keAZAManMalaysia |
| PRU ke-13 Awal Kerana "Duit" dan "Katak" Posted: 20 Jun 2010 04:47 AM PDT Sound Direct:ahahaha itu al-hantuya.. ahahahahaBerita Minggu keluaran hari ini menyiarkan sebuah rencana mengenai kemungkinan PRU ke-13 akan dipercepatkan.Kononnya PRU akan dipercepatkan atas faktor ekonomi dan konflik pembangkang. 1.Pilihan raya dipercepatkan kerana ekonomi semakin stabil?Tidak masuk akal betul.Kalau tidak stabil PM sedia ada pun liat mahu letak jawatan. 2.Konflik pembangkang dijadikan faktor supaya kerajaan menentukan pilihan raya?Nampaknya ada yang tidak betul,bagaimanakah kerajaan yang menetukan tarikh PRU?Sedangkang SPR yang tentukan PRK?Bodohkan?Apa gunanya SPR? 3.Sepatutnya SPR yang berkuasa dan menjalankan tugas dengan mengikut perlembagaan.Bukankah PRU perlu diadakan 5 tahun sekali? 4.Mungkin lebih baik ayat itu ditukarkan kepada "selepas 5 tahun automatik bubar",kemudian diletakkan pula tempoh hari.Ini tidak,jadi wakil rakyat tidak sampai lima tahun. 5.Tambahan lagi,kuasa yang ada pada PM untuk menentukan tarikh PRU begitu berat sebelah dan tidak demokratik. 6.Maknanya,pemberian kuasa penentuan tarikh PRU perlulah diperincikan,walaupun PM mempunyai kuasa untuk membubarkan Parlimen dalam kes-kes tertentu.Bukan ikut suka dia sahaja. 7.Lagi pun,kalau buat awal sangat macam BN boleh menang.Semasa belum mengenal politik,saya sendiri hairan mengapa PRU diadakan awal sedangkan dalam buku teks sejarah menyatakan PRU perlu diadakan 5 tahun sekali. Sekian,Wallahu'alam. |
| You are subscribed to email updates from keAZAManMalaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan