DUNIACACAMARBA |
- Rosak Akhlak/Moral Orang Bukan Islam Jika UMNO Lebih Lama Memerintah!
- Skandal Ariel "Peterporn": Polis Secara Rasmi Sahkan Ariel "Pelakon" Video Seks
- GEMPAR: Berzina di Tanah Perkuburan, Kemaluan Melekat
- Bukan 100, 50 Ulama Bakal Sertai Asri Menjadi Ahli UMNO? Jika Benar, Perlukah kita MERAYU?
- Surat yang Meminta Pekerja SYABAS Menjadi Ahli BARISAN NASIONAL
| Rosak Akhlak/Moral Orang Bukan Islam Jika UMNO Lebih Lama Memerintah! Posted: 23 Jun 2010 07:00 AM PDT Saya petik: Dr M: Lesen judi diluluskan jika saya berkuasa Saya berkata begitu kerana jika UMNO memerintah pelbagai perkara maksiat yang terbukti "menjahanamkan" hidup rakyat dibiarkan berleluasa dan lebih parah diberi pula lesen atas alasan perkara itu tidak "haram" untuk orang bukan Islam (benarkah begitu?). Maka tidak hairanlah jika selepas ini ada pula lesen untuk pelacuran kerana bagi mereka (UMNO) orang bukan Islam juga tidak dilarang untuk berzina. Walhal perkara ini bukan bersangkutan dengan soal agama sahaja kerana judi dan segala macam maksiat juga membabitkan soal moral dan penentu keharmonian hidup masyarakat. Judi tanpa mengira versi "halal" atau versi "haram" menjahanamkan kehidupan seseorang. Ada yang porak peranda rumah tangganya kerana judi, ada yang berhutang sehingga membunuh diri kerana gagal melunaskan hutang judi, ada yang terpaksa menjual anak bini angkara judi. Begitu juga kesan negatif yang berlaku disebabkan oleh kegiatan pelacuran dan sebagainya. Pemimpin UMNO buta? Cukuplah ulasan ringkas yang saya tulis di atas. Kalau hendak tulis perihal negatif tentang judi dan maksiat, memang tidak tertulis. Jika Tun M berkata demikian, maka tidak hairanlah jika ada pihak yang mendakwa anaknya turut terlibat dengan syarikat arak, bak kata peribahasa "bapa borek...." |
| Skandal Ariel "Peterporn": Polis Secara Rasmi Sahkan Ariel "Pelakon" Video Seks Posted: 23 Jun 2010 03:22 AM PDT Sebelum ini polis mengesahkan bahawa kedua-dua video yang membabitkan penyanyi Peterpan itu tulen. Hari ini secara rasmi polis Indonesia mengesahkan bahawa "pelakon" video seks itu ialah Ariel. Saya petik: [Mstar] JAKARTA: POLIS Indonesia hari ini secara rasmi mengesahkan bekas penyanyi kumpulan Peterpan, Nazril Irham,29, atau lebih dikenali sebagai Ariel sebagai suspek utama kes video lucah yang dipercayai dilakukannya secara berasingan dengan dua wanita yang juga selebriti negara itu. |
| GEMPAR: Berzina di Tanah Perkuburan, Kemaluan Melekat Posted: 22 Jun 2010 10:45 PM PDT Kisah kemaluan melekat semasa melakukan seks haram (curang atau zina) pernah kedengaran di negara kita. Bahkan cerita seumpama itu sering dikaitkan dengan isteri yang berlaku curang terhadap suaminya. Biarpun begitu kesahihannya tidak dapat kita pastikan kerana cerita itu beredar dari mulut ke mulut, dari e-mel ke e-mel, malah kerap juga diceritakan semula dalam majalah. Bagi saya, tiada apa-apa yang mustahil jika Allah SWT menghendaki sesuatu itu terjadi. Malah, mungkin kejadian "melekat" ini berlaku sebagai panduan dan pengajaran kepada penzina dan masyarakat secara amnya. Kisah kali ini disiarkan dalam beritajatim.com sebelum disalin dan tampal dalam blog-blog di Indonesia. Menurut sumber berita, kejadian ini dikatakan berlaku di daerah Bojonegoro dan mula heboh diperkatakan pada 21 Jun yang lalu apabila sepasang pelajar IPT didakwa bersetubuh (berzina) di tanah perkuburan dan kemaluan mereka melekat. Pasangan tersebut dikatakan telah dibawa ke salah sebuah hospital di sekitar daerah itu. Menurut penduduk setempat, pasangan itu dibawa ke hospital dengan dibalut dengan tikar. Untuk memastikan kebenaran cerita yang menggemparkan itu, wartawan-wartawan mula membanjiri beberapa buah hospital di kawasan tersebut. Namun sehingga kini, berita itu masih belum dapat disahkan. Benar atau tidak, blog ini akan cuba mencari berita susulan tentang hal itu. Namun, jika tiada angin masakan pohon bergoyang! Saya petik: [Beritajatim] Bojonegoro - Sepasang siswa membuat geger Warga di Kecamatan Grabagan, Kabupaten Tuban. Percaya atau tidak, keduanya dikabarkan bersetubuh di kuburan dan tak bisa dilepaskan. |
| Bukan 100, 50 Ulama Bakal Sertai Asri Menjadi Ahli UMNO? Jika Benar, Perlukah kita MERAYU? Posted: 22 Jun 2010 06:10 PM PDT Isu ini semakin hangat diperkatakan. Ulama muda ini pula sudah menjadi selebriti politik popular pada hari ini. Ada yang merayu, ada yang menagih perhatian ulama ini agar memikirkan keputusannya untuk menyertai UMNO. Namun, selagi tiada pengumuman rasmi, maka berita ini hanya "terapung-apung" tanpa dapat dipastikan. Ulama muda ini tidak menafikan perbincangan antaranya dengan UMNO, malah tidak membuat penafian dalam hal ini. Dalam hal ini, saya cetuskan persoalan: perlukah kita "merayu & meratap" jika ulama yang sudah tentunya dapat membezakan baik dan buruk, halal dan haram daripada menyertai UMNO? Jika dia memilih untuk "membutakan hatinya", biarkan! Malah dia pun maklum tentang peranan dan nasib ulama yang terlebih dahulu menyertai UMNO. Saya petik: [TMI] KUALA LUMPUR, 23 Jun — Kira-kira 50 orang yang dikategorikan sebagai golongan ulama, dengan kebanyakannya kakitangan akademik, dipercayai akan mengikut langkah bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin jika masuk Umno minggu ini. The Malaysian Insider difahamkan mereka turut terlibat dalam perbincangan bersama Asri yang disebut-sebut akan menyertai parti utama Barisan Nasional itu, Jumaat ini. "Ya, saya bersama sekitar 50 orang ulama sedang adakan perbincangan (dengan Umno)... kebanyakan mereka ini merupakan ahli-ahli akademik, sudah memutuskan untuk menyertai Umno, tapi perbincangan masih dijalankan," kata seorang pensyarah kanan sebuah universiti awam ketika dihubungi The Malaysian Insider malam tadi. Perbincangan itu termasuklah peranan yang bakal mereka hendak bawa jika menyertai Umno, kata beliau. Pensyarah itu yang enggan namanya disiarkan atas alasan perbincangan dengan kepimpinan Umno masih dijalankan berkata, kira-kira 70 hingga 80 peratus itu merupakan ahli akademik. "Sebahagian besar adalah ahli akademik, kebanyakannya bertugas di Lembah Klang, yang lain dari luar Lembah Klang," kata beliau lagi. The Malaysian Insider difahamkan ada kemungkinan sesetengah mereka tidak akan menjadi ahli tetapi akan membantu Umno sebagai golongan ulama. "Jadi peranan mereka mungkin dari dalam dan dari luar Umno," kata beliau sambil mengaku mahu membantu Umno. Mereka dilihat sebagai golongan ulama muda yang memperlihatkan pandangan progresif mengenai hukum syariah dan undang-undang Islam. "Kami memutuskan untuk menyertai Umno dan membantu mereka dalam pembangunan Islam di negara ini... kami berpendapat kami boleh membantu Umno mengikut kapasiti kami," kata sumber itu ketika ditanya alasan bagi mereka mahu menyertai parti politik Umno. Asri dijangka akan mengetuai urusan penyertaan dalam Umno Jumaat ini apabila ia mengadakan mesyuarat Majlis Tertinggi. Bagaimanapun Asri setakat ini belum mengesahkan ataupun menafikan laporan awal Ahad lalu yang mengatakan beliau akan menyertai Umno. Asri dalam kenyataan disiarkan menerusi blognya berkata beliau belum membuat apa-apa keputusan untuk menyertai mana-mana parti politik. Oleh itu Asri berkata, beliau mengharapkan semua pihak tidak membuat andaian yang terlalu cepat terhadap kenyataan mana-mana pihak mengenai isu ini. "Perbincangan dengan pihak yang membuat kenyataan akan diadakan. Sebarang kenyataan kepada media tidak akan dibuat setakat ini," katanya. Asri walaupun masih belum mengesahkan sama ada akan menyertai Umno ataupun sebaliknya Jumaat ini, tetapi rakan-rakannya berpandangan beliau harus kekal dengan kedudukan semasa sebagai "cendekiawan berkecuali." The Malaysian Insider difahamkan sebahagian besar mesej SMS dan e-mel serta panggilan telefon diterima beliau memintanya agar tidak menyertai mana-mana parti politik. Selain rakan dan peminat beliau juga berpandangan Asri harus kekal sebagai tokoh yang bebas memberikan pandangan dalam isu-isu berkaitan dengan agama. "Saya boleh katakan hampir 90 peratus mereka yang hubungi Dr Asri meminta jangan masuk Umno, bermakna parti-parti politik... mereka mahu Dr Asri kekal berkecuali seperti sekarang dengan memberikan pandangan kritikal dengan bebas," kata seorang kawan Asri yang dihubungi The Malaysian Insider. Sementara blog pro-Umno menyambut baik laporan Asri akan masuk Umno, beberapa laman dan blog propembangkang dan juga rakan beliau menulis bekas mufti itu tidak akan menyertai Umno. - G. Manimaran |
| Surat yang Meminta Pekerja SYABAS Menjadi Ahli BARISAN NASIONAL Posted: 22 Jun 2010 05:13 PM PDT |
| You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |





Tiada ulasan:
Catat Ulasan