Khamis, 10 Jun 2010

al-brangi

al-brangi


Pasukan Bola yang selalu 'fixed-game'......penonton hampa.....

Posted: 10 Jun 2010 03:00 AM PDT

Najib menggunakan analogi bolasepak untuk majukan negara.

Bermain sebagai satu pasukan untuk menang sesuatu pertandingan......rakyat bersatu semua untuk majukan negara.

al-brangi:

Kekadang wujud juga Pengurus Pasukan merangkap jurulatih malah beberapa pemain utama men'jual' perlawanan, penonton riuh rendah dengan sorakan padu tapi diakhirnya pasukan tumpas. Menghabiskan 'boreh' membeli tiket, buang masa jer.

Jika wujud demikian, Pengurus Pasukan/Jurulatih serta pemain terlibat perlu di'overhaul', digugurkan dan digantikan dengan Pengurus Pasukan/Jurulatih serta pemain yang baru yang lebih mantap.

Ketika itu, bersedialah untuk mengundur diri sebelum digugurkan atau ditamatkan 'kontrak'. [sumber .]

al-brangi:

Penonton benci pasukan yang rasuah yang selalu 'jual' perlawanan atau 'fixed-game'......aduhai.....

Gooooooal.....

RMK 1, 2, 3......10.....berjayakah me'leleh' ke paling hujung negeri?

Posted: 10 Jun 2010 12:00 AM PDT

Hari ini dibentangkan Rancangan Malaysia Ke10, bermakna sebelum daripada ini telah berlalu Rancangan Malaysia Pertama, Kedua, Ketiga...........sehingga sekarang.

Setiap tahun Jabatan Odit Negara melaporkan prestasi samada lembab, lancar, salah urus termasuk 'bocor' dan 'tiris' sana sini sesebuah Jabatan dan Agensi Kerajaan.

Setiap tahun dilaporkan beberapa projek 'sakit' oleh kelembapan kontraktor dan salah urus pengurusan.

Setiap tahun PAC membuat laporan tentang arah tuju perbelanjaan duit rakyat.

Akhirnya, dimana silapnya?, Apakah tindakannya?

Jangan nanti rakyat nampak segala salah urustadbir dan ke'tirisan' duit rakyat hanya disapu dibawah 'sejadah'.

Adakah ia berjaya dinikmati oleh rakyat di setiap hujung kampong dan negeri?

Jangan nanti rakyat mengeluh, oh itu hanya sebuah retorik.

Umno yang ber'kluk-klek'......flip-flop.....

Posted: 09 Jun 2010 07:00 PM PDT

Kau bolehlah lega.

Aku tak boleh lega selagi Umno perintah.

Cakap ber'kluk-klek', 'flip-flop'......pagi cakap lain.....bila dah petang berubah lagi dan lagi dan lagi.....berbelit-belit.....men'curiga'kan.

Tiada ulasan: