Jumaat, 18 Jun 2010

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Analisis Dan Keoutusan Perlawanan Antara German Menentang Serbia

Posted: 18 Jun 2010 02:00 PM PDT

Group DNelson Mandela Bay Stadium, Port Elizabeth
22:16June 18

FTGermany0 - 1Serbia

half-time(0 - 1)




referee :spectators :


Alberto Undiano Mallenco (Spain)38,294

match details :

12'M. Klose


18'

B. Ivanovic

19'

A. Kolarov

22'S. Khedira


33'P. Lahm


37'M. Klose


38'
[0 - 1]M. Jovanovic

57'

N. Subotic

60'L. Podolski (pen.)
N. Vidic

73'B. Schweinsteiger


statistics :
shots on target : 3 - 2
shots off target : 9 - 8
possession (%) : 51 - 49
corner kicks : 7 - 1
offsides : 3 - 4
fouls : 19 - 10
yellow cards : 4 - 4
red cards : 1 - 0

Hidung Zahrain Dicucuk Patuh Setiap Arahan Umno-BN

Posted: 18 Jun 2010 08:00 AM PDT

Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Lanjan, Elizabeth Wong menyifatkan kenyataan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim berhubung dakwaan video lucah membabitkan beliau sebagai mengambarkan taraf rendah moral seorang pemimpin yang tunduk kepada arahan pihak tertentu demi kepentingan politik Umno-Barisan Nasional.

Elizabeth dalam satu kenyataannya hari ini berkata beliau menjadi mangsa kepada Zahrain tanpa ada peluang untuk membela diri secara berdepan bagi menjelaskan keadaan yang sebenar.

Jelas beliau lagi tempoh yang dilaluinya adalah satu yang sukar dan tidak sama dengan keadaan yang beliau lalui selama ini.

"Saya mula kembali bertugas hampir setahun dua bulan, tindakan yang diambil ini adalah satu keputusan yang amat sukar sekali. Ia tidak semudah yang kita lalui sebelum ini.

"Walaupun terpaksa berdepan dengan pelbagai cemuhan puak Umno-Barisan Nasional seperti yang berlaku di parlimen semalam, saya menguatkan diri ini demi tanggungjawab terhadap kawasan yang diwakili, negeri Selangor dan juga negara ini. Kenyataan tersebut adalah umpama isyarat kepada saya untuk terus berjuang serta tidak mengalah kepada mangsa keadaan.

"Saya tidak hairan apabila Umno-BN menggunakan saya sebagai sasaran mereka untuk mencemuh selain menjadi serangan politik mereka. Kita tahu itulah sikap Umno-BN mereka akan terus menyerang peribadi seseorang jika mendapat tahu ia boleh menjadi resepi politik kotor mereka.

"Dalam masa yang sama Zahrain bersama konconya bergelumang dalam politik Umno yang merupakan politik terakhir mereka, saya bersama dengan Exco Kerajaan Negeri Selangor duduk bersama dalam mencari jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah negara. Masih ramai pelajar yang memerlukan bantuan kita dalam meneruskan pendidikan mereka agar menjadi pelajar yang berprestasi tinggi, usaha meningkatkan pemikiran yang etnik atau luas bukan pemikiran sempit seperti Umno-BN," jelasnya dalam kenyataan tersebut.

Beliau juga memberitahu, dasar perjuangan yang jelas di amalkan oleh Pakatan Rakyat jauh bezanya dengan sikap Umno-BN dalam politik mereka.

"Pakatan Rakyat mengamalkan dasar politik yang adil dan telus dalam perjuangannya tanpa mengira soal peribadi yang menjadi mangsa kepada keadaan, inilah sebab utama kenapa saya terus berada dalam kelompok perjuang dalam membela nasib rakyat megeri Selangor dan negara ini.

"Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan juga Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim telah banyak memberi sokongan kepada saya ketika saya berada dalam tekanan," sambungnya lagi.

Beliau juga menyeru kepada wanita yang menjadi mangsa kepada keadaan dan cemuhan pihak tertentu bangkit untuk menentang diskriminasi yang bersifat tidak mempunyai moral yang tinggi itu demi keadilan yang sebenar.

SPRM Digesa Siasat Pentadbiran Felda

Posted: 18 Jun 2010 06:06 AM PDT

Oleh Faizal Ezzany

KUALA LUMPUR, 18 Jun - Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago hari ini mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan bahawa rizab tunai Felda menyusut kepada RM1.35 billion pada 2009 daripada RM4.08 billion pada tahun 2004.

Ahmad Maslan dalam penjelasannya di Dewan Rakyat pada 16 Jun lepas, nilai aset yang dimiliki oleh Felda meningkat walaupun rizabnya berkurangan. Beliau juga memberi asalan kekurangan rizab tersebut digunakan untuk program kebajika peneroka Felda selain membina ibu pejabat Felda yang baru.

Charles yang telah menyerahkan laporan tersebut kepada Pengarah SPRM, Yusoff Akob di Pejabat SPRM Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pagi tadi telah diterima juga meminta siasatan penuh dilakukan bagi mengetahui penyelewangan dan juga penyalahgunaan kuasa keatas Felda, beliau juga mahukan semua pihak yang menpunyai hubungkait dengan Felda dipertanggungjawabkan diatas kemerosotan rizab tersebut.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Biro Perhubungan Antarabangsa KEADILAN Datuk Dr Tan Kee Kwong yang juga merupakan bekas Timbalan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, turut sama menemani Charles meminta SPRM menyiasat dakwaan pentadbiran di dalam Felda yang disalah urus.

Tan juga bertanya kepada perlunya Felda membina bangunan baru bertaraf 'lima bintang' di segi tiga emas yang terletak bersebelahan Suruhanjaya Tinggi Republik Singapura, sedangkan pejabat yang sedia ada masih boleh diguna pakai.

"Kenapa Felda perlu berbelanja lebih dengan pembinaan pejabat baru bertaraf lima bintang di segi tiga emas, kita rasakan ini satu pembaziran sedangkan bangunan yang sedia ada di jalan Semarak masih lagi boleh digunakan.

"Kos yang dibelanjakan untuk membina bangunan tersebut bernilai RM662 juta dan wang pendahuluan telah dibayar kepada Naza TTDI sebanyak RM230 juta. Apa jaminan yang boleh kita pegang bahawa Naza TTDI akan bertanggungjawab untuk menyiapkan projek tersebut sepenuhnya tanpa ada apa-apa masalah nanti sedangkan wang pendahuluan telah dibayar.

"Kita juga ingin mengetahui siapakan yang memberi kelulusan pembayaran tersebut, satu lagi kita kena lihat apa faedah yang akan diperolehi oleh peneroka dengan pembinaan bangunan tersebut. Ini yang kita perlu tekankan, pembaziran yang teruk telah berlaku dalam pentadbiran Felda sekarang," jelasnya.

Tan juga menyuarakan ketidakpuashatiannya kenapa Felda tidak menggunakan tanah mereka sendiri di jalan Semarak kerana dengan penggunaan tanah sendiri kosnya dapat dikurangkan lagi.

"Felda sepatutnya menggunakan tanah mereka sendiri bagi mengurangkan kos pembinaan bangunan tersebut, tetapi mereka tidak mahu menilai semua itu. Felda hanya mengeluarkan kos sebanyak RM220 juta sahaja jika pembinaan itu dilakukan ditanah sendiri," sambungnya lagi.

Tambahnya lagi kerajaan telah membuka tender untuk kerja-kerja meruntuh bangunan lama di jalan Semarak itu.

UKM Gantung Keahlian Empat Pelajar Yang Didakwa Berkempen PRK Hulu Selangor

Posted: 18 Jun 2010 05:45 AM PDT

KUALA LUMPUR 18 Jun - Pihak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) membelakangkan prinsip demokrasi apabila bertindak menggantung keahlian keempat-empat mahasiswa di dalam Kelab Sains Politik universiti itu yang didakwa terlibat dalam kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor April lalu.

Presidennya Hilman Idham ketika ditemui Suara Keadilan di lobi parlimen berkata beliau telah menerima surat penggantungan yang dihantar oleh pihak UKM berhubung isu tersebut.

Selain beliau, Ismail Aminuddin (Naib Presiden), Azlin Shafina (Setiausaha) dan Woon King Chai selaku exco kelab berkenaan turut digantung.

Menurut timbalan presiden kelab itu pula, Mohd Rahimi Hassan, keempat-empat mereka menerima surat penggantungan pada surat yang bertarikh 14 Jun lalu dan ditandatangani oleh ketua Jabatan Perkhidmatan Pelajar UKM, Musa Zainal Abidin Othman

"Kandungan surat yang diterima menyatakan bahawa penggantungan tugas dan jawatan mereka adalah bermula daripada tarikh 2 Jun atas alasan bahawa prosiding ke atas keempat-empat mereka masih lagi belum selesai," kata Mohd Rahimi dalam satu kenyataan media hari ini.

Semalam, keempat-empat mahasiswa itu berjaya mendapat perintah injunksi sementara bagi menghalang UKM daripada meneruskan prosiding tatatertib terhadap mereka.

Pada 1 Jun lalu, mereka memfailkan saman pemula terhadap kerajaan Malaysia, Menteri Pengajian Tinggi dan UKM, bagi mencabar tindakan tatatertib yang dibawa kepada mereka oleh universiti itu, atas kesalahan mengikut Seksyen 15(5)(a) Akta Universiti & Kolej Universiti 1971 (AUKU), adalah tidak berasas dan tidak sah di sisi undang-undang.

Menurut Mohd Rahimi, sehubungan dengan penggantungan itu, kelab berkenaan mengambil keputusan mengadakan mesyuarat tergemparnya pada Selasa depan di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor bagi membincangkan tindakan susulan.

"Agenda mesyuarat antaranya ialah membincangkan pendirian persatuan berkenaan keputusan UKM untuk menggantung kedudukan keempat-empat ahli berkenaan," katanya.

Dr Zul: RMK-10 dihantui zaman kemarau dan beban hutang.

Posted: 18 Jun 2010 05:30 AM PDT

RMK-10 dihantui zaman kemarau dan beban hutang.

Dr. Dzul

RMK-10 dihantui zaman kemarau dan beban hutang Kerajaan Umno-Barisan Nasional

Tidak ramai yang memahami apakah hakikat sebenar di sebalik pembentangan Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10), yang dibentangkan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak di Parlimen 10 Jun lepas.

Apakah kelembapan dan ketirisan politik tidak meracuni perancangan ekonomi? Sudah tentu wujud. Itulah penegasan yang diperolehi daripada Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad.

Ikuti wawancara wakil Harakah, MOHD RASHIDI HASSAN bersama Ahli Parlimen Kuala Selangor itu di Bangunan Parlimen, 17 Jun lepas.
HARAKAH : Secara umumnya, apa pandangan saudara mengenai RMK-10 dan perancangan-perancangan kerajaan seperti yang diumumkan PM, dari segi memacu ke arah mencapai wawasan negara maju pada 2020?

DR DZULKEFLY : Saya bersedia menerima bahawa RMK-10 adalah perancangan yang menyusuli dua perancangan dalam Rancangan Jangka Panjang-3 (RJJP-3) atau OPP-3 yang merangkumi RMK-8 (2001-2005) dan RMK-9 (2006-2010). Maka RMK-10 (2011-2015) dan RMK-11(2016-2020) sepatutnya akan membawa kita ke tahun 2020.

Cuma satu hal Kabinet PM Najib tidak langsung bercakap tentang RJJP-4. Mungkin kerana terlalu banyak sangat perancangan, mereka tahu rakyat pun naik pening, jadi gugurkan sahaja RJJP-4 ini. Ini satu hal pelik.

Itu tidak termasuk yang harus saya sebut, mengenai Dasar Wawasan Negara (DWN) yang sepatutnya menggantikan Dasar Pembangunan Nasional (DPN). DPN telah menggantikan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Sekarang Najib ada Model Ekonomi Baru (MEB) dan Pelan Transformasi Kerajaan (PTK).

Semua dasar-dasar ini amat menyerabutkan. Rakyat di kampung-kampung tidak memahaminya, malah di bandar pun pening juga.

Saya tahu bahawa MP-MP (Ahli-ahli Parlimen) BN pun tidak faham. Tetapi itulah BN dan Najib menuruti sahaja tradisi ini.

HARAKAH : Berapa jumlah peruntukan RMK-10 berbanding dengan sebelumnya? Apakah mencukupi untuk memacu pertumbuhan yang dikehendaki?

DR DZULKEFLY : Pada RMK-7, diperuntukan RM67.5 bilion tetapi ditambah 53 peratus menjadikan akhirnya RM103 bilion.

RMK-8 mendapat RM110 bilion dan ditambah 55 peratus menjadikan RM170 bilion pada kesudahannya. RMK-9 bermula dengan RM220 bilion, tetapi mendapat suntikan fiskal semasa kemelesetan sebanyak RM67 bilion maka menjadikan ianya RM 287bilion. RM67 bilion itu pun sebenarnya hanya RM20 bilion yang dapat disuntik yang lain bukan bentuk fiskal atau kewangan.

RMK-10 ini mendapat peruntukan RM230 bilion, memang tidak banyak tambahannya berbanding dengan RMK-9 dan ternyata Najib sudah tidak mampu bermewah seperti PM-PM yang dahulu kerana Najib dihantui beban hutang Kerajaan Pusat yang telah mencecah 52.4 peratus dari KDNK atau RM362.5 bilion berakhir Oktober 2009.

Ramai ahli ekonomi telah meramalkan bahawa RMK-10 akan mengalami Zaman Kemarau atau Dry Spell. Tepat. Apakah akan ada tambahan, kita tengok sahaja dalam waktu yang terdekat, apakah Najib 'bernafsu' mengemukakan bajet tambahan.

HARAKAH : Secara lebih terperinci lagi peruntukannya RM230 bilion itu, ke mana akan diagihkan?

DR DZULKEFLY : Dari RM230 bilion bagi perbelanjaan pembangunan, sebanyak 55 peratus akan diagihkan kepada sektor ekonomi, 30 peratus kepada sektor sosial, 10 peratus kepada sektor keselamatan dan 5 peratus kepada sektor pentadbiran am. Tetapi yang lebih dipertikaikan adalah dalam pelaksanaannya.

Kita sedar betapa dalam hal pengangkutan awam pun kita jauh dari tahap yang memuaskan setelah melabur besar berbilion RM sama ada LRT, RapidKL dan sebagainya. Kini kita tahu betapa syarikat Prasarana berhutang sehingga RM8.7 bilion dalam bon-bon yang diterbitkan untuk menyelamatkan pelbagai pihak pemegang konsesi pengangkutan awam. Ini satu contoh.

Begitu juga aspek bekalan utiliti seperti elektrik, air dan telekomunikasi dan lain lain.

Peruntukan untuk membangunkan IKS juga satu yang berterusan dan masih jauh dari kedudukan yang mencapai prestasi yang selesa khususnya di kalangan kelompok usahawan bumiputera Melayu atau dari Sabah dan Sarawak.

Untuk menyuntik unsur pengetahuan dan kemahiran dalam industri-industri IKS ini, banyak lagi bimbingan dan dana diperlukan dan ianya mesti dilakukan secara telus dan berdasarkan merit dan prestasi dan bukan dasar bulu atau fahaman politik.

HARAKAH : Apakah Dr positif tentang perancangan RMK-10 ini?

DR DZULKEFLY : Sebagai seorang warga dan rakyat Malalaysia saya mahukan RMK-10 berjaya dan dilaksanakan dengan baik dan berkesan.

Sebagai seorang Ahli Parlimen PAS, Pakatan dan Pembangkang saya mahukan RMK-10 berjaya.
Sebabnya, kejayaannya akan memberi menafaatkan kepada rakyat. Saya katakan sedemikian ketika membahas di parlimen semalam (16 Jun lepas). Mereka takut bila kita mengkritik dan menyangka kita mahu RMK-10 gagal.

Jangan silap, kami mahukan RMK-10 dan MEB bahkan semua perancangan kerajaan BN berjaya, meskipun kami pembangkang. Sebabnya mudah. Kalau kesemua gagal, rakyat akan menderita dan kerajaan juga didakwa Menteri di JPM, Dato' Seri Idris Jala akan bankrap dalam ramalannya tahun 2019.

Kami juga tidak mahu mengambil alih kerajaan yang bankrap dalam PRU ke-13 atau PRU ke-14 nanti. Maka kami akan terus positif untuk menyemak, mengimbang dan mengkritik dasar-dasar dan perancangan serta pelaksanaan kerajaan BN.

Itu peranan kami sebelum menjadi kerajaan.

HARAKAH : Apa pandangan saudara tentang matlamat pertumbuhan RMK yang lalu? Telah dicapai?

DR DZULKEFLY : Untuk ingatan semua RMK-8 dan RMK-9 kedua-dua tak capai matlamat pertumbuhan. Matlamat RMK-8 pertumbuhan disasarkan adalah sebanyak 7.5 peratus.

Di antara 2001-2005 tidak setahun pun mencecah 7.5 peratus. Akhirnya pertumbuhan purata RMK-8 hanyalah 4.7 peratus.

RMK-9 disasarkan pertumbuhan 6 peratus. Dengan Petronas menyumbang pendapatan dan membenamkan sejumlah RM235.6 bilion di antara 2006-2009, yang dicapai hanya 4.2 peratus.

Satu perkara apabila dalam suku pertama tahun 2010 kita mencapai 10.1 peratus, kita berkokok sekeliling kampung. Kita tidak sedar bahawa suku pertama tahun 2009 itu paras perbandingannya rendah sebab kemelesetan, maka suku pertama tahun 2010, bila ada pertumbuhan memanglah nampak tinggi, sebab 'baseline' atau paras mulanya rendah, tapi kita ditakuk lama juga.

Ceritanya mudah begini. Kalau kita ada RM100 pada tahun 2008 yang kita laburkan. 2009 kita kerugian RM50, tetapi kita untung pulak RM50 pada tahun 2010. Bukankah pelaburan kita balik ditakuk asal RM100. Tetapi tahun 2010, kita mendabik dada untung 100 peratus. Hakikatnya kita baru balik asal!

HARAKAH : Secara lebih serius, apa pandangan Dr tentang penetapan matlamat pertumbuhan RMK-10 ini? Mampukah dicapai?

DR DZULKEFLY : Secara ikhlas, saya khuatir tentang matlamat yang ditetapkan dalam RMK-10. Saya telah nyatakan dalam perbahasan saya di parlimen. Dan ada sebabnya kenapa saya nyatakan sedemikian.

Menetapkan matlamat pertumbuhan dalam perancangan pembangunan memang satu tuntutan makro ekonomi. Semua ahli ekonomi faham itu. Tetapi saya ingatkan diri saya bahawa petumbuhan bukan segala-galanya. Mereka juga tahu.

Najib meletakkan pertumbuhan purata 6 peratus KDNK untuk RMK-10 ini. Saya tidak pulak kata ianya mustahil atau tidak munasabah.

Kalau kita berani berbelanja besar dan secara mega serta sanggup berhutang, mungkin boleh dicapai.

Katalah KDNK negara RM700 bilion, maka satu projek mega RM7 bilion pun sudah 1 peratus dari KDNK. Kalau RM70 bilion, 10 peratus KDNK.

Persoalannya yang lebih mustahak bukan hanya pertumbuhan. Tetapi bagaimana untuk mendapatkan pertumbuhan dan apa 'bayaran atau price' pertumbuhan itu?

Berapa banyak yang perlu dibuat dalam pelaburan atau 'investment' pembangunan untuk menjana pertumbuhan ini? Siapa yang akan memacu pertumbuhan? Sekarang Najib kata mesti dipacu oleh pihak swasta.

Ingat dalam KDNK itu ada faktor-faktornya, pelaburan, penggunaan, eksport dan import.

Yang saya maksudkan ialah faktor Pelaburan Dana atau 'Capital Investment'. Dari mana sekarang ini? Kerajaan atau Swasta? Kerajaan sudah terbeban dengan hutang, kapasiti melabur dan berbelanja sudah semakin lemah.

Sekarang Najib kata mesti dipacu oleh pihak swasta, luar atau dalaman negara. Beliau menyebutkan jumlah sebanyak RM115 bilion, peningkatan sebanyak 100 peratus dari luar (FDI) dan dalaman setahun. Munasabah ke? Jawab lah sendiri.

Sebab itu Najib akan memulakan Gelombang Kedua Penswastaan. Nah, apakah akan kita saksikan segala amalan bobrok kronisme dan nepotisme semasa zaman Tun Mahathir dahulu. Yang mudah kalau beri pada kroni-kroni besar bolehlah swasta berbelanja besar, tingkatkan pelaburan swasta. tapi apakah itu tujuannya?

Bagaimana pula dengan segala ketirisan dan kebocoran perlaksanaan penswastaan yang berkahirnya dengan 'bailout' syarikat-syarikat gergasi yang gagal.

Mereka bukan gergasi, mereka adalah 'kucing gemuk' kroni, mengikut bahasa pakar ekonomi antarabangsa.

Bagi memacu pertumbuhan apakah akan berulang segala-gala kebobrokan lama dan dana rakyat akan sekali lagi hangus.

Ini yang lebih saya takuti apabila nafsu serakah pimpinan Umno-BN bersama segelintir elit bisnes tidak mengenal batas-batas moral dan agama dalam mencari kekayaan.

Sebab itu dalam perbahasan telah saya sebutkan tentang contoh cadangan Asas Serba mahu mengambil alih kesemua 23 konsesi Tol di seluruh negara dan pelbagai lagi projek pembangunan hartanah seperti 3000 ekar di Sungai Buloh yang rata-rata adalah direct nego atau runding terus oleh pihak pemaju.

Kita sekarang ini sudah terbeban dengan hartanah yang tidak dijual atau 'property overhang' sebanyak RM5.3 bilion. Tapi masih ghairah untuk memajukan pembangunan hartanah, sebab itu yang senang, tidak banyak otak dan pengetahuan diperlukan. Siapa pun boleh!

Najib akan mengenalkan pelbagai cara pembiayaan yang kononnya nampak semacam pihak swasta yang bertanggunggjawab. Hakikatnya adalah sebaliknya.

Contohnya PFI. Memanglah bunyi perkongsian pintar. Di antara kerajaan dan pihak swasta. Sehingga kini belum ada satu contoh PFI yang berjaya yang boleh diperagakan. Yang gagalnya banyak.

Jaminan bon-bon ini kepada pihak swasta dari kerajaan Pusat akan berakhir dengan hutang iu ditanggung oleh rakyat! Ceritanya sama, sama ada PKFZ, Prasarana dan sebagainya. Berbilion RM.

Sebab itu saya memang tidak pernah 'beriman' dan 'mendewakan' "Pertumbuhan" seperti ini

HARAKAH : Mungkin saudara akan didakwa hanya tahu kritik BN sahaja. Apakah Pakatan Rakyat ada alternatif? Apakah konsep pembangunan Islam dan pertumbuhan kalau dari perspektif PAS atau Islam?

Tidak juga. Dalam perbahasan saya, walaupun dikekang dengan 30 minit, sempat saya sebut asas dan kerangka pemikiran Islam.

Saya tegaskan bahawa dalam konteks Pembangunan Ekonomi Islam, matlamat terkemuncaknya adalah untuk Memakmurkan muka alam ini dengan melangsungkan pengagihan yang adil, supaya manusia sejahtera untuk hidup menjalankan kewajipan. Ia juga mesti mengelakkan kezaliman dan kerosakan.

Saya sebut ayat-ayatnya dan maksudnya. Tetapi tidak bolehlah saya berkhutbah pulak.

Mencapai kemakmuran mesti untuk seluruh makhluk Allah, manusia, binatang dan seluruh alam sekitar. Kemakmuran pula mesti membawa kepada Keadilan agihan atau 'distributive justice'.

Konsep ini pun sudah cukup untuk membeza kami PAS-Pakatan Rakyat dengan pendekatan Umno-BN.

Tengok sahaja di negeri Pakatan. Sebab itu kami angkat tema "Merakyatkan Ekonomi". Tapi tidak ada siapa hendak kata itu Islamik! Tidak mengapa.

Saya sebutkan tentang jurang kaya dan miskin, di antara kaum dan dalam sesuatu kaum etnik itu sendiri. Bangsa Melayu paling teruk mengalami jurang antara kaya-miskin. Masih di takuk lama, saya sebut Pengkali Gini, ukuran yang menujukkan bahawa pengagihan kekayaan negara cukup tempang. Ini berterusan sejak zaman azali lagi.

Kerana pembangunan dipacu bukan untuk pengagihan tetapi memenuhi angka pertumbuhan. Memang ada penurunan kemiskinan tegar.

Tetapi kita bercakap tentang kemakmuran sekarang, di samping mengurangkan kemiskinan relatif dan tegar.

Sebab itu saya katakan kita perlu keluar dari kerangka pertumbuhan sahaja termasuk meneliti benar-benar keseimbangan pembangunan wilayah.

Kalaupun kita capai pertumbuhan 6 peratus sekalipun, tetapi Sabah, Sarawak dan negeri pantai Timur akan tetap menjadi negeri kurang maju atau mundur dan miskin dan negeri-negeri pantai Barat Semenanjung negeri maju, maka jadi ada 2Malaysialah ketika datangnya 2020, bukan 1Malaysia.

Tambahan pula, selain dari Wilayah Iskandar, saya tidak nampak peruntukan kepada koridor-koridor lain termasuk Sabah (SDC) dan Sarawak (SCORE).

HARAKAH : Bagaimana Dr melihat matlamat mencapai ekonomi berpendapatan tinggi? Adakah ianya munasabah?

Memang ini adalah antara teras MEB dan matlamat RMK-10. Najib akui akhirnya, bahawa negara telah terperangkap dalam ekonomi berpendapatan sederhana untuk sekian dekadnya. Najib dan Umno-BN baru sedar, baru insaf.

Keinsafan satu hal. Tetapi untuk keluar dari perangkap ini bukan mudah.
Faktor kritikalnya ialah produktiviti. Ini kembali kepada persoalan tahap kemahiran, ketrampilan dan pengetahuan warga kerja dan buruh di negara.

Sekali gus ia bermula dengan aspek pendidikan dan latihan. Maka prosesnya panjang, mungkin memakan generasi untuk berubah. Tetapi Najib serta Umno-BN tidak memahami pengurusan perubahan ini.

Pada tamatnya RMK-9, pencapaian Pendapatan Negara Kasar (PNK) per kapita (bagi setiap warga) meningkat dari RM19,079 pada tahun 2005 kepada RM26,420 pada akhir tahun 2009. Peningkatan RM5,000 dalam 5 tahun dalam RMK-9.

Dalam RMK-10, disasarkan PNK per kapita, akan dilonjakkan kepada RM38,850 dengan pertumbuhan sebanyak 6 peratus yang disebutkan tadi. Sebab itu Najib mahukan 6 peratus.

Bermakna peningkatan sebanyak RM12,000 dalam 5 tahun berbanding RM5,000 dalam RMK-9. Fikirkanlah sendiri, munasabah ke?

Sebab itu saya katakan dalam parlimen, jangan memaksa kita memandu pada gear 2 untuk 10 km, ranap kereta kita.

Tetapi itulah maksudnya dan hakikatnya, untuk memacu pertumbuhan itu, segala resources atau sumber yang perlu dipunggah. Tetapi kemakmuran rakyat satu hal lain.

Bayangkan untuk meningkatkan 40 peratus dari penduduk Malaysia yang hidup dengan pendapatan kurang dari RM1,500 dan sebahagian besar hampir 75 peratus adalah dari bumiputera Melayu, Sabah dan Sarawak. Apa strategi untuk meningkat pendapatan per kapita golongan ini.

Kalau orang lain sudah sampai RM38,000 pun, mereka tetap di takuk lama. Dalam bahasa yang mudah, apakah RMK-10 akan berjaya menngkatkan pendapatan mereka?

Sementara saya mahu RMK-10 berjaya, terus terang saya katakan bahawa saya amat ikhuatir, kalau kerajaan Najib masih tidak mempunyai iltizam politik yang kuat dan gigih, maka akan berulang segala kebejatan ketirisan dan kebocoran seperti yang dialami RMK-RMK yang lalu. Riak-riaknya sudah pun tampak. Pelbagai projek diberikan secara runding terus, kepincangan pengurusan GLCs seperti Sime Darby, Pos Malaysia dll terus berlaku dan kerajaan terus menaanggung kerugian seperti dahulu.

Ini sungguh malang dan rakyat akan terus ternafi dari mengecapi kekayaan negara sebenarnya. Rakyat perlu menunggu perubahan atau pertukaran kerajaan di peringkat Pusat.

PRU 13 Najib Nak Buat Mengejut? PAS Bersedia

Posted: 18 Jun 2010 05:00 AM PDT

PRU-13: PAS bersedia tapi biar jangan mengejut


KOTA BARU, 18 Jun – PAS bersedia menghadapi pilihan raya umum bila-bila masa dari sekarang, kata Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Walaupun kuasa memanggil pilihan raya itu terletak di tangan Perdana Menteri untuk membuat suatu kejutan, Menteri Besar Kelantan itu berkata kerajaan seharusnya memberi tempoh tertentu sebelum mengadakan pilihan raya bagi membolehkan parti bertanding membuat persediaan.

"Sebagai negara yang mengamalkan demokrasi, pilihan raya tidak patut diadakan secara mengejut dan perlu diisytiharkan lebih awal seperti tiga bulan atau sebagainya supaya kita sama-sama boleh bersedia," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah mingguan Jumaat di Dataran Ilmu di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Datuk Seri Najib Razak bahawa tarikh pilihan raya tidak akan diadakan dalam masa terdekat dan pengumuman mengenainya akan dibuat sebagai suatu kejutan.

Bercakap kepada pemberita di Tumpat dua hari lepas, Najib berkata kerajaan tidak akan membubarkan Parlimen untuk mengadakan pilihan raya umum akan datang semata-mata berdasarkan kepada satu pendapat bahawa semakin ramai rakyat menyokong beliau.

Menteri Besar Kelantan berkata soal cepat atau lambat pilihan raya diadakan, bagi PAS ia tidak menimbulkan masalah kerana parti itu sentiasa dalam keadaan bersedia. – Bernama

Tian Chua tak mahu merayu, AG belum pasti

Posted: 18 Jun 2010 04:33 AM PDT

Oleh Debra Chong dan Syed Mu'az Syed Putra

KUALA LUMPUR, 18 Jun – Pengarah Strategi Pilihan Raya PKR, Tian Chua tidak akan mengemukakan rayuan terhadap hukuman denda yang telah dikurangkan RM1,000, tetapi masih dilihat berhadapan dengan risiko hilang kerusi Parlimen Batu.

"Saya tidak akan membuat rayuan," kata wakil rakyat Batu itu dengan tegas ketika dihubungi The Malaysian Insider petang ini.

"Tiada apa yang perlu dibincangkan. Saya sangat jelas tentang apa yang telah berlaku dan apa yang akan berlaku dan tiada apa-apa masalah," kata beliau lagi.

"Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak perlu bersusah payah, saya tidak akan membuat rayuan, timbalan pendakwa raya tidak akan merayu ... jadi tiada isu di sini," kata beliau mengulas statusnya sebagai anggota Dewan Rakyat.

Meskipun Tian Chua menganggap kerusinya "selamat", komponen Pakatan Rakyat berpandangan sebaliknya.

Pengerusi DAP Karpal Singh memberitahu The Malaysian Insider bahawa undang-undang adalah jelas berhubung keputusan Mahkamah Tinggi semalam yang mengenakan denda ke atas wakil rakyat, kurang RM1,000 berbanding hukuman sebelum ini.

Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata kerusi wakil rakyat Batu itu secara automatik menjadi kosong ekoran keputusan Mahkamah Tinggi semalam, sekali gus membuka laluan kepada pilihan raya kecil.

"Jika denda RM2,000 (beliau) habis. Kerusi menjadi kosong. Perlembagaan Persekutuan dengan jelas mengatakan bahawa RM2,000 atau lebih, anda sudah hilang kelayakan.

"Tiada hujah lagi dalam soal ini," kata Karpal.

Dengan merujuk kepada Ahli Parlimen Menglembu Fan Yew Ting pada 1975 sebagai kes rujukan, Karpal memberitahu Speaker Dewan Rakyat telah mengisytiharkan kerusi itu kosong selepas beliau didenda RM2,000 ekoran kesalahan di bawah Akta Hasutan.

Karpal memberitahu, undang-undang itu telah dipinda selepas kes Fan yang membolehken kelucutan secara automatik apabila seseorang Ahli Parlimen didapati bersalah tanpa perlu melalui Dewan Rakyat.

Penasihat DAP Lim Kit Siang juga menyokong pendirian Karpal itu.

SPR merupakan badan betul untuk memutuskan kekosongan kerusi itu, kata Presiden Majlis Peguam Ragunath Kesavan kepada The Malaysian Insider.

Dalam pada itu, Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan Jabatan Peguam Negara, Datuk Kamaludin Md. Said berkata, Tian Chua masih mempunyai masa untuk membuat rayuan dalam tempoh 14 hari.

"Setakat ini tidak ada lagi, yang lain saya tidak mahu komen.

"Ini kerana laporan penuh mengenai kes ini masih belum siap lagi," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Tian Chua, 47, atau nama sebenarnya, Chua Tian Chang didakwa mencederakan konstabel Mohd Rosyaidi Anuar, 22, ketika anggota polis itu sedang menjalankan tugasnya dalam satu perhimpunan di Parlimen, 11 Dis 2007.

Lebih Baik Geng Bebas Senyap! Kalau Bising Buat Malu, Dah La Takda Moral

Posted: 18 Jun 2010 04:17 AM PDT

Bekas MP PKR terus desak Anwar dedah dokumen

Oleh Syed Mu'az Syed Putra

KUALA LUMPUR, 18 Jun – Anggota Konsensus Bebas terus mendesak bekas bos mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan bukti mendakwa mereka dibayar RM2 juta oleh Umno-BN supaya keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Konsensus Bebas juga memberi peringatan kepada ketua umum PKR itu supaya tidak menjadikan fitnah dan pembohongan sebagai asas berpolitik.

"Konsensus Bebas mahu beliau (Anwar) supaya bersikap ikhlas dan berani untuk mendedahkan bukti jika ada seperti yang didakwanya.

"Anwar seolah-olah menjadikan Konsensus Bebas sebagai modal politik untuk mengalih padangan rakyat dari masalah sebenar," kata kenyataan Konsensus Bebas dikeluarkan hari ini.

Anwar sebelum ini mendakwa ahli-ahli Parlimen yang keluar PKR dan kini membentuk Konsensus Bebas, dibayar RM2 juta dan diberikan kontrak lumayan oleh Umno-BN supaya keluar parti itu.

Beliau juga mendakwa mempunyai mempunyai bukti kukuh dan akan menunggu masa sesuai untuk membuat pendedahan.

Konsensus Bebas berkata pihaknya bersimpati dengan pelbagai masalah yang dihadapi Anwar hari ini termasuk kelemahan dalam PKR.

"Pelbagai masalah timbul sehingga menyebabkan PKR mula lemah ia termasuk kepimpinan Anwar dipersoalkan, peningkatan prestasi cemerlang perdana menteri dan yang paling besar adalah kes liwatnya yang kini dalam perbicaraan mahkamah.

"Konsensus meminta supaya rakyat menilai semula tindak-tanduk dan cara Anwar berpolitik.

"Ini kerana beliau menjadi sangat berbeza setelah mendapat sedikit kuasa dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai cita-cita menjadi perdana menteri," kata kenyataan itu lagi.

Konsensus Bebas yang ditubuhkan baru-baru ini terdiri daripada Ahli Parlimen Datuk Seri Zahrain Hashim (Bayan Baru), Tan Tee Beng (Nibong Tebal), Mohsin Samsuri (Bagan Serai), Zulkifli Noordin (Kulim-Bandar Baharu) dan Wee Choo Keong (Wangsa Maju).

PRK Batu? PAKATAN Sudah Bersedia!

Posted: 18 Jun 2010 03:00 AM PDT

Kami sudah bersedia pertahan kerusi Batu, kata Pakatan

Oleh Clara Chooi dan Neville Spykerman

KUALA LUMPUR, 18 Jun — Komponen Pakatan Rakyat (PR) sudah memulakan langkah persiapan menghadapi kemungkinan pilihan raya kecil di Batu — pilihan raya kecil pertama di Wilayah Persekutuan selepas Mac 2008.

Kerusi itu kemungkinan besar akan diisytiharkan kosong ekoran hukuman denda RM2,000 dikenakan ke atas Ahli Parlimen Tian Chua oleh Mahkamah Tinggi selepas menolak rayuannya semalam.

Hukuman denda RM2,000 sudah cukup memadai untuk menganggap kerusi itu kosong.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedang meneliti implikasi hukuman semalam.

Tian Chua wakil rakyat penggal pertama memenangi kerusi itu pada 8 Mac 2008.

Meskipun Hakim Datuk Ghazali Cha mengurangkan denda bagi mengelakkan pilihan raya kecil, tetapi peguam veteran Karpal Singh berkata, Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan adalah jelas kerusi Batu telah kosong.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, partinya akan menyokong pilihan PKR untuk menurunkan calon mereka di kawasan yang mempunyai 80,000 pengundi.

Batu merupakan salah satu daripada 10 kerusi dimenangi calon PR pada pilihan raya umum lalu.

Wilayah Persekutuan memperuntukkan 11 kerusi.

"Kami sedang bersiap sedia untuk kemungkinan pilihan raya kecil di Batu dan akan menyokong pilihan PKR jika ia diputuskan," kata Ketua Menteri Pulau Pinang kepada The Malaysian Insider hari ini.

Mengenai kemungkinan calon yang berwibawa untuk diturunkan, Lim berkata, PKR mempunyai beberapa calon tetapi Datuk Zaid Ibrahim yang tewas di Hulu Selangor April lalu merupakan wakil PR untuk kerusi kawasan bandar ini.

"Itu terserah kepada PKR tetapi Zaid adalah calon yang sesuai," katanya.

Lim juga berkata, DAP Wilayah Persekutuan akan mengadakan mesyuaratnya tidak lama lagi untuk membincangkan strategi PKR mengekalkan kerusi berkenaan.

Pengarah Pilihan Raya PKR Fuziah Salleh berkata partinya belum membuat sebarang keputusan konkrit berhubung kemungkinan tersebut.

Bagaimanapun katanya, sama ada SPR akan memanggil pilihan raya kecil atau tidak kemungkinan besar bergantung pada kehendak Barisan Nasional (BN).

"Lebih-lebih lagi mereka bertanggungjawab kepada Jabatan Perdana Menteri," katanya.

Fuziah memberitahu, jika benar hakim mahkamah mahu menjaga kepentingan rakyat dengan mengelakkan pilihan raya kecil, maka beliau harus meneliti semula penghakimannya mengenakan denda RM2,000.

Oleh itu kata Fuziah, nasib Tian Chua hari ini berdasarkan "penghakiman satu sen."

"Ia persoalan penghakiman satu sen. Jika denda yang dikenakan RM1,999.99 (kurang satu sen), beliau sudah terlepas daripada implikasi (hilang kerusi)," katanya.

"Hakim seharusnya menggunakan kuasa yang ada padanya untuk mengkaji semula denda dikenakan.

"Dan, kini ia antara satu sen dan beribu atau berjuta ringgit yang akan dibelanjakan dalam pilihan raya kecil," katanya.

Pun begitu, Ahli Parlimen Kuantan ini berkata, jika pilihan raya kecil diadakan PKR yakin akan mempertahankan kerusi tersebut atas faktor sumbangan Tian Chua selama ini.

"Saya tidak mahu kata apa yang akan berlaku kemudian hari, tetapi saya tahu bahawa dalam dua tahun sejak menjadi Ahli Parlimen, Tian Chua telah bekerja kuat, sangat kuat.

"Saya yakin dalam pilihan raya akan datang, jenteranya sudah bersiap sedia dan akan bersedia (untuk turun gelanggang," katanya.

Ahli jawatankuasa pusat PAS Dr Dzulkefly Ahmad ketika dihubungi juga berkata, pihaknya mula bersiap sedia untuk menghadapi kemungkinan pilihan raya kecil di Batu.

"Dalam pilihan raya dipanggil, walaupun ia sesuatu yang malang, kami akan menggerakkan sokongan untuk menyokong calon Pakatan Rakyat," kata Ahli Parlimen Kuala Selangor ini.

Bagaimanapun beliau menekankan seorang calon yang kredibel harus dipilih untuk mengisi tempat Tian Chua.

Tian Chua memenangi kerusi itu dengan menewaskan calon BN dari Gerakan, Lim Si Pin dengan majoriti 9,445 undi pada 8 Mac lalu. — Reuters

Mahkamah Tolak Permohonan Anwar Dibekalkan Dokumen

Posted: 18 Jun 2010 02:30 AM PDT

Oleh Sidiqin Omar

KUALA LUMPUR 18 Jun - Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menolak permohonan pihak pembelaan untuk suatu perintah bagi mengarahkan pendakwa raya untuk membekalkan pemohon dengan dokumen dan material berkaitan kes Fitnah 2 terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mohamad Zabidin ketika membuat keputusan tersebut menjelaskan bahawa tidak wujud peruntukan atau undang-undang yang mengatakan dokumen itu perlu dibekalkan.

"Dengan ini permohonan ditolak dan perbicaraan ditangguhkan," kata Mohamad Zabidin ketika membacakan keputusannya.

Perbicaraan kes Fitnah 2 yang bersambung semula hari ini mendengar penghujahan bertulis yang dibuat oleh peguambela Karpal Singh berhubung permohonan Anwar untuk mendapatkan dokumen dan material berkaitan kes beliau.

Karpal memohon kepada mahkamah untuk membekalkannya dengan sejarah perubatan lengkap saksi utama, Mohd Saiful Bukhari Azlan yang telah dibuat di Hospital Kuala Lumpur.

Beliau turut memohon kepada mahkamah untuk dibekalkan dengan dokumen berkaitan prosedur standard dan peralatan yang digunakan bagi menjalankan pemeriksaan berkaitan kes-kes seksual.

Karpal dalam penghujahan bertulisnya menjelaskan pihaknya juga memohon kepada mahkamah untuk membekalkan pihaknya dengan nota-nota, laporan, material, spesimen dan sebarang maklumat berkaitan termasuk nota tulisan tangan, maklum balas dan catitan ketiga-tiga orang doktor Dr Khairul Nizam, Dr Mohd Razali Ibrahim dan Dr Siew Sheue Feng.

Beliau turut memohon kepada mahkamah untuk mendapatkan salinan senarai sijil dan dokumen yang membuktikan kelayakan ketiga-tiga orang doktor tersebut.

Sebelum ini perbicaraan ditangguhkan kepada 4 Jun lalu selepas pihak pembelaan mengemukakan pakar forensik dan perubatan bagi meneliti pengakuan yang dibuat oleh tiga doktor tersebut.

Pakar forensik tersebut, Dr David Wells ialah seorang profesor madya di Jabatan Kriminologi di Universiti Melbourne dan juga ketua perubatan forensik dari Victoria Institute of Forensic Medicine, Australia.

Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, dalam penghujahan bertulisnya menjelaskan bahawa pihak pembelaan tidak layak untuk mendapatkan dokumen dan material bagi kes tersebut kerana tidak ada akta khusus yang diungkap bagi menyokong permohonan ini.

"Dokumen dan material yang dipohon oleh peguam bela tidak diperlukan bagi tujuan soalan balas kepada saksi kedua, iaitu Dr Mohd Razali Ibrahim dan dua orang doktor yang lain," kata Mohd Yusof.

Karpal ketika ditemui di luar mahkamah menjelaskan bahawa, beliau akan memfailkan permohonan di Mahkamah Rayuan pada hari Isnin depan.

"Kita akan hantar notis pernohonan rayuan pada hari Isnin minggu hadapan," kata beliau.

Pindah Parlimen Ke PICC Selamatkan Projek Gajah Putih

Posted: 18 Jun 2010 01:49 AM PDT

Oleh Fazli Othman

KUALA LUMPUR 18 Jun - Keputusan kerajaan Umno-Barisan Nasional yang mencadangkan supaya Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dijadikan parlimen adalah bertujuan untuk menyelamatkan kegagalan projek gajah putih itu.

Ahli Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him berkata Jawatankuasa Dewan yang dipengerusikan oleh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia tidak pernah bermesyuarat dan secara tiba-tiba menteri bertanggungjawab terhadap parlimen, Datuk Seri Nazri Aziz mengumumkan keputusan jemaah menteri berhubung hal tersebut.

"Dalam satu jawapan lisan berhubung soalan yang sama, menteri menjawab jemaah menteri membuat keputusan untuk membina bangunan parlimen dengan kos RM800 juta di Putrajaya.

"Saya sebagai ahli parlimen tidak boleh menerima kerana perkara ini tidak dibincangkan secara bersama," kata Tong Him.

Katanya lagi, selepas mendapat banyak bantahan daripada orang awam disebabkan kos terlampau tinggi menteri tersebut berkata bangunan parlimen akan dipindahkan ke PICC dan ini juga tidak boleh diterima oleh rakyat.

"Jikalau PICC adalah projek gagal, adakah kita akan pindahkan parlimen ke situ dengan tujuan untuk menyelamatkannya dari terus menjadi projek gajah putih," soal beliau.

Tong Him kemudiannya merujuk kepada jawapan lisan kepada Ahli Parlimen Bukit Gelugor pada tahun 2007 berhubung isu yang sama di mana kerajaan Umno-BN menjawab dengan amat jelas bahawa lokasi parlimen yang sedia ada sangat sesuai dan mencerminkan sebagai keluhuran Perlembagaan dan sistem demokrasi di negara ini serta mempunyai kesan sejarah yang cukup bermakna.

Kerajaan dalam jawapannya itu juga berkata akan tetap mengekalkan bangunan tersebut sebagaimana sedia ada.

"Kita kesal kerana kerajaan Umno-BN sudah membelanjakan lebih RM100 juta wang rakyat untuk membaikpulih dan mengubahsuai bangunan parlimen ini.

"RM2.3 juta untuk menyediakan bilik menteri manakala RM2.6 juta pula digunakan membeli kemudahan seperti komputer untuk kegunaan ahli parlimen termasukcadangan untuk menambah bangunan di kawasan parlimen," tegas beliau lagi.

Tambahnya, kerajaan mesti merujuk kepada ahli parlimen dalama perkara ini kerana parlimen sebagai badan perundangan negara seharusnya dihormati.

Berjabat Tangan & Kehalalan Gaji

Posted: 17 Jun 2010 09:40 PM PDT

SOALAN

Saya bekerja di syarikat antarabangsa. Kerja melibatkan pergaulan dengan wanita dan kadang-kadang terpaksa bersalaman dengan wanita. Saya pernah tunduk untuk mengelakan bersalaman namun bagi wanita asing mereka akan menimbulkan persoalan yang agak negatif.

Pertama - Adakah rezeki saya dikategorikan dari sumber yang syubhah?

Kedua - Adakah cara yang terbaik untuk terus bekerja di syarikat seperti ini atau berusaha untuk mencari peluang pekerjaan di tempat lain.

JAWAPAN

Pergaulan antara lelaki dan wanita di tempat kerja sudah menjadi fenomena hari ini, dan ia telah tergolong dalam kategori 'umum al-balwa' (kebahayaan dosa yang sukar dielakkan). Namun begitu, tidak semua jenis percampuran dan pergaulan lelaki dan wanita di tempat kerja itu jatuh dalam kategori haram. Jika ia dapat dikawal sebaiknya, dosa masih boleh dielakkan. Apa yang penting semua aspek komunikasi yang meningkatkan syahwat, menggoda, mendedah aurat, pandangan nafsu, sentuhan adalah antara faktor dosa berlaku di tempat kerja.

Walaupun begitu, gaji seseorang tidak semestinya menjadi haram disebabkan tingkah laku dosanya di tempat kerja kecuali apabila ia culas dan 'mencuri tulang' semasa melaksanakan tugasan utamanya.

Sebagai contoh, seorang yang bertuags selaku pensyarah IT di sebuah universiti, tentunya gajinya halal, malah jika sekiranya dia culas dan melakukan maksiat seperti tidak solat, bergaul dengan syahwat dengan wanita di tempat kerja, gajinya masih halal kerana maksiat itu bukanlah BIDANG TUGASNYA, cuma perbuatan maksiat itu adalah dosa secara berasingan dan secara tidak langsung boleh memberi kesan kepada rezeki dan keberkatan pendapatannya. Namun jika, pensyarah ini ponteng dari tugasan mengajarnya tanpa sebab munasabah, menyelewengkan anak muridnya semasa pengajiannya, tatkala itu gajinya boleh berubah menjadi haram.

Isu berjabat tangan antara lelaki dan wanita telah lama diperdebatkan di kalangan ulama, keempat-empat mazhab, majority ulama silam dan kontemporari berpandangan ia aadalah haram kerana ia tergolong di dalam kategori perilaku yang boleh membawa kepada zina. Allah telah secara jelas melarang kita jauh dari mendekati zina.

Selain itu, terdapat beberapa hadis lain yang menyokong ijtihad ulama ini seperti hadis Nabi tidak pernah menyentuh wanita bukan mahram hatta di ketika berbai'ah, hadis yang menyatakan besi di atas kepala lebih baik daripada sentuhan sebegitu dan lain-lain. Walaupun kesahihan hadis-hadis yang dipegang masih diperdebat dan dibincang di kalangan ulama, saya tidak berhasrat memanjangkannya di sini.

Sebahagian kecil ulama pula, khususnya ulama kontemporari berpandangan berjabat tangan lelaki dan wanita boleh dibenarkan jika :-

* dilakukan tanpa syahwat,
* tidak mendatangkan fitnah kepada dirinya dan orang yang berjabat tangan dengannya,
* tidak membawa mudarat kepada reputasi agama yang dipegangnya di mata khalayak khususnya pengikut dan muridnya,
* dimulakan oleh orang lain (contohnya wanita bukan Islam menghulurkan tangan di tempat awam yang jika tidak disambut boleh mengaibkannya)
* dilakukan oleh individu berumur dan tidak mudah menaikan syahwat, secara normalnya seperti inidividu berusia 70 tahun ke atas dan beberapa syarat lagi.
* Tangan dihulur oleh kaum kerabat atau keluarga yang belum cukup faham berkenaan hukum.

Kesimpulannya, mereka yang membolehkan TELAH MELETAKKAN SYARAT-SYARAT dan bukannya diharuskan secara umum.

Apapun hujjah kedua-dua pihak (saya tidak menyertakan hujah dan perbincangan kedua-duanya bagi mengelakan ulasan terlalu panjang dan tersasar dari menjawab soalan), berjabat tangan antara lelaki dan wanita yang bukan mahram bukanlah amalan Rasulullah dan para sahabat serta para solihin di kalangan tabi'en. Isteri nabi Aisyah berkata:-

ما مست يد رسول الله - صلى الله عليه وسلم - يد امرأة قط

Ertinya : Tiadalah tangan Rasulullah menyentuh tangan mana-mana wanita dan baginda bersabda : " Aku tidak berjabat tangan dengan wanita" ( Riwayat Muslim)

Rasulullah juga bersabda :

إني لا أصافح النساء

Ertinya : Sesungguhnya aku tidak berjabat tangan dengan wanita ( Riwayat An-Nasaie ; Albani : Sohih)

DALAM KERJAYA

Seperti disebut ringkas di atas, jika berjabat tangan ini berlaku dalam kehidupan kerjaya seseorang, kehalalan gaji seseorang itu tidaklah tertakluk kepada hal tersebut secara asasnya tetapi gaji seorang pekerja tertakluk kepada bidang tugas utama dalam kerjayanya dan cara pelaksanaan tugasan itu, iaitu sama ada terdapat unsur haram seperti:-

* Menjual barangan haram sama ada kerana barangan curia tau jenis yang diharamkan zatnya seperti arak, dadah dan sebagainya.
* Menjual dan menyediakan servis atau perkhidmatan haram atau membantu perara yang haram
* Semasa menjalankan tugas, terdapat unsur rasuah, penipuan dari pelbagai aspek, 'curi tulang'

Manakala unsur-unsur dosa tetapi tidak berkait secara langsung dengan kerjaya seperti :-

* Membuka aurat
* Tidak solat atau tidak puasa pada bulan Ramadhan tanpa keuzuran.
* Berjabat tangan lelaki wanita secara kerap dan syahwat

Semua dosa-dosa ini tidak menjadikan gaji tersebut haram, tetapi ia menjadikan pendapatan individu pekerja mulai hilang keberkatan. Menjauhkan individu terbabit dari Allah ta'ala dan seterusnya menjadi semakin lalai dan culas dalam kewajiban agamanya sehingga akhirnya boleh menjatuhnay ia dalam melakukan unsur haram jensi pertama di atas, tatakala itu kehalalan gajinya akan tergugat sedikit demi sedikit.

Berbalik kepada soalan, iaitu sama ada perlu atau tidak berhenti kerja kerana hal itu, saya kira tidak perlu, apa yang diperlukan adalah cuba mengawal kekerapan berjabat itu dari berlaku, cuba mengelakkannya dengan apa jua usaha. Perbanyakkan istighfar, amalan dan taubat secara berterusan. Namun jika, ada kemudahan dan peluang untuk mendapat kerjaya yang lebih minima terdedah dengan hal sedemikian, sudah tentu ia lebih baik untuk berhijrah.


Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

11 Jun 2010

(Piala Dunia 2010) RTM Siar Perlawanan Ulangan, Penonton Tertipu & Marah

Posted: 17 Jun 2010 08:55 PM PDT


Well, not everyone can afford an Astro set.

Nama sahaja gah sebagai penyiar rasmi Piala Dunia 2010, mungkin RTM sudah boleh buang gelaran tersebut. RTM telah mengecewakan penonton tempatan kerana menyiarkan siaran ulangan perlawanan Piala Dunia 2010 Germany Vs Australia, kerana mereka sepatut'nya menyiarkan siaran Live Brazil Vs Korea Utara.

Bukan seorang dua yang merungut, ada penonton yang sanggup menunggu hingga pukul 2.30 pagi telah dikecewakan dengan siaran ulangan. Kata si penonton ini, beliau tinggal di hostel tiada Astro, jauh daripada mamak dan tiada transport. Penat'lah tunggu punya tunggu, alih-alih RTM buat hal pula.

Sepatut'nya RTM mainkan peranan sebagai media milik kerajaan yang mempunyai dana yang besar untuk membeli siaran Live Piala Dunia 2010. Jangan biarkan Astro monopoli kesemua rancangan sehingga penonton yang kurang mampu tidak dapat menikmati kehangatan Piala Dunia. Ini tidak, propaganda lebih, habuk tarak.

Ha, kita tunggu sahaja apa penjelasan RTM mengenai perkara ini.
oh bulan

kita tunggu geng bangang dan bebal ni cakap apa. sampai bila rtm nak tipu rakyat!

Status Tian Chua: SPR sedang kaji keputusan mahkamah

Posted: 17 Jun 2010 08:51 PM PDT

KUALA LUMPUR, 18 Jun — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedang meneliti implikasi keputusan Mahkamah Tinggi semalam yang mengurangkan denda ke atas Ahli Parlimen Batu Tian Chua daripada RM3,000 kepada RM2,000 yang sekali gus menimbulkan pelbagai persoalan sekarang.

The Malaysian Insider difahamkan penelitian itu termasuklah kemungkinan perlu diisytiharkan wujudnya kekosongan dan sekali gus mengadakan pilihan raya kecil di kawasan tersebut.

"Penasihat undang-undang kami sedang mengkaji tafsiran keputusan... had denda RM2,000 sama ada termasuk atau tidak termasuk (dalam menentukan status kerusi Tian Chua)," kata Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar ketika dihubungi The Malaysian Insider sebentar tadi.

Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan menyebut bahawa seseorang anggota Dewan Rakyat boleh hilang kerusi dimenanginya jika dihukum penjara tidak kurang daripada satu tahun atau denda tidak kurang RM2,000 dan ia tidak mendapat pengampunan.

The Malaysian Insider difahamkan denda RM2,000 sudah cukup untuk Tian Chua hilang kerusi yang dimenangninya pada 8 Mac 2008.

Ada pandangan yang merumuskan wakil rakyat dari Parti Keadilan Rakyat itu sudah hilang kelayakan untuk menyandang kerusinya walaupun mahkamah yang mendengar rayuannya semalam telah mengurangkan denda daripada RM3,000 kepada RM2,000.

Melainkan keputusan semalam diubah oleh Mahkamah Rayuan selepas ini, jika rayuan peringkat kedua dibuat, dan menerima pengampunan diraja, SPR tidak perlu mengadakan pilihan raya kecil.

Bagaimanapun Wan Ahmad enggan mengulas apabila ditanya sama ada pihaknya juga akan mengkaji kemungkinan diadakan pilihan raya kecil di kawasan tersebut.

"Biar kami kaji dulu tafsiran keputusan semalam. Kami akan mengkaji pengertian itu dan akan membuat keputusan sewajarnya... bermakna bila (undang-undang mengatakan) tidak kurang daripada RM2,000 bermaksud boleh dibaca sudah mengatasi had RM2,000," kata Wan Ahmad lagi.

Laporan The Malaysian Insider awal pagi ini memetik seorang bekas pegawai kanan SPR menyebut, undang-undang sedia ada dengan jelas memperuntukkan bahawa jika dikenakan denda RM2,000 dan ke atas, boleh menyebabkan wakil rakyat terbabit hilang kerusi disandangnya.

"Perkara ini dengan jelas dinyatakan dalam Perkara 48(1) Perlembagaan Persekutuan," kata beliau.

"Dalam kes ini, mahkamah telah menjatuhkan hukuman RM2,000, bukannya kurang daripada itu... oleh itu jelas bahawa dalam kes ini, Ahli Parlimen (Batu) sudah hilang kelayakan memegang kerusinya," kata beliau.

Tian Chua sudah pun membayar denda RM2,000 semalam.

Dalam buku bertajuk "Penjalanan Pilihan Raya Malaysia", bekas setiausaha dan pengerusi SPR Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman berkata, "kehilangan kelayakan di bawah Artikel 48 Perlembagaan Persekutuan, jika timbul keraguan perlu diputuskan oleh Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri di bawah Perkara 53(1) Perlembagaan Persekutuan dan perkara yang sama dalam Perlembagaan Negeri."

Ia jelas dalam kes Ahli Parlimen DAP kerusi Menglembu Fan Yew Teng mengemukakan kes saman ke atas setiausaha Dewan Rakyat pada 1975 dan juga kes Lim Kit Siang (kini Penasihat DAP) apabila Tun Abdul Razak (perdana menteri ketika itu) pada 1969 mengemukakan usul bahawa wakil rakyat tersebut tidak layak kekal sebagai Ahli Parlimen.

Semalam, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengetepikan hukuman penjara enam bulan dan denda RM3,000 terhadap Tian Chua atau nama sebenarnya, Chua Tian Chang dengan menggantikannya kepada hukuman denda RM2,000 atau dua bulan penjara kerana mencederakan seorang anggota polis pada 2007.

Bagimanapun Hakim Datuk Ghazali Cha menolak rayuan Tian Chua terhadap sabitan atas tuduhan itu setelah mendengar hujahan daripada kedua-dua pihak.

Ghazali berkata, soal hukuman merupakan budi bicara sepenuhnya hakim perbicaraan berkenaan kecuali yang melibatkan hukuman mati.

"Dalam kes ini perayu adalah pesalah pertama. Tidak dapat dinafikan juga bahawa tiada keistimewaan patut diberikan kepada beliau sebagai Ahli Parlimen," katanya.

Bagaimanapun, katanya jika hukuman yang dijatuhkan boleh menjadikan Tian Chua, 47, tidak layak menjadi seorang Ahli Parlimen, satu pilihan raya kecil terpaksa diadakan.

"Seperti yang diketahui pilihan raya kecil ini memerlukan perbelanjaan yang besar dan memberi kesan kepada keseluruhan rakyat negara ini begitu juga kesejahteraan dan keharmonian di antara berbagai-bagai bangsa.

"Di atas alasan ini, saya berpendapat suatu hukuman yang setimpal yang tidak melibatkan banyak pihak adalah merupakan suatu hukuman yang adil.

"Hukuman yang dijatuhkan oleh Majistret diketepi dan digantikan dengan hukuman denda RM2,000 atau dua bulan penjara," katanya.

Tian Chua didakwa sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Konstabel Rosyaidi Anuar, 22, dari Bahagian Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di jalan masuk ke Bangunan Parlimen.

Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusoff berkata pihak pendakwaan masih belum memutuskan sama ada merayu keputusan itu.

Dalam pada itu, peguam Sankara Nair berkata, denda RM2,000 boleh menyebabkan wakil rakyat Batu kehilangan kerusinya.

Pihaknya sedang mengaturkan pertemuan dengan hakim kes bagi membincangkan isu berbenaan, tetapi masalahnya denda sudah pun dijelaskan.

Bagaimanapun dengan merujuk kepada kes Fan, katanya, Speaker Dewan Rakyat harus campur tangan dalam menentukan sama ada kerusi Tian Chua dianggap sudah pun kosong.

Justeru katanya, kini isu ini terletak di tangan Speaker untuk diputuskan.

"Hakim mungkin silap, peguam-peguam ketika itu seharusnya memikirkan (implikasi itu) pada masa itu juga," kata Sankara.

Statistik Dan Keputusan Piala Dunia Group B

Posted: 17 Jun 2010 07:00 PM PDT



Group BSoccer City Stadium, Johannesburg

June 17

FTArgentina4 - 1Korea Republic

half-time(2 - 1)




referee :spectators :


Frank De Bleeckere (Belgium)82,174

match details :

10'

K. Yeom

16'C. Park (o.g.) [1 - 0]

33'G. Higuain [2 - 0]

34'

C. Lee

45'
[2 - 1]C. Lee

55'J. Gutiérrez


55'J. Mascherano


74'G. Heinze


77'G. Higuain [3 - 1]

80'G. Higuain [4 - 1]

statistics :
shots on target : 11 - 4
shots off target : 9 - 4
possession (%) : 57 - 43
corner kicks : 6 - 2
offsides : 4 - 0
fouls : 15 - 14
yellow cards : 3 - 2
red cards : 0 - 0

[ Teams | Commentary | Table | Fixtures | X ]



Group BPWDLFAGDPts
1. Argentina22005146
2. Korea Republic210134-13
3. Greece210123-13
4. Nigeria200213-20








Group BFree State Stadium, Mangaung/Bloemfontein

June 17

FTGreece2 - 1Nigeria

half-time(1 - 1)




referee :spectators :


Oscar Ruiz (Colombia)31,593

match details :

15'S. Papastathopoulos


16'
[0 - 1]K. Uche

33'

S. Kaita

44'D. Salpingidis [1 - 1]

60'A. Tziolis


71'V. Torosidis [2 - 1]

88'G. Samaras


89'

C. Obasi

statistics :
shots on target : 12 - 4
shots off target : 10 - 3
possession (%) : 56 - 44
corner kicks : 11 - 3
offsides : 1 - 0
fouls : 12 - 13
yellow cards : 3 - 1
red cards : 0 - 1

[ Teams | Commentary | Table | Fixtures | X ]








Group APeter Mokaba Stadium, Polokwane

èerven 17

FTFrance0 - 2Mexico

half-time(0 - 0)




referee :spectators :


Khalil Al Ghamdi (Saudi Arabia)35,370

match details :

5'

G. Franco

45'J. Toulalan


48'

E. Juarez

49'

H. Moreno

64'
[0 - 1]J. Hernandez

78'E. Abidal


79'
[0 - 2]C. Blanco (pen.)

83'

F. Rodriguez

statistics :
shots on target : 4 - 5
shots off target : 6 - 8
possession (%) : 52 - 48
corner kicks : 7 - 1
offsides : 3 - 4
fouls : 21 - 21
yellow cards : 2 - 4
red cards : 0 - 0

[ Teams | Commentary | Table | Fixtures | X ]



Group APWDLFAGDPts
1. Uruguay21103034
2. Mexico21103124
3. France201102-21
4. South Africa201114-31

Calon PAS Mesti Orang Kaya

Posted: 17 Jun 2010 06:44 PM PDT

Menurut Pengerusi DAP Perak, ADUN Malim Nawar keluar parti itu kerana menghadapi masalah kewangan. ADUN itu dibayar dengan jumlah yang besar walau pun tidak mencecah RM20 juta.

Difahamkan bahawa ADUN dan MP PR sebelum ini menjadi bebas atau menyertai BN juga kerana masalah kewangan. Mereka tidak mampu menjalankan tugas sebagai wakil rakyat dengan baik kerana tidak punya sumber kewangan yang memadai.

Apa moral pendedahan sebegini?

Wakil rakyat di Malaysia bukan sekadar penggubal undang-undang tetapi mereka juga adalah pegawai kebajikan. Orang pertama yang terlintas dalam kepala rakyat apabila mereka bermasalah adalah wakil rakyat.

Bayangkan jika wakil rakyat itu hanya ada elaunnya sahaja, sekitar RM5 ribu sebulan bagi ADUN. Dengan elaun itulah dia menyara dirinya dan keluarganya. Dan, dengan elaun itu juga dia menyara rakyat dalam kawasannya yang puluhan ribu orang itu.

Bila berhadapan dengan situasi sebegitu, ada dua perkara yang boleh dilakukan oleh wakil rakyat berkenaan. Pertama, jika dia adalah wakil rakyat kerajaan maka dia akan menggunakan kuasanya untuk mendapat wang tambahan melalui projek-projek kerajaan yang dikuasainya.

Kedua, jika dia bukan wakil rakyat kerajaan, dia mungkin terfikir untuk melepaskan diri daripada bebanan itu dengan pelbagai cara. Salah satu opsyen yang ada ialah melompat parti menjadi wakil rakkyat yang menyokong parti yang menjadi pemerintah.

Justeru, apa jalan penyelesaian yang ada?

Pada masa akan datang, parti-parti yang bertanding hendaklah memilih calon yang kaya sahaja. Mereka yang bakal bertanding hendaklah telah pun memiliki rumah sendiri tanpa hutang, kenderaan yang baik tanpa hutang dan sumber pendapatan tetap yang lain yang membolehkannya tidak bergantung dengan elaun sebagai wakil rakyat.

Pendek kata, jika ditakdirkan dia menang, dia tidak pandang pun kepada elaun bulanan wakil rakyat yang diterimanya itu kerana dia memang telah ada pendapatan tetap yang lain. Semua elaun itu boleh digunakan sepenuhnya untuk kepentingan rakyat yang diwakilinya. Bahkan, dia boleh menambah lagi dengan wang peribadinya kerana dia memang orang kaya.

Seseorang yang belum ada rumah atau ada rumah tetapi masih berhutang, masih tinggal di rumah sewa, tidak punya kenderaan yang baik, ada kenderaan baik tetapi masih berhutang dan tidak punya pendapatan tetap yang melebihi RM5000 sebulan hendaklah tidak dipilih menjadi calon.

Kenapa? Ya, dia pasti tidak dapat memberi tumpuan kepada tugas-tugas sebagai wakil rakyat kerana dibebani masalah kewangan. Bebanan kewangan yang dihadapinya memungkinkannya dibeli dengan mudah oleh parti lawan yang mampu menawarkan ganjaran kewangan yang menarik dan lumayan.

Calon PAS macam mana?

Setakat ini belum ada wakil rakyat PAS yang melompat parti. Itu suatu kelebihan PAS. Walau pun wakil rakyat itu tidak melompat parti, itu tidak bermakna dia tidak punya masalah kewangan. Apatah lagi jika menjadi wakil rakyat pembangkang.

Dia memang tidak mampu menjalankan tugas dengan baik kerana bebanan kewangan itu. Bila ini berlaku, orang akan berkata begini, "Wakil rakyat PAS pun tak buat kerja juga. Cakap saja lebih…". Dia bukan tidak mahu buat kerja, tetapi dia tidak punya sumber kewangan yang mencukupi untuk buat kerja.

Elaun bulanan sebagai wakil rakyat habis untuk bayaran sewa rumah, ansuran bulanan kenderaan, yuran persekolahan anak, hantar kepada ibu bapa di kampong. Hasilnya, dia tidak mampu menumpu kepada tugasnya sebagai wakil rakyat kerana masalah kewangan tadi.

Memang PAS mempunyai ramai calon yang baik, warak, petah berpidato, rajin kerja, amanah, sanggup berkorban, pandai bercakap…, tetapi itu semua tidak memadai jika dia bukan orang kaya. Semua kebaikan itu tidak membawa erti jika tidak punya wang.

Itu tidak bermakna seorang yang punya wang tetapi berakhlak buruk, tidak punya kebolehan mengurus, hanya pandai bercakap adalah lebih layak untuk menjadi calon.

Maksudnya, seseorang yang layak dipilih sebagai calon telah punya kelayakan peribadi tetapi mesti punya nilai tambah iaitu KAYA.

Orang Arab bermadah:

Kefasihan Hassan, keindahan khot Ibnu Muqlah;

kecerdasan Luqman dan kezuhudan Ibnu Adham.

Apabila semua itu, ada pada seseorang, namun jika orang itu tidak punya wang;

orang berkata kepadanya, "Kamu tidak berharga walau sedirham."

http://sauhdibongkar.blogspot.com/2010/06/calon-pas-mesti-orang-kaya.html

Berita Syok! Nazri Aziz Serang Mahathir Dan Perkasa

Posted: 17 Jun 2010 06:13 PM PDT

Nazri: Perkasa, Gertak akan lenyap tanpa Dr M

Oleh Shazwan Mustafa Kamal

KUALA LUMPUR, 18 Jun — Datuk Seri Nazri Aziz percaya Perkasa dan Gertak, yang kedua-dua program utama yang berkontroversi dirasmikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini, akan "lenyap" tanpa sokongan bekas perdana menteri itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata kedua-dua pertubuhan bukan kerajaan yang mendakwa membela hak orang-orang Melayu kelihatan menonjol sebab bekas perdana menteri memperakui pendirian mereka menentang pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.

Pandangan keras ini merupakan yang kedua datang daripada pemimpin Umno dalam tempoh dua minggu ini.

Dua minggu lalu bekas menteri Kabinet dan bekas ketua Wanita Umno Tan Sri Rafidah Aziz juga melahirkan pandangan yang hampir serupa mengecam Perkasa.

Rafidah dan Nazri merupakan ahli Parlimen dari Perak.

"Beliau (Dr Mahathir) adalah ikon mereka. Kumpulan macam Perkasa, Gertak akan mati tanpa kehadiran Dr Mahathir," kata Nazri kepada The Malaysian Insider dalam satu temu bual khas minggu ini.

Nazri menekankan, sebahagian kecil pengikut kedua-dua kumpulan ini mendakwa Dr Mahathir mempunyai sokongan kumpulan minoriti orang Melayu.

"(Tetapi) masih ada ramai orang Melayu yang percaya dengan apa yang dilakukan oleh Datuk Seri Najib Razak (selaku perdana menteri dan presiden Umno). Kumpulan-kumpulan macam ini hanya elemen pinggiran (dalam politik negara)," kata Nazri yang ditanya mengenai respons kepada program Gertak di Kuala Terengganu Isnin lalu.

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said turut hadir pada majlis yang disertai kira-kira 1,000 orang.

Bagaimanapun Nazri mempertahankan kehadiran Ahmad atas alasan ia bertujuan menghormati Dr Mahathir yang pernah menjadi perdana menteri dan presiden Umno selama 22 tahun.

"Orang Melayu lazimnya akan menghormati pemimpin-pemimpin lama mereka... satu-satunya yang tidak pergi ialah saya," kata Nazri dengan berseloroh.

Nazri dilihat sebagai antara pemimpin Umno yang 'bertegang leher' dengan Dr Mahathir dalam banyak isu termasuk ketika beliau mengecam kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Dr Mahathir merasmikan perhimpunan tahunan pertama Perkasa, pertubuhan bukan kerajaan Melayu terbesar di negara ini, Mac lalu.

Awal minggu ini, beliau berucap pada program kontroversi "Bangkit Melayu", yang sepatutnya diadakan 13 Mei lalu bagi mengembalikan semangat orang Melayu dengan mempelajari peristiwa 13 Mei 1969.

Pada majlis itu beliau memuji kerajaan pusat telah membetulkan kesilapan dalam Model Baru Ekonomi menerusi Rancangan Malaysia Ke-10.

Dr Mahathir berkata, RMK-10 mengenal pasti masalah-masalah menyentuh kepentingan orang Melayu dan Bumiputera, yang telah diketepikan dalam syor MBE.

"Beliau adalah perdana menteri terbaik negara pernah miliki. Isu saya, selepas beliau berhenti jadi perdana menteri, beliau menyusahkan kita.

"Dr Mahathir perlu ingat bahawa perdana menteri sekarang ialah Najib. Beliau harus membantu kami, tetapi apa yang beliau lakukan sekarang ialah membantu pembangkang," kata Nazri.

Menteri undang-undang dan bertanggungjawab terhadap hal ehwal Parlimen ini memberikan contoh bagaimana pada awal 1990-an Dr Mahathir ketika menjadi presiden Umno ketika itu telah menasihatkannya supaya tidak mengecam kepimpinan ketua Pemuda Umno Tan Sri Rahim Tambi Chik.

Ketika itu Nazri merupakan naib ketua dan kemudian dilantik sebagai pembangku selepas Rahim meletakkan jawatan.

"Sejak itu, Dr Mahathir memberitahu bahawa jika ada apa-apa isu, saya harus menyelesaikan dalam empat dinding ini... beliau memberitahu, saya boleh jumpa dengannya (jika ada bantahan).

"Tetapi kini (saya merasakan) beliau harus menerima nasihat beliau sendiri," katanya.

Wakil rakyat Padang Rengas ini menambah, Dr Mahathir dengan sendiri "memusnahkan legasinya", dengan menyerang kerajaan Barisan Nasional semasa.

"Beliau menghasilkan kami semua... saya adalah hasilan beliau, Najib juga hasilan beliau. Jangan bunuh hasilan anda sendiri," katanya.

Dalam satu temu bual dengan The Malaysian Insider dua minggu lalu, Rafidah menggesa kaum Bumiputera supaya memfokus terhadap aspek pertumbuhan dalam MBE tanpa hanya cuba mengetengahkan agenda peribadi sendiri.

Beliau menyifatkan mereka yang menentang inisiatif MBE sebagai tindakan yang boleh mengakibatkan kesan buruk dan golongan berfikiran sempit.

"Kumpulan-kumpulan seperti Perkasa, mereka hanya melihat MBE menerusi satu perspektif. Mereka menganggap ia sebagai hak mereka untuk meletakkan (pandangan) dua sen (dalamnya) tetapi ini boleh menyebabkan kesan berlawanan," kata Rafidah.

"Saya juga seorang Bumiputera tetapi yang pertama dan paling penting sekali, saya percaya kita perlu mencapai pertumbuhan terlebih dahulu sebelum kita mengetengahkan agenda Bumiputera," kata bekas ketua Pergerakan Wanita Umno ini.

Malah menurut Rafidah, tentangan hebat yang datang daripada kumpulan seperti Perkasa tidak menggambarkan pandangan keseluruhan orang Melayu negara ini.

Test live blogging

Posted: 17 Jun 2010 06:10 PM PDT


Test live blogging, originally uploaded by kerabu.

Salam. Ni percubaan live blogging pertama. Insya allah saya akan bawakan apa2 berita menarik secara lansung dengan hp ni.

Tiada ulasan: