:: RUANG BICARA PRIA MALAYA :: |
- Siapa rasis?: DAP lebih utamakan Bahasa Melayu berbanding MCA
- Polis Diraja Malaysia PDRM kejam - PBB
- Penyokong tegar Umno berbelah bahagi: Tidak sedia terima ulamak/Dr Asri ke dalam Umno!
- Blogger Umno akui Umno kedah lemah: Gesa Mahdzir Khalid undur, sokong Mukhriz
- Umno terus bergolak: Selepas Umno Kedah, Umno Terengganu pula dilanda masalah!
- Krisis Umno Kedah berjangkit pada sayap Puteri
| Siapa rasis?: DAP lebih utamakan Bahasa Melayu berbanding MCA Posted: 20 Jun 2010 09:53 PM PDT DAP Lebih Sayang Bahasa Melayu Daripada MCA Assalamu'alaikum dan salam perjuangan, DAP seringkali menjadi bahan 'belasahan' UMNO/BN apabila memperkatakan tentang Melayu. Tidak kiralah Tanah Melayu, Bahasa Melayu ataupun apa-apa yang ada kaitan dengan Melayu maka DAP pasti akan menjadi mangsa. Begitulah nasib rakan dalam Pakatan Rakyat yang terus diganyang oleh media arus perdana khususnya media bahasa Melayu yang akan terus memberikan serangan bertubi-tubi kepada DAP dan kepimpinannya. Walaupun DAP telah cuba melakukan perubahan untuk meyakinkan kepada masyarakat Melayu bahawa DAP bukan anti Melayu tetapi ia tetap masih belum berjaya untuk memperbaiki keadaan kerana masih ramai Melayu yang percaya DAP akan ranapkan Melayu jika DAP diberikan kuasa memerintah Malaysia. Sejak YAB Lim Guan Eng memimpin kerajaan Pulau Pinang, pelbagai isu cuba ditayangkan kepada rakyat betapa DAP adalah parti yang zalim dan menindas orang Melayu sehingga kita semacam terlupa bahawa sebelum itu Pulau Pinang telah dipimpin oleh Gerakan/BN selama 35 tahun. Tempoh dua tahun pemerintahan PR di Pulau Pinang seolah-olahnya sama seperti tempoh BN telah memerintah Pulau Pinang selama ini. Saya tidak kata bahawa LGE adalah pemimpin yang sempurna sehingga tidak ada cacat celanya namun tempoh dua tahun yang beliau lalui sebagai KM Pulau Pinang telah cuba menjalankan pemerintahan dengan sebaiknya untuk semua tidak kira apa juga kaum dan latar belakang parti. Secara beransur-ansur DAP cuba untuk mendekati masyarakat Melayu agar melihat mereka dengan mata hati bahawa apa yang dilemparkan oleh UMNO/BN kepada mereka adalah tidak benar. Saya menggunakan tajuk 'DAP lebih sayang Bahasa Melayu daripada MCA' kerana saya baru sahaja menyedari bahawa laman web kedua-dua parti ini menggunakan lebih daripada satu bahasa namun salah satunya tidak menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantaraan. DAP mempunyai laman web yang memberikan kemudahan kepada umum untuk melayari dengan menggunakan tiga bahasa iaitu :- http://dapmalaysia.org/newenglish/index.htm - Bahasa Inggeris http://dapmalaysia.org/bm/ - Bahasa Melayu http://dapmalaysia.org/cn/ - Bahasa Mandarin Manakala MCA pula hanya menyediakan dua bahasa sahaja iaitu :- http://www.mca.org.my/Chinese/Pages/default.aspx - Bahasa Mandarin http://www.mca.org.my/English/Pages/default.aspx - Bahasa Inggeris Kenapa MCA tidak menggunakan medium Bahasa Melayu? Adakah kerana MCA adalah untuk masyarakat daripada kaum Cina maka tidak perlu menyediakan laman web dalam Bahasa Melayu sedangkan MIC mampu menyediakan laman web di dalam Bahasa Melayu? Bukankah ini sebenarnya menggambarkan betapa MCA tidak menghormati bahasa kebangsaan? Pepatah Melayu "Kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tidak dapat dilihat". - minda-kembara.com |
| Polis Diraja Malaysia PDRM kejam - PBB Posted: 20 Jun 2010 09:40 PM PDT ![]() Polis Malaysia adalah Kejam - PBB Polis Diraja Malaysia PDRM dinilaikan sebagai kejam dalam menangani masaalah tertuduh ketika dalam tahanan. Pendapat ini disampaikan oleh Pegawai HAM PBB yang meninjau keadaan para tahanan PDRM di Malaysia. "Penyiksaan seolah sebagai satu prosedur standard ketika dalam tahanan. Keterangan ini diperoleh dari para tahanan yang ditemui oleh pasukan PBB itu semasa dalam kunjungan nya ke Malaysia," kata El Haji Malik Sow, Ketua Delegasi HAM PBB, Jumaat (18/6/2010) di Kuala Lumpur. Para tahanan yang disiksa kebanyakan nya berkesalahan yang berkait dengan subversif, rusuhan, imigresyen, "Sebahagian tahanan mengaku dipukuli, ditendang, ataupun disiram air kotor," kata El Haji Malik Sow lagi. selaku ketua delegasi itu. Beberapa tahanan ada yang dikurung dan dibiarkan kelaparan. Sebagian besar tahanan tidak diberikan kesempatan menghubungi keluarga atau peguam bela. Sejumlah anggota polis turut terlibat dalam pembunuhan seorang fotomodel Mongolia yang diberitakan mempunyai hubungan rapat dengan beberapa orang di Malaysia. Fotomodel itu dihancurkan mati dengan kekuatan bom teknoloji tinggi C4. Kes yang diduga berkait dengan pemberian 'bawah meja' dalam urusan pembelian kapal selam Perancis yang dilakukan Pemerintah Malaysia beberapa tahun lalu itu kini telah hilang dari pemberitaan. Apa kesah dengan Anwar Ibrahim semasa ditahan, yang dilanyak oleh Ketua Polis sendiri. Pihak Komisi HAM PBB, mengambil keterangan dari para tahanan dan mengatakan yang mereka lebih suka memilih berada di penjara lagi daripada berada dalam tahanan polis ataupun imigresyen dinegara ini. Delegasi dari HAM PBB datang diatas undangan kerajaan Malaysia yang berusaha melakukan perubahan bahagian perundangan. Raja Azahar Abdul Manap, seorang pegawai di Jabatan Dalam Negeri Malaysia, mengatakan, kerajaan berusaha memperbaiki kondisi tahanan. – komp/Reuters |
| Penyokong tegar Umno berbelah bahagi: Tidak sedia terima ulamak/Dr Asri ke dalam Umno! Posted: 20 Jun 2010 10:59 AM PDT (Sekadar gambar hiasan) Oleh: Pria Malaya Berikut adalah luahan hati penyokong-penyokong Umno di dalam Forum Tempur Politik Maya Kumpulan Penyokong Umno, MYKMU mengenai isu 'Dr Maza masuk Umno'.. Meneliti komen2 mereka, menunjukkan majoriti dari kalangan mereka tidak/kurang bersetuju dengan kemasukan ulamak ke dalam Umno..bukti lainnya, thread tentang isu ini tidak mendapat sambutan yg menggalakkan, berbeza jika wujud isu/berita/spekulasi pemimpin PR masuk Umno dan isu yg seangkatan dengannya.. Mungkin mereka masih belum sedia menerima tokoh2 agama menyertai Umno..mungkin bagi mereka, alim ulamak dan Umno adalah suatu yang pelik, aneh dan janggal, tidak boleh bersatu ibarat fahaman mereka yg memperlihatkan politik suku, agama suku...namun jika tokoh2 bangsa ataupun politik, sudah pastinya akan mendapat sambutan yg menggalakkan dr kalangan mereka..kenapa, korang fikir2 lah sendiri.. Apa pun, ikuti antara komen mereka mengenai isu ini.. lady_j habis la kena cop ulama politik lepas niHerotamil Pendapat peribadi aku.... madinat nampak gaya nanti ada le jawatan mursyidul am UMNO...kerja dia tukang keluarkan fatwa je..berlawan le depa dgn situa kutuk murtad keparat nik aziz tu..sorang kata haram..sorang kata halal... Herotamil Yep..this is definitely going to happen!!pemudajambu demi hormat pada Islam (bukan ISLE) dan gelaran ULAMA, aku rasa takpayah lah penglibatan mereka ni dalam UNO ... bukan tak sudi, bukan tidak hormat tetapi demi ISLAM itu sendiriPujangga_bangsa Dari pandangan aku pulak.. ada pros and cons..seman_tahan Tapi aku rasa lebih baik dia org jadi ahli biasa ke atau buat la parti buka politik mcm perkasa. takut nanti jadi mcm tikus baiki labu.inaki jadi ulamak parti ni tak perlu kot, yela kang pemimpin2 buat bende tak elok, yg si ulamak tutup mata buat2 tak nampak... jadi ulamak dan bila nak berpolitik kena berani la nak tegur pemimpin2 tak guna tu, kang bersubahat plak jadinya nanti...uncle_pejmbps Asri??Baca seterusnya di MYKMU dengan tajuk, 'Ulamak Sertai UMNO'..juga boleh lihat komen Zul Noordin yg turut tidak bersetuju Dr MAZA menyertai Umno (politik), baca di sini...wallahua'lam.. |
| Blogger Umno akui Umno kedah lemah: Gesa Mahdzir Khalid undur, sokong Mukhriz Posted: 20 Jun 2010 09:38 AM PDT Wujudkah Lagi Umno Kedah? Jika ditelusuri laman maya atau akhbar untuk mencari berita tentang Umno Kedah, tentang apa yang mereka sedang buat pasti yang ada hanya berita-berita basi lebih setahun yang lalu saja boleh ditemui. Malah kewujudan Umno di Negeri Kedah juga menjadi persoalan. Jika semasa zaman Abdullah Badawi, Umno ditadbir oleh anak beranak, Umno Kedah menjadi pengampu setia langkah Abdullah Badawi melalui Mahdzir Khalid. Malah, Mahdzir Khalid, melalui rakan-rakannya cuba menyekat sehingga ke peringkat cawangan sebarang usul yang bakal menyentuh dinasti Badawi ketika itu. Begitulah setianya Mahdzir Khalid menyembah Abdullah Badawi, hasilnya Umno Kedah menyembah bumi. Tidak cukup dengan sikap menutup pintu kepada suara akar umbi, Mahdzir Khalid dan konco-konconya, termasuklah Johari Baharum pula pada ketika itu menghina Tun Mahathir dengan bermacam tindakan bacul mereka untuk mengampu Abdullah Badawi. Ini sangat mengecewakan ahli Umno Kedah diperingkat akar umbi. Mereka lupa satu perkara, bahawa bukan Abdullah Badawi yang memberi mereka jawatan, tapi rakyat. Kalau tak percaya, cuba sekarang ini mereka pergi minta jawatan Menteri Besar dari Abdullah Badawi , bolehkan Abdullah Badawi mengurniakan jawatan Menteri Besar kepada mereka? Namun, perkara yang lepas itu bolehlah dijadikan sejarah. Tiada sesiapa yang tidak melakukan kesilapan. Tapi apa yang lebih mengecewakan, mereka ini masih lagi mahu menguasai Umno Kedah yang kini begitu lemah dan berada ditahap kritikal. Semua orang tahu bahawa Mahdzir Khalid masih dipanggil "bos" dan budaya zaman Abdullah Badawi masih lagi kental bersemadi didalam Umno Kedah. Cukup-cukuplah, parti Umno bukan milik Mahadzir Khalid dan konco-konconya. Tak cukupkah lagi nikmat yang diperolehi dari Umno. Umno Kedah kini, bukan setakat tidak mampu memerintah, malah sebagai pembangkang pun Umno Kedah kelihatan tidak mampu. Tidak ada dalam sejarah Kedah, seorang Menteri Besar yang dijatuhkan dapat kembali Menjadi Menteri besar, apatah lagi bagi kes ekstrim seperti di Kedah, dimana Menteri Besar dengan parti sekali dinyahkan rakyat dari memegang tampuk pemerintahan. Jadi, lupakanlah cita-cita itu, berilah peluang untuk Umno bernafas semula. Dengan Timbalan Pengerusi perhubungan negeri yang tiada keyakinan diri dan masih bertuankan Mahadzir Khalid, dengan Pengerusi Perhubungan Negeri dari Sabah, dengan warlord-warlord yang belum bangun dari tidur bahawa mimpi mereka sudah berakhir lebih dua tahun yang lalu, adalah mustahil bagi Umno menjadi pembangkang yang berkesan, jangan cakaplah pasal menjadi kerajaan, mimpi pun jangan. Setelah hampir tiga tahun menunggu untuk melihat perubahan yang tidak kunjung tiba, eloklah Mahdzir Khalid dan konco-konco warlordnya mengundur diri, itupun jika ada secebis belas kasihan kepada Umno, sebuah parti orang Melayu yang pernah berjasa, dan paling besar jasanya tentulah dinikmati oleh dato-dato sekelian. Pada saat-saat pembangkang pun begitu goyah kini, rakyat masih bersyukur kerana diselamatkan daripada pertukaran kerajaan kepada Umno yang bukan masih tidur, tetapi dalam keadaan koma akibat kepimpinan yang mementingkan diri dan tidak berbuat kerja untuk parti. Sedarlah bahawa selagi mana Mahdzir Khalid dan konco-konco masih menerajui Umno Kedah, samada secara rasmi atau tidak rasmi, jangankan ahli PAS, kami ahli Umno pun tidak mahu Umno menjadi kerajaan di Kedah ini. Tiada ada jalan lain, Mahadzir Khalid dan konco mesti berundur. Kalau sekiranya tiada lagi secebis belas kasihan dari hati batu Mahdzir Khalid kepada Umno, Umno Pusat perlulah meletakkan mana-mana anak Kedah yang ada keberanian untuk memimpin Umno Kedah. Kami, ahli Umno Kedah sedia menerima pemimpin yang berani dan fokus kepada kehendak ahli dan rakyat. Kedah mempunyai pemimpin muda yang berani seperti Mukhriz yang mampu membuat perubahan untuk memulihkan Umno Kedah. Kalau suatu hari nanti Umno sudah kembali memerintah Kedah, mungkin bolehlah diberikan sedikit habuan kepada Mahdzir Khalid dan konco atas jasa mereka yang sanggup berhenti mengkhianati Umno. Kasihanilah kami ahli Umno yang selama ini berjuang diperingkat bawahan untuk melihat kejayaan Umno yang bagi kami dengan hanya melihat kejayaan Umno dan orang Melayu sudah menjadi "hadiah" besar pada kami. Veteran Umno, Sungai Tiang. Sumber: Kedah Time Itulah tadi email yang panjang lebar dari seorang veteran UMNO yang namanya tidak mahu disiarkan! Kedah adalah salah satu dari negeri yang UMNOnya terlampau lemah, email dari pembaca ini telah mengingatkan kau kepada cerita seorang kawan aku dari kedah yang katanya Kedah dikawal oleh 6 Jahanam! Salah seorang dari 6 jahanam tersebut adalah Mahdzir Khalid! So Mahdzir, ada baiknya kalau kau berhenti dan join Pak Lah sekali, lepas ni korang berdua bolehlah luangkan masa bersama-sama ok! Orang Kedah pun dah meluat tengok muka si Mahdzir ni, belahlah wei kalau kau masih ada maruah! - Penyokong/blogger jumud Umno, Papa Gomo |
| Umno terus bergolak: Selepas Umno Kedah, Umno Terengganu pula dilanda masalah! Posted: 20 Jun 2010 09:20 AM PDT ![]() Episod Baru Perbalahan Umno Terengganu - Ketua Umno, JKKK DUN Alor Limbat Serah Memorandum Bantah ADUN KUALA TERENGGANU – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Limbat, Alias Abdullah membuat kejutan terkini, yang dilihat sebagai 'mencetuskan episod terbaru perbalahan Umno negeri Terengganu'. Beliau mendedahkan ada pihak tertentu mendesaknya untuk meletakkan jawatan dan menjanjikan projek bernilai puluhan juta ringgit kepada sesiapa yang berjaya menjatuhkannya. Menurutnya, susulan tawaran itu, wujud kumpulan melibatkan ketua-ketua cawangan Umno dan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) melahirkan rasa tidak puas hati dan bertindak menghantar memorandum kepada Menteri Besar. Katanya, beliau telah maklum, memorandum tersebut adalah bertujuan mendesak agar beliau melepaskan jawatan Pengerusi Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Alor Limbat "Saya tahu (mengenainya) namun tidak gusar kerana sedar terdapat segelintir pemimpin cawangan yang gagal mentadbir cawangan mereka, cuba menutup kelemahan sendiri dengan menuding jari kepada wakil rakyat. "Sepatutnya cawangan terletak di zon yang kalah harus memperkasakan cawangan masing-masing, tapi sebaliknya yang berlaku selain memberi alasan wakil rakyat tidak turun padang," katanya ketika mengulas tindakan lebih 40 ketua cawangan dan JKKK DUN Alor Limbat yang bertindak menyerahkan memorandum kepada Dato' Ahmad Said kelmarin. Difahamkan, antara kandungan memorandum tersebut mendakwa Alias gagal menjalankan tugasnya sebagai wakil rakyat dalam kawasan terbabit. Alias yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Marang menafikan dakwaan Ketua Cawangan dan JKKK sebagaimana terkandung dalam memorandum tersebut. Malah tegasnya, DUN Alor Limbat yang diwakilinya, tidak mempunyai masalah dan menganggap ia sengaja diada-adakan. Lebih parah katanya, pihak tertentu kini telah menjadikan politik sebagai satu perniagaan bagi mengaut laba dan keuntungan peribadi. Beliau turut mendakwa, ada pihak tertentu ingin memastikan beliau jatuh, dan mana-mana calon Barisan Nasional (BN) bertanding di kerusi DUN Alor Limbat tidak meraih kemenangan. Alias pada Sidang Dewan Udangan Negeri Disember tahun lalu telah membuat kejutan dengan menggelar, Menteri Besar Terengganu, Dato' Ahmad Said sebagai 'penipu'(pelawak). Beliau dengan lantang telah mengkritik pentadbiran Ahmad yang dikatakan sebagai pentadbiran 'Ad-hoc'. Antaranya, Alias telah memperli Ahmad yang belum melaksanakan janji-janji beliau dengan mengatakan "rumah tak nampak, kerana dikelilingi pokok sawit". Alias sebenarnya merujuk kepada janji Ahmad untuk memberikan benih kelapa sawit kepada penduduk kampung, bagi program tanam sawit keliling rumah. Janji tersebut masih belum dilaksanakan oleh kerajaan Ahmad sampai hari ini. Selain itu, Alias turut mengkritik tindakan Ahmad yang melaksanakan projek-projek tanpa tender terbuka, khsususnya projek pembangunan pulau-pulau di Tasik Kenyir yang bernilai RM300 juta. "Inilah senario sebenar politik di Terengganu namun saya kena matang dalam berpolitik dan lebih senang menumpukan perhatian kepada kerja-kerja sebagai wakil rakyat," kata Alias sebagaimana dilaporkan Sinar Harian. Kemuncak episod perbalahan pemimpin Umno Terengganu tahun 2009 adalah kes 'SMS Ugut Bunuh' yang berlaku pada April tahun lalu. Bekas Setiausaha Politik Menteri Besar Terengganu, Dato' Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir kini sedang menghadapi perbicaraan di mahkamah apabila beliau dituduh melakukan ugutan tersebut. Ekoran peristiwa itu, ADUN Umno yang dikenali sebagai 'kumpulan 10 budak hitam' membuat bantahan besar-besaran dan memulaukan Sidang DUN Terengganu. Pada waktu yang sama, Alias telah menghantar memorandum kepada Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak, menyenaraikan 10 perkara mengapa Menteri Besar, Dato' Ahmad Said perlu meletakkan jawatan.- Buletin Online |
| Krisis Umno Kedah berjangkit pada sayap Puteri Posted: 20 Jun 2010 01:17 AM PDT ![]() (Sekadar gambar hiasan) Rosnah Nafi Pergeseran Dalam Puteri Umno KULIM: Ketua Pergerakan Puteri Umno Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata dakwaan berlakunya pergeseran dalam pergerakan itu terutama di peringkat bahagian adalah satu spekulasi yang cuba memecahbelahkan Puteri Umno. Katanya beliau yakin ini adalah satu spekulasi yang berniat serong yang cuba ditimbulkan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab dan semata-mata mahu memecahbelahkan pertalian akrab di kalangan pemimpin pergerakan ini. Bercakap kepada pemmberita selepas merasmikan mesyuarat Perwakilan Pergerakan Puteri Umno Bahagian Kulim Bandar Baharu di sini semalam, Rosnah yang juga Timbalan Menteri Kesihatan berkata sehingga kini kepimpinan pergerakan itu di peringkat bahagian lebih-lebih lagi di Kedah tiada mengalami sebarang masalah. Beliau juga tidak menolak kemungkinan wujudnya situasi tersebut berikutan ada pihak-pihak yang mempunyai agenda peribadiRosnah berkata beliau mahu kepimpinan Puteri Umno di peringkat bahagian dan negeri mengutamakan kepentingan parti dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13 nanti. Beliau mengingatkan mereka yang ada rasa tidak puas hati supaya mengutamakan kepentingan perjuangan Puteri yang menjadi sayap kepada Umno, bukannya mengutamakan kepentingan peribadi. - BERNAMA Berita berkaitan: - Lagi krisis Umno Kedah: Pemimpin Umno Kedah akui pembangkang (PR) semakin kuat di Kedah! |
| You are subscribed to email updates from :: RUANG BICARA PRIA MALAYA :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |



Tiada ulasan:
Catat Ulasan