Sabtu, 5 Jun 2010

Ajijoi

Ajijoi


XPDC Pakatan Rakyat Siri 2: Disambut kompang di Pekan Manong

Posted: 05 Jun 2010 08:38 AM PDT

MANONG 5 JUN: Setiba rombongan kami ke Pekan Manong pada jam 9.25 pagi, kegembiraan jelas terlihat diwajah-wajah warga pekan itu yang telah sedia menanti kami sejak pagi lagi.

Rombongan kami disambut dengan paluan kompang serta diarak dengan meriah sepanjang perjalanan menuju ketempat yang telah disediakan.

Kegembiraan jelas terlihat diwajah pimpinan yang disambut
meriah sebegini

Rombongan mula berarak

YB Sivakumar dibarisan hadapan

Paluan kompang mengalu-alukan ketibaan kami



Mula tiba ditempat yang telah sedia ramai menanti

Warga Manong yang menanti disepanjang jalan

Gembira dapat bertemu dengan pimpinan

Bersalaman dengan warga Manong



Ramai yang berhimpun diluar kedai untuk bersama-sama
dengan pimpinan Pakatan Rakyat Perak

Sarapan pagi yang disediakan PR Manong

Penyampaian sumbangan buat warga miskin Manong
oleh Dato Seri Haji Nizar



Sumbangan disampaikan oleh Dato Ngeh Koo Ham






Nasi lemak sarapan pagi Dato Seri Haji Nizar

Sumbangan yang disampaikan oleh YB Zainuddin Yusuf


Ust Ahmad Awang bersarapan bersama Tuan Guru Haji
Abu Bakar Hussin


Sumbangan yang disampaikan oleh YB Chan Ming Kai

Dato Ngeh ditemubual oleh wartawan

Bersalaman dengan orang ramai sebelum berangkat pulang

Gembira bertemu Dato Seri Haji Nizar

Warga Manong mengabdikan gambar kenangan bersama
Dato Seri Haji Nizar

Kita sokongan Pakatan Rakyat, kata penduduk Cina ini

Dato Seri pantang berjumpa dengan kanak-kanak, pasti
didukungnya, biar Melayu, Cina mahupun India

Anak kecil ini baru berumur 3 bulan

Dato Seri Haji Nizar menerangkan perihal lesen judi bola
yang dikeluarkan oleh Umno

Pegawai-pegawai polis yang tersenyum apabila disapa dan
diramah mesra oleh Dato Seri Haji Nizar

Rombongan ekspedisi bertolak ke destinasi seterusnya pada jam 9.55 pagi.

Sokongan warga Manong tetap tidak berbelah bagi.

Terima kasih di atas sambutan yang meriah itu tadi.

XPDC Pakatan Rakyat Perak Siri 2 - Bermula di Kuala Kangsar

Posted: 05 Jun 2010 06:35 AM PDT

K.KANGSAR 5 JUN: Kejayaan Ekspedisi Pakatan Rakyat Perak pada bulan Februari yang lalu telah menghasilkan ekspedisi siri ke-2 hari ini. Begitu banyak permintaan daripada kawasan-kawasan yang tidak dapat dikunjungi pada ekspedisi yang pertama lalu untuk pimpinan Pakatan Rakyat Perak bertandang ketempat mereka.

Ekspedisi yang membawa pimpinan tertinggi parti-parti Pakatan Rakyat Perak (PAS, PKR, DAP) menjelajah seluruh pelusuk negeri Perak bagi berjumpa sendiri dengan rakyat amat dinanti-nantikan oleh semua.

Pesuruhjaya PAS Perak, Tuan Guru Haji Abu Bakar Hussin, Dato Seri Haji Nizar Jamaluddin (Ahli Parlimen Bukit Gantang dan Adun Pasir Panjang), Ustaz Ahmad Awang, YB Drs Khalil Idham Lim (Adun Titi Serong), YB Zainuddin Yusuf (Adun Lubuk Merbau), Ust Zawawi Hassan (Ketua Pemuda PAS Perak), Dr. Haji Khairuddin Bin Dato' Abd Malik (Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak) mewakili pimpinan PAS Perak.

YB Dato Ngeh Koo Ham (Ahli Parlimen Bruas, Adun Sitiawan dan juga Pengerusi DAP Perak) mewakili DAP Perak manakala YB Yunus Jamhari (Adun Kuala Kurau), YB Chan Ming Kai (Adun Simpang Pulai) dan YB Kesavan (Adun Hutan Melintang) untuk PKR Perak.

Dua buah bas telah disediakan untuk membawa pimpinan-pimpinan parti PR untuk bertemu dengan rakyat sejak pagi sehinggalah ke waktu malam. Pelbagai program dan jadual yang disusun agar perjalanan xpdc kali ini lebih bermakna kepada semua.

Masjid Ridhuaniah di Kuala Kangsar telah dipilih sebagai lokasi tempat berkumpul dan bermulanya ekspedisi kali ini.

YB Drs Khalil Idham Lim sebagai Ketua Ekspedisi memberikan
sedikit taklimat mengenai program hari ini

Dato Seri Haji Nizar bersama rombongan PKR dan DAP

Perbincangan antara Ust Ahmad Awang dan Dr Khairuddin

Dato Seri Haji Nizar membicarakan sesuatu

Masih sempat bergambar

Bergambar ramai

Dr Khairuddin memberikan sedikit taklimat

Sdr Thannimalai daripada Dewan Himpunan Penyokong
PAS Perak bersama rakannya daripada DAP

Kumpulan Unit Amal yang akan mengikuti xpdc kali ini

Ini bukanlah para blogger tetapi SB yang hadir awal untuk
membuat rakaman. Seorang mengambil gambar manakalan
seorang lagi merakam video.

Senyum bang, jangan tak senyum. 2 orang SB yang dikesan
bersama seorang lagi wanita Cina berbaju ungu yang hanya
menunggu dihujung pintu masjid

Ust Ahmad Awang membacakan doa sebelum perjalanan
bermula

Ust Ahmad Awang yang masih tegap dan sihat tidak
mahu ketinggalan di dalam xpdc kali ini

Sementara menantikan bas tiba, bergambar beramai-
ramai sebelum xpdc dimulakan

Bersemangat untuk memulakan perjalanan bertemu
dengan rakyat negeri Perak

Bas xpdc yang tiba jam 8.50 pagi

Marshall yang memastikan perjalanan xpdc ini berjalan
lancar

Kereta-kereta Pusat Khidmat Adun juga turut mengiringi
rombongan xpdc

Bas pertama yang diketuai oleh Dr Khairuddin dan juga
Dato Seri Haji Nizar

Bas kedua pula diketuai oleh YB Drs Khalil Idham Lim
dan Dato Ngeh Khoo Ham

YB Chan Ming Kai, Ust Zawawi Hassan dan YB Yunus
Jamhari berbual mesra sepanjang perjalanan

Rombongan xpdc mula bertolak jam 8.55 pagi menuju
ke destinasi yang pertama

Lawak pagi: Sang SB bertanya, berkumpul ramai-ramai ni ada permit ke?
Jawab pimpinan, kami berkumpul untuk menunggu bas. Takkan menunggu bas pun perlu permit?

Tiada ulasan: