Muslimeen United |
- Kedua-duanya Penipu....
- Inilah Barang-Barang Yang Dihalang Oleh Israel Dari Memasuki Gaza
- NAJIB ATAU BERJAYA YANG BERBOHONG...?
- Lesen judi sukan: Akar umbi Umno mulai gelisah
- JK hak, kebebasan: Apco diarah beri keterangan
- 4 wakil Hamas sertai Muktamar PAS
- ‘Jangan lupa agama apabila bersukan’
- Kenyataan Bercanggah !!
- MP Pakatan Rakyat Kutuk Serangan Zionis Israel keatas Misi Bantuan Gaza
Posted: 08 Jun 2010 08:08 AM PDT
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak harus dihadapkan ke Jawatankuasa Hak Dan Keistimewaan kerana mengelirukan Dewan Rakyat berhubung kelulusan lesen judi bola sepak yang diberikan kepada Ascot Sports Sdn Bhd. Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata kenyataan Najib yang juga Menteri Kewangan I semalam telah menyelewengkan Dewan Rakyat apabila menyatakan kerajaan masih mengkaji permintaan Berjaya Corporation Bhd berhubung lesen judi tersebut. "Semalam, dalam jawapan berhubung lesen judi sukan, Najib menafikan telah meluluskan tetapi pada masa yang sama di dalam laman sesawang Kumpulan Berjaya telah mengumumkan bahawa kelulusan itu telah diberikan. "Hari ini bila kita periksa pengumuman berhubung lesen judi tersebut, nampaknya rekod itu telah dipadamkan. "Kenyataan ini mengarut kerana kerana Kementerian Kewangan sebenarnya sudah pun meluluskan lesen tersebut kerana kalau tidak kenapa Berjaya Corporation membuat pinjaman RM614 juta untuk mengendalikan operasi judi sukan ini. "Najib sepatutnya dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana memberikan kenyataan mengelirukan," kata beliau. Menurutnya, Berjaya Corporation membuat pengumuman pada 12 Mei berhubung kelulusan lesen judi sukan yang menyebabkan saham syarikat tersebut melonjak naik pada hari tersebut. Pengumuman itu menyatakan Menteri Kewangan telah memberikan kelulusan kepada Ascot Sports lesen untuk mengendalikan operasi judi sukan mengikut terma dan syarat yang telah ditetapkan. Sementara itu Timbalan Menteri Kewangan yang baru dilantik, Senator Datuk Donald Lim ketika ditemui media di lobi parlimen berkata keputusan kerajaan tidak muktamad dan masih menunggu maklumbalas semua pihak. Ketika diminta mengulas itu, beliau enggan menjawab kerana menurut beliau keputusan itu bukan di tangannya dan mengatakan Kementerian Kewangan akan mengadakan perbincangan lanjut isu tersebut. -SK | |||
Inilah Barang-Barang Yang Dihalang Oleh Israel Dari Memasuki Gaza Posted: 08 Jun 2010 02:52 AM PDT Wheelchairs and other items, that were aboard Gaza-bound ships which were intercepted by Israeli forces, are seen at a military storage facility near Tel Aviv, June 7, 2010. According to an Israeli Civil Administration spokesperson, Hamas has refused the transfer of the goods to the Gaza Strip. Turkey called for international punishment of Israel for its deadly raid on a Turkish Gaza-bound aid ship at a summit on Monday where Ankara will also urge an immediate end to Israel's blockade of the territory. An Israeli soldier stands next to boxes of medical supplies taken off the Gaza-bound flotilla of ships intercepted in a deadly Israeli navy raid last week and are being stored at the Tzrifin military base in central Israel, Monday, June 7, 2010. The Israeli Defense Ministry said in a statement that the humanitarian aid unloaded from the ships was taken to a Gaza crossing but returned to Israel after Hamas refused to receive the supplies. Wheelchairs and hospital beds, taken off the Gaza-bound flotilla of ships intercepted in a deadly Israeli navy raid last week, are seen at the Tzrifin military base in central Israel, Monday, June 7, 2010. The Israeli Defense Ministry said in a statement that the humanitarian aid unloaded from the ships was taken to a Gaza crossing only to be returned to Israel after Hamas refused to receive the supplies. Slides and mobility scooters, that were aboard Gaza-bound ships which were intercepted by Israeli forces, are seen at a military storage facility near Tel Aviv June 7, 2010. Shoes, taken off the Gaza-bound flotilla of ships intercepted in a deadly Israeli navy raid last week, are seen at the Tzrifin military base in central Israel, Monday, June 7, 2010. The Israeli Defense Ministry said in a statement that the humanitarian aid unloaded from the ships was taken to a Gaza crossing only to be returned to Israel after Hamas refused to receive the supplies. Bebaskan Kepungan Gaza…. | |||
NAJIB ATAU BERJAYA YANG BERBOHONG...? Posted: 08 Jun 2010 02:51 AM PDT Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak boleh diheret ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen jika beliau tidak memberi gambaran yang sebenar berhubung pemberian lesen judi sukan. Ahli parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata kenyataan bercanggah antara Kementerian Kewangan dan BERJAYA Corporation Bhd menimbulkan kontroversi mengenai siapa yang sebenarnya berbohong. Pada notis kepada Bursa Malaysia 12 Mei lalu, BERJAYA berkata: 'Kementerian Kewangan telah memberikan kelulusan berhubung pemberian semula lesen kepada Ascot untuk menjalankan operasi pertaruhan sukan.' Sesalinan notis itu kemudiannya diedarkan oleh Pua kepada wartawan pada sidang medianya di lobi parlimen, pagi ini. Najib yang juga Menteri Kewangan dalam jawapan bertulisnya di parlimen semalam berkata lesen berkenaan belum dikeluarkan kerana masih menunggu maklum balas orang ramai dan beberapa syarat masih dirangka. | |||
Lesen judi sukan: Akar umbi Umno mulai gelisah Posted: 08 Jun 2010 02:48 AM PDT Bibit-bibit protes mula kedengaran hari ini daripada kem penyokong kerajaan berhubung isu pemberian lesen judi sukan. Tentangan tersebut mula dikesan pada satu sidang mesyuarat cawangan Umno di Teluk Intan yang mengusulkan supaya kerajaan menarik balik pemberian lesen tersebut. Usul tersebut dikemukakan oleh seorang pemimpin akar umbi, Yuzaile Yusof ketika mesyuarat Umno Cawangan Lorong Masjid, Teluk Intan pada 22 Mei lalu. Yuzaile berkata, pergerakan pemuda Umno sebelum ini tidak mampu untuk menepis isu judi kerana ia sememangnya memberi kelebihan kepada golongan yang bukan penyokong BN. "Ke adaan begini memberi ruang kepada (pro-Pakatan Rakyat) untuk bersuara.Jadi pemuda Umno tidak boleh menepis isu ini, sebab judi sememangnya haram walaupun lesen itu sah atau tidak," katanya. "(Jadi) kami menggesa agar kerajaan menarik balik lesen judi bola sepak," kata Yuzaile yang juga ketua pemuda bahagian Teluk Intan. Katanya lagi, selain isu judi, mesyuarat cawangan kali ini dilihat tidak mengandungi banyak perkara berbangkit untuk diutarakan. Ini disebabkan, cawangan-cawangan lain masih tidak menyerahkan usulnya ke mesyuarat negeri, katanya ketika dihubungi Malaysiakini. Mesyuarat tahunan peringkat cawangan itu bermula Sabtu lalu di seluruh negara hingga 15 Jun depan. Ini akan diikuti dengan persidangan perwakilan bahagian serta sayap Wanita, Pemuda dan Puteri dalam tempoh bermula 16 Jun dan berakhir 16 Julai sebelum perhimpunan agung dari 28 hingga 30 Oktober depan. | |||
JK hak, kebebasan: Apco diarah beri keterangan Posted: 08 Jun 2010 02:46 AM PDT Jawatankuasa hak dan kebebasan, Parlimen yang sepatutnya mendengar Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membela diri kerana kenyataannya yang mengaitkan 1Malaysia dengan konsep One Israel terpaksa ditangguhkan. Pengerusi jawatankuasa berkenaan, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, berkata Anwar akan dipanggil semula pada tarikh yang ditentukan kemudian. Mesyuarat jawatankuasa itu hari ini juga mengambil keputusan untuk mengarahkan firma perhubungan awam, Apco Worldwide untuk tampil memberi keterangan esok. Anwar hari ini tiba pada jam 12.35 tengah hari, sejam selepas jawatankuasa itu bermesyuarat tetapi diarahkan meninggalkan bilik itu. Jawatankuasa berkenaan kemudiannya memutuskan bahawa peguam Anwar yang juga bekas ketua Majlis Peguam - S Ambiga dibenarkan hadir sebagai pemerhati tetapi beliau tidak benarkan mengambil bahagian. Pada perbicaraan ini, Anwar akan diminta mengemukakan bukti-buktinya yang mengaitkan 1Malaysia dengan konsep One Israel. Beliau yang juga ketua umum PKR sebelum ini berkata Apco Worldwide adalah firma yang bertanggungjawab mencetuskan kedua-dua idea 1Malaysia dan One Israel. -M'kini | |||
4 wakil Hamas sertai Muktamar PAS Posted: 08 Jun 2010 02:45 AM PDT KOTA BHARU, 8 Jun: Empat wakil Hamas bakal hadir ke Muktamar Tahunan PAS ke-56 yang bakal berlangsung pada 10 hingga 13 Jun ini di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik), di sini. Juga dijangka akan hadir ialah tetamu jemputan dari Maldives dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) serta beberapa tokoh Islam dari luar negara. Pengarah Muktamar PAS ke-56, Datuk Takiyuddin Hassan (gambar), berkata kehadiran tetamu luar amat dialu-alukan terutama dalam isu Palestin yang kini hangat diperkatakan. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas perkembangan perjalanan muktamar yang bakal berlangsung dua hari lagi. Pada masa yang sama, beliau memberitahu satu usul tergempar berhubung sokongan PAS terhadap pergerakan Palestin akan dikemukakan. Menyentuh tentang perjalanan muktamar, katanya ianya akan dimulai oleh muktamar dewan-dewan bermula pada 10 Jun ini. "Muktamar Dewan Ulama, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat akan berlangsung di tiga kawasan berasingan, iaitu di Kompleks Madu Machang, Kelantan Trade Centre (KTC) dan Perdana Resort. "Bagaimanapun, majlis perasmiannya akan bermula serentak pada 9 Jun di Putik iaitu malam esok kira-kira pukul 9.00 malam," ujarnya. Jelasnya, perubahan buat julung kali diadakan itu dengan harapan ketiga-tiga dewan terbabit akan mendapat maklumat terus dari pimpinan secara serentak. Sementara itu, bandar Kota Bharu hari ini mula dikunjungi para pelancong termasuk para pemerhati muktamar menyebabkan jalan-jalan utama mulai sesak. Takiyuddin ketika mengulas perkara itu, berkata hotel-hotel dan rumah tumpangan yang telah ditempah sejak April dan Mei lalu oleh perwakilan dan pemerhati sudah mula diisi oleh tetamu muktamar itu. Persiapan muktamar, katanya kini hampir siap 100 peratus termasuk khemah pameran, ekspo, ruang makan, bilik media dan berbagai lagi. Difahamkan Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, sekali lagi akan melakukan lawatan ke Putik petang ini untuk meninjau perkembangan persiapan terakhir muktamar. Semalam juga, rakan-rakan media turut dijemput meninjau bilik khas untuk mereka di samping mendengar taklimat khas dari pengarah muktamar. -Hrkh | |||
‘Jangan lupa agama apabila bersukan’ Posted: 07 Jun 2010 05:45 PM PDT SINTOK – Sukan baik untuk kesihatan. Namun, dalam bersukan jangan sekali-kali lupa kepada amalan agama. Demikian nasihat Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Ustaz Azizan kepada atlet Kedah yang terlibat pada kejohanan Sukan Malaysia (Sukma) ke 13 di Melaka. "Setelah kita berusaha, jangan lupa untuk minta pertolongan pada Allah, di samping kita bersukan, jangan lupa amalan agama," ujar beliau pada majlis penyerahan bendera Kedah kepada kontinjen Sukma Negeri Kedah di Universiti Utara Malaysia, di sini. Beliau turut menasihati para atlet agar mempamerkan disiplin yang baik sebagai cermin kepada keperibadian mulia. "Perkara yang harus jadi pegangan para atlet adalah disiplin yang tinggi, ini bagi menjamin mutu persembahan dan kekalkan stamina yang baik," ujar beliau. YAB Dato' Seri Ustaz Azizin turut mengumumkan kenaikan ganjaran kepada atlet yang berjaya meraih pingat emas di kejohanan Sukma ke 13. "Hadiah-hadiah ini sebagai perangsang dan tanda penghargaan kerajaan negeri pada atlet yang berjuang habisan-habisan di Sukma nanti," katanya. Sebagai menghargai jasa dan pengorbanan pengurus-pengurus pasukan serta atlet pada Sukma ke 12, kerajaan negeri telah memperuntukkan RM220,250. Hadir sama pada majlis tersebut adalah Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah, YB Dato' Dr Abd Isa Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Kesenian dan Warisan serta Kebudayaan, YB Dr Hamdan Mohamed Khalib, Dato' Bandar Alor Setar, Dato' Khazali Din, Pegawai Daerah Kubang Pasu, Dato' Haji Noh Haji Dahya dan Pengarah Majlis Sukan Negeri Kedah, Syed Khairul Anuar Syed Abidin. -KedahLanie | |||
Posted: 07 Jun 2010 05:44 PM PDT Pakatan Rakyat yakin kerajaan Umno-BN takut dengan momentum bantahan yang ditunjukkan orang-ramai segenap lapisan masyarakat terhadap judi sukan. Kementerian Kewangan dalam jawapan kepada soalan Pakatan Rakyat di Dewan Rakyat mengatakan bahawa lesen konsesi judi kepada syarikat Ascot Sports Sdn Bhd belum diserahkan menanti maklum-balas orang-ramai. Jawapan bertulis itu dikeluarkan bagi menjawab soalan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad, Ahli Parlimen Batu Tian Chua, Ahli Parlimen Pasir Mas dan Ahli Parlimen Rasah Loke Siew Fook. Tian Chua berkata kenyataan dari Kementerian Kewangan itu bercanggah dengan reaksi pemerintah sebulan lalu yang menggambarkan seolah-olah perbincangan antara kerajaan Umno-BN dan hartawan Tan Sri Vincent Tan sudah selesai. Malahan wakil rakyat dan pimpinan Umno juga dilihat bersungguh-sungguh membela skim judi sukan ini dengan alasan mengekang sindiket judi haram. " saya agak kerana mungkin kerana kerajaan takut respon yang sangat negatif dari masyarakat sekrang mereka tiba-tiba berubah dalam pendirian, kerajaan yang sebenarnya memang sudah luluskan lesen kepada vincent tan mungkin kerana pakatan dan masyarakat menentang sekarang dalam jawapan rasmi ini kerajaan cuba melegakan bangkangan kita la" Tian berkata. Tian berkata, jawapan yang diberi hari ini nampak mencurigakan walhal hartawan terbabit telah membuat persiapan rapi termasuk kesanggupan mendermakan RM525 juta untuk kebajikan. " tiba-tiba kerajaan kata belum diputuskan, so ini satu gambaran satu contrudicsy yang samaada menteri kewangan tidak bercakap benar dalam jawapannya atau vincent tan membuat andaian beliau akan dapat lesen itu sungguhpun beliau belum dapat lesen secara sah"akhirinya. -tvs | |||
MP Pakatan Rakyat Kutuk Serangan Zionis Israel keatas Misi Bantuan Gaza Posted: 07 Jun 2010 04:19 PM PDT |
You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan