Sabtu, 5 Jun 2010

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Ucapan pimpinan PR- Himpunan Sejuta Ummah Untuk Gaza [Bhg1,2]

Posted: 05 Jun 2010 09:00 AM PDT








Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

Pemuda Tidak Terkilan? Kroni Jer Terkilan

Posted: 05 Jun 2010 08:30 AM PDT

Pemuda Tidak Terkilan Khairy Tidak Terpilih Dalam Rombakan Kabinet

KOTA BAHARU: Pergerakan Pemuda Umno tidak terkilan walaupun Ketuanya Khairy Jamaluddin tidak tersenarai dalam rombakan kecil Kabinet baru-baru ini.

Sebaliknya, Naib Ketua pergerakan Datuk Razali Ibrahim menyifatkan tindakan sesetengah pihak yang membesar-besarkan perkara itu sebagai tidak matang dan cuba memutar-belitkan isu.

Rombakan itu tidak melibatkan pemimpin Umno tetapi parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain iaitu MCA, MIC, Parti Progresif Penduduk dan parti-parti dari Sarawak, dan kita tahu pemimpin kita berkaliber, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Pergerakan itu juga katanya memahami hak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Presiden Umno dalam membuat rombakan tersebut.

"Tapi pembangkang buat tuduhan itu seolah-olah Khairy diketepikan...agak melucukan dan jelas tidak matang dalam berpolitik.

"Bagaimanapun kami tak rasa apa-apapun," katanya yang mengulas mengenai 'kehangatan' isu tersebut dibincangkan menerusi beberapa laman web.

Razali yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan yakin isu itu tidak akan menimbulkan keresahan pada kalangan pemimpin Umno khususnya pada kalangan Pemuda sendiri.

Sementara mengulas isu berlainan, Razali berkata Pemuda telah melancarkan kempen khidmat pesanan ringkas (SMS) yang bernilai 50 sen bagi setiap SMS bagi membantu meringankan penderitaan rakyat Palestin.

Kutipan daripada kiriman SMS itu akan disumbangkan kepada tabung bantuan kemanusiaan, katanya. - BERNAMA

betul kata hang... sebab hang dah ada jawatan. kenapa tidak selami perasaan ketua Pemuda pondan? kahkahkahkah...dapat kumpul 200...ok tunjuk sampai 15minit kat tv. yang datang 50k tak tunjuk...ppppuuiihhhhh...

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

Wacana Memperingati Ustaz Fadzil Noor esok

Posted: 05 Jun 2010 08:14 AM PDT

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 5 Jun: Lajnah Dakwah dan Pembelaan Islam DPP Pusat akan mengadakan wacana Memperingati Mantan Presiden PAS, almarhum Ustaz Fadzil Noor esok, 6 Jun bertempat di surau Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut.

Program itu adalah ajuran bersama Dewan Muslimat PAS Selangor.

Program akan bermula jam 8.30 pagi dan dijangka dihadiri seramai 200 orang peserta.

Antara pembentang kertas kerja adalah Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, Wan Hasrina Wan Hassan, Dewan Ulamak PAS Kedah, Ustaz Fauzi Husain.

Bagi mengetahui dan menyusuri sejarah perjuangan Ustaz Fadzil dengan lebih dekat, semua pencinta ilmu dijemput ke program tersebut.


Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

Dakwaan Biden Flotila Bawa Senjata Karut

Posted: 05 Jun 2010 08:00 AM PDT

KUALA LUMPUR 5 Jun - Dakwaan Naib Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden yang mengatakan konvoi enam kapal bantuan kemanusiaan (Freedom Flotilla) kepada penduduk Palestin di Semenanjung Gaza membawa bekalan senjata tidak berasas sama sekali.

Pengerusi Biro Antarabangsa KEADILAN, Mustaffa Kamil Ayub berkata kapal Mavi Marmara yang dulu diserang komando rejim Zionis-Israel yang menyebabkan sembilan sukarelawan dan berpuluh lagi cedera dalam serangan itu.

"Misi bantuan kemanusiaan itu adalah gabungan warga 40 buah negara dunia dan konvoi tersebut juga membawa ahli parlimen United Kingdom serta pemenang Nobel.

"Serangan itu menunjukkan rejim Zionis itu mengisytiharkan perang kepada seluruh warga dunia.

"Sehingga ke hari ini, rejim Zionis itu telah melanggar lebih 80 resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, maksudnya ia langsung tidak menghormati undang-undang dunia, " tegas beliau.

Biden, ketika ditemubual dalam rancangan "Charlie Rose" oleh stesen penyiaran American Public Broadcasting Service Rabu lalu mempertahankan tindakan Israel yang menahan kapal menuju ke Gaza bagi mencegah penyeludupan senjata.

Beliau berpandangan tidak ada keperluan untuk berkeras supaya bekalan itu disampaikan terus kepada penduduk Semenanjung Gaza.

Biden kemudiannya memberi alasan kononnya Israel bimbang dengan isi kandungan yang dibawa kapal tesebut.

Ditanya mengenai pendirian KEADILAN, Mustaffa berkata Pakatan Rakyat melalui Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menghantar surat kepada pegawai Kedutaan Amerika Syarikat di sini untuk diserahkan kepada Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama.

"Pegawai tersebut berjanji akan menyerahkan surat tersebut minggu depan kepada Obama.

"Dalam surat itu, Pakatan Rakyat meminta agar beliau mengambil kesempatan untuk memperbetulkan keadaan itu," ujar Mustaffa lagi.


Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

Israel juga tawan kapal Rachel Corrie

Posted: 05 Jun 2010 07:30 AM PDT

KUALA LUMPUR, 5 Jun — MV Rachel Corrie, kapal terakhir yang membawa bantuan kemanusiaan ke kawasan Gaza yang dikepong Israel, bersama sekumpulan aktivis damai termasuk enam dari Malaysia, telah dirampas oleh Pasukan Pertahanan Israel pada kira-kira 2.45 petang (waktu Malaysia) hari ini.

Menurut jurucakap Wisma Putra, kapal itu sedang diiring ke pelabuhan Ashdod di Israel.

Sembilan belas aktivis di kapal itu dilaporkan tidak diapa-apakan, kata jurucakap itu.

Dalam satu kenyataan di sini, kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, Malaysia mendesak Israel agar menentukan keselamatan kesemua sukarelawan di kapal berkenaan.

"Malaysia juga menuntut Israel tidak mengambil sebarang tindakan tentera yang drastik dan ganas terhadap penumpang Rachel Corrie yang tidak bersenjata itu," kata beliau dipetik Bernama.

Anifah berkata kesemua aktivis di kapal Rachel Corrie perlu diberi bantuan bagi menjamin keselamatan mereka.

Anifah berkata Wisma Putra memantau secara dekat perkembangan oleh kerana adanya enam rakyat Malaysia di kapal berkenaan.

Misi bantuan Gaza itu ditaja oleh Perdana Global Peace Organisation (PGPO), sebuah organisasi bukan kerajaan Malaysia.

Kapal Rachel Corrie diberi nama sempena serang wanita Amerika yang terbunuh oleh sebuah jentolak tentera Israel di Semenanjung Gaza pada 2003, ketika memprotes tindakan meroboh sebuah rumah.

Anifah berkata Malaysia turut menggesa Israel menentukan laluan selamat kapal itu ke Gaza untuk menyerahkan kargo bantuan kemanusiaan itu.

Dalam hubungan ini, Malaysia menyeru masyarakat antarabangsa agar turut meminta Israel memberi jaminan demikian.

Dalam pada itu laporan Reuters memetik Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia PBB Navi Pillay sebagai berkata kepungan dikenakan Israel di Gaza adalah haram dan harus digugurkan.

Pillay juga mengulangi desakan agar siasatan dijalankan berhubung serangan tentera Yahudi ke atas konvoi misi kemanusiaan yang menuju Gaza, Isnin lalu.

Dalam insiden itu, kapal milik Turki Mavi Marmara, yang membawa sukarelawan serta bantuan seperti perubatan, diserang tentera Israel menyebabkan 10 orang sukarelawan dilaporkan terbunuh.

Seramai 12 orang sukarelawan merupakan rakyat Malaysia dan mereka selamat.

Mereka akan tiba di tanah air awal pagi esok.

"Undang-undang kemanusiaan antarabangsa menghalang orang awam daripada kebuluran, sebagai kaedah peperangan dan... ia juga melarang tindakan hukuman kolektif ke atas orang awam," kata Pillay.

"Saya secara konsisten melaporkan kepada negara anggota (PBB) bahawa sekatan adalah haram dan harus ditarik balik," katanya lagi.

Malah katanya, jikapun sekatan itu dibuktikan betul di bawah undang-undang antarabangsa, operasi ketenteraan Israel terhadap kapal Freedom Flotilla seharusnya dianalisis daripada perspektif tanggungjawab Israel agar membenarkan bantuan kemanusiaan ke wilayah Gaza.


Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

MB: Laporan Selcat OK, mahu kawal bonus Semesta

Posted: 05 Jun 2010 07:00 AM PDT

Oleh G. Manimaran


KUALA LUMPUR, 5 Jun — Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim menyambut hasil siasatan awal Selcat berhubung dakwaan wujudnya rasuah dalam anak syarikat pasir negeri Kumpulan Semesta Sdn Bhd sambil berjanji akan "mengawal" bayaran imbuhan tahunan yang disifatkan agak lumayan.

"Menyentuh isu pemberian bonus kepada pegawai dan kakitangan Kumpulan Semesta, kerajaan negeri peka dengan sentimen rakyat dan akan lebih berhati-hati dalam membuat keputusan dalam pemberian insentif pada masa hadapan," kata beliau dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.

Khalid (gambar) berkata, sesi pendengaran awam oleh Selcat juga membuktikan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di Selangor tidak akan melindungi jika ada sebarang penyelewengan dan salah guna kuasa selaras dengan komitmen kerajaan negeri terhadap prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban.

Bagaimanapun Khalid tidak menyentuh aspek ketiadaan elemen rasuah yang dimaksudkan oleh Pengerusi Selcat Teng Chang Kim di akhir sesi inkuiri selama tiga semalam.

Teng mengumumkan rumusan awal pada hari terakhir inkuiri semalam selepas bersidang selama tiga hari.

Beliau juga berkata tiada keterangan yang kemukakan pada inkuiri itu menunjukkan Kumpulan Semesta terlibat dalam skandal.

"Jadi di mana skandal itu? Saya tidak nampak sebarang skandal. Kami tidak nampak sebarang isu yang dibawa oleh MP (Kapar S. Manikavasagam) sebagai satu skandal," kata Teng.

Dalam pada itu, pegawai kanan dan kakitangan Kumpulan Semesta didedahkan telah dibayar bonus lebih RM500,000 pada September 2008 hingga Jun 2009, hanya 10 bulan selepas syarikat itu memulakan operasinya.

Pengerusi Kumpulan Semesta Abdul Shukor Nahor mendedahkan perkara itu pada hari kedua testimoninya kelmarin.

"Staf menerima bonus berjumlah RM503,613.59 bagi akhir Jun 2009, dan RM137,500 bagi akhir Disember 2008," kata Shukor.

Khalid menjelaskan kerajaan negeri mengucapkan tahniah kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor kerana telah berjaya menjalankan sesi pendengaran awam bagi menyiasat dakwaan berlaku penyelewengan dalam industri perlombongan pasir di Selangor.

Menteri Besar menambah pendengaran awam tersebut telah menolong menjelaskan banyak isu yang timbul berkenaan industri perlombongan pasir termasuklah kes mencuri pasir dan pengurusan Kumpulan Semesta.

Dalam kenyataan itu, Khalid mengakui, mengikut keterangan yang diberi, adalah jelas mencuri pasir galian di Selangor ini telah berlaku sejak sekian lama sebelum PR mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri.

Kumpulan Semesta ditubuhkan untuk memulangkan hasil semula jadi Selangor kepada rakyat melalui program Merakyatkan Ekonomi Selangor, kata Khalid.

Sebelum Kumpulan Semesta ditubuhkan kata Khalid, kerajaan negeri hanya dapat mendapat pulangan daripada royalti penjualan pasir.

"Tetapi dengan Kumpulan Semesta yang yang berfungsi mengawal aktiviti mengorek dan menjual pasir di Selangor, rakyat dapat menikmati royalty dan keuntungan dari penjualan pasir.

"Kehadiran Kumpulan Semesta juga telah mewujudkan pasaran pasir yang stabil dan mampu memenuhi permintaan terhadap pasir yang meningkat dari semasa ke semasa," kata Khalid.

Khalid menjelaskan, keberkesanan sebenar tindakan yang dibuat kerajaan negeri boleh dinilai dengan membandingkan kutipan perolehan di antara pentadbiran Barisan Nasional (BN) dan PR.

Mengikut rekod yang diberikan pada Selcat, kata Khalid, di bawah kerajaan BN, kutipan royalti pasir yang diperolehi adalah sebanyak RM3.4 juta pada 2005 dan 2006 manakala pada 2007 pula RM2.9 juta.

"Selepas Pakatan mengambil alih, hasil ini meningkat hampir tiga kali ganda iaitu sebanyak RM6.3 juta pada 2008 dan RM5.4 juta pada 2009.

"Walaupun ada penurunan kutipan royalti pada 2009, angka itu dua kali ganda lebih tinggi berbanding di bawah kerajaan BN," katanya.

Khalid menekankan bahawa fakta itu sekali gus menunjukkan betapa ceteknya minda seorang pemimpin Umno yang mendabik dada mendakwa pendapatan pasir pada 2007 di bawah BN telah kononnya mencecah RM21.5 juta.

"Adalah jelas sekarang bahawa angka tersebut sebenarnya termasuk hasil perlombongan kuari di kawasan hutan simpan di Selangor.

"Adakah mungkin beliau tidak tahu perbezaan antara perlombongan pasir dan kuari?" kata Khalid.

Mengenai isu aktiviti melombong dan menjual pasir secara haram, Khalid seterusnya memberitahu, Selcat telah mendengar bahawa ini adalah bukan perkara baru.

"Sebelum ini jenayah ini tidak pernah dibangkitkan oleh pentadbiran BN kerana aktiviti itu menjadi menjadi sumber kewangan kepada pihak tertentu untuk kepentingan peribadi dan kepartian," kata Menteri Besar.

Namun apabila kerajaan PR berjaya mendapat perolehan tinggi dan diguna pula untuk program Merakyatkan Ekonomi Selangor, Khalid memberitahu, rakyat lebih peka dengan kejadian curi pasir.

Katanya, kerajaan negeri berusaha sedaya upaya untuk mengelak kecurian pasir namun sedar seperti jenayah lain, ia tidak boleh dihapuskan sepenuhnya.

"Jawatankuasa khas yang diketuai Setiausaha Negeri akan bekerja keras melalui mesyuarat mingguan bagi meningkat strategi keselamatan dalam membanteras kejadian curi pasir," katanya.

Selain itu jelas beliau, Kumpulan Semesta akan menolong mengurangkan jumlah lombong pasir haram dengan mengawal pemberian lesen dan hanya mengeluarkan lesen secara tender terbuka kepada kontraktor yang layak.


Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

Vincent Tan Nak Derma Setengah Juta? Sia Nak Hasil Judi?Umno Jer Nak

Posted: 05 Jun 2010 06:25 AM PDT

Ketika pembangkang menentang kuat kelulusan judi sukan, hartawan Vincent Tan berjanji akan mendermakan lebih setengah bilion untuk tujuan kebajikan.

Vincent, antara lelaki terkaya di negara ini berkata wang sejumlah RM525 juta itu akan didermakan melalui yayasannya Better Malaysia Foundation.

Wang itu diperoleh daripada penjualan kepentingan dalam Ascots Sports bulan lalu kepada Berjaya Corp, konglomerat yang dikawalnya.

Beliau turut menafikan dakwaan bahawa beliau menaja ahli atau parti politik sebagai balasan terhadap kerajaan yang meluluskan kelulusan lesen tersebut.

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

SESI PENDENGARAN AWAM ISU KSSB BUKTI KETELUSAN PENTADBIRAN KERAJAAN SELANGOR

Posted: 05 Jun 2010 06:23 AM PDT

KENYATAAN AKHBAR
5 JUN 2010
SESI PENDENGARAN AWAM ISU KSSB BUKTI KETELUSAN PENTADBIRAN KERAJAAN SELANGOR

SHAH ALAM: Kerajaan Negeri mengucapkan tahniah kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) kerana telah berjaya menjalankan sesi pendengaran awam bagi menyiasat dakwaan berlaku penyelewengan dalam industri perlombongan pasir di Selangor.

Kerajaan Negeri juga menghargai kerja sama semua pegawai dan kakitangan kerajaan dan Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) dalam memberikan keterangan di depan Ahli Panel Selcat.

Pendengaran awam tersebut telah menolong menjelaskan banyak isu yang tertimbul berkenaan industri perlombongan pasir termasuklah kes mencuri pasir dan pengurusan KSSB – anak syarikat milikan penuh Menteri Besar Diperbadankan (MBI).

Mengikut keterangan yang diberi, adalah jelas mencuri pasir galian di Selangor ini telah berlaku sejak sekian lama sebelum Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri.
KSSB ditubuhkan untuk memulangkan hasil semula jadi Selangor kepada rakyat melalui program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES). Sebelum KSSB, kerajaan negeri hanya dapat mendapat pulangan daripada royalti penjualan pasir .

Tetapi dengan KSSB yang yang berfungsi mengawal aktiviti mengorek dan menjual pasir di Selangor, rakyat dapat menikmati royalti dan keuntungan dari penjualan pasir. Kehadiran KSSB juga telah mewujudkan pasaran pasir yang stabil dan mampu memenuhi permintaan terhadap pasir yang meningkat dari semasa ke semasa.

Keberkesanan sebenar tindakan yang dibuat Kerajaan Negeri boleh dinilai dengan membandingkan kutipan perolehan diantara pentadbiran Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat.
Mengikut rekod yang diberikan pada Selcat, di bawah kerajaan BN, kutipan royalti pasir yang diperolehi adalah sebanyak RM3.4 juta pada 2005 dan 2006, manakala pada 2007 sebanyak RM2.9 juta.

Selepas Pakatan Rakyat mengambil alih, hasil ini meningkat hampir tiga kali ganda iaitu sebanyak RM6.3 juta pada 2008 dan RM5.4 juta pada 2009. Walaupun ada penurunan kutipan royalti pada 2009, angka itu dua kali ganda lebih tinggi berbanding di bawah kerajaan BN.

Fakta ini sekaligus menunjukkan betapa ceteknya minda seorang pemimpin Umno yang mendabik dada mendakwa pendapatan pasir pada 2007 dibawah Barisan Nasional telah kononnya mencecah RM21.5juta! Adalah jelas sekarang bahawa angka tersebut sebenarnya termasuk hasil perlombongan kuari dikawasan hutan simpan di Selangor. Adakah mungkin beliau tidak tahu perbezaan antara perlombongan pasir dan kuari?

Mengenai isu aktiviti melombong dan menjual pasir secara haram, Selcat telah mendengar bahawa ini adalah bukan perkara baharu. Sebelum ini jenayah ini tidak pernah dibangkitkan oleh pentadbiran BN kerana aktiviti itu menjadi menjadi sumber kewangan kepada pihak tertentu untuk kepentingan peribadi dan kepartian.

Namun apabila Kerajaan Pakatan Rakyat berjaya mendapat perolehan yang tinggi dan diguna pula untuk program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES), rakyat lebih peka dengan kejadian curi pasir.

Kerajaan Negeri berusaha sedaya upaya untuk mengelak kecurian pasir namun sedar seperti jenayah lain, ianya tidak boleh dihapuskan sepenuhnya. Jawatankuasa khas yang diketuai Setiausaha Negeri akan bekerja keras melalui mesyuarat mingguan bagi meningkat strategi keselamatan dalam membanteras kejadian curi pasir.

KKSB juga akan menolong mengurangkan jumlah lombong pasir haram dengan mengawal pemberian lesen dan hanya mengeluarkan lesen secara tender terbuka kepada kontraktor yang layak.

Menyentuh isu pemberian bonus kepada pegawai dan kakitangan KSSB, Kerajaan Negeri peka dengan sentimen rakyat dan akan lebih berhati-hati dalam membuat keputusan dalam pemberian insentif pada masa hadapan.

Sesi Pendangaran Awam oleh Selcat juga membuktikan Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor tidak akan melindungi jika ada sebarang penyelewengan dan salah guna kuasa selaras dengan komitmen Kerajaan Negeri terhadap prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban.

TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM
MENTERI BESAR SELANGOR


Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

Rachel Corrie Sah Dirampas Tentera Zionis Israel

Posted: 05 Jun 2010 05:30 AM PDT

KUALA LUMPUR 6 Jun - MV Rachel Corrie, kapal terakhir yang membawa bantuan kemanusiaan ke kawasan Gaza yang dikepong Israel, bersama sekumpulan aktivis damai termasuk enam dari Malaysia, telah dirampas oleh Pasukan Pertahanan Israel pada kira-kira 2.45 petang (waktu Malaysia) hari ini, kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

Menurut jurucakap Wisma Putra, kapal itu sedang diiring ke pelabuhan Ashdod di Israel.

Sembilan belas aktivis di kapal itu dilaporkan tidak diapa-apakan, kata jurucakap itu.

Dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, Anifah berkata Malaysia mendesak Israel agar menentukan keselamatan kesemua sukarelawan di kapal berkenaan.

"Malaysia juga menuntut Israel tidak mengambil sebarang tindakan tentera yang drastik dan ganas terhadap penumpang Rachel Corrie yang tidak bersenjata itu," katanya.

Anifah berkata kesemua aktivis di kapal Rachel Corrie perlu diberi bantuan bagi menjamin keselamatan mereka.

Anifah berkata Wisma Putra memantau secara dekat perkembangan oleh kerana adanya enam rakyat Malaysia di kapal berkenaan.

Misi bantuan Gaza itu ditaja oleh Perdana Global Peace Organisation (PGPO), sebuah organisasi bukan kerajaan Malaysia.

Kapal Rachel Corrie diberi nama sempena serang wanita Amerika yang terbunuh oleh sebuah jentolak tentera Israel di Semenanjung Gaza pada 2003, ketika memprotes tindakan meroboh sebuah rumah.

Anifah berkata Malaysia turut menggesa Israel menentukan laluan selamat kapal itu ke Gaza untuk menyerahkan kargo bantuan kemanusiaan itu.

Dalam hubungan ini, Malaysia menyeru masyarakat antarabangsa agar turut meminta Israel memberi jaminan demikian.

Bernama


Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

Raja Petra ‘naik tocang’ dek dasar Britain — Zulkifli Jalil

Posted: 05 Jun 2010 05:00 AM PDT

5 JUN — Memang jenuh kalau hendak bercakap pasal kerenah Raja Petra Kamaruddin. Pengendali portal berita antikerajaan, Malaysia Today kini bersembunyi di kota London sejak berbulan-bulan lalu.

Kepada individu yang bertanggungjawab ke atas Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) iaitu Datuk Seri Dr Rais Yatim, beliau tidak sesekali mahu "menyekeh" Raja Petra tetapi "cukup masak" dengan gelagat "permainan" pengendali portal antikerajaan itu. Rais amat percaya Raja Petra didalangi oleh pihak ketiga yang menggalakkan dia berlagak sedemikian iaitu terus menyebarkan fitnah dan memburuk-burukkan kerajaan Malaysia.

Ia memang tidak menghairankan kerana Britain sendiri, kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan itu, cukup tidak senang dan enggan mengiktiraf undang-undang di negara ini khususnya Akta Hasutan dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Dengan ketiadaan perjanjian ekstradisi London-Malaysia, bermakna bermaharajalelalah Raja Petra "menghentam itu dan ini" tentang Kuala Lumpur dan rakyat Malaysia di sebalik kehidupan mewahnya di sana.

"Masakan dia boleh hidup mewah hanya dengan tulis blog. Sudah tentu ada yang memanjangkan tangan menghulur bantuan dalam bentuk material," kata Rais ketika ditemui Utusan Malaysia di pejabatnya di Bangunan Sultan Abdul Samad semalam.

Rais yang juga pakar dalam perundangan negara dan Perlembagaan Persekutuan memberitahu, Britain tidak akan sekali-kali mengambil tindakan ke atas Raja Petra, perkara sama yang dilakukan kuasa besar itu kepada pemimpin Hindraf, Waytha Moorthy yang juga berada di kota London ketika ini. Malah, Britain memberi ruang kepada individu-individu sebegini untuk tinggal dan hidup di negaranya. Ia dibuat atas dasar kononnya pertimbangan kemanusiaan.

"Britain mengamalkan konsep ini iaitu jika ada pihak mengadu kepada kerajaannya bahawa jika dia tersekat atau diapa-apakan di luar undang-undang biasa, maka individu terbabit akan diberi kemudahan tempat tinggal atau lokasi yang selamat," katanya.

Rais mengakui sememangnya portal- portal berita antikerajaan seperti Malaysia Today dan Malaysiakini sukar dikekang penyaluran bahan fitnah dan serangan ke atas kerajaan.

Dengan nada serius kata beliau: "Ini kerana pangkalan laman webnya atau pusatnya berada di luar Malaysia. Kalau Yahoo Malaysia tak mengapalah, kita boleh kawal tetapi jika Yahoo United Kingdom, sukar kita nak 'tembus'nya secara fizikal (tindakan undang-undang)," kata beliau.

Begitupun, tegas Rais, beliau bersama SKMM kini menggerakkan penguatkuasaan ke atas laman web yang beroperasi di negara ini. Ini kerana terdapat banyak olahan mencerca dan mengaibkan Raja-Raja Melayu dan orang Melayu berleluasa di sana dan sini.

Rais beranggapan, Raja Petra tidak ubah seumpama idealis individu yang pentingkan diri sendiri. Undang-undang negara yang memburunya sama sekali tidak melemahkannya, malah dia langsung tidak mempedulikan kesukaran keluarga terutama anak lelakinya yang pernah ditahan polis kerana melanggar undang-undang negara.

"Saya tetap yakin dan penuh percaya bahawa undang-undang negara ini tetap menyusuri dia. Masanya akan tiba dan faktanya cukup jelas iaitu jika dia balik, dia terpaksa menghadapi undang-undang negara ini," kata Rais. — Utusan Malaysa

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

Khalid: Sports betting licence is BN ‘payback’

Posted: 05 Jun 2010 04:30 AM PDT

KUALA LUMPUR, June 5 — Pakatan Rakyat (PR) today launched its anti-sports betting movement with a leader alleging that tycoon Tan Sri Vincent Tan was awarded the licence in return for financing Barisan Nasional's recent by-election campaigns.

Shah Alam MP Khalid Samad made the allegation hours before Tan himself called a press conference over the licence issued for football pools.

"I am confident that this was done by the prime minister because he owed a favour to Berjaya Group for supporting Barisan Nasional in the past 11 by-elections," Khalid told PR supporters today.

"Much money was spent [in the by-elections], a portion of which most likely came from Berjaya Group, and this licence was awarded as payback," he added.

Khalid was speaking at the launch of the People's Anti-Gambling Movement by Pakatan Rakyat component parties' Youth wings and NGOs in front of Sogo here.

He criticised the government's decision to legalise sports betting without parliamentary debate, calling the move "shocking and sudden".

"I think they probably realised... that the state of the nation's finances was not as good as they've been claiming all this while," he said.

Khalid claimed that only two parties were set to benefit from the legalisation of sports betting.

"The first are the gambling bosses and the second are the Ah Longs (loan sharks)... and maybe the third is Barisan Nasional because Berjaya will continue to contribute to Barisan Nasional," he said.

"This represents a sacrificing of people's rights... for Barisan Nasional's short-term gains."

He added that they were not only against sports betting but all forms of gambling.

"Society has been made sick by problems arising from gambling... Let's not add more sickness.

"We reject Umno and Barisan Nasional's actions in passing this [sports] betting licence. [This is] the start of our efforts to educate society to stay away from the... practice of gambling which doesn't benefit or profit anyone except gaming bosses and loan sharks," Khalid said.

The Najib administration issued a sports betting licence last month to Tan's Ascot Sports Sdn Bhd, which Berjaya Group — also controlled by Tan — is expected to take a 70 per cent stake in.

The move has been widely seen as an attempt to replenish state coffers, already suffering from a wide deficit, ahead of the 2010 World Cup finals next week.

According to one Reuters report, the sports betting business in Malaysia could be worth between RM612 million and RM8 billion a year.


Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

Vincent Tan to donate RM525m sports betting stake buyout

Posted: 05 Jun 2010 04:00 AM PDT

By Neville Spykerman


KUALA LUMPUR, June 5 — In a bid to quell a growing uproar over his sports betting licence, tycoon Tan Sri Vincent Tan today said he will donate the entire RM525 million from the sale of the stake to charity.

The money is proceeds from the 70 per cent stake in Ascot Sports Sdn Bhd that is being sold to his listed Berjaya Corp Berhad.

"I will get zero from this deal," he told reporters, saying the money will go to his Better Malaysia Foundation which was set up two years ago.

Tan (picture) said after the deal with Berjaya Corp, his son Datuk Robin Tan Yeong Ching will retain the remaining 30 per cent stake in Ascot Sports.

The Berjaya Corp chairman and chief executive officer said this to dispel unsubstantiated claims that the money from the deal would go to the ruling coalition Barisan Nasional (BN).

Tan also lashed out at fugitive blogger Raja Petra Kamarudin for raising the allegations.

"The allegations are pure nonsense," he said.

Pakatan Rakyat (PR) parties today launched an anti-gambling movement, saying the sports betting licence is a payback for Tan's contribution to BN's war chest for by-election campaigns.

DAP and PR have also gone on a crusade against them, accusing the ruling coalition of enriching the tycoon but impoverishing the people.

But Tan said his foundation would focus on education and scholarships when the deal is completed.

"With divine blessing I hope to donate more to the foundation," he said.

Tan disclosed he was inspired by the charitable acts of other tycoons like Warren Buffet and Bill Gates.

He said his dream is to eventually donate RM1 billion to the foundation, adding that the foundation would be run transparently.

The tycoon, who has diversified interests from hotels to wireless broadband, also lashed out at PR for protesting against sports betting.

He said there been lots of "interest" in sports betting.

"Loud voices of what I believe is the minority," said Tan, adding he is totally convinced it's all about politics.


Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

Lulus Lesen Judi Bola Sepak Bangkit Kemarahan Rakyat

Posted: 05 Jun 2010 04:00 AM PDT

KUALA LUMPUR 5 Jun - Persatuan Anak Melayu Selangor dan Wilayah Persekutuan mengutuk dan membantah dengan keras keputusan kerajaan persekutuan meluluskan lesen judi bola sepak Piala Dunia 2010 kepada syarikat Ascot Sports Sdn Bhd di bawah kumpulan Berjaya.

Dalam sidang media yang diadakan di Bangunan Yayasan Selangor, Kampung Baru hari ini, Exco PAMSWP Mohd Yusof Yahya menegaskan bahawa kelulusan lesen judi itu akan menyebabkan masyarakat terdedah kepada risiko penyakit sosial dan kerosakan institusi keluarga.

"PAMSWP meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menarik balik lesen judi yang akan menyebabkan banyak penyakit sosial seperti rompakan, samun dan pembunuhan.

"Kepincangan yang berlaku di dalam masyarakat adalah disebabkan oleh pendapatan negara diperolehi dari sumber yang tidak halal dan diberkati, katanya.

Pada sidang media itu beliau berkata ahli PAMSWP yang berada di seluruh Selangor dan Lembah Klang telah membuat panggilan telefon dan SMS bagi meminta pimpinan pertubuhan menyatakan pendirian dan menentang dengan keras tindakan tersebut.

"Kita juga akan menghantar memorandum kepada Mufti Selangor, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi memohon dikeluarkan pekeliling berkaitan kesalahan aktiviti perjudian oleh umat Islam," ujar Yusof lagi.

Ketika diajukan soalan, sama ada pertubuhan tersebut akan turut serta di dalam kempen anti-judi yang diadakan oleh Pemuda Pakatan Rakyat, beliau berkata PAMSWP menyokong inisiatif berkenaan dan akan menghantar wakil pertubuhan tersebut untuk menyertai pelancaran kempen tersebut.

Beliau turut menyelar sikap media arus perdana yang seolah-olah menyokong dan mempromosi aktiviti perjudian apabila turut menyiarkan iklan berkaitan judi terutamanya di slot berita sukan.

"Pihak media tidak boleh hanya memikirkan keeuntungan (dari jualan ruang iklan) sahaja. Ramai yang membaca ruangan sukan ini, terutamanya kanak-kanak dan remaja yang terdiri dari keluarga kita sendiri.

"Kita juga akan bertemu dengan pertubuhan-pertubuhan Melayu dari negeri lain bagi membincangkan tindakan lanjut yang bakal diambil berkenaan isu ini.

PAMSWP merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang mempunyai ahli berjumlah lebih 3000 orang ahli dan mempunyai cawangan di Klang, Kajang, Shah Alam serta di Sungai Besar.


Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

Rakyat Sabah Berani Buat Perubahan Tukar Umno-BN Pada PRU 13

Posted: 05 Jun 2010 03:30 AM PDT

Oleh Halik Zaman

KOTA KINABALU 5 Jun - Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berkata ahli Parlimen yang melompat dan meninggalkan KEADILAN sebagai anggota Bebas adalah individu yang mempunyai masalah peribadi dan kecewa serta tidak sanggup jatuh bangun bersama perjuangan parti.

Menurut Nurul Izzah mereka juga adalah daripada golongan pemimpin yang sanggup mengkhianati kepercayaan rakyat yang diberikan kepada mereka mewakili KEADILAN.

Justeru itu beliau menegaskan ketiadaan kelompok yang telah membelot ini dalam KEADILAN sebagai satu hikmah kepada semua ahli parti yang setia.

"Pada kami di Selangor, Pulau Pinang dan Kedah, untuk menukar kerajaan daripada Umno-Barisan Nasional kepada Pakatan Rakyat bukan suatu perkara yang sudah diduga, ia bagi kami adalah suatu yang luar biasa, diluar jangkaan tetapi kerana rakyat di negeri-negeri tersebut sudah muak dengan kerajaan Umno-BN maka perubahan pun dilakukan oleh rakyat sendiri dalam PRU ke-12 yang lalu," tegas Nurul Izzah pada majlis makan malam anjuran KEADILAN Cabang Putatan semalam.

Katanya, Pakatan Rakyat mempelajari daripada rakyat Sabah yang mempunyai pengalaman luas menukar kerajaan Usno-BN kepada Berjaya-BN dan kemudianya PBS dan kini Umno-BN.

"Tidak ada sebab mengapa rakyat tidak boleh tukar kerajaan Umno-BN kepada Pakatan Rakyat di Sabah kerana Umno-BN di Semenanjung dan Sabah sama sahaja jenamanya?" sindir Nurul Izzah sambil tersenyum.

Ahli parlimen muda itu menjelaskan pemimpin dalam Umno-BN kini berantakan sama sendiri dan akibatnya mereka sudah saling tidak percaya antara satu sama lain.

Malah kewibawaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga sering dipertikaikan oleh ahli Umno sendiri kerana pimpinannya tidak dinamik, ekonomi negara terus menjunam dan subsidi untuk rakyat bakal dihapuskan.

"Bahananya rakyat akan rasa dalam beberapa bulan lagi. Ketika itu rakyat akan tanya diri sendiri pada siapa yang perlu diundi kalau bukan Pakatan Rakyat?" kata beliau.

Seorang lagi tokoh politik muda, Nik Nazmi Nik Ahmad, Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia yang hadir pada majlis makan malam itu berkata Najib berbangga melaungkan bahawa Sabah dan Sarawak merupakan satu simpanan tetap atau 'fixed deposit' buat Umno-BN atas andaian walau tsunami politik hebat bergelora di Semenanjung, namun rakyat kedua negeri itu akan tetap berdiri teguh di belakang Umno-BN.

"Namun "tilikan" PM 1Malaysia nampaknya mulai kurang bersinar dengan kekalahan di pilihan raya kecil Sibu baru-baru ini. Pada hal Sibu adalah kubu kuat Barisan Nasional yang didakwa sebagai "fixed deposit".

"Sikap angkuh Umno-BN memang merupakan satu tradisi turun-temurun walaupun mereka tahu bahtera Umno-BN kemegahan mereka sedang meniti hari-hari kiamatnya, hanya menunggu hari Umno-BN akan "lebur terkulai layu" sahaja. Namun untuk menyedapkan hati masing-masing, maka Umno-BN berusaha gigih mewar-warkan cerita dongeng yang Pakatan Rakyat sedang pecah-memecah pada hal kerosakan dalaman Umno-BN yang kian condong menyembah bumi," kata Nik Nazmi.

Turut hadir termasuk Ketua Cabang Putatan, Ahmad Sah Sahari yang berharap semangat Pakatan Rakyat mampu membawa perubahan politik yang sangat didambakan rakyat Sabah.


Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

Umno-BN Perlekeh Pergorbanan Sukarelawan Malaysia, Turki Anggap Wira

Posted: 05 Jun 2010 03:00 AM PDT

KUALA LUMPUR 5 Jun - Pengerusi Biro Antarabangsa KEADILAN , Mustaffa Kamil Ayub kesal dengan tindakan kerajaan Umno-Barisan Nasional yang tidak mengiktiraf pengorbanan sukarelawan yang terselamat dalam misi bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza Isnin lepas.

"Faktor alasan kewangan tidak dapat diterima sama sekali sedangkan komitmen kerajaan Turki lebih tinggi berbanding negara-negara Islam yang lain termasuk Malaysia.

"Saya berasakan ini berkemungkinan mempunyai hubungkait dengan kontrak yang dimeterai antara kerajaan Umno-BN dan Apco.

"Kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak nampaknya seperti terikat dan mengikut telunjuk untuk mendapat perhatian Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama.

Menurut Mustaffa lagi, ini mungkin mempunyai kaitan dengan kezaliman terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kes pembunuhan Altantunya.

"Kita juga sangsi dengan respon Najib yang begitu lambat bertindak berhubung serangan komando rejim zionis Israel terhadap kapal Mavi Marmarra yang menyebabkan 9 aktivis dan berpuluh lagi cedera.

"Kontrak yang dimeterai Najib dengan syarikat Apco Worldwide menjadi satu sebab kerajaan Umno-BNl bersikap sederhana terhadap sukarelawan Malaysia yang terselamat," ujarnya ketika dihubungi Suara Keadilan.

Sebelum itu, media melaporkan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dipetik berkata Angkatan Tentera Malaysia tidak akan mengadakan penerbangan khas untuk membawa pulang 12 sukarelawan dan media Malaysia yang dibebaskan dari tahanan tentera Israel.

Ahmad Zahid memberi alasan penerbangan itu akan membabitkan kos yang tinggi dan setakat ini tiada permintaan daripada kerajaan Umno-BN untuk membawa mereka pulang menggunakan pesawat tentera.

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

Desak Dunia Sekat Ekonomi, Politik Terhadap Israel

Posted: 05 Jun 2010 02:30 AM PDT

SHAH ALAM 5 Jun - Angkatan Muda KEADILAN Selangor mendesak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Kesatuan Eropah, Persidangan Pertubuhan Islam (OIC), NAM, G8 , NATO, GCC dan negara-negara dunia segera mengenakan sekatan ekonomi dan politik terhadap rejim Zionis Israel.

Ketua Penerangan AMK Selangor, Mohd Ezli Mashut berkata AMK Selangor mahu dunia bukan sekadar mengeluarkan kecaman dan kutukan tetapi yang lebih penting ialah tindakan keras terhadap negara haram Israel.

"Kita menggesa agar pintu sempadan Rafah yang memisahkan Gaza dan Mesir dibuka terus menerus bagi memastikan usaha bantuan kemanusiaan daripada seluruh dunia dapat dihantar.

"Negara-negara Arab perlu menggerakkan usaha lebih giat dan proaktif bagi memastikan rakyat Palestin yang pada ketika ini berhadapan situasi getir mendapat bantuan dalam kadar segera.

"Kita juga menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memainkan peranan utama dalam OIC , NAM dan Asean memutuskan hubungan diplomatik dan ekonomi secara rasmi dan tidak rasmi dengan rejim Zionis yang kejam itu," tegasnya.

AMK Selangor juga kata Ezli, mendesak dunia memberikan perlindungan terhadap aktivis-aktivis misi kemanusiaan ke Semenanjung Gaza kerana warga pelbagai negara terlibat dalam misi talian hayat kepada rakyat Palestin.

"Kita berharap Malaysia dapat mencontohi keberanian negara Turki dalam isu Palestin ini yang jelas dan berani pendiriannya," ujar Ezli

Tambahnya, AMK Selangor juga mengulangi desakan terhadap dunia agar nasib aktivis kapal Rachel Corrie tidak menerima nasib yang buruk seperti kapal Mavi Marmara.

"Kita berharap Wisma Putra memainkan peranan yang efektif dan berkesan untuk terus menyampaikan maklumat tepat dan pantas," tambah beliau lagi.


Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

Judi sukan: Najib terhutang budi pada Kumpulan Berjaya

Posted: 05 Jun 2010 02:00 AM PDT

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 5 Jun: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak merasa terhutang budi sehingga meluluskan lesen judi bola sepak Piala Dunia kepada Kumpulan Berjaya.

Beliau berkata, besar kemungkinan Kumpulan Berjaya turut memberikan sumbangan kepada Barisan Nasional (BN) untuk membiayai perbelanjaan menghadapi 11 pilihan raya kecil yang diadakan sebelum ini.

(Gambar: Khalid membahagi risalah GMJ kepada orang ramai.)

Tambahnya, Berjaya membayar sejumlah RM250 juta kepada kerajaan dalam tempoh setahun bagi lesen judi.

Baginya, tindakan kerajaan meluluskan lesen judi bola sepak itu kerana terdesak untuk mendapatkan duit kerana negara menghadapi masalah kewangan sekarang.

Jelasnya, kelulusan tersebut tidak pernah dibincang atau dibahaskan di Parlimen.

"Keputusan itu dibuat mendadak oleh kerajaan yang lahir dari sikap desperado, terdesak BN dalam keadaan negara menghadapi masalah kewangan," ujarnya pada Pelancaran Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) di hadapan sebuah pasar raya di Jalan Tuanku Abdul Rahman, di sini petang ini.

Turut berucap ialah Pengerusi GMJ, Mohd Azmi Abdul Hamid, Setiausaha JIM, Nahar Mohd Noor, wakil Jemaah Muafakat Muslim Perak, Zulkifli Ibrahim, Pengerusi Shura, Ustaz Abdul Ghani Samsudin, Setiausaha Agung Abim, Rahimi Abdul Rahim dan wakil Dewan Pemuda Masjid, Mohd Takiyuddin Abdullah.

Khalid berkata, ekoran kelulusan judi itu yang dianggap sebagai membalas budi, kemungkinan Berjaya akan terus memberikan sumbangan kepada BN.

Menurutnya lagi, penentangan terhadap kelulusan lesen judi itu bukan sahaja melibatkan Pakatan rakyat tetapi MCA dan Gerakan yang merupakan komponen utama BN.

"Hanya Umno yang menyokong," ujarnya.

Mohd Azmi sewaktu menjawab pertanyaan media berhubung sikap membisu pemimpin Umno berhubung kelulusan lesen judi bola sepak itu berkata: "Itu kena tanya Umno".


Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

Tahniah PAS Tawau. Halau Inul

Posted: 05 Jun 2010 01:15 AM PDT


http://www.mstar.com.my/archives/2010/6/5/mstar_hiburan/s.jpg


PAS Tawau Selar Penganjur Konsert Inul

Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ

PETALING JAYA: PAS kawasan Tawau, Sabah menyelar kenyataan penganjur Konsert 1 Inul Daratista, Nick Jordan yang mendakwa konsert yang sepatutnya diadakan di bandar itu hujung bulan lalu sebagai tidak lucah.

Yang Dipertua PAS Kawasan Tawau, Muhammad Hussain, sebaliknya berkata konsert Inul sebenarnya boleh meruntuhkan akhlak anak muda dan ia tidak wajar diadakan sama sekali.

"Adalah satu kenyataan yang kurang bijak telah keluar daripada mulut Nick Jordan dengan menyatakan bahawa konsert Inul tidak lucah dan dianggap satu seni dalam hiburan.

"Lenggok tubuh dan juga goyang gerudi yang sering diperkatakan itu merupakan bukti bahawa konsert Inul merupakan konsert yang berbaur lucah," katanya dalam satu kenyataan yang dihantar kepada mStar Online di sini semalam.

Khamis lalu, Nick Jordan mempertahankan pendirian konsert Inul tidak akan mendatangkan masalah kepada orang ramai kerana ia bukan berunsur lucah dan seterusnya kecewa apabila pihak berkepentingan politik cuba menghalang penganjurannya di Sabah hujung bulan lalu.

Akibat masalah itu, konsert berkenaan yang turut di jadual diadakan di ibu negara semalam terpaksa dibatalkan menyebabkan penganjur kerugian kira-kira RM240,000 apabila ia gagal dilaksanakan mengikut jadual.

Kata Muhammad Hussain, pergaulan lelaki dan perempuan di dalam satu konsert itu menambahkan lagi parahnya dan seterusnya dikhuatiri anak muda yang datang bukan sekadar mahu menonton konsert tetapi mempunyai agenda lain yang bertentangan dengan akhlak dalam Islam.

Jelasnya lagi, ia adalah bukti yang jelas bahawa konsert tersebut membawa kesan negatif berbanding kesan positifnya.

"Bukan sekadar sampah sarap yang berserakan di atas padang tetapi kadang kala ada juga peralatan yang digunakan untuk melakukan hubungan seks kerap ditemui setiap kali acara keraian seperti konsert dan sebagainya," katanya.

Muhammad Hussain turut menegaskan kesan daripada tiga jam Inul melakukan gelek di atas pentas itu akan menyebabkan anak muda juga bersorak untuk meniru aksi yang sama dan seterusnya menyumbang kepada keruntuhan akhlak mereka.

"Daripada membiarkan konsert ini berlaku dan menambahkan lagi maksiat di bumi Sabah, lebih baik kita cegah. Sebelum gejala maksiat semakin kronik di Tawau khususnya, lebih baik kita menghalang konsert yang tidak bermanfaat ini," katanya.

Menurutnya acara hiburan itu sebenarnya tidak salah tetapi berhibur yang berlebihan sehingga bertentangan dengan nilai-nilai Islam dan juga norma masyarakat adalah sesuatu yang dilarang..

Kali terakhir Inul beraksi di Malaysia pada Mei 2005 dan pada tahun ini sudah empat kali konsert artis tersebut mendapat bantahan.

Selain PAS, konsert itu turut di bantah oleh Wanita UMNO Kalabakan.


Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

SMS Mathias sebelum kapal Malaysia ditawan Israel

Posted: 05 Jun 2010 12:38 AM PDT

KUALA LUMPUR 5 Jun - Berikut adalah mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) yang diterima oleh Utusan hari ini daripada salah seorang daripada dua anggota Malaysian Perdana Global Peace Organisation (PGPO) , Mathias Chang di atas kapal MV Rachel Corrie.

9.30 pagi (waktu Malaysia) - Tiga boat tentera Israel kini mengekori kapal MV Rachel Corrie.

10.30 pagi - Boat-boat tentera Israel memecut ke arah kapal kami. Kami diminta bertenang

10.35 pagi - Mereka (tentera Israel) telah menyekat radar kami.

Itu merupakan kali terakhir kapal MV Rachel Corrie dapat dihubungi. - Utusan

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

Lelaki gendut kembali ke PKR

Posted: 05 Jun 2010 12:00 AM PDT

Saya telah mengikuti perkembangan Parti Keadilan Nasional (PKN) dari dulu lagi. Dalam sejarah awalnya, parti ini ditubuhkan di Hotel Renaisance Kuala Lumpur pada tahun 1998. Pelancaran PKN ini berlangsung disebuah hotel yang agak chic dan mahal.

Saya tidak masuk pun ke dalam dewan hotel itu. Saya hanya berlegar di tepi jalan di hadapan hotel. Saya ternampak ramai lelaki berperut gendut dan berbaju batik berlengan panjang keluar masuk dalam hotel. Saya berdiri di tepi jalan sebagai pemerhati dari jauh.

Babak petama di Hotel Renaissance ini berlangsung ketika ramai penyokong Anwar Ibrahim menganggap tidak lama lagi Anwar akan menjadi perdana menteri. Maka mereka pun melabur. Melabur untuk parti politik ini adalah teras hegemoni budaya Gerombolan United Malays National Organistion.

Dalam pilihan raya tahun 1999 - ramai juga lelaki berperut gendut dan berbaju batik yang menampil diri dan melabur lagi. Perlaburan mereka jatuh meleset. Maka berakhirlah zaman 'pink form Anwar Ibrahim'. Maka bermulalah zaman realis bahawa kuasa bukan di tangan individu atau kerana retorik individu tetapi dengan penyusunan ombak rakyat yang kompak untuk mendobrak kerajaan zalim BN.

Saya datang ke kongres parti hanya untuk melihat. Bukan untuk mendengar ucapan atau untuk mendengar gebang ahli-ahli politik. Sekali sekala saya mendengar juga. Tapi ini bukan tujuan asal. Saya menghadirkan diri untuk memerhatikan apakah yang dipakai oleh orang yang datang ke perhimpunan tersebut. Atau apa baju dan kasut yang di pakai oleh ahli-ahli parti. Untuk saya ini lebih penting dari seribu ucapaan.

Ketika Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan PKN bercantum pada tahun 2002 - satu upacara telah di adakan di Dewan Perhimpuan Cina Kuala Lumpur. Ketika itu saya datang menebeng dan melihat dari jauh. Saya perhatikan dewan besar tidak penuh - banyak kerusi kosong. Lelaki berperut gendut dan berbaju batik hampir pupus.

Ada muka-muka baru yang saya lihat ramai - apek China memaki baju-t berkolar dan berselipar. Ini pendatang baru. Lalu saya mengambil kesimpulan bahawa si apek yang berselipar ini pastilah datang dari PRM. Yang berkopiah putih tidak bagitu ramai. Yang berbaju Melayu, bersamping dan bersongkok langsung tidak kelihatan. Mak cik bertudung labuh pun tidak kelihatan. Anak muda kelihatan ramai.

Kongres di tokong amat radikal

Dari pemerhatian ini saya mengambil kesimpulan bahawa satu budaya baru telah muncul di dewan perhimpuan Cina ini. Malah satu sejarah terlakar kerana percantuman dua parti politik yang berasaskan warga Melayu telah diadakan di dewan perhimpuan Cina dan dihadiri oleh ramai apek Cina dan anak muda. Selipar Jepun dan baju-t Pagoda telah diterima untuk masuk ke persidangan.

Zaman berarak dan beredar. Satu lagi kongres PKR telah diadakan. Kali ini di Ipoh. Saya juga datang menumpang untuk melihat siapa yang datang dan apa pakaian yang akan dipakai. Dalam negara kuku besi seperti Malaysia ini bukan senang sebuah parti pembangkang untuk mendapat tempat mengadakan persidangan.

Jika hotel dilamar - hotel ini akan diberi amaran. Dewan milik orang ramai yang bersepah-sepah tidak mungkin dibenarkan untuk dipakai oleh parti pembangkang. Puak gerombolan akan menindas dengan pelbagai cara untuk memastikan kuasa terus di tangan mereka. Akhirnya kongres PKR di Ipoh telah diadakah di sebuah tokong.

Nah! Ini satu sejarah lagi. Bayangkan kongress PKR diadakan di Tokong Cina. Rasa kekok orang Melayu di dalam dewan tokong Cina tidak wujud lagi. Ini satu pembudayan yang amat radikal. Kalau dahulu di dewan perhimpunan Cina - kali ini di Tokong Cina. Kini PKR telah bergerak jauh dari hegemoni budaya gerombolan.

Ketika kongres di tokong ini berjalan saya perhatikan lelaki berperut gendut dan berbaju batik berlengan panjang tidak seramai di Hotel Renaisance dahulu. Ramai yang datang berpakaian agak lekeh dan sempoi. Untuk saya ini satu petanda yang amat membanggakan. Selipar dan baju-T pagoda sekali lagi menjadi trend di Ipoh.

Saya perhatikan yang datang ke tokong itu terdiri dari mak cik dan pak cik yang datang dengan bas dari Pahang, Kedah, Kelantan dan Terengganu. Memang dari wilayah yang jauh mereka datang. Mungkin kerana berita telah tersebar Anwar Ibarahim yang telah bebas akan datang ke kongres di Ipoh.

Saya tidak muncul di kongres Pulau Pinang dan di Seremban. Saya terlupa sebab apa saya tidak datang. Jadi saya tidak ada catitan jenis pakaian apa yang terdapat di kongres tersebut. Apa yang saya amat yakin ialah lelaki berperut gendut dan berbaju batik mula berkumpul kembali. Mereka datang kerana Anwar Ibrahim telah di bebaskan. Mereka menunjukkan muka sekali lagi. Ini juga sebagai pelabur saham. Budaya germbolan datang sekali lagi dalam PKR.

Minggu lepas saya ke Kota Bahru. Saya datang menebeng dan tumpang melihat kongress ke-6PKR. Kali ini semuanya telah berubah. Kongres kali ini diadalah sesudah 8 Mac 2008 - ertinya satelah mendapat kemenangan dan wujudnya Pakatan Rakyat.

Hilang indentiti

Kongres Angkatan Muda Keadilan diadakan di satu tempat peranginan di Pantai Cahaya Bulan. Saya sampai awal pagi. Ketika saya sampai, apa yang saya dengar hanya desiran ombak. Esoknya saya lihat tempat bersidang yang agak lumayan berbanding dengan tokong di Ipoh dahulu. Lebih tersusun dan teratur. Para perwakilan ada bilik dan tempat penginapan. Ini lumayan.

Untuk saya gerakan anak muda ini paling penting. Anak muda adalah nadi sesebuah organisasi politik. Tanpa tenaga muda tidak mungkin ada parti politik yang boleh berkembang. Bila saya menjenguk muka ke dalam dewan persidangan AMK - saya senang hati kerana hampir 400 orang anak-anak PKR muda sedang berdebat dan berbincang.

Kemudian saya terlihat ramai perwakilan di dalam dewan yang memakai baju biru. Mungkin ini baju rasmi AMK. Ini satu kesilapan besar. Anak muda yang berseragam sampai dunia kiamat pun tidak akan dilihat cool. Anak muda cool pemecah ruyung tidak akan mengikut arahan bagaimana harus berbaju atau berseluar. Yang suka berseragam adalah mereka yang suka ditarik hidung. Pakaian seragam diwujudkan agar individu hilang identiti diri. Saya hanya tersenyum - bermula dengan berbaju biru dan mungkin akan berakhir dengan berperut gendut dan berbaju batik berlengan panjang.

Esoknya saya masuk ke Dewan Kelantan Trade Center. Saya pun tidak faham kenapa bangunan ini dipanggil Kelantan Trade Center. Apakah dengan pengunaan bahasa Inggeris ini akan membuktikan bahawa kerajaan Kelatan ini hebat dan berwibawa. Jika ini hujah nya maka ini samalah seperti drama swasta yang menggunakan "I" dan "You" untuk membuktikan bahawa para pelakon drama ini berilmu.

Dalam dewan saya perhatikan bahawa tradisi lelaki berperut gendut dan memakai baju batik berlengan panjang semakin berkurang. Lelaki berperut gendut dan memakai baju batik berlengan panjang ini ramai telah keluar dari PKR. Tetapi jangan silap baca masih ramai lagi lelaki jenis ini menjalar dalam PKR. Tetapi buat sementara waktu mereka tidak memakai baju batik dan telah cuba mengempiskan perut.

Kenapa saya memperlekehkan lelaki berperut gendut dan berbaju batik lengan panjang? Jawabnya cukup senang. Perhatikan muka yang telah lari meninggalan PKR. Perhatikan perut mereka. Semuanya gendut dan boroi. Mereka juga sering dilihat memakai baju batik berlengan panjang.

Untuk saya baju batik berlengan panjang muncul dari hegemoni budaya gerombolan United Malays National Organisation. Saya anggap perkara yang paling bodoh yang kita lakukan ialah meniru apa yang dilakukan oleh musuh kita. Menerima apa yang dibudayakan oleh musuh membuktikan kita tidak memiliki fikrah untuk melakonkan yang baru.

Kita bukan sahaja wajib menolak parti gerombolan. Kita juga wajib menolak budaya yang disebarkan oleh gerombolan. Berperut gendut dan berbaju batik lengan panjang adalah budaya gerombolan. Ini wajib dilupuskan. PKR wajib melahirkan seni dan budaya sendiri. Jangan jadi malas hanya dan menerima baju batik berlengan panjang sebagai budaya. Kerana malas, maka perut jadi gendut.


Hishamuddin Rais


Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

Rachel Corrie hampir tiba di Gaza

Posted: 04 Jun 2010 11:30 PM PDT

Kapal Rachel Corrie yang sedang dalam misi bantuan kemanusiaan dijangka memasuki perairan Gaza kira-kira tiga jam lagi sekiranya tidak menghadapi apa-apa kesulitan.

Wakil Perdana Global Peace Organisation (PGPO) Sufi Yusoff ketika dihubungi berkata Rachel Corrie kini berada kira-kira 55 batu nautika dari pelabuhan Gaza.

Enam warga Malaysia antara sukarelawan yang berada atas kapal itu.

"Pada ketika ini, kesemua anak kapal berada dalam keadaan selamat walaupun terdapat tiga buah kapal peronda mengekori kapal tersebut sejak tiga ke empat jam lepas," kata Sufi yang juga pembantu kepada pengerusi PGPO, Tun Dr Mahathir Mohamed kepada Bernama hari ini.

Bagaimanapun, katanya, identiti kapal-kapal peronda tersebut yang berada kira-kira enam hingga 10 batu di belakang Rachel Corrie tidak dapat dipastikan tetapi disyaki milik Isreal berdasarkan kepada visual yang diterima.

Sambil menolak khabar angin yang tersebar di internet yang mengatakan bahawa Rachel Corrie kini dikepung tentera laut Israel, beliau mengulangi kenyataan PGPO awal pagi ini bahawa mereka mengalu-alukan wakil daripada badan antarabangsa terutamanya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB) untuk memeriksa Rachel Corrie.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan bagi pihak aktivis keamanan itu pada kira-kira 12.30 tengah malam, PGPO berkata para sukarelawan di atas kapal MV Rachel Corrie mengalu-alukan badan antarabangsa memeriksa kapal itu.

Mereka mempelawa sebuah badan bebas, khususnya PBB untuk membuat pemeriksaan dan menentukan jenis kargo dalam kapal itu.

Para sukarelawan itu juga berikrar bahawa mereka terdiri daripada aktivis tidak bersenjata dan kapal itu tidak membawa sebarang senjata atau kelengkapan yang mungkin digunakan untuk tujuan berbahaya.

- Bernama

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

Lagi NGO Melayu bantah ‘halalkan’ judi sukan

Posted: 04 Jun 2010 11:13 PM PDT

Oleh G. Manimaran

KUALA LUMPUR, 5 Jun — Tekanan agar kerajaan pusat menarik balik lesen judi bola sepak kelihatan meningkat dengan satu lagi badan bukan kerajaan (NGO) Melayu menentang keputusan menghalalkan pertaruhan aktiviti sukan.

Pertubuhan Anak Melayu Selangor Daruk Ehsan Wilayah Persekutuan yang mendakwa mempunyai 3,000 ahli di ibu negara mengumumkan protesnya pagi ini.

Pendirian itu dibuat kira-kira 3 jam sebelum Pemuda PAS bersama lebih 20 NGO termasuk sayap muda DAP bersiap sedia untuk melancarkan Gerakan Rakyat Membantah Judi di pekarangan kompleks membeli-belah Sogo di sini.

"Kami akan menyertai Gerakan Rakyat Membantah Judi secara tidak rasmi, apa yang baik untuk rakyat kami akan sokong...," kata Naib Yang Dipertuanya Mohd Zaini Anwar pada sidang media di sini pagi ini.

Terdahulu dalam teks yang dibacakan oleh Exconya, Mohamad Yusoff Yahya, Pertubuhan Anak Melayu Selangor Daruk Ehsan Wilayah Persekutuan merayu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar menarik balik keputusan pengeluaran lesen terbabit dengan segera bagi menghindari kepincangan daripada terus berlaku dalam masyarakat.

"Hanya sumber pendapatan dan perolehan rezeki yang halal sahaja yang dapat memberkati urusan pentadbiran negara, apatah lagi Malaysia yang dikenali sebagai sebuah negara Islam contoh yang menjadi hab perdahangan halal dunia," katanya.

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

Kemarahan bergema di Kota London.

Posted: 04 Jun 2010 11:00 PM PDT

Penduduk Britain yang prihatin dan marah dengan kekejaman tentera rejim Israel merancang mengadakan demonstrasi besar-besaran di tengah-tengah kota London pada 5 Jun 2010. Emosi para aktivis pro-Palestine serta rakyat kebanyakan semakin membara berikutan kedegilan pihak berkuasa Israel yang masih menyekat kapal bantuan kemanusiaan ke Gaza serta pembunuhan kejam para aktivis keamanan di atas kapal Marvi Marmara baru-baru ini.

Pihak yang telibat dalam penganjuran demonstrasi ini adalah Friend of Al-Aqsa, British Muslim Initiative, Viva Palestina, Stop The War Coalition, CND dan Palestine Solidarity Campaign (PSC). Pertubuhan-pertubuhan ini adalah enam organisasi pro-Palestine yang terbesar di Britain.

Betty Hunter, Ketua Setiausaha PSC berkata, "Tindakan tidak bertamadun dan kejam tentera rejim Israel telah membangkitkan kemarahan rata-rata rakyat Britain untuk keluar menunjukkan penentangan mereka ke atas tindakan kerajaan Israel itu. Demonstrasi ini juga akan memberi peluang kepada semua orang untuk menunjukkan rasa tidak puas hati dan marah mereka ke atas pembunuhan kejam aktivis yang tidak bersalah dan sekatan haram ke atas Gaza.

Kata Lindsey German dari Stop The War Coalition, "Apa yang boleh kita pelajari dari kejadian baru-baru ini adalah, penggunaan kekerasan ketenteraan yang keterlaluan tidak mungkin sama sekali boleh membawa kepada keamanan atau keadilan. Tindakan tentera rejim Israel membunuh aktivis keamanan yang tidak bersalah serta melalukan sekatan haram ke atas Gaza hanya akan menjadi pemangkin kepada lebih banyak lagi keganasan. Hanya satu solusi untuk permasaalahan ini iaitu bumi Palestine mesti dibebaskan!." Stop the War Coalition adalah organisasi anti peperangan yang terbesar di Britain.

Selain itu CND, organisasi yang paling lantang mengkritik keupayaan nuklear kerajaan Israel dan penggunaan kekerasan melampau oleh kerajaan Israel terhadap penduduk Palestine, berkata melalui pengerusinya, Kate Hudson:

"Penghalang utama keamanan dan kestabilan di Timur Tengah adalah keengganan kerajaan Israel melucutkan keupayaan persenjataan nuklear mereka. Ini boleh mengakibatkan berlaku perlumbaan persenjataan nuklear dan kegagalan kerajaan Israel menyelesaikan konflik di Palestine secara aman akan memburukkan lagi keadaan di sini."

Dalam pada itu, menurut British Muslim Initiative, "Pembunuhan kejam aktivis kemanusiaan yang berlaku di perairan antarabangsa baru-baru ini merupakan satu jenayah perang. Justeru itu, rejim penjenayah perang Israel mestilah dikenakan tindakan yang sama seperti yang pernah dilakukan oleh masyarakat dunia terhadap rejim Apartheid di Afrika Selatan satu masa dahulu. Kami mendesak mereka yang bertanggungjawab di atas jenayah perang ini dihadapkan ke muka keadilan secepat mungkin!." British Muslim Initiative adalah organisasi bebas di Britain yang menyuarakan pandangan masyarakat Islam di sini.

Sementara itu, jurucakap dari Viva Palestina di laporkan berkata, "Serangan Israel ke atas flotilla bantuan kemanusiaan baru-baru ini adalah pembunuhan berdarah yang sangat kejam seperti mana kejadian pembunuhan yang berlaku di Soweto dan Sharpville. Penindasan, serangan dan kekejaman ke atas Gaza mesti dihentikan!." Viva Palestina adalah organisasi yang telah berjaya membawa masuk bertan-tan bantuan kemanusian ke Gaza melalui jalan darat sebelum ini. Ia menyokong penuh usaha demonstrasi yang akan di adakan pada hari sabtu nanti.

Akhir sekali, Ismael Patel, Pengerusi Friend of Al-Aqsa berkata, "Serangan ke atas kapal Marvi Marmara adalah sangat kejam dan masyarakat dunia bertanggungjawab memberikan keadilan kepada mereka yang terkorban dan cedera dalam kejadian ngeri itu. Kami menyeru kerajaan Britain mengetuai usaha murni ini."

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : ahmad rusydan


Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

Fuzi Muda bahaya pada UMNO.

Posted: 04 Jun 2010 10:30 PM PDT

Fuzi Muda dari Perak serah memorendum kepada ROS supaya membuat penyiasatan terhadap tuduhannya bahawa Parti Keadilan Rakyat (PKR) membuat lapuran tahunan palsu yang dihantar kepada ROS dan meminta supaya diistihar Kongres Parti Keadilan Rakyat yang berlangsung di Kota Bharu pada 28hb. Mei hingga 30hb. Mei tidak sah.

Alasan yang diberi senang saja, kerana persidangan PKR diperingkat cabang di Perak tidak sah kerana tidak cukup koram. Itulah alasan setelah beliau meninggalkan parti Keadilan Rakyat itu yang mana satu ketika beliau mendakwa ada orang yang hendak merasuahnya sebanyak RM50 juta. Semasa beliau dalam Keadilan perkara mesyuarat tidak cukujp koram tidak timbul.

Cerita mesyuarat tidak cukup koram ni, bukan perkara biasa dalanm persidangan tahunan parti-parti politik tidak kira PKR kah, UMNO kah atau PAS kah termasuk juga pertubuhan dan persatuan sukarela,. Saya kira Fuzi Muda tahu perkara ini.

Kenapa Fuzi Mudaa buat memnorendum dan lapuran terhadap PKR saja, kenapa tidak terhadap semua parti politik sekiranya Fuzi Muda ini seorang yang jujur berjuang untuk membantu pihak ROS menjalankan tugas dengan berkesan. Apabila hanya PKR saja menjadi target oleh Fuzi Muda tentu ada muslihatnya.

Kalau dikira bahasa zaman ini, tujuan Fuzi Muda itu berniat jahat, bukan saja jahat terhadap PKR tapi jahat kepada pertubuhan yang lain yang mengadakan persidangan agung tahunan tidak cukup koram termasuklah Parti UMNO yang sekarang ini sedang mengadakan Persidangan UMNO Cawangan yang mana ada cawangan hanya bermesyuarat sambil tertiarap saja.

Oleh itu UMNO hendaklah berhati hati dengan orang seperti Fuzi Muda ini kerana nampaknya seperti mahu membantu UMNO tapi sebenarnya membawa penyakit yang buruk yang boleh merusakkan UMNO. Orang seperti ini sebenarnya tidak ada kejujuran dan tindak tanduknya tidak boleh dipercayai.

Apa yang dilakukan oleh Fuzi Muda itu menguntungkan PKR dan sekiranya ramai lagi orang yang seperti Fuzi Muda ini keluar dari PKR maka senanglah Anwar Ibrahim mengurus PKR dimasa yang akan datang. Sekiranya UMNO mengambil kira orang seperti Fuzi Muda ini maka alamatlah teori 'RAHMAN' sudah sampai ke penghujungnya.

http://newkk.blogspot.com/

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

Netanyahu Pertahan Kepungan Gaza, Serangan Armada

Posted: 04 Jun 2010 10:15 PM PDT

Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu pada hari Rabu menolak kecaman antarabangsa atas serangan maut terhadap Armada Bebas Gaza yang membawa bantuan ke Gaza dan menyatakan bahawa pengepungan Jaluran Gaza " diperlukan untuk mencegah serangan peluru berpandu terhadap Tel Aviv dan Yerusalem ".

"Israel adalah mangsa serangan kemunafikan antarabangsa," katanya di tengah panggilan untuk membatalkan kepungan Israel di Gaza. Dia juga membela serangan maut hari Isnin terhadap armada tersebut yang berusaha untuk memberikan bantuan ke Gaza.

"Ini bukan 'Kapal Cinta'," "Itu adalah kapal benci" kata Netanyahu dalam satu penyampaian kepada rakyat Israel, merujuk kepada kapal yang diserang oleh komando yang menyebabkan kematian sejumlah aktivis.

"Ideanya adalah untuk memecahkan kepungan laut. Apakah itu, puluhan, ratusan kapal akan datang kemudian, dan di setiap kapal ratusan roket, peluru berpandu dapat dibawa," katanya.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : ameen

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

Tiada ulasan: