:: RUANG BICARA PRIA MALAYA :: |
- PANAS: Bela kerajaan lulus judi, Vincent Tan rayu negeri Pakatan supaya benarkan judi bola!
- Apa lagi yang perlu dibanggakan Umno: "Umno hanya mewakili 20% berbanding 60% Melayu" - Tun Mahathir
- Demo kecam Israel: Dasar akhbar milik Umno penipu besar!!!
| PANAS: Bela kerajaan lulus judi, Vincent Tan rayu negeri Pakatan supaya benarkan judi bola! Posted: 05 Jun 2010 01:03 PM PDT ![]() Oleh: Pria Malaya 1. Bukti PAS dan Pakatan Rakyat benar2 memperjuangkan isu membanteras judi bola! 2. Bukti kerajaan khususnya UMNO gagal-segagalnya dalam usaha membanteras judi, malah cuba menambah koleksi industri judi di Malaysia!!! 3. Parti non-Muslim (DAP) sanggup membantah judi bola yang didakwanya boleh merosakkan institusi kekeluargaan sehingga mengharamnya di negeri Pulau Pinang..namun di negeri jajahan Umno, kerajaan Umno dilihat akur dan menyokong keputusan kerajaan pusat supaya membenarkan judi disetiap negeri masing2 sehingga banner menyokong judi bola dinaikkan di Terengganu baru2 ini... 3. Najib masih lagi membisu mengenai isu judi bola ini..bukti presiden Umno ini cuba memperbodohkan penyokong2nya..kononnya beliau adalah bersih, dan mahu suci dipandangan penyokong2nya.. 4. Mohon kepada semua rakan supaya menghebahkan 'rayuan' Vincent Tan ni keseluruh pelusuk tanah air...pastikan setiap rakyat tahu betapa PAS dan Pakatan Rakyat benar2 ikhlas mahu mengurangkan aktiviti perjudian dinegara ini, sehingga 'jurucakap Umno', Vincent Tan berlutut merayu meminta negeri2 bawah Pakatan Rakyat supaya membenarkan aktiviti perjudian sepertimana yang diluluskan kerajaan Umno! 5. Ingat, desak sampai kerajaan Umno batalkan judi bola ini!..jgn menyerah selagi Najib tidak mengumumkan pembatalan judi bola ini..nak harapkan penyokong Islam dlm Umno?nk harapkan Zulkifli Noordin? Nak harapkan Ibrahim Ali dan blogger2 upahan mereka? jangan haraplah...ini tugas dan tanggungjawab penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat!!! Judi sukan: Vincent Tan rayu Pakatan jangan berkeras KUALA LUMPUR, 5 Jun — Jutawan Tan Sri Vincent Tan hari ini merayu kepada kerajaan-kerajaan negeri diterajui Pakatan Rakyat (PR) supaya "bersikap adil" dan menarik balik larangan dikenakan ke atas premis judi sukan di negeri masing-masing. Setakat ini Selangor, Kedah dan Pulau Pinang telah pun mengisytiharkan tidak akan membenarkan aktiviti pertaruhan sukan di negeri-negeri berkenaan. "Saya akan merayu kepada mereka agar adil (dalam hal ini)," kata Tan. Sejak kerajaan Barisan Nasional (BN) memberikan lesen pertaruhan sukan kepada Ascot Sports Sdn Bhd, syarikat milik Tan bulan lalu, DAP mengecam kerajaan pusat mahu terus memperkayakan tokoh perniagaan itu dengan memiskinkan rakyat jelata. Tan (gambar) juga berkata, beliau akan mendermakan hasil daripada jualan antara Ascot Sports Sdn Bhd dan Berjaya Corporation Berhad kepada Better Malaysia Foundation. Di bawah urus niaga itu, Tan akan menjual 70 peratus pegangan dalam Ascot kepada Berjaya Corporation Berhad dan sebanyak RM525 juta daripadanya akan disalurkan kepada badan kebajikan itu. "Saya tidak akan menerima apa-apa daripada urus niaga ini," kata Tan yang merupakan Pengerusi Berjaya Corporation Berhad dan Ketua Pegawai Eksekutifnya. Malah, beliau juga menolak tanggapan bahawa pulangan daripada jualan itu akan pergi kepada faedah parti pemerintah kerajaan persekutuan. "Ini tuduhan tidak masuk akal sama sekali," kata Tan yang mengecam blogger Raja Petra Kamarudin tanpa menamakan beliau, yang menimbulkan isu berkenaan. Malah perkara itu turut ditekankan oleh Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad hari ini, mendakwa kerajaan pusat meluluskan lesen judi sukan kepada Kumpulan Berjaya sebagai "ganjaran" atas bantuan kewangan yang didakwa telah diberikan syarikat itu semasa pilihan raya. "Saya percaya Perdana Menteri meluluskan lesen judi ini atas sebab terhutang budi dengan Kumpulan Berjaya yang telah menyokong BN dalam 11 pilihan raya kecil yang lepas. "Ini kerana banyak duit yang dibelanjakan sebahagian besar daripada duit itu besar kemungkinan datangnya daripada Kumpulan Berjaya dan sebagai ganjaran maka diberikan lesen ini," kata beliau ketika berucap pada majlis pelancaran Kempen Membantah Judi di pekarangan kompleks membeli-belah Sogo dekat sini petang tadi. Dalam kenyataannya, Tan berkata, beliau akan menggunakan kesemua ruang yang ada untuk memastikan kerajaan-kerajaan negeri mempertimbangkan semula pendirian sebelum mengambil tindakan susulan mereka. Bagaimanapun beliau mendedahkan bahawa sehingga 75 peratus operasi akan dikenalikan menerusi "pertaruhan telefon." "Kini ada 5,000 laman web online, bagaimana ia boleh dihalang?" kata Tan sambil berkata, beliau tidak faham mengapa pembangkang membantah keputusan menghalalkan pertaruhan judi sukan. "Apakah mereka tidak boleh membuat pertaruhan?" katanya dengan menyindir tindakan PAS dan DAP mengesploitasikan isu ini bagi kepentingan politik mereka. Tan juga memberitahu, pulangan daripada pertaruhan haram dianggarkan di antara RM20 bilion hingga RM30 bilion setahun. Akibat pertaruhan haram itu katanya, kerajaan kehilangan 10 peratus hasil dalam bentuk cukai, yang dianggarkan bernilai antara RM2 bilion hingga RM3 bilion. Justeru Tan berkata, pulangan ini akan membantu kerajaan yang sedang memikirkan untuk mengurangkan subsidi, yang turut membebankan pihak berkuasa dengan hutang. Malah katanya, ramai yang tidak menyedari bahawa pengendali pertaruhan haram bergandingan dengan Ah Long, yang turut membebankan orang ramai. "Ini yang menyebabkan orang ramai berhadapan dengan masalah," kata Tan yang bermula sebagai ejen insurans dan kemudian meluaskan rangkaian perniagaan dengan perkhidmatan makanan segera McDonald's. Berjaya Corporation juga terlibat dalam perniagaan hartanah.- TMI Berita terdahulu... PAS: Lesen judi sukan 'ganjaran' Kabinet kepada Berjaya KUALA LUMPUR, 5 Jun — Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad hari ini mendakwa kerajaan pusat meluluskan lesen judi sukan kepada Kumpulan Berjaya sebagai "ganjaran" atas bantuan kewangan yang didakwa telah diberikan syarikat itu semasa pilihan raya. "Saya percaya Perdana Menteri meluluskan lesen judi ini atas sebab terhutang budi dengan Kumpulan Berjaya yang telah menyokong Barisan Nasional (BN) di dalam 11 pilihan raya kecil yang lepas. "Ini kerana banyak duit yang dibelanjakan sebahagian besar daripada duit itu besar kemungkinan datangnya daripada Kumpulan Berjaya dan sebagai ganjaran maka diberikan lesen ini," kata beliau ketika berucap pada majlis pelancaran Kempen Membantah Judi di pekarangan kompleks membeli-belah Sogo dekat sini. Beliau yang juga anggota Biro Politik PAS mendakwa Najib memberikan lesen judi tersebut kepada Kumpulan Berjaya kerana terdesak apabila mengetahui keadaan kewangan negara tidak seperti yang dijangkakan. "Keputusan memberikan lesen judi ini adalah satu keputusan mengejut yang dibuat Najib kerana ia tidak pernah dibincangkan dalam sidang Parlimen. "Secara zahirnya jelas bahawa beliau terdesak apabila mengetahui keadaan kewangan negara tidak seperti yang dijangkakan. "Oleh sebab itu beliau memberikan lesen judi ini kepada Kumpulan Berjaya dan saya percaya syarikat ini memperoleh keuntungan sebanyak RM250 juta hasil daripada pertaruhan bola sepak Piala Dunia tidak lama lagi," katanya. Pelancaran kempen tersebut adalah anjuran Gerakan Membantah Judi (GMJ) yang disertai 22 pertubuhan bukan kerajaan termasuk Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia, Persatuan Teras Perpaduan Melayu, Dewan Pemuda Masjid, Angkatan Belia Islam Malaysia, Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia, Satu Nama, Jemaah Islah Malaysia dan Jamaiy. Turut sertai ialah Pengerak Belia Tempatan MPK, Budayawan Bertindak, Seniman Paksi Rakyat, Persatuan Anak-anak Peneroka Felda, Nisa Malaysia, Persatuan Kebangsaan Islam Malaysia, Persatuan Dharma Sakyamuni, Relawan, Pusat Aduan Rakyat Kempas, Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia, Dewan Pemuda Pusat dan terbaru Pertubuhan Anak Melayu Selangor Darul Ehsan Wilayah Persekutuan. Ia dilancarkan oleh Pengerusi GMJ Azmi Abdul Hamid. "Tindakan kerajaan ini merupakan penggadaian rakyat, hak rakyat, kepentingan rakyat demi kepentingan BN. "Masyarakat sudah tenat dengan masalah judi, ramai yang terjebak dengan Ah Long mengapa mesti nak tambah lagi masalah? "Yang akan untung hanya dua kumpulan iaitu tauke judi serta Ah Long akan juga dapat keuntungan besar dan mungkin yang BN turut akan memperoleh keuntungan kerana Kumpulan Berjaya akan terus memberikan sumbangan kepada BN," kata Khalid. Tambah Khalid, rakyat perlu membantah kelulusan lesen judi kerana ia akan memberikan kesan buruk dalam masyarakat. "Rakyat perlu membantah kelulusan lesen judi ini kerana ia akan memberikan kesan yang amat buruk kepada masyarakat. "Tindakan kerajaan ini akan mempertaruhkan masa depan rakyat dan juga negara," katanya lagi.- TMI |
| Apa lagi yang perlu dibanggakan Umno: "Umno hanya mewakili 20% berbanding 60% Melayu" - Tun Mahathir Posted: 05 Jun 2010 08:11 AM PDT ![]() Oleh: Pria Malaya Dahulu, Umno boleh mendabik dada mereka adalah parti majoriti Melayu di Malaysia..dahulu tidak dinafikan hampir 90% Melayu bersama perjuangan Umno...dahulu juga, perjuangan Umno diiktiraf memperjuangkan tanah air, ini kita akui... Namuni itu semuanya dahulu, cerita lama...kini....berdasarkan kata2 Tun Mahathir, Umno hanya mewarisi 20% dari jumlah 60% kaum Melayu di Malaysia, sementara 20% di dalam PAS, dan 20% di dalam PKR..ini bermakna, dlm BN, Melayu hanya diwakili sebanyak 20%, sedangkan PR(PAS+PKR) 40%.. Penulis tidak berhajat mengulas kenapa dan mengapa berlaku sedemikian (org Melayu ramai beralih kepada Pakatan Rakyat)...semuanya sudah sedia maklum berdasarkan siri2 pengkhinatan Umno terhadap bangsa Melayu sejak puluhan tahun yang lalu..apatah lagi kesucian agama Islam gagal diangkat dan dijulang setingginya melangkaui segalanya...rakyat terus dihambakan bagi memenuhi selera politik pemerintah... Seterusnya penulis serahkan kepada penulis2 lain utk mengulas dan menhuraikan kenyataan Tun Mahathir yang agak menggemparkan bagi pejuang tegar/fanatik/jumud Melayu di dalam parti Umno..nampaknya, tiada lagi yang perlu dibanggakan dengan Melayu Umno...fikir2kan..wallahua'lam.. ... walaupun mereka (Bangsa Melayu) kaum majoriti iaitu 60 peratus daripada rakyat Malaysia, mereka terpecah kepada tiga. Katanya, Melayu kini terpecah kepada tiga dan secara matematik UMNO hanya mewakili 20 peratus daripada 60 peratus Melayu, begitu juga dengan PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).*Baca seterusnya rayuan Mahathir di bawah... - Dr M minta rakyat sokong Najib (Berita Harian) - Mahathir dapat Bayaran Cash semalam? (Arus Perjuangan) |
| Demo kecam Israel: Dasar akhbar milik Umno penipu besar!!! Posted: 05 Jun 2010 07:52 AM PDT ![]() Demo Anti israel : Utusan Penipu..Gambar Lain, Berita lain Gambar depan lain, tapi berita lain..utusan memang layak digelar akhbar sampah..gara-gara nak sembunyikan berita pakatan rakyat buat demo semalam, ada ke disiarkan gambar demo pakatan di muka hadapan, tapi beritanya adalah demo Khairy dan hal NGO Aman Malaysia yang pro umno..yang turut serta demo 'jutaan' manusia khairy di masjid negara semalam..apa, nak tipu orang kampung yang takde internet ke??? ![]() Memang utusan penipu! Baca seterusnya di sini, tunhisyamuddin.blogspot.com, dan di sini, batuvskayu.blogspot.com... Hakikat sebenar demo kecam Israel 4 Jun 2010 1. Anjuran Umno (Tanpa kelibat parti komponen lain) - ... dan 200 sertai demo BN di Masjid Negara 2. Anjuran Pakatan Rakyat (PAS/PKR/DAP) - Demo anti-Israel: 10,000 berarak ke kedutaan AS - Gambar perhimpunan puluhan ribu rakyat kecam Israel |
| You are subscribed to email updates from :: RUANG BICARA PRIA MALAYA :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |




Tiada ulasan:
Catat Ulasan