Rabu, 16 Jun 2010

Justice For All

Justice For All


Pandangan Lobak & Kangkung Dalam Isu Orang Melayu Semakin Minoriti

Posted: 16 Jun 2010 09:25 PM PDT

Kebanyakan penganalisis politik hari ini menolak dakwaan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengatakan orang Melayu negara ini berhadapan dengan risiko menjadi minoriti jika terus bertelagah dalam arena politik.

Ini kerana walaupun orang Melayu dibezakan dengan fahaman politik, tetapi ia tidak akan menjadi faktor utama kaum tersebut akan menjadi minoriti.

Mereka berkata demikian ketika mengulas kenyataan Dr Mahathir yang mendakwa orang Melayu negara ini berhadapan dengan risiko menjadi minoriti jika terus bertelagah dalam arena politik.

Sehubungan itu, Dr Mahathir berkata, kaum Melayu berpecah ekoran pendirian parti-parti politik yang hanya mengutamakan keuntungan perjuangan masing-masing.

Dr Mahathir berkata masyarakat Melayu berhadapan dengan krisis dan perlu bertindak segera sebelum mereka melalui nasib yang dialami oleh orang Melayu di Singapura.

Ini dia pandangan ahli akademik berkaitan isu yang dicetuskan Mahadet ini..

1. Pensyarah Kanan Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia, Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani

Beliau berkata bahawa tidak mungkin orang Melayu akan jadi minoriti di negara ini.

"Walaupun kaum Melayu negara ini mewakili (lebih) 60 peratus penduduk tetapi dalam jangka masa panjang saya percaya jumlah tersebut akan meningkat.

"Jadi tidak mungkin orang Melayu akan menjadi minoriti dalam amalan demokrasi negara," katanya.

Malah menurut beliau, perlembagaan juga sudah jelas akan hak-hak dan keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera.

Beliau berkata orang Melayu kemungkinan besar boleh jadi minoriti dari segi kekuatan politik sahaja.

"Jika kita lihat dari segi kekuatan politik kemungkinan ia akan memberikan kesan kerana sekarang kita lihat imbangan politik lebih memihak kepada orang bukan Melayu.

"Keadaan orang Melayu akan jadi minoriti itu juga bergantung kepada orang Melayu sekiranya mereka hendak memberika kuasa kepada orang bukan Melayu," katanya

2. Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia, Prof Madya Dr Sivamurugam Pandian

Beliau berpendapat walaupun orang Melayu hari ini sering kali bercanggah pendapat terutamanya dari segi fahaman politik tetapi ia tidak akan menyebabkan kaum tersebut menjadi minoriti.

"Walaupun dipisahkan dari segi politik tapi saya tidak lihat orang Melayu akan menjadi minoriti.

"Ini kerana walaupun sering kali bertelagah antara satu sama lain ia hanya memberi kesan kepada jurang dalam orang Melayu.

"Lagipun dalam amalan demokrasi yang ada sekarang ia pasti tidak akan berlaku," katanya.

3. Pensyarah undang-undang Universiti Malaya, Prof Madya Dr Azmi Sharom

Beliau berkata bahawa kenyataan yang dikeluarkan Dr Mahathir hanya untuk menakutkan orang Melayu kerana masih ramai yang berpegang kepada idealogi bangsa.

"Sebenarnya tidak ada apa-apa, itu hanya untuk menakutkan orang Melayu sahaja kerana tidak mungkin kaum terbesar di negara ini boleh menjadi minoriti di negara sendiri.

"Kalau kita lihat secara realistiknya, orang Melayu masih lagi menjadi majoriti dalam semua aspek jadi mustahil untuk menjadi minoriti," katanya.

Beliau juga menyifatkan kenyataan Dr Mahathir Isnin lalu sebagai terdesak dan tidak bertamadun.

"Hanya orang yang terdesak sahaja yang akan mengeluarkan kenyataan begitu dan ini menunjukkan beliau (Mahathir) masih belum matang dalam berfikir.

"Selain itu, ini hanya permainan politik yang dimainkan beliau untuk menakutkan orang Melayu dengan harapan mereka akan kembali kepada pembela negara iaitu Umno," katanya.

Tapi ada juga pensyarah kangkung yang menyokong Mahadet (pensyarah yang suruh PAS tukar nama)..ini dia

Pensyarah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Profesor Datuk Dr Zainal Kling

Beliau berkata orang Melayu akan jadi minoriti jika perpecahan yang berlaku selama ini tidak dibendung.

"Jika berlaku perpecahan di kalangan orang Melayu mereka akan menjadi lemah dan pada masa jika orang bukan Melayu bersatu tidak mustahil orang Melayu akan menjadi minoriti," katanya.

Jelas beliau, ditambah pula dengan kedudukan ekonomi orang Melayu yang mana ramai miskin, maka secara automatik orang Melayu akan tertindas dan "berada dalam kedudukan terbawah dalam masyarakat di negara ini."

"Apabila perkara ini berlaku orang Melayu akan menjadi hamba kepada orang bukan Melayu dalam negara sendiri," katanya.

Beliau berkata keadaan itu sudah berlaku cuma orang Melayu tidak menyedarinya.

"Di Pulau Pinang perkara ini sudah berlaku di mana kepimpinan DAP menyisihkan orang Melayu dan kita lihat PAS dan PKR yang kononnya mahu membela nasib tidak mampu berbuat apa-apa.

"Selain itu, mentaliti dan pemikiran orang Melayu hari ini lemah dan tidak dapat dibangkitkan sekiranya mereka menjadi minoriti.

"Justeru orang Melayu perlu sedar akan kedudukan mereka sekarag dan mengukuhkan perpaduan yang kuat melalui kepimpinan yang baik," katanya.

Justice4all : Memang pensyarah bercakap macam sayur kangkung. Tiada nilai akedemik langsung. Hanya bersumberkan andaian dan bukan analisa..penyarah ini amat sesuai sekali jadi AJK Cawangan UMNO. Bercakap pun dah bau orang UMNO..

7 Datuk Kelantan ditarik balik darjah kebesaran..Adakah Ini Angkara Najib??

Posted: 16 Jun 2010 08:37 PM PDT

Adakah ini kerana kemurkaan Pemangku Sultan Kelantan terhadap Najib dan UMNO Kelantan yang menghina Sultan semalam..wallahu'alam..

10 individu ditarik balik darjah

atelah ditarik balik pelantikan dan penganugerahan darjah yang membawa gelaran 'Datuk' dan anugerah kebesaran lain oleh Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Aiseri Alias pada sidang media di pejabatnya hari ini memaklumkan, selain tujuh individu yang ditarik gelaran Datuk dan lain-lain anugerah, ia juga membabitkan tiga penerima Jaksa Pendamai (JP).

Langkah mengumumkan nama itu difahamkan bertujuan menamatkan tanda tanya mengenai siapa sebenarnya yang dilucutkan gelaran itu dan bagi menjaga imej istana serta institusi diraja.

Penarikan gelaran Datuk dan darjah kebesaran lain tersebut berkuat kuasa mulai 29 September 2009 dan pada 4 Mac, 15 Mac, 9 Mei dan 18 Mei tahun ini.

Mereka termasuklah seorang pemaju hartanah terkenal di negeri ini, Tan Huat @ Tan Liang Chong, 66, yang ditarik gelaran Datuk dan JP.

Menurut Mohd Aiseri, kesemua mereka telah dimaklumkan melalui surat.

Lain-lain individu yang ditarik balik darjah yang membawa gelaran Datuk dan darjah kebesaran lain ialah bekas Pegawai Kewangan Negeri, Shkori Mohamed, bekas Ketua Jajahan, Ismail Ghani dan dua ahli perniagaan, Ibrahim Abdul Kadir dan Wan Hassan Wan Zin,59.

Individu lain ialah ahli perniagaan, Mohd. Raihan Datuk Seri Dr. Eusuff Teh dan Senator Ahmad Rusli Iberahim.

Tiga individu lain yang ditarik darjah JP ialah pegawai lantikan kontrak Majlis Agama Islam Kelantan, Tengku Ahmad Zahari Tengku Abdul Kadir, kontraktor, Yusri Che Noh dan pegawai bank, Tengku Abu Bakar@Tengku Azman Tengku Ismail.

Ketika ditanya punca sebenar penarikan dibuat, Mohd Aiseri berkata, ia tidak perlu didedahkan.

Beliau menjelaskan penarikan balik adalah hak Pemangku Raja yang dijalankan mengikut hemah dan budi bicara baginda.

Perceraian Paling Gempar Tahun Ini

Posted: 16 Jun 2010 08:02 PM PDT

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Jun – Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah telah menceraikan isteri kedua Azrinaz Mazhar, bekas wartawan TV3 dengan talak satu berkuat kuasa petang ini.

Pengumuman rasmi dibuat oleh Istana Brunei 8 malam tadi. Ia diumumkan oleh Pengerusi Majlis Adat Istiadat Pengiran Alaudin Pengiran Paduka Tuan Pengiran Haji Abu Bakar pukul 8 malam tadi.

"Baginda atas sebab yang khas yang diperuntukkan oleh hukum syarak menjatuhkan talak satu ke atas Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar pada petang 16 Jun 2010 (hari ini)," kata beliau dalam kenyataan yang diperoleh dari laman http://www.rtbnews.rtb.gov.bn/c=newsDetail&news_id=10094 malam ini.

Sultan Brunei berkahwin dengan Azrinaz (gambar kiri), 30, pada tahun 2005.

Dengan cerai talak satu ini pengumuman itu menyebut bahawa semua gelaran diraja ditarik balik.

Hasil perkahwinan itu mereka mempunyai seorang putera dan puteri, yang masing-masing lahir pada 2006 dan 2008.

Azrinaz Mazhar selamat diijab kabul dengan Sultan Brunei dalam satu majlis tertutup di Kuala Lumpur pada 2005.

Majlis akad nikah berlangsung dengan hanya dihadiri keluarga, sanak saudara dan rakan terdekat kedua-dua pihak.

Azrinaz atau lebih dikenali dengan panggilan Naz mengambil jurusan Diploma Penyiaran di Institut Media Integratif Malaysia atau Akademi TV3 pada 1997 dan bekerja sebagai Eksekutif Wartawan Penyiaran TV3 dua tahun kemudian.

Bagaimanapun, Wartawan Harapan TV3-2000 itu meletakkan jawatan pertengahan Mei 2005 dengan alasan untuk menceburi bidang lain.Beliau menerima Anugerah Alumni MIIM pada 2002.

Pada Februari 2003, Sultan Hassanal Bolkiah bercerai dengan isteri keduanya, bekas pramugari, Mariam Abdul Aziz dan memerintahkan semua gelaran diraja ditarik balik.

Satu pengumuman diraja mengenainya dibuat oleh televisyen negara itu tetapi tidak memberikan sebab perceraian itu walaupun ada khabar angin mengatakan berlaku keretakan dalam rumah tangga baginda.

Sultan Hassanal Bolkiah mengahwini Mariam Abdul Aziz, atau nama asalnya Mariam Bell, wanita kacukan Brunei, Jepun dan Scotland pada 28 Oktober 1981.TMI

Tempat Judi Singapura Dilanda Banjir..Kita Harap Bukit Genting Runtuh Pula Lepas Ni..

Posted: 16 Jun 2010 07:43 PM PDT

Satu lagi keajaiban Allah..banjir berlaku di tempat judi, Kasino Marina Bay Sands yang terletak di Orchard Road, Singapura..ini beritanya..

Banjir melanda Orchard Road, Bukit Timah dan Thomson Road, Rabu pagi waktu setempat.

Di beberapa kawasan, tinggi banjir bahkan setinggi hampir 1,5 meter. Tempat pejalan kaki, dan halte bus terpaksa ditutup sehingga menimbulkan keadaan gawat yang luar biasa.

Area basement di beberapa pusat membeli belah di Orchard Road yang terendam, merosakkan beberapa kedai. Petugas juga terpaksa memindahkan sekitar 15 kereta yang terjebak disana.

Shama Bano Khan, ibu rumah tangga yang bertempat tinggal di Thomson Road mengaku hairan dengan kejadian ini. Meski banjir tidak sampai masuk ke tempat tinggalnya, namun air sudah menyentuh pintu tempat tinggalnya. "Kami telah tinggal disini selama hampir 15 tahun, dan tidak pernah mengalami kejadian seperti ini," katanya.

Justice4all : Tunggulah ko Najib..lepas ni Genting Highlang pula runtuh..jom semua umat islam..kita pakat doakan Allah beri kesedaran kepada semua kaki judi. Jika tak nak sedar juga, kita mohon agar Bukit Genting dihancur leburkan oleh Allah yang maha berkuasa..

Taib Mahmud Nak Umumkan Pilihanraya Negeri Sarawak Sabtu Ini???

Posted: 16 Jun 2010 06:34 PM PDT

Adakah pilihanraya negeri akan diumumkan sabtu ini? sama-samalah kita nantikan. Tapi si Tua Taib Mahmud kata mungkin diumumkan sabtu ni..atau sabtu tahun hadapan..saje je nak tunjuk ego sebab dia sahaja yang tahu bila nak bubar dewan..tapi sebenarnya pengecut sebab puak bn boleh buat persiapan awal sedangkan pr hanya dapat buat persiapan 2 minggu selepas pengumuman. Apapun dun Sarawak akan terbubar secara automatik pada Julai 2011 ni..takkan nak tunggu dekat-dekat baru nak bubar..ini beritanya..

Sabtu saya akan umum – Abdul Taib

KUCHING 16 Jun – Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud memilih hari Sabtu untuk mengumumkan tarikh pilihan raya negeri Sarawak yang akan datang.

Bagaimanapun, beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri terus berteka-teki apabila enggan mendedahkan tarikh sebenar hari Sabtu yang dipilihnya untuk membuat pengumuman itu.

''Saya memutuskan untuk mengumumkan tarikh pilihan raya negeri pada satu hari Sabtu. Saya tidak tahu sama ada Sabtu itu pada tahun ini atau tahun depan," katanya selepas melancarkan Penjualan Bendera Pertama St. John Ambulance 2010 di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diajukan soalan mengenai tarikh pilihan raya negeri akan datang.

Satu Lagi Kuasa Allah : Patung Gergasi Jesus Terbakar Disambar Petir

Posted: 16 Jun 2010 05:49 PM PDT

Kiri: Foto bertarikh 19 Mac, 2008 gambar fail, "King of King" terletak di luar Solid Rock Church di Monroe, Ohio. Kanan, hanya rangka yang tinggal selepas patung setinggi 6 tingkat bangunan ini hangus selepas dipanah petir pada malam Isnin ketika ribut petir, 14 Jun, 2010.

London, 16 Jun : Sebuah patung Jesus (Nabi Isa) setinggi 60 kaki yang juga merupakan salah satu mercu tanda di Ohio, telah terbakar selepas dipanah petir semasa berlakunya ribut petir.

Polis berkata "Tuhan" yang telah dibina sejak 2004 di Solid evangelis Rock Church di sepanjang Interstate 75 di Monroe, di Utara Cincinnati, menurut laporan Telegraph.

Setinggi 62kaki dan 40kaki lebar, arca menunjukkan Jesus dari badan ke atas diberi nama jolokan "Touchdown Jesus" kerana berada dalam keadaan mengangkat tangannya menyerupai seorang pengadil american football memberi isyarat touchdown di dalam permainan itu.

Ia diperbuat daripada plastik dan kaca gentian yang meliputi satu rangka keluli.

Ketua Polis Mark Neu berkata api merebak dari patung amfiteater yang berhampiran tetapi tiada siapa telah cedera.

Api marak pada patung "King of King " di luar Solid Rock Church di Monroe, Ohio pagi awal Selasa, 15 Jun, 2010.

Bekas peniaga kuda, Lawrence Bishop dan isterinya merupakan pengasas bersama 4,000 orang ahli gereja nondenominational.

Lawrence berkata pada 2004 dia hanya berusaha membantu orang ramai, bukannya berbangga dengan patung itu. Isterinya mencadangkan membina patung Jesus sebagai satu harapan dan keselamatan untuk mereka dan telah membelanjakan kira-kira 250,000 dolar untuk pembinaan itu.

Justice4all : Memang ini kebesaran illahi untuk umat kristian berfikir akan kekuasaan Allah..takkanlah tuhan kristian boleh terbakar sendiri..semoga peristiwa ini memberi kesedaran buat orang kafir..dan di kelantan situasi pun sama..hujan turun dengan lebat bila ada program maksiat tajaan UMNO nak dibuat...elektrik pun ada yang terpadam. Nasib baik si najib dan sekeluarga serta mustapa mohammad tak disambar petir..

Kuasa Allah : Program Fiesta Kelantan Tak Menjadi & Najib Basah Kuyup Kena Hujan

Posted: 16 Jun 2010 04:32 PM PDT

Malam ini asalnya dijangka mencatat sejarah tertentu bagi Kelantan. PM akan sepentas dengan Mursyidul Am PAS yang juga MB Kelantan, menyaksikan perasmian Kelantan Fiesta oleh Baginda Pemangku Raja Kelantan.

Malam ini, sejarah masih tercatat tetapi dengan cara yang sama sekali tidak dijangka.

Bukan sahaja Pemangku Raja tidak berangkat atas apa jua sebab, PM yang dalam rangka lawatan rasmi sehari ke Kelantan dan kemuncaknya akan merasmikan sendiri event Kerajaan Pusat yang dinamakan Kelantan Fiesta itu di Stadium Sultan Muhammad, pulang awal tanpa sempat menjejakkan kaki ke situ.

MB dan Kerajaan Negeri memutuskan tidak bersama, antara lain kerana pertukaran dari 'agenda bersama' kepada 'hanya agenda Pusat'. Poster One Malaysia menunjukkan PM akan merasmikan acara itu tergantung di sana sini.

Kemuncaknya malam ini, hujan ribut 'menyerang' semua persiapan di Stadium bersejarah itu. Hujan bermula sejak 8.30 malam. Sehingga jam sebelas setengah, ia masih turun renyai-renyai selepas turun dengan lebat sebelumnya.

Orang ramai, atas apa jua sebab, samada kerana hujan dan ribut mahu pun hal yang lain, tidak membanjiri stadium itu seperti lazim berlaku pada acara anjuran Tok Guru sebelum ini. Suku stadium pun tak ada. Lengang.

Tentulah memalukan untuk PM datang berucap dalam suasana hiba seperti itu. Ia bukan lagi kemuncak yang ditunggu tetapi kemuncak yang sangat mengharukan.

Tidaklah ganjil untuk PM memutuskan terus menaiki pesawat pulang ke pangkuan keluarga tercinta.

Tok Pa terpaksa menggunakan Loud Hailer kerana Sound System gagal berfungsi

Datuk Mustapa terpaksa memikul akibat dari keputusan politik dangkal mengenepikan Kerajaan Negeri dan tetamu kehormat lainnya di saat akhir, sehingga akhirnya beliau terpaksa berdiri di hadapan padang yang kosong untuk acara perasmian mengantikan PM. Tugas yang berat. Tak semena-mena, bekalan elektrik pula terputus.

Ketentuan Ilahi nampaknya tidak menyebelahi penganjur, walau apa jua motif mereka.

Saya membuat catatan ini sebagai mengingati besarnya kuasa Ilahi dan eratnya Kelantan dijaga oleh Pengawal langit dan bumi.

Di padang yang mulia kerana telah menyaksikan ratusan ribu manusia telah sujud di atasnya dan tidak kurang pula titisan air mata yang tumpah ketika heningnya hubungan para hamba dengan Sang Pencipta di situ dalam siri-siri solat hajat yang telah berjalan berbelas kali, nyata menunjukkan keramatnya.

Termasuk solat hajat royalti minyak. Solat hajat untuk ummat Palestin. Solat hajat untuk memenangkan perjuangan rakyat.

Nampaknya, padang itu tidak mudah melupakan pihak yang menganiayai rakyat Kelantan tetapi mahu berpesta di atasnya.

Mengenepikan tuan rumah - tentulah bukan langkah bijak. Apa lagi, PM semata-mata bukanlah tarikan besar bagi orang Kelantan untuk memenuhi stadium sebesar itu. Usahkan stadium, dewan biasa pun belum tentu penuh.

Lantaran itulah, langkah awal penganjur ialah berpijak atas kerjasama dengan Kerajaan Negeri. Bermakna bekerjasama dengan populariti Tok Guru. Dari sana, penetrasi boleh bermula.

Entah apa gerangan dan perhitungan, di saat akhir mereka ingin bersendiri. Sesetengah berkata, 'UMNO tetap UMNO...'.

Ada peluang, mereka mencengkam. Taring UMNO mereka sentiasa tersedia.

Sumber: Dari Sungai Derhaka.blogspot

Piala Dunia (14) : Sepanyol & Afrika Selatan Semalam Tewas Mengejut

Posted: 16 Jun 2010 03:56 PM PDT

Piala Dunia 2010: Afrika Selatan 0 , Uruguay 3

Uruguay mengejutkan pasukan tuan rumah, Afrika Selatan selepas mendahului 1-0 dalam perlawanan kedua kumpulan A Piala Dunia 2010 di Stadium Loftus Versfeld.

Penyerang Uruguay, Diego Forlan meledakkan tendangan kencang dari jarak 25 meter bagi menewaskan penjaga gol Afrika Selatan, Itumeleng Khune, padaminit ke-24 sebelum tamat separuh masa pertama.

Pada minit ke-80, Uruguay dianugerahkan sepakan penalti dan Forlan sekali lagi menyempurnakan peluang itu dengan merembat kencang ke arah sebelah kanan atas pintu gol lawan.

Gol ketiga Uruguay dijaringkan Alvaro Pereira pada masa kecederaan, iaitu minit ke-95.

Perlawanan kedua kumpulan A yang berlangsung awal pagi tadi turut menyaksikan penjaga gol Afrika Selatan, Itumeleng Khune dibuang padang selepas didakwa menjatuhkan pemain Uruguay di dalam kotak penalti.

Uruguay kini sudah mengumpul empat mata daripada dua perlawanan kumpulan itu, manakala Afrika Selatan hanya mempunyai satu mata dan perlu menewaskan Perancis Selasa depan bagi memastikan peluang mereka untuk terus bersaing dalam kejohanan Piala Dunia 2010. Man of the match perlawanan ini ialah penyerang Uruguay, Diego Forlan.

Piala Dunia 2010 : Switzeland 1, Sepanyol 0

DURBAN, Afrika Selatan: Switzerland menewaskan Sepanyol 1-0 dalam perlawanan Kumpulan H, Piala Dunia 2010, di Stadium Durban.

Gol kemenangan Switzerland dijaringkan Gelson Fernandes pada minit ke-52. Gelson Fernandes juga telah dipilih sebagai man of the match perlawanan ini.

Piala Dunia (13) : Chile Tamatkan Kemarau 48 Tahun Tanpa Kemenangan Dengan Tewaskan Honduras 1-0

Posted: 16 Jun 2010 06:59 AM PDT

Piala Dunia: Chile tewaskan Honduras 1-0

NELSPRUIT 16 Jun - Chile membuka kempen Piala Dunia 2010 bagi Kumpulan H dengan mencatat kemenangan 1-0 ke atas Honduras di Stadium Mbombela di sini sebentar tadi.

Gol tunggal Chile dijaringkan oleh Juan Beausejour pada minit ke-34 selepas menolak masuk bola hantaran silang dari sebelah kanan oleh Matias Fernandez. Penyerang Chile, Jean BEAUSEJOUR telah dipilih sebagai man of the match perlawanan ini.

Najiblah Berkuasa Penuh Tentukan Tarikh PRU, Bukannya SPR atau Mahadet..1st Half Wcup : Chile Dahului Honduras 1-0

Posted: 16 Jun 2010 05:45 AM PDT

Tarikh PRU Memang Hak Esklusif Najib

Tarikh Pilihan Raya Satu Kejutan, Kata Najib

TUMPAT, 16 Jun (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan tidak akan membubarkan Parlimen untuk mengadakan pilihan raya umum akan datang semata-mata berdasarkan kepada satu pendapat bahawa semakin ramai rakyat menyokong beliau.

Bagaimanapun, kata Perdana Menteri, tarikh pilihan raya akan datang akan "mengejutkan semua pihak".

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis bersama rakyat di Wat Machimmaram di sini pada Rabu, beliau berkata pelbagai faktor perlu diambil kira sebelum menetapkan tarikh pilihan raya.

"Apa yang penting ialah kerja kuat dalam semanagat 1Malaysia," kata Najib ketika diminta mengulas cadangan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad supaya beliau mengadakan pilihan raya memandangkan tinjauan menunjukkan sokongan kepada beliau semakin meningkat sejak menjadi Perdana Menteri pada April tahun lepas.

Satu kajian oleh Merdeka Centre for Opinion Research baru-baru ini menunjukkan 72 peratus rakyat Malaysia berpuas hati dengan prestasi Najib berbanding 69 peratus semasa beliau mula menjadi Perdana Menteri.

Najib berkata Barisan Nasional perlu terlebih dahulu memberi tumpuan terhadap usaha mengukuhkan kedudukan parti itu sebelum pilihan raya diadakan.

"Usaha kita pertama sekali ialah untuk kuatkan parti. Kita juga perlu mempunyai barisan kepimpinan yang berwibawa," katanya.

Justice4all : Kalaulah kat luar negara, macam England, Filipina, US, Belanda..5 bulan sebelum pilihanraya rakyat dah tahu tarikh pilihanraya..tapi di Malaysia JAKUN, 2 minggu sebelum hari mengundi baru tahu. Kalau najib montel dan BN tentulah lebih awal tahu, sebab mereka yang pilih tarikh tu..memang tak adil skil pilihanraya macamni..

Apapun, kalau nak kalah tu, pilih tarikh keramat pun akan kalah juga. Tunggulah ko umno, rakyat akan jatuhkan ko jugak lepas ini..

Piala Dunia: Honduras 0, Chile 1 (separuh masa pertama)

Chile mendahului Honduras 1-0 pada separuh masa pertama perlawanan Kumpulan H, Piala Dunia 2010, di Stadium Mbombela. Gol dijaringkan oleh Juan Beausejour pada minit ke-34.

Legasi Najib Runtuh Bersama Felda???

Posted: 16 Jun 2010 04:44 AM PDT

Selepas Sime Darby, kini Felda pula nak bankrap

Kerajaan menolak dakwaan kononnya berlaku penyelewengan dalam Lembaga Kemajuan Tanah Rancangan (Felda) walaupun mengakui sumber kewangan agensi berkenaan merudum dengan mendadak.

Dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan berkata sekalipun ia jatuh, nilai aset Felda pada hakikatnya cukup membanggakan.

Beliau mengulas soalan tambahan daripada Hamim Samuri (BN-Ledang) yang menyoal timbalan menteri tersebut berhubung status kewangan Felda dan perincian bagaimana wang itu dibelanjakan bagi tujuan pembangunan masyarakat.

"Kerajaan tidak menggelapkan wang tersebut, (tetapi) ia disumbangkan untuk kebajikan masyarakat," kata Ahmad yang juga ahli parlimen Pontian, menjawab soalan dari kerajaan dan wakil pembangkang.

Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Ahmad yang juga ketua penerangan Umno menjelaskan status kewangan Felda adalah sebanyak RM4.08 bilion pada tahun 2004 jatuh kepada RM1.35 bilion pada 2009.

Beliau berkata perbezaan tersebut berlaku kerana ia digunakan untuk tujuan kebajikan -- RM2 bilion untuk penanaman semula tanaman, RM603 juta untuk pinjaman rumah tanpa faedah, RM253 juta bagi tabung pembasmian kemiskinan Sabah dan RM662 juta diperuntukkan untuk pembangunan ibupejabat baru Felda.

Pada masa yang sama, aset Felda bertambah dengan pulangan daripada RM9.17 bilion pada 2004 kepada RM15.37 bilion kepada 2009, menokok sebanyak RM6.2 bilion. = mkini

Justice4all : Apalah GLC ni..sebelum ini Sime Darby rugi lebih 1 billion kini satu lagi agensi kerajaan, Felda yang mengawal selia tanah-tanah rancangan khususnya kelapa sawit akan bangkrap. Yang merana adalah peneroka Felda jugak..apapun buga juga biar penoraka sedar, undi tak bawa kebahagian pun, bangkrap adalah..mungkin legasi Najib runtuh bersama Felda...sama-samalah kita doakannya

DAP Dilihat Amat Bertanggungjawab Terhadap Ke ' Katak'an Adun Malim Nawar

Posted: 16 Jun 2010 03:18 AM PDT

Memang DAP amat bertanggungjawab atas tindakan seorang Adun mereka menjadi katak. Bagus DAP, jangan biarkan katak ini membantutkan cita-cita rakyat untuk melihat kerajaan zalim, sekular, yahudi BN ini tumbang dalam Pru akan datang. Buat PKR, mereka perlu contohi dan lakukan perkara yang sama DAP buat ini demi Pakatan Rakyat

LOMPAT PARTI - SATU PERHIMPUNAN BANTAHAN DI DUN MALIM NAWAR

Paling tadah: DAP anjur perhimpunan

DAP Perak akan mengadakan satu perhimpunan di Malim Nawar dalam waktu terdekat bagi memberi penerangan kepada orang ramai berhubung tindakan ahli dewan undangan negeri (ADUN) kawasan itu, Keshvinder Singh yang mengumumkan keluar dari parti itu semalam.

Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming, berkata perhimpunan itu akan diadakan di Kampung Baru Mambang Di Awan.

Ia dijangka dihadiri anggota parlimen Jelutong Karpal Singh, ahli parlimen Ipoh Timur Lim Kit Siang, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan ahli parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, katanya.

"Mesyuarat DAP negeri yang diadakan di Wisma DAP di Ipoh lewat malam semalam turut memutuskan untuk menubuhkan Pusat Khidmat Masyarakat DAP di kawasan Malim Nawar yang akan dirasmikan Jumaat ini.

Buat sementara ini, pusat itu akan diketuai ADUN Keranji, Chen Fook Chye," katanya kepada pemberita di Ipoh hari ini.

Semalam, Keshvinder yang juga seorang peguam mengumumkan keluar dari DAP untuk menjadi wakil rakyat Bebas disebabkan kecewa dengan pimpinan pembangkang di Perak yang berpolitik berlebihan sehingga mengabaikan tanggungjawab untuk berkhidmat kepada rakyat.

Sementara itu, Nga yang juga ahli parlimen Taiping berkata beliau mahu berdebat dengan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berhubung langkah kerajaan membenarkan perjudian bola sepak di negara ini. /Malaysiakini

Adun BN Perak Nak Melompat Juga, Tapi Nak Jadi Adun Bebas

Posted: 16 Jun 2010 02:38 AM PDT

Lompatlah semua..semuanya jadi katak..yang kesian kat rakyat negeri Perak..gajah sama gajah bergaduh, pelanduk di tengah mati tersepit.

Memang ADA ADUN BN yang nak melompat, tapi bukan menyertai PR.

Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno Perak hari ini memberitahu ada wakil rakyat Umno yang mahu meninggalkan parti itu kerana tidak puas hati dengan pemimpin kerajaan negeri.

Adun Lintang, Datuk Ahmad Pakeh Adam berkata, bagaimanapun, mereka bukan hendak menyertai Pakatan Rakyat, sebaliknya hanya menjadi Adun bebas.

"Saya ada terdengar cerita mengenai perkara tersebut tetapi tidak dapat disahkan kebenarannya. Nak percaya tidak boleh, tidak percaya pun tidak boleh.

"Barisan Nasional (BN) pun tidak kuat di Perak, akibatnya wujud perasaan tidak puas hati ," katanya yang juga bekas ketua Umno bahagian Sungai Siput ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai khabar angin ada Adun Umno Perak yang akan menyertai Pakatan Rakyat.

Kelmarin, Ketua Penerangan PKR Perak Zulkifly Ibrahim mendakwa tiga Adun dikatakan akan melompat parti kerana didakwa tidak berpuashati dengan Menteri Besar, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir.

Ahmad Pakeh berkata, laporan Adun Umno mahu menyertai Pakatan Rakyat adalah tidak benar.

"Mereka tu nak buat taktik Datuk Nasarudin Hashim (Adun Bota) yang pada awalnya melompat menyertai PKR untuk memancing tiga Adun Pakatan Rakyat menyertai Barisan Nasional.

"Barangkali mereka nak buat apa yang Datuk Nasaruddin buat, nak tarik Adun Pakatan Rakyat menyertai BN," katanya.

Awal tahun lalu, Nasarudin menyertai PKR tetapi beberapa hari kemudian kembali semula ke pangkuan Umno.

Tidak lama selepas itu, tiga Adun Pakatan Rakyat – dua dari PKR dan seorang DAP – meninggalkan parti itu dan menyatakan sokongan kepada BN.

Akibatnya, kerajaan Pakatan Rakyat tumbang apabila tidak lagi mendapat majoriti dalam DUN negeri Perak.

Pemangku Sultan Kelantan Murka Kat Najib Yang Kurang Ajar

Posted: 16 Jun 2010 01:34 AM PDT

Najib masuk rumah orang tapi taknak bagi salam. Padan muka Najib, Pemangku Sultan pun tak nak mencemar duli datang ko punya pesta gara-gara kebiadapan ko ni..memang ko dah kurang ajar. Pak Lah pun lagi baik dari ko..tunggulah rakyat Kelantan ajar ko sekali lagi dalam PRU akan datang..

Karnival Kelantan: MB, Exco tidak akan hadir malam ini

KOTA BHARU, 16 Jun: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersama dengan Exco-Exco dan pegawai-pegawai kerajaan negeri tidak akan menghadiri majlis perasmian Karnival Kelantan Fiesta 2010 yang akan berlansung pada malam ini.

Ini kerana, pengurus acara berkenaan, Red Carpet Worldwide, didakwa telah melanggar dan tidak menghormati persetujuan yang diberikan oleh kerajaan negeri sebelum ini.

Demikian ditegaskan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan pada sidang media selepas mesyuarat Exco sebentar tadi.

Berikut adalah kenyataan beliau berhubung perkara itu.

Adalah dengan rasminya melalui sidang akhbar yang disertai oleh pengerusi-pengerusi bersama Kelantan Fiesta 2010, Datuk Takiyuddin Hassan, Datuk Datuk Mejar (B) Mohd Anizam Abd Rahman, Dr Fadzli Hassan dan Abd Fatah Mahmood menyatakan bahawa pihak Kerajaan Negeri Kelantan melalui Persidangan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri hari ini memutuskan Kerajaan Negeri tidak terlibat dengan penganjuran Kelantan Fiesta atas sebab-sebab pengurus acara program tersebut telah meminggirkan kerajaan negeri dan dianggap menghina YAB Datuk Bentara Setia Menteri Besar Kelantan kerana dihalang daripada berucap.

Pihak istana juga telah mengesahkan hari ini bahawa Yang Maha Mulia Pemangku Raja tidak memperkenankan diri untuk berangkat merasmikan program tersebut.

Pihak pengurus acara telah didapati tidak menepati janji dengan menamakan pihak mereka sebagai penganjur dan hanya meletakkan kerajaan negeri sebagai pihak yang memberi kerjasama.

Jaga-Jaga, Najib Nak Menipu Lagi Pasal Ekonomi

Posted: 16 Jun 2010 12:40 AM PDT

Najib menipu lagi ke ni..sebelum ini kecoh pasal Najib menipu pasal lesen judi dan indeks kompetitif global..sekarang ni najib dikatakan nak menipu pasal pertumbuhan ekonomi lah pula

Ekonomi tumbuh 6 peratus tidak munasabah

KUALA LUMPUR, 16 Jun: Peribadi Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan I disindir di Dewan Rakyat kerana menjangkakan ekonomi negara akan tumbuh sebanyak 6 peratus sebagaimana yang dibentangkan dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10).

Menurut Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad, jangkaan Najib itu adalah tidak munasabah sekiranya dilihat pada senario pertumbuhan ekonomi negara pada RMK9 dan RMK8 yang lalu.

Sehubungan itu, beliau seakan menyifatkan Najib memacu ekonomi negara sebagaimana memandu kereta dengan kelajuan 10 kilometer sejam dengan menggunakan gear dua.

"Adakah kita (kerajaan) mahu memandu kereta 10 kilometer sejam dengan gear dua," sindir beliau ketika mencelah perbahasan RMK10 oleh Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr. Jayakumar.

Sebelum itu, beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat berkata, kerajaan mensasarkan pertumbuhan ekonomi negara sebanyak 7.5 peratus dari tahun 2001 hingga 2005 melalui RMK8.

Tetapi, menurut beliau, pertumbuhan ekonomi yang berlaku sebanyak 4.7 peratus sahaja.

Ujarnya lagi, kerajaan turut mensasarkan pertumbuhan ekonomi negara dari tahun 2006 hingga 2009 melalui RMK9 sebanyak 6 peratus.

Tetapi, katanya lagi, pertumbuhan ekonomi hanya 4.2 peratus setahun walaupun Najib sendiri telah membenamkan RM235.6 bilion wang Petronas demi mewajahkan senario stabil ekonomi negara sebelum ini.

Melihat pada pemacuan ekonomi negara yang kian kelam, beliau menuntut janji politik yang Najib sendiri mahsyurkan sebelum ini, iaitu ekonomi negara kian pulih dalam masa terdekat.

"Janji Perdana Menteri di Copenhagen, sasaran 7.5 peratus tetapi yang tercapai hanya 4.7 peratus (tetapi) RMK10 sasar 6 peratus," ujarnya.

Tidak cukup dengan itu, beliau turut mempersoal keberdayaan kerajaan dalam menangani kemelesetan ekonomi negara serta menyelesaikan masalah belanjawan negara yang kian defesit sejak 11 tahun yang lalu.

Sebelum pada itu, Dr. Jayakumar meminta Najib berhenti sikap menipu rakyat dengan memberikan angka sasaran pertumbuhan ekonomi yang tidak menunjukkan realiti sebenar ekonomi negara dan dunia.

Ujarnya lagi, sekiranya dunia boleh jujur menjelaskan senario sebenar kemelesetan ekonomi yang dijangka bersama, mengapa Malaysia masih mahu bersikap sebaliknya.

Karpal Akan Failkan Saman Terhadap Katak Malim Nawar & Jelapang Atas Pecah Kontrak

Posted: 15 Jun 2010 11:26 PM PDT

Karpal akan saman dua ekor katak di Perak, atas alasan pemecahan kontrak yang telah ditandatangani mereka pada pru 2008. Perjanjian itu menyebut bahawa mana-mana wakil rakyat DAP yang lompat parti, mereka perlu kosongkan kerusi dan bayar denda sebanyak 5 juta. Tunggulah ko katak-katak ni di mahkamah..kontrak ni tak kisah antara sesama ahli politik..bahkan kontrak bangla dengan majikan pun tetap boleh disaman jika bangla itu lakukan pemecahan kontrak..kita sama-sama tunggu keputusannya nanti..PKR pula bila nak saman YB mereka yang dah jadi katak??

DAP says will sue Keshvinder, Hee

KUALA LUMPUR, June 16 — The DAP will take legal action against its two defected Perak assemblymen — Keshvinder Singh and Datuk Hee Yit Foong — for allegedly breaching the contracts of loyalty they had signed with the party post Election 2008.

Perak DAP chief Datuk Ngeh Koo Ham said the contracts stipulated that the representatives had to resign from their seats and pay RM5 million each if they decide to defect.

"The DAP Malaysia will file the suit. In principle, the top leadership has agreed to this — I have conferred with several top leaders including Lim Kit Siang, Lim Guan Eng and Karpal Singh and they have agreed.

"However, out of respect for the total leadership, we will only file the suit after the party's central executive committee meets on June 28," he told reporters in Parliament today.

The DAP liaison bodies for Negeri Sembilan and Perak had compelled its elected representatives to sign the loyalty pledges after the March 2008 general election, as a method to prevent party-hopping.

In Perak, the party's elected representatives were required to pledge their loyalty by agreeing to resign from their state seats and pay a fine of RM5 million if they were to leave the party.

Pilihanraya Umum Ke-13 Dijangka Selepas November Ini

Posted: 15 Jun 2010 09:50 PM PDT

Pas Kelantan semalam mencabar kerajaan BN khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bubarkan Parlimen sekali gus mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) dengan segera sekiranya beliau yakin untuk memperoleh kemenangan dalam pilihan raya itu.

Pengarah Pilihan Raya Pas Negeri, Abdul Fatah Harun telah berkata, kenyataan yang dibuat oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang mendakwa sokongan Perdana Menteri kini terus kukuh tidak melambangkan realiti suasana politik negara sekarang.

"Kenyataan Tun tidak berpijak kepada realiti politik semasa. Beliau menggunakan analisis Merdeka Center untuk buat kesimpulan, sedangkan Pakatan Rakyat (PR) juga mempunyai analisis sendiri.

"Oleh itu jika Perdana Menteri berani, sila bubar Parlimen sekarang dan kita beri peluang kepada rakyat memilih kerajaan baru untuk mentadbir Putrajaya. Kita boleh tengok kebenaran analisis itu," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Tapi nampaknya Parlimen tak dibubarkan buat masa sekarang kerana BN nak berkonvensyen pada bulan November ini. jadi ini bermakna pru 13 akan diadakan selepas konvensyen BN, iaitu November ini. Ini beritanya :

Konvensyen BN pasca PRU-12 November ini

Oleh Adib Zalkapli June 16, 2010

KUALA LUMPUR, 16 Jun — Barisan Nasional (BN) akan mengadakan konvensyennya November ini bagi memperkukuhkan ikatan berusia 36 tahun ini.

Ia merupakan pertemuan sulung selepas pilihan raya umum 2008.

BN pernah bercadang mengadakan konvensyen awal tahun lalu tetapi ditangguhkan sehingga selepas Datuk Seri Najib Razak menjadi perdana menteri.

Najib yang juga Pengerusi BN semasa berkata jawatankuasa pengurusan diketuai timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin telah dipertanggungjawabkan usaha pembaharuan dalam BN.

Wakil kesemua komponen BN akan dibawa bersama dalam proses percambahan fikiran.

"Dalam konvensyen akan datang, kami akan membentangkan beberapa langkah pembaharuan BN," kata Perdana Menteri.

"Langkah ini untuk menyediakan BN agar terus memerintah negara tanpa terbawa bawa dengan kejayaan masa lalu," kata beliau selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN di sini malam tadi.

Menurut Najib, konvensyen itu merupakan peluang bagi BN untuk memahami harapan generasi baru.

Mesyuarat BN Februari lalu memutuskan untuk mengadakan satu konvensyen bagi membincangkan pindaan perlembagaan parti itu akhir tahun ini.

Pindaan perlembagaan itu adalah antara usaha untuk memantapkan parti di samping menjadikan parti BN lebih bersifat terbuka dan inklusif

Pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi merancang konvensyen BN awal tahun lalu selepas prestasi tidak memuaskan dalam pilihan raya umum 8 Mac 2008.

BN kehilangan tambahan empat negeri dan dinafikan majoriti dua pertiga di Parlimen buat julung kali.

Gempa Bumi Di Irian Jaya, Amaran Tsunami Dikeluarkan

Posted: 15 Jun 2010 09:22 PM PDT

Gempa kuat 7.1 Richter landa Irian Jaya, Indonesia

2010/06/16 

JAKARTA: Gempa kuat berukuran 7.1 skala Richter melanda Irian Yaya, wilayah timur Indonesia dengan amaran tsunami dikeluarkan Jabatan Geofizik Indonesia sebentar tadi.

Gempa berlaku jam 12.16 tengah hari waktu tempatan (0316 GMT) di 123 kilometer di tenggara Pulau Biak, di Selatan Papua.

Strong quakes hit off Indonesia's Papua

(Reuters) - A series of quakes struck off Indonesia's Papua province on Wednesday within a few minutes of each other, the U.S. Geological Survey (USGS) said, but there were no reports of casualties.

A 6.4 magnitude quake was followed 10 minutes later by a 7.0 magnitude quake, USGS said. A third quake struck a little later, with a magnitude of 6.3.

Indonesia's meteorological agency said the quakes occurred 114 kilometers (70.84 miles) southeast of Biak, in Papua, at a depth of 10 kilometers, and issued a tsunami warning after the second quake.

The National Disaster Mitigation Agency's spokesman, Priyadi Kardono, said there were no reports of casualties from the area. Kardono said he was still awaiting updates after the second quake.

BP said that its Tangguh LNG project in Papua was operating normally and was not affected by the quake.

"According to reports, the quakes were felt strongly in Biak, and with the intensity the quakes could cause cracks on the walls of houses and buildings" said Jaya Murjaya, an official at the meteorological agency.

Tiada ulasan: