau memberitahu jawapan telah diberikan sebelum ini.

"Bagi saya tidak ada sebarang jawapan yang diberikan oleh kementerian terbabit berhubung rekod warga Mongolia yang telah dipadamkan itu. Tindakan kementerian yang cuba mengelakan dan membuat penafian ini jelas menimbulkan pertanyaan apa yang sebenarnya berlaku.

"Kita perlukan jawapan yang jelas dari kementerian, beliau bukan selalu ada di Dewan jadi kesempatan inilah yang sepatut digunakan untuk memberi penjelasan bukan membuat penafian. Kita tahu kehadiran Altantuya di Malaysia tetapi kenapa rekod perjalannya memasuki Malaysia telah dipadamkan, kementerian perlu berani berhadapan dengan situasi sedemikian," tegas Azmin lagi.

UMNO : Actor of the year.....tak sangka adik beradik YAHUDI rupanya....

Posted: 08 Jun 2010 08:02 AM PDT

Sakit hati bila mendengar penjelasan wakil tentera Israel yang disiarkan sepenuhnya oleh Astro saluran 512. Kononnya kapal yang diserang dikendalikan oleh kumpulan pengganas yang lengkap bersenjata. Katanya komando-komando Yahudi itu telah diserang. Saya tidak fikir Jamuliddin Elias yang berada di atas kapal itu ada membawa machine gun. Begitulah cerita Yahudi, berdolak dalik, pandai berpura-pura dan mencari alasan.

Begitulah juga perangai pemimpin UMNO. Kononnya marah kepada Yahudi. Bersimpati dengan perjuangan rakyat Palestin. Tapi cerita sebenar adalah sebaliknya.

Dalam diam-diam UMNO dan BN menggunakan khidmat sebuah syarikat Yahudi, APCO, untuk menaikkan imej kerajaan Malaysia. Di antara ahli lembaga pengarahnya adalah bekas pegawai agensi perisikan negara haram Israel.

Rupa-rupa kita bukan bertarung dengan UMNO dan BN sahaja tetapi kita juga berhadapan dengan kepakaran Yahudi yang dulu, kini dan selamanya memusuhi umat Islam. Adakah taktik agensi perisikan Israel di Tebing Barat digunakan di Malaysia?

Parlimen juga digemparkan dengan pendedaham bahawa konsep 1Malaysia kemungkinan diciplak dari konsep 1Israel.

Itu baru APCO. Dalam satu persidangan antarabangsa pula, kerajaan Malaysia tidak mengiktiraf wakil Hamas yang telah dipilih oleh rakyat Palestin. Tetapi yang dijemput berucap adalah wakil Fatah yang telah kalah kepada Hamas di dalam pilihanraya. Wakil Hamas yang hadir telah diketepikan. Mungkin kerana Hamas dimusuhi oleh Israel maka kerajaan Malaysia pun mengenepikan Hamas. Ikut telunjuk Yahudi.

Kita pun masih ingat tahun 1997. Rakyat dibelasah oleh FRU di Masjid UM kerana membantah kehadiran pasukan kriket Israel di Malaysia. Ramai yang cedera dan ramai yang ditangkap.

Tapi sekarang UMNO mahu menjadi hero. Kononnya mereka sama-sama di dalam perjuangan menentang keganasan Yahudi. Tapi orang kampung sudah tahu. Siapa penipu dan siapa yang berlakon.

Bagaikan sayangkan kekasih YAHUDI kerajaan Malaysia tergamak enggan boikot malah menyalurkan puluhan juta kepada anasir zionis tersebut...

Posted: 08 Jun 2010 07:55 AM PDT

Keengganan kerajaan Malaysia untuk mengeluarkan sebarang senarai barangan Israel yang wajar diboikot bagi menunjukkan sokongan padu kepada rakyat Palestin. wajar di kecam.

Kerajaan Malaysia harus menyatakan pendirian tegas mereka berhubung keganasan yang berlaku di bumi Gaza.

Memang sesuatu keganjilan apabila dari satu sudut kita menentang dan tidak menyukai keganasan Israel tetapi dalam sudut lain, kita panggil dan biayai khidmat mereka untuk memulihkan imej. Ini adalah tindakan yang sangat bertentangan...cakap tak serupa bikin...

Sudah tiba masanya kerajaan Malaysia bukan hanya memboikot produk keluaran Israel sebaliknya memperketat kawalan ke atas kemasukan jenama baru dari negara Zionis itu.

Kita  kesal kerana kerajaan Umno BN tidak konsisten dalam menyatakan pendirian apabila ia melibatkan kepentingan negara Israel.

Untuk rekod, Malaysia antara negara yang menghalang rakyatnya memasuki wilayah Israel tetapi merelakan produknya berleluasa di pasaran tempatan.

Malah kerajaan Malaysia melantik Apco Worldwide, sebuah firma perunding yang diresapi anasir zionis memberi nasihat dari sudut pentadbiran.

Kita melarang rakyat Malaysia menziarahi Israel tetapi dalam masa sama, kita pula mengundang mereka. Bukan sahaja datang tetapi memberi mereka berpuluh juta untuk khidmat mereka..

Malaysia yang mengisytihar pendirian kununnya sebagai negara Islam, sepatutnya sudah memboikot produk negara Isreal yang diketahui jelas menyalurkan kewangan kepada rejim Zionis.

Sudah sampai masanya kerajaan Malaysia harus bersikap amanah terhadap pendirian mereka, agama dan identiti sebagai seorang Muslim - memusuhi keganasan, kezaliman, ketidakadilan dan penjajahan semua bentuk

SAH TOKEH JUDI YANG SEBENARNYA .....SUDAH TENTU PRESIDEN UMNO LANSUNG TAK BOLEH DI PERCAYAI...!!!!

Posted: 08 Jun 2010 07:44 AM PDT

Mana satu yang nak dipercayai? Presiden Umno atau pembiaya Umno?


Dalam berita bertajuk "Berjaya gets football gambling licence", Malaysiakini 12/5/10 melaporkan:

In a statement late this evening, Berjaya Group confirmed that it has been re-issued the license that it was held in 1987 and that Tan has sold the controlling state of Ascot Sports to the conglomerate.

According to the statement, Ascot Sports plans to roll out gaming products for internationally sporting events including football, basketball, motor racing, tennis and golf.

Punters will be able to place bets through 220 Sports Toto outlets in Peninsular Malaysia.

Hari ini, dalam berita bertajuk "Kerajaan: Lesen judi sukan belum dikeluarkan", Malaysiakini melaporkan:

Kementerian Kewangan masih belum mengeluarkan lesen pertaruhan sukan kerana kerajaan masih mendapatkan maklum balas daripada orang ramai berhubung perkara berkenaan.

Dalam satu jawapan bertulisnya di Dewan Rakyat, kementerian itu berkata, kerajaan belum lagi mengeluarkan/memberi lesen kepada syarikat Ascot Sports Sdn Bhd untuk menjalankan operasi pertaruhan bookie di Malaysia.

Menteri Kewangan ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden Umno. Berjaya Group diterajui oleh financier Umno dan Barisan Nasional (BN), Tan Sri Vincent Tan.

Mana satu yang nak dipercayai? Presiden Umno atau financier Umno?

Berkaitan:
Vincent Tan's Ascot Sports gaming licence comes with conditions (The Star 12/5/10)
Berjaya perolehi lesen judi bolasepak' (Malaysiakini 12/5/10)




penarikbeca

Tiada ulasan: