Kerabu Bersuara ® |
- Zim Israel Navigation Company: Kapal Israel Masuk Berlabuh Di Malaysia
- Umno-BN Kecam Istael Tapi Benarkan Kapal Zionis Berlabuh Di Malaysia
- KEADILAN Nafi Laporan Media Milik Umno Mengenai Rombakan
- Bukti Kukuh Agen Zionis Israel Menyusup Dalam PDRM Tapi Umno-BN Tetap Guna Apco
- Pimpinan Pas Kelantan Masih Mahu Nik Aziz Terus Terajui Negeri
- Nik Aziz: ‘i know who are you’, penipu kamu... tidak boleh,”
- Lagi tindakan Jais terhadap Dr Asri?
- Umno Zionis Perosak Negara
- Anwar Terkejut Tindakan JK Hak Dan Keistimewaan Dengar Keterangan Nazri, Apco
- Ekonomi Muram Umno-BN Mahu Bina Bangunan Parlimen Baru Berharga RM800 Juta
- Khalid Samad: Respon Kepada Maklumbalas JAIS
- Penjajah Zionis berhasrat menghancurkan 45 perkampungan arab di wilayah Negev (النقب)
- Nik Aziz: ‘Selagi Umno tekan saya, saya tak akan berhenti’
- Tidak wajar ubah gandingan Hadi, Nasha sekarang
- Isu Kereta Bentley Putera Kelantan Selesai
- Wakil Bn Kecewa. Baru Jer Kena Celaka. Kalau Kena Bogel Macam DSAI Macam Mana La Agaknya
- Gambar Tok Guru Nik Aziz Semasa Wawancara Dengan MI
- Mengapa Najib Kerap Tidak Bercakap Benar?
- PKFZ: DAP pertikai mengapa Chan tak didakwa?
- Lesen lama – Hishammuddin Tun Hussein
- Blogger PAS, Pakatan boleh pohon ‘pas pemerhati’
- PAS Boikot Blogger Pro Pakatan Rakyat? Kononya Parti Matang? Perasan!
| Zim Israel Navigation Company: Kapal Israel Masuk Berlabuh Di Malaysia Posted: 09 Jun 2010 03:00 PM PDT Bendera Israel berkibar di Malaysia? — Zaini Hassan Benar seperti kata negarawan ulung, Tun Dr Mahathir Mohamad, kita mudah lupa. Ingat lagi semasa Gaza diserang bertalu-talu, seluruh rakyat Malaysia, terutamanya orang Islam bagai nak gila. Demonstrasi sana-sini. Minta diboikot itu dan ini, barangan yang dikeluarkan oleh Yahudi dan yang diasaskan dari Israel. Lepas sebulan serangan ke atas Gaza tamat, pemikiran kita mula lembam, enam bulan selepas itu sedikit demi sedikit mula lupa dan selepas setahun terus lupa. Kempen-kempen boikot dan amarah kita sudah hilang sehinggalah seminggu ini. Sejak minggu lalu kita bangkit semula. Solat hajat diadakan semula di sana-sini. Televisyen dan akhbar-akhbar penuh dengan berita dan komentari (termasuklah Cuit ini hari ini) mengenai kisah Israel, Yahudi dan kekejamannya. Jika Israel tahu mengenai sindrom mudah lupa kita, sudah pasti mereka akan ketawa terbahak-bahak. Tapi bangsa Yahudi ini bijak, mereka memang tahu tabiat kita, terutamanya umat Islam dan orang Melayu kita ini. Kita ini hanya akan melompat ikut musim. Itu pasal Israel suka menyerang ikut musim. Ada musim-musim tertentu mereka akan bertindak dan sekali gus dunia (terutamanya dunia Islam) akan melompat. Kemudian senyap. Tujuan mereka ialah supaya semua orang ingat akan (kewujudan) negara Israel itu. Dari segi dasar kerajaan, Malaysia memang konsisten. Kita adalah antara segelintir negara Islam dan di dunia yang tidak menjalinkan hubungan diplomatik dengan Israel. Langkah kerajaan itu amat kita sanjung. Kita berharap selagi ada negara Yahudi haram itu, kita tidak akan mengiktiraf kewujudannya sampai bila-bila. Begitu juga hubungan dagangan dengan negara itu. Secara automatik hubungan itu tidak berlaku, kerana kita tiada hubungan diplomatik. Mengikut undang-undang antarabangsa, Israel tidak boleh juga menahan rakyat kita kerana kita tiada hubungan yang sah dengannya. Dalam kes yang berlaku ke atas kapal misi kemanusiaan ke Gaza itu, rakyat Malaysia ditahan di laut antarabangsa — bukan dalam kawasan perairannya, itu lagi salah. Namun, walaupun kita tidak mempunyai hubungan itu, difahamkan ada juga barangan dari negara rejim Yahudi ini memasuki negara ini. Mungkin bukan terus, tapi dari negara ketiga. Tapi benarkah kapal Israel dibenarkan memasuki ke pelabuhan kita dan melakukan perdagangan dengan negara ini secara terus? Benarkah itu berlaku? Apakan kerajaan sedar ia berlaku? Melalui maklumat seorang sahabat yang terlibat secara terus dalam bidang perkapalan, saya melakukan siasatan. Satu maklumat kepada saya kemudiannya mendedahkan senario bagaimana halusnya rejim itu menjalinkan hubungan dagang dengan kita. Kita jangan cakap perkakasan yang canggih dan besar-besar yang dihantar untuk kegunaan kita di sini dari negara ketiga. Kita cuma bercakap mengenai soal buah epal dan buah oren yang dihantar oleh kapal mereka ke pelabuhan kita. Rakan yang mendedahkan maklumat itu geram kerana kapal kemanusiaan kita dihalau dan diserang, sebaliknya kapal Israel sewenang-wenangnya berlayar dan berdagang di negara ini! Bolehkah pula kapal MISC kita memasuki Pelabuhan Haifa di Israel? Jawapannya, tidak. Begini bunyi maklumat itu (yang diterjemah dalam bahasa Melayu): Zim Israel Navigation Company ialah syarikat perkapalan milik Israel. Statusnya lebih kurang macam MISC, syarikat perkapalan nasional kita. Maklumat mengenai syarikat perkapalan Zim boleh dilayari melalui www.zim.co.il. Di bawah tajuk sejarah, ditulis: Bermula dengan permulaan bersejarah pada 1945 sebagai kapal pengangkut imigran (kaum pendatang) dari wilayah berperang Eropah ke negara harapan bernama Israel, ZIM kini menjadi salah sebuah syarikat perkapalan terbesar yang beroperasi di seluruh dunia. (From historic beginnings in 1945 as a carrier of immigrants from war-torn Europe to the nascent state of Israel, ZIM has become one of the world's largest shipping companies with operations throughout the world.) Kelmarin (7 Jun kapalnya bernama Zim Genova) berlabuh di Pelabuhan Klang membawa kargo-kargo yang besar. Secara puratanya kapal itu panjangnya kira-kira 253 meter, lebar 32 meter dan boleh membawa muatan sebanyak 4,000 Teu atau bersamaan 4,000 buah kontena 20 kaki. Ia berlayar keluar dari pelabuhan itu kira-kira pukul 7 pagi semalam (8 Jun). Selain Zim Genova, kapal-kapal Zim lain yang berulang-alik ke Pelabuhan Klang ialah Zim USA (didaftarkan di Israel), Zim Kingston, Zim Monaco (pelabuhan terakhir: Pelabuhan Klang enam hari lalu), Zim Dalian dan Zim Lovorno (yang kesemuanya didaftarkan di beberapa buah negara lain). Zim USA, misalnya kali terakhir memasuki Pelabuhan Klang ialah sekitar 20 Mei lalu, kira-kira tengah hari. Di serombong asapnya (funnel) terpampang bendera Israel — tujuh bintang yang dengan megahkan berlabuh di pelabuhan kita! Kebanyakan pegawai kapal-kapal itu terdiri daripada rakyat Israel. Satu lagi e-mel yang diterima berbunyi: Zim Israel Navigation Company atau Zim Lines juga mempunyai anak syarikat penuhnya iaitu Gold Star Line. Nama kapal-kapalnya ialah: New Asia Middle East Express, China Vietnam Express, East Mediteranean Express, Far East Africa Express dan Chittagong Malaysia Express. Gold Star Line ini berpangkalan di Hong Kong. Di negara Islam seperti Pakistan, Bangladesh, Indonesia — Zim beroperasi di bawah nama Gold Star Line. Menurut sumber itu, ada antara kargo dari kapal Zim dikatakan melalui proses pelabelan semula (relabelling) di Singapura sebelum memasuki Malaysia. Difahamkan antara kargo yang dibawa masuk ke Malaysia ialah buah oren dan epal di bawah nama HIFA. E-mel itu menulis lagi: Sekiranya kita tiada hubungan dua hala dengan Israel, mengapa dibenarkan kapal-kapal mereka memasuki perairan kita? Mengapa berdagang dengan mereka? Apa yang berlaku ini? Saya tidak boleh jawab soalan itu. Saya hanya boleh tulis dan sampaikan. Jika betul, kita minta — Kementerian Pengangkutan, Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) serta pengendali pelabuhan yang diswastakan iaitu Pelabuhan Barat (West Port) dan Pelabuhan Utara (North Port) — sila jawab, jika salah sila jelaskan. — Utusan Malaysia Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih! |
| Umno-BN Kecam Istael Tapi Benarkan Kapal Zionis Berlabuh Di Malaysia Posted: 09 Jun 2010 08:46 AM PDT Oleh Fazli Othman KUALA LUMPUR 9 Jun - Ketika kemarahan rakyat Malaysia memuncak terhadap serangan tentera rejim Zionis Israel ke atas kapal misi bantuan kemanusiaan dan dihalang membantu rakyat Palestin yang terkepung di Semenanjung Gaza minggu lalu, kerajaan Umno-Barisan Nasional tanpa moral dan perasaan malu membenarkan sebuah kapal dagang Israel berlabuh di perairan negara Isnin lalu. Sikap hipokrit dan kedurjanaan Umno-BN ini amat terserlah kerana pada hari yang sama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membentabng usul 15 perkara mengutuk tindakan ketenteraan rejim Zionis itu. Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar dengan tegas menempelak usul 'hipokrit' yang di bawa Najib sedangkan pada masa yang sama Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) menjalankan perdagangan secara rahsia dan sulit dengan kerajaan haram Israel yang sejak tahun 1948 menindas dan membunuh rakyat palestin secara terancang. "Hari ini, media melaporkan sebuah kapal dagang Zim Genova yang mengibarkan bendera negara haram Israel berlabuh di Pelabuhan Klang. Ini membuktikan memang terdapat urusan perdagangan di antara Malaysia dan Israel. "Miti telah meluluskan permohonan syarikat di negara kita ini untuk membekalkan minyak sawit dan bahan kimia ke Israel dan eksport minyak sawit yang terakhir pada akhir Mei tahun ini manakala pada April, Malaysia telah menghantar bahan kimia ke Israel," ujar Mahfuz Menurut beliau, dalam minit mesyuarat kabinet 20 Mac 1996 yang dipengerusikan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamed telah meluluskan usul membenarkan import eksport dengan negara haram Israel ini secara rahsia dan sulit dan diteruskan sehingga ke hari ini. "Apa maknanya usul yang dibentangkan Najib pada Isnin lalu. Saya rasa ini adalah usul hipokrit dan Najib hanya mencari kepentingan politik beliau dalam isu rejim Zionis-Israel yang menyerang kapal Mavi Marmara hakikatnya Malaysia membenarkan kapal dagang rejim Zionis-Israel itu dibenarkan berlabuh di sini," tegasnya. Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih! |
| KEADILAN Nafi Laporan Media Milik Umno Mengenai Rombakan Posted: 09 Jun 2010 08:30 AM PDT PETALING JAYA 9 Jun - KEADILAN menafikan berita yang disiarkan dalam sebuah akhbar tabloid yang dikaitkan dengan Umno bahawa parti akan membuat rombakan jawatan yang melibatkan beberapa pemimpin kanan. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Penerangan, Latheefa Koya, KEADILAN menolak laporan media yang disiarkan dalam Malay Mail bertarikh 7 Jun 2010 yang mengatakan akan berlaku rombakan besar dalam parti termasuk membabitkan jawatan Setiausaha Agung. "KEADILAN ingin menyatakan dengan jelas tidak ada sebarang rombakan jawatan kanan dan Saifuddin Nasution Ismail tetap kekal sebagai Setiausaha Agung parti. "Parti juga ingin menekankan bahawa ia sedang dalam proses penyediaan menghadapi pemilihan parti di mana ahli parti akan mengundi secara terus bagi memilih majlis pimpinan pusat termasuk jawatan Presiden, Timbalan Presiden dan Naib Presiden," kata Latheefa. Latheefa juga berkata pemimpin parti sentiasa boleh dihubungi untuk mendapatkan sebarang komen atau penjelasan mengenai apa-apa perubahan di dalam parti tanpa terpaksa menggunakan sumber ketiga atau sumber yang tidak disahkan. Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih! |
| Bukti Kukuh Agen Zionis Israel Menyusup Dalam PDRM Tapi Umno-BN Tetap Guna Apco Posted: 09 Jun 2010 08:15 AM PDT Oleh Frederick Luccas KUALA LUMPUR 9 Jun - Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Umno-Barisan Nasional berusaha menghalang beliau daripada terus bersuara mengenai firma pro-Zionis, Apco Worldwide di parlimen dan cuba menggantung keanggotaan beliau sebagai ahli parlimen dengan menghadapkan beliau ke Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan. Malah ketika dipanggil oleh jawatankuasa itu semalam beliau tidak dibenarkan oleh pengerusi untuk mendapatkan nasihat peguamnya semasa sesi pendengaran. "Saya telah mengemukakan bukti di parlimen kenapa kita harus menolak langsung penglibatan Apco Worldwide dalam mana-mana institusi di negara ini. Di parlimen, saya mendedahkan perjanjian antara Apco dengan Israel pada tahun 1991, dan kemudian perjanjian antara kerajaan Umno-BN dengan Apco pada tahun 2009. "Perjanjian ini jelas membuktikan kaitan Apco yang amat rapat dengan Isreal, dan walaupun begitu, kerajaan Umno-BN meneruskan juga perjanjian dengan Apco," tegas Anwar. Ketika berucap dihadapan lebih 3,000 penyokong pada ceramah 'Yahudi dan Judi' di Stadium Majlis Perbandaran Selayang semalam, Anwar berkata beliau mahu dihukum kerana mendedahkan kaitan Apco dengan rejim Zionis Israel tetapi pada masa yang sama Umno-BN sendiri bertindak secara tidak langsung menyokong Israel dan tidak ada apa-apa tindakan diambil. "Kerajaan Israel melancarkan One Israel pada tahun 1999, mungkin mengikuti nasihat Apco dan pada tahun 2009, kerajaan Umno-BN pimpinan Datuk Seri Najib Razak melancarkan 1 Malaysia. Tepat 10 tahun, kita anggap kebetulan sahajalah. "Saya juga mempunyai bukti menyatakan terdapat dua pegawai perisikan Israel yang pernah berada di ibu pejabat Bukit Aman yang bekerja memnbangunkan sistem pelaporan polis. Mereke ini bekerja untuk Asiasoft, sebuah syarikat IT dengan pejabatnya di Singapura. "Tetapi, ibupejabat Asiasoft terletak di Israel. Bayangkan betapa banyak rahsia negara yang telahpun di bawa keluar daripada ibu pejabat polis, dengan memberikan perisik Israel ini akses penuh kepada semua komputer? "Ini juga satu daripada nasihat Apco untuk membawa Asiasoft. Jelas perancangan Apco sejajar dengan Israel, apa jawpan kerajaan Umno-BN terhadap fakta ini?" tegas beliau lagi. Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih! |
| Pimpinan Pas Kelantan Masih Mahu Nik Aziz Terus Terajui Negeri Posted: 09 Jun 2010 06:30 AM PDT Oleh ARIFFUDDIN ISHAK KOTA BARU: Peranan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat masih diperlukan sekurang-kurangnya sehingga pilihan raya umum ke-13. Timbalan Pesuruhjaya PAS III Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, pentadbiran kerajaan negeri itu masih memerlukan kepimpinan dan ketokohan Nik Abdul Aziz. "Kami di Kelantan masih berharap agar Tok Guru (Nik Abdul Aziz) kekal (sebagi Menteri Besar). "Rakyat Kelantan amat memerlukan ketokohan Tok Guru... Jadi kami harap sangat agar Tok Guru terus menerajui Kelantan sekurang-kurangnya sehingga pilihan raya umum akan datang," katanya kepada mStar Online. Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai kemungkinan Nik Abdul Aziz yang menerajui Kelantan sejak 1990 bakal membuat kejutan dengan mengumumkan persaraannya dalam politik pada Muktamar PAS kali ini. Nik Abdul Aziz sebelum ini juga pernah membayangkan bahawa beliau akan mewariskan kepimpinan di negeri itu berdasarkan hirarki kedudukannya sekarang. Antara yang disebut-sebut layak memikul tanggungjawab berkenaan ialah Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob. Selain Ahmad, dua lagi nama yang sering disebut-sebut mungkin dipilih menggantikan Nik Abdul Aziz ialah Mohd Amar sendiri dan seorang lagi Exco Kelantan iaitu Datuk Husam Musa. Mengulas lanjut, Mohd Amar berkata, beliau yakin Nik Abdul Aziz tidak akan membuat sebarang kenyataan yang mengejutkan pada muktamar kali ini. "Saya yakin Tok Guru tak akan umum (persaraan), masih banyak tanggungjawab yang beliau ingin laksanakan. "Malah kami di Kelantan juga tak dengar sebarang spekulasi mengenai itu," katanya. Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih! |
| Nik Aziz: ‘i know who are you’, penipu kamu... tidak boleh,” Posted: 09 Jun 2010 06:00 AM PDT Kerajaan perpaduan Umno-PAS tidak boleh, tegas Nik Aziz Oleh G. Manimaran KOTA BARU, 9 Jun - Isu idea kerajaan perpaduan yang mendominasi muktamar tahunan PAS lalu dua tahun berturut-turut kemungkinan besar tidak akan mendapat tempat kali sambil Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula menegaskan, pihaknua tiada minat langsung untuk menerokai usaha tersebut. "Tidak," kata Nik Aziz dalam pertemuan dengan The Malaysian Insider di pejabatnya di sini hari ini. Bagaimanapun menurut beliau, kebimbangan mengenai isu kerajaan perpaduan pernah wujud di peringkat awal selepas pilihan raya umum 2008 dan ketika Pakatan Rakyat dibentuk, tetapi kini tidak, di mana usaha ditumpukan untuk memperkukuhkan ikatan PAS-DAP-PKR itu. Menteri Besar Kelantan mengulangi pengalaman PAS menyertai Barisan Nasional (BN) pada 1971 ekoran permintaan daripada Allahyarham Tun Razak ketika itu. "Bila kami masuk BN, PAS Kelantan jadi empat. Bila Umno rasa gagah, tendang kami. ini Umno," katanya. "Sekarang ini pilihan raya umum ke-12, (selpas) lima buah negeri jatuh, dia minta PAS masuk balik. Saya kata 'i know who are you', penipu kamu... tidak boleh," katanya. Bagaimanapun tegas Nik Aziz, keputusan menolak menyertai kerajaan perpaduan bukan keputusan beliau seorang semata-mata. "Ini jangan fikir saya (seorang yang membantah), ini keputusan muktamar di Ipoh (2008) dan di Shah Alam (2009). Ini keputusan muktamar. saya menyokong (sahaja)," kata beliau yang Mursyidul Am PAS yang selama ini dilihat sebagai "orang kuat" membantah idea sedemikian. Dalam pertemuan dengan The Malaysian Insider kelmarin, Ketua Penerangan PAS Idris Awang juga berkata PAS menganggap isu kerajaan perpaduan yang dikaitkan dengan PAS dan Umno-BN sejak selepas pilihan raya umum 2008 sudah selesai dan tidak akan menjadi antara agenda utama pada muktamar tahunan di Kelantan minggu ini. Sehubungan itu kata beliau, pucuk kepimpinan juga tidak akan menghalang jika ada mana-mana perwakilan yang mahu membangkitkan semula isu berkenaan pada muktamar kali ini. Malah katanya, PAS juga tidak akan menapis kandungan topik perbahasan para perwakilan. Idris berkata, pihaknya menganggap perkara itu sudah selesai selepas pemimpin-pemimpin menjawabnya ketika sesi penggulungan Muktamar Tahunan PAS di Shah Alam, Jun lalu. Sesi penggulungan ketika muktamar lalu dilihat menjadi 'panas' dengan isu kerajaan perpaduan. Dalam ucapan dasarnya tahun lalu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Pakatan Rakyat dan kerajaan Umno-BN sendiri menyokong gagasan kerajaan perpaduan yang dicadangkannya untuk menyelesaikan masalah negara yang berlaku. "Semua pihak termasuk Pakatan Rakyat perlu memahami dahulu konsep secara terperinci kerana ini merupakan perkara yang baru di Malaysia dan untuk memastikan ia dapat dilaksanakan dengan baik," katanya. Antara lain, beliau menjelaskan bahawa PAS bergerak secara kolektif bersama Pakatan Rakyat kerana mempunyai tanggungjawab bersama untuk menangani krisis ekonomi, politik, global dan sosial yang berlaku di Malaysia. Ekoran itu, Nik Aziz mencadangkan parti itu mengadakan muktamar khas bagi membincangkan isu "dua tiga kerat pemimpin bermasalah", termasuk Hadi dan timbalannya. Desakan Nik Aziz itu dibuat ekoran kemarahannya terhadap beberapa lagi pemimpin parti berhubung isu kerajaan perpaduan walaupun dianggap sudah selesai Jun lalu. The Malaysian Insider difahamkan perkara itu menjadi perhatian semula sejak kebelakangan ini, sehingga kemungkinan dibangkitkan lagi dalam muktamar kali ini. Ia antara lain ekoran penekanan semula Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa pada majlis pelancaran buku Natrah: Cinta, Rusuhan dan Air Mata Mac lalu. Nasharudin dipetik berkata yakin usaha mewujudkan perpaduan di kalangan parti politik yang mewakili umat Islam boleh dicapai jika semua pihak berusaha bersungguh-sungguh ke arah itu. Bagaimanapun dalam penjelasan kepada The Malaysian Insider, menurut Idris, Nasharudin telah menjelaskan kepada pucuk kepimpinan konteks dan maksud ucapannya itu pada majlis tersebut. Ketika ditanya sama ada isu idea perpaduan boleh dibangkitkan lagi kali ini, Nik Aziz berkata, "kalau hendak bangkit boleh, tak mengapa." "Tapi kita lawan hujah lah. Masuk ke dalam Umno untuk buat apa?" kata beliau lagi. "Pertama Umno menipu, ada bukti yang tegas. Keduanya, dulu kita lawan Umno, sebelum BN kita lawan Umno, sebab apa Umno tolak Islam, Islam adalah daripada Allah. "Kenapa kamu tolak, kalau cahaya matahari kamu tak tolak, udara daripada Allah kamu tak tolak, air hujan dari langit kami tak tolak, mengapa kamu tolak islam... ini kamu betul-betul boneka kepada Eropah, bila Eropah kata agama politk lain, kamu pun kata agama politik lain," katanya. Nik Aziz juga menegaskan, Eropah bukan ajaran agama Nabi Muhammad S.A.W. Dalam penjelasannya, Nik Aziz juga membandingkan isu idea kerajaan perpaduan dengan konsep ketuanan Melayu dan ketuanan Islam. "Ini tidak betul. Kamu sebut ketuanan Melayu, saya sebut ketuanan Islam, kalau ketuanan Melayu, Cina marah, India marah, tetapi ketuanan Islam, Cina boleh fikir, kalau masuk tak apa, kalau tidak masuk Islam kamu bertanggungjawab, kamu boleh sokong PAS, tidak masuk islam tak mengapa," katanya. Tambah Nik Aziz: "Antara ketuanan Melayu dan ketuanan Islam, saya pilih ketuanan Islam." "Islam ini kita panggil titik persamaan, orang Melayu terima Islam, orang Cina terima Islam, orang India terima Islam tapi tidak semestinya masuk Islam. terima prinsip dan konsep, cukup," katanya. Berhubung soalan sama ada idea kerajaan perpaduan masih wujud, Nik Aziz berkata, berdasarkan pengalaman beliau sudah tidak ada sekarang. "Dulu-dulu ada lah... bimbang, tak percaya sebab ia perkara baru kan. Macam kahwin lah, malam pertama takut lah, lama-lama OK lah," katanya. Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih! |
| Lagi tindakan Jais terhadap Dr Asri? Posted: 09 Jun 2010 05:45 AM PDT Oleh Syed Mu'az Syed Putra KUALA LUMPUR, 9 Jun – Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) memberi amaran termasuk kepada bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin supaya tidak memberi maklumat palsu jika tidak mahu berhadapan dengan tindakan undang-undang. Pengarah Jais Datuk Muhammad Khusrin Munawi berkata tindakan tegas akan diambil ke atas mereka yang sengaja memberikan maklumat, keterangan atau pengakuan palsu sebagai langkah menjaga kesucian agama Islam. "Tindakan ke atas mereka yang sengaja atau cuba memberikan maklumat, keterangan atau pengakuan palsu (boleh) diambil sebagai langkah bagi mengelakkan masyarakat daripada menimbulkan fitnah terhadap umat Islam itu sendiri demi menjaga kesucian agama Islam," kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider. Selain itu, kata beliau, Jais berharap laporan yang dibuat oleh masyarakat perlulah mempunyai bukti yang cukup supaya tidak berlaku kekeliruan dalam masyarakat serta menyukarkan pihak penguat kuasa Jais untuk mengambil tindakan terhadap aduan yang dibuat. "Ingin saya tegaskan di sini bahawa Jais melalui Seksyen 211 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Selangor 2003 boleh mengambil tindakan ke atas mana-mana pihak yang memberi keterangan atau pengakuan palsu. "Jadi di bawah akta ini jelas mengatakan bahawa sesiapa yang memberikan maklumat ataupun keterangan palsu dan jika disabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau dipenjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya," kata pengarah Jais itu. Beliau juga berkata menyifatkan tindakan Asri yang ingin menukar kenyataan berhubung isu "air ludah ustaz" sebagai tidak bertanggungjawab. "Saya nak tanya kepada beliau (Asri) mengapa baru kini mahu menukar kenyataan setelah pihak Jais mengeluarkan kenyataan berhubung dakwaan yang dibuat beliau sebelum ini? "Ini jelas menunjukkan sikap yang tidak bertanggungjawab terhadap kenyataan asal yang dibuat," katanya. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Mohd Asri yang ingin 'merombak' istilah "air liur ustaz" yang ditulis dalam artikelnya kepada istilah yang lebih sesuai iaitu "bekas mulut". "Saya menulis sebegitu kerana mendapat maklumat daripada sumber-sumber yang diyakini tapi kini saya bersedia untuk merombak semula artikel itu dengan menggunakan istilah yang lebih sesuai. "Saya percaya istilah telan air liur ustaz itu tafsiran yang dibuat orang ramai tetapi asas daripada artikel itu adalah sama iaitu ketaksuban kepada guru. "Saya akan merombak semula artikel saya dengan menggunakan istilah bekas mulut, mungkin ia lebih sesuai," kata Asri. Mengenai dakwaan yang dibuat Asri sebelum ini, Khusrin berkata, siasatan awal mendapati upacara tersebut tidak berlaku sebaliknya ia hanya air zam-zam yang dikongsi secara bersama. "Air yang dikongsi minum secara bersama ini sepatutnya tidak menjadi isu kerana ketika di zaman Nabi Muhammad S.A.W, para sahabat telah mengamalkannya dengan meminum susu secara bergilir-gilir dan diakhiri oleh Nabi Muhammad S.A.W sendiri. "Di sini ingin saya katakan bahawa tidak semestinya ketaksuban itu berlaku dengan meminum segelas air yang dikongsi bersama," katanya. Asri kini berhadapan dengan tindakan undang-undang kerana mengajar agama Islam tanpa tauliah, tahun lepas. Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam menetapkan 24 Jun ini untuk sebutan semula kes bekas mufti Perlis itu. Pada 18 Nov lalu, Asri, 38, mengaku tidak bersalah atas tuduhan mengajar agama Islam tanpa tauliah di sebuah kediaman di Lorong 2C, Taman Sri Ukay, Ampang, antara pukul 8.10 malam dan 9.45 malam, 1 Nov tahun lepas. Beliau didakwa mengikut Seksyen 119 (1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih! |
| Posted: 09 Jun 2010 05:24 AM PDT Suatu ketika dahulu nun jauh di utara Kedah, kita punyai kota - kota lama yang berusia ribuan tahun. Lambang kegagahan sebuah empayar yang cukup gagah. Hasil warisan sejarah ribuan tahun. Namun segalanya telah dirobohkan oleh Chulalongkun dan British demi untuk menafikan sejarah yang teramat hebat ini. Dari pintu gerbang kota Kota Kuala Muda hinggalah penipuan sejarah Hang Tuah. Ini semua kerana rancangan jahat puak imperialis yang mahu memastikan kekuasaan mereka untuk memastikan segala tindak - tanduk mereka tidak ditentang. Buktinya wujud buku mengenai rancangan menubuhkan Malaysia pada tahun 1937. Kerja merobohkan bangunan - bangunan penting selalunya atas nama pembangunan. Selalunya datang dari mereka yang perut gendut dan laparkan duit. Itulah yang berlaku sekarang ini. Perangai jahat dan keji yang datang dari perampas sejarah iaitu Raja Thai Chulalongkun dan British masih diwarisi oleh pemimpin Umno. Kampung Baru, Stadium Negara, dan terbaru bangunan Parlimen. Mereka pentingkan pembangunan bangunan daripada mendidik generasi yang akan datang mempunyai jatidiri dan ilmu pengetahuan yang kuat dan utuh mengenai negara kita ini. Pembangunan ilmiah, rohani tidak penting bagi puak - puak Umno. Jika di luar negara, monumen - monumen penting inilah yang akan dipelihara bersungguh - sungguh kerana bagi mereka ini penting untuk memastikan rakyat di negara mereka punyai jatidiri yang tinggi nilainya. China masih pelihara bangunan Istana mereka kerana mahu mengingatkan rakyat mereka bahawa mereka dahulu hebat dan mereka mahu rakyat mereka terus hebat tidak kira di mana mereka berada. Perkara ini penting namun sayangnya kita Malaysia tidak hargai perkara ini. Sudahlah buku sejarah Malaysia teruk diputar. Buku yang dihasilkan oleh Munsyi Abdullah penuh dengan penipuan dan kita dipaksa membaca dan menerimanya. Kita dipaksa mengaku kita dijajah selama 500 tahun walhal kita dijajah secara total bermula pada tahun 1827 hasil gerakan bersama Thai dan British. Akibat dipaksa dan ditipu maka bermulalah episod orang Melayu ini lemah, ketuanan Melayu diperlukan dan segala macam kata - kata laknat membohong ini dimainkan. Penipuan yang dipaksa terima ini menyebabkan orang Melayu dipaksa bergantung harap kepada penipu besar sekarang iaitu Umno Zionis. Sekarang sudahlah bangunan ribuan tahun telah diranapkan. Segala buku - buku penting telah dilarikan oleh British. Sekarang bangunan bersejarah yang berusia 100 tahun atau puluhan tahun cuba diranapkan. Apa lagi yang tinggal? Kita tidak punya buku yang bagus mengenai sejarah Malaysia. Kita hanya tinggal bangunan yang agak lama. Namun jika ini dimusnahkan, mana mungkin rakyat Malaysia boleh berbangga dengan dunia luar. Malang rakyat Malaysia kerana kita harus mengikut budaya dan gaya pemerintahan Umno Zionis ini. Selagi mana kita berikan kuasa memerintah kepada mereka selagi itulah kita akan terus jadi bodoh. Jangan lupa dengan kedudukan universiti kita. Semakin lama semakin merudum. Sebabnya para pensyarah harus ikut kata pemimpin Umno. Apa lagi yang kita tinggal? Kita bukannya bangsa Arab yang punyai sejarah agung di belakang mereka. Nabi Muhammad s.a.w ceritanya boleh dilihat di dalam Al-Quran dan Hadis. Kita? Semuanya temberang. Entahlah, sedih melihat Malaysia. Sebuah negara yang sepatutnya kaya dengan nilai dan sejarah namun secara perlahan - lahan mula dirancang untuk melenyapkan sejarah itu. Mujur ada beberapa pihak yang berusaha menghalang usaha itu. http://dragsuperstar.blogspot.com/2010/06/umno-zionis-perosak-negara.html Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih! |
| Anwar Terkejut Tindakan JK Hak Dan Keistimewaan Dengar Keterangan Nazri, Apco Posted: 09 Jun 2010 03:00 AM PDT KUALA LUMPUR 9 Jun - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terkejut dengan tindakan Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan yang memanggil Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Nazri Aziz dan wakil syarikat Apco Worldwide memberi keterangan tanpa pengetahuan beliau. Jawatankuasa itu memanggil kedua-dua individu tersebut pukul 11.20 pagi tadi menyebabkan Anwar bersama peguamnya, Datuk Ambiga Sreenevasan bergegas ke bilik mesyuarat dimana jawatankuasa bersidang tetapi tidak dibenarkan masuk dengan alasan beliau tidak dipanggil hadir untuk sesi keterangan hari ini. Dalam sidang media di lobi parlimen Anwar memaklumkan beliau hanya mengetahui perkara tersebut pagi tadi. "Saya dan peguam masuk juga pagi tadi kerana kami tidak diberitahu secara rasmi bahawa semalam keputusan ditukar. "Semalam keputusan jawatan kuasa membenarkan saya diwakili peguam yang belum diputuskan sama ada peguam boleh kemuka soal balas atau tidak, tetapi jawatan kuasa membenarkan tetapi selepas saya meninggalkan mesyuarat, keputusan itu ditukar, peguam tidak dibenarkan. "Mesyuarat kemudiannya meminta saya meninggalkan majlis dan memaklumkan saya akan diberikan tarikh baru. "Saya ingat jawatankuasa akan bersidang kemudian tetapi pagi ini, Nazri bersama wakil Apco dipanggil untuk memberikan keterangan," ujarnya Menurut Anwar sebagai pihak yang dituduh beliau diberitahu jawatankuasa bahawa beliau tidak perlu hadir kerana apa yang dikemukakan adalah siasatan biasa. "Dalam kes ini, tuduhan itu melibatkan hukuman pengantungan daripada parlimen maka hak saya sebagai yang dituduh untuk dengar apa yang dikatakan oleh pendakwaan Nazri dan keterangan Apco," tegas Anwar. Tambahnya, fail dokumen dan perjanjian tersebut ada pada beliau dan sepatutnya jawatankuasa memanggil beliau untuk memberikan maklumat itu. Kata Anwar lagi , beliau telah berulangkali memohon kepada jawatankuasa untuk diberi peluang bagi mengemukakan permohonan semula mengapa kehadiran peguam itu perlu dan juga keperluan beliau dan peguam untuk hadir mendengar pandangan Nazri dan wakil Apco. Setakat ini, pengerusi jawatankuasa, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata beliau akan pertimbangkan permohonan itu. Nazri pula ketika diketika ditemui media pukul 1.00 tengahari tadi pula berkata beliau dan wakil Apco masih belum dipanggil untuk memberikan keterangan. Pengerusi jawatan kuasa memberitahunya beliau dan wakil Apco itu akan dipanggil bila-bila masa tanpa menetapkan tarikh tersebut. Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih! |
| Ekonomi Muram Umno-BN Mahu Bina Bangunan Parlimen Baru Berharga RM800 Juta Posted: 09 Jun 2010 02:31 AM PDT KUALA LUMPUR 9 Jun - Jemaah menteri telah memutuskan bahawa bangunan parlimen baru akan dibina di Putrajaya, manakala bangunan sedia ada di Kuala Lumpur akan dijadikan bangunan warisan. Menurut jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Kota Melaka Sim Tong Him, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz berkata perkara itu diputuskan oleh jemaah menteri baru-baru ini. Nazri bagaimanapun tidak memberikan butiran lanjut berhubung pemindahan itu kerana perkara itu masih dalam kajian awal oleh Jabatan Kerja Raya. Sementara itu Nazri yang ditemui selepas beliau menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan pagi tadi berkata bangunan parlimen yang sekarang ini akan dibaikpulih dan tidak akan diruntuhkan. "Kita anggar kos RM150 Juta untuk menaik taraf bangunan parlimen yang ada sekarang ini untuk membaiki elektrik dan bumbungnya. "Pada masa akan datang kalau kita nak bina bangunan parlimen yang baru akan menggunakan kos RM800 juta," ujar Nazri. Tambah Nazri lagi, belum ada keputusan muktamad dan masih lagi dalam pertimbangan. Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih! |
| Khalid Samad: Respon Kepada Maklumbalas JAIS Posted: 09 Jun 2010 02:00 AM PDT Pada mulanya saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak JAIS kerana kerana di dalam kesibukan mereka memikul beban amanah ummat Islam negeri Selangor, telah berkesempatan untuk mengambil masa terluang dan sudi menjawab pertanyaan saya. Saya sempat membaca respon rasmi yang disediakan oleh pegawai perhubungan awam JAIS dan juga respon ringkas dari Dato' Khusrin sendiri. Saya akan menjawabnya serentak kerana saya yakin bahawa pada hakikatnya kedua-duanya adalah pada dasarnya dari Pengarah JAIS sendiri. Pada awalnya saya ingin menyentuh persoalan mengapa kononnya saya 'menyerang JAIS'. Sebab utama adalah kerana saya melihat JAIS, dalam banyak perkara, mengambil kesempatan untuk menyerang Pakatan Rakyat. Dalam isu kalimah Allah dan tazkirah TGNA di sebuah Masjid di Hulu Selangor sebagai contoh, Pengarah JAIS mengambil kesempatan untuk menyuarakan pendirian yang jelas bertujuan untuk menjejaskan imej PR di kaca mata ummat Islam di negeri Selangor. Walaupun tidak menyebut PR atau mana-mana parti komponennya, ianya adalah jelas bahawa serangan berkenaan mempunyai motif politik. Dalam soal ini, Dato' Khusrin menjadi sasaran kerana kenyataan-kenyataan tersebut adalah dari beliau. Ada pihak yang menyebut bahawa beliau hanyalah seorang PTD yang menjalankan tugas sebagai seorang pegawai kerajaan. Saya yakin seorang pegawai yang profesional, yang menjalankan tugasnya tanpa mempunyai agenda politik, tidak akan bertindak sedemikian rupa dalam kedua-dua isu berkenaan. Sebagai contoh juga, seorang pegawai PTD yang benar-benar 'neutral' atau tidak berpihak, akan menjelaskan bahawa di negeri Selangor terdapat Enakmen Bukan Islam yang tidak membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam berhubung agama mereka demi mengelakkan kekeliruan. Inilah sebenarnya kedudukan Enakmen tersebut. Ianya bukan pengharaman mutlak untuk semua keadaan tetapi pengharaman yang dikhususkan untuk penggunaan tertentu. Kenyataan tersebut akan dikeluarkan oleh seorang pegawai yang profesional, secara rasmi tanpa berperanan mengapi-apikan emosi rakyat yang beragama Islam 'yang mudah dikelirukan'. Sebenarnya, tanggapan bahawa ummat Islam mudah dikelirukan adalah tanggapan JAIS sendiri dan inilah asas kepada perlaksanaan Enakmen berkenaan. Sebaliknya, JAIS turut terlibat dalam program mengapi-apikan kemarahan ummat Islam dengan keterlibatan secara tidak rasmi dalam demonstrasi dan pemasangan kain rentang "Kalimah Allah hanya untuk orang Islam" di masjid-masjid. Ini juga jelas boleh dilihat dan dinilai oleh mana-mana pihak sebagai tindakan politik dan tidak profesional serta mendedahkan pendirian politik Pengarah JAIS itu sendiri. Kedua, dalam soal tazkirah yang diberikan TGNA. Seorang pegawai yang professional juga akan pada mulanya meminta laporan dari pihak yang membuat aduan berhubung isi kandungan tazkirah yang disampaikan. Adakah benar TGNA bercakap berhubung politik kepartian dan berkempen dalam Masjid, mencela UMNO dan meminta jemaah mengundi PR? Siasatan akan dibuat sebelum mengeluarkan kenyataan yang bertujuan menempelak PR dalam suasan Pilihanraya Kecil yang sudah pasti mempunyai kesan politiknya. Pada hakikatnya TGNA adalah seorang Ulama' dan kedudukan beliau sebagai seorang Ulama' tidak terbatal dengan keterlibatan beliau dalam arena politik. Maka, sekiranya tazkirahnya berbentuk keagamaan maka sudah pasti tiada kecelaan pada tindakan beliau. Ini lebih-lebih lagi apabila diketahui umum bahawa TGNA pada awalnya hanya datang untuk menunaikan solat fardhu di Masjid berkenaan dan diminta memberi tazkirah oleh jemaah yang hadir. Tidak wajar seorang Ulama' menolak pelawaan untuk mengajar dan berkongsi ilmunya apabila dipohon sedemikian. Namun, sekali lagi Dato' Khusrin mengambil kesempatan untuk menempelak tindakan pimpinan PR tanpa melakukan penyiasatan terlebih dahulu. Ini adalah kerana ianya dilihat sebagai peluang keemasan untuk membuktikan kesetiaan beliau kepada pimpinan lama. Maka itulah sebabnya beliau diam berhubung sepanduk Solat Hajat dan Bacaan Yasiin untuk Kamalanathan di Masjid di Hulu Selangor. Teguran secara terus dari beliau dalam soal ini akan memburukkan BN, maka seharusnya beliau diam. Dalam soal 'Judi Bola' respon JAIS adalah ianya isu Nasional maka tiada kena-mengena dengan mereka. Ini merupakan hujjah kosong. Semua rakyat Malaysia tahu bahawa polisi Nasional akan mempunyai kesan terhadap semua Negeri. Tidak mungkin seorang Pengarah yang telah lama berkhidmat dalam perkhidmatan awam tidak faham atas implikasi kelulusan ini? Namun, oleh kerana ianya polisi yang datangnya dari BN, maka Dato' Khusrin seperti kebiasaanya membisu seribu bahasa. Jika ingin dilihat dari sudut 'keterlibatan' JAIS dalam sesuatu isu, isu kalimah Allah yang dibicarakan di WP. Mengapa JAIS terlibat? Begitu jugalah dalam isu Life line for Gaza atau LL4G yang merupakan isu International. Walaubagaimanapun saya mengucapkan tahniah kepada JAIS, kerana program tersebut diadakan. Jika mahu mengunakan hujjah 'bidang kuasa', maka apa halnya JAIS mahu terlibat sama? Tetapi oleh kerana ianya relevan untuk setiap Muslim, termasuk Muslimin di Selangor, maka JAIS wajib terlibat. Maka begitu jugalah dengan JUDI. Hujjah bahawa Kerajaan Negeri dan PBT juga ada peranan, itu kita semua tahu. PBT dan Kerajaan Negeri pun tahu dan mereka akan bertindak. Bagi mereka tindakan mereka, bagi JAIS, tindakannya dengan mengikut kapasiti masing-masing. Hanya saya tumpu pada JAIS kerana JAIS begitu lantang dalam isu TGNA, kalimah Allah dan usaha memenjarakan Dr. Asri tetapi kelu membisu dalam isu judi. Saya juga sudah lama ingin bertanya kepada Dato' Khusrin, nampak dari gaya usaha yang begitu hendak 'mengenakan Dr. Asri', adakah perkara tersebut lebih dipentingkan oleh pihak beliau dari sebarang usaha membantah Judi Bola? Betulkah Awlawiyyatnya Dato'? Apa pandangan masyarakat bukan Islam dan 'ummat Islam yang mudah dikelirukan' (sepertimana perkiraan JAIS) dengan tindakan Dato' ini? Dr. Asri merupakan seorang bekas Mufti Negeri Perlis dan juga seorang Pensyarah Universiti di dalam Fakulti Islam hingga ke hari ini. Sebagai seorang pegawai berkelulusan bukan agama, yang ilmu agama sudah pasti jauh terhad berbanding Dr. Asri, tetapi Dato' begitu tekad hendak memenjarakan beliau dan pada masa yang sama diam membisu berhubung isu Judi Bola! Bertambah kelirulah ummat Islam dan juga yang bukan Islam. Inilah yang saya nyatakan berkali-kali. Biarlah Pengarah JAIS seorang yang kelulusan agama. Paling kurang orang tersebut akan tahu menghormati Ulama'. Walaupun ada perbezaan pendapat dan pendirian, dia akan menghayati dasar 'adaabul ikhtilaaf' dan akan tahu juga 'awlawiyyat'. Ini sudahlah kurang dari segi ilmu agama, berkepentingan politik pula! Pegawai Perhubungan JAIS (atas arahan Pengarahnya saya pasti) bertanya pula, "bagaimana dengan Judi yang lain? Kenapa Khalid Samad mengecam Judi Bola sahaja"? Hmmm, pelik bercampur ajaib. Adakah mereka tidak sedar bahawa soalan sebegini bagaikan meludah ke langit dan jatuh ke batang hidung sendiri? Ingin tanya saya pula berhubung judi lain yang wujud di dalam masyarakat? Sedangkan beliau sendiri yang merupakan Pengarah JAIS jauh lebih lama dari saya yang baru menjadi Ahli Parlimen penggal ini. Saya tidak pasti bagaimana mahu menjawab pertanyaan berkenaan, tetapi mungkin ianya wujud kerana Dato' tidak membantahnya dari dululah kot? Dan pada masa yang sama tidak pula mendidik ummat Islam Negeri Selangor supaya menghayati Islam dengan mementingkan adanya kuliyah di setiap Surau dan Masjid dengan memberikan tauliah kepada semua yang layak tanpa mengambil kira mereka PAS atau UMNO. Sehinggakan orang macam TGNA beri tazkirah pun mahu dibantah, bagaimana usaha kesedaran Islam akan berjaya? Sehinggakan seorang bekas Mufti dilayani bagaikan penjenayah, macam mana bumi Selangor ingin mendapat berkat sepenuhnya? Sememangnya semua jenis judi adalah haram, tetapi dengan adanya beberapa jenis tidak merupakan alasan untuk memperkenalkan jenis yang lain. Yang telah lama wujud dan menjadi kebiasaan di dalam masyarakat perlu ditangani secara hikmah dan bijaksana, seperti apa yang disebut oleh Ulama di dalam tulisan berhubung Fiqhud Dakwah, iaitu proses 'tadarruj' atau berperingkat-peringkat. Perumpamaannya adalah seorang Doktor yang merawat pesakitnya; penyakit yang sedia ada dirawati, tetapi penyakit yang baru jangan sekali-kali dibenarkan berjangkit. Kalau disebut dia dah sakit, maka biarlah sahaja berjangkit penyakit lain, itu kata-kata Doktor gila. Saya kira, ini merupakan perkara asas yang sepatutnya tidak perlu saya terangkan kepada seorang Pengarah Jabatan Agama Islam. Hujjah "kenapa tidak ditegur judi lain" memang dilaungkan oleh UMNO dan yang sekapal dengannya. Mereka ingin mengatakan bahawa kononnya PR hanya ingin mengambil kesempatan dari keputusan pimpinan mereka supaya rakyat marah dengan UMNO/BN. Itulah sebabnya hanya Judi Bola sahaja yang dibantah kata mereka. Dalam erti kata lainnya, jangan dengar bantahan yang dibuat oleh PR, terus sokong sahaja Judi Bola! Dalam kitab 'Fiqh Al-Awlawiyyat', Dr. Yusuf Qardawi menceritakan kisah Umar Abdul Aziz yang mengambil alih jawatan Khalifah Bani Umayyah. Mereka yang sebelum beliau telah membenarkan banyak kerosakan dan penyelewengan berlaku dalam pemerintahan Bani Umayyah. Maka apabila Umar Abdul Aziz mengambil alih, beliau ingin membawa perubahan ke arah kebaikan. Suatu hari anaknya menegurnya kerana dilihat proses perubahan yang dilakukan ayahnya terlalu perlahan. Umar Abdul Aziz menjawab, "Jangan gelojoh wahai anakku. Sesungguhnya di dalam (penurunan ayat) Al-Quran, Allah mencela (meminum) arak dua kali sebelum ianya diharamkan pada kali ketiga. Saya khuatir, sekiranya saya meletakkan kebenaran seluruhnya serentak ke atas manusia, manusia akan menolak keseluruhannya. Dan itu akan merupakan fitnah yang lebih besar." Dalam kisah ini terdapat pengajaran yang penting bagi yang mengambil-alih kuasa dan ingin membawa perubahan. Lagipun, judi ini kononnya dibenarkan untuk orang bukan Islam. Sekarang orang bukan Islam sendiri membantah ianya diluluskan (tidak termasuk Vincent Tan lah), tidak mungkin Dato' Khusrin hendak berdiam diri sahaja? Orang bukan Islam pun sudah membantah, mana mungkin sekadar menjawab, "Kalau orang Islam yang terlibat, JAIS akan tangkap"! Gandingan yang cantik. Kerajaan BN mengeluarkan lesen judi, JAIS yang ala-BN tangkap pejudi Islam! Mendidik ummat Islam bukan dengan tangkap sahaja wahai Tuan Pengarah. Yang lebih penting, menerangkan, menjelaskan, mengajar, menyeru dan memberi contoh yang baik. Saya rasa, peristiwa ini hanya menambahkan keyakinan saya dan kebanyakkan ummat Islam di negeri Selangor bahawa insyaAllah Pengarah JAIS yang baru, yang lebih berilmu dan tidak berkepentingan politik adalah amat sangat diperlukan dengan kadar segera. WaLlahu 'Alam KHALID SAMAD Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih! |
| Penjajah Zionis berhasrat menghancurkan 45 perkampungan arab di wilayah Negev (النقب) Posted: 09 Jun 2010 01:30 AM PDT Badan "Kerajaan" Zionis yang disebut sebagai Jabatan Pembinaan dan skim Perumahan Zionis telah membuat persiapan untuk menghancurkan ribuan rumah Arab di wilayah Negev dalam rencananya untuk mengambil tindakan keras terhadap warga Palestin dan membina penempatan secara intensif. Perkara tersebut dilakukan atas dasar untuk melaksanakan pemindahan secara paksaan bagi penduduk, serta pembersihan etnik di wilayah Negev. Ahli Parlimen Arab, dalam Kabinet Zionis (Knesset), Talab al-Sani`, membuat kenyataan dalam sidang media yang diterbitkan pada Isnin (06/07) bahawa Jabatan Perancangan dan Kejuruteraan di bawah Kementerian Zionis telah mengadakan lawatan lapangan di perkampungan Arab di wilayah Negev, dengan beberapa penyertaan dari kontraktor-kontraktor dalam rangka mengajukan permohonan untuk tender, selepas kerajaan Zionis mengumumkan bajet kewangan untuk melaksanakan rancangan mereka terhadap wilayah Negev dengan kedatangan satu juta pendatang Zionis ke wilayah tersebut. Al-Sani` memberi amaran bahawa tindakan provokatif Zionis itu, akan menyebabkan tercetusnya "Intifadah (pemberontakan) tanah dan perumahan," di Negev, serta meminta agar kerajaan penjajah mempertimbangkan kembali rancangannya. sumber : http://www.palestine-info.info/ar penterjemah : arif Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih! |
| Nik Aziz: ‘Selagi Umno tekan saya, saya tak akan berhenti’ Posted: 09 Jun 2010 01:00 AM PDT ![]() KOTA BARU, 9 Jun — Teka-teki pelan peralihan kepimpinan Datuk Nik Aziz Nik Mat belum terurai dengan penegasannya hari ini — beliau tidak akan berundur selagi Umno mendesaknya agar berhenti daripada menjadi Menteri Besar Kelantan. Nik Aziz yang genap 20 tahun menerajui pentadbiran kerajaan negeri Kelantan, yang kelihatan ceria dan tenang sebelum merasmikan muktamar tahunan ketiga-tiga sayap PAS di sini malam ini berkata, Umno memang mahukan beliau berhenti sekarang tetapi ahli-ahli PAS pula berpendirian sebaliknya. "Umno memang hari-hari suruh saya berhenti tapi PAS tak bagi (benarkan). Saya orang PAS, bukan orang Umno," kata beliau dengan disusuli ketawa besar. "Saya ulang sekali lagi, Umno hari-hari minta saya berhenti tapi PAS tak bagi saya berhenti dan oleh kerana saya orang PAS, saya ikut orang PAS, bukan Umno," kata Nik Aziz dalam temu bual eksklusif dengan The Malaysian Insider di pejabatnya di sini, pagi ini. Nik Aziz, 79, yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan berkongsi pendekatan mudah dalam isu pelan peralihan kepimpinan khususnya ekoran desakan parti pembangkang di negeri itu. "Satu kaedah kita berjuang, kaedah kita berjuang sama ada berniaga, politik atau main bola, kita tengok mengapa musuh kita marah... yang itu kita buat. "Mengapa musuh kita buat, yang itu kita buat. Kaedahnya begitu... macam kita bertumbuk. Bila kita bertumbuk, bila nampak merah di sini (muka), di sini kita tumbuk, tumbuk, sampai dia rebah. "Begitu juga Umno... apa yang Umno hendak pada saya, itu yang saya lawan. Dia suruh saya berhenti, saya tidak berhenti. Itu kaedah kita berlawan," katanya. Apabila ditanya terus bila akan berundur, Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS menjawab: "Mana tahu?" kata beliau dengan penjelasan bahawa akan kekal, dan tidak akan tunduk kepada desakan Umno. Dalam pertemuan dengan The Malaysian Insider di sini malam tadi, Timbalan Pesuruhjaya III PAS Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, peranan Menteri Besar Kelantan itu masih diperlukan sekurang-kurangnya sehingga pilihan raya umum akan datang. "Pada pandangan saya, Datuk Nik Aziz perlu (perlu) kekal (memimpin negeri)," kata Timbalan Pesuruhjaya III PAS Kelantan itu ketika ditemui selepas ceramah di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (Putik), Pengkalan Chepa dekat sini malam tadi. "Saya orang PAS, bukan orang Umno" - Gambar oleh Choo Choy May "Jika boleh, saya berharap Datuk Nik Aziz akan kekal selepas pilihan raya umum nanti," kata beliau dengan merujuk kepada ketokohan Nik Aziz yangmenerajui kerajaan sejak 1990. Nik Aziz berkecimpung dalam politik Kelantan lebih empat dekad lalu. Nik Amar menjelaskan, PAS Kelantan masih memerlukan kepimpinan Nik Aziz, ikon politik negeri itu, dan yakin akan mengetuai parti itu dan Pakatan Rakyat di negeri Pantai Timur dalam pilihan raya umum ke-13. Sebelum ini pernah ada cadangan supaya Nik Aziz juga dilantik sebagai ketua umum Pakatan Rakyat pendaftarannya diterima kelak. Tahun ini genap 20 tahun Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS mengetuai kepimpinan kerajaan negeri sejak PAS menang pilihan raya umum 1990. PAS dilihat mengadakan Mutkamar Tahunan PAS kali ini di Putik sempena memperingati 20 tahun kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS. Malam ini buat pertama kali dalam sejarah, Nik Aziz akan merasmikan serentak muktamar tahunan ketiga-tiga sayap parti itu — Dewan Pemuda, Muslimat dan Ulama. Antara yang disebut-sebut sebagai bakal menggantikan Nik Aziz ialah Timbalan Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob. Bagaimanapun sebelum ini beliau dipetik berkata, belum bersedia untuk menggantikan kepimpinan Menteri Besar Kelantan. Nik Aziz pernah membayangkan yang beliau akan mewarisi kepimpinan di negeri itu berdasarkan hirarki kedudukannya sekarang. Sejak akhir tahun lalu timbul beberapa spekulasi berhubung pengganti yang layak bagi menggantikan menteri besar itu. Selain Ahmad, dua lagi nama yang sering disebut-sebut mungkin dipilih menggantikan Nik Aziz ialah Mohd Amar sendiri dan seorang lagi Exco Kelantan iaitu Datuk Husam Musa. Kedua-dua merekan juga merupakan Exco. Ahmad, Husam dan Mohd Amar masing-masing merupakan timbalan pesuruhjaya PAS I, II dan III Kelantan. Berhubung rancangan atau wawasan menerajui Kelantan, Nik Aziz menjawab: "Masa depan itu biar dulu. Kamu boleh tengok 20 tahun, saya buat." Kata Nik Aziz, beliau tidak suka bercakap tentang masa depan tetapi akan melakukan apa yang diperlukan untuk rakyat. "Saya tak suka cakap (pasal) masa depan. Tetapi sebagaimana saya hendak kata, saya sudah kata. "Sebagaimana saya hendak fikir, saya sudah fikir. Benda ini, kawan-kawan saya dalam parti, Exco saya sudah tengok. Bila saya sudah tiada di dunia, bila saya berundur diri, maka orang itu boleh tiru. "Tak tiru saya pun tak apa, tiru Nabi Muhammad... cukup," katanya. Ditanya sama ada kepimpinan kalangan PAS Kelantan sudah cukup mantap untuk mengambil alih apabila berundur, Nik Aziz menjawab: "Masa saya mula-mula masuk dulu, saya sendiri macam tak ada orang yang boleh saya kenal kerana ketika itu saya baru kan." Bagaimanapun sekarang menurut beliau, sudah ramai pemimpin yang layak dengan memiliki kelayakan profesional dalam PAS Kelantan. "Dulu, masa PAS timbul (ditubuhkan) pada tahun 1951, tok guru pondok (yang) sokong. Golongan bijak pandai tiada, orang (yang keluar) universiti tiada, tiada yang sokong PAS. "Tetapi sekarang semakin ramai, semakin ramai. Exco saya sekarang ini semua kelulusan universiti, semua Exco saya kelulusan universiti. "Ada bekas guru, ada bekas pakar ekonomi, ada doktor... macam-macam ada," katanya. Mengenai pelan peralihan kepimpinan negeri, Nik Aziz berkata, pelan peralihan tidak boleh dirancang. "Peralian ini tidak boleh dibuat pelan. Takut tak jadi, kadang-kadang kita merancang, sampai masa tak boleh jadi. "Sebab itu saya tidak mahu cakap (tentang) masa depan. Pelan, saya hanya membetulkan diri saya... percakapan saya, saya jaga; perbuatan saya, saya jaga supaya orang lain tiru. Jadi bila berundur kerana sakit, kerana letih, orang lain boleh ambil alih dengan senang," katanya. Nik Aziz berkata, dalam PAS Kelantan sudah ada hirarki, yang mana mereka boleh menjalankan tugas dengan baik. "Ada timbalan... saya ada timbalan tiga orang, dalam Dewan Harian saya ada setiausaha, orang ini pandai lah, mereka boleh buat. "Masa saya ambil alih dulu, tiada siapa yang mengajar saya... mereka bernasib baik," katanya lagi. Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih! |
| Tidak wajar ubah gandingan Hadi, Nasha sekarang Posted: 09 Jun 2010 12:45 AM PDT Oleh G. Manimaran KOTA BARU, 9 Jun — Dewan Pemuda PAS tidak mahu barisan kepimpinan semasa parti itu, yang dipilih genap setahun yang lalu termasuk Timbalan Presidennya Nasharudin Mat Isa, ditukar atas alasan wujudnya masalah dalaman komponen Pakatan Rakyat tersebut. Sambil menolak tanggapan wujudnya masalah antara penyandang jawatan nombor satu dan dua, Dewan Pemuda PAS bertegas pertemuan tahunan kali ini bukan masa yang sesuai ke arah itu. "Dewan Pemuda PAS menyokong barisan kepimpinan parti semasa," kata Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat Kamaruzzaman Mohamad kepada The Malaysian Insider di sini malam tadi. Alasan beliau ialah pucuk kepimpinan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalannya tidak berhadapan dengan masalah dan "merupakan gandingan cukup baik." "Tiada isu, tiada sebarang masalah... gandingan itu cukup baik," katanya lagi. Bekas Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan itu menambah, sebarang perubahan yang ingin dibawa tidak diperlukan sekarang — ketika muktamar tahunan kali ini — memandangkan tiada "masalah besar" di bawah kepimpinan Hadi dan Nasharudin. "Kami hanya akan meminta perubahan jika ada masalah besar. Buat masa sekarang, kami akan menyokong kepimpinan yang dipilih oleh muktamar, tidak kira siapa," kata beliau ketika meninjau persiapan menjelang majlis perasmian mutkamar ketiga-tiga sayap di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (Putik), Pengkalan Chepa dekat ini. Dewan Pemuda PAS juga katanya, sentiasa menerima arahan-arahan dan panduan dikeluarkan oleh presiden dan timbalan presiden dari semasa ke semasa untuk dilaksanakan. "Presiden dan timbalan presiden komited... saya lihat tiada masalah," kata beliau mengulas desas-desus gandingan Hadi dan Nasharudin dilihat longgar sejak kebelakangan ini. Dalam pertemuan kelmarin, Dewan Muslimat PAS juga menganggap presiden dan timbalan presiden parti itu tidak berhadapan dengan masalah besar dalam menyediakan kepimpinan masing-masing sebagai orang nombor satu dan dua entiti politik tersebut. Bagaimanapun menurut Ketua Dewan Muslimat, Nuridah Mohd Salleh, kemungkinan ada di antara presiden dan timbalan presiden tidak menonjol. "Ya saya tengok OK, tiada masalah... tiada masalah, melainkan kalau ada yang tidak menonjol," kata beliau. Kamaruzzaman dan Nuridah ditanya sama ada kemungkinan akan ada usul pada muktamar tahunan parti tersebut, menyentuh hubungan dan gandingan kedua-dua presiden dan timbalan presiden. The Malaysia Insider dalam laporannya Isnin lalu menyebut Muktamar Tahunan PAS kali ini di sini tidak melibatkan pemilihan, tetapi ia disebut-sebut akan tetap panas lagi menarik tumpuan dengan focus terhadap keberkesanan kepimpinan barisan kanan sebagai persiapan menghadapi pemilihan tahun depan dan juga pilihan raya umum ke-13. The Malaysian Insider difahamkan pemimpin yang akan menjadi tumpuan dan berada dalam senarai teratas sebutan perwakilan ialah Nasharudin, yang menewaskan dua pesaingnya dalam pemilihan setahun lalu. Pada Jun lalu, Nasharudin dengan mudah mengetepikan kedua-dua naib presiden ketika itu Datuk Husam Musa dan Mohamad Sabu. Seorang perwakilan mendakwa keberkesanan gandingan Presiden dan Timbalan Presiden PAS akan disentuh memandangkan ada pihak dalam parti berpendapat bahawa Nasharudin, yang juga Ahli Parlimen Bachok, tidak memainkan peranan sebagai gandingan secara berkesan kepada orang nombor satu sejak dipilih semula sebagai timbalan presiden tahun lalu. Perkara itu dibangkitkan oleh beberapa kawasan PAS sambil mengaitkan dengan isu idea kerajaan perpaduan dengan Umno-BN. Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih! |
| Isu Kereta Bentley Putera Kelantan Selesai Posted: 09 Jun 2010 12:30 AM PDT Tengku Temenggong Kelantan tarik balik kes hak milik Bentley KUALA LUMPUR, 9 Jun — Pertelingkahan mengenai pemilikan kereta Bentley Brooklands yang bernilai S$706,880 (RM1.6 juta) antara putera ketiga Sultan Kelantan, Tengku Temenggong Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra dan kekandanya Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Faris Petra, diselesaikan secara aman hari ini selepas Tengku Muhammad Fakhry menarik balik saman pemulanya. Pesuruhjaya Kehakiman Datin Zabariah Yusof yang mendengar perkara itu di kamarnya mengenepikan saman tersebut dan menetapkan supaya Tengku Muhammad Fakhry membayar RM5,000 sebagai kos guaman kepada Tengku Muhammad Faris. Mahkamah pada mulanya sudah bersedia untuk mendengar permohonan oleh Tengku Muhammad Faris bagi mengenepikan saman berkenaan hari ini, namun permohonan itu menjadi akademik setelah saman pemula dibatalkan oleh mahkamah. Tengku Muhammad Faris diwakili oleh peguam Tan Sri Cecil Abraham dan Sunil Abraham manakala Datuk Mohd Haaziq Pillay dan P. Vadivu mewakili Tengku Muhammad Fakry. Mohd Haaziq berkata beliau mendapat arahan daripada anak guamnya untuk menarik balik saman itu petang semalam memandangkan kereta tersebut yang ditempatkan di Istana Telipot di Kota Baharu, yang merupakan kediaman rasmi Tengku Mahkota, sudah dikembalikan ke Istana Mahkota di Kubang Kerian, Kota Baharu. Tengku Muhammad Fakhry memfailkan saman pemula pada 9 Sept lepas, yang menamakan Tengku Mahkota sebagai defendan, yang antara lain menuntut satu deklarasi bahawa kereta berwarna biru dengan nombor pendaftaran DBG 1 itu adalah miliknya. Beliau turut menuntut satu deklarasi bahawa beliau memperolehi hak sepenuhnya terhadap kereta itu dan penahanan kereta itu oleh Tengku Muhammad Faris adalah tidak sah. Dalam satu afidavit sokongan, Tengku Muhammad Fakhry berkata semua urusniaga berkaitan jual beli kereta itu pada September 2008 dibuat antara beliau dan pengedar kereta itu, Malayan Motors. Beliau berkata kereta itu dihantar kepada Sultan Kelantan pada 24 Sept 2008 dan didaftar di bawah nama sultan, dan sejak itu kereta tersebut menjadi milik eksklusifnya sepanjang masa untuk kegunaan beliau di Istana Mahkota dan juga di kediamannya di Dua Residency, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Beliau berkata pada 18 Julai 2009 semasa berada di luar negara, Tengku Muhammad Faris menerusi ejen atau pekerja, dan tanpa pengetahuan mahupun kebenaran beliau, mengambil kereta itu dari kediamannya di Dua Residency lalu dibawa ke Istana Mahkota. Tengku Muhammad Fakhry berkata beliau mendapati bahawa kereta itu berada di Istana Telipot, di Kota Baru. — Bernama Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih! |
| Wakil Bn Kecewa. Baru Jer Kena Celaka. Kalau Kena Bogel Macam DSAI Macam Mana La Agaknya Posted: 09 Jun 2010 12:17 AM PDT Wakil rakyat BN dakwa dikasari di Parlimen Oleh Asrul Hadi Abdullah Sani KUALA LUMPUR, 9 Jun — Sekumpulan ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) mendakwa mereka dikasari dan dipaksa keluar dari ruang tamu khas Dewan Negara hari ini. Ketika itu, Pakatan Rakyat (PR) sedang mengadakan perbincangan meja bulat dengan masyarakat India berhubung isu biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang mencetuskan rasa tidak puas hati baru-baru ini. Bagaimanapun wakil-wakil rakyat BN mendakwa pemimpin-pemimpin PR mengutuk BN dan menyifatkan kerajaan pusat sebagai "celaka." Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih! |
| Gambar Tok Guru Nik Aziz Semasa Wawancara Dengan MI Posted: 09 Jun 2010 12:04 AM PDT ![]() PAS leaders have vehemently denied that the upcoming party annual general meeting would be used to push for a change in the party's top leadership. Some members of the Islamist party believed the top party leadership would be retained at least until after the next general election, which may be as early as next year. "As of right now, there is no succession plan. Tok Guru (Datuk Nik Aziz Nik Mat) will stay on at least until after the elections," said Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, Kelantan PAS Deputy Commissioner. Nik Aziz has been the Kelantan mentri besar since 1990. Mohd Amar claimed that Nik Aziz, who is the PAS spiritual advisor, still had the "capability and mandate" to lead PAS into the next general election. "For us, it is better for him to stay on until the next general election. He has the capability and the popularity to gather mass support," said Mohd Amar. Speculation has been rife that this year's annual general meeting would be the platform to push for changes in the top leadership. The Malaysian Insider understands that some members in the party were dissatisfied with the performance of the current president and deputy president. But PAS leaders have denied any move to unseat party president Datuk Seri Abdul Hadi Awang and his deputy, Nasharuddin Mat Isa. "PAS Youth supports the current leadership of the party. There have been no grouses, nor any problems," said PAS Youth secretary-general Kamaruzzaman Mohamad. Kamaruzzaman told The Malaysian Insider that any change right now was not necessary, as there was no "big weakness" under Abdul Hadi's leadership. "We will only demand a change if something major happens. For now, we will support our leaders to the end," Kamaruzzaman said. Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih! |
| Mengapa Najib Kerap Tidak Bercakap Benar? Posted: 08 Jun 2010 11:00 PM PDT Oleh Faris Aiman KUALA LUMPUR 9 Jun - Tanpa menyiasat bila dan di mana kononnya Anwar Ibrahim menyebut akan memperuntukkan jawatan Timbalan Perdana Menteri Kedua kepada DAP jika Pakatan Rakyat memerintah, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bingkas memperingatkan rakyat bahawa Ketua Pembangkang itu tidak akan mengkotakan janjinya. Dalam lain perkataan, Najib menuduh Anwar berbohong. Beliau berkata demikian bersandarkan rekod peribadi Anwar yang dikatakannya tidak dapat melaksanakan kata dan janjinya. Beliau berkata, ini satu lagi helah Anwar untuk memenangi sokongan rakyat keturunan Cina. Najib tidak mahu mereka diperdaya oleh Anwar. Rekod tidak menepati janji Anwar, kata Najib, termasuklah kegagalannya mengambil alih kuasa pemerintahan negara pada 16 September 2008 setelah mendakwa ramai ahli parlimen Barisan Nasional akan melompat menyokong Pakatan Rakyat. Gelagat Najib ini agak aneh. Lazimnya, beliau adalah seorang yang agak tenang dan akan sentiasa berusaha untuk mengelak dari terperangkap dalam isu-isu politik yang panas. Kebiasaannya juga Najib akan cuba "membeli masa" sebelum menyatakan sikap dan pendirian politiknya. Amat jarang sekali beliau membuat komentar politik secara spontan. Sebab itu, di suatu peringkat bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad menyifatkan Najib pengecut kerana tidak berani menyatakan pendiriannya terhadap Tun Abdullah Badawi. Bagaimanapun nampaknya reaksi Najib agak berbeza kali ini. Beliau terus menyerang Anwar kerana laporan akhbar Cina berkenaan. Ini menimbulkan pelbagai persoalan. 1. Pakatan Rakyat belum memerintah Malaysia dan belum tentu jika memerintah, Anwar tidak akan mengkotakan katanya itu. 2. Benarkah laporan dalam akhbar Cina itu yang Anwar berkata demikian? Jika benar apakah konteks soalannya? 3. Mengapa Najib terburu-buru membuat komen sedemikian jika laporan itu hanya dibuat oleh sebuah akhbar berbahasa Cina dan bukan akhbar Bahasa Inggeris atau Bahasa Malaysia? Apakah yang mendorong Najib? Apa yang dapat diperhatikan ialah Najib mungkin tertekan. Pertama, tempat beliau membuat komen itu ialah di Majlis Perundingan Melayu yang baru sahaja secara terang-terangan menolak Model Ekonomi Baru Najib. Walhal model itu telah dijajanya hingga kepada presiden Barak Obama sebagai landasan meliberalkan lagi ekonomi Malaysia. Mungkinkah Najib mengambil peluang daripada pertanyaan wartawan yang mahu komennya terhadap laporan janji Anwar itu untuk melepaskan diri daripada: 1. Apa yang baru dilafazkannya bahawa NEM belum muktamad dan berharap agar wartawan tidak mendorongnya untuk menjawab mengapa ia belum muktamad sedangkan pelancarannya telah dibuat hingga ke hadapan presiden Amerika Syarikat? 2. Adakah Najib cuba menyembunyikan sikap dan pendirian sebenarnya daripada menjadi tumpuan wartawan di majlis berkenaan? Ini kerana dalam majlis itu Najib diaibkan oleh resolusi MPM yang mengisytiharkan Model Ekonomi Baru Najib tidak memelihara kepentingan Melayu? Maka Anwar adalah sasaran yang baik untuk mengalih pandangan wartawan. 3. Adakah Najib cuba mengelak dipersoalkan mengenai sikap sebenarnya terhadap dasar 1Malaysia? Dalam majlis itu Najib mengisytiharkan bahawa beliau tidak akan berganjak daripada Dasar Ekonomi Baru yang diperkenalkan oleh bapanya pada tahun 1971. 4. Adakah Najib bimbang wartawan akan menafsirkan ucapannya itu sebagai lidah bercabang dengan mengatakan semua rakyat ada hak ekonomi yang adil tetapi berjanji untuk berlaku "lebih adil" kepada orang Melayu di hadapan Ibrahim Ali? Sikap agak luar biasa Najib ini secara tidak langsung memberi gambaran yang agak menyeluruh peribadi Najib. Ini dapat dilihat daripada tindak tanduknya dalam beberapa isu besar yang membelit negara. 1. Dalam kes Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat oleh Anwar Ibrahim, Najib berkata dia tidak ada menemui Saiful sebelum itu. Kemudian Najib mengubah ceritanya dengan mengatakan ada menemui Saiful yang mahu mendapat bantuan untuk melanjutkan pelajaran. 2. Apabila didesak dengan gambar dan laporan beberapa pihak, Najib kemudian mengaku ada menemui Saiful di rumahnya dan menasihatinya supaya membuat laporan polis. 3. Kenyataan bekas pengkhianat parti keadilan rakyat, Ezam Md Nor beberapa minggu lalu pula mendakwa Najib dan Ketua Polis Negara langsung tidak membantu Saiful. Sebab itu Saiful menemui Ezam. Adakah ini satu lagi skrip Najib bimbang diheret ke mahkamah untuk memberi keterangan dalam kes konspirasi ke-2 terhadap Anwar? Persoalan-persoalan ini mendorong umum untuk meneropong siapakah dan apakah nilai jatidiri Najib sebagai pemimpin. Ada beberapa petunjuk yang boleh digunakan untuk membuat penilaian ini. 1. Apakah polisi baru yang dikatakan transformasi kerajaan yang benar-benar diperkenalkan oleh Najib sejak menjadi perdana menteri setahun lalu? Setiap dasar atau pendekatan baru Najib sering berubah dan tertangguh. Misalnya, Cukai Perkhidmatan Am atau GST. Apabila rakyat berontak, Najib menarik balik keputusan untuk memperkenalkannya di parlimen. Selain itu, rancangan untuk menarik balik subsidi minyak mengikut kuasa enjin kenderaan. Setelah mengarahkan syarikat pembekal minyak mengeluarkan modal untuk tambahan peralatan bagi melaksanakan skim itu, ia ditarik balik. Kes kenaikan tarif elektrik pun begitu. Atas alasan mengambil kira pandangan rakyat, ia ditangguhkan. Namun keputusan itu terus mencemaskan rakyat kerana ia boleh dilaksanakan bila-bila masa. 2. Di mana laporan Indeks Prestasi Utama atau KPI menteri-menteri kabinet seperti dijanjikan Najib ketika mengambil alih jawatan perdana menteri tahun lalu? Apakah ini bermakna menteri yang diberi tanggungjawab dalam perkara ini, Dr Koh Tsu Koon tidak melaksanakan tugasnya atau Najib sebenarnya hanya melakukan satu "public relations exercise" sahaja? 3. Mutakhir sekali isu lesen perjudian bolasepak. Kerajaan mengumumkan telah mengeluarkan lesen judi bolasepak bertujuan untuk menghalang kegiatan judi haram dan penipuan. Rakyat bangkit membantah. Tunjuk perasaan dari pelbagai lapisan tanpa mengira kaum dan agama bangkit menentang; dan, mufti juga mengeluarkan fatwa mengharamkannya. Tiba-tiba kerajaan pimpinan Najib mengumumkan belum ada lesen dikeluarkan. Ini kerana kononnya kerajaan masih mahu mendapat maklumbalas daripada rakyat. Gamat. Adakah kerajaan Najib jujur bila mengatakan mahu mendapat reaksi rakyat ? atau, menjadikan kenyataan itu sebagai alasan untuk menghindar kemarahan rakyat tentang betapa lemah dan goyahnya prinsip dan akhlak kerajaan? Persoalan yang timbul ialah, mengapa terlalu kerap Najib tidak bercakap benar kepada rakyat? Tidakkah tindakan dan keputusan beliau sebagai Perdana Menteri memberi bayangan betapa beliau seorang pemimpin yang kurang integriti? Tidakkah ini juga menunjukkan Najib lebih mementingkan populariti dan kemenangan politik? Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan – cakap tidak serupa bikin! Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih! |
| PKFZ: DAP pertikai mengapa Chan tak didakwa? Posted: 08 Jun 2010 10:46 PM PDT KUALA LUMPUR, 9 Jun – Meskipun Menteri Pengangkutan baru, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata tidak ada keperluan bagi menyiasat semula skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) yang kerugian RM12.5 bilion, namun ia tidak mematahkan semangat Anggota Parlimen pembangkang untuk menimbulkan isu itu di Dewan Rakyat. MP Ipoh Timur, Lim Kit Siang pada sesi soal jawab menuntut penjelasan mengapa menteri pengangkutan ketika skandal itu, Datuk Seri Chan Kong Choy tidak dipertanggung-jawabkan walaupun nama beliau ditimbulkan oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC). PAC dalam laporannya tahun lalu mengesyorkan Chan dan Pengurus Besar, Lembaga Pelabuhan Klang (PKA) Datin Paduka OC Phang disiasat oleh Suruhanjaya Pencengahan Rasuah. Ia berhubung dakwaan pecah amanah kerana tiga surat sokongan yang dikeluarkan oleh Chan dan tiga surat aku janji yang dikeluarkan oleh Phang tanpa kelulusan Kementerian Kewangan. PAC menjalankan siasatan terhadap pelaksanaan projek PKFZ selepas projek itu dilaporkan meningkat daripada RM1.957 bilion kepada RM4.947 bilion. PKA sebelum ini mengumumkan bahawa tiada tindakan undang-undang akan diambil ke atas Chan berhubung skandal PKFZ kerana beliau bukan merupakan anggota PKA. Keputusan itu dikatakan bercanggah apabila Phang dan tiga yang lain diheret ke mahkamah atas dakwaan membuat tuduhan palsu. – MALAYSIAKINI Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih! |
| Lesen lama – Hishammuddin Tun Hussein Posted: 08 Jun 2010 08:00 PM PDT ![]() Apa signifikan mengenai lesen judi lama dan baru? Menurut laporan BERNAMA – Datuk Hishammudiin mengatakan bahawa lesen judi bola sepak itu adalah lesen lama dan bukan lesen baru yang telah di keluarkan oleh kerajaan. Dalam pada itu Datuk Hisham menyeru rakyat untuk sama-sama membanteras judi haram dan jangan hanya bercakap mengenai perkara tersebut. Mungkin persoalan utama dalam isu ini adalah judi – lesen lama atau baru, judi haram dan judi yang tidak haram mengikut peruntukkan undang-undang, semuanya memberi kesan negatif kepada struktur sosial negara ini. Apa perlu kerajaan buat? http://umno-reform2.com/front/index.php?option=com_content&task=view&id=748&Itemid=58 Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih! |
| Blogger PAS, Pakatan boleh pohon ‘pas pemerhati’ Posted: 08 Jun 2010 07:26 PM PDT Dzulfikar Mashoor KUALA LUMPUR, 9 Jun: Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad pagi ini mencadangkan para blogger pro Pakatan Rakyat yang gagal mendapatkan pas media supaya memohon untuk mendapatkan pas pemerhati daripada ad-hoc Muktamar Tahunan PAS ke-56 di Kota Bharu. Cadangan tersebut sebagai respons pada rungutan beberapa blogger pro PAS dan Pakatan Rakyat yang kononnya tidak dilayan oleh ad-hoc muktamar ketika memohon pas media sejak kelmarin. "Opsyen yang ada, blogger-blogger kita ini boleh cuba pohon pas pemerhati," ujar beliau ketika dihubungi Harakahdaily. Bagi beliau, tidak ada sebab untuk ad-hoc menghalang mana-mana pihak membuat liputan tentang muktamar PAS. Ini kerana, PAS menurut beliau sebenarnya mengamalkan dasar terbuka untuk mana-mana pihak untuk mengakses muktamar PAS. "Setakat yang saya tahu, muktamar kita terbuka," ujar beliau. Sehubungan itu, beliau tidak menolak kemungkinan bahawa tindakan ad-hoc muktamar enggan memberi pas media kepada para blogger mungkin disebabkan mereka kurang mengenali para blogger terbabit. Bagaimanapun, beliau berjanji untuk merujuk semula isu terpencil tersebut daripada ad-hoc di Kota Bharu, petang ini. Bagi beliau, tidak ada gunanya PAS menghalang para blogger dari membuat liputan tentang muktamar PAS sebagaimana Umno menghalang media alternatif dan media baru (blog) dari membuat liputan tentang pemilihan agung Umno parti itu sebelum ini. "Yang menghalang media buat liputan tentang pemilihan hanya Umno saja, itu beza kita dengan mereka," ujarnya lagi. Tindakan tersebut, bagi beliau, akhirnya mencemarkan nama parti itu sendiri. Ditambah dengan perkembangan teknologi maklumat di samping realiti dunia tanpa sempadan sekarang, bagi beliau, sudah tentu membolehkan media-media baru untuk mengakses muktamar PAS walaupun ad-hoc cuba menghalang mereka dari berbuat sedemikian. Isnin lalu, Utusan Malaysia melaporkan bahawa Pengarah Muktamar, Datuk Takiyuddin Hassan membenarkan akhbar pro kerajaan untuk membuat liputan tentang muktamar PAS. Beliau yang juga Exco Kerajaan Kelantan berkata, kematangan yang ditunjukkan oleh PAS sebenarnya demi menghormati profesionalisme media pro kerajaan tersebut. Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih! |
| PAS Boikot Blogger Pro Pakatan Rakyat? Kononya Parti Matang? Perasan! Posted: 08 Jun 2010 05:30 PM PDT saya bersimpati dengan blogger abe poji a.k.a perisik rakyat dan saya dapat merasai apa yang poji rasa. kalau benar la pengurusan layan macam ni, habis la.... Utusan Malaysia bebas buat liputan muktamar KOTA BHARU 7 Jun – Wartawan Utusan Malaysia tidak akan dihalang untuk membuat liputan Muktamar Tahunan Pas kali ke-56 yang diadakan di Pusat Tarbiah Islam Kelantan (PUTIK) di sini mulai Rabu ini. Pengarah Muktamar, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, pihaknya tidak ada masalah untuk menerima kehadiran mana-mana wakil media bagi menjalankan tugas mereka. "Kita parti yang matang," katanya ketika ditanya sama ada wartawan Utusan Malaysia akan dihalang membuat liputan sebagaimana yang berlaku semasa Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini. Hujung bulan lalu, wartawan Utusan Malaysia ditegah membuat liputan kongres PKR yang berlangsung antara 28 hingga 30 Mei berikutan arahan dari ibu pejabat PKR di Kuala Lumpur. JEMPUTAN UNTUK MEMBUAT LIPUTAN MUKTAMAR PAS KALI KE-56 Dengan segala hormatnya merujuk perkara kepada perkara diatas. 1.Sukacita memaklumkan bahawa Parti Islam se-Malaysia (PAS) akan mengadakan Muktamar Tahunan PAS Kali ke-56 dan Muktamar Dewan Dewan pada 9,10,11,12 dan 13 Jun 2010 bertempat di Kelantan Trade Centre (KTC), Markaz dewan Ulama (MADU), Perdana Resort dan PUTIK, Pengkalan Chepa. 2.Sehubungan dengan itu, tuan puan dipersilakan untuk membuat liputan sepanjang muktamar berkenaan berlangsung. 3.Bagi melancarkan kerja dan keselesaan pihak tuan/puan, kami mengharapkan jasa baik pihak tuan/puan menghantar senarai nama dan gambar berukuran passport, kakitangan pihak tuan/puan yang akan dihantar bertugas. 4.Ini adalah bagi tujuan kerja-kerja menyediakan pas petugas media. Hanya mereka yang disenaraikan oleh egnsi akan disediakan pas. Manakala mereka yang memohon tanpa pengesahan dari agensi akan ditolak permohonan mereka. 5.Nama dan gambar berkenaan bolehlah dihantar ke urusetia muktamar PAS kali ke 56 bertempat di sekretariat muktamar di Putik, Pengkalan Chepa. Diharapkan juga kerjasama dari petugas-petugas media agar berpakaian sopan khususnya kepada petugas media wanita. Sekiranya pihak tuan/tuan mempunyai pertanyaan, bolehlah menghubungi Saudara Mohd Hafizi Ramell (013-9303162) dan Saudara Rizal Tahir (019-9096097). Diatas kehadiran pihak tuan/puan saya dahului dengan ucapan terima kasih. Sekian, terima kasih ISLAM MEMIMPIN PERUBAHAN Yang menjalankan Amanah (MOHD YASIN YUSOF) Penolong Setiausaha Muktama Tahunan PAS Kali ke 56 ![]() saya nak nasihatkan kepada sesetengah puak pemimpin pas ni, tolong jangan perasan hebat atau matang kalau perangai masih macam umno. kalau blogger pro pakatan kamu layan macam ni, dengan puak utusan dan berita harian kamu "cium mulut". apa dia ni? MATANG? PS- harap dato takiyuddin buat satu jalan penyelesaian! Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih! |
| You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara ® To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |




Tiada ulasan:
Catat Ulasan