Sabtu, 5 Jun 2010

PENYAPU SIAL

PENYAPU SIAL


Yahudi rampas Rachel Corrie pula ...UMNO bila lagi nak bertindak ke atas APCO....????

Posted: 05 Jun 2010 12:44 PM PDT

Tentera Israel semalam  merampas sebuah lagi flotila bantuan kemanusiaan ke Palestin Rachel Corrie yang turut memuatkan aktivis daripada Malaysia.

Dua kapal perang Israel terlibat dalam rampasan itu, lapor The Star yang memetik Irish Radio and the pergerakan Free Gaza.

Astro Awani pula melaporkan kapal itu dirampas 35 nautika daripada Gaza setelah dikepung tentera Israel pada jam 9.43 pagi tadi.

Enam aktivis daripada Malaysia, termasuk 2 wartawan penyiaran turut serta dalam pelayaran itu.

Wakil Perdana Global Peace Organisation (PGPO) Sufi Yusuf dipetik memberitahu stesen televisyen itu, pihaknya difahamkan ala nagivasi Rachel Corrie tidak lagi berfungsi.

Katanya, ia menyebabkan Racchel Corrie tidak dapat mengesan kehadikan kapal lain di sekitarnya.

Bagaimanapun, tambah Sufi, pihaknya masih cuba mengesahkan rampasan oleh tentera Israel itu.


sampai la nie...tiada satu tindakan kongkrit  rejim UMNO pro yahudi malaysia kedengaran ....cakap bergetar getar dan tergagap gagap macam baca skrip....tapi satu habuk pun tak dak...NO ACTION TALK ONLY ....DASAR EJEN YAHUDI....!!!!

Hutang Budi di bayar dengan Judi....!!!!

Posted: 05 Jun 2010 12:14 PM PDT

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di dakwa merasa terhutang budi sehingga meluluskan lesen judi bola sepak Piala Dunia kepada Kumpulan Berjaya.

Besar kemungkinan Kumpulan Berjaya turut memberikan sumbangan kepada Barisan Nasional (BN) untuk membiayai perbelanjaan menghadapi 11 pilihan raya kecil yang diadakan sebelum ini.

Berjaya membayar sejumlah RM250 juta kepada kerajaan dalam tempoh setahun bagi lesen judi.

Tindakan kerajaan meluluskan lesen judi bola sepak itu kerana terdesak untuk mendapatkan duit kerana negara menghadapi masalah kewangan sekarang.

kelulusan tersebut tidak pernah dibincang atau dibahaskan di Parlimen.

Keputusan itu dibuat mendadak oleh kerajaan yang lahir dari sikap desperado, terdesak BN dalam keadaan negara menghadapi masalah kewangan.

Ekoran kelulusan judi itu yang dianggap sebagai membalas budi, kemungkinan Berjaya akan terus memberikan sumbangan kepada BN.

Penentangan terhadap kelulusan lesen judi itu bukan sahaja melibatkan Pakatan rakyat tetapi MCA dan Gerakan yang merupakan komponen utama BN.

Hanya Umno yang menyokong dan kita kesal  dengan  sikap membisu pemimpin mereka berhubung kelulusan lesen judi bola sepak itu

Mesej Jelas Kepada Washington & Tel Aviv ......begitu juga dengan hubungan UMNO dan APCO.....!!!!

Posted: 05 Jun 2010 11:57 AM PDT



Lebih 10,000 ahli dan penyokong Pakatan Rakyat menyuarakan kebencian terhadap tindakan zalim dan tidak berperikemanusiaan Israel dengan jelas kepada sekutu karibnya Amerika Syarikat.

Demonstrasi anti Israel yang dihadiri pelbagai kaum dan agama dihadapan Kedutaan Amerika itu turut menyampaikan satu mesej kepada penduduk Gaza, bahawa mereka tidak keseorangan.


Ia merupakan suara rakyat Malaysia yang jelas, tanpa mengira agama tanpa mengoira kaum, perhimpunan hari ini adalah perhimpunan yang melewati (batas-batas) kaum dan agama,

kita telah menghantar satu mesej yang jelas, pertamanya kepada Washington (US) dan keduanya kepada Tel Aviv (Israel),

Tindakan yang diambil oleh Israel, menyerang Kapal yang sedang menghantar bantuan Misi Kemanusian Mavi Marmara kepada rakyat Palestin di Gaza tidak boleh diterima dan tidak boleh dimaafkan.

Amerika mesti mengambil tindakan yang tegas pada kali ini kerana tindakan Amerika sebelum ini yang berdiam diri dan tidak serius terhadap kekejaman yang dilakukan Israel adalah amat dikesali.

Sehubungan itu, perhimpunan besar pada hari ini ( 4 Jun 2010 )  juga telah menghantar satu mesej yang cukup jelas kepada rakyat Palestine, bahawa mereka tidak keseorangan.

Kepada rakyat Palestine, penduduk Gaza, rakyat Malaysia (samada) Islam, Kristian, Hindu atau Buddha, berada dibelakang mereka.

mesej yang jelas juga kepada kerajaan UMNO pimpinan Najib , jika sebelum ini dengan  turut juga kununnya mengutuk keganasan yahudi ini  dalam keadaan terhegeh hegeh bagaikan di paksa  sambil makan kek,buktikan ketegasan yang  di suarakan itu dengan dengan memutuskan semua hubungan  yahudi,kepentingannya  mau pun ejennya terutamanya yang sudah berada di negara ini ( APCO ) atau di luar negara....

BUKTIKAN NAJIB DAN UMNO...JANGAN CAKAP MACAM BURUNG KAKAK TUA.....!!!!

Gambar - gambar demo anti Israel

Menghampiri destinasi Kedutaan Amerika, di sepanjang Jalan Tun Razak






Di sepanjang Jalan Ampang









Bermula di Kampung Baru



Duta AS janji memo dihantar ke Washington

Posted: 04 Jun 2010 04:55 PM PDT

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan Kedutaan Amerika Syarikat memberi jaminan bahawa memorandum mengutuk serangan Israel terhadap flotila pro-Palestin akan diserahkan kepada Washington dalam masa terdekat. Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa dan tokoh veteran DAP Lim Kit Siang turut bersama Anwar dalam majlis penyerahan memorandum tersebut.

Memorandum yang ditujukan kepada Presiden Barrack Obama mahu Amerika mengambil tindakan tegas terhadap Israel serta menamatkan sekatan di Semenanjung Gaza.



penyapu sial


setakat janji wakil kedutaan Amerika di KL nak persembahkan memorandun tersebut akan hanya tinggal janji sahaja, pihak Amerika sendiri pun kita tak boleh harap inikan pulak cuma wakil saja, buang masa layan keparat Amerika ni. Kalaupun memo tu sampai kat Washington sekalipun, apa yang mampu Obama buat ?

Hillary yang berjawatan Setiausaha Luar pun tak mampu nak halang Zionis siap pernah kena ugut dengan Benjamin Netanyahu lagi inikan cuma kita yang cuma mampu buat demonstrasi. Saya sokong demo keatas kekejaman Israel diserata dunia 100% tapi saya cuma risau sebab Amerika takkan dapat ambil apa2 tindakan keatas rejim haramjadah ni, tambah pulak kepimpinan Najis tanpa segan silu melantik APCO ni yang memang sah milik dan bersekongkol membunuh rakyat Palestin, apa maruah yang BN harapkan ? jika Najis dan barisan menterinya tak pandai memerintah letak jawatan je lah...

tak sabar nak tahu berapa pandai dan ramai doktor pakar melayu pereka kes liwat 2 dan pembodek UMNO....!!!!

Posted: 04 Jun 2010 04:53 PM PDT

Di tengah tengah kemarahan yang meluap luap kepada Israel kerana tindakan pengecut mereka ke atas kapal kemanusian, sedang berjalan pula perbicaraan drama kemanusian yang tidak kurang juga membangkitkan kemarahan sejagat.Urutan perbicaraan menampakkan satu demi satu kebobrokan "Yahudi"dan kini kes perbicaraan memasuki fasa keterangan forensik yang boleh mengubah hala tuju perundangan negara kerana mengatasi keutamaan lapuran perubatan yang sebelum ini diterima sebagai bukti utama kes kes seperti ini.


Keterangan doktor pakar melayu pula menunjukkan bahawa dia merupakan doktor terbaik dunia sehingga boleh membuat kesimpulan berlakunya tembusan dengan menggunakan pelincir sekalipun tidak ditunjukkan apakah jenis pelincir yang digunakan.Hebat Doktor pakar melayu 1Malaysia yang mungkin mampu mengatasi pakar forensik yang dibawa khas oleh pasukan pembela.

