Jumaat, 18 Jun 2010

Kami Sokong Tokguru

Kami Sokong Tokguru


Jom Perangi Yahudi (Ustaz Azhar Idrus/PUTIK)

Posted: 18 Jun 2010 10:25 AM PDT










Tonton part seterusnya di you tube:

Part 05 :   
http://www.youtube.com/watch?v=52XRSEWYdrs

Part 06
http://www.youtube.com/watch?v=c74h-EDStDM

Part 07
http://www.youtube.com/watch?v=xZqDIIavIMk

Part 08 (Akhir)
http://www.youtube.com/watch?v=1PLguZzGk24

Atau terus ke channel youtube saya kat sini

http://www.youtube.com/user/ijoks2009
 -iklan-
-Siapa mahu widget percuma tanpa popup 100% ciptaan org Muslim dijamin halal-

Bendera PAS adalah Hasil Idea Allahyarham Ustaz Hasan Syukri

Posted: 18 Jun 2010 03:09 AM PDT

Almarhum Ustadz Hassan Shukri diberi tanggungjawab mencipta bendera PAS.
Sambil memerah fikiran serta mencari idea,.

Almarhum mengangkat tudung dakwat atas kertas dan terlihat bagaimana bulatan atas kertas tersebut, lantas memberi idea kepada beliau untuk membuat bendera PAS dengan bulatan putih berlatarbelakangkan warna hijau.


Kata Almarhum, senang kalau macam tu.

Sapa jugak nak buat bendera PAS, hanya perlu buat bulat putih.

Nak melintang pun boleh, nak menegak pun boleh,

"Dan bendera PAS takkan terbalik sebab bulat macam mane pun letak tetap bulat.
Itulah sejarah bagaimana bendera PAS tercipta" -Almarhum Ustadz Hassan Shukri.

Manakala namanya pula…berdasarkan pada tulisan jawi;

Pa, Alif, Sin jadilah PAS.

Golongan Lesbian dan Gay Tuntut Hak,Jangan Mengundang Bala Allah

Posted: 17 Jun 2010 11:38 PM PDT

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) akan meneliti memorandum dihantar golongan lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) yang mendakwa hak mereka dicabul selepas beberapa artikel membabitkan kegiatan mereka didedahkan media.

Pengerusinya, Tan Sri Hasmy Agam berkata, memorandum mengenai diskriminasi golongan LGBT itu diserahkan kepada pihaknya, Khamis lalu. "Bagaimanapun, kami tidak dapat membuat keputusan segera kerana kajian teliti perlu dijalankan dan ia akan mengambil masa yang lama. "Ini kerana Suhakam menekankan kedudukan Islam sebagai agama rasmi, kepekaan moral dan budaya masyarakat juga harus dititik berat sebelum keputusan dibuat bagi menentukan hak golongan LGBT," katanya ketika sidang media selepas mengadakan mesyuarat pertama selepas dilantik di pejabatnya, di sini, semalam. Dalam majlis itu, beliau turut memperkenalkan tujuh pesuruhjaya baru untuk sesi 2010-2013 di pejabatnya, di sini, semalam. Beliau berkata, ia tidak bermakna Suhakam tidak mengambil perhatian dan tetap meneliti hal berkenaan. "Suhakam akan terus melindungi hak semua individu tanpa mendiskriminasi mana-mana pihak," katanya.

Sebelum ini, golongan LGBT tidak berpuas hati apabila pelbagai media banyak memaparkan mengenai golongan itu yang semakin berleluasa di beberapa tempat di negara ini.

Dalam memorandum itu, golongan berkenaan marah dengan penggunaan ayat seperti songsang, lucah dan jijik dalam artikel dikeluarkan media dan mendakwa melanggar hak mereka.

piewahid:
lepas ni bohsia, bohjan, dan anak2 derhaka pulak nak menuntut hak masing2 kut? atau akan ada pula yang akan menuntut hak bebas mencuri, menagih dadah dan buang ibu bapa? setakat saman mak ayah sebab nak kahwin dan minta hak keluar daripada islam tu dah kira biasa. marilah kembali kepada islam sepenuhnya dan sila2kan kongsi pendapat kengkawan… 
-ijoks2009-
Inilah akibatnya apabila orang jahil di beri amanah,sedangkan kalau mereka ikut hukum tak perlu di teliti pun permintaan puak-puak gay dan lesbian laknatullah tu .sudah terang lagi bersuluh amalan mereka itu di laknat oleh Allah.Inilah akibat hasil dari kurangnya penekanan didikan agama oleh ibu bapa zaman sekarang yang lebih risaukan anak mereka tak lulus peperiksaan nanti nak kerja ape tapi mereka tak pernah bersungutpun jika anak mereka tak solat ,tak takut masuk neraka tapi takut tak dapat kerja.

Kerajaan juga turut sama membuka peluang yang seluas-luasnya kepada remaja sekarang dengan bentuk hiburan yang melampau yang tidak di kawal dengan kaedah Islamik.Semoga Allah memberikan kekuatan kepada kita utuk terus mengamalkan cara hidup Islam dalam masyarakat jahiliah moden sekarang dan semoga Allah tidak menimpakan bala kepada Malaysia di sebabkan kejahilan beberapa kerat rakyat dan pemimpin kita.

-iklan-
-Siapa mahu widget percuma tanpa popup 100% ciptaan org Muslim dijamin halal-

Tiada ulasan: