Jumaat, 18 Jun 2010

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


[Video] RTM: Tolong Ajar "Mamat" Ini Beradab!

Posted: 18 Jun 2010 03:14 AM PDT

Cis, sudahlah tidak beradab, bingunglah pulak. Tidak faham bahasa!

Beritanya di sini:
[HD] Gara-gara mendesak Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya mendedahkan klip video berhubung sogokan RM2 juta yang membabitkan beberapa Ahli Parlimen Bebas sebagaimana yang dicabar oleh Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Zahrain Mohammed Hashim, seorang wartawan RTM yang dikenali sebagai Tukimin dinasihatkan supaya bersikap lebih profesional.

"Kamu (Tukimin) tak jadi menteri lagi pun, kamu sudah begini. Sudah habis bertanya soalan, sudah habis tanya soalan, ok...kamu diam," kata Anwar pada sidang media di lobi Parlimen tengah hari tadi.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Warisan, Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim yang beliau kenali secara peribadi jauh lebih berakhlak dan beradab ketika berkomunikasi dengan beliau jika dibandingkan dengan wartawan terbabit.

Disebabkan nasihat Anwar itu, wartawan terbabit terus berlagak agresif dan memperkecilkan nasihat Anwar lalu meninggalkan sidang media tersebut.

Sebelum pada itu, Anwar didesak bertalu-talu untuk menjelaskan secara spesifik bila beliau bersedia menyahut cabaran Zahrain sebagaimana dibuat di Dewan Rakyat, semalam.

Menjawab soalan itu, Anwar meminta wartawan terbabit mendedak RTM menyiarkan dahulu klip video konspirasi melantik hakim yang membabitkan Peguam VK Linggam sebelum ini.

Ini kerana, menurut Anwar, RTM tidak pernah profesional dalam mendedahkan kepincangan para pemimpin Umno BN dalam mentadbir negara.

Sehubungan itu, beliau berkata, soalan berunsur provokasi oleh wartawan terbabit tidak seharusnya dilayan.

"Saya yang menentukannya (klip video RM2 juta), saya akan tetap mendedahkannya kelak. Kamu diam dan saya tidak perlu layan provokasi RTM," tegasnya.

Turut menyertai Anwar ialah Datuk Mahfuz Omar (Naib Presiden PAS/Ahli Parlimen Pokok Sena), Datuk Kamaruddin Jaafar (Ahli Parlimen Tumpat) dan Yusmadi Yusoff (Ahli Parlimen Balik Pulau). - Dzulfikar Mashoor

Videonya di sini:

Skandal Ariel Peterporn: 2 Ditahan Sebar Video

Posted: 18 Jun 2010 12:29 AM PDT

Polis Indonesia telah menahan dua orang yang dikaitkan dengan penyebaran video seks selebriti di internet. Menurut IGP, Edward Aritonang, kedua-duanya ditahan kerana disyaki sebagai pemuat naik pertama yang melibatkan tiga selebriti yang kini menjadi muat turun terhangat di rantau ini.


Biarpaun ditanya oleh media, beliau enggan memberikan penjelasan lanjut tentang tangkapan tersebut, namun menjelaskan satu media akan diadakan berkaitan dengan hal itu kemudian. Menurut sumber, kedua-dua suspek itu ditahan di sekitar Bandung.

Menurut Edward, polis mengesan suspek berdasarkan penyiasatan jenayah secara saintifik. Apabila ditanya adakah pihak polis yakin bahawa kedua-dua individu tersebut merupakan dalang yang sebenar, Edwar menjawab, "Perkara itu tidak semestinya begitu. Bayangkan jika mereka memuat naik video-video tersebut daripada telefon bimbit kamu yang telah dicuri oleh mereka?"

Dalam pada itu, kerajaan Indonesia mengumumkan rancangan untuk peraturan untuk menapis "kandungan negatif" daripada laman sesawang pada tahun ini.

Maklumat lanjut boleh anda peroleh di sini.

Ibu Sakit Jiwa - Fanatik Agama Masukkan Helaian Bible ke dalam Mulut dan Duduk di Atas Bayinya

Posted: 17 Jun 2010 07:30 PM PDT

Bayi perempuan berusia enam bulam mati selepas ibunya dipercayai tidak siuman memasukkan helaian Bible ke dalam mulutnya, sebelum bertindak duduk di atasnya.

Ibu bayi malang itu, Julia Lovemore telah ditahan di bawah akta yang berkaitan dengan sakit mental. Menurut pendengaran kes di Mahkamah Cambridge Crown, Julia merupakan fanatik agama dan mengalami "florid state of psychoses" ketika melakukan pembunuhan itu.

Menurut keterangan saksi, mahkamah juga diberitahu tentang perlakuan membimbangkan David, suami kepada Julia yang juga mengalami sakit jiwa dan seorang fanatik agama.

Hal ini disahkan dengan keterangan saksi bahawa David telah membaca doa yang berbunyi "Keluarkan kejahatan dari Julia" dengan kuat ketika pasukan perubatan melawat rumah mereka Jun tahun lalu.

Mahkamah juga diberitahu tentang tahap kesihatan mental Julia yang didakwa sekurang-kurangnya mengalami tiga kali "manic psychotic" sejak mula disahkan mengalami  "bi-polar effective disorder" pada tahun 1995.

Untuk bacaan lanjut, sila klik pautan ini.

Tiada ulasan: