Fakulti Siyasah Syar'iyah |
| Posted: 28 Jun 2010 06:07 AM PDT "KUALA LUMPUR, 28 Jun: Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub (gambar) mendakwa kerajaan cuba menyembunyikan sesuatu di sebalik isu Jemaah Islamiah (JI) yang ditimbulkan baru-baru ini apabila meminta pihak polis merahsiakan segala maklumat mengenai isu itu.Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Speaker Dewan Rakyat menolak di dalam kamar usulnya mengenai JI yang dihantar minggu lalu atas alasan ianya telah dijawab oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) minggu lalu. Katanya, kedua-dua kementerian itu tidak menjawab isu sebenar mengenai dakwaan wujudnya anggota JI di negara ini. "Saya merasakan jawapan itu tidak langsung menjawab isu pokok yang sebenarnya yang mana kenyataan terkini menteri dalam negeri iaitu meminta polis merahsiakan maklumat mengenai JI ini. Apa yang nak dirahsiakan? Kalau dia merahsiakan ini apa muslihatnya?" katanya yang juga Naib Presiden PAS." Seterusnya di sini. |
| Rizab Felda: Anak cabar Ahmad debat terbuka Posted: 27 Jun 2010 10:28 PM PDT Dalam sidang media di Pejabat Agung PAS hari ini, Mazlan berkata, jawapan Ahmad di parlimen berhubung faktor kemerosotan tersebut adalah sangat meragukan dan banyak tanda tanya. "Saya cabar Datuk Ahmad Maslan buat debat intelektual tentang Felda, di mana-mana saya tak kisah. "Kalau dia rasa dia betul, kata pendedahan kita ni salah, kita buat debat," katanya. Turut serta dalam sidang media tersebut, bekas Timbalan Menteri Tanah dan Koperasi, Dr. Tan Kee Kwong. Ahmad sebelum ini mengakui rizab tunai Felda merosot daripada RM4.08 bilion pada tahun 2004 kepada hanya RM1.35 bilion pada 2009." Seterusnya di sini. |
| You are subscribed to email updates from Fakulti Siyasah Syar'iyah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.