Berita Minggu keluaran hari ini menyiaran bahawa MP Pasir Mas menawarkan RM2000 kepada sesiapa sahaja yang dapat memberikan sebarang video yang menunjukkan ceramah PAS dan PKR yang mengutuk beliau.
Beliau menambah bahawa PAS dan PKR cemburu kepada beliau dan cuba mengaibkan dan menjatuhkan kredibiliti beliau.Video tersebut akan dijadikan bukti pendakwaan.
Persoalannya,mengapa perlu video?Penulisan di dalam blog tidak mahu pula.Wah,banyaknya wang MP Pasir Mas ini?Jika seorang blogger boleh mempertikaikan sumber wang perang saraf,mengapa saya tidak boleh pertikaikan mana datangnya duit RM2000 yang ditawarkan itu.Adakah daripada duit peruntukan untuk kawasan parlimen Pasir Mas?Atau juga duit tabung PERKASA yang beliau sendirir songlap?
Apa-apa pun,susana politik di Malaysia sudah menjadi seperti zaman koboi(wild2 west.. ahahaha).Tidak lama lagi,ramailah sherif-sherif akan memunculkan diri.
Apa yang penting,MP Pasir Mas berasa malu kerana diperlekehkan kononnya.Tidak hairanlah,orang yang tidak tetap pendirian dan suka bermuka-muka macam beliau siapa yang mahu hormat?PERKASA dan UMNO sahaja sebab mereka juga suka bermuka-muka dan hipokrit.
Apa yang pasti,MP Pasir Mas ini juga sudah melihat bahawa dirinya begitu bernilai kerana tidak boleh dikritik.Nabi sendiri pun tidak pernah mengaktakan sesiapa yang mengutuk beliau akan disaman.Inikan pula MP Pasir Mas?
Wallahu'alam
BANG BANG BOOM!!!!!!!!!!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan