Pahang Daily Online |
- Kontroversi: Ulamak Sertai UMNO, Dr.Asri Wajar Pertimbang Semasak-Masaknya Sebelum Menjadi Syaitan Bisu Yang Dicucuk Hidung Dalam UMNO !
- Edisi Pahang: Penduduk Desak Plaza Tol Di Bina Di Pekan Tajau Untuk Beri Kemudahan Rakyat !!
- Panas: SPR Semakin Mengarut, Kes Parlimen Batu Mahu Tunggu Surat Rasmi Speaker Untuk Adakan Pilihan Raya Tapi Di Kedah & Perak Lain Jadinya !
| Posted: 20 Jun 2010 08:42 PM PDT Ulamak tersohor dan Mantan Mufti Perlis, Dr.Mohd Asri Zainul Abidin digesa membuat pertimbangan dengan semasak-masaknya atau membuat solat Ishtiharah sebelum mengambil keputusan untuk menyertai parti politik yang bernama "UMNO". Ini kerana, jika beliau tersalah langkah sudah pasti nasibnya juga akan menjadi seperti Jamil Khir Baharom, Dr.Mashitah Ibrahim, Imam Pirdaus Ismail dan ramai lagi pendakwah bebas yang tersilap membuat perhitungan itu. Lebih baik beliau menjadi pendakwah bebas daripada membuat keputusan menyertai UMNO, jika tidak mahu dirinya digelar "syaitan bisu" seperti mereka yang terdahulu. Dr.Asri diketahui begitu lantang dalam mempertahankan prinsipnya, malah beliau banyak menimbulkan kontroversi malah ada beberapa negeri yang menghalang beliau daripada menyampai kuliah dan tazkirah di negeri terbabit. Malah, di Pahang ini juga nama Dr.Asri telah disenaraihitamkan "blacklist" sama seperti pemimpin pembangkang yang lain. Apakah beliau merasakanya, dengan menyertai UMNO maka segala masalah ummah akan selesai?. Sedangkan kini jelas dapat dilihat ulamak-ulamak dalam UMNO yang dikunci mulut dan dibutakan mata untuk menyatakan kebenaran. Malah, ada ulamak yang sanggup menghina Islam hanya kerana kuasa yang ada ditangan mereka. Masih kita ingat Dr.Mashitah mengatakan "melacur dalam keadaan darurat dibolehkan dalam Islam" dan "kalau potong tangan zalim, sepatutnya orang mencuri diberikan kerja oleh kerajaan". Semua kenyataan terbabit jelas mempersendakan hukum Allah yang telah termaktub dalam Al-Quran itu sendiri. Bahkan, ulamak UMNO jelas tidak berani mengeluarkan kenyataan untuk mengharamkan rasuah pilihanraya, judi bola serta mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan kerajaan biarpun jelas ia bertentangan dengan syariat Islam itu sendiri.[Kami juga terkejut dengan laporan UMNO Online bahawa Dr.Asri bersama ulamak berkelulusan tinggi termasuk PhD akan menyertai UMNO Jumaat depan. Kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab Rauf Yusof itu mengatakan Asri dan ulamak lain akan sertai UMNO menerusi cawangan Dataran Merdeka dan Bukit Bintang Kuala Lumpur. Soalnya sekarang, apakah benar laporan tersebut atau hanya "omongan kosong" UMNO bagi menunjukkan kepada rakyat kononnya mereka sudah diterima oleh golongan ulamak. Apakah rakyat boleh percaya dan gusar dengan kenyataan ini. Jika benar ulamak itu terdidik dan berjiwa Islam pasti mereka tidak sanggup menjadi "syaitan bisu" dalam UMNO. Tambahan pula jika mereka mempunyai PhD. Mungkin ulamak yang dimaksudkan itu adalah "ular dalam semak" yang mengintai peluang untuk mendapat habuan dengan menyertai UMNO agaknya. Inilah yang menjadi kemusykilan kita sekarang ini. Jika benar-benar individu itu ulamak, pasti mereka takut untuk bersama parti yang berteraskan kebangsaan semata-mata tanpa menjadi Islam sebagai landasan perjuangan mereka sebenarnya. Maka, apakah benar ura-ura itu agaknya]. |
| Edisi Pahang: Penduduk Desak Plaza Tol Di Bina Di Pekan Tajau Untuk Beri Kemudahan Rakyat !! Posted: 20 Jun 2010 07:50 PM PDT ![]() MARAN, 21 Jun - Kerajaan Negeri Pahang digesa mendesak pengendali projek Lebuhraya Pantai Timur (LPT), MTD Capital Sdn Bhd agar membina satu link keluar di kawasan Pekan Tajau dekat sini. Tinjauan kami mendapati banyak rungutan yang diterima daripada penduduk dikawasan berkenaan yang terpaksa mengambil laluan yang agak jauh untuk berpatah balik ke kawasan mereka jika melalui Lebuhraya Pantai Timur. Pada masa ini penduduk di kawasan berkenaan yang ingin menggunakan LPT ke Kuantan perlu melalui jarak yang jauh ke Pekan Maran untuk masuk menerusi Plaza Tol Maran. Begitu juga bagi mereka yang ingin ke Kuala Lumpur, terpaksa ke Maran atau ke Plaza Tol Chenor menggunakan jalan lama untuk menggunakan Lebuhraya Pantai Timur. Jarak antara Plaza Tol Chenor dan Maran adalah agak jauh untuk kemudahan penduduk di kawasan berkenaan. Memandangkan kemudahan Plaza Tol yang lain didirikan di jalan-jalan utama, maka sudah sepatutnya Plaza Tol dibina di jalan terbabit. Untuk makluman jalan Pekan Tajau banyak digunakan oleh para penduduk yang ingin ke Felda Jengka 5, Jengka 4, Jengka 6, Jengka 7, Jengka 2, Jengka 3, Hulu Jempul, Kuala Sentul, Kg.Jara, Pejing, Kg.Sentosa dan sebagainya. Kesemua kawasan terbabit terletak dalam kawasan DUN Kuala Sentul dan juga DUN Chenor. Maka itu, kami juga mendesak ADUN kawasan terbabit iaitu Dato' Tan Aminuddin Ishak (kiri bawah) dan Dato' Shahaniza Samsuddin (kanan bawah) memainkan peranan ini. ![]() ![]() Dua wakil rakyat ini perlu main peranan desak MTD Capital Sdn Bhd membina link keluar LPT di Pekan Tajau untuk kemudahan rakyat ![]() Kedudukan tapak dibandingkan dengan lokasi plaza tol LPT yang lain [Sudah agak lama penduduk mengharapkan link keluar di Pekan Tajau itu, namun sehingga ke hari ini ia masih belum menjadi kenyataan. Ramai penduduk yang mengeluh kerana terpaksa melalui jalan yang jauh jika ingin ke kawasan terbabit. Bayangkan mereka terpaksa keluar di Plaza Tol Maran jika datang dari arah Kuantan dan Plaza Tol Chenor jika datang dari arah Kuala Lumpur. Jika dikatakan jarak antara Plaza Tol Maran dan Chenor terlalu dekat, maka apa bezanya dengan jarak Plaza Tol Chenor dengan Temerloh?. Jaraknya lebih dekat dari itu sebenarnya. Maka adalah wajar untuk kepentingan rakyat dikawasan terbabit, satu link keluar LPT di Pekan Tajau haruslah dibina segera]. |
| Posted: 20 Jun 2010 06:56 PM PDT Apa sudah jadi dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia sebenarnya?. Makin ditegur oleh rakyat maka semakin menjadi-jadi pula tindak tanduk mereka sekarang ini. Terbaru, Timbalan Pengerusi SPR, Wan Ahmad Wan Omar (foto) mengatakan mereka akan menunggu surat dari Speaker Dewan Rakyat sama ada akan mengiksytiharkan kerusi Parlimen Batu yang diwakili oleh Tian Chua (PKR) kosong atau tidak. Bahkan, SPR juga tidak teragak-agak akan mengadakan pilihanraya kecil di kawasan itu biarpun wakil rakyat kawasan terbabit dibebaskan daripada hukuman, selepas Mahkamah Tinggi mengurangkan dendanya kepada RM2,000 akibat menggigit seorang anggota polis pada Disember 2007 lalu. Dalam satu kenyataan baru-baru ini, Wan Ahmad berkata bahawa hanya Dewan Rakyat boleh membuat keputusan sama ada kerusi Parlimen Batu perlu dikosongkan atau sebaliknya. Malah beliau juga berjata SPR hanya menunggu makluman rasmi daripada Pejabat Speaker Dewan Rakyat bagi membuat sebarang keputusan dan tindakan. Soalnya sekarang, kenapa dalam hal Parlimen Batu, Wan Ahmad dengan bangganya menyatakan hanya Dewan Rakyat yang boleh membuat keputusan dan beliau menunggu surat rasmi daripada pihak terbabit. Persoalannya sekarang, kenapa dalam kes kekosongan kerusi DUN di Perak SPR tidak mahu merujuk kepada surat yang dihantar oleh Speaker Dewan Undangan Negeri ketika itu. Kenapa bila menerima surat rasmi SPR pula menjadi hakim untuk mengkaji kesahihan surat tersebut dan sebagainya. Kenapa SPR begitu berani mempertikai keputusan Speaker DUN. Begitu juga di Kedah, biarpun Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah sudah memaklumkan perihal kekosongan kerusi DUN Kota Seputeh. Anehnya, SPR pula tiba-tiba memberikan begitu banyak alasan bagi melaksanakan pilihanraya kecil di sana. Namun, dalam kes Parlimen Batu nampaknya SPR begitu berselera untuk mengadakan pilihanraya kecil. Apakah dek kerana kerusi itu milik pembangkang? Maka mereka terpaksa akur dengan arahan pihak atasan supaya diadakan pilihanraya kecil?. Sedangkan dalam kes DUN di Perak dan Kedah ia milik BN, maka mereka khuatir akan kehilangan kerusi tersebut. Inilah yang kita musykilkan sekarang. SPR sebenarnya bekerja untuk siapa?. Untuk rakyat atau untuk kerajaan UMNO BN sebenarnya.[Apa yang menariknya, Menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal Parlimen iaitu Nazri Aziz sendiri pernah mengeluarkan kenyataan supaya Tian Chua meneruskan khdimatnya. Bagi beliau Tian Chua masih Ahli Parlimen Batu yang sah kerana denda RM2,000 tidak akan menyebabkan dia hilang kelayakan melainkan RM2,001 barulah dia akan dilucutkan jawatan tersebut. Anehnya, ada pula Ahli Parlimen Pembangkang iaitu Karpal Singh yang menyokong agar Tian Chua dilucutkan jawatannya. Apakah DAP sudah tidak sehaluan lagi dengan PKR dalam kes ini?. Karpal wajar bertindak adil dengan merujuk kepada kepimpinan tertinggi parti sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan. Memang kita tahu beliau kini bebas selepas menang kes hina Sultan Perak itu, jika tidak beliau juga akan terlucut jawatannya sebelum ini. Apapun yang terjadi, jika pilihanraya kecil diadakan di Parlimen Batu maka sudah pasti BN akan tewas dengan majoriti yang lebih besar kerana disitu adalah kawasan panas dalam bandar yang kini ditakluki oleh Pakatan Rakyat selepas PRU ke-12 lalu]. |
| You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |






Tiada ulasan:
Catat Ulasan