Rabu, 9 Jun 2010

al-banjari online 2010

al-banjari online 2010


Cuti beranak - Umno lembab 20 tahun ?

Posted: 09 Jun 2010 06:39 AM PDT

Umno-BN merasa malu untuk mengikut tindakan yang diambil oleh Kerajaan Kelantan dan PR meskipun ianya mendatangkan kebaikan dan manfaat.

Setelah 20 tahun ianya dilaksanakan di Kelantan dan Terengganu 10 tahun barulah hari ini ia hendak dibentangkan ke Kabinet.

Mereka malu kalau dikatakan mengikut Pas. Atau memang kerana pemikiran UMNO-BN ini lembang?Cuti bersalin di negara ini pada asalnya hanya 40 hari. Tempoh itu diubah kepada 60 hari oleh kerajaan Kelantan selepas diperintah PAS pada 1990.

Di awal pelaksanaan dasar baru itu, kerajaan Kelantan dikritik hebat beberapa kalangan, terutama para pemimpin Barisan Nasional (BN). Ia difitnah seolah-olah menjejaskan produktiviti dan sebagainya.

Apabila Pas memerintah Terengganu, ia telah memperkenalkan Kemudahan Cuti Bersalin 90 hari kepada pegawai dan guru wanita. Serentak itu juga diperkenalkan Cuti Isteri Bersalin selama tujuh hari kepada suami terbabit. Berkuatkuasa 1 April 2000.

Bagi melaksanakan kemudahan itu, pegawai atau guru wanita diberi opsyen tambahan 30 hari cuti bersalin yang direkodkan sebagai Cuti Menjaga Anak (Cuti Tanpa Gaji). Bagaimana pun, kerajaan negeri bersetuju membayar gaji penuh 30 hari tambahan itu sebagai Elaun Khas Bersalin.

Ertinya, ia tetap menjadi cuti bergaji. Ia tetap juga dikritik oleh pimpinan UMNO-BN dengan menganggap tindakan itu mundur ke belakang, menjejaskan produktiviti dan menjadikan kakitangan malas untuk kembali bekerja.

Tetapi kini, apabila kerajaan Kelantan akan melaksanakan peraturan cuti bersalin bagi kakitangan wanita selama 90 hari, mulai tahun dan 10 untuk suami yang dijangkakan akan diikuti oleh semua negeri-negeri yang diperintah oleh PR. Tindakan ini disokong oleh pihak CUEPEC sendiri.

Bimbang tindakan politik yang akan memihak kepada PR dan perbezaan ketara yang akan menjadi buah mulut dikalangan kakitangan kerajaan menyebabkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan membentangkan kepada kabinet dalam masa terdekat cadangan pakej cuti bersalin dan kemudahan lain bagi mewujudkan iklim pekerjaan lebih mesra keluarga.

Menterinya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berkata pakej berkenaan termasuklah cadangan cuti bersalin selama 90 hari yang akan turut menyediakan kemudahan menarik kepada kaum bapa. Beliau memberi alasan dengan mengatakan hampir 80 peratus negara di dunia kini memberikan tempoh cuti bersalin selama 12 minggu atau lebih kepada wanita yang melahirkan anak.

Kajian Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) yang mendapati ramai pekerja wanita menamatkan perkhidmatan selepas melahirkan anak pertama. Beliau membangkitkan soal semakin ramai kakitangan wanita sektor awam memilih meletak jawatan selepas melahirkan anak dan ini merugikan Negara.

Beginilah pimpinan UMNO-BN. Pemikiran mereka lembab 20 tahun dari pemikiran pimpinan PAS. Selagi Negara Barat tak buat selagi itu mereka mengatakan tak releven dan apabila Negara barat mula melaksanakannya barulah mereka cuba melaksanakan. Malu sangat ke nak bagi kredit kepada kerajaan Pas Terengganu yang telah melaksanakannya 10 tahun dulu.

Menasabahkan UMNO-BN makin tidak releven. Tapi takpelah. yang penting meniru yang baik itukan kebaikan. Semoga pimpinan Pas dahulu akan mendapat pahala daripada pengamal yang mengikutinya. (sumber - ustaz saiful bahri )

(2) Muktamar PAS - Blogger gigit kuku ?

Posted: 08 Jun 2010 08:40 PM PDT

Cerita setahun yang lalu. Cerita Muktamar. Cerita blogger.

"..Sumbangan media baru khususnya media siber termasuk portal berita dan blog memainkan peranan untuk menyediakan maklumat alternatif kepada rakyat yang selama ini di cengkam oleh media arus perdana yang dikuasai kerajaan UMNO BN telah berjaya mencelikkan rakyat sehingga memilih Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kecil yang diadakan selepas pilihanraya umum lalu, " kata Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang.

Sebenarnya, walaupun tiada majlis penghargaan khusus untuk para blogger dan wartawan internet pada majlis muktamar pada tahun ini.

Namun pengiktirafan yang diberikan oleh Presiden PAS itu telah lama ditunggu oleh para blogger sekalian yang telah bertungkus-lumus selama ini memperjuangkan kebenaran dan keadilan melalui alam siber membantu Pakatan Rakyat mencapai kemenangan.

Moga-moga ibadah dan perjuangan kita ini dapat membantu kita berhadapan dengan ALLAH SWT di akhirat kelak.

Tapi betul ker pimpinan atas menghargai bloggers ni..tapi hakikatnya blogger tetap dipandang sebagai 'nobody'...kalau benar seperti yang TGHH sebut..blogger ini diiktiraf, kenapa bila kita nak mintak pas media dari urusetia tak dilayan.
'' kami tak berikan pas media kepada blogger..hanya media perdana sahaja diberi pas media muktamar''
..alasan mereka,"kalau beri kat sorang blogger nanti semua blogger nak.." susah sangat ke kalau berikan untuk 2 @ 3 orang blogger pas media..? blogger bukan nak mintak keistimewaan apa sangat..dapat masuk semasa PC pun dah cukup la.

Kalau kita dengar ucapan dari perwkilan negeri Melaka disebut bagaimana media perdana ini mensensasikan akhbar mereka dengan memburukkan pimpinan PAS..tapi mereka2 ini juga la yang diiktiraf..blogger2 yang membawakan liputan yang benar tak diberi keistimewaan seperti media perdana..apa ni ?

Bila saya tanya ada wifi ke? pakai password ke..?..."ha'ah ada password..hanya unit IT aje yang boleh guna line wifi ni..orang lain tak boleh.

"hangin tol saya bila dia jawab macam tu...tapi sebagai muslim kita telah ditarbiyyah supaya bersabar...takpa lah saya tetap ucapkan terima kasih...bukan kebuluq sangat pun, pasal saya ada bawak broadband sendiri..cuma saya saja tanya tapi jawapan memang menghanginkan hatiku.

Saya telah mengikuti 2 program besar oleh 2 parti..satu semasa Kongres PKR di tempat yang sama Stadium Melawati Shah Alam...dan yang terkini Muktamar Tahunan PAS ke 55...2 parti yang besar. Saya sebagai ahli PAS tapi tidak menjangka ini cara pengurusan PAS, berbanding dengan PKR..kami blogger mendapat tempat bersama media perdana.

Memang saya kecewa dengan pengurusan PAS..untuk mendapat pas media kami telah ditolak mentah2 apatah lagi untuk mendapat liputan di dalam sidang media ... kami memang tak dapat..nak mintak letak recorder pun tak kasi..hina sungguh blogger ni rupanya.

Saya tunjuk kad media yang saya dapat dari kerajaan Pakatan Rakyat Perak oleh DS Nizar sendiri..tapi tetap tak diiktiraf. "akak ni ada pas media.., tapi pas yang bukan dari media perdana.." kata petugas.

"Ini pas dari kerajaan PR Perak. DS Nizar yang iktiraf blogger sebagai media kerajaan PR"

"kami tak kisah siapa yang beri..Nizar ke siapa ke..tapi akak bukan dari mana2 yang boleh kami beri pas media" Padan muka aku, aduiii hangat hati betul la dengar ayat tu...kalau nak bukak cerita dalam kain PAS ni memang banyak sungguh..tapi disebabkan sayangkan jemaah ummi tak sanggup nak bukak buruk parti sendiri..seperti bukak pekung di dada la pulak.

Tapi ummi luahkan ketidakpuasan hati ummi kerana perkara in tak sepatutnya berlaku terhadap blogger jemaah sendiri, kerana pimpinan sendiri telah memberi pengiktirafan kepada blogger kerana sumber berita yang kita sampaikan tidak seperti media arus perdana yang bermuka2.

Bak kata MSK sapa suruh gatai jadi blogger...sendiri tanggung la...kalau Topeng Perak pulak cakap..blogger ni dapat apa..dapat maki aje..kalau Cenangau kata pulak..blogger ni macam daun kari, untuk menyedapkan bau masakan hang buh la..masa nak makan hang daun tu kena tolak ketepi dan buang terus ke longkang.

Saya mengharapkan agar perkara ini diberi ruang sedikit untuk dipertimbangkan..permintaan blogger tidaklah besar sangat..tidak minta dilayan seperti media perdana pun sekurang2nya beri sedikit ruang untuk kami blogger berdiri dibelakang para media perdana pun tak apalah..jangan dihalau terus jauh2.

Sebelum para blogger rasa bosan dengan layanan yang begini harap ada sedikit perubahan minda dalam pengurusan pada majlis besar yang akan datang. Wallahualam. (sumber asal dipetik dari tulisan UmmiAnni blog)

Tony Blair - gua 100 % di pihak Israel

Posted: 08 Jun 2010 07:43 PM PDT

Israel memiliki hak untuk melindungi diri, begitu mantan Perdana Menteri Inggeris Tony Blair mengatakan dalam sebuah wawancara dengan Channel 10 pada hari Selasa kelmarin.

Blair bertemu dengan Perdana Menteri Benyamin Netanyahu dan Menteri Pertahanan Ehud Barak pada hari Selasa kelmarin juga untuk membahas impak dari serangan Israel terhadap armada kebebasan ke Gaza minggu lalu.

"Setiap penyelidikan harus menyeluruh dan tidak memihak, dan mungkin ada semacam elemen internasional yang dapat menjadi bagian dari itu," kata Blair.

Blair meyakinkan bahwa dia dengan sepenuh hati mendukung hak Israel untuk membela diri.

"Tidak ada pertanyaan sama sekali. Ada roket ditembakkan dari Gaza, ada orang-orang di Gaza yang ingin membunuh orang-orang Israel yang tidak bersalah," demikian mantan perdana menteri Inggris. "Jika menyangkut soal keamanan, saya seratus peratus di pihak Israel." (sa/jp)

Idris Ahmad - Blogger boleh mohon pas

Posted: 08 Jun 2010 06:44 PM PDT

Isu berkaitan KLIK di sini.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad pagi ini mencadangkan para blogger pro Pakatan Rakyat yang gagal mendapatkan pas media supaya memohon untuk mendapatkan pas pemerhati daripada ad-hoc Muktamar Tahunan PAS ke-56 di Kota Bharu.

Cadangan tersebut sebagai respons pada rungutan beberapa blogger pro PAS dan Pakatan Rakyat yang kononnya tidak dilayan oleh ad-hoc muktamar ketika memohon pas media sejak kelmarin.

"Opsyen yang ada, blogger-blogger kita ini boleh cuba pohon pas pemerhati," ujar beliau ketika dihubungi Harakahdaily.

Bagi beliau, tidak ada sebab untuk ad-hoc menghalang mana-mana pihak membuat liputan tentang muktamar PAS. Ini kerana, PAS menurut beliau sebenarnya mengamalkan dasar terbuka untuk mana-mana pihak untuk mengakses muktamar PAS.

"Setakat yang saya tahu, muktamar kita terbuka," ujar beliau.

Sehubungan itu, beliau tidak menolak kemungkinan bahawa tindakan ad-hoc muktamar enggan memberi pas media kepada para blogger mungkin disebabkan mereka kurang mengenali para blogger terbabit.

Bagaimanapun, beliau berjanji untuk merujuk semula isu terpencil tersebut daripada ad-hoc di Kota Bharu, petang ini.

Bagi beliau, tidak ada gunanya PAS menghalang para blogger dari membuat liputan tentang muktamar PAS sebagaimana Umno menghalang media alternatif dan media baru (blog) dari membuat liputan tentang pemilihan agung Umno parti itu sebelum ini.

"Yang menghalang media buat liputan tentang pemilihan hanya Umno saja, itu beza kita dengan mereka," ujarnya lagi. Tindakan tersebut, bagi beliau, akhirnya mencemarkan nama parti itu sendiri.

Ditambah dengan perkembangan teknologi maklumat di samping realiti dunia tanpa sempadan sekarang, bagi beliau, sudah tentu membolehkan media-media baru untuk mengakses muktamar PAS walaupun ad-hoc cuba menghalang mereka dari berbuat sedemikian.

Isnin lalu, Utusan Malaysia melaporkan bahawa Pengarah Muktamar, Datuk Takiyuddin Hassan membenarkan akhbar pro kerajaan untuk membuat liputan tentang muktamar PAS.

Beliau yang juga Exco Kerajaan Kelantan berkata, kematangan yang ditunjukkan oleh PAS sebenarnya demi menghormati profesionalisme media pro kerajaan tersebut. (sumber-Harakahdaily)

Rafidah - Melayu Malaysia, melayu 2 duit !

Posted: 08 Jun 2010 05:03 PM PDT

Di satu pasar pagi 2 km dari Gua Bukit Putus, Gunong Semanggoi.
Jin Gua Bkt. Putus said, "berapa duit..keris ni?"
Peniaga keris said, " keris panjang ker keris pendek ?"

Jin Gua Bkt. Putus said,
"keris pendek laa.."
Peniaga keris said, " RM2 hinggit satu. Murah jer tu..! "

Jin Gua Bkt. Putus said,
" hotak luu..! Murah. Mahal tu..? keris 'pvc' pun nak jual mahal..! "
Peniaga keris said, " Kau nak ker tak nak? Kalau nak..bayar RM2 hinggit..! "
Jin Gua Bkt Putus said," RM2 hinggit gua tak der, tapi ambik ni.., 2 sen ! "
PLINGG..!!
Peniaga keris said," cilakak punya 'hantu', 2 sen !! ini dah kes PENGHINAAN kepada melayu dan keris!"

Komen Bomosiam: Aku tak mau komen, pasal Prof. Kamarudin Kachar dah lontar komen, huhu ! Komen beliau,

"..Rafidah tidak harus membuat apa-apa komen memandangkan beliau tidak tahu apa.."

Majlis Perundingan Melayu (MPM) mendakwa kononnya Tan Sri Rafidah Aziz telah menghina orang Melayu dengan menyamakan pandangan mereka sebagai "hanya berharga dua sen".

Sambil mendesak bekas Menteri memohon maaf secara terbuka, MPM turut mendakwa Rafidah telah memperlekehkan kedudukan orang Melayu dan Bumiputera dalam mengemukakan tuntutan mereka. Artikel penuh di sini.

Muktamar PAS - Blogger gigit kuku ?

Posted: 08 Jun 2010 04:02 PM PDT

Petang kelmarin dikejutkan panggilan dari Kota Bharu. Isi yang ringkas tapi makan 'dalam'. Cakap bual bersahaja, tapi intonasi dapat dirasa, marah dan kecewanya. Meluah rasa 'sakit hati'. Apa nak buat. Ex-Presiden Bloggers Network Perak dulu ada cakap, " sapa suruh hang jadi blogger..! " Isunya ini,

" PAS tak keluarkan Pas Media untuk Blogger. kalau nak Pas Media kena mintak melalui Agensi, kena ada surat rasmi dari agensi" sambil dia tunjuk contoh surat rasmi dari agensi yang buat permohonan.." - sumber dipetik dari Perisik Rakyat

Wak ingat, calling-calling masam manis dari sahabat blogger (bukan Perisik Rakyat) petang kelmarin hanya corat-coret nakal saja. Rupanya Perisik Rakyat dah bikin posting pagi ini. Laju dia, mungkin dia antara yang ter'tuba'.

Jika benar ceritanya itu, dan betul kata sahabat yg calling-calling wak kelmarin, wak boleh simpati saja yang mampu berikan. Nak bagi 'pas', wak tentu tak terdaya nak kata apa, namun jika mahu mendaftarkan diri sebagai ahli PAS, pinggan diberi, stadium Kota Bharu ditadahkan.

(*) Komen wak-itu pentingnya bloggers bersatu dan bernaung dibawah payung Sekretariat, tak kiralah samada Sekretariat Pakatan Rakyat ataupun apa juga namanya. Jika belum ada, elok ditubuhkan.

Tiada ulasan: