Sabtu, 26 Jun 2010

Pendapat peribadi hamba.

Pendapat peribadi hamba.


HAMBA MAHU ANAK HAMBA DIBESAR DALAM NEGARA ISLAM, BUKAN NEO-SEKULAR.

Posted: 25 Jun 2010 08:43 PM PDT

Siapa antara gejuis ada anak? Hamba ada anak. 2 nak masuk 3. InsyaAllah yang ketiga tunggu hari. Yang ada sekarang dua-dua perempuan. Comel. Seperti ayah dia,.. he, he.. :)

Ada orang bertanya, mengapa hamba aktif berpolitik? Hamba jawab, hamba hendak mengubah sistem kehidupan yang ada di Malaysia daripada modal nasionalis kepada modal Islamis. Modal? Mengapa dipanggil modal?



Hamba ambil contoh, sesuatu perniagaan memerlukan modal. Kita ambil contoh pembuatan roti. Seseorang memerlukan RM untuk membeli mesin memisah doh. Satu mesin itu nilainya sebanyak RM18,000. Jadi untuk membelinya memerlukan duit. Maka duit itu adalah dinamakan modal.

Serupa juga kehidupan. Untuk mendapat kehidupan, kita mesti ada negara. Untuk mengadakan negara, kita memerlukan sistem. Sistem itu adalah modal. Didalam sistem itulah wujudnya pemerintahan dan kerajaan. Maka untuk mendapatkan modal terbaik kepada negara kita mestilah mencari modal yang terunggul. Apakah dia modal itu? Modalnya tentulah Islam.


Adakah modal negara kita sekarang adalah Islam? Adakah sistem bernegara kita sekarang berlandaskan kepada Islam? Adakah Islam dijadikan sebagai sistem rujukan utama kepada negara?

Jawapannya mudah. TIDAK. Malaysia adalah sebuah negara berasaskan bangsa. Nation State. Negara Bangsa. Mengutamakan bangsa daripada Islam. Sistem nasionalis. Dicampur dengan sistem kapitalis demokrasi. Oleh itu, adakah anak-anak kita nanti akan terjamin untuk masuk ke syurga jika kita membiarkan sistem negara ini terus-terusan dengan sistem neo-sekular?

Hamba tidak mahu....... :\

MALAYSIAKU; HARU BIRU KE KUNING BELANGAU?

Posted: 25 Jun 2010 12:37 PM PDT

Ada banyak cerita nak dicerita.

Satu; budak mati kena buli.

Dua; 40 ustaz muda masuk umno.

Tiga; Mahathir nak judi.

Hamba hendak cerita 3 cerita sahaja awal pagi ini. Tidak mahu lebih-lebih.

Satu; Budak mati kena buli di MTD.

Mengapa ini berlaku. Kerana adat. Adat apa? Adat tentera. Apa dia, hormat senior seperti hormat 'dewa'. Adat apa? Adat tinggal di asrama. Apa dia, senior dulu dah buli senior sekarang, maka kesinambungan buli perlu diperturunkan dari keturunan ke keturunan. Siapa yang mulakan? Sistem penjajah British.

Semua cerita buli di asrama ini telah menjadi satu kebiasaan di sekolah asrama. Akal pemikiran telah dijuruskan kepada sesiapa yang ingin masuk asrama, maka buli oleh senior pasti akan terbit pada nombor satu.

Sebenarnya buli adalah satu krisis dalam kehidupan. Ianya adalah maksiat dan dosa besar yang mendatangkan dosa yang menjurus ke arah neraka. Namun, oleh kerana ianya telah biasa berlaku, maka ianya dianggap sebagai sebahagian dari sistem bersekolah dan pelajaran kehidupan. Tetapi sebenarnya ianya adalah satu jenayah, jenayah yang terancang dan menghina agama.

Rasulullah tidak pernah suruh membuli orang, malah mengharamkannya. Apakah sebab musabab senior gila kuasa mengambil keputusan membuat perkara buli yang jelas haram dibulikan kepada adik junior mereka? Semuanya kerana adat. Adat yang melampau sonsangnya.


Kedua; 40 ustaz muda masuk umno.

Ini cerita yang biasa sebenarnya. Yang menjadi luar biasa, ianya digembar-gemburkan oleh media cap ayam.

Cerita biasa? Betul ke? Ya, memang betul. Adalah menjadi kebiasaan kepada ustaz-ustaz muda yang sedang mencari pekerjaan akan mendaftar sebagai ahli umno semata-mata kerana hendak mencari rezeki sesuap nasi. Ianya kebiasaan yang amat tragis.

Adakah mereka akan bersama-sama umno berpolitik menghentam PAS?

Ada yang akan bersama, dan ada yang tidak akan bersama dan majoritinya adalah yang akan bersama PAS menentang umno. Mereka akan menjadi AJK Cawangan, tetapi bersandar kepada nama-nama samaran kerana tidak mahu periuk nasi terjejas. Ini kebiasaan di mana-mana cawangan PAS di seluruh Malaysia. Ada ahli kepada 2 parti, satu umno dengan nama sebenar, dan satu PAS dalam nama samaran, namun aktif didalam parti nama samaran. Biasalah tu.


Ketiga; Mahathir nak judi.

Ini lagilah biasa. Seorang manusia yang berkata Rasulullah berjanggut kerana tiada Gillete waktu zaman nabi. Seorang manusia yang berkata jika ada hudud, orang Melayu akan kudung tangan, jika ada hudud, tiada batu hendak buat bangunan.

Apalah sangat jika beliau menyokong penuh dengan judi bola? Normallah orang seperti Mahathir berkata begitu kerana akidah dia memang begitu. Apa yang hendak dikecoh-kecohkan? Bangga sangatlah orang Melayu ada seorang bekas pemimpin yang memimpin Malaysia berakidahkan begitu? Elok sangatlah tu.

Jangan sehingga orang Melayu ditipu oleh beliau sampai di padang masyar sudah. "Eh? Siapa suruh korang ngundi aku, siapa suruh korang jadikan aku idola korang, aku tak suruh, korang masuk neraka sebab dosa korang sendirilah...." masak orang Melayu nanti kat padang Masyar....

Tiada ulasan: