Isnin, 21 Jun 2010

Anak Cucu Nabi Adam

Anak Cucu Nabi Adam


1Malaysia Dipaksa Beli Proton Dengan Harga BMW

Posted: 21 Jun 2010 12:31 AM PDT

Kalau kita ingat balik, Proton yang pertama keluar di pasaran berharga RM20k sebijik. Mengapa Proton pertama harganya murah? Kerana itulah sebenarnya harga pasaran Proton Saga, yakni di sekitar RM 15-20k

Tapi, bila kita pergi ke tahun 1990an, kita lihat harga sebijik Proton Wira adalah dalam julat RM55k ke RM60k. Yakni, hingga tiga kali ganda harga Proton yang mula-mula keluar. Mengapa perkara ini boleh berlaku? Biar saya terangkan.

Pada tahun 1986, 4 tahun selepas Proton ditubuhkan, Proton telah hampir bankrap. Proton tidak dapat bersaing hatta di dalam Malaysia sendiri. Kilang Proton pada masa itu terpaksa diperlahankan pengeluaran sehingga terpaksa beroperasi tidak lebih 6 jam sehari akibat rendahnya permintaan terhdap Proton.

Pada masa itu, Mahafiraun telah panik. Maka, demi menyelamatkan Proton, UMNO dan Mahafiraun telah menaikkan cukai eksais ke atas semua kereta impot sebanyak 200-300%. Akibat dari ini, nilai purata kereta di Malaysia naik melambung.

Perkara ini dilakukan oleh Mahafiraun kerana apabila harga kereta lain TERLAMPAU TINGGI, maka hanya Proton sahaja yang dijual dengan harga yang paling murah dalam pasaran Malaysia.
Akibatnya, harga Proton Saga sendiri naik dua kali ganda dari harga pasarannya yang sebenar. Rakyat Malaysia terpaksa membayar harga Proton Wira di tahap harga BMW. Hakikatnya, kalau Mahafiraun tidak menaikkan cukai import, dengan Rm60k rakyat Malaysia mampu membeli sebuah BMW.

Tapi sebab Mahafiraun berdegil jugak dengan idea gila beliau, maka terpaksalah rakyat Malaysia membeli kereta Proton yang tidak berkualiti dengan harga sebuah BMW. Inilah penipuan Mahafiraun yang paling besar kepada rakyat Malaysia.

MAHAFIRAUN TELAH DIBERI AMARAN BAHAWA IDEA PROTON INI TIDAK PRAKTIKAL
Semenjak 1982 lagi Mahafiraun telah diberi amaran akan betapa tidak praktikal (kalau bahasa kasar: dunggu) idea untuk mengadakan kereta nasional dalam keadaan Malaysai mempunyai rakyat yang tidak sampai 14 juta orang. Untuk sebuah kereta nasional berjaya, rakyat negara tersebut mestilah berjumlah sekurang-kurangnya 70 juta orang.

Tapi, disebabkan Mahafiraun ni bodoh sombong, dia menolak nasihat dari mereka-mereka yang berpengalaman itu. Mahafiraun lantas melancarkan kempen dunggu beliau yang lain yang mahukan rakyat Malaysia ditambah ke 70 juta orang pada tahun 2000.

Maka, akhirnya Proton menempuh kegagalan. Kerugian yang ditampun Proton amatlah banyak. Yang dapat diketahui adalah dalam julat RM11-12 billion. Jumlah sebenar kita semua tak tahu. Saya agak, jumlah kerugian Proton sekitar RM20-25 billion. Namun, dengan OSA, banyak kerugian Proton berjaya ditutup oleh Mahafiraun.

Sepatutnya, dengan RM12 billion, Malaysia sudah mampu membina sistem keretapi bawah tanah yang efektif dan mencakupi semua orang. Namun, Mahafiraun lebih suka mengikut kebodohan dan kesombongan beliau dari berfikir untuk kebaikan rakyat Malaysia.
Malaysia negara kecil. Yang terbaik untuk Malaysia adalah sistem pengangkutan awam yang menyeluruh dan efisyen. Bukan projek Kereta Nasional.

Sebab itulah Mahafiraun telah melancarkan kempen "Malaysia Boleh". Dia mahu rakyat Malaysia melihat sikap bodoh sombong beliau itu dari sudut positif, yakni benda yang tak praktikal pun kita boleh buat. Padahal semua tu hanya bodoh sombong Mahafiraun semata-mata.

Sekarang ni, Najib/Idris Jala komplen pasal subsidi minyak banyak sangat kena bayar. Soal saya pada UMNO, kenapa tak bina sistem pengangkutan awam yang efisyen di setiap pusat bandar semenjak 1980an lagi?

KAlau sistem pengangkutan awam kita efisyen, saya jamin tak ramai yang mahu memandu ke pejabat. Mereka lebih suka naik keretapi bawah tanah ke pejabat.

Sekarang ni, sudah lah UMNO bazirkan wang rakyat berbillion2 untuk menjayakan projek dunggu Mahafiraun, rakayt Malaysia terpaksa pula membayar harga minyak yang tinggi kerana dasar UMNO yang lebih suka mengikut kebodohan Mahafiraun dan UMNO dari menjalankan projek yang menguntungkan rakyat.

Rakyat Malaysia terpaksa membazir wang membayar harga kereta dua kali ganda dari harga yang sepatutnya. Tak cukup dengan itu, rakyat Malaysia terpaksa membayar harga minyak yang tinggi padahal rakyat Malaysia tidak ada sistem pengangkutan awam yang boleh dipercayai.

Dari dulu sampai sekarang, rakyat Malaysia ditipu hidup2 oleh UMNO dan Barisan Najis. Kalau rakyat Malaysia terus menyokong UMNO, alamat anak-cucu kita kelak terpaksa melacur untuk mencari sesuap nasik.

~Tulang Besi~

(Baca komen ini juga dari pembaca saya:

Tulang Besi memang cakap benar, bukan fitnah semata-mata. Pada Tahun 1986,saya telah membeli sebuah kereta Toyota Corolla XL (model baru LE)yang hanya dijual RM21,000 sahaja (on the road).

Pada masa itu, sebuah Proton Saga dijual dengan harga yang agak sama, tetapi kurang sedikit. Siapa mahu beli proton saga jikalau dapat membeli kereta Toyota Corolla dengan harga yang lebih kurang sama?

Apabila MahaFiraun mahu menjaga air mukanya (kerana ia orang yang paling kiasu,sehingga menghalau Dato Musa kerana enggan menerima pandangan beliau terhadap projek kesayangan beliau ini, dan keadaan ini adalah sama macam sekarang, asyik mahu bina Crooked Scenic Bridge, what to do?

Hanya orang yang otak "crooked" barulah berkeras kepala macam dia). Apabila EXCISE DUTY terpaksa dinaikkan dan AP diberikan kepada kroninya, maka semua orang, termasuk semua GRADUATEs terpaksa membayar ansuran kereta sampai 9 tahun dan 40-60% gaji bulanan terpakasa digunakan untuk menampong kereta.

Siapa yang terseksa sekarang? Siapa yang susah sekarang? (Tahu apa kereta MahaFiraun pakai? BMW-lah apa lagi? Ingat masih Proton, hahaha.)

Disebabkan kebongkahan MahaFiraun, ramai Pengusaha Kereta seperti Toyota, Nissan, GM, BMW, AUDI etc terpaksa lari ke N.Thai, N.China, untuk menubuhkan kilang kereta di sana kerana MahaFiraun tetap mahukan Proton.

Ratusan ribu pekerjaan dan FDI (Pelaburan asing)lenyap begitu sahaja. Siapa yang rugi? Who to blame? Kesian rakyat yang dikaburi mata dan ditipu kian lamanya. Masih begitu ramai yang belum bangun dari mimpi, aiyoyo!)

KJ Dalang 'Lompat Katak'

Posted: 21 Jun 2010 12:21 AM PDT

Ketua Angkatan Muda KEADILAN Shamsul Iskandar Mohd Akin mendakwa keghairahan Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang memberikan tempoh 48 jam kepada Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendedahkan bukti video RM2 juta untuk lompat parti menimbulkan kesangsian samada beliau turut terlibat dalam penawaran kepada bekas ahli parlimen KEADILAN.

"Kita yakin respons Khairy menunjukkan bahawa kemungkinan beliau terlibat dalam penawaran dalam usaha lompat parti sebelum ini.

"Apa yang menghairankan adalah kenapa beliau bertindak seperti 'lebih sudu daripada kuah', sedangkan tidak ada seorang pun ahli parlimen Umno-Barisan Nasional yang bersuara.

"Daripada 'track record' Ketua Pembangkang, Anwar tidak pernah berbohong contohnya dalam isu video VK Lingam yang sebelum ini didedahkan," kata Shamsul Iskandar kepada Suara Keadilan ketika dihubungi.

Katanya lagi, daripada 4 ahli parlimen KEADILAN yang melompat itu, tidak ada seorang pun yang menafikan perkara tersebut.

Malahan semasa Anwar mendedahkan tentang kereta dan rumah baru yang dibeli oleh ahli parlimen yang melompat parti dalam Dewan Rakyat baru-baru ini tidak ada seorang pun daripada mereka yang terbabit bangun membantah kenyataan beliau itu.

"Kesemua mereka sememangnya sudah dibeli dan kita ada video untuk membuktikannya.

"Khairy juga perlu memberikan jawapan sama ada apakah jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia akan mengambil tindakan selepas kita melaporkannya?," soal Shamsul Iskandar.

Tambahnya lagi, mengikut rekod sebelum ini, banyak pendedahan yang telah dibuat oleh Anwar dan satu pun tidak diambil tindakan oleh SPRM yang seolah-olah bersengkokol dengan pemimpin Umno-BN.

Pengarah Strategik KEADILAN Tian Chua pula berkata Anwar telah pun membuat pendedahan dan mempunyai bukti kukuh malahan ahli parlimen yang melompat seperti Ahli Parlimen Bayan Lepas, Datuk Seri Zahrain Hashim dan ahli parlimen lain yang turut melompat juga tidak membuat penafian.

"Seperti yang dikatakan Ketua Umum, kita akan dedahkan pada masa yang sesuai, tidak perlulah Khairy menjadi jurucakap bagi pihak mereka.

"Konsensus Bebas ini adakah mereka ini mempunyai maruah dan jika kita dedahkan sekarang, adakah mereka ini akan meletak jawatan?," soal Tian.

"Tidak ada maknanya kita sahut cabaran Ketua Pemuda Umno ini sedangkan sebelum ini apabila kita serahkan video berhubung VK Lingam, tidak ada tindakan pun yang diambil.

"SPRM sepatutnya menghubungi Anwar dan meminta beliau mengemukakan bukti tersebut dan jika benar tindakan terhadap mereka harus diambil dengan melucutkan jawatan mereka sebagai ahli parlimen," kata Tian Chua.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Batu itu turut berkata kerajaan Umno-BN sebenarnya tidak serius dalam menangani isu lompat parti yang berlaku sejak akhir-akhir ini.

Sebelum itu, Anwar yang juga Ketua Pembangkang membuat beberapa siri pendedahan berhubung ahli parlimen Bebas yang berpaling tadah menerima imbuhan sebanyak RM2 juta serta janji kontrak daripada agen Umno.

Isnin lepas, beliau sekali lagi membuat pendedahan tersebut di dalam parlimen semasa perbahasan ucapan pembentangan Rancangan Malaysia Ke-10.

Pengenalan Sistem Islam Di Malaysia

Posted: 21 Jun 2010 12:18 AM PDT

~Nash Ar-Rawy~

Perlaksanaan sistem Islam di dalam politik moden telah mula diperkenalkan oleh Gerakan Islam PAS di Malaysia melalui modelnya iaitu ; Kerajaan Berkebajikan Kelantan. Mengikut keterbatasan kuasa politik di peringkat Dewan Undangan Negeri ; iaitu Dewan Perundangan negeri tersebut.

Kelantan adalah negeri pertama di Malaysia yang meluluskan sistem perundangan jenayah syariah dalam Islam ; iaitu, Kanun Jenayah Syariah . Namum, telah disekat perlaksanaannya dengan surat ugutan daripada mantan PM dan Presiden parti perkauman Melayu sekular; iatu , Umno.

Inilah kemucak Islam Kosmetik Mahathir iaitu, penerapan nilai-nilai Islam; seperti Bank Islam, Universiti Islam dan Takaful Islam yang akhirnya menolak Hudud dan yang terkini sokong Lesen Bola Dunia inspirasi Najib.

Setelah Islam Hadhari kosmatik Badawi cabut lari kerna tiada 'Substance" yang bersifat kosmetik semata-mata ; akhirnya mengekalkan lesen Judi. Umno memang tolak sistem Islam. Hanya laksana Bank Islam kerna ada pulangan lumayan; sedang Hudud tiada bisa perolehi apa- apa pulangan material dan mengejar keuntungan benda dan duniawi semata-mata.
Kanun Jenayah Syariah yang sama juga telah diluluskan oleh Kerajaan PAS Terengganu namun tersekat jua.

Justeru itu, seluruh umat Islam satu Malaysia wajib mengundi dan menyokong Parti Islam satu Malaysia kerana melaksanakan hukum Hudud, Qisos dan Ta'azir itu adalah wajib bagi setiap mukmin yang mengucap syahadatain. Justeru itu, Putrajaya dan parlimen perlu dikuasai PAS/Pakatan kerna melaksanakan hududullah itu adalah wajib dan wajib pula menolak Umno yang tolak Hudud.

Menentang perlaksanaannya bererti menentang ' The Absolute Law Giver" dan membawa kepada 'Apostacy' atau riddah , yakni. Murtad, nauzubiullahiminzalik. Memang hukum hudud ada didalam Al Qur'an dan Hadis rasulullah s.a.w.

Namun, perlaksanaannya perlu kepada Hukum Islam di dalam Al Qur'an itu diperkanunkan di dalam Dewan Undangan Negeri dan di dalam Parlimen melalui perkanunan Akta Hudud agar bisa diimplementasikanya.

Kerajaan Pakatan di Kedah , Selangor dan Pulau Pinang wajar memperkanunkan hukum Hudud , Qisos dan Ta'azir sebagai melaksanakan kebertanggungjawapan ke atas umat Islam.Walaupun, Umno tolak tiga kali Akta Hudud di parlimen yang pernah di kemukan oleh TGHA.

Hudud hanya untuk umat Islam sahaja dan bukan untuk bukan Islam yang bisa 'opt' kepada ' Civil Law ' yang sediada. Apalagi , apabila Lim Guan Eng KM Pulau Pinang pernah berkata mahu mencontohi kepemimpinan dan keadilan Islam yang ditunjuk oleh khalifah Islam . Iaitu , Umar Abdul Aziz.

Kerajaan PAS Kelantan adalah negeri yang pertama melaksanakan penghapusan judi sedangkan Kerajaan Persekutuan satu Malaysia sekular ( SMS ) setelah lebih daripada 50 Tahun merdeka masih lagi kekal dengan sistem kolonial memberikan lesen judi melalui Kementerian Kewangan.

Bahkan, kasino di perkenalkan oleh Tunku( mantan Presiden Umno ) menukar pusat peranginan genting kepada pusat kasino dunia seperti yang di sebut di dalam buku tulisan taukeh judi genting.

Bahkan, mengikut portal kasino , genting adalah kasiono NO. 1 dunia ! Persis! Mengatasi Las Vegas! Najib dan Hishamuddin ada saham besar di dalamnya selaku pewaris kepada Noh , datuk mereka.

Khalifah saidina Umar Al-Kattab pernah membenarkan saudagar bukan Islam memasukkan arak untuk kegunaan sendiri sahaja. Sirah sahabat ini di ikuti oleh tokoh Mursyidul Am Gerakan Islam PAS di Kelantan.

Sistem Islam membenarkan kalangan bukan Islam minum arak tetapi bukan di khalayak . Sebaliknya arak di beli dikedai tertentu sahaja di bawa pulang untuk di minum di rumah sahaja yang tiada akan merbahayakan khalayak umum.

Sebaliknya pesta arak berlaku di sekitar Kuala Lumpur, muda mudi kemabukan pada hari Tahun Baru . Bahkan , di Langkawi, harga beer lebih murah daripada 7UP ! British sewaktu perintah Malaya mengimpot arak untuk kegunaan mereka.

Selepas negara merdeka daripada kolonial Inggeris; Umno menjadi lebih Inggeris daripada kafir Inggeris kerna telah membina kilang arak di Klang. Mukhriz Mahadir ada saham arak luar negeri.

Kerajaan PAS Kelantan adalah negeri yang pertama di Malaysia melaksanakan sistem pajak gadai Islam yang sekarang di contohi oleh beberap buah bank dan kerajaan pusat . Bahkan, Kelantan juga ingin memperkenalkan sistem kewangan Islam yang berdasarkan 'Dinar' tetapi kerna Kelantan bukannya Kerajaan Pusat usaha untuk melaksanakanya dalam satu Malaysia menemui halangan.

Namun, wang dinar untuk hadiah mula mendapat sambutan oleh rakyat . Penggunaan Dinar adalah senjata sistem ekonomi Islam yang ampuh dan teruji pernah sukses dijayakan oleh Khalifah Islam dan kestabilan Dinar boleh mengatasi sistem kapitalis dunia dan menudukkan Dollar Amerika !

Banyak usaha-usaha memperkenalkan dan mengimplementasikan sistem Islam seperti mengharamkan judi dan arak di halangi oleh Gerakan Sekular UBN dan PAS/ Pakatan akan terus berjuang sehingga menguasai Putrajaya, insyaAllah.

Kerajaan PAS Kelantan melaksanakan Perladangan Rakyat dan menentang sistem kroni kerna sistem Islam mengharamkan kekayaan sesebuah Negara itu berligar di antara orang-orang tertentu sahaja seperti elite suku-sakat umnoputra sahaja yang melesapkan RM52 Billiom saham Bumiputra!

Ladang Rakyat ini untuk semua tanpa mengira kaum dan agama. Bahkan, Kerajaan PAS Kelantan melantik Penghulu( Ketua Kampong) dari khalangan orang Siam yang tiada bisa dilakukan Umno.

Permohonanan untuk bina watt siam di tolak oleh UBN tetapi keadilan Islam untuk semua ditunjuk oleh Kerajaan PAS Kelantan dengan memberi hak kepada bukan Islam. Iaitu hak berugama dengan terdirinya patung budda di Kelantan membuktikan tohmahan PAS paksa bukan Islam masuk Islam adalah suatu fitnah UMNO yang takut kepada PAS dan dasar terbuka dan " Islam Just For All "; yang menjadi polisi kerajaan PAS..Di Kedah , selesai isu babi setelah 30thn Umno gagal.

Bahkan, Mursyidul Am Gerakan Islam PAS mencadangakan agar Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri dipinda untuk membolehkan bukan Islam dilantik sebagai wakil rakyat sekiranya tiada calum bukan Islam yang menang pilihanraya.

Bahkan, TGNA berharap dipinda juga untuk membolehkan satu hari nanti. MB Kelantan adalah mukmin bukan Melayu; yang lebih warak,ulamak. karismatik, wibawa, berintegrity dan amanah. Di Selangor pula, usaha kerjaan negeri telah memberikan harga murah air kepada rakyat golongan marhein.

Sementara di Terengganu dan Perak tanah yang dianugerahkan kepada rakyat oleh kerajaan Pakatan dibatalkan oleh Kerajaan UBN . Inilah wajah Umno! yang sebenarnaya. Mendahukan kezaliman ke atas rakyat ; tiada keadilan Islam.

DS Nizar yang meluluskan 1,000 hektar tanah kepada SAR dan Sekolah Cina telah dibatalkan oleh MB Kudeta mahkamah ( Zambry) dan diberikan RM400,000 kepada setiap Sekolah Cina ( 7 buah sekolah semuanya) dengan mengenepikan SAR semata-mata kerana rasuah politik untuk pancing undi Cina dan menjadi perkakas atau alat politik MCA yang menunggangi: UMNO hanya 'menganga' sahaja melihat 'Wang Rakyat" disalahgunakan oleh Umno sendiri ; bukan PAS atau DAP.

KM Pulau Pinang berikan SAR Pulau Pinang RM 1 Juta untuk perkembangan pembelajaran kerna kata beliau kita perlukan rakyat yang ada ilmu , bijak dan pandai sebagai aset Negara di masa hadapan.

Beliau juga menentang kronisma dan monopoly yang diharamkan oleh sistem Islam dengan mengharamkan kabel kroni sebaliknya memperkenalkan kabel e-tender yang sesuai dan selaras dengan sistem Islam.

Beliau juga menubuhkankan Majlis Syura Ulamak Kerajaan Pulau Pinang sebagai konsultansi kerajaan negeri . Tidak seperti najib yang bersekongkol dengan APCO sebagai konsultansi Negara.

Pemimpin Tulen

Posted: 21 Jun 2010 12:01 AM PDT

Ramai orang dewasa ini berebut-rebut hendak menjadi pemimpin atau ketua. Bagi mereka yang menyedari tentang besarnya risiko memegang jawatan sebagai ketua sudah tentu keberatan menerima jawatan tersebut. Saiyidina Abu Bakar sendiri semasa hendak meninggal dunia, mengeluh dan kesal kerana dilantik sebagai ketua (khalifah).

Begitu juga dengan Saiyidina Umar yang dilantik sebagai khalifah selepas kematian Saiyidina Abu Bakar. Saiyidina Umar sangat mengambil berat tentang kebajikan rakyatnya. Pada suatu malam sedang dia meronda di sekeliling kota dan kampung untuk melihat hal rakyatnya, dia terdengar tangisan kanak-kanak. Saiyidina Umar menghampiri pondok buruk tempat tinggalnya kanak-kanak itu.

Dia mendengar ibunya menjerang sesuatu. Kanak-kanak tadi senyap seketika apabila melihat ibunya sedang memasak. Namun masakannya tidak siap-siap sehinggalah anaknya tertidur dalam kelaparan.

Melihat keadaan yang menyayat hati itu, Saidinia Umar memberi salam dan meminta izin untuk masuk. Wanita itu tidak sedar bahawa tetamu itu ialah Saiyidina Umar. Saiyidina Umar bertanya tentang hal kehidupan wanita itu. Wanita itu mengadu yang dia dan anaknya sudah berhari-hari tidak makan.

Apabila anaknya menangis hendakkan makanan, dia pura-pura memasak dengan memasukkan beberapa ketul batu ke dalam periuk. Melihat keadaan itu, anaknya diam sebentar kerana menyangka ibunya memasak sesuatu.

Wanita itu mengadu dan mengutuk Khalifah Saiyidina Umar kerana tidak bertanggungjawab terhadap rakyatnya. Mendengar kutukan wanita itu, Saiyidina Umar terdiam sejenak. Sebentar kemudian, dia memohon diri meninggalkan keluarga wanita itu. Dalam kegelapan malam, Saiyidina Umar terus menuju ke Baitul Mal lalu mengambil sendiri beberapa pundi gandum untuk dihantar ke rumah wanita itu.

Sebaik sampai di rumah wanita itu, Saiyidina Umar memberi salam dan masuk ke rumahnya buat kali kedua. Dia mengambil gandum dari pundi lalu terus memasakkan untuk wanita dan anaknya.

Wanita itu masih tidak sedar bahawa orang yang datang membawa gandum dan memasak itu ialah khalifah sendiri. Setelah siap, Saiyidina Umar sendiri menghidangkan makanan untuk wanita dan anaknya.

Melihat mereka gembira mengadap makanan, Saiyidina Umar berasa amat senang hati dan beredar dari situ. "Kalaulah Saiyidina Umar buat begini, alangkah baiknya....", kata wanita itu tanpa menyedari orang yang berada di hadapannya ialah Saiyidina Umar sendiri.

Moral & Iktibar

Tanggungjawab sebagai pemimpin amat berat. Mengikut Nabi Muhammad s.a.w. Setiap kita adalah gembala dan akan ditanya tentang haiwan gembalaannya. Ini bermaksud kita akan dipersoalkan tentang orang di bawah jagaan/tanggungan kita.

Pemimpin yang benar-benar bertanggungjawab terhadap rakyat sentiasa memastikan kebajikan mereka dijaga dengan baik. Pemimpin tulen ialah mereka yang sentiasa mengutamakan kebajikan rakyat terutama yang msikin lebih daripada kepentingan sendiri.

Amalan yang ikhlas tanpa mengharapkan pujian makhluk adalah satu amalan yang terpuji.

Setiap pemimpin (raja, menteri, atau wakil rakyat) sepatutnya sanggup turun padang setiap ketika untuk melihat sendiri kehidupan rakyat dan hulurkan bantuan kepada mereka yang miskin dan memerlukan dengan ikhlas kerana Allah, bukan mengharapkan pujian dan sanjungan.

Kegagalan seseorang pemimpin mentadbir negara dengan adil dan saksama akan menyebabkan dirinya jauh dari syurga dan hampir dengan neraka. Walau setinggi manapun pangkat dan darjat kita tidak akan dinilai Allah. Apa yang diambil kira ialah amalan yang diikhlaskan untuk Allah.

Untuk keselamatan dunia dan akhirat hendaklah kita mencontohi pekerti Nabi Muhammad dan sahabat-sahabat Baginda. Pemimpin yang baik ialah mereka yang sanggup mendengar kritikan rakyat jelata serta mengambil tindakan segera untuk menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.

~zulmamakpng~

UPSR dan PMR Akan Dimansuhkan?

Posted: 20 Jun 2010 11:58 PM PDT

Kementerian Pelajaran membayangkan kemungkinan akan memansuhkan Ujian Pecapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di masa hadapan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau melihat ada kewajaran untuk berbuat demikian kerana aspek pembelajaran ketika ini dilihat lebih berorientasikan kepada peperiksaan sehingga tujuan utama untuk memberikan pendidikan holistik tidak dapat dilakukan sepenuhnya.

"Pihak kami sedang fikirkan sama ada akan kekalkan atau perlu hanya satu sahaja peperiksaan awam, seperti (contohnya) di peringkat SPM sahaja," katanya.

Muhyiddin yang juga menteri pelajaran memberitahu demikian ditemui selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno bahagian Pagoh di Muar hari ini, lapor Bernama.

Menurutnya, periksaan UPSR dan PMR mungkin akan diteruskan, tetapi sebagai penilaian pencapaian pelajar di peringkat sekolah sahaja, dan bukannya sebagai peperiksaan awam.

Katanya pihak kementerian tidak akan gopoh dalam membuat keputusan dan sentiasa mengalu-alukan pandangan daripada semua pihak mengenainya.

Muhyiddin berkata secara peribadi beliau berpendapat hanya perlu ada satu peperiksaan awam sahaja bagi menilai pencapaian pelajar iaitu di peringkat akhir persekolahan atau sebelum memasuki institusi pengajian tinggi kerana di dalam soal kerjaya pun hanya SPM sahaja yang digunakan.

Namun menurutnya UPSR dan PMR diperlukan untuk membuat penempatan pelajar ke sekolah berasrama penuh atau sekolah aliran tertentu.

Beliau berkata dengan hanya satu sahaja peperiksaan awam, guru dan pelajar boleh menumpukan usaha ke arah menggilap kreativiti, sifat interaktif dan aktiviti ko-kurikulum lain, serta sukan.

Kepada satu soalan, Muhyiddin berkata keadaan di mana jumlah pelajar perempuan cemerlang di dalam pelajaran meningkat bukan hanya berlaku di Malaysia sahaja tetapi di seluruh dunia.

"Kira-kira 70 hingga 80 peratus pelajar yang memasuki universiti adalah perempuan dan trend ini berlaku bukan hanya di Malaysia tetapi di seluruh
dunia," katanya.

~MK~

Masuk penjara untuk kekal MP

Posted: 20 Jun 2010 11:56 PM PDT

Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata ahli parlimen Batu, Tian Chua boleh memilih untuk menjalani hukuman penjara dua bulan jika beliau tidak mahu kehilangan kerusi parlimennya itu.

Ketika ditemui wartawan di luar Dewan Rakyat, beliau berkata, memandangkan Tian telah dijatuhi hukuman penjara dua bulan atau denda RM2,000 kerana menggigit tangan anggota polis ketika ditangkap dalam satu protes pada 2007, maka memilih dipenjara boleh mengelakkan persoalan sama ada denda tersebut telah membatalkan kelayakan Tian sebagai ahli parlimen.

Tian, yang menang kerusi parlimen Batu dalam pilihan raya umum 2008, didakwa mengikut Seksyen 32 Kanun Keseksaan, kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada angggota polis yang sedang bertugas.

Oktober lalu, Mahkamah Majistret Kuala Lumpur telah menjatuhkan hukuman enam bulan penjara dan denda RM3,000 ke atas Tian. Beliau mengemukakan rayuan dan Mahkamah Tinggi mengekalkan sabitan tersebut tetapi mengurangkan hukumannya kepada denda RM2,000 atau dua bulan penjara.

Sejak itu, ia telah menjadi bahan perbahasan, sama ada jumlah denda tersebut terangkum di bawah peruntukan Perlembagaan Persekutuan bahawa sesebuah kerusi parlimen itu akan menjadi kosong jika wakilnya disabitkan oleh mahkamah dan dikena denda "tidak kurang daripada RM2,000."

Junaidi, bagaimanapun, berkata Tian boleh memilih untuk menjalani hukuman dua bulan penjara bagi mengelak risiko terbatal kelayakannya sebagai ahli parlimen berhubung isu denda tersebut.

"Jika Tian Chua memilih untuk menjalani hukuman (dua bulan) penjara, isu ini tidak akan berbangkit," kata Junaidi.

Sementara itu, katanya, pejabat Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia sedang menunggu keputusan rasmi Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ghazali Cha. Speaker akan mengkaji penghakiman Ghazali sebelum memutuskan sama ada untuk membawa kes Tian itu untuk dibahas di Dewan Rakyat.

Memetik kes Fan Yew Teng yang dibatal kelayakannya sebagai ahli parlimen Menglembu pada 1975 selepas dirujuk kepada jawatankuasa hak Parlimen selepas disabitkan kesalahan hasutan, Junaidi berkata "Speaker tidak mempunyai kuasa untuk mengosongkan kerusi tersebut."

Menurutnya, Dewan yang boleh berbuat demikian, bukannya Speaker.

~MK~

Keputusan Hakim Muktamad

Posted: 20 Jun 2010 11:54 PM PDT

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Ghazali Cha memutuskan tidak perlu disemak semula penghakimannya yang mengurangkan hukuman ke atas ahli parlimen Batu, Tian Chua kepada denda RM2,000.

Hakim Ghazali berkata beliau telah mendengar kes tersebut (functus officio), maka penghakiman mengenai denda tersebut adalah kekal.

Bagaimanapun, menurut peguam Tian, hakim turut menegaskan sekali lagi bahawa niat beliau adalah jelas dan bahawa beliau tidak mahu pilihan raya kecil diadakan bagi kawasan parlimen berkenaan.

Peguam Ranjit Singh berkata, beliau menyedari mengenai keputusan Mahkamah Agung PP lwn Leong Ying Ming (1993) berhubung definasi 'tidak kurang daripada RM2,000'

Hakim Mahkamah Agung ketika itu memutuskan bahawa frasa 'tidak kurang daripada lima tahun' bermakna lima tahun satu hari.

Peguam dan pendakwaraya menemui Hakim Ghazali pagi ini berhubung denda yang dikenakan ke atas ahli parlimen Batu itu selepas didapati bersalah menggigit seorang anggota polis.

Tian didapati bersalah menggigit tangan seorang anggota polis ketika ditangkap dalam satu protes tiga tahun lalu berhampiran bangunan Parlimen.

Beliau yang menang pilihan raya umum 2008, didakwa mengikut Sekseyen 32 Kanun Keseksaan, dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap anggota polis yang sedang bertugas.

Oktober lalu, Mahkamah Majistret Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman enam bulan penjara dan denda RM3,000 ke atas Tian.

Selepas mengemukakan rayuan, Mahkamah Tinggi mengenalkan sabit kesalahannya tetapi mengurangkan hukumannya kepada denda RM2,000 atau dua bulan penjara.


Tian memberitahu pemberita pagi ini bahawa beliau masih lagi ahli parlimen Batu.

"Saya akan berkhidmat kepada pengundi saya dan akan pergi ke Parlimen selepas ini," kata selepas peguam dan pihak pendakwa bertemu hakim berkenaan di kamarnya.

Pertemuan itu adalah untuk mendapatkan penjelasan sama ada penghakimannya Khamis lalu telah membatalkan kelayakan Tian sebagai ahli parlimen, mengikut Artikel 48 Perlembagaan Persekutuan.

Tian diwakili oleh Ranjit, Amer Hamzar Arshad dan Razlan Hadri Zulkifli. Pihak pendakwa pula diketuai oleh Mohd Hanafiah Zakaria dan Lee Keng Fatt.

Masalahnya berkisar mengenai tafsiran Perkara 48 perlembagaan persekutuan berhubung pembatalan kelayakan seseorang ahli parlimen.

Artikel itu menyebut jika seseorang ahli parlimen disabit oleh mahkamah dan dihukum penjara tidak kurang daripada setahun atau didenda tidak kurang daripada RM2,000 maka beliau secara automatik terbatal kelayakannya dan pilihan raya kecil perlu diadakankan.

Hakim Ghazali telah mengurangkan hukuman Mahkamah Majistret sebelum ini ke atas Tian Chua - iaitu enam bulan penjara dan denda RM3,000 - kepada denda RM2,000.

Katanya, niatnya mengurangkan hukuman tersebut adalah untuk mengelak pilihan raya kecil diadakan.

~MK~

Terengganu tolak bayaran premium Felda

Posted: 20 Jun 2010 11:52 PM PDT

Kerajaan Negeri Terengganu didakwa menolak bayaran premium Felda ke atas sejumlah tanah yang dimajukan di negeri itu, kata Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut.

Ini, katanya ekoran keengganan Felda menempatkan lebih tiga ribu peneroka di atas 14,791.23 hektar tanah yang dimajukan mereka.

Abdul Wahid Endut, walaupun perbincangan antara kedua-dua pihak sedang berjalan, namun Felda memperlihatkan sikap korporat mereka yang mementingkan keuntungan dan mengenepikan kepentingan rakyat.

"Arwah Tun Razak dahulu hasratnya buka tanah nak menyelesai masalah kemiskinan rakyat.

"Felda sekarang dah jadi badan korporat, dia nak tanah buat ladang untuk dapat keuntungan mengkayakan syarikat," katanya ketika ditemui di Parlimen hari ini.

Beliau terdahulu mengemukakan soalan berkaitan di Dewan Rakyat, meminta Perdana Menteri menjelaskan keluasan tanah yang dimajukan Felda tanpa memasukkan peserta, dan jumlah premium yang belum dibayar.

Menurutnya, bayaran premium Felda kepada kerajaan Terengganu masih tertunggak dan Felda boleh dianggap sebagai "peneroka tanah haram".

"Isu ini kita bincang dalam dewan Dun, penjelasan yang diberikan menggambarkan Felda tidak bayar.

"Sebab itu kami anggap tak bayar premium seperti peneroka tanah haram la," katanya yang juga Adun Wakaf Mempelam.

Ketika menjawab soalan itu, Timbalan Menteri, Datuk Ahmad Maslan memberitahu, Felda telahpun membuat bayaran premium sebanyak dua kali namun dikembalikan semula oleh kerajaan Terengganu.

Katanya lagi, rundingan antara Felda dengan kerajaan negeri sedang berjalan bagi memutuskan sama ada Felda mahu memasukkan peserta ataupun tidak seperti yang dikehendaki kerajaan negeri.

Kerajaan Terengganu memperuntukkan 48,142.23 hektar kepada Felda untuk dimajukan. Kawasan 33,351 hektar dimajukan dengan memasukkan 7,463 peserta manakala 14,791 hektar dimajukan oleh Felda Plantations tanpa melibatkan peserta.

~harakah~

UMNO Melamar Dr Asri

Posted: 20 Jun 2010 11:51 PM PDT

Beberapa pemimpin Umno telah menemui Dr Mohd Asri Zainul Abidin bagi melamar bekas mufti Perlis itu bagi menyertai parti mereka. Menurut sumber-sumber yang rapat dengannya, pertemuan melibatkan beberapa pemimpin kanan Umno itu telah beberapa kali berlangsung.

"Beberapa lagi siri pertemuan akan diadakan selepas ini," kata sumber-sumber yang maklum tentang usaha Umno itu.

Sabtu lalu, akhbar web Umno Online melaporkan Dr Mohd Asri bersama 100 ulama berkelulusan tinggi, termasuk PhD akan menyertai Umno Jumaat depan. Memetik setiausaha kerja Umno, Datuk Ab Rauf Yusof, Dr Mohd Asri dilaporkan akan menyertai Umno menerusi cawangan dataran Merdeka dalam bahagian Bukit Bintang.

Menulis dalam blognya selepas itu Dr Mohd Asri bagaimanapun menjelaskan belum membuat apa-apa keputusan untuk menyertai mana-mana parti politik. Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, sumber-sumber itu bagaimanapun enggan mendedahkan butiran lanjut berhubung pertemuan itu.

Buat masa ini, tambahnya, belum jelas status rundingan itu sama ada Dr Mohd Asri benar-benar akan menyertai parti Melayu itu pada Jumaat ini.

Difahamkan juga, selain bantahan bertubi-tubi terhadap ura-ura penyertaan Dr Mohd Asri itu, ulama muda itu turut menerima sokongan daripada sebahagian penyokongnya yang ingin turut sama mengikuti jejak-langkahnya.

Jika perkara tersebut benar-benar menjadi kenyataan, penyertaan ulama kontroversi itu bakal memberikan tamparan hebat kepada pembangkang yang sebelum ini turut berusaha melamar beliau.

~MK~

UMNO Risik Dr Asri

Posted: 20 Jun 2010 11:50 PM PDT

Bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin menjelaskan bahawa beliau belum membuat apa-apa keputusan untuk menyertai mana-mana parti politik.

"Saya mengharapkan semua pihak tidak membuat andaian yang terlalu cepat terhadap kenyataan mana-mana pihak mengenai isu ini," tulis beliau dalam blognya.

Mohd Asli membuat penjelasan tersebut ekoran laporan dalam Umno Online yang menyebut Dr Mohd Asri bersama 100 ulama berkelulusan tinggi, termasuk PhD akan menyertai Umno Jumaat depan.

Laporan itu memetik setiausaha kerja Umno, Datuk Ab Rauf Yusof yang menyebut bekas mufti Perlis itu dan ulama yang lain akan menyertai Umno menerusi Cawangan Dataran Merdeka, Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Umno Online memetik Ab Rauf memberitahu demikian ketika berucap di mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Bukit Bintang di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), petang semalam.

Menulis dalam blognya, Dr Mohd Asri berkata perbincangan dengan pihak yang membuat kenyataan akan diadakan.

"Sebarang kenyataan kepada media tidak akan dibuat setakat ini.

"Saya berdoa kepada Allah agar diberikan kebaikan untuk umat Islam dan para pendakwah Islam yang ikhlas," tambahnya.

Dalam laporan tersebut, Ab Rauf yang juga ketua bahagian Umno Bukit Bintang berkata, kemasukan ulama itu akan menjadikan Umno lebih segar, "dibajai dengan ilmu-ilmu Islam dan seterusnya membantu kepimpinan negara membangunkan Malaysia."

Bekas menteri besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim yang merasmikan persidangan itu, dilaporkan memuji usaha Umno Bukit Bintang untuk menarik 100 ulama menyertai parti itu.

Ketika dihubungi Malaysiakini sebentar tadi, Dr Mohd Asri enggan mengulas lanjut berhubung laporan yang beliau akan menyertai Umno. Sebaliknya beliau, meminta merujuk kepada tulisan di dalam blognya itu.

~MK~

Jangan kaitkan Islam dengan keganasan

Posted: 20 Jun 2010 11:46 PM PDT

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengingatkan pemimpin Umno BN supaya tidak sewenang-wenangnya mengaitkan Islam dengan keganasan.

Beliau ketika ditemui di Parlimen hari ini berkata, melabelkan Islam sebagai ganas berdasarkan tindakan beberapa individu, adalah sikap yang tidak bertanggungjawab dan menghina agama sendri.

"Jika ada beberapa individu buat silap dilabelkan dengan Islam, itu satu tindakan tidak bertanggungjawab terhadap agama sendiri," katanya yang juga Ahli Parlimen Marang.

Beliau diminta mengulas kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berhubung isu ancaman keselamatan yang didakwa dilakukan kumpulan Jemaah Islamiyah (JI) yang didedahkan baru-baru ini.

Tegasnya, pemimpin negara sewajarnya menjaga nama baik Islam apatah lagi Malaysia meletakkan Islam sebagai agama persekutuan.

Sehubungan itu, katanya, mereka perlu cermat dalam memberi kenyataan dan tindakan agar Islam tidak disalah faham oleh orang bukan Islam sebagai penaja keganasan.

"Menganggap Islam dikaitkan dengan pengganas adalah termasuk agenda musuh, dan fenomena keganasan tidak boleh dikaitkan dengan Islam.

"Islam adalah agama bersifat sederhana," tegasnya.

~harakah`

Isu JI bukan perkara yang diada-adakan

Posted: 20 Jun 2010 11:43 PM PDT

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu rakyat meletakkan kepercayaan mereka kepada pihak berkuasa daripada terpengaruh dengan dakyah pembangkang berhubung isu militan Jemaah Islamiah (JI).

Beliau berkata perkara itu adalah sesuatu yang benar dan bukanlah perkara yang diada-adakan untuk mengalih perhatian rakyat seperti dakwaan sesetengah pihak.

"Isu itu (militan JI) merupakan soal keselamatan negara dan sememangnya kerajaan mengetahui mengenai adanya penglibatan daripada kalangan pensyarah kanan di universiti tempatan dalam kegiatan militan tersebut," katanya ketika diminta mengulas tahap keselamatan negara ekoran pendedahan mengenai ancaman JI..

"Jadi sebab itulah kita mesti percaya dan yakin bahawa ini satu ancaman dan kita serah kepada pihak berkuasa sebab pihak berkuasa kita terutama sekali pihak polis dan anggota perisik memang mempunyai banyak pengalaman dalam menangani ancaman JI dan kumpulan militan," katanya.

Najib memberitahu pemberita selepas melancarkan Projek Pembinaan Limbungan Kapal NGV Tech Sdn Bhd sempena lawatan kerja beliau ke kawasan Parlimen Bagan Datoh di Bagan Datoh hari ini, lapor Bernama.

Menurutnya, berdasarkan keberkesanan tugas yang dilakukan pihak keselamatan dalam menangani isu-isu keganasan, kerajaan dapat menghindarkan
sebarang insiden yang meragut nyawa dan kerosakan harta benda seperti yang berlaku di negara-negara lain.

Beliau berkata, segala tindakan yang dilakukan adalah untuk tujuan pencegahan kerana tidak mahu menyesal nanti dan kerajaan dipersalahkan kononnya tidak mengambil langkah pencegahan.

"Jadi kita mesti ada kepercayaan kepada anggota polis dan pihak berkuasa yang terlibat menjaga keselamatan negara bahawa mereka mampu menghindar negara kita daripada sesuatu yang berlaku.

"Kalau kita meragui perkara ini dan kalau sesuatu berlaku (nanti) kita akan menyesal dan bila berlaku kerajaan pula akan dipersalahkan kononnya kita tidak mengambil tindakan pencegahan tapi bila kita ambil tindakan pencegahan mereka kata pula kita ada-adakan isu ini," katanya.

Sehubungan itu, Perdana Menteri berharap rakyat tidak terpengaruh dengan dakwaan yang dimainkan pembangkang kerana mereka hanya cuba mengeksploitasi sesuatu isu tanpa memikirkan fakta demi keuntungan politik.

"Jadi ini sengaja dimainkan parti pembangkang. Biasalah...kita buat pun mereka kata kita tak betul, kita tak buat pun dia kata kita tak betul. Jadi rakyat mesti faham ini politik," kata Najib.

Khamis lepas, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata isu mengenai JI hanya helah Barisan Nasional (BN) untuk mengalihkan perhatian rakyat terhadap isu besar lain yang timbul ketika ini.

Sementara itu, Bernama melaporkan, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein membidas Anwar kerana mengeluarkan kenyataan yang "gila dan tidak bertanggungjawab" berhubung ancaman kumpulan pengganas di negara ini.

Beliau berkata kenyataan Anwar bahawa pendedahan tentang ancaman kumpulan Jemaah Islamiyah (JI) baru-baru ini merupakan cubaan pihak kerajaan untuk mengalih perhatian rakyat langsung tidak boleh diterima.

"Ia merupakan satu kenyataan yang tidak bertanggungjawab langsung, satu kenyataan yang saya percaya telah menidakkan kesungguhan pihak berkuasa yang berada di dalam keadaan tertekan, di mana kita tidak boleh mendedahkan (maklumat tentang keselamatan) kepada khalayak ramai," katanya.

Hishammuddin yang juga naib presiden Umno dan ketua Umno bahagian Semberong berkata polis berbuat apa sahaja untuk memastikan rakyat negara ini termasuk Anwar "dapat tidur lena pada waktu malam."

Bercakap selepas menghadiri mesyuarat Perwakilan UmnoBahagian Semberong, beliau berkata, kerajaan tidak tergamak untuk empermain-mainkan isu keselamatan negara dan dakwaan Anwar itu hanya membuktikan bahawa pemimpin pembangkang itu sanggup "berkata dan berbuat apa sahaja" untuk menidakkan tindakan serta kejayaan kerajaan.

"Jikalau itu pun dia (Anwar) boleh tuduh kita mereka-reka, satu hari nanti jika JI (Jemaah Islamiah) meletup dekat rumah dia, itu pun dia akan tuduh Umno juga," katanya.

Sementara itu beliau juga mencabar ketua umum PKR itu menjelaskan sama ada bekas pemimpin PKR seperti Dr Halili Rahmat, Dr Chandra Muzaffar dan Sallehuddin Hashim turut ditawarkan RM2 juta untuk keluar daripada parti pembangkang.

"Kesemua mereka mempunyai hubungan rapat dengan Anwar, tetapi mereka bukan wakil rakyat. Kita hendak tahu sama ada tuduhan yang serupa turut dilemparkan terhadap mereka," katanya.

~MK~

Pakatan politik jahat Umno

Posted: 20 Jun 2010 11:41 PM PDT

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, kenyataan mengenai serangan pengganas menunjukkan satu pakatan politik jahat antara Umno Barisan Nasional (BN) dan polis untuk menimbulkan ketakutan dan kemarahan masyarakat bukan Islam terhadap Islam dan kumpulan kumpulan Islam.

Justeru, katanya PAS sangat kesal dengan kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan kononnya akan ada serangan kumpulan pengganas ke atas rumah kuil Batu Caves dan kuil Kuan Yin Air Itam.

Ini, katanya sekaligus secara halus untuk menjauhkan masyarakat bukan Islam daripada PAS yang merupa parti politik Islam yang mendapat tempat di kalangan masyarakat bukan Islam.

"Inilah kebimbangan yang menghantui Umno bila PAS secara terbuka menyatakan pada rakyat tentang gerakan persediaan PAS bersama Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih Putrajaya," ujarnya dalam satu kenyataan.

Baginya, Umno mengharapkan bantuan Musa Hassan serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi melindungi kepentingan kuasa politik mereka daripada gerakan PAS untuk ke Putrajaya bersama PR bagi membawa perubahan ke arah Malaysia baru yang lebih maju.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, bagi Umno isu serangan pengganas adalah antara talian hayat terakhir parti itu.

Katanya, kenyataan Musa juga sudah pasti akan disusuli dengan penahanan di bawah ISA ke atas induvidu yang tidak akan dapat dibuktikan sebarang bentuk pengakuan yang bakal diskrip dramakan untuk tujuan politik murahan Umno.

"Tindakan ini sama seperti isu provokasi kalimah Allah bila mana Umno cuba menampil diri sebagai juara mempertahan Islam dalam usaha terdesak untuk mendapatkan kembali sokongan orang Melayu Islam pada Umno," ujarnya lagi.

Isu tersebut berakhir, katanya dengan pembakaran gereja dan surau untuk menimbulkan ketegangan dan menakutkan rakyat. Menurutnya, semua itu berlaku hasil dari provokasi jahat Umno, tetapi ternyata rakyat mengambil tindakan bijaksana dalam isu kalimah Allah dengan menolak provokasi jahat Umno.

"Kini sekali lagi Umno BN cuba membawa pendekatan lapuk yang dirangka oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) puluhan tahun lalu untuk menakutkan rakyat dengan isu-isu keselamatan dan pembanggunan (Kesban)," katanya.

Beliau menambah, ternyata Umno masih tidak berubah dalam usaha mempertahankan kuasa sedangkan pemikiran rakyat sudah berganjak jauh meninggalkan Umno. Katanya, rakyat meminta integriti, demokrasi dan reformasi dalam urustadbir negara tetapi Umno BN membawa pendekatan autokrasi dan kuku besi.

Justeru, ujarnya rakyat perlu menghentikan perbuatan Umno mengadu dombakan rakyat pelbagai kaum dan agama sebaliknya mesti menunjuk jalan keluar kepada Umno untuk meninggalkan politik negara untuk diurus tadbir oleh PR bagi membawa pembaharuan untuk negara dan rakyat yang lebih sejahtera.

~harakah~

Tiada ulasan: