Isnin, 28 Jun 2010

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


MINUM AIR DARI KEMALUAN:MAAF SEDIKIT LUCAH

Posted: 28 Jun 2010 07:55 AM PDT


orang-orang sekitar percaya bahwa air yang keluar dari batu yang berbentuk kelamin itu bisa memudahkan untuk mendapatkan jodoh atau keturunan...
bahkan pengunjung yang datang kesitu tak segan-segan untuk langsung meminum air yang keluar tanpa proses apa2...

http://u.kaskus.us/2/bgjec8rv.jpg
hadinisme.blogspot.com
hadinisme.blogspot.com




hadinisme

SETIAUSAHA GERAKAN KEDAH DISURUH DUDUK RUMAH DIAM DIAM

Posted: 28 Jun 2010 01:27 AM PDT

Ketika pihak tertentu mendakwa Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang meminggirkan kebajikan masyarakat Melayu, parti Gerakan Kedah hari ini berkata sebaliknya.
Setiausaha Gerakan Kedah Tang Hing Lye membidas Ketua Menteri Lim Guan Eng kerana memberi perhatian khusus kepada Bumiputera, lapor portal Malaysiakini.
Dalam ucapannya kepada orang-ramai di Sudut Pidato di Georgetown, Tang melahirkan rasa tidak puas hati kerana Kerajaan Pulau Pinang memperuntukkan banyak wang ringgit untuk mengangkat kemampuan masyarakat Islam.
Antara yang menjadi isu bagi Gerakan adalah peruntukkan RM24 juta untuk tabung kebajikan hal-ehwal Islam, yang berjumlah tiga kali ganda dari RM8 juta yang diperuntukkan kepada bukan bumiputera.
Namun ucapan Tang bukan sahaja gagal mendapat sambutan orang-ramai, bahkan beliau turut diminta untuk "balik rumah dan duduk diam-diam" oleh sekumpulan warga tua Cina berusia 50an yang mengikuti pidato beliau.http://tvselangor.com/v2/news-section?t=3742

Ibu bapa perlu didik anak lelaki, perempuan jauhi zina

Posted: 27 Jun 2010 10:44 PM PDT

June 28, 2010
28 JUN — Seorang rakan pernah memberitahu bahawa gejala anak dara hamil luar nikah sudah lama berlaku, tetapi tidak dihebohkan oleh media. Tidak dapat dipastikan adakah kenyataan itu betul kerana ia diucapkan tanpa sokongan kajian dan angka. Namun, sejak kempen Kami Prihatin anjuran akhbar Utusan Malaysia dilancarkan pada April lalu, banyak sungguh kes buang anak dilaporkan. Walau apa pun situasinya, gejala gadis bawah umur hamil luar nikah nampaknya semakin menjadi-jadi dari sehari ke sehari. Ia dibuktikan oleh statistik dan angka yang jika dilihat amat menakutkan ibu bapa.
Statistik terbaru yang didedahkan oleh Ketua Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam MCA, Datuk Michael Chong menunjukkan sebanyak 111 kes remaja bawah umur mengandung dilaporkan berlaku tahun ini iaitu dari tempoh Januari sehingga April 2010.
Bayangkan dalam tempoh empat bulan, sebanyak 111 remaja bawah umur terlibat dalam gejala tidak berakhlak sehingga melahirkan anak luar nikah. Tentu pendedahan itu mencetuskan kebimbangan kepada ibu bapa yang mungkin ketika ini sedang membayangkan jika anak-anak gadis mereka sendiri terjebak dalam gejala itu.
Dalam pada diburu kebimbangan dan sekadar menunggu kerajaan menggerakkan usaha membendung gejala tersebut daripada terus merebak, adalah lebih baik ibu bapa sendiri melakukan sesuatu untuk menjaga anak-anak remaja sama ada anak lelaki atau anak perempuan. Kedua-duanya perlu diberi perhatian kerana anak lelaki juga boleh menjadi punca kehamilan luar nikah.
Seperti kata, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, ibu bapa tidak boleh lepas tangan dalam isu sosial itu kerana kakitangan agensi kerajaan tidak cukup untuk pergi memeriksa setiap rumah di seluruh negara. Memang benar apa yang dikata kerana agensi kerajaan mempunyai banyak tugas lain yang lebih memerlukan kudrat mereka untuk menjamin kehidupan rakyat keseluruhan sejahtera dan harmoni.
Justeru, ibu bapa perlu kembali kepada peranan asal dalam sesebuah rumah tangga iaitu mengasuh sendiri anak-anak, bukannya menyerahkan 100 peratus kepada pembantu rumah untuk mengurus anak-anak. Memang diakui ibu bapa sekarang terpaksa bekerja keras untuk menyara keluarga kerana jika tidak, pasti 'dapur tidak berasap' atau cukup makan sahaja. Tetapi janganlah kerana itu, ibu bapa mengelak untuk memainkan peranan dalam membentuk tingkah laku anak-anak, selain memberi didikan ilmu dunia dan akhirat yang seimbang.
Jika diteliti, kebanyakan kes remaja hamil luar nikah berasal dari keluarga yang berpecah-belah atau ibu bapa langsung tidak mempunyai masa untuk berinteraksi dengan anak-anak kerana sibuk bekerja. Kurangnya interaksi antara ibu bapa dan anak membuatkan anak berasa diri mereka dipinggirkan dan ketika itulah, mudah bagi mereka terpengaruh dengan perkara yang tidak bermoral.
Masa yang terluang tanpa pengetahuan ibu bapa akan digunakan untuk menonton video lucah atau melihat gambar-gambar lucah yang banyak dipaparkan di skrin komputer melalui Internet.
Pengaruh itu boleh merangsang diri anak-anak remaja yang ketika itu sedang mengalami 'kecelaruan hormon' yang jika tidak bijak dikawal boleh mendorong mereka untuk melakukan hubungan seks bebas sama ada dengan teman lelaki atau rakan sekolah. Itulah yang banyak dilaporkan.
Tetapi jika ibu bapa sentiasa mendampingi anak-anak, pasti setiap pergerakan dan kegiatan mereka dapat dihidu sekali gus diperbetulkan sebelum terlambat. Sesekali memeriksa pesanan mesej di telefon bimbit atau komputer peribadi atau menyelongkar bilik tidur anak-anak, tidak ada salahnya. Lakukan tanpa pengetahuan mereka supaya anak-anak remaja yang terkenal dengan sikap mudah merajuk dan cepat panas baran tidak memberontak kerana kehidupan peribadi mereka diceroboh. Jika ditemui sesuatu yang mencurigakan, ibu bapa boleh mengajak anak-anak berbincang tanpa terus menuduh. Perbincangan berhemah lebih baik daripada 'menyerang' anak-anak.
Memberi batasan waktu terakhir kepada anak-anak untuk pulang ke rumah boleh dipraktikkan sejak anak-anak awal remaja.
Bak kata orang 'melentur buluh biarlah dari rebungnya', maka semua pembentukan tingkah laku anak-anak perlu dilakukan sejak anak-anak masih kecil.
Ini bermakna anak- anak akan membesar dengan nilai-nilai hidup yang positif sekali gus menjadi seorang dewasa yang berguna kepada keluarga, masyarakat, agama dan negara.

ISU JI:PERANGKAP DAN UGUTAN BUAT ULAMA' SERTAI UMNO?

Posted: 27 Jun 2010 06:59 PM PDT

Apakah kenyataan awal Tuan KPN berkaitan dgn JI adalah satu perang psikologi utk mempastikan 40ustaz [ pada saya masih belum layak digelar ulama ] itu masuk UMNO?

Tuan KPN sengaja memainkan isu utk memudahkan UMNO membuat ugutan ke atas para ustaz tersebut menjadi ahli UMNO.Dgn kemasukan mereka ke dlm UMNO akan menampakkan UMNO mula diterima ramai ahli ugama,dgn demikian juga..[pada pandangan strategis UMNO ] akan menarik minat ahli PAS atau mereka yg simpati dgn PAS akan masuk UMNO.

Jika benar mmg wujud gerakan pengganas [ JI ] masakan DSAI sanggup menyanggah kenyataan KPN dan KDN.Saya tertanya2 apakah isu JI itu sengaja dihebahkan ke media massa utk memudahkan UMNO memerangkap para 'ustaz 40' tu bersetuju dlm paksa menyertai UMNO?Jika benar demikian..maka UMNO akan hancur dlm PRU13 nanti.

Saya risau isu JI itu sebenarnya utk satu pakatan yg dirancang rapi utk memasang jerat buat para ilmuan agama agar mereka akan 'terpaksa rela' menyertai UMNO.Ugutan dan rakaman gambar yg dikatakan Tn. MSO mungkin satu perangkap utk memudahkan tugas pihak yg terlibat utk 'menarik' seberapa ramai mereka yg berilmu agama bersama UMNO.Ustaz Asri sudah ada nama, jika diugut sedemikian rupa mungkin liputan media akan memihak kepada Dr. MAZA maka UMNO dan polis terpaksa berlembut dgn beliau.

Penyokong dan para pengkagum Dr. MAZA terlalu ramai jika ada tangkapan dan ugutan mesti pendedahan tersebar dgn meluas. Keadaan ini akan menembak UMNO itu sendiri.Mahu tidak mahu, dari 100 ustaz yg didakwa bakal sertai UMNO akhirnya tinggal 40 org sahaja.Dan saya yakin jika kemasukan mereka itu dgn ugutan dan 'main belakang' maka mereka sekadar ahli UMNO dlm borang ahli sahaja tetapi jiwa dan prinsip mereka tetap menentang UMNO.

Proses senyap akan mereka buat jua..kerana mereka org berilmu.Pasti ada cara yg mereka boleh buat utk menentang ugutan itu dari dalam [ melalui keahlian mereka dalam UMNO ]

Jika Dr. MAZA terus ditekan dan dipaksa utk bersama UMNO..maka Dr. MAZA mungkin akan bersama pembangkang..UMNO perlu hati2 dgn risiko tersebut.Pembangkang sebuah parti yg sah dan sedang mendapat tempat di hati rakyat.Jika tekanan dan fitnah terus dibuat utk Dr. MAZA mungkin akibat buruk akan menimpa UMNO.Cuma di mana 60 org lagi ustaz yg dikatakan akan menyertai UMNO itu kerana sudahnya 40 sahaja yg muncul.Sdgkan media arus perdana bersungguh2 menyatakan Dr.

MAZA bersama 100 ulamak akan menyertai UMNO Jumaat lalu.Moral dari cerita itu ialah, media mmg suka manipulasi cerita, media mmg pembohong, media mmg tidak boleh dipercayai, dan media mmg tidak melaporkan cerita benar dalam hal2 berkaitan politik terutama yg melibatkan pembangkang,kalau melibatkan UMNO, gandaan jumlah pasti ditambah berkali2 utk menampak betapa sokongan utk UMNO begitu hebat.

Sebenarnya cara itu lebih menjauhkan rakyat kerana bila berita sebenar terbongkar maka rakyat akan mula hilang kepercayaan kepada media, kepada UMNO itu sendiri.Lebih dari itu, rakyat akan benci dgn UMNO dan benci dgn wartawan arus perdana.

Kita akan mati,maka jgn jadi tukang fitnah di dunia ni kerana hukuman org yg suka buat fitnah itu amat besar seksaannya.Bercakaplah yg benar walaupun pahit.Biar org benci asal Allah sayangkan kita.Buat ustaz G40tu, bercakap benarlah jika kamu benar2 berilmu,dan ada iman serta beramal dgn agama yg kamu anuti itu..jika tidak kamu juga termasuk dlm kumpulan ulamak fitnah yg mmg telah diperingatkan Junjungan Besar kita bahawa di akhir zaman nanti akan muncul sekumpulan ulamak yg menimbulkan fitnah dan diri mereka itu menjadi sumber fitnah..berhati2lah.

- ANAFAKIR
http://msomelayu.blogspot.com/diangkat dengan permohonan maaf buat mso

Tidak Hadir Retreat, Anwar Tahu Khalid Ada Komitmen Lain

Posted: 27 Jun 2010 05:32 PM PDT

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim tidak hadir sebahagian sesi retreat dua hari parti itu kerana terpaksa memenuhi komitmen-komitmen lain.
"Beliau (Khalid) sekarang ada di Kuala Selangor kerana ada program di sana.
"Sekejap lagi beliau akan sampai," kata beliau kepada The Malaysian Insider di sini pagi ini.
Semalam Khalid tidak menghadiri retreat parti itu, yang menjadi tumpuan disebabkan desas-desus hendak menjatuhkan beliau dari jawatan Menteri Besar Selangor, sehingga menimbulkan tanda tanya di kalangan pemimpin parti.
Khalid juga tidak kelihatan pada sesi pagi ini.
Difahamkan ini retreat yang mendapat tumpuan meluas sejak selepas pilihan raya umum 2008, antara lain kerana dakwaan usaha hendak menjatuhkan Khalid.
Difahamkan sesi pemukiman yang dihadiri kira-kira 80 orang pemimpin parti itu membincangkan mengenai persiapan parti menghadapi pilihan raya umum akan datang dan pemilihan jawatankuasa tertinggi PKR November ini.
Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR akan diadakan petang ini.
Sementara itu, Ahli Parlimen Kuala Langat Abdullah Sani Abdul Hamid berkata Khalid akan sampai tengah hari nanti sama-sama menyertai retreat.
"Beliau akan hadir tengah hari nanti untuk menyertai retreat ini," katanya.

MENTERI JAHIL/BODOH MURAKKAB:BICARA SOAL JUDI DAN KEUTAMAAN

Posted: 27 Jun 2010 04:30 PM PDT

Judi hak bukan Islam? — Dr Mohd Ridhuan Tee

June 27, 2010
27 JUN — Albert Einstein pernah berkata: ''God does not play dice with the universe. If God isn't a gambler, are his followers? Kata-kata itu membuatkan saya amat teruja dengan kenyataan mengenai judi yang dikatakan hak orang bukan Islam. Persoalannya, dari sumber manakah fakta tersebut diperolehi? Atau sekadar mahu mengambil hati atau menjaga hati orang lain? Kita tidak seharus membuat generalisasi bahawa amalan budaya sesuatu kaum merupakan hak mereka, tanpa merujuk kepada sumber asasi atau berautoriti.
Jika kita tidak rajin membaca, sekurang-kurangnya tanyalah mereka lebih arif serta pakar, seperti pakar perbandingan agama atau sami Buddha, Hindu, paderi Kristian dan sebagainya.
Budaya merujuk pakar perlu ada dalam melahirkan masyarakat yang maju, berilmu dan mempunyai daya intelektual yang tinggi. Sedarlah, kita tidak akan tahu semua perkara. Dengan sebab itu, kita mempunyai pengkhususan bidang masing-masing.
Lebih baik bercakap mengikut bidang. Apatah lagi menyentuh sensitiviti agama.
Lebih menyedihkan, kadang-kadang yang jahil murakab pun mahu bercakap.
Akibatnya, makin banyak cakap, makin terserlah kelemahan. Ini memberikan ruang dan peluang untuk mereka yang ingin mengambil kesempatan menangguk di air keruh, terutama ultra kiasu dan sekutunya.
Sepanjang pengetahuan saya mengkaji perbandingan agama sehinggalah memeluk Islam, tidak ada satupun agama yang menghalalkan judi. Begitu juga seperti arak, zina, pelacuran, pergaulan bebas, seks bebas, jenayah, bunuh diri dan sebagainya. Alangkah hinanya sesuatu agama, jika ada yang berpendapat judi dan perbuatan yang disebutkan itu adalah dibolehkan.
Justeru, tidak hairanlah semua agama mengharamkan judi. Ia dikategorikan sebagai dosa besar dan kerja-kerja syaitan. Sila baca pandangan Kristian dalam 1 Timothy 6:9, Matthew 6:13; 26:41, James 4:3; Matthew 18:6-9. 1 Corinthians 15:33. Pandangan Buddha dalam Digha Nikaya, Sigalovada Sutta: The Layman's Code of Discipline, Dighajanu Sutta, Anguttara Nikaya VIII. 54 dan pandangan Hindu dalam Tirukkural, 94: 931-940 (http://www.buddhanet.net/e-learning/ ethics_s.htm).
Tidak ketinggalan, amalan judi juga diharamkan dalam agama Yahudi. (http://www.beliefnet.com/News/2003/01/Does-God-Play-Dice.aspx). Istilah-istilah moden yang merujuk kepada judi seperti kasino, loteri, mesin slot, dan judi bola sepak, menurut pengamal-pengamal Kristian adalah haram dan berdosa.
Jadi, di manakah hujah untuk menghalalkannya. Sila layari http://gospelway.com/morality/gambling.php.
Saya berasa pelik kenapa kita takut untuk berkata benar. Saya memuji langkah Pemuda Umno yang begitu tegas menolak tindakan menghalalkan judi. Ini selaras dengan gagasan 1 Malaysia.
Namun, jangan pula kita terpengaruh dengan agenda dan propaganda negeri ultra kiasu yang awal-awal lagi membuat gimik mengharamkan judi. Sebenarnya mereka mahu meniru negeri ultra kiasu di selatan Johor, yakni membuka kasino terbesar di Asia sebagai sumber pendapatan. Cuma masa masih tidak mengizinkan. Mereka masih belum mendapat apa yang dicitakan. Jika mereka sudah dapat, saya yakin gaya kepimpinan Umar Abdul Aziz akan dibuang entah ke mana.
Penjudi
Persoalannya, kala agama lain bersependapat dengan kita, kenapa kita pula bertindak melawan arus mahu menghalalkan judi bentuk baru ini? Saya tidak nafikan ada sedikit kebaikan yang dibawa jika ia dijalankan mengikut lunas undang-undang, sekurang-kurangnya tidak wujud lagi penjudi-penjudi haram. Persoalannya, adakah kita yakin dengan membenarkan operasinya, segala masalah akan dapat diselesaikan?
Pada hemat saya, yang haram tidak boleh disahkan, kerana implikasi haram akan menerbitkan keputusan yang haram juga. Logiknya mudah, bila halal + halal, jawapan halal tidak ragu-ragu lagi. Namun, jika haram + halal, jawapannya masih lagi haram. - Mingguan Malaysia
* Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Kumpulan Penyelidik Politik dan Peradaban Islam, Pusat Pengajian Umum dan Bahasa, UPNM merangkap Setiausaha Agung DPIM

40 ulama' Jumpa Najib, bukan semua masuk Umno

Posted: 27 Jun 2010 02:53 PM PDT



Bashir Ishak   
KANGAR, 27 Jun: Walaupun begitu gah Umno mencanangkan di media massa bahawa seramai 40 orang ulama muda telah menyertai parti itu kelmarin, namun maklumat yang diperolehi hanya sebahagian sahaja yang benar-benar berbuat demikian.
Sebaliknya pula, ada sebahagian daripada mereka yang berada di dalam majlis tersebut telah terpedaya dengan mainan politik bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim.
Menurut Ketua Pemuda PAS Perlis, Ustaz Ya'akub Abu Seman, ada beberapa orang yang datang dari Perlis untuk berjumpa dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk tujuan yang lain, sebaliknya telah terperangkap dengan sandiwara politik mainan Shahidan.
"Shahidan telah mengambil kesempatan dengan kehadiran mereka untuk tujuan politiknya. Mereka mewakili Persatuan Al-Islah Perlis yang pergi untuk berjumpa Najib bagi membersihkan nama persatuan mereka yang turut dikaitkan dengan isu terkini iaitu Jemaah Islamiah (JI) dan keganasan.
"Salah seorang mereka adalah tenaga pengajar di sekolah kita di Jejawi, Ustaz Wahab Abdullah. Dia bukan pergi serah borang Umno, tapi untuk membersihkan nama persatuannya dari dilabel sebagai pengganas. Maklumat yang kita dapat bukan sampai 40 orang pun yang menyertai Umno," jelasnya dalam majlis ceramah di Markas Tarbiah PAS Padang Besar di Santan dekat sini malam tadi.
Ustaz Wahab adalah tenaga pengajar di Al-Madrasah Ad-Dinniah Al-Islamiyah (MADI), salah sebuah sekolah kelolaan PAS Perlis

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.