Doktor ini juga menunjukkan kehebatan beliau ketika mengatakan bukti yang ditemui adalah konsistan dengan keterangan saksi.Hebat kerana berjaya menghubungkan bukti bukti itu dengan semua kejadian seperti diceritakan saksi.Rasanya belum pernah ada seorang doktor perubatan yang mampu berbuat demikian sebelum ini.Belum ada Doktor yang berani membuat kesimpulan sepertinya dalam kes kes sebelum ini.Hanya dengan penemuan lembapan yang kemudian dikenalpasti sebagai air mani dan lapuran jabatan kimia berhubung penemuan itu, doktor pakar melayu 1Malaysia sudah mampu membuat kesimpulan berlakunya tumbusan zakar yang konsistan dengan keterangan saksi dan dengan yakin mengatakan pelincir digunakan bagi mengelakkan sebarang kesan kecederaan.

Namun ketika mengikuti keterangannya pada hari pertama, terdapat beberapa perkara yang perlukan penjelasan lanjut.

Penemuan DNA 2 lelaki di jubur Saiful menimbulkan banyak spekulasi. DNA 2 lelaki tidak dihurai dengan lebih lanjut, tidak dinyatakan milik siapa DNA tersebut dan kenapa dalam kejadian liwat mesti perlu ada DNA 2 lelaki?

Begitu juga menemuan air mani di jubur Saiful, tidak disebut dengan jelas milik siapa air mani tersebut.

Jenis pelincir yang digunakan ketika liwat berlaku tidak dibuktikan dengan penemuan sample di jubur Saiful sebaliknya hanyalah satu andaian yang dibuat oleh doktor pakar melayu ini untuk sampai kepada kesimpulan yang dibuatnya.Satu yang belum pernah dibuat oleh mana mana doktor pakar dalam kes kes sebelum ini termasuk kes liwat I dulu.

Begitu juga soalan pendakwa tidak menyentuh masa yang diambil Saiful selama 2 hari selepas diliwat untuk mendapatkan pemeriksaan doktor.Jadi tidak dapat didengar maklumat dari doktor pakar melayu yang hebat ini mengenai bagaimana kelembapan di jubur Saiful yang disebutnya terdahulu boleh kekal di situ selepas 2 hari.Tidak dapat didengar bagaimana doktor pakar yang hebat itu menjelaskan bahawa air mani akan terus kekal lembap untuk beberapa hari.

Keterangan seterusnya sedang dibuat oleh doktor pakar hebat ini dalam sesi soal balas peguambela.Dan tidak sabar rasanya untuk mengetahui keterangan lanjut beliau dan menilai kemungkinan untuk menabalkan beliau sebagai doktor pakar terbaik negara.Jangan lupa selepas beliau ada 2 orang lagi doktor yang akan memberi keterangan.

sebenarnya selagi BN memerintah .....negara semakin bangkrap

Posted: 04 Jun 2010 04:32 PM PDT

Negara bankrap atau tidak, siapa yang betul ?


Lain pula ulasan dari Senator Dr. Awang Adek Hussein bila katanya Malaysia tidak akan bankrap pada 2019 seperti Greece meskipun subsidi berjumlah RM74 bilion setahun diteruskan, yang juga Timbalan Menteri Kewangan .

Awang Adek mengulas pandangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala bahawa negara boleh bankrap jika pemberian subsidi kepada rakyat diteruskan.

Mana satu yang betul Awang Adek atau Idris Jala ?. saya kira kedua-duanya tidak betul sebab mereka mengeluarkan pandangan tanpa kajian yang sangat terperinci . Dan pandangan saya diluar kotak kajian itu, ialah negara benar-benar akan dan terus bankrap sekiranya terus diperintah oleh UMNO dan BN.

Awang Adek berkata keadaan ekonomi negara pada masa itu tidaklah begitu teruk seperti yang digambarkan iaitu seolah-olah negara tidak mampu membayar hutang jika kerajaan berhasrat meneruskan pemberian subsidi.

Hakikatnya, langkah untuk memansuhkan subsidi ialah bagi mengurangkan kadar defisit negara serta membolehkan kedudukan kewangan negara lebih stabil, katanya.

"Negara tidak akan bankrap. Mana boleh bangkrap sekalipun subsidi diteruskan, tetapi dengan cara itu (mansuhkan subsidi) boleh mengurangkan beban hutang dalam negara yang ditanggung oleh semua rakyat," kata Awang Adek.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas berucap pada Majlis Sepetang Bersama Timbalan Menteri Kewangan, di Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan Kubang Kerian di sini, semalam.

Beberapa hari lepas, Idris yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) Jabatan Perdana Menteri, berkata ia boleh berlaku kerana hutang negara dijangka meningkat 100 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang tahun 2019, jika pemberian subsidi diteruskan.

Malaysia merupakan antara negara yang memberi subsidi tertinggi kepada rakyatnya iaitu berjumlah RM74 bilion pada 2009. Namun begitu apalah salahnya mengembalikan keuntungan negara kepada rakyat kerana asalnya semuanya datang dari rakyat. Rakyatlah yang menghasilkan produktiviti dan hasil negara. merekalah pembayar cukai dalam pelbagai bentuk.

Disamping pemberian subsidi adalah pengembalian nikmat hasil negara terutamanya hasil minyak dan gas untuk meringan bebanan rakyat, apalah salah nya jika subsidi diteruskan. Isu bankrap adalah isu untuk menghalalkan tindakan kerajaan menarik subsidi yang sekian lama dinikmati oleh rakyat.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga tidak bersetuju dengan pandangan Idris itu.

Alahai Malaysia yang kita cintai, beginilah nasib rakyatnya yang akan terus tertekan setiap kali BN diberikan mandat untuk meneruskan teraju negara. Barang naik, tarik subsidi dan berbagai masalah timbul dan yang jadi mangsa adalah rakyat bawahan.

tapi yang pastinya  negara  akan semakin bangkrap jika BN di beri peluang terus memerintah negara,,,apataknya  segala pengurusan kewangan dan perbelanjaan  negara di urus bagaikan  kepala emak bapak dia punya,,,,boros sana sini,rasuah sana sini dan berbagai penyelewengan  yang mampu  mengontang kan sumber kewangan dan ekonomi negara malah hak dan kedaulatan negara dengan sewenang wenangnya di gadaikan kepada negara  asing...

Untuk kali ini marilah kuatkan tekad untuk turunkan BN dari tampuk pemerintahan Negara, gantikan dengan Pakatan Rakyat yang akan menyelamatkan negara dari bankrap dan tergadai maruah di tangan negara asing.

Ezam `Senatak Ahlil Nujum Negara'

Posted: 04 Jun 2010 04:21 PM PDT



SIAPA tidak kenal Anwar? Tidak tahu perangai Anwar atau tidak tahu apa makanan kegemaran Anwar? Sesiapa yang tidak tahu apa jua tentang insan yang bernama Anwar ini, anda boleh berhubung atau berjumpa dengan Ezam sesumpah. Tapi dengan syarat, anda hanya ingin tahu tentang keburukan Anwar sahaja. Jika anda ingin tahu tentang kebaikan Anwar, Ezam sesumpah bukan tempat untuk anda bertanya.

Ezam sesumpah bolehlah kita panggil `bomoh' untuk kita menilik latar belakang Anwar. Jika mahu tahu samada Anwar itu pengkhianat Melayu, ejen Yahudi, rasuah, kaki betina atau jantan, atau kedua-duanya sekali, anda boleh bernujumkan Ezam sesumpah. Nescaya anda akan dibekalkan dengan semua maklumat tersebut dengan syarat jangan tanya bukti atau fakta.

Bahkan, jika anda ingin meniru suara Anwar pun Ezam boleh ajarkan. Ezam sesumpah juga boleh ajarkan anda cara-cara untuk anda lakukan sekiranya anda diliwat seperti dia nasihatkan Saiful. Jika anda ada saudara mara anda yang berada di luar negara, Ezam sesumpah juga boleh beritahu anda samada saudara mara anda itu senang atau mewah atau miskin di sana. Seperti Ezam sesumpah tahu betapa Raja Petra yang SB sendiri pun tidak tahu berada di mana, Ezam sesumpah siap bagitahu betapa Raja Petra mewah dan mungkin Anwar tahu siapa yang membiayai Raja Petra di luar negara. Hebat kan Ezam sesumpah?

Maka, di atas kepandaiannya bernujum itulah maka diangkatkan menjadi `Senatak Ahlil Nujum Negara'. Syabas Ezam


WFAUZDIN NS

Tiada ulasan: