Khamis, 17 Jun 2010

al-banjari online 2010

al-banjari online 2010


Video Lucah Elizabeth ?

Posted: 17 Jun 2010 04:12 AM PDT

"Saya tidak menonton (video itu). Saya tidak tahu jika dia menonton video lucah. Saya tidak tahu jika dia berbuat demikian,nak layan apa, saya tidak ada video itu. Kalau saya ada saya akan dedahkan. Tetapi tiada buktipun bahawa saya ada. Dia tidak patut buat ini, ia tidak beretika dan tidak boleh diterima,"" - anwar ibrahim

Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan bahawa bekas orang kuatnya, Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim yang beliau memiliki pita video yang memaparkan exco Selangor, Elizabeth Wong dalam keadaan intim.

Semalam, Zahrain mendakwa Anwar mempunyai sesalinan video berkenaan dan pernah menuntut supaya Wong meletakkan jawatan kerajaan dan partinya. Zahrain juga mendakwa Anwar pernah berjanji kepada pemimpin PKR bahawa video itu akan ditayangkan bagi membuktikan perkara itu tetapi gagal berbuat demikian. (malaysiakini)

Ulama Umno - Bakar kapal ? Kecik punya hal

Posted: 17 Jun 2010 04:08 AM PDT

Saya bukan orang politik. Bukan aktivis mana-mana parti. Saya seorang rakyat yang memerhati perkembangan pemikiran Islam dalam negara ini. Artikel ini akan menyebut istilah ulama UMNO atau ulama pro-UMNO. Walaupun istilah ini umum, namun saya mengecualikan mereka yang ikhlas dan tidak bersikap seperti yang disebutkan nanti.

Saya tidak faham mengapakah Umno kebelakangan ini suka berkeras mengambil pandangan-pandangan agama yang bersifat perkauman dan amat konservatif. Dulu mereka lebelkan PAS demikian. Namun hari ini apabila PAS mula membuka ufuknya, melihat Islam dalam kerangka yang lebih luas, Umno pula yang cuba kembali ke zaman ortodoks tersebut.

Ya, memang masih ada dalam PAS sendiri kelompok yang 'ala ulama Umno' hari ini, yang juga mengurung diri dengan pandangan-pandangan yang agak konservatif dan menolak keluasan ijtihad. Namun suara pembaharuan dan keterbukaan jelas kedengaran dalam PAS. Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat tidak lagi bersendirian dengan pandangan-pandangan pembaharuannya. Pelik, sebagai pemerintah mengapa Umno menerima pandangan-pandangan yang sempit itu.

Padahal pandangan-pandangan itu hanyalah tafsiran 'kurang luas' golongan konservatif agama, atau satu ijtihad yang boleh untuk dilihat atau dibandingkan dengan ijtihad yang lain. Apakah kerana Umno merasakan bahawa mereka hanya mampu bernafas dalam iklim yang kurang 'oksigen keluasan ijtihad' atau hanya gas perkauman dan fahaman 'sempit' agama sahaja yang mampu menghidupkan Umno.

Atau, apakah ulama-ulama pro-Umno hanya mampu bernafas selagi parti itu dikurangkan oksigen keluasan berfikir? Atau, apakah Umno melihat rupa paras Islam dalamnya hanya mampu dilihat jika ia bersifat keras dan sokongan Melayu pun akan datang kepadanya dengan membakar isu-isu tersebut? Dimanakah keserasian wajah 1 Malaysia Perdana Menteri dengan pendekatan Islam Umno hari ini? [baca seterusnya di sini]

Lompat untuk rakyat atau pijak undi rakyat?

Posted: 16 Jun 2010 11:40 PM PDT

Politik lompat seakan menjadi budaya di negara kita akhir akhir ini. Alasannya semua sama...tidak puas hati dengan parti atau pimpinan parti. Lompatan paling selamat ialah menjadi bebas... mungkin selepas ini bebas boleh jadi kerajaan kut kerana semakin ramai ADUN dan MP jadi Bebas. Paling mutakhir ialah ADUN Malim Nawar Perak.

Berita lompatan dan gangguan terhadap ADUN Pakatan Rakyat Perak bukan baru. Sejak menang menguasai negeri hinggalah hari ini terus menerus berlaku. Pujukan dan ugutan dikatakan terus berlangsung. Sekitar empat bulan lalu cerita gangguan yang dialami oleh ADUN Pakatan Rakyat Perak khususnya berbangsa India semakin kuat. Kasvinder antara yang paling utama dijadikan sasaran. Dikhabarkan ada sekurang kurangnya tiga lagi dalam usaha lobi dan ugut.

Kerajaan BN di Perak sangat rapuh. Mungkin dengan lompatan ADUN PR menjadikan mereka Bebas untuk menyokong BN dilihat dapat menguatkan BN. Namun disatu sudut lain sokongan Bebas itu kini menjadi beban kerana kedengkian dari dalaman umNO sendiri. Soal harga mereka bukan penting kerana sememangnya mereka mempunyai harga untuk dibeli...cumanya mereka tidak miliki harga diri..

Kita mengharapkan lompatan itu menyeronokkan BN namun jangan lupa sejarah membiktikan banyak sokongan yang membawa rebah. Di satu sudut , mungkin lompatan itu menghilangkan keyakinan pengundi terhadap PR . Ia satu pengajaran besar buat PR dalam pemilihan Calon. DSAI pernah mengakui kesalahan beliau memilih calon yang menyebabkan kes lompat ini.

Pakatan Rakyat sewajarnya membuat penilaian semula dalam pemilihan calon. Bukan hanya pembahagian kerusi yang perlu diambil kira, namun soal calon juga sewajarnya menjadi kriteria parti yang bertanding. Sebagai contoh, jika parti yang diperuntukkkan untuk sesuatu kerusi itu gagal menampilkan calon terbaik , maka sewajarnya pebincangan hati ke hati antara rakan dalam Pakatan untuk memilih calon terbaik dari kalangan mana mana parti yang lebih dihormati dan diyakini .

Jangan kerana kerusi itu telah diperuntukkan untuk partinya, maka tanpa peduli soal kredibiliti calon, maka ia berkeras mempertahankan apa yang mungkin diistilahkan sebagai hak. Apa yang penting ialah kemenangan Pakatan Rakyat, bukan hanya kemenangan mana mana parti. Jangan jadi sebagaimana yang disebut...nafsu nak kahwin terlalu tinggi sedangkan kemampuan tak de...

Apa pun, ia wajar dibincangkan secara adik beradik. Dengan semangat ukhuwwah dan persahabatan untuk mengutamakan kemenangan dan mengekalkan kemenangan. Cadangan seumpama ini mungkin bukan keutamaan namun wajar diberi perhatian agar kepercayaan rakyat terhadap Pakatan Rakyat dapat dikekalkan.... Jangan kecewakan rakyat.(sumber anak sengat)

Kenyataan Media - lidah bercabang Israel

Posted: 16 Jun 2010 11:19 PM PDT

Kenyataan Media
Umat Islam diseru tidak terbuai dengan janji Israel dan kuncu-kuncunya.

Kabinet Keselamatan baru sahaja membincangkan kemungkinan untuk melonggarkan sekatan ke atas Semenanjung Gaza selepas sekian banyak dosa akibat serangan dan sekatan sejak tahun 2006.

Justeru itu, umat Islam dinasihatkan tidak alpa dengan isu ini kerana sikap lidah bercabang adalah sikap semulajadi Israel.

Kedua-dua saluran umum dan swasta Channel 10 melaporkan, Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu yang menerima tekanan kuat dari pihak antarabangsa, memutuskan untuk mengurangkan sekatan dan mengambil langkah-langkah menamatkannya.

Netanyahu berjanji akan kekalkan sekatan laut ke atas Gaza, langkah yang dikatakan penting bagi menghalang Gaza daripada menjadi 'pelabuhan Iran' yang membolehkan senjata dibawa masuk secara bebas.

Pendekatan baru yang dianggap mungkin sebagai rahmat 'persefahaman Blair-Netanyahu', hanyalah satu usaha jangka pendek yang hanya bertujuan mengalih perhatian dunia terhadap kekejaman Israel.

Tanpa ada sebab musabab dalam hal perbincangan isu kelonggaran sekatan, Iran pula cuba dikaitkan dalam hal penyeludupan senjata melalui laut dan ini petanda awal bahawa Israel dan abangnya AS akan menumpu perhatian untuk memusnahkan Iran.

Sebelum negara haram ini menerima banyak tekanan diplomasi (sekadar ucapan beberapa pemimpin PBB sahaja) Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, menolak untuk menarik sekatan ke atas Gaza, malah menegaskan larangan bantuan beberapa siri Viva Palestin dan Konvoi pelbagai NGO serata dunia melalui jalan darat dan laut adalah sebagai punca membuka pintu penyeludupan persenjataan Hamas.

"Ini bukan 'Kapal penyelamat'," kata Netanyahu "Itu adalah kapal kerosakan."

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) juga bersetuju mengambil balik bantuan kemanusiaan ke Gaza yang dirampas oleh Israel dan mengagihkannya di kawasan penempatan Palestin yang ditutup selepas didesak k oleh semua pihak serta langkah awal pelobi yahudi di dalam PBB untuk mengelakkan tekanan politik bertukar menjadi tekanan ekonomi seperti pada tahun 2006 dahulu.

Penyelaras PBB bagi rantau Asia Barat, Robert Serry memberitahu Majlis Keselamatan PBB, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sudah memperoleh kebenaran pemilik tiga kapal yang didaftar di Turki bagi mengambil alih bahan berkenaan dan memikul tanggungjawab memastikan ia diagihkan di Gaza bagi tujuan kemanusiaan.

Bank Dunia membuat anggaran bahawa 80% impot ke Gaza datang dari terowong bawah tanah. Pada tahun 2008, rakyat Gaza merobohkan pagar sempadan dengan Mesir, dan PBB menganggar bahawa setengah dari 1.5 juta populasi Gaza segera berhijrah ke Mesir untuk mendapatkan gas, minyak masak, dan semua keperluan sehari-hari sebelum sempadan (Rafah) tersebut ditutup kembali oleh tentera Mesir.

Ini menunjukkan bagaimana eksplosifnya situasi pada saat itu. Semenjak itu, situasi telah menjadi semakin parah, dimana pemerintah Mesir mulai membangun sebuah tembok besi bawah tanah guna memblok terowongan-terowongan dari Gaza melalui nasihat Zionis. Tambahan pula, tanpa perdagangan sah, terutama dengan Israel, ekonomi Gaza telah runtuh. CIA World Factbook mengestimasikan bahwa tingkat pengangguran pada tahun 2009 adalah 40%. 44% dari populasi adalah anak muda berumur 14 ke bawah.

Inilah situasi yang ada di Gaza, dimana seluruh rakyat ditahan di sebuah penjara terbuka.

Pihak NGO seleuruh negara ini, serta di serata dunia diseru untuk memantau pengagihan barang bantuan daripada kapal-kapal yang telah ditawan, serta memastikan konvoi bantuan terus dilakukan melalui jalan laut dan darat yang telah dibuka oleh pihak Mesir. Sikap Mesir juga perlu dicurigai kerana mereka boleh menutup sempadan pada bila-bila masa sahaja atas desakan musyrikin Zionis. Tekanan kepada Mesir juga wajar diteruskan.

MAPPIM akan menganjurkan Konvoi Ramadhan di Gaza pada bulan puasa tahun ini serta akan menyerahkan memorandum mendesak kerajaan Mesir konsisten membuka sempada Rafah serta mengabaikan desakan Zionis.

Muhammad Nuruddin Bin Bashah
Ketua Media Teras Pengupayaan Melayu
Merangkap Koordinator Sekreteriat MUDA-Teras

Kifarah ribut buat program Najib ?

Posted: 16 Jun 2010 04:27 PM PDT

Akibat daripada sikap "Kurang Ajar" pihak Red Karpet yang tidak menghormati perjanjian dan Tuan Rumah, sebelah malamnya, hujan turun dengan lebatnya seawal jam 8:30 malam.

Bukan setakat hujan lebat, malah angin juga cukup kencang sampai hampir terangkat khemah-khemah peniaga di Dataran Stadium. Siaran Langsung terpaksa dibatalkan pada saat-saat akhir walaupun berbagai persiapan yang maha hebat telah diusahakan sejak dari minggu lepas.

Pembatalan Siaran Langsung sebenarnya bukan berpunca dari hujan lebat, tetapi lebih kepada cubaan menyembunyikan "sambutan dingin" rakyat Kelantan terhadap Perdana Menteri Malaysia yang dijadualkan akan merasmikan Kelantan Fiesta malam tadi.

Beb... korang ingat TV nak siar ke laporan secara langsung kalau jumlah kehadiran tak sampai pun 500 orang untuk acara Gilang-gemilang macam ni..?

Kos untuk malam pembukaan tak mustahil mencecah ratusan ribu ringgit. persediaan untuk pentas untuk konsert je pun kita tau bukan sikit puluh-puluh ribu, tapi makan ratusan ribu ringgit. yang tu belum kira dengan kos bunga api lagi tu.

Stopa Jeli ni orangnya hebat... masa yang ada digunakan sebaik-baiknya untuk memuji Murujib... kata Stopa Jeli - "Najib adalah sorang yang sangat bagus, dia bagus sebab sepanjang Murujib jadi PM, dah 5 kali Murujib datang ke Kelantan dan itu tanda dia prihatin"...

Memang la kau prihatin. kau tu perompak, sebelum nak merompak, kena la survey rumah mangsa dulu. duit royalti bila nak bayar Murujib weh..?

Dalam ucapan pendeknya pulak, Stopa Jeli mengajak rakyat kelantan untuk menaiki keretapi untuk mencapai matlamat pembangunan. Oi Stopa, kalau nak membangun, jangan naik keretapi, naik la jet, naik roket, baru boleh sampai bulan, naik keretapi nak gi mana..? Nepal..? Bodo betul la Menteri Jeli ni.

Habis ucapan, "dimaklumkan bahawa semua program pada malam ini dibatalkan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan" Kah kah kah kah kah...!!! kena kencing..!

p/s - sebuat pasal "Perjanjian" dalam Malaysia ni ada 1 menatang je yang tak reti nak tepat janji dan ikut perjanjian... menatang tu ialah UMNO/BN... yang sokong UMNO/BN ibarat penyokong menatang. Hanya menatang sahaja menyokong menatang..! - Kami Nak deris Nnatang..!

Jadual asalnya, perasmian akan dibuat oleh PM Malaysia Dato' Seri Murujib pada jam 9:00 malam tapi sampai jam 10:00 malam dewa Murujib gagal tiba. Yang tiba akhirnya ialah Stopa Jeli.

Apa punya suwey Program malam tadi aku pun tak tau. Sebaik Stopa sampai, bacaan doa dimulakan, sebaik saja doa habis dibaca, MC ambik alih microphone untuk teruskan majlis... baru cakap 2-3 patah - Zap...!!! BLACKOUT..!

Seluruh Stadium bergelap. betul-betul suwey 77. Majlis diteruskan, Stopa Jeli akhirnya hanya berucap dengan menggunakan Heiler. aku tengok dah macam demonstrasi aman la pulak. Apa kes majlis gilang gemilang pakai heiler..?

(*) sumber foto dan artikel dari Pojie - Perisik Rakyat

Malam kelam Najib di Kelantan

Posted: 16 Jun 2010 04:14 PM PDT

Malam ini asalnya dijangka mencatat sejarah tertentu bagi Kelantan. PM akan sepentas dengan Mursyidul Am PAS yang juga MB Kelantan, menyaksikan perasmian Kelantan Fiesta oleh Baginda Pemangku Raja Kelantan.

Malam ini, sejarah masih tercatat tetapi dengan cara yang sama sekali tidak dijangka.Bukan sahaja Pemangku Raja tidak berangkat atas apa jua sebab, PM yang dalam rangka lawatan rasmi sehari ke Kelantan dan kemuncaknya akan merasmikan sendiri event Kerajaan Pusat yang dinamakan Kelantan Fiesta itu di Stadium Sultan Muhammad, pulang awal tanpa sempat menjejakkan kaki ke situ.

MB dan Kerajaan Negeri memutuskan tidak bersama, antara lain kerana pertukaran dari 'agenda bersama' kepada 'hanya agenda Pusat'. Poster One Malaysia menunjukkan PM akan merasmikan acara itu tergantung di sana sini.


Kemuncaknya malam ini, hujan ribut 'menyerang' semua persiapan di Stadium bersejarah itu. Hujan bermula sejak 8.30 malam. Sehingga jam sebelas setengah, ia masih turun renyai-renyai selepas turun dengan lebat sebelumnya.Orang ramai, atas apa jua sebab, samada kerana hujan dan ribut mahu pun hal yang lain, tidak membanjiri stadium itu seperti lazim berlaku pada acara anjuran Tok Guru sebelum ini. Suku stadium pun tak ada. Lengang.

Tentulah memalukan untuk PM datang berucap dalam suasana hiba seperti itu. Ia bukan lagi kemuncak yang ditunggu tetapi kemuncak yang sangat mengharukan.Tidaklah ganjil untuk PM memutuskan terus menaiki pesawat pulang ke pangkuan keluarga tercinta.


Tok Pa terpaksa menggunakan Loud Hailer kerana sound System gagal berfungsi

Datuk Mustapa terpaksa memikul akibat dari keputusan politik dangkal mengenepikan Kerajaan Negeri dan tetamu kehormat lainnya di saat akhir, sehingga akhirnya beliau terpaksa berdiri di hadapan padang yang kosong untuk acara perasmian mengantikan PM. Tugas yang berat. Tak semena-mena, bekalan elektrik pula terputus.Ketentuan Ilahi nampaknya tidak menyebelahi penganjur, walau apa jua motif mereka.

Saya membuat catatan ini sebagai mengingati besarnya kuasa Ilahi dan eratnya Kelantan dijaga oleh Pengawal langit dan bumi.

Di padang yang mulia kerana telah menyaksikan ratusan ribu manusia telah sujud di atasnya dan tidak kurang pula titisan air mata yang tumpah ketika heningnya hubungan para hamba dengan Sang Pencipta di situ dalam siri-siri solat hajat yang telah berjalan berbelas kali, nyata menunjukkan keramatnya.

Termasuk solat hajat royalti minyak. Solat hajat untuk ummat Palestin. Solat hajat untuk memenangkan perjuangan rakyat.Nampaknya, padang itu tidak mudah melupakan pihak yang menganiayai rakyat Kelantan tetapi mahu berpesta di atasnya.

Mengenepikan tuan rumah - tentulah bukan langkah bijak. Apa lagi, PM semata-mata bukanlah tarikan besar bagi orang Kelantan untuk memenuhi stadium sebesar itu. Usahkan stadium, dewan biasa pun belum tentu penuh.

Lantaran itulah, langkah awal penganjur ialah berpijak atas kerjasama dengan Kerajaan Negeri. Bermakna bekerjasama dengan populariti Tok Guru. Dari sana, penetrasi boleh bermula.Entah apa gerangan dan perhitungan, di saat akhir mereka ingin bersendiri. Sesetengah berkata, 'UMNO tetap UMNO...'.Ada peluang, mereka mencengkam. Taring UMNO mereka sentiasa tersedia.

(*) Dipetik dari blog WFauzdin- dari sumberasal : Dari Sungai Derhaka.blogspot | Foto TT

Tiada ulasan: