Rabu, 23 Jun 2010

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


KJ: Tak masuk akal tokoh ternama negara tiba-tiba jadi pengganas

Posted: 23 Jun 2010 02:00 PM PDT

Oleh Clara Chooi


KUALA LUMPUR, 23 Jun – Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin melahirkan rasa tidak senang dengan dakwaan yang mengaitkan beberapa tokoh agama dan politik tempatan yang ternama dengan rangkaian Jemaah Islamiah (JI), sambil mempertahankan mereka sebagai "bukan pengganas".

Sehubungan itu beliau meminta agar pihak berkuasa melihat isu ini dengan teliti terlebih dahulu sebelum membenarkan dakwaan-dakwaan sedemikian dikeluarkan.

"Kita tidak seharusnya dengan cepat melabel sesetengah individu sebagai anggota JI atau pengikut fahaman wahabi," kata Ketua Pemuda Barisan Nasional ini.

Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau memberitahu, jika dakwaan sedemikian tidak diteliti secara mendalam ia akan membawa satu mesej yang salah kepada orang ramai.

Ketika ditemui pemberita di bangunan Parlimen hari ini, Khairy berkata, mereka yang dikaitkan dengan dakwaan terbaru ini bukan sembarangan orang tetapi pemimpin agama dan politik yang disegani.

"Saya berharap polis atau Kementerian Dalam Negeri akan meneliti perkara ini dan tanya diri mereka sendiri sama ada mereka faham apa itu fahaman wahabi dan pendirian sebenar setiap individu," kata Khairy.

Beliau menambah, adalah tidak molek bagi agensi-agensi keselamatan kebangsaan untuk melabel pihak-pihak terbabit sebagai pengikut wahabi atau JI.

"Sudah pasti kami menghormati isu-isu keselamatan tetapi mereka ini bukan pengganas.

"Jika mereka merupakan mufti atau menteri besar, jangan memberitahu saya mereka secara tiba-tiba mereka menjadi ancaman kepada keselamatan kebangsaan. Ia sungguh tidak munasabah," kata beliau.

Laporan media menyebut nama bekas menteri besar Datuk Seri Shahidan Kassim dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta bekas mufti Perlis dan mufti semasa negeri itu dikaitkan dengan JI dan fahaman wahabi pada satu taklimat pihak berkuasa Isnin lalu.

Bagaimanapun dakwaan itu dipertikaikan oleh Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Dr Juanda Jaya sambil menegaskan, pendedahan wujudnya peranan JI sambil dikaitkan dengan tokoh-tokoh tokoh politik kemungkinan besar merupakan "mainan politik kotor kerajaan" untuk mengalih isu semasa.

"Dengan ini, apa yang disebut oleh beberapa tokoh masyarakat seperti SM Idris dan pihak Pakatan Rakyat bahawa isu ini tiada asasnya kelihatan benar.

"Bahkan ia bermungkinan besar mainan politik kotor kerajaan yang memerintah untuk mengalihkan isu-isu tertentu," kata dua pemimpin berkenaan dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Asri merupakan bekas mufti Perlis dan tempatnya digantikan oleh Juanda.

Asri dan Juanda menambah, buktinya laporan media yang menyatakan bahawa dalam satu taklimat keselamatan negara berhubung JI di Bukit Aman Isnin lalu telah didakwa bahawa nama kedua-dua mereka bersama Hadi dan Shahidan serta ramai lagi tokoh masyarakat dikaitkan dengan fahaman wahabi dan pengganas JI.

"Demikian dikaitkan pertubuhan JIM dengan rangkaian pemikiran radikal di Timur Tengah," kata Asri dan Juanda.

Presiden Jamaah Islam Malaysia (JIM) Zaid Kamaruddin juga menyelar dengan berkata "apa bukti JIM terlibat dengan JI?"
Grab a Celcom Blue Bear(TM) and stand to walk away with RM10,000!

"Adakah Zahiman ada bukti mengatakan JIM mempunyai kaitan? Jika ada, buktikan kepada semua.

"Jangan sesuka hati lemparkan tuduhan-tuduhan yang liar seperti jika tiada bukti," kata Zaid.

Ahad lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mahu rakyat meletakkan kepercayaan mereka kepada pihak berkuasa daripada terpengaruh dengan dakyah pembangkang berhubung isu militan JI.

Beliau berkata perkara itu adalah sesuatu yang benar dan bukanlah perkara yang diada-adakan untuk mengalih perhatian rakyat seperti dakwaan sesetengah pihak.

Dalam ulasannya Khairy menjelaskan, sudah lama JI menjadi ancaman kepada negara tetapi pada masa yang sama melabel seseorang itu sebagai pengganas adalah salah.

"Saya tidak meragui bahawa adanya ancaman keselamatan yang dibawa oleh pertubuhan pelampau antarabangsa, tiada sebarang keraguan dalam soal ini.

"Ancaman pengganas wujud sejak 11 September dan selepas itu tetapi melabel orang adalah salah," katanya.

Ketika ditanya sama ada bersetuju dengan dakwaan PAS bahawa kerajaan menggunakan ancaman pengganas dalam negara sebagai cara untuk mengalih tumpuan isu, Khairy berkata:

"Saya tidak bersetuju dengan PAS."

"Saya tidak berfikir kita cuba untuk mencetuskan suasana ketakutan. Kita perlu memastikan sempadan kita selamat, agar negara kita selamat.

"Tetapi pada masa yang sama melabel seseorang itu (pengganas) tidak baik," katanya lagi.

Khairy menambah, isu ini tidak harus dikaitkan dengan desas-desus bahawa Asri akan menyertai Umno Jumaat ini.

"Ia satu isu yang berasingan. Kita tidak tahu sama ada Asri akan menyertai Umno atau tidak. Ia hanya satu spekulasi," katanya.

Dalam pada itu Harakah Daily melaporkan, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman Yusop tetap enggan mengeluarkan kenyataan rasmi di Dewan Rakyat walaupun beberapa Ahli Parlimen PAS mendesaknya supaya mendedahkan bukti-bukti emperikal berhubung kewujudan semula gerakan JI di tanah air.

"Saya berasa saya tak mahu respons persoalan-persoalan Pasir Puteh," tegas beliau itu berkali-kali petang tadi.

Ahli Parlimen Pasir Puteh, Muhammad Hussain meminta kementeriannya yang didakwa mengaitkan Hadi dan Asri dengan JI pada taklimat tempoh hari.

"Apakah motif kerajaan dalam menyiarkan gambar-gambar Marang (Hadi) dan bekas mufti (Asri) dalam program Kementerian Pengajian Tinggi sebelum ini.

"Adakah kerana kedua-dua tokoh ini dilihat salah atau terbabit dengan gerakan JI sekarang atau mengamalkan ajaran sesat?" soal Muhammad.

Menjawab soalan tersebut, Abu Seman menyifatkan soalan-soalan beliau sebagai khabar angin semata-mata.

Lantas itu, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub pula bangkit mempertikai jawapan timbalan menteri itu.

"Saya rasa ini semua bukannya 'khabar angin', apa yang dijelaskan oleh Pasir Puteh itu adalah satu taklimat Polis Bukit Aman pada Kementerian Pengajian Tinggi," tegas beliau.

"Yang dikaitkan adalah seorang bekas mufti, seorang mufti Perlis dan Marang (Hadi) sendiri, sebab itu Dewan yang mulia ini nak tahu mengapa gambar-gambar mereka ini dikaitkan dengan JI," tambah beliau.

Statistik Dan Keputusan Piala Dunia US Lawan Algeria

Posted: 23 Jun 2010 09:15 AM PDT

Group CLoftus Versfeld Stadium, Tshwane/Pretoria
17:55June 23

FTUnited States1 - 0Algeria


half-time(0 - 0)





referee :


Frank De Bleeckere (Belgium)

match details :

12'

H. Yebda

62'J. Altidore


76'

A. Yahia

83'

M. Lacen

90'L. Donovan [1 - 0]A. Yahia

90'D. Beasley


statistics :

shots on target : 7 - 3

shots off target : 11 - 14

possession (%) : 52 - 48

corner kicks : 4 - 6

offsides : 2 - 4

fouls : 12 - 19

yellow cards : 2 - 3

red cards : 0 - 1


Statistik Dan Keputusan Piala Dunia Slovenia Lawan England

Posted: 23 Jun 2010 08:50 AM PDT




Group CNelson Mandela Bay Stadium, Port Elizabeth
17:51June 23

FTSlovenia0 - 1England

half-time(0 - 1)




referee :


Wolfgang Stark (Germany)

match details :

23'
[0 - 1]J. Defoe

40'B. Jokic


48'

G. Johnson

79'V. Birsa


81'Z. Dedic


statistics :
shots on target : 7 - 6
shots off target : 3 - 5
possession (%) : 46 - 54
corner kicks : 2 - 11
offsides : 1 - 1
fouls : 19 - 20
yellow cards : 3 - 1
red cards : 0 - 0


Awasi dukun bergelar ustaz

Posted: 23 Jun 2010 08:15 AM PDT

***
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan

Diriwayatkan daripada Anas Radhiyallahu 'anhu, bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam telah bersabda, bermaksud: "Kalimah Laa Ilaha Illallah akan selalu memberi manfaat kepada mereka yang mengucapkannya dan akan menghindarkan mereka daripada azab dan bencana, selama mana mereka tidak mengabaikan hak-haknya. Para sahabat bertanya: "Wahai Rasulullah, apa yang dimaksudkan dengan mengabaikan hak-haknya?" Beliau menjawab: "Apabila maksiat telah dilakukan secara terang-terangan, tetapi tidak dicegah dan diubah daripadanya." (Hadith riwayat Al-Ashbahani - dalam kitab At-Targhib)
***

SEORANG ustaz muda dalam satu pertemuan pada suatu subuh di Masjid Al-Azim Melaka baru-baru ini memberitahu penulis kebimbangannya mengenai rawatan dukun atau pengamal perubatan tradisional yang sewenang-wenangnya mengelar diri mereka ustaz atau orang lain menggelarkannya begitu.

Katanya, sekalipun zaman semakin moden dan canggih, masih ramai orang yang yakin akan rawatan menggunakan bomoh. Tentunya, mendatangi dukun dan bomoh adalah salah dari segi agama, tetapi lebih membimbangkan kerana sesetengah pengamal rawatan cara ini bergelar atau digelar ustaz, katanya.

"Perkembangan ini amat mengelirukan kerana masyarakat Islam terperangkap dengan gelaran ustaz itu lantas berpendapat rawatan dukun atau bomoh berkenaan adalah sejajar dengan ajaran Islam," katanya.

Ustaz muda itu berkata, pada zaman sekarang, sebahagian besar orang Islam sudah menyedari bahawa mendatangi bomoh atau dukun itu adalah haram tetapi apabila gelaran ustaz atau tok guru dikaitkan dengan pengamal perubatan berkenaan, mereka menjadi keliru lantas terbabit dalam amalan berbahaya yang boleh membawa kepada syirik.

Mengenai rawatan dukun atau perawatan tradisional ini, Kementerian Kesihatan mengingatkan orang ramai menjauhi pengamal yang tidak berdaftar kerana boleh menyebabkan penyakit yang dialami bertambah teruk atau mungkin mengakibatkan maut.

Pengarah Perubatan Tradisional dan Komplementari (T&C) Kementerian Kesihatan, Dr Ramli Abdul Ghani berkata, jika orang ramai memerlukan rawatan alternatif, mereka boleh ke hospital kerajaan tertentu (hospital di Kepala Batas, Putrajaya, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Kota Kinabalu dan Kucing) yang menyediakan perubatan tradisional seperti akupunktur, urut tradisional Melayu dan ubatan herba.

Berbalik kepada isu yang diperkatakan ustaz muda tadi, beliau merujuk kepada kitab Hukum Sihir, Dukun dan Zina karangan Syekh Abdulaziz Baaz dan Umar Suweed yang diterjemahkan oleh Muhammad Abbas, yang antara lain ditulis: "Akhir-akhir ini banyak sekali tukang-tukang ramal yang mengaku dirinya sebagai tabib, dan mengubati orang sakit dengan jalan sihir atau perdukunan. Mereka ini banyak menyebar di berbagai-bagai negeri, orang-orang awam yang tidak mengerti sudah banyak menjadi korban pemerasan mereka.

"Maka atas nasihat kepada perintah Allah dan kepada hamba-Nya, saya ingin jelskan tentang betapa besar bahayanya terhadap Islam dan umat Islam, oleh adanya ketergantungan kepada selain Allah, serta bertolak belakang dengan perintah Allah dan Rasul-Nya.

"...Oleh kerana itu tidak dibenarkan bagi orang yang sakit mendatangi dukun-dukun yang mendakwakan dirinya mengetahui hal-hal yang ghaib, untuk mengetahui penyakit yang dideritanya. Tidak diperbolehkan pula mempercayai atau membenarkan apa yang mereka katakan, kerana sesuatu yang mereka katakan mengenai hal-hal yang ghaib itu hanya didasarkan atau perkiraan belaka, atau dengan cara mendatangkan jin, dan meminta tolong kepada jin-jin itu tentang sesuatu yang mereka inginkan.

"Dengan cara demikian dukun-dukun tersebut telah melakukan perkara-perkara kufur dan penyesatan. Rasulullah s.a.w. menjelaskan dalam pelbagai hadisnya, antaranya daripada Abu Hurairah r.a. yang berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya; 'Barang siapa yang mendatangi kahin (dukun) dan membenarkan apa yang ia katakan maka sungguh telah kafir terhadap apa yang diturunkan kepada Muhammad s.a.w. (Hadis riwayat Abu Daud)

Menurut ustaz muda tadi, amalan mengunjungi bomoh tradisional semakin berkurangan tetapi yang menjadi kebimbangan kian ramai yang percaya kepada golongan pengamal yang berselindung di sebalik gelaran ustaz atau mereka yang disyorkan oleh ustaz atau tuan guru. Antaranya, dakwa beliau adalah rawatan pembedahan secara batin, yang tidak memerlukan seseorang pengamal itu membedah anggota tertentu pesakit seperti jantung (bagi pesakit saluran jantung tersumbut dan buah pinggang (seperti pembuangan batu karang).
Ustaz ini mendakwa, ramai orang tertipu dengan kaedah ini, kerana sepanjang sejarah Islam, lahir sejumlah tokoh perubatan sebenar (seperti Ibnu Sinna) yang perlu mendalami ilmu berhubung tubuh manusia bertahun-tahun lamanya dan beliau sendiri melakukan pembedahan sebenar yang membabitkan penggunaan perkakas perubatan.

Beliau turut mendakwa, berdasarkan kisah pembedahan dan penyucian hati Nabi Muhammad s.a.w. yang dilakukan oleh malaikat, pembedahan berlaku secara benar dan bukan batin sahaja. Bahkan hati baginda dibasuh malaikat dengan menggunakan air zam-zam.

Katanya, hal itu sewajarnya menjadi rujukan kepada umat Islam yang sesetengahnya percaya begitu saja terhadap perawat tradisional bergelar ustaz yang mendakwa boleh membedah pesakit dan membaiki anggota yang sakit secara batin, tidak membabitkan pembedahan sebenar.

Ustaz ini meminta masyarakat berfikir secara rasional kerana menurutnya seorang doktor yang menjadi pakar dalam bidang pembedahan pun memerlukan masa belajar yang sangat panjang. "Untuk lulus sebagai doktor saja seseorang itu memerlukan masa pengajian enam tahun di universiti dan untuk menjadi pakar bertahun-tahun lagi," katanya.

Dalam masyarakat hari ini wujud sejumlah pengamal perubatan tradisional yang mendakwa boleh menyembuhkan penyakit kronik seperti barah, jantung dan buah pinggang. Dakwaan mereka boleh diragui kerana ramai juga yang rasa tertipu selepas menjalani rawatan yang memakan kos ribuan ringgit. Malah kerana terlalu percayakan pengamal perubatan ini (terutama dukun), sejumlah mangsa perempuan diperkosa atau dirogol.

Baru-baru ini seorang wanita membuat laporan kepada Kementerian Kesihatan menyatakan dia ditipu oleh seorang perawat tradisional yang mendakwa berjaya mengubati penyakit barah hatinya.

Hakikatnya selepas menjalani imbasan tomografi berkomputer (CT Scan) menunjukkan barah itu telah mencapai tahap empat dan penyakit itu sudah merebak ke bahagian lain badannya.

Sehubungan itu, ustaz muda berkenaan mengingatkan masyarakat tidak terpedaya dengan perawat tradisional (dukun) termasuk yang digelar ustaz kerana dikhuatiri boleh jatuh syirik manakala wang ratusan atau ribuan ringgit terbang begitu saja manakala ada yang hilang kehormatan.

http://lanh14.blogspot.com/

Mengapa Kerajaan BN Berbohong?

Posted: 23 Jun 2010 07:48 AM PDT

1. Apa yang didakwa oleh banyak pihak, terutama parti pembangkang bahawa isu keselamatan negara yang membabit ancaman pengganas yang digembar-gemburkan oleh pihak kerajaan adalah permainan politik, nampaknya mempunyai asas yang kukuh. Kerajaan Pusat kelihatan memperjudikan isu keselamatan negara yang diada-adakan untuk kepentingan tertentu.

2. Buktinya, laporan Malaysiakini pada 22hb Jun 2010, yang menyatakan bahawa dalam satu taklimat keselamatan negara berhubung JI (Jamaah Islamiah) di Bukit Aman pada 21 Jun, yang dihadiri oleh Menteri, Timbalan Menteri dan TNC-TNC seluruh negara, penceramah yang diundang oleh pihak polis Zamihan Mat Zain dari ILIM telah mendakwa dengan satu dakwaan yang sangat jahat iaitu YB Presidan PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, YB Dato Seri Shahidan Kassim, kami berdua dan ramai lagi tokoh masyarakat dikaitkan dengan wahabi dan pengganas JI. Demikian dikaitkan pertubuhan JIM dengan rangkaian pemikiran radikal di Timur Tengah.

3. Dakwaan ini sangat jahat. Jelas sengaja diada-adakan. Rakyat Malaysia mengenali pemikiran kami yang sentiasa menyeru kepada Islam yang progresif, keharmonian kaum dan agama, menentang sikap fanatik dan apa sahaja bentuk kekerasan pandangan. Isu-isu kami bawa selama ini sentiasa mendapat perhatian semua agama dan kaum kerana mempamerkan Islam yang "tolerance" dan berpaksikan kesesuaian hidup masyarakat yang serba rencam. Hal ini boleh dirujuk dalam berbagai tulisan dan kenyataan kami. Justeru, Zamihan dan polis wajib bertanggungjawab atas fitnah ini.

4. Bagi kami YB Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sama sekali tidak wajar dikaitkan dengan keganasan. Beliau ialah bekas MB Terengganu. Mengetuai sebuah parti politik tanahair sejak sekian lama. Ini melambangkan penghormatan beliau dan partinya terhadap amalan demokrasi dan hak kebebasan rakyat. Tuduhan terhadap beliau telah menghina sebuah parti politik yang selama ini melalui lunas-lunas sistem demokrasi negara ini. Sekali lagi, Zamihan dan polis perlu bertanggungjawab terhadap fitnah ini.

5. Demikian Dato Seri Shahidan Kassim. Bekas MB Perlis dan kini Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Naib Presiden PERKIM, Malaysia dan akvitis berbagai kebajikan rakyat. Layakkah orang seperti ini dituduh mempunyai kaitan dengan pengganas. Nampaknya UMNO dan BN sanggup membunuh rakan sendiri dalam memperjudikan kepentingan politik tertentu.

6. Adapun JIM kami tidak mempunyai maklumat yang banyak mengenai mereka. Namun, kami percaya mereka bukan pengganas dan tidak layak dikaitkan dengan tuduhan jijik itu. Sebagai NGO, mereka mempunyai sumbangan kepada negara yang patut dihargai.

7. Pihak polis perlu memberikan penjelasan kepada rakyat terhadap fitnah rambang ini. Siapakah Zamihan sehingga dia digunakan oleh pihak polis untuk membuat agenda jahat ini? Polis sepatutnya menyiasat beliau ini dan hubungannya dengan mentor yang selalu dirujuk kepadanya iaitu Hasan al-Saqqaf. Hasan al-Saqqaf yang terkenal suka menyesat dan mengkafirkan sesiapa yang berbeza pandangan dengannya itu, kini terbabit dengan isu keselamatan negara Jordan.

8. Jika pihak polis tidak menafikan dakwaan Zamihan ini, bererti pihak polis yang dikuasai oleh Menteri Keselamatan Dalam Negeri seakan sengaja menabur fitnah yang tidak berasas.

9. Dengan ini, apa yang disebut oleh beberapa tokoh masyarakat seperti SM Idris dan pihak Pakatan Rakyat bahawa isu ini tiada asasnya kelihatan benar. Bahkan ia berkemungkinan besar mainan politik kotor kerajaan yang memerintah untuk mengalihkan isu-isu tertentu.

10. Dengan ini, kami menafikan sekeras-kerasnya tuduhan ini dan mengingatkan rakyat bahawa mana-mana pemerintahan atau parti politik yang sanggup memperjudikan isu keselamatan negara untuk kepentingan tertentu adalah sebuah pemerintahan yang tidak bertanggungjawab. Pemerintahan yang menggunapakai kaedah tipu muslihat, berbohong, menggadaikan maruah orang lain untuk kepentingan sempit, mencemarkan hak rakyat dan memanipulasikan isu keselamatan negara adalah amat merbahaya bagi sesebuah negara yang harmoni.

11. Di samping itu, kami menyeru setiap lapisan rakyat agar menolak segala bentuk keganasan sama ada berupa tindakan ataupun pemikiran. Dan juga sekali lagi menyeru agar tidak mendokong pihak yang memperjudikan keselamatan negara demi kepentingan sempit.

Sahibus Samahah Dr Juanda Jaya
(Mufti Kerajaan Negeri Perlis, Ahli Fatwa Kebangsaan, kini Visiting Fellow Oxford University, UK)

Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(Bekas Mufti Perlis, Ahli Majlis Agama Islam Perlis, Pensyarah Pengajian Islam USM)

Jika Masih Berkuasa, Mahathir Akan Luluskan Judi

Posted: 23 Jun 2010 06:30 AM PDT

Dr M: Lesen judi diluluskan jika saya berkuasa

Salhan K Ahmad

Mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau akan meluluskan lesen judi sukan sekiranya masih berkuasa.

"Kalau saya jadi kerajaan, saya luluskanlah," katanya ketika ditemui media selepas satu majlis di pejabatnya di Putrajaya hari ini.

NONEBeliau ditanya oleh wartawan sama ada kerajaan perlu segera meluluskan lesen berkenaan.

Katanya lagi, kerajaan tidak sepatutnya menghalang golongan masyarakat yang dibolehkan berjudi.

"Orang Cina main judi selalu, bagi dia tak haram. Buat apa kita nak sekat dia.

"Apa pasal kita nak larang? Tak boleh halang dia makan babi sebab bagi dia tak haram," katanya lagi.

Pada 14 Jun lalu, Mahathir berkata bantahan pembangkang terhadap usaha meluluskan lesen judi sukan di negara ini bukanlah disebabkan ajaran agama, tetapi demi kepentingan politik semata-mata.

"Bantahan itu kerana politik, bukan kerana Islam. Takkanlah DAP pun hendak dokong ajaran Islam. (Bila) DAP pun dapat sertai (bantahan), ini (menggambarkan) politik parti pembangkang hendak cari isu.

"Sedangkan dalam muktamar PAS ada cadangan suaya semua jenis judi diharamkan, tetapi PAS tak hendak," katanya ketika ditanya tentang bantahan pembangkang melalui pelbagai cara seperti ceramah dan demonstrasi.

Ayuh Kita Kenali Bukan Wahabi Malaysia!

Posted: 23 Jun 2010 06:15 AM PDT




yang ni kompem bukan wahabi kan?
pakat tanya zalizam

Dr Asri dan Dr Juanda dakwa "BN Bohong"

Posted: 23 Jun 2010 06:00 AM PDT

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 22 Jun: Di tengah-tengah cerita bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin bersama 100 ulama akan menyertai Umno Jumaat ini, beliau bersama rakannya, Dr Juanda Jaya yang kini Mufti Perlis menyifatkan BN bohong dalam mengaitkan mereka dengan kumpulan pengganas.

Dakwaan ini dibuat kedua-duanya dalam satu kenyataan bersama yang diberikan tajuk "Mengapa Kerajaan BN Berbohong?" bagi mengulas langkah kerajaan BN yang cuba mengaitkan isu ancaman pengganas di negara ini dengan mereka berdua.

Sahibus Samahah Dr Juanda Jaya adalah Mufti Kerajaan Negeri Perlis, Ahli Fatwa Kebangsaan, kini Visiting Fellow Oxford Universiti Dr Mohd Asri Zainul Abidin pula adalah Bekas Mufti Perlis, Ahli Majlis Agama Islam Perlis dan kini Pensyarah Pengajian Islam USM.

Kedua-duanya mengulas laporan yang mengaitkan mereka berdua, Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang, bekas MB Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim dan JIM dengan pengganas.

Kaitan itu dibuat dalam satu taklimat keselamatan negara anjuran Polis dan diberikan oleh Zamihan Mat Zain dari Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) yang diadakan di Bukit Aman 21 Jun lalu.

Sebelum ini, Presiden PAS juga menafikan dakwaan beliau terlibat dengan kegiatan yang didakwa itu.

Setiuasaha Agung Umno sebelum ini mendakwa, Dr Asri akan menyertai Umno Jumaat ini bersama dengan 100 ulama lagi.

Dr Asri dan Dr Juanda berkata, apa yang didakwa oleh banyak pihak, terutama parti pembangkang bahawa isu keselamatan negara yang membabit ancaman pengganas yang digembar-gemburkan oleh pihak kerajaan adalah permainan politik, nampaknya mempunyai asas yang kukuh.

"Kerajaan Pusat kelihatan memperjudikan isu keselamatan negara yang diada-adakan untuk kepentingan tertentu," kata kenyataan bersama itu.

Buktinya, kata mereka, laporan Malaysiakini pada 22hb Jun 2010, yang menyatakan bahawa dalam satu taklimat keselamatan negara berhubung JI (Jamaah Islamiah) di Bukit Aman pada 21 Jun, yang dihadiri oleh Menteri, Timbalan Menteri dan TNC-TNC seluruh negara.

Penceramah yang diundang oleh pihak polis Zamihan Mat Zain dari ILIM telah mendakwa dengan satu dakwaan yang sangat jahat iaitu Presidan PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Datuk Seri Shahidan Kassim, mereka berdua berdua dan ramai lagi tokoh masyarakat dikaitkan dengan Wahabi dan pengganas JI.

Pertubuhan JIM pula dikaitkan dengan rangkaian pemikiran radikal di Timur Tengah.

"Dakwaan ini sangat jahat dan jelas sengaja diada-adakan" kata kenyataan bersama mereka berdua.

"Rakyat Malaysia mengenali pemikiran kami yang sentiasa menyeru kepada Islam yang progresif, keharmonian kaum dan agama, menentang sikap fanatik dan apa sahaja bentuk kekerasan pandangan.

"Isu-isu kami bawa selama ini sentiasa mendapat perhatian semua agama dan kaum kerana mempamerkan Islam yang "tolerance" dan berpaksikan kesesuaian hidup masyarakat yang serba rencam. Hal ini boleh dirujuk dalam berbagai tulisan dan kenyataan kami," katanya.

Justeru itu, kedua-dua berkata, Zamihan dan polis wajib bertanggungjawab atas fitnah ini.

"Bagi kami YB Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sama sekali tidak wajar dikaitkan dengan keganasan. Beliau ialah bekas MB Terengganu. Mengetuai sebuah parti politik tanahair sejak sekian lama. Ini melambangkan penghormatan beliau dan partinya terhadap amalan demokrasi dan hak kebebasan rakyat. Tuduhan terhadap beliau telah menghina sebuah parti politik yang selama ini melalui lunas-lunas sistem demokrasi negara ini. Sekali lagi, Zamihan dan polis perlu bertanggungjawab terhadap fitnah ini," kata kedua-duanya.

Mereka juga membela Datuk Seri Shahidan Kassim.

"Bekas MB Perlis dan kini Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Naib Presiden PERKIM, Malaysia dan akvitis berbagai kebajikan rakyat. Layakkah orang seperti ini dituduh mempunyai kaitan dengan pengganas. Nampaknya UMNO dan BN sanggup membunuh rakan sendiri dalam memperjudikan kepentingan politik tertentu," kata mereka.

"Adapun JIM kami tidak mempunyai maklumat yang banyak mengenai mereka. Namun, kami percaya mereka bukan pengganas dan tidak layak dikaitkan dengan tuduhan jijik itu. Sebagai NGO, mereka mempunyai sumbangan kepada negara yang patut dihargai," kata mereka lagi.


Sehubungan itu, mereka mendesak pihak polis memberikan penjelasan kepada rakyat terhadap fitnah rambang ini.

"Siapakah Zamihan sehingga dia digunakan oleh pihak polis untuk membuat agenda jahat ini? Polis sepatutnya menyiasat beliau ini dan hubungannya dengan mentor yang selalu dirujuk kepadanya iaitu Hasan al-Saqqaf.

"Hasan al-Saqqaf yang terkenal suka menyesat dan mengkafirkan sesiapa yang berbeza pandangan dengannya itu, kini terbabit dengan isu keselamatan negara Jordan," kata mereka berdua.


"Jika pihak polis tidak menafikan dakwaan Zamihan ini, bererti pihak polis yang dikuasai oleh Menteri Keselamatan Dalam Negeri seakan sengaja menabur fitnah yang tidak berasas," katanya lagi.

Dengan ini, kata mereka, apa yang disebut oleh beberapa tokoh masyarakat seperti SM Idris dan pihak Pakatan Rakyat bahawa isu ini tiada asasnya kelihatan benar.

Bahkan ia berkemungkinan besar mainan politik kotor kerajaan yang memerintah untuk mengalihkan isu-isu tertentu.

"Dengan ini, kami menafikan sekeras-kerasnya tuduhan ini dan mengingatkan rakyat bahawa mana-mana pemerintahan atau parti politik yang sanggup memperjudikan isu keselamatan negara untuk kepentingan tertentu adalah sebuah pemerintahan yang tidak bertanggungjawab. Pemerintahan yang menggunapakai kaedah tipu muslihat, berbohong, menggadaikan maruah orang lain untuk kepentingan sempit, mencemarkan hak rakyat dan memanipulasikan isu keselamatan negara adalah amat merbahaya bagi sesebuah negara yang harmoni," tegas mereka berdua.

Di samping itu, mereka menyeru setiap lapisan rakyat agar menolak segala bentuk keganasan sama ada berupa tindakan ataupun pemikiran. Dan juga sekali lagi menyeru agar tidak mendokong pihak yang memperjudikan keselamatan negara demi kepentingan sempit.

Polis Paling Banyak Terima Aduan Rakyat

Posted: 23 Jun 2010 05:45 AM PDT

Oleh Rusnizam Mahat

KUALA LUMPUR 23 Jun - Polis DiRaja Malaysia (PDRM) merupakan salah satu daripada 10 jabatan kerajaan yang menerima paling banyak aduan dari orang ramai yang direkodkan oleh Biro Pengaduan Awam (BPA) dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini.

Perkara itu dinyatakan oleh Menteri diJabatan Perdana Menteri, Senator Tan Sri Dr Koh Tsu Koon ketika menjawab soalan lisan oleh Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Chong Eng yang meminta Perdana Menteri menyatakan 10 jabatan kerajaan yang menerima paling banyak aduan mengenai tahap perkhidmatan mereka sejak 2008.

Menurut Dr Koh, aduan yang diterima BPA meningkat daripada 8,066 kes pada tahun 2008 kepada 12,683 pada 2009 iaitu peningkatan sebanyak 4,617 kes atau bersamaan 57.2 peratus.

Bagi tahun 2010, jumlah aduan yang diterima sehingga 30 April ialah 4,378 kes.

"Bagi tahun 2009, sepuluh jabatan atau agensi kerajaan persekutuan yang menerima paling banyak aduan adalah Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kerja Raya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Jabatan Pelajaran Negeri, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Imigresen, Hospital, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Tenaga Nasional Berhad dan Telekom Malaysia Berhad.

"Jumlah aduan yang diterima oleh 10 buah jabatan agensi ini adalah 3,553 kes, atau 41 peratus daripada sejumlah 8,694 kes," jelas beliau.

Penjelasan Dr Koh itu menunjukkan kegagalan kepimpinan Perdana Menteri yang sebelum ini memperkenalkan Indeks Prestasi Utama (KPI) dan enam teras Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), di mana salah satu matlamat utamanya ialah meningkatkan dan memperbaiki mutu perkhidmatan awam.

Ia juga merupakan satu tamparan kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mengenai perkhidmatan PDRM yang sebelum ini diselubungi pelbagai kontroversi termasuk kes kematian dalam tahanan polis dan kes salah tembak orang awam yang menyebabkan kematian.

Kerajaan lulus projek RM37 juta ketika pilihan raya kecil Sibu

Posted: 23 Jun 2010 05:30 AM PDT

KUALA LUMPUR, 23 Jun – Kerajaan tidak pernah menjanjikan program atau projek kepada rakyat semasa kempen pilihan raya kecil di seluruh negara termasuk di Parlimen Sibu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata program yang dilaksanakan di kawasan pilihan raya kecil Sibu merupakan program yang telah dirancang oleh kerajaan terlebih dahulu sebelum pilihan raya kecil tersebut diadakan sama seperti di kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) lain di seluruh negara.

"Bagi pilihan raya kecil Sibu, kerajaan telah meluluskan 107 program atau projek bernilai RM37.7 juta untuk dilaksanakan di seluruh kawasan Parlimen berkenaan," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Wong Ho Leng (DAP-Sibu) pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau berkata peruntukan itu meliputi program atau projek berbentuk fizikal, sumbangan atau bantuan dan program kemasyarakatan.

Wong ingin tahu jumlah peruntukan yang telah diberikan oleh kerajaan persekutuan kepada Sibu sepanjang kempen pilihan raya kecil Sibu yang berakhir pada 16 Mei lalu dan jumlah yang dibelanjakan oleh kerajaan Barisan Nasional dalam kempen pilihan raya berkenaan. – Bernama

Siapa Zamizan Ni? Tok Guru Haji Hadi Pengganas?

Posted: 23 Jun 2010 05:15 AM PDT

Shahidan: Saya bukan ustaz, jangan kaitkan wahabi, JI

Oleh Syed Mu'az Syed Putra


KUALA LUMPUR, 23 Jun - Bekas menteri besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim menafikan dakwaan bahawa beliau mempunyai kaitan dengan fahaman wahabi dan pengganas Jemaah Islamiah (JI) yang menjadi isu keselamatan sejak awal minggu lalu.

Sehubungan itu beliau juga bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Penolong Pengarah Pusat Al-Quran dan Ilmu Teras, Institut Latihan Islam Malaysia, Zamihan Mat Zin yang didakwa membuat tuduhan tersebut pada satu taklimat tertutup anjuran polis dan Kementerian Dalam Negeri Isnin lalu.

"Nanti saya saman dia (Zamihan) sebab cakap macam itu.

"Wahabi itu apa? Saya tidak tahu apa-apa mengenainya, saya bukan ustaz, saya orang sukan," kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Shahidan juga mempersoalkan latar belakang Zamihan yang membolehkannya menghakimi orang lain.

"Siapa dia? Latar belakangnya juga menjadi persoalan. Siapa mentornya? Hassan al-Saqqaf?

"Dia sama seperti mentornya yang suka melabel orang lain sebagai 'kafir'.

"Adakah orang yang mempunyai pemikiran songsang dan ekstrem dia boleh diterima pendapatnya?" kata beliau lagi.

Kata Shahidan, sebagai seorang yang mempunyai agama Islam beliau ada pendirian yang teguh.

"Saya ada pendirian dalam agama, jika anda tanya saya mengikut ajaran Imam Shafie.

"Saya sibuk dengan kerja saya, saya masih wakil rakyat. Lebih baik saya memberikan tumpuan kepada kerja daripada bertekak dengan seseorang yang ilmu pengetahuan dalam Islam dipersoalkan," katanya.

Shahidan juga mahu polis menyiasat latar belakang Zamihan kerana mendakwa ia boleh memberikan kesan kepada keselamatan negara.

"Polis perlu siasat Zamihan, siapa dia, apa latar belakangnya? Bagaimana orang seperti ini boleh menghakimi orang lain? Apa haknya untuk membuat tuduhan-tuduhan sebegitu.

"Ini kerana ia melibatkan soal keselamatan negara. Jadi polis perlu memandang serius akan perkara ini," kata Shahidan yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno.

Laporan media menyebut nama Shahidan dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta bekas mufti Perlis dan mufti semasa negeri itu dikaitkan dengan JI dan fahaman wahabi pada satu taklimat pihak berkuasa Isnin lalu.

Bagaimanapun dakwaan itu dipertikaikan oleh Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Dr Juanda Jaya sambil menegaskan, pendedahan wujudnya peranan JI sambil dikaitkan dengan tokoh-tokoh tokoh politik kemungkinan besar merupakan "mainan politik kotor kerajaan" untuk mengalih isu semasa.

"Dengan ini, apa yang disebut oleh beberapa tokoh masyarakat seperti SM Idris dan pihak Pakatan Rakyat bahawa isu ini tiada asasnya kelihatan benar.

"Bahkan ia bermungkinan besar mainan politik kotor kerajaan yang memerintah untuk mengalihkan isu-isu tertentu," kata dua pemimpin berkenaan dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Asri dan Juanda menambah, buktinya laporan media yang menyatakan bahawa dalam satu taklimat keselamatan negara berhubung JI di Bukit Aman Isnin lalu telah didakwa bahawa nama kedua-dua mereka bersama Presidan PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Datuk Seri Shahidan Kassim serta ramai lagi tokoh masyarakat dikaitkan dengan fahaman wahabi dan pengganas JI.

"Demikian dikaitkan pertubuhan JIM dengan rangkaian pemikiran radikal di Timur Tengah," kata Asri dan Juanda.

Presiden Jamaah Islam Malaysia (JIM) Zaid Kamaruddin juga menyelar dengan berkata "apa bukti JIM terlibat dengan JI?"

"Adakah Zahiman ada bukti mengatakan JIM mempunyai kaitan? Jika ada, buktikan kepada semua.

"Jangan sesuka hati lemparkan tuduhan-tuduhan yang liar seperti jika tiada bukti," kata Zaid.

Ahad lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mahu rakyat meletakkan kepercayaan mereka kepada pihak berkuasa daripada terpengaruh dengan dakyah pembangkang berhubung isu militan JI.

Beliau berkata perkara itu adalah sesuatu yang benar dan bukanlah perkara yang diada-adakan untuk mengalih perhatian rakyat seperti dakwaan sesetengah pihak.

Hospital Shah Alam Projek Ali Baba

Posted: 23 Jun 2010 04:53 AM PDT

Oleh Faizal Ezzany

KUALA LUMPUR 23 Jun - Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua meminta kerajaan menjelaskan kedudukan projek Hospital Shah Alam yang tidak dapat disiapkan dalam masa yang ditentukan atas sebab sub-kontraktor, Isyoda (M) Sdn Bhd yang tidak dibayar selama tiga bulan.

Beliau projek pembinaan hospital itu sudah mengamalkan sistem 'Ali Baba', yang mana kontraktor utama, Sunshine Fleet Sdn Bhd hanya mengambil untung tanpa melakukan apa-apa kerja.

Selain itu, beliau merujuk jawapan dari Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Mansor bahawa dengan perlaksanaan undang-undang baru kerajaan memberi menjamin sub-kontraktor akan dibayar tepat pada waktunya.

Dalam jawapan bertulisnya kepada soalan Tony Pua dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, menteri berkata projek itu akan selesai pada 26 Jun 2011, iaitu penangguhan hanya tiga hari dari tarikh masa sebenar.

Tony Pua mempersoalkan bagaimana kerajaan boleh menjaminkan projek tersebut boleh disiapkan dalam jangka masa yang ditetapkan selain kelewatan hanya tiga hari sahaja, sedangkan maklumat yang diperolehi mengatakan sub-kontraktor sudah tiga bulan tidak menerima bayaran.

"Macam mana menteri boleh memberi jaminan dengan mengatakan tidak akan berlaku penangguhan pada projek tersebut sedangkan sekarang ini Isyoda (M) Sdn Bhd sudah tiga bulan tidak menerima apa-apa bayaran, selain itu juga kita dapati amalan 'Ali Baba' juga telah berlaku dalam projek itu.

"Sunshine Fleet Sdn Bhd telah melantik Isyoda (M) Sdn Bhd sebagai sub kontraktor untuk kerja-kerja menyiapkan bangunan tersebut dengan nilai yang jauh lebih rendah daripada kelulusan kerajaan, tetapi disebabkan oleh sudah tiga bulan Isyoda (M) Sdn Bhd tidak mendapat bayaran maka kerja tersebut telah ditangguh.

"Kelewatan ini jelas kerana masalah kewangan, kerajaan perlu mengambil tindakan segera ke atas kontraktor utama kerana telah menyebabkan kelewatan itu berlaku agar kejadian projek tergendala dapat dielak.

"Kemelut ini bertambah teruk apabila berlakunya proses saman antara kedua-dua pihak dan ini jika tidak di pantau dari sekarang kemungkinan besar projek tersebut akan tergendala," jelas beliau pada sidang media di parlimen tengahari tadi.

Tambah Tony Pua lagi, unsur rasuah secara jelas berlaku kerana mengikut surat yang diberikan oleh Isyoda (M) Sdn Bhd kepada Sunshine Fleet Sdn Bhd bertarikh 16 November 2007, mereka bersetuju untuk memberi RM46.231 juta kepada Pengerusi Eksekutif Sunshine Sdn Bhd sebagai bayaran perlantikan tersebut.

"Kerajaan sepatutnya boleh menjimatkan kos yang besar jika melantik kontraktor yang betul-betul berminat ingin melakukan kerja tersebut, tetapi disebabkan kepentingan peribadi dan kroni maka lantikan diberikan kepada mereka yang hanya ingin mendapat keuntungan atas angin sahaja iaitu mengambil untuk tanpa melakukan kerja.

"Jika siasatan tidak dilakukan olek kementerian terbabit, saya pasti satu lagi projek kerajaan untuk kemudahan orang ramai mendapat rawatan akan tertangguh. Keuntungan sudah dikutip tetapi projek dibiarkan begitu sahaja," tegas Tony Pua.

Beliau memaklumkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia telah memulakan siasatan berhubung unsur rasuah dalam projek itu tetapi tidak pasti sejauh mana hasil siasatan yang dijalankan.

Khairy Kemuka Rayuan Saman Malu RM100 Juta

Posted: 23 Jun 2010 04:30 AM PDT

KUALA LUMPUR, 23 Jun - Para peguam bagi Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim diperintah untuk mengemukakan hujahan bertulis berhubung rayuan Khairy dalam kes saman malu bernilai RM100 juta oleh Anwar terhadapnya.

Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Nazri Yahya menetapkan 19 Julai untuk pengurus kes seterusnya selepas menemui para peguam di kamarnya hari ini.

Khairy memfailkan notis rayuan terhadap penolakan permohonannya untuk mengetepikan penghakiman ingkar yang diperoleh Anwar terhadapnya dalam saman malu itu.

Pada 31 Mei, Nazri menolak permohonan Khairy untuk mengetepikan permohonan itu dengan kos untuk mengetepikan keputusan penghakiman ingkar oleh Mahkamah Tinggi pada 4 Dis, 2008 selepas Khairy gagal memasukkan kehadiran dalam kes itu.

Nazri memutuskan bahawa serahan writ saman kepada Khairy adalah sah dan tidak ada merit dalam kenyataan pembelaan Khairy.

Anwar, 63, memfailkan saman terhadap Khairy sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO ketika itu berhubung kenyataannya dalam satu ceramah di Lembah Pantai di sini sekitar 20 Feb 2008 dan membawa kepada penyiaran klip video di beberapa laman web termasuk Malaysiakini.com., bertajuk 'Anwar and kin no threat'.

Anwar mendakwa perkataan fitnah itu, antara lain, bermaksud beliau terbabit dalam aktiviti yang bertentangan dengan Islam, tidak mempunyai perwatakan baik dan tidak layak memegang jawatan politik atau jawatan lain.

Bernama

Kementerian Pelajaran Harus Teliti Cadangan Mansuh PMR, UPSR

Posted: 23 Jun 2010 04:00 AM PDT

Oleh Rusnizam Mahat

KUALA LUMPUR 23 Jun - Kementerian Pelajaran digesa supaya mengkaji dengan teliti cadangan untuk memansuhkan sistem penilaian Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Perkara itu disuarakan Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran ketika bangun mencelah ucapan perbahasan Rancangan Malaysia ke 10 peringkat Kementerian Pelajaran yang disampaikan menterinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kulasegaran berkata, beliau meminta kerajaan membentuk satu jawatankuasa yang melibatkan pelbagai pihak bagi membincangkan secara teliti mengenai dasar itu sebelum dilaksanakan.

"Saya hairan dengan satu dasar yang baru oleh kerajaan kerana ini menghapuskan analisis prestasi seseorang murid di sekolah. Kedua, saya hairan alasan yang diberi kita akan menjimatkan wang, saya rasa itu adalah satu alasan yang tidak dapat diterima kerana kebaikan anak kita di sekolah patut diberi keutamaan. Kalau kita nak jimat wang tak perlu beli 'submarine' dan sebagainya. Kita akan jimat wang berbilion-bilion.

"Adakah kerajaan rela untuk bentuk satu jawatankuasa supaya dasar baru dapat ini dapat dianalisis dengan teliti supaya seluruh negara dan pihak berkenaan dapat menyumbang fikiran mereka supaya satu keputusan yang baik dibuat.

"Kerana saya difahamkan setiap menteri yang datang ada dasar baru. Kita perlu sistem yang konsisten, sejak 52 tahun setiap tahun ada dasar yang baru. Ini sangat tidak konsisten dan tidak boleh diterima," tegas beliau.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Ibrahim Ali turut memberi pandangan supaya kerajaan tidak membuat sebarang keputusan secara melulu membabitkan sesuatu dasar yang besar termasuk sistem pendidikan negara.

"Apakah tidak mungkin pada masa akan datang sesuatu perkara yang nak dibuat terutama membabitkan dasar besar, kerajaan pastikan dahulu tentang kebaikannya maka barulah di buat pengumuman.

"Sebab saya dapati banyak juga pengumuman sebelum bukan sahaja perkara ini, timbul banyak kekeliruan dan perdebatan polemik yang tidak memberikan apa-apa faedah selain dari mengelirukan masyarakat dan orang ramai. Sesuatu perkara pada masa akan datang dipastikan dahulu kebaikannya maka baru lah dibuat pengumuman ataupun diminta pandangan maklum balas secara tidak formal bagi mengelakkan kekeliruan yang timbul," ujarnya.

Perkara itu dijawab Muhyiddin yang menyatakan perkara itu telah dikaji sejak 2007 dan sistem tersebut telah dilaksanakan di banyak negara.

Beliau juga berkata kerajaan bersedia mendengar pandangan daripada mana-mana pihak mengenai cadangan tersebut.

Sebelum itu, Muhyiddin berkata Kementerian Pelajaran mencadangkan untuk mengekalkan hanya satu peperiksaan awam iaitu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia dan memperkenalkan sistem pentafsiran penilaian berasaskan sekolah bagi menggantikan UPSR dan PMR.

Katanya langkah itu diambil kerana sistem pendidikan kini lebih menjurus kepada sistem peperiksaan yang tidak memberi tumpuan kepada peningkatan kemahiran, inovasi dan kreativiti pelajar.

Isu Tol: Pakatan Rakyat Desak Jangan Beban Rakyat

Posted: 23 Jun 2010 03:13 AM PDT

Oleh Fazli Othman

KUALA LUMPUR 23 Jun - Pakatan Rakyat menggesa kerajaan Umno-Barisan Nasional supaya tidak menindas rakyat berhubung kadar tol yang akan dikenakan selepas jambatan kedua Pulau Pinang siap nanti.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata DAP mengalu-alukan pegumuman kerajaan untuk mengurangkan kadar tol Link Kedua antara Johor Bahru dan Singapura sebanyak 30 peratus tetapi pada masa yang sama meminta supaya perkara yang serupa harus dilakukan bagi jambatan Pulau Pinang.

"Saya rasa amat kagum dengan pengumuman Najib yang akan mengurangkan kadar tol di sana sebanyak 30 peratus dan kita mengalu-alukan tindakan tersebut.

"Apa yang menghairankan, kerajaan Umno-BN berbuat demikian selepas mendapati laluan lebuh raya tersebut mengalami kerugian kerana kurangnya kenderaan menggunakan laluan tersebut," kata Guan Eng pada sidang media di parlimen pagi tadi.

Katanya, kerajaan sepatutnya menurunkan kadar tol selepas syarikat tersebut mendapat balik modal dan pulangan yang lumayan.

Dalam pada itu beliau berharap kerajaan dapat mengkaji semula kenaikan kadar tol di jambatan Pulau Pinang selepas jambatan kedua Pulau Pinang siap kelak.

"Kita juga berharap supaya kerajaan Umno-BN dapat mengamalkan semangat 1Malaysia yang diwar-warkan dengan menurunkan kadar tol sebanyak 30 peratus di jambatan Pulau Pinang seperti mana yang diumumkan Najib semalam," jelas Ahli Parlimen Bagan itu.

Dalam perjumpaan di Putrajaya semalam, persetujuan dicapai antara Najib dan rakan sejawatnya dari Singapura, Lee Hsien Loong, bagi membincangkan pelaksanaan perkara yang dipersetujui (POA) berkaitan tanah milik KTMB di republik itu.

Link Kedua merujuk kepada laluan jambatan sepanjang 47 kilometer dari Tanjong Kupang ke Senai di Johor dan sebuah jambatan dua tingkat yang menjadi lebuh raya dua hala tiga lorong yang menghubungkan Tanjung Kupang di Johor dan Tuas, Singapura.

Kadar tol sekarang dari Plaza Tol Tanjung Kupang, Johor ke Tuas, Singapura mengikut kelas kenderaan ialah RM1.60 bagi motosikal, kereta (RM10.80), van dan kenderaan kecil lain (RM24.40), trak (RM48.90), teksi (RM8.10) dan bas (RM13).

RM55 juta untuk 11 PRK, PAS mahu PDRM berjimat

Posted: 23 Jun 2010 12:00 AM PDT

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 23 Jun: PAS mahu pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) membuat kajian terhadap wang rakyat yang digunakan dalam 11 pilihan raya kecil (PRK) sejak 2008 yang dianggarkan telah membelanjakan sekurang-kurangnya RM55 juta bagi 11 pilihan raya itu.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar) berkata, pada tahun lepas Parlimen mendedahkan bahawa PDRM belanjakan RM31 juta untuk lima PRK iaitu Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Batang Ai, Bukit Selambau.

"Itu baru lima pilihan raya kecil. Bagi baki enam pilihan raya kecil, PAS anggarkan PDRM belanjakan sekurang-kurangnya RM5 juta setiap tempat," ujarnya.

Ini, katanya jauh berbeza dengan laporan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mengumumkan perbelanjaan mereka bagi 11 PRK iaitu Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Manek Urai, Bukit Gantang, Batang Ai, Bukit Selambau, Bagan Pinang, Penanti, Permatang Pasir, Hulu Selangor, Sibu sebanyak RM6,451,285 sahaja.

Tambahnya, jumlah yang digunakan SPRM sama banyak dengan jumlah yang digunakan oleh PDRM bagi satu kawasan PRK yangb menunjukan PDRM berbelanja 11 kali ganda lebih banyak daripada SPR yang menganjurkan pilihan raya.

Justeru, ujarnya PAS berharap agar siasatan terperinci dibuat terhadap perbelanjaan oleh PDRM itu kerana ia melibatkan wang rakyat.

Katanya, Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) perlu tampil menyiasat perkara itu.

Bagi PAS, jelasnya jumlah lebih RM55 juta itu cukup untuk membina kuaters baru polis atau membeli peralatan baru, tetapi rakyat tidak melihat apa-apa yang baru terhadap kelengkapan yang dibawa ketika mereka bertugas menjaga PRK.

"PAS tidak menafikan bahawa wujud keperluan untuk wang rakyat digunakan bagi mengawal keselamatan, namun jumlah perlulah releven. Penyewaan banyak peralatan juga perlu dinilai keperluannya dan pembaziran harus dielakkan," ujarnya.

RMK10 perlu selamatkan belia negara

Posted: 22 Jun 2010 11:45 PM PDT

Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 23 Jun: Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar (gambar) berkata, RMK10 seharusnya memberi lebih penekanan kepada pembebasan remaja dari kepungan keruntuhan moral dan akhlak.

Menjelaskan perkara yang dibangkitkan dalam perbahasan RMK10 di Dewan Rakyat semalam, beliau berkata, kerajaan perlu memastikan belia negara ini hidup bersyariat bagi mengelak keruntuhan moral dan akhlak mereka.

"Kerajaan perlu ada garis panduan, selamatkan remaja-remaja kita daripada krisis yang dialami sekarang ini," katanya.

Kementerian yang berkaitan agama, katanya perlu bersama dengan kementerian lain seperti pendidikan, pengajian tinggi dan juga pertahanan melalui PLKN, untuk merancang garis panduan tersebut.

Beliau juga menggesa penubuhan Majlis Belia Negara yang melibatkan 12 kementerian dipercepatkan.

Selain itu, bagi menarik golongan muda ke masjid pula, beliau mencadangkan kouta imam muda ditambah.

"Saya cadangkan kouta imam muda di kalangan hafiz diwujudkan. Orang muda mampu menarik gologan remaja dan belia ke masjid," katanya lagi.

Sementara itu, beliau juga mahu kerajaan meneliti semula keberkesanan kurikulum Kemahiran Asas Fardu Ain yang dilihat sukar membentuk generasi berakhlak tinggi pada waktu ini.

Bangunkan tanah kerajaan dahulu di Kg Baru

Posted: 22 Jun 2010 11:30 PM PDT

Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali, MP Titiwangsa


Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menggesa agar kerajaan melalui Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar bersikap telus kepada semua pemilik dan pewaris hartanah Kampung Baru berhubung cadangan untuk membangunkan semula satu-satunya tanah milik penuh Melayu di tengah2 Kota Metropolitan Kuala Lumpur ini.

Jika kita merujuk dokumen RMK10 muka surat 174 ada disentuh sedikit tentang Pembangunan Kg Baru dimana menyebut "Dalam tempoh Rancaqngan iaitu antara 2011-2015 satu projek khas akan dilaksanakan iaitu Pembaharuan Kg Baru. Kerajaan akan menubuhkan Perbadanan Pembangunan Kg Baru untuk bekerjasama dengan penduduk Kg Baru bagi membangunkan satu model perniagaan yang mana hasil daripada pembangunan semula tanah tersebut akan dikongsikan secara saksama". Seterusnya disebut "Skim pembiayaan yang inovatif akan diwujudkan bagi membolehkan penduduk sedia ada membeli unit kediaman di kawasan yang dibangunkan semula".

Jadi disini ada beberapa persoalan iaitu antaranya bagaimana PPKB hendak bekerjasama dengan penduduk sedangkan Lembaga Pentadbir MAS atau Penempatan Pertanian Melayu dipinggirkan; sehinggakan baru-baru ini mereka terpaksa membuat kenyataan menafikan bersetuju dengan kenyataan Menteri WP bahawa orang Kg Baru bersetuju dengan perancangan pembangunan Kg baru yang beliau kemukakan. Menteri WP pula menjawap yang MAS seolah-olah tiada kuasa perundangan untuk bercakap, keputusan ditangan pemilik dan pewaris. Adakah Menteri WP menyedari MAS adalah suara orang Kg Baru dan Enakmen MAS tidak pernah dimansuhkan meski pun Akta Ibu Kota Persekutuan 1960 dan Akta (Perancang) WP 1982 diwujudkan.

Persoalan kedua tentang ungkapan "Model Perniagaan". Apa yang dimaksudkan dengan ungkapan ini. Manakala apa pula yang dimaksudkan Skim Pembiayaan yang akan diwujudkan untuk penduduk bagi membeli unit kediaman. Adakah ini bermaksud untuk penduduk yang menyewa atau siapa?, bagaimana pula pemilik dan pewaris, apa pula kaedah untuk pastikan hak pemilikan keatas hartanah mereka. Mereka tidak perlu sebarang Skim Pembiayaan kerana memang telah sedia memiliki hartanah di Kg Baru kecualilah pembiayaan untuk turut terlibat dalam pembangunan. Jadi ini sangat mengelirukan dan perlukan penjelasan.

Justeru itu saya ingin bertanya kerajaan, berapa sebenarnya dari RM220billion dana RMK10 yang akan diperuntukkan untuk pembangunan semula Kg Baru.

Saya juga perlukan penjelasan tentang jawapan Menteri WP dalam soalan saya no 10 sesi soal-jawab iaitu "Pembangunan Semula Kg Baru akan dilaksanakan melalui proses penyerahan tanah dibawah seksyen 197 Kanun Tanah Negara (KTN) yang berkaitan prosedur penyerahan tanah oleh tuan punya kepada kerajaan. Juga disebut proses penyerahan dan pemberi-milikan semula tanah dibawah seksyen 240D KTN. Adakah penggunaan seksyen ini tepat sedangkan dalam KTN, yang ada adalah Seksyen 240(1)&(2) yang berkaitan penamatan dengan cara selain dari penyerahan balik tanah iaitu berkenaan pajakan, sedangkan Kg Baru bukan tanah pajakan. Adakah Menteri WP bermaksud seksyen 204D iaitu yang berkaitan dengan penyerahan balik dan pemilikan semula tanah daripada kerajaan kepada tuan punya tanah tadi. Penting sangat kekeliruan ini diperjelaskan.

Ramai penduduk Kg Baru pinta supaya kerajaan bangunkan dulu 20 hektar atau 80 ekar tanah kerajaan di Kg Baru milik kerajaan terlebih dahulu sebelum mengusik tanah mereka yang seluas 55.5 hektar atau 222 ekar. Mereka mahu lihat bukti depan mata mereka dulu kemampuan kerajaan membangunkan kampung mereka sebelum mereka berani meletakkan geran hartanah mereka untuk dimajukan. Paling tidak pun bangunkan dulu Projek Puncak Baru yang telah pun dibuat upacara pecah tanahnya oleh mantan PM Tun Abdullah Ahmad Badawi seminggu sebelum meletakkan jawatan iaitu akhir bulan Mac 2009, dimana dijanjikan projek itu akan 'take-off' dalam masa 3 bulan, namun kini 1 tahun 2 bulan sudah berlalu, tiada apa-apa pun yang berlaku di hartanah tersebut yang merupakan bekas Pasar Minggu Kg Baru yang terkenal satu masa dulu.

Seterusnya saya juga perlu penjelasan tentang soalan saya dalam sesi soal jawab parlimen dimana soalannya adalah "Apakah 2 lagi konsep daripada 3 yang dipersetujui Kabinet melalui kertas cadangan yang dibawa KWPKB selain dari penubuhan Perbadanan Pembangunan Kampung Baru". Menteri WP menjawap dengan menyatakan iaitu "yang dkemukakan adalah 4 bukan 3 konsep iaitu 4 konsep pilihan pembangunan kg Baru seperti yang termaktub dlm Draf Pelan Bandar Raya KL 2020". Apa yang dijawab menteri adalah konsep deraf pelan yg saya boleh semak sendiri dalam buku 4, Draf Pelan Tempatan Kampung Baru. Sedangkan cadangan penubuhan Perbadanan Pembangunan Kg Baru adalah antara 3 perkara yg diluluskan Kabinet dan saya bertanya apa lagi 2 perkara yang telah diluluskan seperti lapuran media pada 6 May dimana Menteri menyebut seperti berikut: "Kabinet telah meluluskan cadangan penubuhan Perbadanan Pembangunan Kg Baru yang akan bertanggung jawab untuk melaksana dan memantau pembangunan semula kg Baru, kata Menteri WP. Beliau mengatakan Kertas Cadangan telah diluluskan Kabinet semalam, beliau menambah perkara tersebut adalah antara 3 perkara yang dipersetujui Kabinet berkenaan pembangunan semula Kg Baru". Saya pun tidak faham siapa yg menyediakan jawapan, adakah menteri sendiri atau pegawai kementerian sehingga begitu lari dari menjawab soalan yg sebenar, jadi saya mohon jawapan yang lebih bertanggung jawab.

Dalam jawapan yang sama menteri WP menyatakan Jemaah Menteri telah bersetuju dengan konsep Pembangunan Komprehensif setelah mengambil kira pandangan awam terhadap DPKL 2020 serta pandangan daripada pemilik dan pewaris yang secara majoriti meminta supaya pembangunan dilaksanakan secara komprehensif. Saya ingin bertanya kepada menteri keputusan pandangan mana tentang konsep pembangunan yg menteri bawa ke kabinet , sedangkan sehingga kini tiada satu pun kenyataan dikeluarkan tentang hasil pendengaran awam Draf Pembangunan KL 2020 khususnya Deraf Pembangunan Kg Baru. Jadi bagaimana boleh timbul isu Pembangunan secara komprehensif yang dipersetujui ramai sehingga mendorong kabinet juga bersetuju dengan Pembangunan Komprehensif. Saya tidak ada masalah dengan apa jua konsep pembangunan yang hendak dibuat tetapi hendaklah benar-benar telus dan selaras dengan kehendak majoriti orang Kg Baru melalui hasil kompilasi pendengaran awam Deraf KL 2020 yang dijalankan tahun lalu

Setelah cadangan kerajaan untuk membuka 40% pemilikan tanah Kampung Baru kepada bukan Melayu dan pelabur asing menimbulkan kemarahan dan tentangan penduduk Kampung Baru sendiri, kerajaan terdesak menukar pendekatan dan bersetuju untuk mengekalkan pemilikan 100 peratus hak Bumiputera Melayu.

Sungguhpun begitu, cadangan pembangunan semula Kampung Baru secara komprehensif seperti yang dimaklumkan baru-baru ini masih lagi menjadi tanda tanya dan mencetuskan beberapa persoalan kepada penduduk-penduduk Kampung Baru sendiri. Rata-rata penduduk masih belum jelas apakah mekanisma dan kaedah pembangunan sebenar yang akan digunakan?

Apakah mereka perlu berpindah semasa proses pembangunan semula itu dilaksanakan? Sedangkan semasa tinjauan PM ke Kg Baru yang lalu. PM mengumumkan penduduk tidak payah berpindah semasa pembangunan berjalan. Menteri WP pula berjanji hendak beri RM4juta bagi setiap pemilik tanah (Kosmo ), bagi SETIAP pemilik (bukan bagi setiap lot atau setiap geran).

Semasa majlis dialog baru-baru ini pula dikatakan penduduk mungkin akan dipindahkan ke kawasan Stadium TPCA dimana akan dibangunkan pangsapuri disana. Jadi yang mana satu yang betul? Kenyataan PM atau pengumuman Menteri WP.

Persolannya juga apakah jaminan kerajaan bahawa hak milik tanah Kampung Baru akan betul-betul kekal di tangan pemilik dan pewaris asal setelah pembangunan tersebut siap sepenuhnya kelak? Pemilik dan pewaris menyatakan mereka sekali-kali tidak akan menyerahkan geran hartanah mereka kecuali mereka benar2 yakin dengan mekanisma dan badan atau institusi dimana penyerahan dan penyimpanan geran itu akan diuruskan.

Kebimbangan pemilik-pemilik tanah ini memang ada asasnya, memandangkan sejarah pahit sebahagian mereka yang telah tertipu sehingga tanah warisan mereka yang berpuluh2 buah tergadai oleh tidak lain tidak bukan tokoh korporat Melayu juga,. Apatah lagi melihat kepada kenyataan berdolak-dalik atau flip-flop serta janji-janji pembangunan dari bekas Menteri-Menteri Wilayah Persekutuan sebelum ini dan janji bekas Perdana Menteri Malaysia tentang Puncak Baru yang sehingga kini masih gagal ditunaikan. Ini ditambah pula dengan beberapa percanggahan kenyataan yang ketara di antara PM dan Menteri WP sebelum ini berkenaan pembangunan semula Kampung Baru.

Saya mencadangkan ditubuhkan sebuah Badan Amanah yang dianggotai oleh MAS, individu-individu terpilih yang dari kalangan anak-anak Kg Baru yang telah berjaya membangunkan hartanah mereka, NGO yang berwibawa dan juga wakil dari pihak kerajaan dimana Badan Amanah ini bertanggung jawab sepenuhnya mengurus geran-geran hartanah semasa pembangunan berjalan.

Kerajaan dikatakan akan menubuhkan Perbadanan Pembangunan Kampung Baru yang bertanggungjawab untuk menyelia dan melaksanakan pelan pembangunan semula kawasan tersebut. Sungguhpun cadangan penubuhan Perbadanan tersebut akan dibentangkan di Parlimen tidak berapa lama lagi, tetapi sehingga kini orang Kampung Baru masih tidak jelas apakah objektif, peranan dan fungsi sebenar penubuhan Perbadanan ini.

Soalnya, siapakah yang akan menganggotai Perbadanan tersebut? apakah suara anak-anak Kampung Baru akan didengar dalam menentukan proses pembangunan semula tersebut dan yang paling penting, apakah Lembaga MAS (Penempatan Pertanian Melayu) yang selama ini menaungi dan membawa suara kolektif penduduk Kampung Baru akan turut diberi peranan penting ataupun diketepikan begitu sahaja?

Haruslah diingat bahawa Lembaga MAS dianggotai antaranya oleh tujuh orang ketua kampung yang mewakili tujuh kampung dalam kawasan Kampung Baru ini. Justeru itu, Lembaga MAS perlulah diberikan peranan penting dan diletakkan sebahagian daripada anggota Perbadanan, termasuklah dengan melibatkan wakil rakyat Titiwangsa dalam Badan Amanah dan atau Perbadanan dan dalam setiap mesyuarat, perbincangan serta cadangan pembangunan yang akan dilaksanakan nanti. Baru-baru ini MAS telah bangun bersuara menafikan yang mereka bersetuju dengan apa yang dikatakan keputusan mesyuarat dengan 50 orang wakil pemilik dan pewaris hartanah Kg Baru. Ini sekali lagi membuktikan ketidak-telusan Menteri WP dalam menangani isu Kg Baru.

Saya difahamkan bahawa anggota perbadanan ini akan terdiri dari Pegawai-pegawai Tinggi kerajaan diketuai Dato Bandar sebagai Komisyener, KSU KWPKB, KSU K.Kewangan, Ketua Pengarah DBKLdan 2 orang profesional tanpa diwakili MAS dan wakil rakyat, jadi inilah yang dibimbangi orang Kg Baru kerana suara mereka akan terpinggir dalam sebuah badan yang dikatakan mempunyai kuasa dan otoriti yang penuh terhadap pembangunan semula Kg Baru.

Saya mencadangkan agar Perbadanan ini jika hendak ditubuhkan juga adalah sebagai entiti pentadbir dan pengurus serta pemantau kepada pembangunan sahaja termasuk mengendalikan Konsortium Pemaju yang akan menjadi Pemaju utama pembangunan Kg Baru. Adalah wajar Badan Amanah atau Trustee Body diwujudkan untuk mengurus hartanah dimana mungkin perlu diwujudkan sebuah syarikat yang akan menilai geran-geran tanah dalam bentuk share atau saham termasuk bagi pihak penama-penama yang tidak dapat dikesan bagi memastikan keadilan dan hak kepada semua pihak. Orang-orang Kg Baru tidak rela geran mereka digadaikan kepada bank-bank swasta untuk menjana dana pembangunan. Sebaliknya Kerajaan bertanggung jawab untuk menyediakan dana khusus untuk pembangunan Kg Baru tanpa penglibatan swasta.

Sebarang Mekanisma perundangan yang akan digunakan kelak perlulah memastikan bahawa tidak ada siapa yang teraniaya dan berhak mendapatkan keadilan yang sewajarnya. Kita sangat bimbang kerana menurut maklumat yang saya terima, segala keputusan yang telah dibuat oleh Perbadanan Pembangunan Kampung Baru itu nanti adalah muktamad dan tidak boleh dirayu atau dicabar di mana mana mahkamah pun di dunia ini. (Mahkamah akhirat nanti baru tahu siapa jujur siapa amanah siapa tidak)

Justeru itu, penglibatan Lembaga MAS dan wakil rakyat amatlah perlu bagi mencerminkan niat ikhlas dan murni kerajaan untuk benar-benar membangunkan Kampung Baru. Adalah amat malang sekiranya kawasan eksklusif penempatan orang-orang Melayu di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur ini yang diilhamkan oleh pihak British sejak lebih 110 tahun yang lalu dan tidak diganggu malah diiktiraf semasa pendudukan Jepun, dibiarkan tergadai atau terlepas dari pemilikan Melayu sekiranya kerajaaan cuai dan gagal memelihara aset penting orang-orang Melayu ini. Orang Melayu setakat ini tidak mampu atau terlalu sedikit yang mampu memiliki hartanah lain di KL, hatta Menara Berkembar Petronas pun orang Melayu terpelanting walaupun umno mendakwa sebagai juara rakyat. Kepada seorang-dua orang Kg Baru yang terjerit-jerit secara biadap semasa dialog dengan disokong Menteri WP saya ingin mengingatkan Janganlah Menang Sorak Kampung Tergadai.

Akhirnya Dato YDP saya sekali lagi menegaskan pembangunan semula Kg Baru hendaklah atas konsep pembangunan yang mengekalkan ciri-ciri Melayu Islam, pembangunan yang berimbang, yang ada nilai estetika ada rohnya. Pembangunan berimbang dengan menjadikan Masjid Kg Baru sebagai pusat atau nadi pembangunan bagi memastikan rohani menjadi paksi pembangunan. Kita tidak mahu Kg Baru naik dan maju tetapi penduduknya runtuh moral dan bankrap akhlaknya. Kita tidak mahu bangunan-bangunan pencakar langit yang tiada nilai kerohanian. Kita mahukan pembangunan Hijau yang serasi dengan alam sekitar, bangunan-bangunan yang 'bijak' yang menggunakan tenaga semula-jadi untuk terus mampan. Pandangan yang popular pada masa kini adalah pembangunan semula yang menjadikan Kg Baru akan menjadi Pusat Sehenti Melayu-Islam yang merupakan mercu tanda kegemilangan Melayu Islam bersama pelbagai etnik dan kepercayaan ditengah-tengah bandar Metro KL.


--Tulisan ini adalah teks asal ucapan Dr Lo'Lo' bt Datuk Hj Mohd Ghazali, Ahli Parlimen Titiwangsa yang sebahagiannya diucapkan di Dewan Rakyat Selasa semalam.

Dun Kelantan lulus perbekalan tambahan

Posted: 22 Jun 2010 11:15 PM PDT

Muhammad Yusri Amin

KOTA BHARU, 23 Jun: Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan yang bersidang semalam meluluskan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan Pertama (2010) Tahun 2010 membabitkan peruntukan tambahan sebanyak RM17,572,276.56.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa ketika membentang Rang Undang-Undang itu di Dewan Negeri, Kota Darulnaim di sini kelmarin berkata, peruntukan tambahan itu bertujuan menampung perbelanjaan mengurus bagi tahun 2010 yang telah diluluskan Majlis Mesyuarat Kerajaan sebelum ini.

"Perbelanjaan tambahan sebanyak RM17,572,276.56 tersebut adalah merupakan perbelanjaan yang terpaksa dibuat dan tidak dapat dielakkan bagi memenuhi beberapa kekurangan di bawah perbelanjaan mengurus tahun 2010.

"Semua perbelanjaan dilakukan bukan semata-mata disengajakan tetapi ianya merupakan perbelanjaan yang diperlukan dan terpaksa dibuat setelah diberi pertimbangan sewajarnya oleh Kerajaan Negeri," katanya.

Persidangan Kali Kedua bagi tempoh Penggal Ketiga Dewan Negeri Kelantan Keduabelas yang diadakan mulai 21 hingga 22 Jun itu juga turut meluluskan Cadangan yang Diberitahu mengenai Anggaran Pembangunan (Tambahan Bilangan 1) Tahun 2010 yang menguntukkan mulai 1 Januari 2010 bagi tahun berakhir 31 Disember 2010.

Rang Undang-Undang tersebut serta Cadangan Anggaran Pembangunan (Tambahan Bilangan 1) Tahun 2010 itu disokong Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Perdagangan dan Perpaduan Masyarakat Negeri, Datuk Anuar Tan Abdullah.

Asri masih teka-teki, gesa generasi muda daftar pengundi

Posted: 22 Jun 2010 11:00 PM PDT

Oleh G. Manimaran


KUALA LUMPUR, 23 Jun — Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang disebut-sebut akan menyertai Umno masih bermain teka-teki, tetapi menggesa generasi muda yang belum mendaftar sebagai pengundi supaya segera menunaikan tanggungjawab itu.

Kata Asri, generasi muda tanpa mengira kaum dan agama perlu segera mendaftar sebagai pengundi untuk mengundi dalam pilihan raya umum ke-13.

"Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih atas pandangan dan nasihat yang bertalu-talu dikirimkan kepada saya dari seluruh negara (sejak tersiarnya laporan masuk Umno).

"Semoga Allah memberikan kebaikan atas keprihatinan semua pihak.

"Hubungan perasaan kasih dan mengharapkan kebaikan yang digambarkan itu, amat mengharukan saya.

"Atas keprihatinan itu, saya mengambil kesempatan untuk menyeru kepada semua rakyat Malaysia, terutama generasi muda; tanpa mengira agama, bangsa dan tempat untuk mendaftar diri bagi membolehkan anda mengundi bagi pilihan raya yang akan datang," kata beliau dalam tulisan blognya.

Ia merupakan tulisan kedua beliau selepas berita memetik setiausaha kerja Umno mengatakan Asri akan menyertai Umno Jumaat ini.

Asri berkata, mendaftar sebagai pemilih baru perlu ditekankan bagi memastikan suara dan perasaan rakyat terutama generasi muda dapat diterjemahkan dalam sebuah sistem demokrasi.

"Semoga impian untuk melihat Malaysia yang cemerlang, adil, aman dan berteraskan nilai-nilai yang luhur akan dapat dizahirkan dalam pilihan raya akan datang," katanya.

Jelas beliau, suara generasi muda yang mempunyai minda celik dan sentiasa peka kepada keperluan kepada sebuah negara yang mampu menjamin hak rakyat, keamanan dan keadilan untuk setiap individu rakyat amat dituntut.

Malah katanya, Islam yang progresif, realistik dan bebas dari sifat fanatik melulu amat diperlukan dalam mencorakkan masa depan negara ini.

"Marilah pastikan kita semua mendaftarkan diri sebagai pengundi untuk pilihan raya akan datang demi kebaikan untuk semua," katanya.

Bagaimanapun Asri setakat ini belum mengesahkan ataupun menafikan laporan awal Ahad lalu yang mengatakan beliau akan menyertai Umno.

Asri dalam kenyataan disiarkan menerusi blognya berkata beliau belum membuat apa-apa keputusan untuk menyertai mana-mana parti politik.

Oleh itu Asri berkata, beliau mengharapkan semua pihak tidak membuat andaian yang terlalu cepat terhadap kenyataan mana-mana pihak mengenai isu ini.

"Perbincangan dengan pihak yang membuat kenyataan akan diadakan. Sebarang kenyataan kepada media tidak akan dibuat setakat ini," katanya.

Mohd Asri Masuk Umno: Pelbagai Pihak Teruja, Terkejut

Posted: 22 Jun 2010 10:45 PM PDT

Oleh IWAN SHU-ASWAD SHUAIB

PETALING JAYA: Pelbagai pihak mengambil sikap tunggu dan lihat ekoran cakap-cakap bahawa bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin akan menyertai Umno lusa.

Malah ada yang berpendapat Mohd Asri tidak wajar bergabung dengan mana-mana parti politik demi mengekalkan kredibilitinya sebagai ulama muda berwibawa dan pragmatik.

Mufti Selangor, Datuk Tamyes Abdul Wahid berkata, institusi agama dan mufti adalah milik semua orang tanpa mengira kaum dan etnik.

Malah, katanya, orang bukan Islam juga boleh merujuk dengan mufti.

"Sama ada Mohd Asri menyertai Umno atau tidak itu bergantung kepada pandangan masing-masing.

"Apapun beliau belum lagi menyatakan hasratnya untuk menyertai Umno, maka kebenaran mengenainya masih belum pasti,"

"Bagaimanapun, secara peribadi saya tidak akan menyertai mana-mana parti politik dan masih berkhidmat untuk kerajaan tidak kira siapa pun yang memerintah," katanya kepada mStar Online di sini hari ini.

Mohd Asri disebut-sebut akan menyertai Umno bersama 100 ulama muda lain pada Jumaat ini.

Bagaimanapun, sehingga kini ia masih khabar angin kerana tokoh agama itu belum menyatakan kebenaran khabar angin itu lagi.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dzulkefly Ahmad pula berpendapat, Umno mungkin tidak akan meletakkan Mohd Asri di tempat yang sepatutnya berikutan tiada tradisi atau budaya yang mengangkat ulama dalam kepimpinan Umno sejak dulu.

Katanya, bekas mufti itu seorang yang berwibawa, tegas terhadap perkara yang tegas tapi fleksibel pada isu-isu yang timbul.

Bagaimanapun beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor meramalkan Mohd Asri tidak akan menyertai Umno kerana parti itu tidak pernah mengangkat ulama bergandingan dalam kepimpinan politik.

"Sedangkan Islam itu lebih menyeluruh, tidak boleh diperkotak-katikkan, bukan sekadar untuk satu-satu majlis atau jabatan semata-mata," jelasnya.

"Dan... saya merasakan PAS lebih bersesuaian dengan beliau kerana PAS mempunyai lebih keupayaan dan kekuasaan," tambahnya.

Namun, beliau turut berpendapat adalah lebih baik sekiranya Mohd Asri tidak menyertai mana-mana parti politik, mengekalkan keseimbangan dalam peranannya sebagai ulama.

Menurut Dzulkefly, jika beliau menyertai Umno pula akan memberi kebaikan kerana pengaruhnya.

"Jika tiada persefahaman, beliau mungkin akan keluar selepas itu sekiranya Umno masih terus bertegas dan ini memberi kesan buruk kepada parti itu," jelasnya.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Jabatan Al-Quran dan Sunnah, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM), Profesor Madya Dr Fauzi Deraman pula berpendapat penyertaan Mohd Asri tidak akan menjadikan Umno itu lebih 'segar'.

Bagaimanapun beliau tidak menolak bahawa ulama muda itu mempunyai pengaruh dan pengalaman dalam akademik dan keagamaan.

Dengan kelebihan itu, beliau menyifatkan ia sesuatu yang akan menarik minat sesiapa sahaja termasuk Umno.

"Beliau sudah pasti menjadi aset penting, jadi dalam mana-mana penyertaan sekalipun berkemungkinan akan memberi kesan daripada pengaruhnya.

"Namun, ia masih samar-samar. Hanya timbul pelbagai spekulasi mengenainya, jadi kita tunggu saja sama ada benar tentang keputusan berkenaan," katanya.

Isu Asri: 'Tunggulah dan lihat', kata Ab Rauf

Posted: 22 Jun 2010 10:30 PM PDT

Abdul Rahim Sabri


Setiausaha kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusof meminta semua pihak 'menunggu dan lihat' berhubung penyertaan bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin serta 100 ulama ke dalam parti itu yang dijadual Jumaat ini.

Beliau yang juga ketua Umno bahagian Bukit Bintang sebelum ini mengumumkan bahawa Dr Mohd Asri serta yang lainnya akan Umno menerusi cawangan Dataran Merdeka, Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Umno Online memetik Ab Rauf memberitahu demikian ketika berucap di mesyuarat Perwakilan Pemuda Umno Bukit Bintang di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Sabtu lalu.

"Tak apa, tunggu sama ada beliau masuk atau tidak. Tunggulah," kata Ab Rauf ketika dihubungi Malaysiakini semalam.

Bagaimanapun, Ahad lalu, Dr Mohd Asri menulis dalam blognya dan menegaskan bahawa beliau belum membuat apa-apa keputusan untuk menyertai mana-mana parti politik.

"Saya mengharapkan semua pihak tidak membuat andaian yang terlalu cepat terhadap kenyataan mana-mana pihak mengenai isu ini," tulis beliau dalam blognya.

Dalam perkembangan berkaitan, Dr Mohd Asri dan kira-kira 20 ulama muda mengadakan pertemuan dengan Ab Rauf di sebuah tempat di Lembah Kelang kelmarin.

Dalam pertemuan itu, bekas mufti Perlis itu dilaporkan berkata beliau "memerlukan masa bagi berfikir untuk menyertai Umno".

Mampukah Kemasukan Asri Dalam Umno Cegah Umno Dari Kemungkaran dan Zalimi Rakyat

Posted: 22 Jun 2010 10:15 PM PDT

Mampukah Kemasukan Asri Dalam Umno Cegah Umno Dari Kemungkaran dan Zalimi Rakyat? tajuk ini sengaja saya pilih bagi mengulas ura-ura kemasukan Dr Mohd Asri Zainul Abidin ke dalam Umno. Sebagai hamba Allah saya meletakan harapan supaya Dr. Asri (Kalau betul nak masuk Umno sangat-sangat) supaya berusaha mencegah Umno, kerana beliau bukanlah orang yang boleh merubah Umno. Merubah Umno adalah tugas Allah yang memberikan hidayah, kita hanya berdakwah termasuklah dalam ruang lingkup kerja mencegah. Tapi mampukah?

Mulanya Shahidan Kassim sebut ada 100 orang Ulama', tapi Malaysiakini pula dapat maklumat setakat ini baru 20 orang yang berbincang dengan Setiausaha Kerja Umno, Datuk Ab Rauf Yusoh. Tak kisah berapa ramai Ulama' nak masuk Umno. PAS tak pening kepala atau susah hati sebab hidayah itu Allah yang bagi.

Tugas Ulama' sama ada dalam PAS, dalam Umno, dalam NGO dan mana-mana ceruk dunia sekalipun adalah jelas. Sebut sahaja Ulama' kita akan faham bahawa tugas mereka adalah memimpin masyarakat mencegah kemungkaran dan menegakan kebenaran.

Masuklah mana-mana pun, itulah tugas utama mereka didalam memimpin manusia ke jalan Allah. Jika mereka masuk Pas tapi tak buat kerja itu, mereka tak boleh dipanggil Ulama', begitu juga kalau masuk Umno tapi diam diri dan tak berbuat apa-apa bila pemimpin mereka halalkan judi dan zalimi rakyat, akhirnya mereka tak layak dipanggil Ulama'.

Baru-baru ini Dr. Asri sendiri menegur Ulama' Umno dalam artikelnya bertajuk "Ulama Umno bakar kapal". Ulama Umno baginya adalah ulama' Ortodoks yang tidak membukan ruang keluasan berijtihad dan hanya memfokuskan isu-isu asas dalam ibadat tetapi tidak berani menyentuh isu-isu dasar dan kesilapan pemimpin Umno.

Ini sekaligus menjelaskan bahawa bukan baru ini Ulama' masuk Umno. Sebelum PAS ada Ulama' di Malaysia terlebih dahulu masuk Umno. Mereka dikumpulkan dalam Biro Agama Umno kemudiannya keluar beramai-ramai tubuhkan PAS. Tuan Haji Ahmad Fuad yang juga Ketua Biro Agama umno membawa para Ulama keluar dari Umno dan menubuhkan PAS berikutkan kedegilan Umno meneruskan loteri kebajikan dan fun fair yang bertentangan dengan Islam.

Nakhaie Ahmad pada 1987 pernah menyebut bahawa:

"Ini dapat dilihat daripada ruh penubuhan Pas di kalangan ulama' dalam Umno merasakan perlu satu pertubuhan yang mengumpulkan semua ulama' dalam satu kesatuan untuk menjadi satu barisan yang kukuh dalam menentang kemunkaran yang dilakukan oleh Umno seperti mengajurkan loteri, mengadakan fun fair yang dianggap oleh oleh ulama' mengotorkan kesucian Islam."

Namun Nakhaie yang ketika itu antara Ulama' tersohor dan menjadi pimpinan utama PAS tewas dalam perjuangannya dan menyertai Umno yang dia sendiri tahu masih meneruskan aktiviti kemungkaran dan mengeluarkan lesen-lesen judi hingga ke hari ini.

Pada masa itu, beliau masuk Umno kerana menganggap PAS tidak mampu memerintah Malaysia, PAS tak boleh pergi jauh macam Umno. Tapi akhirnya masa mengajarkan beliau bahawa PAS terus berkembang menyaingi Umno dan memerintah Kelantan dan Kedah hari ini. Namun kelibatnya dalam Umno, hampir tidak dipedulikan pemimpin Umno. Ilmunya disimpan dalam khazanah mindanya. Beliau hanya menegur tentang aurat isteri pemimpin Umno secara umum, itu pun ketika disoal secara spontan oleh peserta program Forum yang dihadirinya di Terengganu.

Izzahnya sebagai Ulama' hilang begitu sahaja sebaik menyertai Umno. Beliau tidak lagi berani menegur kesalahan pemimpin Umno, walaupun dia tahu Umno masih lagi menzalimi rakyat, rasuah dan meluluskan lesen judi.

Hal yang sama tidak mustahil berlaku kepada dr. Asri. Hari ini beliau lantang mengkritik Ulama' dalam Umno, tapi adakah beliau mampu melakukan perkara yang sama jika beliau menyertai Umno.

Antara cara mudah yang Umno lakukakan bagi mendiamkan para Ulama' adalah dengan memberikan mereka jawatan utama bagi menjaga Jakim, YADIM, YAPIEM, Tabung Haji dan perlbagai institusi Islam. Jadi dengan itu mereka langsung tidak diberikan ruang menyertai ruang Politik. Paling jauh pun macam Yusof Noor, Mat Zin, Jamil Khir dan beberapa lagi. Mereka dijadikan menteri, tapi hanya boleh bercakap dalam soal-soal pentabiran Islam tetapi bukan soal halal haram apa yangKerajaan atau Umno buat.

Ulama dipimpin dan mengikut telunjuk pemimpin Umno, sedang dalam PAS Ulama' diletakan dalam tempat tertinggi dan dihormati.

Mungkin dalam umno mereka boleh mendapat ganjaran besar, gaji dan pelbagai dana, tapi kuasa dan suara mereka terhad. Jadi apakah bentuk perjuangan Dr. Asri kalau mahu menyertai Umno.

Saya tetap bersangka baik bahawa dalam umno ramai mereka yang berilmu mahu kepada Islam, tetapi hidayah Allah belum cukup sampai kepada mereka. Mereka masih was-was tinggalkan Umno kerana takut tak dapat cari kerja, tak dapat ganjaran yang besar, diboikot atau digam dari agensi Kerajaan dan media milik Kerajaan serta macam-macam lagi. Tapi mereka tak tahu bahawa dalam PAS belum ada Ulama' yang mati dalam keadaan faqir.

Setiap mereka yang hidup dimuka bumi ini Allah telah janjikan rezeki. Jadual hidup mereka juga Allah dah susun. Kalau mereka Ikhlas, Allah tetap akan menguji, cuma sejauh mana mereka tahan dengan ujian itu. Adalah yang tak tahan dan ambil jalan mudah.

Saya juga khuatir dengan teori Malaysiakini bahawa Dr. Asri nak masuk Umno kerana takut masuk ISA kerana isu Wahabi yang banyak dikaitkan dengan dirinya. Jika dia benar, ISA itu hanya penjara dunia. Bukan neraka Allah. Apa jua, perjuangan kita harus fokus dan kembali kepada niat asal.

Dimana pun kita berjuang, kita kena gunakan ilmu yang Allah beri untuk cegah kemungkaran dan nyatakan kebenaran, walaupun nyawa jadi taruhan. Sesungguhnya jika nyawa jadi taruhan, itu lebih baik bagi kita yang mahu bejuang Islam kerana sebaik sahaja pemerintah yang zalim mengambil nyawa kita maka merdekalah kita dari kemungkaran dunia dan kembali sejahtera disisi Allah.

fikir-fikirlah wahai Dr. Asri kerana esok belum tentu kita akan dapat bernafas lagi

http://syukran.wordpress.com/2010/06/23/mampukah-kemasukan-asri-dalam-umno-cegah-umno-dari-kemungkaran-dan-zalimi-rakyat/

KEADILAN Tawar Dr Mohd Asri Sertai Parti

Posted: 22 Jun 2010 09:57 PM PDT

Oleh Fazli Othman

KUALA LUMPUR 23 Jun - Pakatan Rakyat meminta bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang digembar-gemburkan akan menyertai Umno Jumaat ini agar membuat keputusan yang bijak .

Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff berpendapat sebagai pemimpin muda Pulau Pinang beliau mengalu-alukan Dr Mohd Asri menyertai KEADILAN.

"Saya berpendapat beliau mempunyai potensi yang tinggi untuk membangunkan Pulau Pinang.

"Tokoh muda yang mempunyai ketokohan dari segi ilmu, saya mahu beliau bersama-sama Pakatan Rakyat terutama KEADILAN untuk meneruskan agenda reformasi di Pulau Pinang," kata Yusmadi.

Menurut beliau, sepanjang beliau mengenali Dr Mohd Azri semasa di bangku sekolah dan ketika bersama-sama belajar di Kolej Islam beliau menganggap ulama muda mempunyai jiwa seorang reformis.

"Oleh kerana itu saya menjemput beliau menyertai KEADILAN," tawar Yusmadi.

Tambah beliau, KEADILAN memberi peluang kepada sesiapa sahaja yang menyertai parti tersebut.

Sementara itu Ketua Wanita KEADILAN Zuraida Kamaruddin berkata beliau yakin Dr Mohd Asri tidak akan sesekali menyertai Umno.

Menurut Zuraida beliau yakin bekas mufti itu akan membuat keputusan yang bijak berhubung masa depannya melalui parti politik.

"Walau pun kita mengalukan-alukan beliau menyertai KEADILAN tetapi kita tidaklah terdesak seperti mana Umno sekarang ini yang memerlukan ulama menyokong parti itu," jelas Zuraida.

Kerajaan Umno-Barisan Nasional ketika ini sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk memulihkan imej parti yang telah rosak akibat tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meluluskan lesen judi sukan bola sepak kepada Ascot Sports Sdn Bhd.

Ulama, pensyarah antara 50 ikut Asri sertai Umno?

Posted: 22 Jun 2010 09:36 PM PDT

Oleh G. Manimaran


Dr Asri masih dalam perbincangan dengan Umno?
KUALA LUMPUR, 23 Jun — Kira-kira 50 orang yang dikategorikan sebagai golongan ulama, dengan kebanyakannya kakitangan akademik, dipercayai akan mengikut langkah bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin jika masuk Umno minggu ini.

The Malaysian Insider difahamkan mereka turut terlibat dalam perbincangan bersama Asri yang disebut-sebut akan menyertai parti utama Barisan Nasional itu, Jumaat ini.

"Ya, saya bersama sekitar 50 orang ulama sedang adakan perbincangan (dengan Umno)... kebanyakan mereka ini merupakan ahli-ahli akademik, sudah memutuskan untuk menyertai Umno, tapi perbincangan masih dijalankan," kata seorang pensyarah kanan sebuah universiti awam ketika dihubungi The Malaysian Insider malam tadi.

Perbincangan itu termasuklah peranan yang bakal mereka hendak bawa jika menyertai Umno, kata beliau.

Pensyarah itu yang enggan namanya disiarkan atas alasan perbincangan dengan kepimpinan Umno masih dijalankan berkata, kira-kira 70 hingga 80 peratus itu merupakan ahli akademik.

"Sebahagian besar adalah ahli akademik, kebanyakannya bertugas di Lembah Klang, yang lain dari luar Lembah Klang," kata beliau lagi.

The Malaysian Insider difahamkan ada kemungkinan sesetengah mereka tidak akan menjadi ahli tetapi akan membantu Umno sebagai golongan ulama.

"Jadi peranan mereka mungkin dari dalam dan dari luar Umno," kata beliau sambil mengaku mahu membantu Umno.

Mereka dilihat sebagai golongan ulama muda yang memperlihatkan pandangan progresif mengenai hukum syariah dan undang-undang Islam.

"Kami memutuskan untuk menyertai Umno dan membantu mereka dalam pembangunan Islam di negara ini... kami berpendapat kami boleh membantu Umno mengikut kapasiti kami," kata sumber itu ketika ditanya alasan bagi mereka mahu menyertai parti politik Umno.

Asri dijangka akan mengetuai urusan penyertaan dalam Umno Jumaat ini apabila ia mengadakan mesyuarat Majlis Tertinggi.

Bagaimanapun Asri setakat ini belum mengesahkan ataupun menafikan laporan awal Ahad lalu yang mengatakan beliau akan menyertai Umno.

Asri dalam kenyataan disiarkan menerusi blognya berkata beliau belum membuat apa-apa keputusan untuk menyertai mana-mana parti politik.

Oleh itu Asri berkata, beliau mengharapkan semua pihak tidak membuat andaian yang terlalu cepat terhadap kenyataan mana-mana pihak mengenai isu ini.

"Perbincangan dengan pihak yang membuat kenyataan akan diadakan. Sebarang kenyataan kepada media tidak akan dibuat setakat ini," katanya.

Asri walaupun masih belum mengesahkan sama ada akan menyertai Umno ataupun sebaliknya Jumaat ini, tetapi rakan-rakannya berpandangan beliau harus kekal dengan kedudukan semasa sebagai "cendekiawan berkecuali."

The Malaysian Insider difahamkan sebahagian besar mesej SMS dan e-mel serta panggilan telefon diterima beliau memintanya agar tidak menyertai mana-mana parti politik.

Selain rakan dan peminat beliau juga berpandangan Asri harus kekal sebagai tokoh yang bebas memberikan pandangan dalam isu-isu berkaitan dengan agama.

"Saya boleh katakan hampir 90 peratus mereka yang hubungi Dr Asri meminta jangan masuk Umno, bermakna parti-parti politik... mereka mahu Dr Asri kekal berkecuali seperti sekarang dengan memberikan pandangan kritikal dengan bebas," kata seorang kawan Asri yang dihubungi The Malaysian Insider.

Sementara blog pro-Umno menyambut baik laporan Asri akan masuk Umno, beberapa laman dan blog propembangkang dan juga rakan beliau menulis bekas mufti itu tidak akan menyertai Umno.

Tiada ulasan: