Khamis, 10 Jun 2010

labun KulupSakah...

labun KulupSakah...


Mereka yang gagal nampak zionis depan mata.

Posted: 09 Jun 2010 10:55 PM PDT

Malam tadi, sewaktu Hishamuddin Rais (tukar tiub) mendeklamasikan sajak 'Gaza'nya di program Palestin di Dewan Sivik,PJ aku terdengar seorang mamat berkopiah putih yang duduk di hadapanku bersungut kepada kawannya, "Ini cerita kat Malaysia!". Ketika itu Hisham masih sedang membaca dan belum habis lagi.
Aku pantas saja bertanya mamat itu, "kenapa?"
Dia jawab,"Ini cerita di Malaysia."
Dengan sedikit panas aku terus saja menjawab,"Zionis ada di Malaysia! Cuba dengar kes roboh dan rampas tanah di Gaza dan di Malaysia, sama tak?"
Dia tersenyum saja masih termangu tetapi apabila Hisham menamatkan sajaknya yang menyatakan Gaza ada di Plentong, Gaza ada di Berembang, Chubadak dan sebelum lawan zionis di Gaza kenali dulu zionis di Malaysia aku rasa semua orang faham. Mamat tadi kelihatan terpempan. Dia tak nampak Hisham sedang membandingkan apa bezanya zionis Israel dengan zionis Malaysia.
Inilah masalahnya kalau selalu melihat 'kulit'. Apabila YB Khlid Samad menceritakan perihal kerajaan BN melantik APCO sebagai penasihat, ada yang bersungut,"politik pulak dahh.."
Nampak tak kesempitan ini? Ramai yang gagal kaitkan zionis di Gaza dengan di Malaysia? Seorang kanak-kanak spontan saja menjerit, "Mc Donald!!" sewaktu slaid menunjukkan produk yang menyokong zionis. Lihat budak sekecil itu sudah 'dipegang' mindanya dengan brand itu. Maaf cakaplah kawan2 - aku sedikit menyampah kalau aku lihat ada sticker VIP McD di cermin kereta kawan2 aku. Aku akan memandang ke lain jika aku menumpang kereta kalian. Sebagai editor majalah kartun politik, aku banyak menerima kartun menghentam zionis tapi aku masih lagi menunggu dari kartunis yang sama melukis isu APCO, polis tembak orang awam dan lain-lain. Tadak!
Sewaktu demo anti zionis Jumaat lepas, ada sekumpulan demonstran NGO yang guna nama ala-ala Islam kurang senang dengan kehadiran majoriti demonstran dari parti politik PR.
"Tadi kami demo jalan tak jem pun. Mereka datang terus jem. Mereka ni gemar provoke kerajaan."Bagi mereka politik lain- Palestin ni lain.
Pencabulan hak asasi, rampasan, keganasan, manipulasi, penafian hak bersuara adalah zionis. Tak kira di mana dan tak kira siapa yang lakukan. ia adalah zionis. Zionis Melayu, Cina, India pun ada di Malaysia.
Lawan zionis depan mata dulu dan menangislah dengan kekejaman zionis di Putrajaya sebelum kamu berfikir untuk syahid di Gaza.

Tiada ulasan: