Ini yang aku rasa... |
- Wartawan RTM berjaya buktikan dirinya lebih bodoh dari monyet
- Barua UMNO pulak pegi tibai pungkok J.Jarjis Kaki Raba (JJKR)!
- Kepulan awan selembut kapas payungi pemergian pejuang ikhlas
- Kekuatan jemaah hancurkan fitnah anjing2 kurap di Bkt Siguntang
- Kelantan Fiesta 2010 jadi program pasar malam/demo UMNO
- Akibat tak mahu tanggung malu, Najib cabut lari
- Balasan Allah kepada kerja khianat UMNO di Kelantan
| Wartawan RTM berjaya buktikan dirinya lebih bodoh dari monyet Posted: 17 Jun 2010 06:53 AM PDT |
| Barua UMNO pulak pegi tibai pungkok J.Jarjis Kaki Raba (JJKR)! Posted: 16 Jun 2010 08:35 PM PDT PENDEDAHAN PANAS! KISAH BENAR DISEBALIK KERUGIAN SILTERRA MALAYSIA SDN BHD! FROM AROUND THE BLOGS Thursday, 17 June 2010 Oleh Parpukari Sekarang ini aku nak menceritakan tentang perihal sebuah syarikat GLC di Kedah, syarikat ini diilhamkan oleh Tun Dr Mahathir! Syarikat ini dipanggil dengan nama Silterra Malaysia Sdn Bhd. Syarikat ini mengeluarkan cip-cip semikonduktor yang dipasarkan seluruh dunia! |
| Kepulan awan selembut kapas payungi pemergian pejuang ikhlas Posted: 16 Jun 2010 07:56 PM PDT Waktu petang-petang, kami selalu nampak Ustaz Hasan Syukri membersihkan kawasan markaz Taman Melewar. Dengan t'shirt pagodanya, dia selamba memegang sabit walaupun ketika itu dia adalah Timbalan Presiden PAS. Berpeluh-peluh dia menebas. Aku tengok je. Baru sekarang aku terasa, mengapalah aku tak tolong bersihkan kawasan markaz tu? - Muhaimin Sulam Sifat mudah mesra dan kesederhanaan beliau tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana pihak. Semasa saya baru mengenali beliau saya amat terkejut melihat beliau dengan berbaju T=Shirt Pagoda dan berkain pelekat tidak segan silu memotong rumput dan menyapu kawasan di Markaz Taman Melewar sedangkan pada masa itu beliau adalah Timbalan Presiden Pas. Boleh dikatakan kerja-kerja tersebut dilakukan secara rutin oleh beliau. - Hanipa Maidin Dari blog Ummu Asiah Tidak pula saya peka tentang keindahan awan yang memayungi bumi pada pagi tersebut....memang sering juga melihat kepulan awan sebegini memayungi bumi, cuma tidak berpeluang 'menangkap' panoramanya....kini secara tidak disengajakan ianya terpapar di beberapa imej yang sempat diambil disekitar Solat Jenazah Allahyarham Ustaz Hassan Syukri...jadi dari ianya tersimpan di dalam 'hard disk' komputer peribadi keluarga ummu asiah lebih baik untuk dipaparkan keindahan alam ciptaan Allah kepada semua yang hadir di blog ini. |
| Kekuatan jemaah hancurkan fitnah anjing2 kurap di Bkt Siguntang Posted: 16 Jun 2010 07:11 PM PDT Sambil minum kami bersembang rancak berkenaan musibah yang baru berlaku kepada Hizbul Muslimin Bukit Siguntang. Semuanya angkara anjing-anjing kurap yang semua ahli Hizbul Muslimin Bukit Siguntang kenal. Anjing-anjing kurap ini sememangnya tidak ikhlas dan tak habis-habis menyusahkan jemaah terutama sekali jemaah Hizbul Muslimin Bukit Siguntang. Syukur atas pertolongan Allah dan dengan kekuatan jemaah, semua fitnah anjing-anjing kurap ini akhirnya terburai lalu terkubur di kaki bukit. Topeng lakonan anjing-anjing kurap ini juga terkoyak dan Yang Berkhidmat dipilih oleh rakyat Bukit Siguntang akhirnya mendapat maklumat yang sebenar. Syabas buat pejuang-pejuang ikhlas di Bukit Siguntang dan penulis mendoakan semoga semua anjing kurap yang menjadi pengkhianat ini akan mendapat laknat dari Allah swt! Amin... |
| Kelantan Fiesta 2010 jadi program pasar malam/demo UMNO Posted: 16 Jun 2010 07:01 PM PDT |
| Akibat tak mahu tanggung malu, Najib cabut lari Posted: 16 Jun 2010 06:54 PM PDT Oleh Husam Musa Malam ini asalnya dijangka mencatat sejarah tertentu bagi Kelantan. PM akan sepentas dengan Mursyidul Am PAS yang juga MB Kelantan, menyaksikan perasmian Kelantan Fiesta oleh Baginda Pemangku Raja Kelantan. Malam ini, sejarah masih tercatat tetapi dengan cara yang sama sekali tidak dijangka. Bukan sahaja Pemangku Raja tidak berangkat atas apa jua sebab, PM yang dalam rangka lawatan rasmi sehari ke Kelantan dan kemuncaknya akan merasmikan sendiri event Kerajaan Pusat yang dinamakan Kelantan Fiesta itu di Stadium Sultan Muhammad, pulang awal tanpa sempat menjejakkan kaki ke situ. MB dan Kerajaan Negeri memutuskan tidak bersama, antara lain kerana pertukaran dari 'agenda bersama' kepada 'hanya agenda Pusat'. Poster One Malaysia menunjukkan PM akan merasmikan acara itu tergantung di sana sini. Kemuncaknya malam ini, hujan ribut 'menyerang' semua persiapan di Stadium bersejarah itu. Hujan bermula sejak 8.30 malam. Sehingga jam sebelas setengah, ia masih turun renyai-renyai selepas turun dengan lebat sebelumnya. Orang ramai, atas apa jua sebab, samada kerana hujan dan ribut mahu pun hal yang lain, tidak membanjiri stadium itu seperti lazim berlaku pada acara anjuran Tok Guru sebelum ini. Suku stadium pun tak ada. Lengang. Tentulah memalukan untuk PM datang berucap dalam suasana hiba seperti itu. Ia bukan lagi kemuncak yang ditunggu tetapi kemuncak yang sangat mengharukan. Tidaklah ganjil untuk PM memutuskan terus menaiki pesawat pulang ke pangkuan keluarga tercinta. Tinggal-lah anak buah terkial-kial, bagai kucing jatuh ke air. PM perlu dielak atau patut mengelak dari tempias peristiwa upset ini. Biarlah hujan menguasai malam dan sejarah dirakam seperti kehendak Pencipta. Datuk Mustapa terpaksa memikul akibat dari keputusan politik dangkal mengenepikan Kerajaan Negeri dan tetamu kehormat lainnya di saat akhir, sehingga akhirnya beliau terpaksa berdiri di hadapan padang yang kosong untuk acara perasmian mengantikan PM. Tugas yang berat. Tak semena-mena, bekalan elektrik pula terputus. Ketentuan Ilahi nampaknya tidak menyebelahi penganjur, walau apa jua motif mereka, tersurat atau tersirat. Saya membuat catatan ini sebagai mengingati besarnya kuasa Ilahi dan eratnya Kelantan dijaga oleh Pengawal langit dan bumi. Di padang yang mulia kerana telah menyaksikan ratusan ribu manusia telah sujud di atasnya dan tidak kurang pula titisan air mata yang tumpah ketika heningnya hubungan para hamba dengan Sang Pencipta di situ dalam siri-siri solat hajat yang telah berjalan berbelas kali, nyata menunjukkan keramatnya. Termasuk solat hajat royalti minyak. Solat hajat untuk ummat Palestin. Solat hajat untuk memenangkan perjuangan rakyat. Nampaknya, padang itu tidak mudah melupakan pihak yang menganiayai rakyat Kelantan tetapi mahu berpesta di atasnya. Mengenepikan tuan rumah - tentulah bukan langkah bijak. Apa lagi, PM semata-mata bukanlah tarikan besar bagi orang Kelantan untuk memenuhi stadium sebesar itu. Usahkan stadium, dewan biasa pun belum tentu penuh. Lantaran itulah, langkah awal penganjur ialah berpijak atas kerjasama dengan Kerajaan Negeri. Bermakna bekerjasama dengan populariti Tok Guru. Dari sana, penetrasi boleh bermula. Entah apa gerangan dan perhitungan, di saat akhir mereka ingin bersendiri. Sesetengah berkata, 'UMNO tetap UMNO...'. Ada peluang, mereka mencengkam. Taring UMNO mereka sentiasa tersedia. |
| Balasan Allah kepada kerja khianat UMNO di Kelantan Posted: 16 Jun 2010 06:52 PM PDT KOTA BHARU, 16 Jun: Di sebalik pemulauan kepimpinan kerajaan negeri termasuk Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada perasmian Kelantan Fiesta 2010 malam ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga tidak hadir pada majlis itu.
Lebih mengecewakan penganjur bersama program itu, Red Carpet Worldwide, apabila hanya kira-kira 300 sahaja yang hadir dalam suasana hujan lebat yang turun mencurah-curah selepas Maghrib. Bahkan, ada di kalangan pengunjung yang berpatah balik kerana tidak selesa berada pada majlis itu, ditambah pula bekalan elektrik turut terputus. Ini menyebabkan sistem pembesar suara gagal berfungsi yang memaksa Mustapa yang juga Pengerusi Perhubungan Umno negeri berucap menggunakan loud hailer. Petang tadi, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan memberitahu, kerajaan negeri akan memulau majlis perasmian itu yang sepatutnya disempurnakan oleh Pemangku Raja Kelantan dan dihadiri Najib Tun Razak di pekarangan Stadium Sultan Mohammed Ke-IV. Ini kerana, katanya pihak penganjur mungkir janji dengan tidak membenarkan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat berucap. Tambahnya, penganjur bersama majlis itu, Red Carpet Worldwide Sdn Bhd telah melanggar syarat-syarat perjanjiannya dengan kerajaan negeri sebelum ini. Beliau yang juga Adun Bunut Payong berkata, mengikut perjanjian asal, Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra akan merasmikan fiesta itu dan Menteri Besar turut berucap, tetapi keputusan terbaru tidak membenarkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz berucap di samping tidak dirasmikan oleh Pemangku Raja. Ekoran itu, jelasnya semua acara melibatkan kerajaan negeri seperti persembahan 1,001 pesilat dan pembuatan gendang terbesar turut dibatalkan. Sementara itu, Perdana Menteri yang membatalkan untuk merasmikan Kelantan Fiesta itu bergegas pulang ke Kuala Lumpur dengan penerbangan pada 10.30 malam. Ekoran itu, RTM turut membatalkan untuk mengadakan siaran langsung. Namun, RTM dalam Berita Jam 8 masih lagi mewar-warkan keberangkatan Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan untuk merasmikan program Kelantan Fiesta 2010 di samping menyatakan akan menyiarkan program itu secara langsung melalui TV1. Tindakan terus menghebahkan keberangkatan Pemangku Raja sebagai strategi untuk menarik rakyat Kelantan ke majlis tersebut dan dilihat sebagai tindakan terdesak serta tidak menghormati institusi istana yang jelas melalui surat memaklumkan 'atas sebab-sebab tertentu' di mana Pemangku Raja membatalkan hasrat untuk merasmikan karnival itu. Tindakan Umno negeri yang menaikkan banner dan bunting gambar Najib dan 1Malaysia sebenarnya suatu tindakan menderhaka walapun merasakan itu perancangan terbaik mereka, sebenarnya lebih memualkan rakyat Kelantan yang sememangnya tidak menyahut seruan 1Malaysia. |
| You are subscribed to email updates from Ini yang aku rasa... To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Walaupun mengikut jadual asal, majlis itu akan dirasmikan oleh Najib, tetapi beliau digantikan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan